Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, 30 May 2014

Tetiba hati berbicara...

Salam Jumaat.......

Syukur kerana kita masih lagi dihidupkan pada hari ini. Masih dapat menatap wajah wajah kesayangan kita. Masih dapat menambah amalan yang kurang, masih berpeluang menampal mana yang lubang. Alhamdulilah...... dengan nikmat nafas yang kau pinjamkan ini Ya Allah.....

Terasa minggu ni sangat sangat menginsafkan......
Bertalu talu telinga dan mata ini dihidangkan dengan berita kematian. Bermula dengan pemergian Mak Sedara, Pak Sedara ipar sehari selepas itu, kemangkatan Sultan Perak semalam, kawan kepada kawan Papa Zir pada hari yang sama dan pagi ini dengan kematian suami kepada blogger Mak Dara.
Al-Fatihah ......


Sesungguhnya.....
"Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan, dan kepada Kamilah kamu akan kembali " ~ Surah al-Anbiyak ayat 35 

Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a...
"Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak gelak. Maka berkata Izrail : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok seronok dan bergelak ketawa" 

Credit kepada Qalamislami

Menulis entri ini sambil mendengar alunan zikir daripada blog Coretan Hidup ~ Saniah Ibrahim cukup menyentuh hati pendosa ini.

Tetiba, hati berbicara.....
Andainya aku yang terpilih, mahu atau pun tidak, bersedia atau pun belum, ucapkanlah Selamat Tinggal kepada mereka yang ditinggalkan. Tinggallah wahai dunia, tinggallah anak anak ku, tinggallah suami ku, tinggallah sahabat sahabatku. Maaf ...... tiada lagi coretanku hari ini..... yang ada cuma coretan semalam sebagai kenangan, untuk tatapanmu di kala merindu.....
Tika itu, hanya amalan menjadi peneman. Menyesal tiada gunanya lagi.

Mungkinkah insan ini akan terus merindu....













 Sangat terharu bila baca komen  Kak Saniah Ibrahim. ( Kakak ke? kotnya sebaya kita! ). Tak sangka rupanya ada jugak peminat, walaupun entri OKje tah pape. Terima kasih SI.....

Thursday, 29 May 2014

Token HP

Salam Khamis.....

Minda mak masih berada di Sri Iskandar, sowi!.....
Tahan ajelah mata tu membaca yeh! Alah...... korang pun bukan baca penuh pun kan, baca lompat lompat! Itu pun dah bagus sangat, kadang tu tengok gambar aje. Macam mak tak tau! hehe........

Kat sana tu manalah ada tempat yang best macam kat KL ni......( marah orang Teronoh ni hehe.....)
Habis best pun BILLION dengan TESCO! Itupun banyak lagi lot kedai yang masih kosong .... Tapi layan ajelah, best jugak buat cuci mata mak ni hehe......

Jakun sekejap, bila jumpa Token HP ni..... Macam macam brand HP you dalam ni..... Macam token lain jugak, masuk 2 token = RM2 henggit, kalau nasib baik, dapat HP. ( update sat - HP betul tau Adey Manis bukan HP mainan! ). Tengoklah tu, siap ada bukti lagi, gambar manusia manusia yang pernah dapat HP. ( Sahihnya......, idaklah teman tau ..... )


Jakun tak jakun...... tengok ajelah khusyuknya 3 orang  ni membelek mesin TOKEN ni hehe.....
Meh le weyh... datang Billion Sri Iskandar kalau nak try.....


TLBDlah yang sebok nak cuba. Tak taulah kedatangan OKje kali ke berapa agaknya, baru mengena! hehe.... Baru terfikir...... boleh ke tidak ek main token ni ? Tak macam judi ke?   .    


Satu lagi, jumpa kedai jam kepunyaan ZAINUDDIN......... tumpang bangga seminit!......

Wednesday, 28 May 2014

Projek ESKRIM STRAWBERI

Salam Rabu.....

Katanya pergi Cameron Highlands hari tu .......
Wajiblah beli STOBEYI banyak banyak...... ( RM10 henggit, 3 paket ), sapa yang tak hairankan....... hari tu tengok kat AEON, 1 paket pun dah RM13 henggit ..... Nasib dah puas membeli hari tu!

Tapi yang hairannya bila sampai KL, nafsu nak makan strawberi tak sama nafsu masa kat puncak Brinchang tu! Sudahnya banyak yang bonyok aka benyek walaupun baru 3 hari hehe..... Apa lagi! PROJEK ESKRIM STRAWBERI le kita.... Belum puas lagi weyh......nyonyot 'eskrim strawberi' kat sana hehe....

  

Nasiblah plastik eskrim dah lama standby. Tu pun plastik lebih masa tengah kemaruk buat eskrim batang ni dulu .... Eh! Korang panggil apa yeh? Eskrim batang ke eskrim Malaysia? Apa apa ajelah janji faham hehe....    Maklum le, mood rajin mak ni kan bermusim haha......


Kat sana, sebatang ada tempat yang jual RM1 henggit dan ada tempat yang jual RM 1.50.....  
Kat sini jual RM2 henggit... hehe........  lelong! lelong! lelong!


Teringat masa kecik dulu dulu....... nyonyot eskrim ni sambil main teng teng. Perasa paling femes dulu surelah Eskrim Asam Boi. Rasanya harga baru seposen!


Tuesday, 27 May 2014

TALAM Tepung Beras, serious SODAP!

Salam Israk Mikraj....

Dah 27 Rejablah yek...... puasa ganti tak habis lagi! Tolong jangan kecam Cik Bedah!
Semalam, OKje memang tak blogwalking, maleh aternya..... Mengemas bilik sang teruna yang masyaallah bikin sesak nafas mak tengok!

Ceritanya semalam, OKje puasa ganti le...... Biasalahkan, dah tua tua gini pun, bila puasa jer, memacam yang diinginkan tekak. Terasa pulak nak makan kuih TALAM. Google punya google ...... jumpa resepi TALAM Tepung Beras Azie Kitchen. Mohon share resepinya ye Puan Azie....

Kalau dah potongan 'robas rabes' cenggini surelah bukan gambar dari Azie Kitchen ....
surelah dari Mak Jilsp's Kitchen hehe...
TALAM Tepung Beras

Bahan Lapisan Bawah :
1 cawan tepung beras ( termasuk 3 sudu besar tepung gandum )
2 cawan air gula melaka ( yang ni OKje agak agak aje, kalau ikut resepi Azie's Kitchen dia buh gula pasir sikit )                  
Sedikit air kapur

Bahan Lapisan Atas :
1 1/2 cawan santan ( guna 1 kotak santan campur dengan air )
1/3 cawan tepung beras ( dalam anggaran 2 1/2 sude besar )
1/2 sudu kecil garam

Caranya :
Satukan bahan Lapisan Bawah dan kacau sehingga sebati. Tapis dan tuangkan ke dalam loyang yang telah dicalit dengan margerin. ( Mak guna loyang kecik je dalam 8 inci diameter ). Dah tu, apa lagi? Kukus aje le 20 minit atau pun sampai masak..... ( 20 minit tu diambil kira selepas air pengukus mendidih ye adik adik sekalian ) hehe.... tapi semalam, OKje kukus macam lebih 20 minit je.....lama jugaklah....

Agak agak dah masak, calar calarkan le permukaan lapisan bawah tu bagi senang nak melekat. Satukan bahan Lapisan Atas dan curahkan atas lapisan bawah yang telah dicalar balarkan tadi.
Mentang mentang le body ala ala body builder, jangan pulak curah lapisan atas tu sepenuh tenaga kang jadi kolam pulak lapisan bawah tu hehe....... Guna le senduk atau sudu ye..... ( Sebenarnya kalau boleh, nak aje mak curah cenggitu hehe.... Hep! hep ! jangan malas......)
Pas tu tunggulah depan pengukus tu sampai masak.

Tunggu betul betul sejuk baru potong!


Tapi serious beb..... sedap!! Boleh le buat lagi lepas ni .....

OKje tak pernah buat kuih TALAM sebenarnya, apa tah lagi pakai tepung beras cenggini, bukan selalu pakai tepung gandum ke.... tulah tu..... tak sangka memang sedap, lembut pun lembut.... buat dia pun senang, sekejap je dah siap cuma mengukus jelah yang lama! Dan cuma termanis sangat lapisan bawah tu......Maklum ajelah TLBD yang jadi tukang rasa....huhu


Monday, 26 May 2014

UPTOWN Sri Iskandar

Salam Isnin....
Bukan main lagi semalam, Papa Zir mengharap hari ni boleh cuti! Bolehlah dia rehat. Penat driving katanya. Yelah, dari Muo terus berdezup ke Teronoh pulak. Nak harapkan co pilot, 'memilot' ? Emmm...... tak mencabar langsung 'milot' kat Highway hehe.....( yo lah sangat tu, padahalnya takut! Yelah....banyak lori le.... seram mak!). Nampaknya harapan Papa Zir tinggal harapan ajelah ......  Jepun jugaklah yang dapat bawak balik Piala THOMAS tu....

Betullah .......terasa jugak penatnya. OKje yang tak mendrive ni, pagi tadi, nak bangun pun rasa macam 'malas' sangat. Apa tah lagi Papa Zir yang nak kena pergi kerja, nak kena mendrive lagi.....

Ni cerita masa kat Sri Iskandar semalam....
Lepas hantar SA masuk hostel, kita meronda pergi UPTOWN Sri Iskandar pulak.......
Alahai...... rupanya sebaris je gerai dia, tu ha belakang Angry Bird je tu. hehe.... Kepala lutut mak tak sempat nak menggigil, dah habis hehe....  Nak banding dengan KL memang jauh panggang dari api le.


Sempat lagilah merasa Char Kuey Teow kat sini. OKje tak order pun, sebab petang tu baru lepas makan Ikan Bakar Pak Teh. Tapi, dalam pada kenyang tu, mengendeng jugaklah ...... sampai licinlah kuah lebih TLBD OKje kerjakan hehe..... Memang mabeles! Menyesal tak order.....!hehe........


Kali keempat kalau pergi Sri Iskandar lagi ....... nampaknya Papa Zir driving sambil kejam mata ajelah hehe....


Sunday, 25 May 2014

BEZDAY ADIK di Teronoh

Salam Ahad.....

Mak kat Teronoh ni.....hehe.....Shhhh, jangan tuduh mak rindu dengan SA......jangan ...jangan...tak baik hehe...
Mana ada!!!....Orang hantar laptop ler, ingatnya dapatlah lepak lebey hari ni dengan anak bujang, rupanya mereka ada aktiviti lagi. Huh......

Oh......hari ni BEZDAY Angry Bird!



HEPY BEZDAY adik!....
Serasa macam baru semalam terasa peritnya perut ini melahirkanmu.....
Baru semalam juga terasa gembiranya hati ini menyambut kelahiran seorang puteri.....
Baru semalam jugak terasa puasnya hati seorang ibu menyusukanmu dengan penuh kasih ....
Baru semalam juga terasa tangan ibu ini menyisir rambut dan membelaimu.....
Dan.......baru semalam jugak terasa hangatnya adik dalam pelukan ibu persis anak kecil......



Rupanya adik dah dewasa..... dah 15 tahun.......
Cepatnya masa berlalu.....

Ibu nak adik tahu yang ibu bangga mempunyai adik....
Sori dik...... tiada  hadiah yang mampu ibu berikan. Tapi ibu berjanji, selagi hayat dikandung badan, selagi hati ini mampu berdetik, selagi bibir ini mampu berkata kata dan selagi tangan ini mampu menadah tangan kepadaNya, Insyaallah.....doa ibu akan sentiasa mengiringi mu wahai adik!

Doa ibu, semoga adik panjang umur dengan usia yang berkat, menjadi anak yang solehah, berjaya dalam kehidupan adik dunia dan akhirat dengan lindungan rahmat Allah!

Terima kasih Allah.....kerana mengurniakan adik buat kami!



Friday, 23 May 2014

Doaku buatmu....

Salam Jumaat.....

Salam Sayyidul Ayyam buat sahabat semua.

Ingat lagi tak pasal entri gullain barre syndrome yang pernah OKje ceritakan sebelum ini? Inilah isteri kepada arwah pakcik ipar OKje tu. Inilah mak sedara OKje aka adik bongsu kepada my Bonda. Yang sedihnya, dia sekarang tengah sakit kat hospital.

Gambar ni OKje ambik masa OKje melawat dia 3 minggu sudah kat rumah anak dia. Masa ni baru keluar hospital sebab bercuti sebelum kena follow up balik minggu berikutnya. Masa ni tak nampak sangat kuningnya. Tak payahlah sebut apa sakitnya, tapi berkaitan pankreas. Ingatkan gastrik tapi bila check, penyakit lainlah pulak jadinya.  


Motif buh gambau mak? Saja nak compare je mereka adik beradik ni .....ada persamaan tak..... 
Eh? Apasal mak nampak cerah pulak kat sini mak!!!..... hehe.....Flash lew tu hehe.... 

Raya tahun bila tah ni........ 4 tahun sudah kot.....
Gambar bawah ni gambar candid, Papa Zir ambik masa OKje melawat Ahad lepas. Orang tengah gelak gelak dengan orang punya cousin, dia pergi snap!.... Hilang keayuan mak tau! hehe...... Jeles lew tu !!

Masa ni dia masih boleh duduk dan berbual macam biasa. Dia mintak masuk hospital sebab sebelum masuk tu, dia muntah muntah dan sakit sangat kat perut dan belakang badan.


