IKEA ku datang.....

Salam Selasa....

Balik daripada kenduri kawen si Bob kitaorang terus ke IKEA. Si TLBD lah yang beriya mengajak kitaorangnya, selepas dia tengok kawan dia berselfie kat IKEA.  Dia pun nak berselfie jugaklah tu! Haha.... kelakarlah bebudak nikan..... Serious beb, kali ni bukan mak yang nak pergi tau.....

Masyaallah..... orang punyalah ramai !!! Memang time sangat tak kenalah datang Ahad baru ni. Tengok ajelah nak bayar bukan main panjang kena queue......


Kat IKEA ni OKje suka tengok diaorang punya Interior Design, cantik! 
Biasalah dalam dunia ni, ada duit semua pun boleh jadi! Tak berapa nak berduit, dapat berselfie dekat showroom fefeeling macam rumah sendiri pun jadilah hehe...... 



Alang alang dah sampai, biar rembat barang seketul dua. Barang mampu milik jer. Rembat jam dinding seketul RM2.50, 2 ketul baru RM5 henggit kan....


Setiap kali pergi IKEA ni, OKje mesti teringat pengalaman beli meja kat sini 10 tahun lepas. Gelak sampai keluar air mata, mak laki bini kalau ingat balik. Terasa betapa 'pandainya' kitaorang masa tu.

Masa tu mak manalah ada pengalaman shopping kat IKEA ni. Dengar member kata shopping kat IKEA best, so awak pun teringinlah jugak nak shopping, haha.....sama je macam anak dia yek.

Masa tu OKje baru pindah rumah yang OKje duduk sekarang ni. Tengah kemaruk mendekolah kononnya. So berkenanlah tengok satu meja belajar tu. Beriyalah kami menulis no kod dia. Lepas bayar ambik barang semua, sampai rumah excited le nak tengok. Ingatkan dalam kotak tu, complete satu set, kaki meja semua ada. Sekali bukak, ha kau..... rupanya papan meja seketul jer, besar pulak tu, besar meja makan 4 kerusi tu. Rasanya masa tengok kat show room, macam kecik jer meja tu. Dahlah beli 2 ketul, berat pulak tu, harga jangan cakaplah, rasanya dekat Rm400 jugaklah.....

Sudahnya papan meja tu buat cicak berlari jerlah...... Dulu buh bawah katil, la ni dah buh belakang rak kasut kat luar tu hehe.....

Gitulah jadinya kalau membeli tanpa ilmu.......




Comments

  1. lama aku x gi sana., rumah dekat jer., tp malas giler nk gi., huhu

    ReplyDelete
  2. saya pun suka lepak sana jalan-jalan cuci mata :)

    ReplyDelete
  3. ikea ni kalau pergi mmg x sedar doh siang ke malam.
    hehe,
    masuk pagi sedar2 dh malam shopping kt ctu :p

    ReplyDelete
  4. pi ikea ni kalau tak membeli apa2 tak sah
    pastu kalau dah duk dlm tu tak sedar dah berjam2 masa abis
    ralit bila masuk ikea

    ReplyDelete
  5. jual jelah kak meja tu, dari dibiar mereput..takpun simpan buat hadiah kahwin saya..hahaha

    ReplyDelete
  6. ramai betul kat ikea ni, sempat membeli dan berposing dah rasa lega, q panjang gak kat cashier kan..

    ReplyDelete
  7. Sayang pulak duit membayar.. Kalau kanda olah jadikan sesuatu daripada terbiar. Bawa balik kampung ke mesti boleh jadi pangkin kalau cantumkan dua-dua. Buatkan kaki sendiri.. sayang tu.

    ReplyDelete
  8. Laa... MakJilap ni takkan tak tahu lagi. Ni mesti dah tahu tapi nak mencuba nasiblah kot. Ikea ni kata cerdik pandai, jangan datang selepas Subuh. Memang meranalah badan nak cari parking mahupun nak membeli barang. Orang ramai sentiasa. Entah apa mereka cari pun tak tahulah. Err... saya kalau ke sana cari apa ek? Pun tak tahu jugak ^_^

    Tapi memang best pergi Ikea ni. Selain daripada melantak meatballs yang famous amos tu, karipap pun sodap. Kalau tengok deko-deko, memang teruja nak cepat balik rumah nak buat deko yang sama. Tapi itulah satu yang tak suka, semua nak kena pasang sendiri. Lainlah hak besar, dia datang hantar dan tolong pasang!

    Tunggu Ikea buka kat Cheras nanti. Hari-hari saya singgah bertafakur. Setakat ni letak catalogue Ikea kat sebelah meja je. Kalau rindu, belek *_*

    ReplyDelete
  9. tu la...sy g 3 minggu lepas pun..ya Allah orng punye la ramai time nk beratur bayo tu x payah ckp la kan.
    tp sebab nk cari brng2 anak ku gigihkan jgk la beratur =p
    ehh tp ikea skrng dh lain n x bape best la lpas renovate tu. mcm dh x teratur sngt show room dia. bnyk sngt simpang nye =p

    ReplyDelete
  10. Eh..saya pun baru ke ikea sabtu lalu. Saje bwk mak. Sampai sana pk 10am pun dah ramai org.

    Jam rm2.50 tu pun saya rembat gak..hihii

    Tapi...ada kes sikit. Cashier caj satu item tu 2x. Sampai rumah baru perasan.

    ReplyDelete
  11. lamanya xsinggah ke rumah kak okje kan . hehehe. saya firstime gih ikea rasa eksited juga, hehehe and paling best dapat gih foodcourt dia, hehehe, walaupun ramai org tetap beratur nak gih makan hehe . kalau nak gih sana, adalah lebih elok gih waktu bekerja, xla ramai sangat kan . ini andaian saya la hehe

    ReplyDelete
  12. hahahaha...
    IKEA ni, ada barang dia berbaloi beli, ada yg amat amat tak berbaloi beli..
    Lagi satu, leceh nya semua benda kena pasang sendiri kat rumah. dah la saya jenis yang sangat berkemahiran tinggi ( plus sangat sabar)..wakakakaka...sangat sangat tak suka nak pasang2 barang ni!

    ReplyDelete
  13. Dah lama tak gi IKEA. Kalau gi weekend memang orang mcm semut. Nak cari parking pon susah.

    ReplyDelete
  14. pernah hari tue jist nk makan meatball ja.. beratur nk beli pnua la ramai...redha kn ja la.. sbb nk mkn

    ReplyDelete
  15. baru je pegi ahad lepas. puyela ramai. beratur panjang... haih...

    ReplyDelete
  16. saya tak pernah lagi jejak kaki kat IKEA tu..huhu..owhhh

    ReplyDelete
  17. Ikea belum ada branch di kk ni lah okje... klu tak mungkin sama dgn okje agaknya teruja giler...hehe

    ReplyDelete
  18. Selalu lah TLBD jadi mangsa keadaan mak jilap... asal nak kemana2 je mst nama TLBD kena petik hahaha..
    Ye lah kebanyakkan kat ikea tu dia jual berasingan.. dpt papan meja pun jadi lah.. hehhee

    ReplyDelete
  19. aku ikea pun tak penah sampai dok kat sini dah hampir 11 thn dah .. har har har

    ReplyDelete
  20. OKjer.. Zura x leh nak imejin lagi ape yang OKjer beli tu.
    yang buat pekasam tuh. kenapa kayu meja jer?? hahahaha.. x boleh nak imejin.

    Zura pon berkenan ngan jam tu OKjer. tapi bila terkenangkan beratur panjang n bersesak tuh.. trus x jadik nk beli. hehehehehe

    ReplyDelete
  21. kakak yang kat Johor ni lagi lah tak pernah jejak IKEA....nanti lah kalau ada kat sini boleh shoping sakan...

    ReplyDelete
  22. Bila entah IKEA kat rumah saya ni nak buka.dulu kata nak buka kat sini..nanti petang saya nak pi melawat tapak nya..ekekekek

    ReplyDelete
  23. saya pun tak pernah pergi ke ikea ni
    kalau pergi mau sama aje keadaanya dengan OKje
    sadis cerita tu...hehe

    ReplyDelete
  24. bila dgr nama ikea je,mst ingat meatball.hahaha

    ReplyDelete
  25. kami pun ada masa free, terus zass ke IKEA.
    Bukan menyoping pun, saya berangan nak ada ruang tamu cantik2 mcm kat showroom IKEA tu...
    Nasib baik berangan tu free tak payah bayar... ekekek
    Eh, sama lah jam dinding kita.... Kat sini memang berapa sen jer harga jam tu... jam budget, ekekek....

    Ala, sayang pula meja tu dibiar lagu tu.... Boleh jer pegi cari kaki meja tu OKje.. Tapi dah peristiwa 10 tahun lepas, tak dapek nak nolong.... sedekah kat cik Cicak aje lah.... Cicak pun ada meja IKEA... curlass gitu....

    Kami pernah beli katil utk budak2 kat ikea.... cuma GBP30, tu yg terus rembat... Tapi nasib baik zaman teknologi ni semua boleh check kat website... Boleh tgk website kat mana semua anggota badan katil tu mereka simpan... tiga tempat juga kena terjah utk dapat satu katil yg lengkap... fuhh, sempat lah berpeluh ketiak....

    ReplyDelete
  26. salam hainom.. kt ikea byk pilihan tapi apbila pergi sana saya sering terpukau tak tahu apa nak dibeli. Dan, selalunya berkesudahan dgn membeli brg2 yg biasa2 sahaja dan selebihnya hnayalah mencuci mata.

    sesekali sahaja sy ke ikea itupun bila ke KL sbb kt kelantan xde ikea.

    ReplyDelete
  27. salam hainom .
    wlupun jam dinding ok la juga ..
    ada juga ole ole dari IKEA jugakan ..
    memang ngayah melaku neng kono

    ReplyDelete
  28. Haaha.. sebab ini la suami saya malas layan kalau saya ajak ke ikea.. katanya pusing2 aje pun dah berapa lama.. malas nk menderma lah tu..padahal kalau x beli pun saya dah cukup gembira..

    Dah 10 tahun ya duduk kat rumah Okje tu? Mesti dah penuh hiasan..lawa la rumah Okje tu. Saya pun minat nk mendeko tapi ke slow2 la..ongkos tak banyak..

    Sorry..saya terdelete komen Okje tadi..tangan ni mengigau lagi agaknya

    ReplyDelete
  29. lama dah teringin g ikea..tp xsampai2 jgk..haha

    ReplyDelete
  30. Lenguh kaki la klw berjalan dalam ikea tu..cam nak tercabut lutut bagai.

    ReplyDelete
  31. KY dah menjarakkan diri dari kesana.sebabnya kalau kesana ada saja barang yg nak di rembat, padahal bukannya keperluan pun..cuma cantik dimata saja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah KY .....OKje pun lama dah tak ke sana.....rasanya tahun ni tulah baru sekali kot

      Delete
  32. Teringinnya nak pi Ikea.
    Tapi, takde sapa nak bawak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emmmmm nak ajak cik abe, cik abe tak berapa nak baik lagi yeh Nazeck....emmm so tunggu ajelahlah dulu

      Delete
    2. Betul tu, kak.
      Taktau bila boleh berpijak di bumi nyata.
      Haha..

      Delete
  33. Sib baik kat sini xder Ikea, jimat duit kita.

    ReplyDelete
  34. hahaha.... pengalamn mengajar kita banyak perkara okje... apa tak bukak je gerai depan rumah guna meja tu hehehe

    ReplyDelete
  35. laaa ... nape tak pi balik ikea cari kakinya atau buatkan kaki . 400 tu byk hainom ... ikea mmg buat saya rambang mata . tgk katalog jer dah cukup buat mato berpinar2 woo ...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts