Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, 31 March 2014

Akhirnya ke Port Dickson lagi....

Salam Isnin.....
Terasa lamanya tak bersiaran.......  Memang bercuti sungguhlah ateya mak ni..... hehe.....

Mak tengah jadi JPJ ni nakkkk....
Anak bujang nak memperbanyakkan 'Jam Pemanduannya'.
Mak, menaip entri kat sebelah...... Macam JPJ pro tak ? hehe..... SA nak ke KLCC, so OKje hantar le sampai kat KTM Serdang. Boleh tahan kuat jugak awak mengukur jalan nampaknya yeh bang!! hoho......
Apa apa pun, nak keluar mana mana kena inform ayah dulu......

Gitulah anak dah besar panjang, nak disekat, nanti katanya mengongkong, so, boleh pergi tapi make sure balik rumah sebelum maghrib tau!

Ohhhh...... akhirnya mak pergi Port Dickson nakkkk......
Katanya nak bersiar-siaran sekitar KL, hanya angan angan mak belaka. Apa pun mak tak kisah, mak ikut jerrr..... hehe..... PD pun best jugak, boleh berkubang macam hippo!

Sampai sana terus ajelah check in sebab dah booking on linekan.... Katanya AGODA lagi murah!Tapi bila compare dengan Tariff Rate Hotel macam sama jer....



Sampai kat hotel baru nampak yang ekonomi deal! Jauh lebih murah seh! Kalau setakat tak de breakfast, rasanya no hal banget tu! Tapi dah terbook nak buat macamanakan! Tempek sini kasi senang mak nak refer balik kalau nak berjimba ke PD lagi!


Yang bestnya kat Bayu Beach Resort ni, senang nak mandi pantai, pantainya pun boleh tahan, bersih dan tak berbatu!


  Tak habis habis berselfie anak dara dua orang ni........ nasib mak dara tak join sekali! hehe......


Friday, 28 March 2014

Ingat pesan Auntie CIK

Salam Jumaat......
Dah bekfes? Mak dah....... minum Teh O,  mamak tolong buatkan.......
Taunya ...... kalau bini buat buat air, mesti banyak masyuk, tapi tulah.....hoho...


Sanggup ke nak hampakan harapan budak yang nak sangat pergi PD dari hari tu?
Dari semalam lagi dah separa kemas cenggini.....

Hajatnya bukan main tinggi lagi, kalau boleh nak pergi Disneyland Hong Kong sekeluarga bawak beg roda baru dia......hehe


Dik.....
Tak salah berangan tinggi macam tu....... tapi buat masa ni, belajar belajarlah bersyukur dengan apa yang ada.....

Ingat pesan Auntie Cik Puan Azlyiejah tu....
Kalau kita pakai selipar, jangan sesekali lupa dengan orang yang berkaki ayam....mih..mih..mih...




Thursday, 27 March 2014

KL ni apa yang BEST yek?

Salam Khamis......

Walaupun kome tak nak tahu, tapi mak nak bagi tahu ni, tempoh PERTAPAAN mak dah pun berakhir semalam. Kelas tambahan 2 hari Angry Bird dah settle, test kereta Sudden Attack pun dah settle semalam, nasib LULUS! hehe...... Dalam masa 10 hari kena pergi JPJ buat lesen!

Tapi test MOTOR pulak FAIL! Yang jalan raya OK! Hish ...... ibu pun boleh lepas, macamana abang boleh tak lepas???  Dia kata part TITI tu yang susah! Ye ke?......  Tulah pasal, ....bawak bawaklah motor yang ada kat rumah ni.....  ni asyik duk mengadap laptop jer.... ( kan mak dah start membebel..... hehe...)
cikinbloggie
Esok Papa Zir cuti......
Dak TLBD sebok mengajak pergi PD, entah apa yang dia nak cari kat PD tu agaknya. Taunya OKje ...... dia teringin nak pakai beg roda dia tulah......hehe... Bab bab hotel ni, biasalah....... kalau cari last minitkan..... memang penuh le, mahal pun mahal sebab cuti sekolah, kalau ada pun cecah RM500!
Hish! macam sayanglah pulak....

Booking APARTMENT yang ni baru tau! haha.......

Kalau ikutkan OKje, kita jalan-jalan kat KL aje le dik, save budget hotel!....... hehe.......
KL ni apa yang BEST yek?  Banyak jugak apa, tempat - tempat menarik kat KUALA LUMPUR ni....... Rasanya ada yang OKje tak pernah sampai pun!

Ada cadangan tempat yang BEST nak suruh kitaorang perabiskan duit? hehe.....

Meh le share.....
Tak mau yang jauh jauh, yang dekat dekat jer....... yang jauh, bukan setakat sakit lutut mak, sakit duit Papa Zir! haha.....

Macam tempat yang Kak Jah pergi tu, OKje tak pernah tau pun tempat tu..... Kadang tu tempatnya belakang rumah jer, tapi kita tak pernah pun nak ambik pusing!.....   Pusingnya tempat yang jauh jauh! hehe....


Wednesday, 26 March 2014

Weyhhh...

Salam Rabu.......

Weyh....... banyak hutang dengan kome ni, entah bilalah mak nak sampai blog kome yer....... menggigil gigil dah ni macam nenek kebayan, berapa tahunlah Mama Zir nak sampai blog kome,  kalau cenggini punya gaya hehe....

Layan jerlah gambau yang ada dalam Hp mak ni sebelum mak lupuskan masuk dalam Hd....
Balik ambik Angry Bird tuition singgah minum ..... memasing dah kenyang sebenarnya, sebab baru lepas makan malam, tapi kalau tak order, macam rugi pulak! hehe......  nafsu yek! Kena sekolahkan dengan Ustaz ni kalau dia baca! takuttttt...... hehe...


Yang ni kerja TLBD........
Nak jugak libatkan Cik Dodoll dia dalam hal ni.....  pose dengan ABC........ hehe....


Kasih ayah katanya..... buat Sudden Attack......
Moga hadiah ini sebagai pembakar semangat untuk Angry Bird dan TLBD untuk belajar dengan bersungguh sungguh.

Abang,
Tengok tu.....  betapa gembiranya ayah bila abang berjaya!
Satu je yang ibu pesan, janganlah sampai kecewakan ayah, gembirakanlah hati ayah dengan kejayaan seterusnya. Ingat!! Tanpa kasih sayang dan izin Allah, abang tak mungkin mengecapi semua ini!
Alhamdulillah, Ya Allah....


OK lah weyh...... mak nak buat sarapan ni....


Tuesday, 25 March 2014

Perkongsian - SOLAT GHAIB


Salam Takziah dan Al-Fatihah ( bagi yang beragama Islam ) buat keluarga, penumpang dan krew MH370....
Setiap perjalanan hidup manusia itu adalah ketentuanNya, sebagai hamba yang sangat sangat lemah, apa yang patut dan mampu kita lakukan adalah memujuk hati untuk redho dan pasrah! 
Bertabahlah duhai hati hati yang diuji.........
___________________________________________________

JABATAN MUFTI MELAKA (e-Pusara JAWI)
SOALAN :

Dapatkah tuan memberi keterangan lanjut mengenai kawan sepasukan saya mati lemas, puas dicari oleh
pasukan saya, juga penyelam dari Akademi Laut Malaysia tidak juga berjumpa.
Bolehkah disembahyangkan gha’ib atas mayat atau tidak boleh?


JAWAPAN:

Menjadi fardu kifayah atas yang hidup menyempurnakan mayat si mati iaitu dimandikan,
dikafankan, disembahyangkan dan dikebumikan. Tetapi bagi mayat yang hilang tidak dijumpai,
tidaklah dapat disempurnakan ke atas mayat itu. Dengan itu, tidaklah boleh disembahyangkan
jenazahnya,

ini menurut kitab I‘anah al-Talibin, juz’ 2, muka surat 131 yang berbunyi:
“Jika seorang yang hidup jatuh ke dalam lombong atau ke dalam laut dan tidak dapat dikeluarkan dan
dimandikan, tidaklah disembahyangkan jenazah itu kerana tidak ada syarat-syaratnya atas qawl mu‘tamad.”

Adapun sembahyang gha’ib iaitu sembahyang di atas mayat yang jauh tetapi telah
disempurnakan jenazahnya.

Credit : epusara.jawi.


SOALAN :


JAWAPAN :

SOLAT ghaib adalah solat terhadap jenazah yang jauh atau telah dikebumikan dan tiada kesempatan
untuk ahli keluarga si mati untuk menyembahyangkannya. Solat ghaib berlaku jika si mati berada jauh
di seberang laut atau pada kadar dua marhalah (90km). Jika kurang dari dua marhalah maka solat
tidak diharuskan.

Jika kematian seseorang hanya diketahui selepas dikebumikan jenazahnya maka diharuskan solat
dilakukan di atas kubur si mati.

Solat ghaib disunatkan ketika mendengar berita kematian seseorang dan jika berlalu masa yang panjang
maka ia tidak disunatkan dan ada pendapat mengatakan tidak sah.

Cara melakukan solat ghaib sama seperti solat jenazah biasa cuma perbezaannya ialah: 

1) Niat di hati untuk menunaikan solat ghaib.
2) Jenazah tidak berada bersama jemaah yang solat.

Bagi yang tidak berkesempatan solat, diharuskan solat jenazah di atas kubur si mati dengan niat
yang sama seperti solat jenazah biasa.


Kitab ulama Syafie menjelaskan mengenai diharuskan solat ghaib dan solat jenazah di atas kubur
selepas dikebumikan selain daripada nabi. Adapun tempoh masa solat ghaib dikira ketika mendengar
berita kematian atau pada hari yang sama. Adapun doa untuk si mati tidak ditentukan masa dan ada
 pendapat mengatakan bahawa maksud dari solat itu sendiri ialah doa untuk si mati dan diharuskan
walaupun berlalu masa yang panjang.

Ketika Nabi Muhamad mendengar berita kematian Najashi (Raja Yaman) yang memeluk Islam maka
Baginda dan sahabat melakukan solat ghaib. Berdasarkan peristiwa ini, maka solat ghaib adalah diharuskan.
(Kitab Subulas Salam).

Oleh demikian Imam Syafie, Ahmad dan majoriti ulama’ terdahulu seperti Ibnu Hazm menegaskan,
solat ghaib adalah diharuskan dan tiada seorangpun daripada sahabat selepas kewafatan baginda
mencegah daripada melakukan solat ghaib. (Fathul Bari).

Bagaimanapun, ada pelbagai pendapat ulama’ antaranya:

1) Imam Syafie, Ahmad dan seangkatan dengannya berpendapat bahawa solat ghaib adalah disunatkan
pada hari kematian berdasarkan peristiwa di atas.

2) Imam Hanafi dan Maliki berpendapat bahawa tidak disunatkan solat ghaib kerana ketiadaan
jenazah dan digalakkan berdoa saja untuk simati.

3) Diharuskan solat ghaib pada hari kematian atau baru menerima berita meninggal seseorang dan
cukup hanya niat untuk simati. (Fathul Wahhab).

4) Sebahagian ulama berpendapat bahawa diharuskan solat ghaib jika negeri si mati berada diarah kiblat
dan tidak diharuskan jika berada di arah bertentangan.

Namun, majoriti ulama bersepakat, doa supaya diampunkan dosa si mati serta diangkat darjatnya di sisi
Allah dan sebagainya adalah diharuskan dan tidak dihadkan bagi tempoh masa tertentu.

Bagi si mati yang tidak ditemui jasadnya seperti tertimbus atau hilang, maka solat ke atasnya tidak
diharuskan kerana jasad tidak dapat dimandikan. Jika jasad itu cedera atau rosak seperti disebabkan
kemalangan dan tidak dapat dimandikan, maka jasad akan ditayamumkan dan disembahyangkan
seperti jenazah biasa.

2010/05/14 - 07:20:53 AM Bersama Ustaz Zamanuddin Jusoh Berita harian
Credit to 


Monday, 24 March 2014

Confuse.....

Salam Isnin......
Selamat bercuti buat cikgu cikgi. . Seminggu ni, bolehlah luruskan kaki, kan cikgu......
Tambah seronoklah yek...... dapat balik Pasir Mah hehe....

Mama Zir tak gi mana punnnnn..... duk sini aje le, bertapa kat KL.....

Semalam pergi Expo Selangkah ke UiTM...... Saja je, nak tengok pandangan orang yang lebih arif.
Bukan SA sorang aje yang perlukan pencerahan, mak bapak pun sama, blur..... haha.....
Yang penting informasi dan pandangan yang dia dapat semalam, dapat membantu dia dalam membuat pemilihan yang betul! Course tu memang dah pasti, cuma confuse nak pilih antara Matrikulasi, Asasi dan Diploma !

Kome ada pandangan? Meh le share dengan mak!

Susah susah sangat, ambik course ni pun best jugak bang! hehe......


 Sebelum balik, jangan lupa ambik gambo dulu .......



Amboi !! Papa Zir...... bukan main lagi posingnya! hehe.....

Friday, 21 March 2014

Alhamdulilah.....

Salam Jumaat.....
Salam penuh kelegaan pada pagi Jumaat Sayyidul Ayyam yang penuh barakah ini......

Cik Puan oiiiiii...... ni ha mak dah masuk radar balik dah ni..... tak hilang ke mananya hehe...  Jantung yang berdebor debor semalam pun dah balik ke normal dah geng..... Syukur Ya Allah kerana memberikan rasa gelisah kepada setiap ibu dan kemudian menganugerahkan rasa kelegaan pulak selepas tu.

TAHNIAH buat anakanda Sudden Attack. Walaupun tidaklah cemerlang mana tapi bagi ibu dan ayah result abang cukup membanggakan.... Terima kasih kerana menggembirakan kami bang! 


islamictimelinecoverphotos
Tahniah jugak buat anak anak sahabat OKje yang ambil result semalam yeh!

OKje memang tak mengharapkan semua A pun, sebagai ibu, OKje sedia maklum dengan keupayaan SA, tambah lagi trial SPM, dia cuma mampu dapat 3A, 4C+ dan 2B. Sapalah yang tak seram weyh!
Lainlah mereka yang trial result memang dah meletop letop, memang lagi berapi berasaplah result SPMnyakan......

SA pergi ambik result dengan kengkawan dia, tak mau OKje hantar. Dia nak suruh mak dia nyorok bawah meja kot! ...... Ingatnya nak pergi jugak Mak Zirafah ni, manalah tau wartawan nak interview nanti! mih...mih...mih......

Tunggu punya tunggu..... sampai sudah SA tak call atau SMS....... tak tau mak dia kat rumah tengah seram sejuk gamaknya!  Ceh!! Dia inform Papa Zir je. Papa Zir pulak main tarik tali dengan OKje tau.....geram betul!  Bersekongkol anak beranak rupanya nak surprisekan mak! Bila OKje tau je result daripada Papa Zir kami, laki bini pun menitiskan air mata gembira!....... Tamat......hehe....

cheyraaldama
Begitulah adanya pengalaman OKje menunggu anak ambik result !

Terima kasih weyh .......share pengalaman ambik result sambil tolong berdebor bersama mak hehe.... Yang sorang tu berdebor berdebor pun dapat  Pangkat 1, 11 aggregate. Berbaloilah jugakkan. Salute bintanglah OKje!! Korang memang genius!

Thursday, 20 March 2014

RELAX ar....


Salam Khamis.......

Malaslah weyh nak cerita pasal SPM...... takutttttttt!!
Apa pun keputusannya mak redho dan pasrah aje le...
Tunggu aje le apa tajuk entry yang keluar esok kat Blog Zirafah ni hehe.....

sabilarosyad

Sebelum mak hilang dari radar, meh le mak nak muncul sekejap ni hehe.....
Kang rindu pulak kome dengan makkan..... ( perahsan !! ) haha .....

Semalam tu tak de mood sebab tak de idea nak mengarut apa..... sudahnya tempek gambau aje senang!
Lebih kurang bagi kome cuti baca le.... kome datang blog mak, pas tu tengok gambau aje,  tak payah susah susah perabih tenaga nak memahamkan apa yang mak tulis tu. Maklum ajelah kekadang tu Mama Zir sendiri pun naik confuse apa yang dia tulis ....mih...mih....mih....

                              
wallconvert














Buat mommies yang sedang berdebor debor tu......RELAX arrr..... jom kita rentungkan diri kita kat tepi pantai atas tu ha hehe....

Mak nasihatkan tak payah le nak berdebor sangat, kih...kih...kih.... (ceh.... yo yo 'o je Mak Zirafah ni padahal dia yang paling berdebor )...... terima ajelah walau apa pun resultnya,   ( kalau berita gembira, lepas buat Sujud Syukur tu, terus je lompat bintang macam Kak Jah tau haha..... )

Mintak dijauhkanlah berita sedih hendaknya.....
Yang penting kita dah pun berusaha untuk membantu kejayaan merekakan......

Weyh.... OKlah.....
Mak nak keluar radar dah ni....... byeeeee.....


Tuesday, 18 March 2014

Olivye-Dil

Salam Selasa sahabat......

Sebelum mak mengarut dengan lebih merapu lagi, bagi mak seminit nak menjawab komen Cikgu Bowling sat....
'I'm fine Datin Sri Aisy Nasiha......hehe..... ada je Mama Zir semalam, duk berkeliaran kat dalam rumah, melayan Hencik Sri Papa Zir yang cuti semalam hehe....

Hoho... sapalah tak seram nak tunggu result anak, Datin Sri oiiiiiii.... Tapi nak buat macam mana, nak ke tak nak, dia akan keluar jugakkan walaupun jantung mak ni rasa macam nak tercabut je rasanya. Betul tak Umialya, betul tak Kanda......

Hari Khamis, mohon jangan cari mak yeh, mak nak hilang dari radar tau! huhu....

Hari Sabtu baru ni pergi wedding anak kawan x-officemate kat De Palma Shah Alam. Kalau dah buat kat hotel, memang bebudak wajib kena tinggallahkan hehe......


Petang sebelum pergi tu belikan depa roti telur je, sebab Mama Zir teringin nak buat Olivye.Tak tahan weyh tengok Mama N dengan Puan Kutu tayang Olivye dalam blog. Haiiii...... nampaknya adalah nanti orang yang melompat lompat gembira ni sebab resepi dia jadi fenomena kengkawan hehe......

Gigih weyh Mama Zir ikut resepi Minah Kentang, sila parut ye telor dengan kentang tu. Kang kalau tak jadi, sapa yang bertanggungjawab? Tapi biasalah, pembelot katanya, telor je mak parut, kentang mak kasi lenyek jer dengan garpu..... hehe...



Belot sekali lagi, tak letak pun mix vege tu sebab bebudak bukan suka pun, tak de stok kat rumah pun ye jugak hehe..... Campur pulak dengan Sosej Mushroom 4 batang. Lepas tu buh black pepper, garam dan mayonis sesuka hati dan sesedap rasa.

Oleh kerana tekak ni tekak Jaws gamaknya, OKje tambah pulak Bawang Goreng. Masyaallah....dari awal sampai sudah jadi pembelot resepi orang haha..... Tapi hasilnya tidak mengecewakan weyh!!!
  
Muh jangan nak ketawakan mak pulak Roha ........ mak bukannya terer nak
berphotoshoot bagai ni......snap je sekali harung dalam mangkuk, sonang  hehe... 

Kalau tanya OKje sedap ke tidak? OKje memang suka, SEDAP! Macam BERGEDIL hehe.... Nak buat lagilah! Bebudak? Biasalah depa tu, OKje sendiri pun naik confuse apa yang depa suka gamaknya hehe....... Yang penting tekak mak suka, sudah.... haha.... Boleh gitu?

2 pagi berturut turut tau OKje sarapan benda ni kasi clear ...... maklumlah ......part time DBKL hehe....
Terima kasih Mummydearie bagi idea untuk resepi Olivye-Dil yang sedap ni...... Tambah 1 lagi idea ni untuk buat buah tangan!

Saturday, 15 March 2014

Kalau KOME?

Salam Sabtu....
Masih tetap setia menunggu berita terbaru MH370......

Yeay!!!..... hari ni tak payah masak sampai ke petang......Petang ni ada kenduri kawen kawan mak, tak boleh bawak anak so nak ambik hati anak dia, Papa Zir nak belanja makan daun hehe.....   Jemu weyh dah seminggu asyik makan pucuk jer.....

Hujung minggu kalau tak pergi pasar tani, mesti mengekor Papa Zir pergi BANK, bukan ambik duit yeh..... tapi bayar hutang hehe...... Ginilah hidupppp.....hidup kena kerja, kerja, kerja...... Kerja bayar hutang!


Nampak tak kome 'kakak' yang pakai tudung putih tu..... Ni dah jadi senario biasa bila OKje lalu traffic light area rumah OKje ni..... Menjaja tisu! Mentang mentanglah salesgirl tu taraf 'kakak', kome tak mo tolong beli yeh...... Cuba yang jual tu 'Adey manis'.......laju jer Papa Zir ke, Aby ke, BM ke, Syuk ke beli tisu yek! Hehe....


Gitulah...... Demi kelangsungan hidup di kota metropolitan ini.... Kalau dari segi wajah, mereka macam bukan warga Malaysialah gayanya....

Tapi mak sendiri pun tak beli tisu dia..... serba salah jadinya, kalau beli macam menyokong pulak kegiatan diaorang ni.....

Kalau KOME?

Friday, 14 March 2014

Kami tetap menantimu MH370

Salam Jumaat......

 Dengan lafaz Bismillah...... 
HambaMu ini mohon izin dan rahmat kasih sayangMu .......
untuk memulakan perjalanan ini, semoga perjalanan ini selamat ke destinasinya.....

                                                                    Maha Suci Allah...... 
                          Indahnya ciptaanMu di sini Ya Allah...... Luasnya hamparan awan putihmu...... 
                                                      Walaupun polos, tapi penuh makna....
                                                          Kagum sungguh hambaMu ini, Ya Allah..... 


                           Sehinggakan tak mampu hambaMu ini mengungkapkan dengan kata-kata, 
                     Sehinggakan tak mampu hambaMu ini mengelipkan mata walau sesaat pun...

                                 Terasa rugi untuk membiarkan ia berlalu pergi tanpa dinikmati......
                              Tak mampu melawan hukum alam, akhirnya, hambaMu ini terlena .....                                                              Lena dengan SATU HARAPAN, esok kita akan bertemu lagi......
..................

Kami tetap menantimu MH370....

Maaf zahir batin yeh frens ...... kalau kalau  Mak Zirafah ada menyinggung perasaan kome semua tanpa sedar!! huhu......

*Tetiba insaf pulak dah......*

Thursday, 13 March 2014

MENGGIGIL sampai petang!

Salam Khamis.......

Sangat menjentik hati kecil ini bila Ustaz di radio Ikim pagi tadi berkongsi tazkirahnya
mengenai kehilangan MH370 yang lebih kurang berbunyi.....

Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang dilangit dan dibumi, 
Menerbangkan pesawat MH370 dengan penuh kasih sayangnya, 
tanpa kasih sayangnya, burung dilangit pun belum tentu boleh terbang dengan bebasnya. 
Prinsip yang perlu dipegang bagi setiap orang yang beriman, segala yang berlaku adalah ketentuanNya, percayalah bahawa terselit sejuta hikmah disebaliknya untuk kita renungkan.

Kata-katanya biasa aje, sama je kot dengan tazkirah tazkirah lain, tapi entahlah.....
pagi tadi terasa sangat betapa kerdilnya diri ini.... sayu...

Semoga MH370 akan kembali dengan selamat. Inshaallah  
                             ______________________________________________________

Gara gara baca entry Che Mid pasal Sambal Bilis Rangup semalam,
dan dan tu mak teringin nak makan tau! Macam biasalah sendiri teringin, tentulah sendiri buat! Sapalah lagi nak diharapkan...... Takkan nak mintak Umialya tolong buatkan pulak!..... jauh tu!!


Dah katanya memanjang tak de idea nak masak apa, buat Nasi Goreng ajelah mak tengahari semalam, nak 'gu'kan dengan sambal ni punya pasal...... senang kerja mak hehe.... Apa lagi, krup krap krup krap ler Mama Zir mengunyah Sambal Bilis Rangup! nikmat weyh! ....


Dah tabiatnya suka menderhaka..... hehe......idak le ikut resepi Che Mid sangat, OKje tak buh pun dedaunan dan pes tomyam tu, cili padi pun tak potong macam Che Mid, main blend jer. Campur pulak lagi dengan cili kering blend!  Pergh! memang menggigil gigil le makan sambal ni hehe.... PEDAS weyh tapi sedap.....


Versi Sambal Bilis Rangup mak, memanglah tak rangup sampai petang macam Che Mid tu, tapi tetap MENGGIGIL sampai petang bila makan haha.......


Wednesday, 12 March 2014

Bersyukurlah....

Salam Rabu.......

Catuan Duit bukan Catuan Pili...... hehe....


Bersyukurlah dengan rezeki yang ada di depan mata, tak perlu bersusah payah untuk mendapatkannya.....


“Dua hal apabila dimiliki oleh seseorang dia dicatat oleh Allah sebagai orang yang bersyukur dan sabar. Dalam urusan agama (ilmu dan ibadah) dia melihat kepada yang lebih tinggi lalu meniru dan mencontohnya. Dalam urusan dunia dia melihat kepada yang lebih bawah, lalu bersyukur kepada Allah bahwa dia masih diberi kelebihan.” (HR. Tirmidzi)

Tuesday, 11 March 2014

MAKCIK pun nak berselfie!

Salam Selasa....

Lambat bersiaran pagi ni.......
Sebenarnya dah lama dah berjanji dengan geng x-TIKL, Sher, nak bekfes kat Kedai Kelantan.
Tapi dia bizi memanjang, sudahnya pagi nilah baru dapat dating bersama.
Walaupun macam macam makanan ada, laksam jugak jadi pilihan mak, Sher ambik Nasi Kerabu daging dengan solok lada lagi.... mih..mih...mih...

Duit, macam biasalah ditaja laki memasing hehe....

Mereka yang duduk area Kajang, mungkin dah biasa kot dengan kedai ni. Sebab kedai ni tak pernahnya tak de orang! Penuh memanjang! Termasuklah makcik dua orang kat bawah tu ha....hehe.... Walaupun bukan orang Kelantan tapi selera bukan main....... selera Pantai Timur hehe.....

Jangan marah!! Makcik pun nak berselfie hehe
Terima kasih Papa Zir bagi Mama Zir lepas zoo sekali lagi hari ni hehe.....

Monday, 10 March 2014

TIADA yang mustahil

Salam Isnin .....

Sehingga hari ini, kita masih lagi bersedih dengan kehilangan MH370 sejak hari Sabtu lepas.
Memang sangat sangat terkejut bila dapat WA dari member member pasal berita ni pada pagi Sabtu hari tu. Jadi takut weyh nak naik flight!

wamnetwork
Sejak OKje melihat dunia ni, rasanya macam tak pernah lagilah dengar ada Aircraft MAS boeing ni hilang misteri macam ni. Walaupun katanya pernah berlaku pada tahun 1977 di Tanjung Kupang.
OKje tahu pasal nahas Tanjung Kupang pun selepas TV keluarkan balik cerita cerita lama tu. Barulah tahu yang Aircraft tu meletop sebelum terhempas kat Tanjung Kupang. Patut pun tak tahu, sebab masa tu OKje masih kecik. Dulu manalah ada TV.

Kalau ada TV pun, ada ke budak kecik tengok BERITA? hehe...... Tak logiklah kome ni!

Tapi dulu dulu rumah OKje memang tak ada TV. TV mahal kot zaman tu, tak mampu nak beli!
Nak makan pun terbeliak beliak mata mak abah menoreh cari duit, inikan pulak nak beli TV, memang tidak termimpi oleh mak yang masa tu budak kecik hingusan..... Redho..... huhu.....
Ingat lagi zaman tu, kalau nak tengok TV kena pergi kedai runcit. Zaman tu, rasanya sebiji TV dalam sebuah kampung kot! Sadiskan hidup zaman kecik mak!....

Berbalik kepada cerita sedih kita.....
Semoga hari ni ada petunjuk baru yang boleh membantu kerja kerja menyelamat.
Semoga usaha mencari dan menyelamat dipermudahkan olehNya. Apa yang kita harapkan semoga mereka yang berada di dalam MH370 dalam keadaan selamat dan dapat pulang kepangkuan keluarga masing masing, kerana TIADA YANG MUSTAHIL dalam dunia ini kecuali dengan izin Allah! Inshaallah....


Saturday, 8 March 2014

Selamat Hari Wanita

Salam Sabtu......

Hari ni HARI WANITA yeh........
Patut pun malam tadi Primadona bincang isu Satu Hari Cuti Untuk Wanita dalam Sebulan
Sapa sokong? Mak lew orang pertama sokong!

Satu hari untuk WANITA tak payah buat apa apa.....kasi kita terbongkanglah dey! Haha....
Bukan cuti masak je tau.....
Eleh .....kalau cuti masak bekfes, setiap hujung minggu pun OKje cuti! Macam pagi ni..... Pagi pagi dah pekena ubi rebus kasi HANGIN satu badan haha...... Tapi mak, syukur.....sumbat le apa pun, nampaknya buat masa ni masih belum berhangin! Hangin Kus Kus adalah...hehe


Cuti segala galanya.....cuti basuh baju, cuti lipat baju, cuti iron baju, cuti mop lantai, cuti mengemas dan hari itu orang lelaki kena buat kerja! Kalau sebaliknya, sama je...... esok semakin bertingkek tingkek le kerja kita,  WANITA ni. Baik tak payah cuti! Hoho....

OK lah mak nak balik kampung..... SELAMAT HARI WANITA semua!

Friday, 7 March 2014

Geng Kitty Kat

Salam sayang di hari Jumaat......

Ingat nak publish sebelum pergi sapedek tadi, tapi sudahnya sampai tengahari ........hehe
Psst...... beb, hari ni Geng Kitty Kat bersidang sambil minum minum..... Pakai duit laki tu dah tentu, apa lagi! haha.....


Masa OKje merempit keliling taman dengan TLBD semalam, sempat bersembang dengan Geng Kitty Kat ni, ( kitaorang memang dah lama tak jumpa walaupun setaman, jumpa pun berselisih kereta masa ambik anak anak sekolah ). Memasing macam pengantin baru gamaknya, entah apa yg dibelek memasing agaknya, asyik duk dalam rumah je hari hari hehe... So tulah terjadinya bersidang bersama hari ni.

Bukan jauh pun gerai yang jadi pilihan, sebelah taman je..... katanya gerai tu ada macam macam....mee rebus, ubi rebus, roti canai.....haih ni yang nak menerai ni.....
Sebelum pergi haruslah inform Papa Zir...... katanya ISTERI METALLIC sepatah kata Ummiros hehe.....

Macam comel tak nama Kitty Kat tu....... mih ...mih...mih...
Nama biar comel walaupun ahlinya, masyaallah!! dah Kilauan Emas hehe.....
Jangan main main ....tu nama yang my MIL bagi kat Wak Sendur tau! Pertama kali MIL panggil nama tu kat Wak Sendur, kami anak beranak saling berpandangan.... hehe.... Maklum le macam macam nama dah ada dalam kepala kitaorang!

Tapi untuk tidak menghampakan ...... Kitty Kat pun Kitty Katlah..... comel jugak!
Melekatlah nama tu kat Wak Sendur yang dah hilang tu! Manalah ko pergi Wak Sendur! Kesian adik TLBD mencari merata!

Dah Si Kitty  hilang, sudahnya Kitty Kat jadi nama Geng Melahai dalam WA pulaklah!
Itu sajalah laporan untuk hari ini...... Sekian terima kasih...hehe.......

imagesbuddy