MALAM TAUTAN KASIH TIKL 2014

Salam Jumaat ......

Malam esok sepatutnya Pak ngan Mak Jilap pergi MALAM TAUTAN KASIH TIKL 2014.
Ceh...... dapat bayangkan tak kami jalan bergandingan di Red Carpet? Sambil lidah terjelir jelir, leher terbeli belit hehe....  

( Weyh.....ada sesiapa kat sini bekas pelajar TIKL yang nak join ? Sila klik link tu yeh )

Dah katanya bekas pelajarkan, kenalah bagi sokongan padu! Tambah pulak bila cikgu sekolah mintak Sudden Attack dengan geng dia buat persembahan malam tu, bertambahlah semangat nak pergi. Lebihnya nak tengok anak! hehe...... Sokongan kepada majlis dah jatuh no 2 hehe....


Dah katanya last minute planning, menggagau le tanya kengkawan yang dah book meja awal kalau masih ada seat kosong. Nasiblah ada kosong lagi, bayar masa malam tu katanya.

Tup tup semalam kawan dia inform, pengetua cancel.

OKje memang dah plan nak balik kampung minggu ni sebelum ni lagi, minggu lepas tak boleh nak balik sebab SA kerja, Angry Bird pun sekolah. Bila minggu ni ada event macam ni dan kebetulan cikgu dia mintak tolong SA buat persembahan, OKje postponedlah sekali lagi walaupun emak dah sebok tanya bila nak balik, bila nak balik, serba salah jadinya. ( Biasalah....... namanya emak yek, suka kalau anak dia datang menjenguk dia ).

Dah cancel cenggini,  maka dengan ini beta arahkan balik kampung ajelah hehe......  
Duit tu pun belum bayar lagi. So oklah.........Selamat duit Papa Zir RM200! TLBD lah yang paling suka sebab dia tak akan kena tinggal hehe...    




Comments

  1. Selamat duit, dan senyum je emak tengok anak dan menantu balik. hahaha

    ReplyDelete
  2. Alahai, sayangnya tu.. cancel kenapa tu?

    Projek sekolah nak cari danalah tu kan. RM 200 tu untuk berapa orang? dua ke? boleh tahan dapatannya kalau jadi tu.. sekolah kami tahun lepas bayaran yang lebih murah dari tu pun dapat RM80k. tahun ni belum mula lagi projek cari dana...pening dengan hal akdemik je,

    Selamat balik kampung ya.. Dimudahkan peluang untuk balik, hikmah kejadiannya ni..

    ReplyDelete
  3. balik kampunglah best jumpa mak..

    ReplyDelete
  4. Doa mak juga yg makbul hainom... Suruh balik kampung.. duit rm200 boleh belanja mak kan hainom..

    ReplyDelete
  5. Itulah kita ni mampu merancang aje kesudahnnya kita tak tahu
    Selamat balik kampunglah ye dinda..

    ReplyDelete
  6. yeesss balik kampung..tapi kan okje..tak de sekolah ganti ke esok

    ReplyDelete
  7. elok sangat lah balik kampung hainom....sian mak.tunggu2 agaknya...lagi pun kan nak hari ibu ni.

    ReplyDelete
  8. Balik kampung meraikan hari Ibu...lawak la ayat introduction tu...:p

    ReplyDelete
  9. Takpe lah tak jadik pon yer OKjer.. ade plan lagi bagus menyusul.
    balik kampung adalah sangat best! dpt makan masakan emak kita.. besttttt~
    *rindu nak balik kampung jugak~

    ReplyDelete
  10. Sayang plak kena cancel kan Kak? klu tidak boleh jumpa kawan2 lama...takpelah janji boleh balik kampung jenguk Mak walaupun tak pergi reunion...

    ReplyDelete
  11. cancel pulak dah...
    tak dapat lah nak melaram lip lap yer OKje.. hehehe
    tak apa. balik kampung lagi best dari melaram.. kannnn??

    ReplyDelete
  12. mmg allah suruh hainom balik kg lah tu . kat sini lak, esok sekolah ganti ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat sini pun sekolah ganti Vee tp okje pontengkan hehe

      Delete
  13. Kak Nom, nggolek ee jugak, orak enek pun. Endi deeh?

    ReplyDelete
  14. Baiklah tuanku..balik le kampung dengan aman damainya...

    doakan Farhan dapat nikah 11 Okt ni.. nanti CM layangkan kad ya..

    ReplyDelete
  15. wah ..
    nanti kt red carpet boleh la perasan mcm Brad Pitt ngan angelina jolie gitu ...

    ReplyDelete
  16. sayangnya cancel plak..baru nak tgok anak zirafah buat persembahan.hehe..sory gurau je..ada hikmah tu..balikkmpg pun best..rm200 boleh blanja mak soping n makan2.hehe

    ReplyDelete
  17. cik pon dha lame tak balik...tp Alhamdulillah dah maklumkan kat mak awal2...sebab cik laki bini masih bizi uruskan umah..nt dah boleh pindah,boleh lah angkut mak sekali sekala kat umah tu..kikikik

    ReplyDelete
  18. tak bertaut kasih lagi la ni...hehehe...selamat balik kampung OKje...besnya balik kampung

    ReplyDelete
  19. Baguslah cancel kan dapat balik kampung..tapi rugi jugak woo terlepas makan sodap2 tuh...:)

    ReplyDelete
  20. bestnya balik kampung, kita udah berzaman tak balik, tak sempat beb, sib baik mak ayah xder daa, kalau idok kecik ati mereka bila anak2 tak balik.

    ReplyDelete
  21. saya hjng bln ni bru nk blk kg:)
    selamat berhujung minggu di kg..

    ReplyDelete
  22. Selamat balik kg lah okje.....selamat duit hehe

    ReplyDelete
  23. Oh, dah selamat balik kampung rupanya hujung minggu lepas! Kenapa tak suruh Papazir sambungkan aje cuti sampai esok dan anak-anak diMCkan aje? Hehehe....

    Tak dapatlah nak tengok PakMak Jilapah mengerlip-ngerlip lip-lap, lip-lap kat karpet merah. Ni ditangguhkan ke terus cancel Okje?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah pasal Mak Jilap Okje masalahnya Pak Jilap tu menci tau!...
      Hish nak apa tangguh apa ke bendanya ...ingat mak ni macam penaung TIKL, kalau mak tak datang maka majlis tak berlangsung hehe...

      Delete
  24. bestnya ada program mcm nie..:)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts