Dahsyatnya...

Dah lama rasanya OKje tak share ilmu...... yang banyaknya celoteh OKje yg tah pape ..... So jom le baca makna ayat ni....... Sekurang-kurangnya walaupun tak banyak dapat,  dapat sikit pun jadilahkan...... yang pastinya  kita cuba berusaha  menambahkan ilmu di dada........



Surah ke 99 ~ Al-Zalzalah ( Gegaran ) 


1) Apabila bumi digegarkan dengan dahsyatnya.  
2) Dan bumi mengeluarkan segala isinya 
3) Dan manusia berkata, " Mengapa bumi ini?" 
4) Pada hari itu bumi pun menerangkan khabar beritanya  
5) Kerana sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan kepadanya (supaya terjadi demikian)
6) Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya terpisah-pisah ( orang baik terpisah dari orang jahat)
    supaya diperlihatkan kepada mereka  perbuatan-perbuatan yang pernah mereka lakukan.  
7) Barangsiapa yang melakukan kebaikan walaupun seberat zarah (atom), nescaya ia akan 
    melihatnya ( mendapatkan ganjarannya) 
8) Dan barangsiapa yang melakukan kejahatan walaupun seberat zarah (atom) nescaya ia akan  
    melihat ( merasakan seksaannya.)


Keterangan ayat :


Erti ' Bumi itu memberitakan perkhabarannya' bukanlah bumi itu pandai bercakap-cakap seperti manusia, melainkan adalah dengan keadaannya sahaja. Ertinya hal keadaannya menunjukkan demikian itu.


Dalam ayat 7 dan 8 jelas bahawa hukuman Allah itu maha adil. Barang siapa yang membuat kebaikan, meskipun seberat debu yang halus, nescaya Allah akan membalas kebaikannya itu. Begitu juga jika ia membuat kejahatan, maka Allah akan membalas kejahatannya itu. Kecuali jika dia bertaubatkepada Allah, ketika itu Allah mengampuni kesalahannyaa dan menghapus dosanya.


Erti taubat ialah menyesal atas kesalahan dosa itu, selama-lamanya. Jika dosanya itu bersangkutan dengan manusia, umpamanya mengambil hak orang, mencaci (mengumpat) orang , maka selain bertaubat kepada Allah, mestilah memulangkan hak kepada yang empunyanya atau meminta maaf kepadanya.

Comments

  1. salam ramhdan.hehhe
    jemput join n promote my first give away
    http://edyfee.blogspot.com/2012/07/my-first-give-away.html

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts