Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, 28 June 2012

Sharing is caring!!!!!

Alhamdulillah......masih diberikan peluang untuk mengumpul pahala buat bekalan........  masih dapat menatap insan-insan tersayang disekeliling kita........ walaupun Allah menarik sedikit nikmat hidung..... asyik bersin dari semalam....tapi tubuh yg sihat masih lagi dapat meneruskan rutin OKje sebagai 'mummy and wife' seperti biasa.....he..he...

OKje tertarik dengan perbincangan 'Tanyalah Ustaz' pagi ni...... bersama Datuk Abu Hassan Din  berkenaan SOLAT ORANG MUSAFIR. Apa yg OKje tau dan buat selama ni apabila OKje balik kampung seminggu, 3 hari yang terawal OKje akan buat solat jamak dan qasar, tapi apa yg OKje dengar tadi adalah sebaliknya......  

Selain daripada syarat-syarat yg kita tahu bagi membolehkan SOLAT JAMAK DAN QASAR, musafir itu mestilah melebihi 100km/60 batu, tujuan musafir bukan tujuan maksiat dan banyak lagi ! ( Sila refer buku 'Indahnya Hidup Bersyariat' ~ macam-macam ada!)...... .......Musafir kita ke sesuatu tempat itu TIDAKLAH MELEBIHI 3 HARI 3 MALAM ( tidak termasuk hari sampai dan keluar ).

Sekiranya kita dah berniat untuk TINGGAL selama SEMINGGU di kampung maka kita TIDAK BOLEH buat solat Jamak dan Qasar!  Kita kena solat seperti biasa SEBAB niat kita untuk tinggal lebih daripada 4 hari !  Kita mesti qada' solat-solat yang telah  kita buat jamak dan qasar itu........

Alhamdulilah .........sekurang-kurangnya OKje dapat tau hal ini lebih awal.....bolehlah dijadikan panduan!   Terima kasih ALLAH !  


Oh ye...jangan lupa....SEMANIS KURMA malam ni.......macam best je..... 'Dompet Isteri'

Wednesday, 27 June 2012

Daddy Derhaka Anak.......

Kadang2 nak menulis ni perlukan idea-idea untuk menjadi bahan.......... patutlah penulis-penulis skrip, penulis-penulis novel menunggu-nunggu waktu yg sesuai untuk mendapatkan idea yg meletop ek!!! Walaupun OKje hanya penulis yg tah pape..... tulisan pun baca sendiri (kesiannya!)....  tapi idea tu kena ada untuk jadi bahan!


OKje baru je tengok cite kanak-kanak......  he...he... 'PESAN ATOK'........walaupun untuk kanak-kanak khususnya, tapi seronok nengoknya.....  banyak pengajaran yg dapat dari situ.... Tima kaseh  TV 9........ tima 
kasih Datuk Abu Hassan Din....kerana berpesan-pesan kepada kebenaran.......

Apa yg OKje dapat bukan hanya anak menderhaka kepada daddynya (moden sikit beb!!) ......tapi rupanya daddy pun ada juga menderhaka kepada anaknya....

Peristiwa ini berlaku pada zaman Saidina Umar Al-Khattab........    dimana ada seorang hamba Allah telah mengadu kepada baginda  berkenaan anaknya yg menderhaka lalu Saidina Umar pun memanggil anak kepada hamba Allah tadi untuk mendapatkan penjelasan. Si anak tadi pun mengaku yg dia memang menderhaka kepada ayahnya tapi dia meminta Saidina Umar untuk menjelaskan bagaiman pula hak-haknya sebagai anak! Saidina Umar pun bercerita tentang tanggungjawab atau hak-hak bapa kepada anaknya seperti apa yg OKje listkan di bawah :


1) Mencari isteri yg beragama dan solehah supaya dapat mendidik anak-anaknya kelak.
    - Seboleh-bolehnya daddy itu sendiri carilah dari keturunan yg baik-baik dan beragama
2) Memberi nama dan makna yg baik kepada anak-anaknya.
3) Mendidik anak-anaknya dengan didikan agama.
    - Kalau tak mampu untuk mendidik sendiri, hantarlah anak-anak ke kelas-kelas agama
4) Memilih jodoh untuk anak-anaknya. 
    - Mummy ngan daddy kenalah ambil tahu dan masuk campur dalam pemilihan jodoh anak-anak  


Semoga apa Datuk Abu Hassan pesankan itu dapatlah dijadikan panduan oleh semua termasuklah OKje......    Tak banyak sikit..................


Daddy Arjuna bagaimana pulak??







Monday, 25 June 2012

Rintihan Hati Seorang Ibu.....

Syurga anak di bawah telapak kaki ibu...... Syurga isteri di bawah telapak kaki suami..... Redho Allah bergantung redho ibu ayah kepada kita...  Semuanya saling berkaitan.....  OKje juga seorang isteri, anak dan seorang ibu.

Berbakti kepada ibu ayah kandung mahupun mertua satu amalan yg amat mulia.............lumrah manusia.... perkara yg baik memang amat sukar untuk dilakukan....... walaupun pahalanya berganda!

Tapi sepatah kata Ustaz Azhar Idruz.....

'Perkara wajib yg Allah perintahkan kepada hambanya memang sukar untuk dilakukan walaupun kita tahu bahawa ganjarannya adalah besar...... Oleh sebab itu sebagai hambanya, kita wajib lakukan dalam KETERPAKSAAN  kerana kewajipan itu ada kalanya sifatnya memang TERPAKSA'.

OKje suka dengan kata-kata Ustaz Hushim....( tak ingat dalam rancangan ape! tapi beliau merupakan Kaunselor Perkahwinan) ...'Kasih Sayang itu lebih berharga dari materialistik' Ibu ayah yg telah tua dan tiada kudrat lagi tidak menagih wang ringgit daripada anaknya ( kalau bagi, satu bonos!) tetapi mereka menagih simpati dan kasih sayang.

Disinilah adik beradik memainkan peranan. Tanggungjawab.menjaga ibu bapa ni ..... haruslah ada pepatah 'RINGAN SAMA DIJINJING, BERAT SAMA DIPIKUL'! Setiap adik beradik MESTI mengambil bahagian bergilir-gilir menjaga ibu bapa mereka. Kasih sayang yg diberikan oleh ibubapa kepada anak-anak adalah sama, tiada yg  kurang. Anak-anak haruslah diberi peluang untuk mendapat pahala yg besar itu. Sebagai ibu bapa pulak haruslah ada sifat adil, jangan hanya dibebankan kepada seorang anak sahaja untuk menjaga mereka dengan alasan keselesaan, mudah berkomunikasi, mudah diajak berunding, mudah disuruh tapi ibu bapa harus mengerti ........... anak itu juga memerlukan ruang untuk dirinya. Apabila ada sikap toleransi, adil, faham memahami dalam perhubungan anak dan ibu bapa barulah tidak timbul keterpaksaan dalam menjalankan tanggungjawab. Keikhlasan itu sedikit demi sedikit akan datang. Kerana.......tanggungjawab dipikul sama rata!

Selain itu , jauh di sudut hati ibu ayah amat mengharapkan  anak2 yang dipelihara sedari kecil mendengar kata dan tidak sesekali menyakiti hatinya. Janganlah sesekali membenarkan air mata ibu jatuh kerana mengecewakan mereka, tapi biarlah air mata  ibu jatuh kerana kejayaan kita!
  
Sematkanlah dalam diri kita sebagai anak, kesejahteraan kita hari ini adalah kerana berkatnya doa dari seorang yg bernama ibu!

Kenapa OKje macam serius ek hari ni........Entahlah..........................

Makna di sebalik ayat.....

Lama dah rasanya OKje tak menjengah blog ni....  terasa rindu pulak nak menulis....walaupun menulis tah pape...   he...he... semoga ada keberkatannya...

Surah ke 109  -  Al-Kafirun (Orang Kafir)


1) Katakanlah ! " Wahai orang-orang kafir!"  2) Aku tidak akan menyembah apa yg kamu sembah   3) Dan kamu bukan penyembah Tuhan yg aku sembah  4) Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yg kamu sembah  5) Dan kamu tidak pernah menjadi penyembah Tuhan yg aku sembah   6) Untuk kamu agama kamu dan untuk akulah agamaku


Keterangan Ayat :


Sebahagian kaum Quraisy berkata : Ya Muhammd, ikutlah agama kami kelak kami akan ikut agama kamu. Kamu sembah Tuhan kami setahun dan kami sembah Tuhan kamu setahun pula. Nauzubillah, kata Nabi. Aku berlindung kepada Allah daripada syirik itu. Kemudian turunlah surah al - Kafirun.


Katakanlah Ya Muhammad, " Wahai orang kafir, aku tidak akan menyembah berhala yang kamu sembah dari sekarang sampai masa akan datang dan kamu tidak akan menyembah Tuhan yg aku sembah. Aku tidak pernah sejak dahulu menyembah berhala yg kamu sembah dan kamu tidak pernah menyembah Tuhan yg aku sembah. Bagi kamu agamamu dan bagiku agamaku.

Friday, 22 June 2012

Awak.....kita sangat suka dengan kata-kata ni...

OKje amat suka dengan jawapan Ustaz Idruz dengan satu pertanyaan ni..............
Bukanlah niat OKje untuk mencari aib orang yang tak pakai tudung.....tidak sama sekali, jawapan ini amat sesuai untuk apa jua perkara yang menjadi kewajipan bagi orang Islam seperti kita.............. perkara yg baik sangat baik untuk disharekan dan direnungkan bersama-sama................
 

Suami Mithali....

Suami ku Mithali.......Insyaallah.....   he..he..

Ni ha....... OKje nak share ......... 'Tanyalah Ustazah' hari ni tajuk tu so macam biasalah OKje bukan ustazah...bukan jugak pendakwah ke ape ...tapi sebagai manusia biasa yg dho'if....  nak share apa yg OKje dapat.

Pengertian Suami Mithali adalah suami atau ayah yang dapat membawa isteri, anak dan kaum kerabatnya  jauh dari api neraka. Pentingnya hubungan diantara Suami/Ayah dengan anak banyak diceritakan dalam Al-Quraan seperti Surah Luqman.

Suami kena ada kesedaran/azam dalam dirinya untuk menjadi Suami Mithali. Tanam niat dalam hati untuk menanamkan dalam jiwa isteri dan anak-anaknya dengan ilmu dan akidah yg benar ke jalan Allah.
 
Kenapa suami itu adalah pemimpin?  Tengok ajelah dari segi bentuk fizikal, struktur badannya lebih besau dari isteri ( kotnya....  OKje ngan Arjuna macam lebih kurang jer...   he..he...), ototnya lebih keras, ketinggiannya dan banyak lagi. Dari segi biologinya pulak suami biasanya lebih kuat.......  betul tak?

Untuk membentuk sebuah keluarga ni, kita kena umpamakan seperti solat berjemaah. Bagaimana rapatnya hubungan Imam dan makmum dalam bersolat begitu juga rapatnya hubungan sesebuah keluarga. Suara Imam/Suami hendaklah jelas dan dapat didengari oleh jemaahnya. Imam sebagai suaminya dan makmum sebagai isteri dan anak2nya....... Tidak semestinya Imam/Suami tidak boleh di tegur, mereka sahaja yg sentiasa betul dan tidak pernah melakukan kesalahan ....... Imam/Suami juga boleh ditegur dengan cara yg betul dan berhikmah.

Sebagai suami pulak tidak semestinya ego dan kuasa veto yg ada disalah guna untuk membentuk isteri dan anak2nya.  Misalannya menegur dengan cara kekerasan..... Kekerasan tidak dapat melembutkan hati mereka.......... jadilah umpama batu dan air.......walaupun air itu lembut sifatnya tapi ia berupaya melekukkan batu yg keras.

Jangan samakan tugas ayah ni umpama burung, bagi makan kat mulut anak dah cukup...... itu salah ye... Anak-anak perlukan belaian dan kasih sayang. Bukan mudah tugas seorang suami dan ayah! Adalah salah menyerahkan 100% tugas mendidik anak-anak kepada isteri seorang........ SEBAB.....Suami adalah pemimpin..... tugasnya selain mencari nafkah untuk isteri dan anak-anak........ dia juga bertanggungjawab membentuk atau menakhodakan keluarganya kepada jalan ALLAH! Suami/Ayah mempunyai aura suaranya yang tersendiri (OKje amat bersetuju!!!!  Anak2 ni nak kena dengar suara ayah barulah takut, suara emak dah tak heran!) 

Apakah kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak?
1) Kurangnya berdoa untuk meminta pertolongan dari Allah supaya dipermudahkan dalam membentuk keluarga
2)Kurang memberi galakan atau motivasi kepada anak-anak untuk menjadi baik

Betullah....bukan senang untuk mendidik anak menjadi soleh dan solehah. Ianya memerlukan masa yang panjang, disamping doa yg tidak henti-henti memohon pertolongan dariNya.

Thursday, 21 June 2012

Muar....

OKje orang Muo!!!  He..he...tak tanya pun nak bagi tau..... OKje teramatlah berbangga dengan daerah kelahiran OKje dan Sang Arjuna (org Muo aka Maharani bebbbb!!!)......



Muar atau Bandar Maharani atau Muo (orang Muar je panggil!) terletak bersebelahan dengan negeri Melaka. Jaraknya lebih kurang 45 minit - 1 jam perjalanan dari bandar Melaka. Ada beberapa alternatif untuk ke Muar samada melalui highway atau jalan lama.... kalau melalui highway kita boleh exit  Tangkak Toll atau Ayer Keroh Toll atau Jasin Toll...semuanya boleh. Selalunya OKje akan exit Ayer Keroh Toll... disamping menjimatkan toll (walaupun tak seberapa sen sangat!).........OKje dapat lah tengok - tengok apa yg ada kat tepi jalan tu ha... Zoo Melaka, Taman Buaya, Rumah Mini Malaysia, semua ada.....he..he... ( tak singgah, tengok pun jadilah kan !!)

Apa istimewanya bandar Muo ek??   Banyakkkkk!!! sesangat... Kalau singgah kat Muo ni rugilah tak rasa mee bandong Muo.....MELETOP !! bukan macam mee bandong yg kat KL ni ....kat KL mee sos namanya he..he......... Nak rempah mee bandung segera pun ada......... ( google RH brand semestinya!!) lagi........... nasi ayam berlada,  mee rebus, sate, soto, cendol, rojak dan yg paling selalu OKje cari kalau balik Muo adalah Mertabak Singapore dan apam balik memang tak sama dengan KL beb.....     Pehh......... terliurlah pulak OKje ....

Supermarket??? Ada dong...banyak seh.... ada banyak pilihan 4 - 5 buah supermarket untuk window shopping..... yg famous... Wetex le... walaupun tak macam kat KL...tapi bolehlah...untuk menjamu mata....nak makanan segera? Kat Wetex pun ada MC Donald ........ Giant ada... Econ Save ada...   apa lagi? Hebat tak Muo??? Hebatkan... Macam ni lah keadaan Bandar Maharani.....



Muo jugak tak kalah dengan makanan lautnya...  Sabak Awor......pelbagai jenis seafood....... kupang, pepahat, ketam, udang, sotong,siput, ikan jangan cakap le...... dengan harga yang  berpatutan. Kira Sabak Awor ni sama macam Umbai kat Melakalah. Ha...   kalau nak makan pisang tanduk goreng cecah sambal kicap, mee siput Muolah tempatnya...

Taman Rekreasi ( betul ke eja ni? ) pun ada.... Tanjung Emas namanya. Kat sini letaknya rumah singgah  Sultan Johor , Masjid Muo dan pejabat-pejabat kerajaan... Selalunya kalau balik kampung OKje akan makan tengahari di sini. Pilihan kitaorang tentunya asam pedas! Asam Pedas ikan Sembilang ( ni memang 'feberet' Arjuna!) 

Nak shopping Jubah? Adaaaa.... Jubah kain 'viskos' harganya diantara RM60 - RM70 ....Banyak pilihan beb......memang syok.

Apa lagi ....... jom le singgah Muo ! Hotel pun banyak dan nampak macam BEST je........ tapi Okje tak pernahlah survey harga hotel ... sebab hotel mak OKje kan ada... he..he.. 



Wednesday, 20 June 2012

TV 9 yg melotoppp!!!.....


Macam biasalah.... pagi-pagi.....OKje akan bukak channel 'faberet' ...TV 9 in the house!!!.... tertunggu-tunggu motivasi pagi.... Tapi.....pagi ni OKje curi2 bukak channel Al-Hijrah....6.30 - 7.00am Ustaz Don yg 'encem' tapi taklah se'encem' Arjuna OKje!! (ahaks.............)  dah ready nak bagi ceramah.... Pagi ni tajuknya Pengertian Solat...... so OKje pun terlepaslah Muqaddimah pagi ni....


Habis je Ustaz Don ....OKje bukak pulak channel TV9 ....Tanyalah Ustaz...pagi ni tajuk BEST!!   Tanggungjawab Adik Beradik.....Macam-macam soalan yg di tanya tapi OKje tertarik dengan persoalan

'Siapakah yg paling layak untuk menjaga ibu bapa, anak perempuan atau anak lelaki?'

Ustaz tu katalah.....OKje cuma menyampaikan apa yg OKje dengar. Carilah dimana buku pun tiada buku menetapkan anak lelaki ke perempuan yg patut menjaga ibu bapa...kedua-duanya bertanggungjawab. Adalah wajar untuk bergiliri-gilir. Anak-anak sepatutnya gembira apabila tiba giliran mereka kerana waktu inilah mereka dapat berbakti kepada ibu bapa yg telah menjaga dan membesarkan anak-anak, yg confirm2 kita tak dapat membalasnya.......sebab ganjarannya amatlah besar. Subhanallah...

Keredhaan Allah adalah Keredhaan Ibu bapa.... Kadang2...sebagai manusia biasa perkara yg baik tu amatlah payah untuk menyempurnakannya....Banyak sungguh dugaan yg perlu ditempuhi. Sebagai anak kita hanya perlu bersabar. Semoga kita tergolong dalam golongan yg sabar dan menjadi anak yang dapat berbakti kepada kedua ibubapa kita.

Sebagai ibu bapa pulak....kita seharusnya menerapkan 3 perkara dalam mendidik anak2 supaya anak-anak kita saling menyayangi diantara mereka adik beradik....
1) Menerapkan Al-Quraan dalam jiwa mereka
2) Melatih akhlak seperti akhlak Rasulullah

OKje pernah dengar....sebaiknya sebagai ibu bapa perdengarkanlah selalu hadis-hadis nabi kepada anak-anak, kerana lama kelamaan hati mereka akan lembut....   
Bila OKje nak start ek?

Tuesday, 19 June 2012

Abah.....orang rindu Abah!!!

Abah...... kadang kala kenangan bersama abah tiba-tiba datang menerjah.....kala itulah rindu mula menguasai diri.... Satu persatu lipatan kenangan bersama abah terpapar di depan mata .... rindu dari seorang anak bongsu.

Abah....orang ingat lagi..... abah tak pernah jemu melayan kerenah orang..... kalau nak pergi sekolah, bangun pagi mesti berdukung sampai ke bilik air...... kalau musim bulan Ramadhan, waktu bersahur...abahlah yg tukang mengejut orang.....sabarnya abah melayan orang....kalau waktu berbuka.... sambil menunggu-nunggu waktu berbuka abah akan bawak orang jalan-jalan round lombong tinggal kat area kampung.

Abah.....  ada masa ketikanya orang teringin nak makan udang...... maklumlah waktu itu jangankan udang ikan, ayam pun jarang jumpa... atau mungkin waktu itu nilai duit terlalu berharga bagi seorang penoreh getah macam abah..... tapi abah belikan jugak udang galah.... seronoknya tak terhingga bagi anak kecil seperti orang !! Dapat apa yg dihajati.... Terima kasih abah!

Dan pada ketika yg lain pulak.....bila orang sakit perut.....abahlah jugak jadi doktornya..... baca Al-Quraan tiup dalam cawan isi air campur minyak cap kapak!!!! Pas tu minum..... Waktu tu... itulah ubat yg paling mujarab. Abah jugaklah guru Al-Quraan dan guru sifir orang.....Sebelum tidur abah mesti suruh baca sifir...sampailah orang ingat..... Walaupun abah tak sekolah tinggi tapi abah cukup 'terer' dalam ilmu kira-kira ni.... Abah jugak suka bercerita....seronok sangat dengar cite abah...... Tapi itu dulu....sekarang abah dah tak de..... abah dah pergi meninggalkan orang....... abah pergi meninggalkan ilmu yg abah ajarkan kepada orang..... sampai orang boleh mengaji.... berkat penat lelah abah, orang tak buta Al-Quraan abah! Al-Quraan yg orang baca...sedikit sebanyak abah jugak dapat ganjarannya... Insyaallah!!

Abah.....orang minta maaf....kadang2 orang lupa abah...... orang sebok dengan urusan dunia sampai lupa nak kirim kat abah....

Abah pergi pada usia 75 tahun....pada 5 November 1999, hari Jumaat. Dah hampir 13 tahun abah tinggalkan orang... Abah sempat mencurah kasih kepada 2 orang anak orang.... Jasa abah membesarkan orang tidak mungkin dapat orang balas sampai bila-bila... hanya Allah sahajalah yg dapat membalasnya...

Sayang ABAH!!....


Sunday, 17 June 2012

Kuda-kuda Yang Berlari....

Surah ke 100 - Al-'Adiyat (Kuda-kuda Yang Berlari)


 Maksud Ayat :


1)  Demi kuda perang yang berlari kencang nafasnya.  2) Maka mencetuskan api ( di telapak kakinya).  3) Mahu menyerang di waktu Subuh  4) Sehingga menerbangkan debu-debu.  5) Lalu menyerbu ke tengah-tengah kumpulan (musuh).  6) Sesungguhnya manusia itu amat ingkar tidak bersyukur kepada Tuhannya.
7) Dan sesungguhnya manusia itu menjadi saksi (mengetahui) akan keingkarannya.  8) Dan sesungguhnya dia sangat bakhil kerana halobanya kepada harta.  9) Apakah ia tidak mengetahui apabila dibangkitkan (dibongkar) isi kubur.  10) Dan dibukakan apa (yang terpendam) di dalam dada?  11) Sesunggunhnya Tuhan mereka pada hari itu Maha Mengetahui keadaan mereka.


Saturday, 16 June 2012

Perjalanan Agung......

