Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, 5 September 2012

Bonda OKje Jatuh!....

Melayari FB petang tadi...... tiba-tiba terbaca anak sedara OKje update status dia  ' Nak gi tengok nenek, nenek jatuh tak boleh bangun!'  OKje terus ambik hp call BONDA.........

Rupanya bonda OKje jatuh semalam....... walaupun keadaanya OK, tapi bonda tak boleh bangun! Cuma bengkak dekat salah satu lututnya. Maklumlah...... bonda OKje seorang yang agak gemuk, sakit lutut tu memang perkara biasa, kalau tak jatuh pun, jalan bonda pun memang agak susah ... dan bila ditambah lagi dengan jatuh macam ni, keadaannya memang tak boleh bangun langsung, buang air kecik ke beso terpaksa mengharapkan anak untuk membantu dan mengangkat........ tak mau pulak tu pakai diaper! Sebelum ni bonda masih boleh berjalan, walaupun perlahan dan tidak sekuat mana tapi masih mampu menguruskan diri sendiri TAPI buat masa ni...... bonda tak mampu!

Bermulalah ujian untuk OKje dan adik beradik lain sebagai anak....... mungkin bagi OKje yang duduk jauh ni agak kurang terasa ujian itu..... tapi ADIL ke bagi adik beradik lain? Semoga mereka memahami.......

Disinilah perlunya sikap bekerjasama, tolong menolong dan tanggungjawab antara adik beradik. Semoga Allah memudahkan segala ujiannya demi menjaga insan yang bernama 'BONDA'.....

INSYAALLAH.......



5 comments:

  1. semoga bonda okje cepat sembuh...mmgla sbg seorang ibu xmau menyusahkan anak2 tp nk wat camne dh trjadi..... pki diaper mmg x selesa,,dlu opah intan pun dah lama x sihat bru setuju nk pakai diaper...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yelah intan.....nasib adik beradik OKje semua kt muo.... Apa pun weekend ni baru nak jenguk...

      Delete
  2. Nasib baik tak teruk sangat.. semoga dia cepat sembuh..
    Aah beruntung ibu bapa bila anak2 berebut untuk menjaga mereka ^^

    ReplyDelete
  3. Semoga bonda OKje sihat dan semua nya OK. No worries ye.

    ReplyDelete