Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, 2 July 2012

Dalam Hati Ada Cinta....

Melayan cite lama ' Dalam Hati Ada Cinta' arahan Rashid Sibir,  gandingan mantap Ako Mustafa, Umie Aida, Akashah dan Elie Suriati tengahari2 macam ni syok jugak. Lagu background dia best-best........ Lagu slow rock zaman OKje anak dara.......  Lakonan diaorang memang best! Lagi2 Ako Mustafa yg cukup romantik....... Terasa pulak OKje yg bercinta! he..he.......

Bila terkenang zaman bercinta memang cukup indah....... Kalau dengo lagu-lagu cinta, jiwang kita dibuatnya........  lagi-lagi lagu tu ditujukan kat kita... Pehhhh memanglah syahdu ....... terasa mimpi sampai ke bintang he...he......

Penangan cinta memang hebat, sebab itulah perumpamaan cinta memang cukup banyak..... diantaranya Hanya Jauhari mengenal Manikam, Cinta sehebat Romeo dan Juliet, Cinta seagong Shah Jehan dan Taj Mahal ( betul ke ni?   Dah start merepek OKje nampaknya ni..... ceh...ceh.....).

Cinta itu adalah anugerah dari Allah kepada hambanya. Cinta itu cukup subjektif! Cinta diluahkan dengan kasih sayang, sikap mengambil berat terhadap seseorang. Keselesaan bila bersama. Kerinduan bila tiada di sisi. Patutlah orang selalu berkata 'Meminta pada yg ada, mengharap pada yg kasih, merajuk pada yang sayang' !

Selain daripada kecintaan kepada pasangan, kepada keluarga, perasaan cinta itu juga wujud dalam setiap aktiviti kehidupan kita, dalam solat kita , dalam pekerjaan kita . Bila adanya perasaan cinta barulah kemanisan dalam beribadah, keikhlasan akan wujud dalam hati kita! (chewah!!...pandai2 je OKje ni bermadah bagai!).


Hidup tanpa cinta adalah sia-sia ........ Cinta kepada manusia akan binasa, tapi itulah yang kita selalu kejarkan! Hanya Cinta kita kepada Allah dan Rasulnya sahaja yg akan kekal sampai bila-bila.




2 comments:

  1. mana nak download cite tu kak? nak tgkkk

    ReplyDelete
  2. La.... Fahim cite ni dah lama la...cuba tengok kat tonton.com ke...rasa cam tak de je... sebab cite lama kan....apapun.... ni mesti tgh bercinta eh!!!!!

    ReplyDelete