Pagi semalam.......sambil tido2 ayam....(lepas mengiringi Sang Arjuna menunaikan kewajipan sebagai seorang suami mencari nafkah....) OKje je pun bukaklah TV 9.... OKje rasa TV 9 ni baguslah...sebab apa OKje rasa bagus... Tepat 6.30 pagi...dah ada rancangan motivasi (Muqaddimah)  pas tu 7.00 am hingga pukul 8.00 am Tanyalah Ustaz pas tu  8.00am hingga 9.00 Adik dan Al-Quraan pas tu rancangan Pesan Atok...(walaupun rancangan kanak-kanak...tapi sebagai orang yg 'dewasa COMEL'  macam OKje ni (ahaksss...)  sesuai jugak la mengikuti.......utk merefresh balik!!!

Ni nak sambung balik cite tadi.... semasa program Tanyalah Ustaz dan Tanyalah Ustazah (pukul 9 hari Jumaat!).....tajuknya adalah berkenaan Israk dan Mikraj.... sekarang ni dah 26 Rejab....Esok dah 27 Rejab.... OKje pun teringinlah nak menyampaikan walaupun sepotong ayat (chewah!!)...

Israk dan  Mikraj adalah perjalanan Rasullallah dari Masjidil Haram singgah ke Masjidil Aqsa dan terus diangkat ke Langit untuk berjumpa Allah s.w. Mengapa dari Masjidil Aqsa di Palestine..? Rupanya ...mengikut beberapa riwayat....  Masjidil Aqsa ni kedudukannya berada tegak ke pintu langit...... dan mengikut kajian Sains pulak (sebagaimana yg di ceritakan oleh Angkasawan Islam Malaysia pertama Dato' Sheikh  mengikut pengalamannya...... Roket yg membawa Angkasawan rupanya akan melalui ruang udara Palestine dan dari situlah roket tu terus menuju ke bulan. Sebab......di ruang udara Palestine itulah graviti bumi yg paling rendah....Subhanallah....Maha suci Allah yg maha hebat!!

Ketika inilah Allah telah mensyariatkan Solat 5 waktu kepada Nabi kita Junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w . Sebab itulah Solat ni adalah ibu segala ibadat.....dan sesiapa yang meninggalkan solat seolah2 dia telah meruntuhkan tiang agama...

Pelbagai peristiwa yg dilalui Rasulullah sepanjang perjalanan baginda....dan salah satu yg OKje nak ceritakan ni.... Baginda telah mendengar tapak kaki Bilal bin Rabah di syurga....Bilal bin Rabah adalah seorang hamba yang menjadi bilal pada zaman Rasullulah.....
Apakah amalan yg dilakukan oleh Bilal bin Rabah sehingga tapak kakinya telah didengar oleh Rasullulah di Syurga?   Rupanya ....Bilal bin Rabah ni sentiasa berwudhuk dan selalu menunaikan solat sunat dan 'ISTIQAMAH' ataupun kekal dalam melakukan sesuatu perkara.....itulah dia....sedikit sebanyak yg dapat OKje kongsikan.... Semoga kita sama2 dapat manfaatnya.......

Pape pun OK janji kool...he...he...


Wednesday, 13 June 2012

Everything I Do......

Lagu ni cukup memberikan makna yang begitu WOW pada OKje....... alah ... lagu masa zaman OKje dan Si Arjuna ....  'kencur'  (dalam erti kata lain zaman budak2lah!!!)........ Peh!!! kalau dapat layan lagu ni masa tu.....memang jiwang habislah......  Memang tak tau nak cakap perasaan tu macamana.   He...he... lawak aje kalau ingat balik!!    Cepat sungguh masa meninggalkan kita....Laa ni....anak2 pulak merasai zaman remaja yang pernah OKje rasa......

Zaman sekarang cukup berbeza.....banyak kemudahan....internet, fb, hp, twitter, skype ....... cukup senang nak menjalinkan hubungan..... SMS usahlah cerita.... asyik berSMS tak habis-habis....apa agaknya yg dibualkan.....Kalau zaman OKje, suratlah menjadi medium perantaraan ........ Menunggu-nunggu abg posmen datang.... sekarang ni abg posmen dah tak laku lagi  ( he..he...). Zaman cepat betul berubah!!!

Jom !!! layan lagu ni !


Penyejuk Mataku....

Dah masuk 3 bulan jugak OKje bertatih  menulis dalam blog ni......lama2 seronok jugak......dapat meluahkan sesuatu dalam bentuk tulisan....(walaupun OKje sorang je yg baca! he..he..)

Okje rasalah.....OKje ni memang ada bakat menulis.....kalaulah OKje buat NOVEL....rasa2nya boleh meletop tak??? ( Perasanlah kau OKje!! ) Mak masih ingat tau.....mak ni pernah merangkul tempat ke dua dalam menulis karangan sempena Hari Guru peringkat sekolah pada tahun 1984 ( ceh wah!  ingat mak ape?  he..he ) Ingat lagi time tu Cikgu Khadijah yang tolong hantar OKje ambik hadiah kat Sek. Men. Sains Muar...ngerinya OKje nak naik pentas.... Sebelah Okje masa tu saudari Farha Hanina (pemenang tempat pertama) masih segar dalam ingatan namanya....... orang Bukit Gambir. Kat mana agaknya dia ek? Lepas tu OKje ada hantar karangan kat Mingguan Kanak-Kanak ......Tajuknya apa tau   'Pengalaman Yang Tidak Dapat Saya Lupakan' masa tu dapatlah free langganan paper tu selama beberapa bulan.... pas tu terus terbantut tak tulis apa2 lagi sehinggalah laaa ni..... terkenang zaman dolu-dolu....

Pagi ni OKje sempatlah mencuri dengar  'Tanyalah Ustazah TV9' ......  Apa yg Okje dapat untuk di'share'kan :

Berdoa adalah Senjata orang Mukmin !

Banyakkanlah berdoa dan membaca Surah AL-FURQAN ayat 74 yg maknanya lebih kurang macam ni
 ' Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami isteri-isteri dan keturunan yg menyenangkan hati. Dan jadikanlah kami imam (pemimpin) bagi orang2 yg bertakwa'.

Kita berusaha untuk menjadi penyejuk mata bagi pasangan dan kalau sebagai anak ....penyejuk mata bagi kedua ibu bapa kita. Bagaimana? Taatlah perintah Allah...sebagai manusia biasa .......tidak mungkin kita sentiasa baikkk je, tidak melakukan kejahatan ... cepat2lah bertaubat  dan kembali kepada Allah.

Nabi berpesan supaya kita membahagikan kehidupan kita dalam sehari ni kepada 3 bahagian :
 1) Untuk diri kita dan keluarga
 2) Untuk menghambakan diri kepada Allah
 3) Untuk kerja

Tanamkan azam dalam setiap minda ibu bapa terutamanya Sang Suami ni dengan soalan 'Bagaimana kita nak selamatkan anak isteri kita dari azab api neraka'! Semoga kita menjadi hamba yg taat dan penyejuk mata kepada pasangan dan ibu bapa kita. Insyaallah!!



Tuesday, 12 June 2012

Al-Humazah (Pengumpat)

Semoga mendapat pengajaran daripadanya.....


Surah 104- Al-Humazah (Pengumpat)


Maksud Ayat :


1) Celakalah setiap pengumpat lagi pencela  2) Yang mengumpulkan harta dan mengiranya  3) Dia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (menyelamatkannya)   4) Tidak. Sesekali tidak. Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam Hutamah  5) Dan tahukah kamu apa Hutamah itu? 6) Iaitu api (azab) dari Allah yang dinyalakan  7) Yang panasnya naik membakar sampai ke hati. 8) Sesungguhnya mereka dalam api itu ditutup rapat (sehingga mereka tidak dapat keluar dari dalamnya).  9) (Mereka diikat) pada tiang-tiang yang panjang.


Keterangan Ayat :


Allah telah menyediakan neraka Wailun (yang sangat panas) untuk orang yg mengumpat (mencela), atau menghina orang atau satu golongan daripadanya, iaitu orang yang berhati sombong kerana mempunyai harta benda yang banyak , lalu ia menyangka, bahawa orang yg lain daripadanya hina dina. Nanti ia akan dicampakkan Allah ke dalam neraka.

Ayer Keroh Hotel....

Baru-baru ni dalam perjalanan balik dari Muo ke Kay Ell...konon2nya Sang Arjuna teringin bebeno le nak bermalam di Melaka (anak2 dan mak anak apa lagi! memang terlebih teringin sangat le he..he..).....nak tengok Bandar Melaka waktu malam katanya, walhal sama je walau kat mana pun.

Pusing punya pusing Ayer Keroh....singgah le kitaorang kat resort tepi Highway tu..... Seri Malaysia .......dalam kepala memang target hotel ni le sebab biasanya harganya amatlah berpatutan.....yelah bagi OKje yg kelas sederhana ni....he..he... bila tanya....mak oi....mahal tuuuu.....RM260...bilik 2 katil single ( tapi berangan nak tido hotel!!!) Pas tu cari lagi.....at the same time call le Hotel Hilton, Mahkota Hotel...(saja je nak tau harga...) Haa kau....lagi mahal RM460.....tergelak pun ada....(susahnya jadi orang yg kelas sederhana ni ek!!! berkira2 nak tido hotel! kesian sungguh! Tapi......bila jengah2 rumput di bumi, bersyukur pun ada....ada lagi org yg hanya teringin tapi tak dapat tido! betul tak?

So..... OKje pun buat tawaf sekali lagi kat Ayer Keroh .....Singgah pulak kat Ayer Keroh Country Resort Melaka. Emmm....harganya berpatutan....RM200 sebilik...tapi macam kurang menarik minat OKje....kenapa ek???  OKje rasa kalau buat kem bina semangat ke, kursus ke, sesuai kot sebab kawasannya macam kat hutan je........so OKje pun pegi kat Puteri Resort....harganya sama....RM200... nampak pun macam BEST je....Apalagi  OKje dan family pun terus check in le... OKje amat berpuashati!! Siap ada bath tub lagi!  Si Tahi Lalat Bawah Dagu apa lagi berendam macam badak air le... he...he...

Kadang2 tu, bila time bercuti ni bukan apa....kita dapat berkumpul bersama2 dan berbual2 ...kalau kat rumah confirm masing2 depan laptop... Terima kasih Arjuna...sponsor kitaorang..Sayang Arjuna!!!

Jihad seorang isteri....

Muqaddimah TV9...

Jika jihad seorang suami adalah di luar rumah...berjuang di jalan Allah...Jihad seorang isteri pula adalah di rumah...menguruskan rumahtangga, peluh yg menitis kerana mengerjakan kerja kerja rumah....itu adalah bukti jihad seorang isteri.

Jihadnya bermula apabila mereka tinggal sebumbung....  Jihadnya bertambah dengan kehadiran cahayamata, tugasnya  menjaga , mendidik, membesarkan anak tanpa mengharapkan pulangan....adalah tugas yg cukup mulia!... (ingat senang ke nak jadi seorang isteri yg menganggur !!! he..he..).

Kesimpulannya:
1) Seorang isteri hendaklah berazam untuk menjadi isteri yg solehah.
2) Tanggungjawab dan tugas yg dilakukan oleh seorang isteri adalah satu pengorbanan yg besar dan  ia juga
    adalah dikira sebagai satu jihad
3) Seorang isteri berhak mendapat pujian dari seorang suami ( setuju sesangat! )


Surah ke 101 - Al-Qaari'ah ( Hari Kiamat) 


1) Al-Qaari'ah (hari kiamat)  2) Apakah al-Qaari'ah itu? 3) Apakah kamu tahu apa al-Qaari'ah itu?  4) Pada hari itu manusia seperti kupu-kupu yg bertebaran. 5) Dan gunung-ganang seperti bulu halus yg bertaburan.
6) Adapun orang yg berat timbangan kebaikannya.  7) Maka ia dalam kehidupan yg senang lenang  8) Adapun orang yg ringan timbangan kebaikannya  9) Maka tempatnya Hawiyah  10) Tahukah kamu apakah Hawiyah itu?  11) Ialah api yg amat panas

Monday, 11 June 2012

Balik Muo le...

Orang Muo kenalah balik Muo kan..... Satu pengalaman yg OKe dapat sempena musim cuti sekolah baru2 ni ialah .... balik kampung naik bas....Yeah.....satu percubaan yg berani!!! he..he.. Seronok jugak.... yg paling seronok tentulah anak2...tak kira yg beso ke, yg kecik ke yang tua ke.....semuanya tak sabo-sabo..... OKje dah lama meninggalkan zaman berbas-bas ni...last naik bas seingat OKje .... masa Hari Raya... time tu baru berkahwin  tahun 1996, serba daif... tak mampu lagi nak beli keta...bas lah jadi geng...

Sampai je kat Terminal Bas Bersepadu  Bandar Tasik Selatan....( naik teksi le (RM20 tu..) ....jangan marah !!! Arjuna?? huh...memanjang keje... tapi yg penting sponsor!!! ahaks..)

Tiket ?  RM 18 untuk dewasa dan RM12 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun... Kalau nak cerita 16 tahun yg lalu  harga tiket baru Rm8..... Hai....tiket bas pun ikut keadaan semasa!   Mood jadi tak ok sebab aircond bas tak sejuk...spoil sungguh....

Sampai Muo yg jadi mangsa...kakak OKje le...he..he...jadi supir!!! Terima kasih Kak Ros tolong jemput OKje anak beranak..... Anyway percutian 4 hari 3 malam di kampung memberikan pengalaman yg cukup berbeza.....dapat jumpa bonda....dapat makan durian... dan dapat naik bas!!!