Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, 29 May 2012

Hore...Hore....

Sedari semalam Si Tahi Lalat bawah dagu sibuk nak tengok Hore-Hore... Apa lagi Okje pun ambik peluanglah! Pagi-pagi lagi dah sampai kat Jusco Balakong....bukan apa....Okje tak nak bergaduh pasal parking ni...

Pada pendapat Okje..... jalan cite dia walaupun biasa-biasa aje....ringan...tapi seronok!! Syok jugaklah melayan.....jatuh jugaklah beberapa kali air mata Okje ni...he..he...(maklumlah cembeng!!!) Banyak motivasi dan nilai2 murni yg dapat dicedok dari sini......Diantaranya.....bagaimana nak mengatasi sifat rendah diri.... dan bagaimana hendak berhadapan dengan orang ramai dengan bentuk fizikal yg tidak secantik org lain. Jangan mudah putus asa dan sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan.

Sepatah kata Nurul Aiman (pelakon dalam cite tu le....)
"Cuba kita lihat jari-jari kita.....ada yg panjang ada yg pendik.....tidak semuanya sama....Allah jadikan setiap manusia itu ada kekurangan dan ada kelebihan.... supaya kita saling lengkap-melengkapi..." Betul jugak dalam hati....

Dan lagi....." Jadilah seperti matahari.....dia tetap memberikan khidmatnya ....dan memberikan manfaat untuk kita semua....samada kita suka ke tak suka"
 Tahniah untuk mereka semua !!!!

Surah ke 91 - Asy-Syams (Matahari)


Maksud Ayat :


1) Demi matahari dan sinarnya (pada waktu pagi)  2) Dan demi siang apabila ia mengiringinya  3) Dan demi siang apabila ia memperlihatkannya  4) Dan demi malam apabila ia menutupinya  5) Dan demi langit dan  Tuhan yg membinanya 6) Dan demi bumi dan Yang menghamparkannya  7) Dan demi jiwa dan Yang menyempurnakan ciptaannya..8)  Maka Dia  mengilhamkan (menunjukkan) jiwa itu kepada kejahatan dan ketakwaannya 9) Sesungguhnya berbahagialah sesiapa yg membersihkan jiwanya  10) Dan sesungguhnya rugilah orang yg mengotorkannya.  11) (Kaum Thamud) telah mendustakan (rasulNya) kerana keingkaran mereka  12) Ketika muncul orang sehabis-habis jahat (diantara mereka). 13) Maka berkata kepada mereka rasul Allah (Nabi Soleh) "(Jangan diganggu) unta betina Allah dan air minumnya"  14) Kemudian mereka mendustakannya (tidak mematuhi perintah itu), maka mereka bunuh unta itu. Maka Tuhan membinasakan mereka kerana dosa mereka. Allah menyamaratakan mereka (dengan tanah)  15) Dan Allah tidak takut akan akibat (kehancuran itu).








Kuala Kangso....

Teman berpeluanglah melawat Kuala Kangso baru2 ni...anak saudara teman kawin ...Atenya dapat orang Kuala Kangso.... Mula2nya teman ingat nak tido hotel le....cari punya cari ....pusing punya pusing ..... jangan kata hotel, resort, rumah rehat malahan rumah tumpangan pun penuh....ramai sungguh org Kuala Kanso ni menerima tetamu gamaknye...tambahan pulak ada Pesta Gasing. Last sekali teman sekeluarga tidolah homestay yg telah disediakan oleh anak sedara teman.... okaylah jugak...dapatlah teman layan Cerekarama ( Peluang Kedua ) malam tu.... he...he...

Sempatlah jugak teman melawat MCKK (Malay Collage Kuala Kangsar)....ambil berkat..!!  walaupun anak teman tak dapat masuk situ tetapi manalah tau satu hari nanti....cucu teman ke...he..he... Teman jugak dapat melawat salah satu masjid tertua.... Masjid Ubudiah.... sempat jugak teman melawat Kg Sayung.....dimana labu Sayung diusahakan di sini.....

Apa yg dapat teman simpulkan Kuala Kansor idaklah beso mana... beso lagi Bandar Muo ( mentang2lah teman org Muo ...ahakss.....) kecik je... Shopping complex pun sebuah je yg teman nampak! The Store! Walaubagaimanapun...teman sefamily dapat jugak melawat daerah orang....kalau idak kerana anak sedara teman dapat org Kuala Kangsor....sampai sudah teman tak berpeluang menyinggah!!!



Thursday, 24 May 2012

Hepy Bezday Nur Iman Balqis...

Esok.... 25 Mei 2012 ..bezday anakku yg no 2....Hepy Bezday Dik....Ibu doakan semoga adik dipanjangkan umur oleh Allah supaya dapat melakukan kebaikan, dimurahkan rezeki supaya dapat membantu insan2 yg memerlukan, menjadi anak yg solehah, tidak sesekali meninggalkan solat, saling menyayangi , mendengar nasihat ibu dan ayah, ikhlas dalam melakukan segala perkara dan ibu sentiasa mendoakan segala kebaikan akan menjadi milik adik...Maaf dik... kerana ibu tak dapat bagi hadiah....ibu hanya mampu mendoakan kebahagiaan adik.

25 Mei 1999, 13 tahun yg lepas....bayi gurlz comel seberat 2.21kg telah menceriakan hati ibu dan ayah dengan kelahirannya.....Kami telah memiliki sepasang cahayamata... abang Iman lah orang yg paling happy...sebab dapat adik...Sakit caesarean untuk melahirkan adik tidak langsung terasa...kegembiraan ibu melebihi kesakitan ibu. Apa taknya...macam2 masaalah ibu terpaksa hadapi sebelum kelahiran adik...Ada suatu ketika...ketika kandungan ibu mencecah 8 bulan...adik kurang bergerak...risaunya hati ibu waktu itu...dimasa yg lain pulak air ketuban adik dah berkurangan.... Masa itu memang cukup merisaukan dan mengerikan hati ibu. Lebih lebih lagi....doktor pelatih memberikan implikasi yg kurang menyenangkan..lagilah bertamabah meroyan hati ibu. Waktu itu hanya doa dan harapan ibu yg ibu pohonkan kepada Sang Pencipta .Dia sahajalah yg maha mengetahui segala2nya. Alhamdulilah....adik dilahirkan dengan segala kesempurnaan, cantik di mata ibu..... Terima kasih Allah kerana mengurniakan anak secomel ini kepada kami.... Hari demi hari adik semakin membesar dan matang....tanpa ibu sedari, ibu telah memiliki seorang anak dara  yang boleh berkongsi cerita seperti kawan, boleh memasak bersama2, boleh membuat kerja rumah bersama2 tanpa banyak bicara...Terima kasih dik kerana memberikan peluang yg tidak ternilai ini kepada ibu, memberikan kegembiraan yang terindah ini kepada kami...Ibu dan ayah cukup beruntung kerana memiliki anak yg hebat seperti Adik... "HePy BeZDay NuR ImAN BaLqIs"




Tuesday, 22 May 2012

Dunia kongsi.net...yg BEST !

Terima kasih Duniakongsi.net....jasa anda memang akan OKje kenang sampai bila-bila...banyak tutorial yg dapat dicedok dari sini....Blog OKje dah cantik...siap ada kelopak bunga berguguran lagi...memang cantik ....I luv in it...

Esok sambung lagi.....OKje nak masak ...nak ambik anak ....banyak keje yg nak kena buat ni...he..he..

Surah ke 111 - An-Lahab (Gelojak Api)


1) Celakalah kedua-dua tangan Abu Lahab (celekalah Abu Lahab) dan binasalah dia.   2) Tidaklah berfaedah baginya harta benda dan ap yg diusahakannya (untuk mempertahankan dirinya dari seksaan Allah)  3) Kelak dia akan masuk ke neraka yg bergelojak  4) Dan akan masuk neraka juga isterinya , pembawa kayu api  5) Yang di lehernya bergantung tali dari sabut, ia penyebar fitnah.


Keteranagan Ayat :


Kata sesetengah ulama' : Perempuan mengangkut kayu api ertinya: dia berjalan untuk memfitnah nabi. Jadi dia mengangkut kayu untuk menyalakan api fitnah Nabi s.a.w. Kata ulama' yg lain : dia mengangkut seikat kayu yg berduri lalu ditebarkannya pada waktu malam di jalan yg akan dilalui Nabi. Kata yg lain lagi, dia mengangkat kayu api pada hari kiamat untuk membakar dirinya sendiri.

Wednesday, 16 May 2012

Selamat Hari Guru.....

'Selamat Hari Guru' Cikgu..... semoga cikgu menjadi guru yg hebat di dunia dan akhirat....Si Arjuna lah yg paling ngeri .....apa taknya...Sang Arjuna lah bankernya...he...he... semua ayah...hari lahir ibu pun ayah belanja, hari lahir anak pun ayah belanja, hari lahir ayah sendiri pun ayah kena belanja....last sekali ...hari guru pun ayah kena belanja....sabau jelah AYAH.....he..he...Semoga ayah murah rezeki dan mendapat pahala yg berlipat kali ganda...

Budak2 sekarang memang beruntung...kedai hadiah banyak....dari murah hinggalah yg mahal....order je ....mintak ibu dia hantar nak beli hadiah....kalau dulu....susahnya nak jumpa hadiah....apatah lagi nak pergi kedai beli hadiah...apa taknya mak dulu manalah tau bawak keta...duit pulak terlalu besar nilainya ...ada tak de kad buat sendiri...itupun pakai kertas buku....kalerlah ngan kayu pensil ....memanglah tak cantik tapi kreatif. Yang penting.... nilai penghargaan .....

Sambil menulis ...mata menjeling TV telinga mendengar Tanyalah Ustazah kat TV 9 membincangkan pasal Sedekah tanpa Harta.....salah satu daripadanya  setiap kali lepas sembahyang bertasbihlah sebanyak 33 kali (Subhanallah), bertahmidlah 33 kali (Alhamdulillah) dan Allahuakbar 33 kali amalkan ...insyaallah kita akan mendapat pahala sedekah...Insyaallah....

Surah 105 - Al-Fiil - (Gajah) 


1) Adakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu bertindak ke atas tentera yang datang menyerang dengan gajah?  2) Apakah Dia tidak menjadikan tipu daya mereka sia-sia (gagal sepenuhnya)?  3) Dan Dia mengirimkan (menerbangkan di atas mereka) burung secara berpasukan.  4) Yang melemparkan mereka dengan batu kerikil dari tanah yang keras.  5) Lalu dijadikanNya mereka seperti daun-daun yg dimakan ulat.


Keterangan Ayat: 


Bala tentera yang bergajah itu, Raja Yaman yg datang ke negeri Makkah hendak meruntuhkan Kaabah, dengan membawa askar dan gajah yg kuat. Setelah mereka hampir masuk ke negeri Makkah, beberapa ekor burung menjatuhkan batu (tanah yg keras), boleh jadi banyak hama penyakit cacar di dalamnya, sehingga kesemuanya dijangkiti penyakit dan akhirnya badan hancur luluh, seperti daun kayu yg dimakan ulat. Ringkasnya niat mereka hendak meruntuhkan Kaabah tidak berjaya.

Tuesday, 15 May 2012

Santai Time.....



 Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...


Surah ke 114 - An-Naas (Manusia)


1) Katakanlah (wahai Muhammad) 'Aku berlindung kepada Tuhan pemelihara manusia  2)  Raja Manusia  3)  Tuhan Manusia  4) Daripada kejahatan bisikan syaitan yang selalu mengintai  5) Yang membisikkan kejahatan ke dalam diri manusia  6) Iaitu bangsa jin dan manusia


Time nilah waktu aku bersantai...'Si Tahi Lalat di Dagu' ngan 'Angry bird' dah ku titipkan ke sekolah.....sambil menunggu2 waktu Zuhur masuk...laptoplah menjadi peneman 'OKje'.....Dulu rajin jugaklah melayan drama bersiri 'Annissa'.....Lama2 melayan syok jugak cite tu....Kisah suami yg  berpoligami ngan kawan baik isterinya...memang meletop si Zamarul berlakun bersama Cik Ta, Fiza Elite, Faradhiya dan sorang lagi tak ingat namanya tapi famouslah jugak minah tu....Sejak dah habis cite tu berganti pulak ngan Laila Ashikin....macam malas pulak nak ikut. Kadang2 tu pelakon memainkan peranan jugak untuk menarik penonton menonton sesebuah drama tu....

Tugas sebagai surirumah ni...memang tak pernah habis...ada aje keje...lapas satu, satu, lepas ni , itu... apa taknya pagi bukak je mata.... hantar sang Arjuna depan pintu ( walaupun tak buatkan apa2, walau secawan kopi....sebab pagi sangatkan...tekak Si Arjuna pun belum haus lagi (agaknyalah..he..he..) kasi babai....barulah menunaikan tanggungjawab sebagai hambaNya...pas tu terus je ke dapur pi masak ayaq, sambil2 tu mengejutkan si Angry Bird untuk bersolat....pas tu pulak mengejutkan Si Tahi Lalat bawah Dagu bangun untuk sekolah agama...bakarkan roti, buat air Milo untuk bekalan....hantar gi sekolah. Balik...terus je kemas katil, masuk baju dalam mesin. Sambil tu bukak radio Sinar melayan celoteh KE, SY dan Krill...Dalam kepala fikir nak masak ape tuk diaorang.... keluarkan lauk beku apa yg patut untuk dimasak. Keluarkan pulak vakum bawah katil he..he..., vakum ... dan mop lantai (biasanya 2 kali seminggu).....Habis vakum dan mengemop, masaklah pulak....hidang .Peh.....kalau dikumpul peluh tu mau sebaldi sepagi...he..he...Part menjemur...dah kasi kontrak pada Angry Bird...biar dia belajar2 keje org perempun...kalau tidak susah nanti...

Pas tu ambik pulak Si Tahi Lalat bawah Dagu....Pas tu ...hantar pulak budak 2 org tu sekolah.....hahhhh......pas tu barulah boleh melepaskan lelah seketika........Sejak si Abang dah masuk asrama ni....jarang2lah OKje kena panas.....kalau tidak tak habis2 duk bawah matahari, gi mari ambik budak sekolah....

Berbalik kepada cite karier sebagai surirumah ni.....pas waktu Zuhur OKje sambung pulak mengiron baju keje dan sekolah si kecik tu.....habis iron pukul 5....dah standby untuk tambah lauk....goreng sayur ke ...buat sambal sikit....dan menghidang ...maklumlah Si Arjuna nak menjamu selerakan...he...he. Kadang2 orang kata masak tu senang.. betulll....memanglah senang...yg jadi lamanya membasuh pinggan atau apa jua yg digunakan selepas dan sebelum penyediaanlah yg menjadikan lama...Pas tu pulak angkat baju...lipat baju... Tepat 6.45 pm keluar pulak ambik Angry Bird....Malam pulak hantar tuition......Kalau Arjuna belum balik....maka OKje lah yg akan ambik Angry Bird Kalau dah balik layan pulak si Arjuna makan, kemas, lauk tak habis masuk fridge, basuh pinggan....Sambil tu melayan pulak si Tahi Lalat bawah Dagu buat homework...Begitulah hari2 yg seterusnya....benda yg sama berulang....malam barulah OKje boleh meregangkan otot2 .....Begitulah tugas sebagai Home Manager.....semoga bakti yg ditaburkan ini ikhlas kerana Allah...Insyaallah...

Monday, 14 May 2012

Selamat Hari Ibu .....

Selamat Hari Ibu untuk ibuku, ibu mertuaku dan semua ibu2 di dunia...semoga kita terus hebat di dunia dan akhirat....Terima Kasih untuk sang Arjuna...dgn dinner yg 'marbeles'  di 'Sesepi'  (sepatah kata anakku yg bongsu 'Si tahi lalat bawah dagu') he..he...sebenarnya Secret Recipe...dek pelat masa kecik...

Bukanlah niat untuk menyambutnya....tapi sebagai mengenang jasa ibu yg tidak dapat dibalas walau dgn apa sekali pun... Sebagai ibu ...kita mencuba buat yg terbaik untuk anak2 selebihnya...bertawakkal kepada Allah dan berdoa semoga kita menjadi ibu yg solehah dan dapat membimbing anak2 kita menjadi generasi yg terbilang yg dapat membela agama dan bangsa. Insya Allah .

Surah ke 102- At-Takaathur (Memperbanyak)


1) Perlumbaan (memperbanyak harta benda dan anak-anak ) telah melalaikan kamu. 2) Sampai kamu masuk kubur. 3) Jangan begitu, Nanti kamu akan mengetahui 4)Kemudian jangan sesekali begitu. Nanti kamu akan mengetahui 5) Jangan begitu. Jika kamu mengetahui dengan yakin 6) Nescaya kamu akan melihat neraka Jahanam  7) Kemudian sesungguhnya kamu akan melihatnya dengan penglihatan yg yakin. 8) Kemudian kamu pasti akan ditanya pada hari itu mengenai nikmat2 (yg telah kamu terima)


Keterangan Ayat :


Kamu (hai manusia) telah lalai dan alpa kepada Allah kerana kamu berlumba2 dalam hal harta benda dan anak2 padahal kamu akhirnya meninggalkan dunia dan masuk ke dalam kubur tanpa membawa apa2 selain daripada sehelai kain putih. Nanti kamu bakal tahu dan melihat neraka , serta dilemparkan ke dalamnya. Di sana kamu akan diperiksa mengenai nikmat Allah yg telah kamu terima di atas dunia. Oleh sebab itu hendaklah ingat kepada Allah, dengan mengerjakan sembahyang 5 kali sehari semalam, sebagai tanda terima kasih atas pemberianNya kepadamu. Di sini kita ketahui bahawa mencari harta-benda dan ramai anak itu tidak dilarang, asalkan tidak lupa kepada Allah.

Monday, 7 May 2012

Masa itu emas....

Surah ke 103 - Al-Asr ( Masa )
1) Demi Masa. 2) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. 3) Kecuali orang-orang yang beriman dan melakukan amalan soleh dan nasihat menasihati supaya (menjalankan) kebenaran dan nasihat -menasihati supaya sabar menghadapi kesulitan.


Keterangan ayat :


Semua manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman teguh dan beramal soleh, serta suka berwasiat (memberi nasihat) dengan kebenaran dan kesabaran. Adapun orang yang dikatakan soleh ialah orang yang mengerjakan kewajipannya terhadap dirinya, seperti menjaga kesihatan, kepada keluarganya seperti menafkahinya, mendidiknya, kepada tetangga, negeri dan manusia umumnya iaitu dengan tolong menolong dan beramah mesra dengan mereka. Begitu juga terhadap Allah seperti mengerjakan sembahyang, puasa dan sebagainya. Ringkasnya mengikut apa yang diperintahkan Allah dan menjauhi apa-apa yang dilarangNya.

Monday Blues....

Dugaan betul nak bangun pagi Isnin ni...apa taknya....hujan tuuu......ikutkan hati memang sedap tido...tapi hubby nak pegi keje....bangun jugaklah....hantar depan pintu...tolong tutup gate....pas tu sambung tido2 ayam...he..he...

Terima kasih yg tak terhingga untuk hubby.....sebab bagi 'tanam anggur' yg tak de hasil...he...he...Kalau tak.... hainomokje kena pegi keje...menempuh jem yg tah pape...asyik jem memanjang, lagi2 hujan...peh..memang penat sungguh kaki menekan brek...Memang trauma!!! Sekarang...jem kat rumah jelah...ngan anak2...

Hari ni abang Iman dan adik Ezryn exam...Gud Luck anak2 ibu...Ibu sentiasa mendoakan anak2 ibu supaya dipermudahkan mudah menjawab soalan , terang hati, tidak cuai dan berjaya dalam exam... Amin...

Surah ke 110 - An-Nasr ( Pertolongan)
1) Apabila pertolongan Allah dan kemenangan telah datang.  2) Dan kamu lihat manusia masuk ke dalam agama Allah secara beramai-ramai. 3) Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah keampunan kepadaNya. Sesungguhnya Dia ialah Maha Penerima Taubat.

Friday, 4 May 2012

Jumaat datang lagi......

Jumaat.... memang cepat datang lagi....cepat betul masa berlalu....cepat betul usia meninggalkan kita....apa yang telah kita lakukan sebagai bekalan ke destinasi terakhir kita???? Bila usia semakin meningkat...ada juga rasa takut dalam hati ini untuk menghadapi kematian....tapi ini tak berlaku 20 tahun yg lepas....masa itu apa yg kita fikirkan....hanyalah keseronokan yg bakal kita tempuhi, berkahwin, beranak, membentuk keluarga, percutian....

Alhamdulilah....Allah telah mengurniakan perasaan ini walaupun sekelumit...sekurang2nya kita tidak akan lupa dan lalai .... Walaubagaimanapun hidup mesti diteruskan...Terima kasih suamiku kerana mencari rezeki untuk kami sekeluarga....Hanya Allah sahajalah yang membalasnya selagi mana tanggungjawab yg dipikul itu ikhlas kerana Allah. Seawal 6.15 dah ada kat jalan raya dan selewat 9.30 malam barulah selamat menjejakkan kaki ke rumahmu ...kalau lambat...pasti jem.....masalah jem tidak akan selesai selagi kereta semakin banyak walaupun jalan semakin besar....he..he...

Surah ke 113 - Al-Falaq ( Waktu Subuh )
1) Katakanlah wahai Muhammad : Aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai hari Subuh. 2) Daripada kejahatan makhluk ciptaanNya.  3) Dan daripada kejahatan malam apabila telah gelap  4) Dan daripada kejahatan wanita-wanita ahli sihir yang meniup pada simpulan tali. 5) Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila dia melaksanakan kedengkiannya.


Keterangan Ayat...
Tidak ada tempat berlindung daripada segala kejahatn selain kepada Allah. Sebab itu kita memohon perlindungan kepadaNya. Supaya terhindar dari segala kejahatan malam, kejahatn ahli sihir dan kejahatn orang dengki iaitu yang busuk hati apabila melihat orang lain mendapat kebaikan. Hatinya menjadi marah serta dicarinya ikhtiar untuk merosakkan nama baik orang itu.

Wednesday, 2 May 2012

Anak ...anugerah yang terindah.....

Anak-anak ibu....maaf .... jika ibu belum menjadi ibu yg terbaik..... ibu yang boleh menjadi kebanggaan kalian...Maafkan ibu sekiranya ibu menyentuh perasaanmu....ketahuilah nak....jauh di sudut hati ibu ini...ibu menyayangi kalian. Tidak sekelumit pun di bibir ibu ini alpa untuk mendoakan kesejahteraanmu.....
Kalian adalah anugerah Allah yg terindah....



Bukan mudah untuk mendidik anak rupanya... dan bukan mudah untuk menjadi ibu yg hebat.... Sebagai manusia biasa....ibu hanya mampu berdoa dan terus berdoa......hanya Allah sahaja yg mengetahui segala-galanya....Amin....

Surah ke 112 - Al- Ikhlas (Ketulusan)


1) Katakanlah : 'Dialah Allah yg Maha Esa'   
2) Allah ialah tumpuan segala harapan
3) Dia tidak melahirkan dan tidak pula dilahirkan  
4) Dan tiada seorang pun yg menyamaiNya...



Tuesday, 1 May 2012

Menulis lagi.....

Pejam celik pejam celik dah pun masuk bulan Mei 2012...... dan dah hampir setahun jugaklah 'hainom ok je' menanam anggur....he...he..

Peh!!! ramai sungguh rakyat Malaysia yg rajin membaca ni.....Pusat Dagangan Dunia Putra penuh sesak....nak bernafas pun susah tapi mengenangkan anak-anak tak habis-habis merengek nak tengok Pesta Buku....ikutkan jugalah....Ha...ambik kau!!!!....Dapat jugaklah ibu dia beli majalah yg dah 'expired' dengan harga yang murah....memang berbaloi.....dapat separuh harga...

Berbalik kepada ilmu yg nak dikongsikan pada kali ini.....
Surah ke 108 - Al- Kauthar ( Nikmat Yang Banyak)
Maksud Ayat :
1)Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak. 2) Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah. 3) Sesungguhnya orang yg membencimulah yang putus (dari mendapat sebarang perkara yang diingini)