'SELALU' sangat buat...

Salam Tengahari hari Jumaat.......

Rasa macam baru je OKje buat entri Jumaat lepas, dah jumpa Jummat lagi.....Tengah melayan FIQH WANITA  ~ TV 3....... best jugak. Rancangan ni merungkai persoalan tentang wanita.... Memang elok beno le kalau wanita-wanita di luar sana menontonnya.

Hari ni OKje masak nasi goreng je tuk tengahari.... PENYAKIT MALAS kalau dah hinggap dalam diri memang susahlah nak buang! he...he...


OK lah..... tak yah nak banyak cite lagi, OKje nak sharekan pasal SOLAT SUNAT RAWATIB!
Solat FARDHU tak yah nak citelah kan... MEMANG WAJIB dilaksanakan!!! SOLAT kan ibu segala Ibadah!

Solat Sunat  merupakan satu amalan yang sangat digalakkan! Tujuannya adalah untuk menampal cacat cela Solat Fardhu yang kita lakukan. SOLAT SUNAT RAWATIB adalah solat 2 rakaat yang dilakukan sebelum dan selepas Solat Fardhu!

Yang menjadi kekeliruan kita, bila kita nak melakukannya? Maklum le 'SELALU SANGAT BUAT' he...he...

Waktu untuk melakukan SOLAT SUNAT RAWATIB adalah seperti berikut :

1) SUBUH       ~   SEBELUM Solat Subuh
2) ZUHUR       ~   SEBELUM dan SELEPAS Solat Zuhur
3) ASAR          ~   SEBELUM Solat Asar
4) MAGHRIB  ~   SELEPAS Solat Maghrib
5) ISYAK        ~   SEBELUM dan SELEPAS Solat Isyak

Sumber ~ Indahnya Hidup Bersyariat

Apa pun semoga perkongsian yang sedikit ini kita dapat manfaat daripadanya....INSYAALLAH.....



Comments

  1. Bagus benda ni ad juga yg tak tahu ^^
    thanks for sharing..
    Solat sunat ni juga dpt menampalkan kecacatan solat fardu kita jadi tak salah ambil sedikit masa sebelum/selepas solat fardu utk tunaikan..

    ReplyDelete
  2. wah..nasi goreng..malas tak malas..dh masak tu kira rajin la
    Terjah sini ==>> Premium Beautiful Kena Saman

    ReplyDelete
  3. okje! trimas! ingatkan sue yang pelupa! hihihi tapi bab makan~ waaaaaaaaaaaa nasik goreng. prut tengah duk kruikkk kruikkk neh. haish! hihihi

    ReplyDelete
  4. "SELALU" sangat buat solat sunat DULU..haish... skg ni napa M ye??? hikhik

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas perkongsiannya :)

    ReplyDelete
  6. EZA nama pun manusia...ada pasang surutnya....cuma berazamlah untuk istiqamah dan untuk menjadi lebih baik dari semalam! nasihat tuk diri OKje jugak ni!

    ReplyDelete
  7. adoi sisokje ni, kalau posting mesti ada makanan. hehe lapar la kalau sambail baca entri ni. hehehe

    ReplyDelete
  8. lama dah nk beli buku tulisan ustaz ismail kamus tu tp x terbeli2.....teruk btul....
    thanks for the info... malu pd diri ni yg dah jrg wat solat2 sunat ni...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts