Isteri, I Luv U .......

Sambil-sambil menunggu tahi lalat bawah dagu bersiap untuk ke sekolah, OKje ambik le peluang tengok blog akak yang belum berapa nak menjadi......... he.....he...

Bila tengok ada visitor yang datang menjengok blog OKje (walaupun mungkin tersesat kot.... !!)  namun OKje cukup gembira........ sekurang-kurangnya masih ada insan yg sudi untuk menatap (walaupun bukan membaca!) butir bicara OKje yang tah pape tu.... OKje cukup perasan dengan seorang visitor dari Ayer Keroh yang selalu jugak melawat blog OKje (OKje beranggapan orang yang sama)......hanya Terima kasih yang dapat OKje ucapkan kepada kalian yang sudi menyinggah..... Sudi-sudikanlah untuk mengomen dan bertukar-tukar pandangan!

Oklah....  sambungan 'Tanyalah Ustaz ' semalam, Ustaz Hanafiah hari ini meninggalkan pesanan lagi. Pesannya,  surah AL-QADR bagus untuk kita amalkan . Khususnya untuk para isteri, Kalau kita rajin amalkan surah ini, suami akan bertambah sayang dan tidak mudah untuk melupakan kita.  Amalkan surah ini sebelum tidoq.....katanya. Insyaallah dengan izin Allah kita akan mendapat keberkatan darinya.  

Surah ke 97 - AL-QADR (Kemuliaan)


1) Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan.  2) Tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?   3) Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.  4) Pada malam itu turun para malaikat dan Jibrail dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.  5) (Malam itu) penuh kesejahteraan sampai terbit fajar.


Keterangan Ayat :


Telah diterangkan bahawa surah yang pertama turun ialah surah al-Alaq. Sekarang Allah menerangkan lagi, bahawa Al-Quran itu mula-mula turunnya ialah di bulan Ramadhan, iaitu pada malam Qadar. Beribadat pada malam Qadar itu lebih baik daripada beribadat seribu bulan kerana malam itu ialah malam peringatan bagi permulaan turunnya al-Quran ini, atau malam perubahan, dari gelap gelita kepada terang benderang. Menurut hadis Nabi Muhammad, malam al-Qadar itu pada sepuluh hari Ramadan yang akhir, yakni antara malam ke 21 sampai malam ke 30. Hikmahnya malam itu tidak ditentukan ialah supaya kita beribadat kepada tuhan pada setiap malam itu. Kalaulah ditentukan malamnya, tentulah orang rajin beribadat pada malam itu sahaja, sedangkan malam lainnya dilalaikan. Beribadat itu ialah dengan mengerjakan sembahyang terawih, membaca al-Quran , selawat kepada Nabi Muhammad dan sebagainya, bukan dengan makan dan minum yg berlebih-lebihan atau mengisi perut dengan bermacam-macam makanan.

Comments

Popular Posts