Esoknya, OKje dapat tahu dia dah kena pakai oksigen, senang cakap bukan dalam good conditionlah....
Tetiba kan! Doa ku buat mu.....  Ya Allah moga kau ringankan kesakitan yang di tanggung oleh ibu saudaraku ini...... Inshaallah....

Dia ada cakap kat OKje, bila badan dah sakit ni nak baca Al-Quraan pun dah tak selesa....
cuma tasbihlah jadi peneman. Salah sorang kawan OKje pun ada cakap, mak dia sebelum sakit memang kuat beramal, tapi bila dah sakit, apa pun tak berdaya.......  

Tulah tu.....
Ingatlah wahai diriku........  rebutlah peluang untuk beramal sementara masih diberikan kesihatan oleh Allah ini. Hidup ni bukan semakin panjang, semakin menghampiri ajal.... Astaghfirullahalazim.....

*Update......
Mak sedara baru aje meninggalkan dunia yang fana ini, pergi menemui Penciptanya pada hari ini, hari Jumaat pada waktu zohor. Moga rohnya di tempatkan dikalangan orang orang yang beriman. Al Fatihah untuk allahyarhamah.

Thursday, 22 May 2014

PIZZA yang sebelah kiri tu!

Salam Khamis.....

Tengah bermujahadah ni...... nak breakfast roti cicah kari ayam semalam ke tidak.....hehe...
Semalam baru aje baca entri  Desa Permai pasal puasa 'Yang Yang Yok, bukan pagi pagi bukak periuk, tapi tengahari tengahari pergi Larkin minum Air Asam Boi Jambu Batu. Sedap tu.....haha
Orang lain dah sebok berpuasa sunat Rejab, awak puasa ganti pun tak habis....

Ingat lagi tak pasal OKje malas masak hari tu, ingat nak beli Nasi Ayam aje, tapi sudahnya jadi lain. Beritalianolah pulak...... Semuanya gara gara budak TLBD nilah. Dia kata dia dah jemu makan Nasi Ayam tiap tiap hari......

Heyyyyy...... berani dia cakap macam tu kat mak! Kan dah.......  mak terus layan DOMINO.......hehe....

Lebih lagi bila sebelum tu OKje dah layan entri Potamayo, ( si jiran sebelah rumah yang dah 2-3 hari tak keluar rumah mengalahkan pengantin tu hehe...) pasal Pizza Spicy Sambal. Dan dan tu terus mak teringin mengalahkan Mama Jelita! Memang lama sungguhlah tak pekena pizza ni.......  


Sedap tak terucap seyh!
Yelah ..... tekak anak Penoreh Getah katanya, memang le layan habis Sambal Ikan Bilis ni, makanan ruji hehe...... ( tekak Penoreh Getah, mak tak tau! hehe....)

Macam tak puas jer makan hari tu......



Macam nak beli lagi jer Pizza yang sebelah kiri tu petang ni buat berbuka......hoho.......



Wednesday, 21 May 2014

Bukak baju ada bulu....

Salam Rabu.....

Teringat zaman kecik kecik belum baligh dulu.......
Kalau cuti sekolah, arwah abang ipar yang sorang ni memang suka bawak OKje pergi KL, rumah dia. Rumah setinggan jer, elektrik pun tak de, TV nak on pun pakai bateri kereta, mandi air perigi, tapi namanya budak kecik, budak kampung pulak tu, dapat bercuti kat KL memang cukup bestlah! KL zaman tu bukan macam KL yang sekarang. Mana ada Midvalley, KLCC jauh sekali.....Tempat paling top masa tu rasanya Ampang Park tak pun Zoo Negara. Zirafah, hippo pun masih baby kot masa tu hehe....

Arwah abang ipar ni pulak jenis sporting, lebih sporting daripada abang sendiri. Sukalah melayan OKje main kedai kedai dalam cahaya samar lampu gasoline memalam, paling tak boleh lupa dapat makan berger pasar malam, sedap weyh! Ohhh..... indahnya zaman tu..... Al fatihah untuk arwah abang ipar...

Mukaddimah bukan main panjang.... hehe.....
Sebenarnya teringat pada teka teki ini. Arwah abang ipar nilah yang menyoalnya. Tau ajelah.... budak kecik yang nak menjawabnya, mestilah malu malu kucing, tersipu sipu kekdahnya hehe......

Mula mula pakai baju......


Bukak baju ada bulu..... bulu blonde lagi..... hehe


Cabut bulu ada biji.....  bukan main main punya biji yeh..... putih ada, kuning ada......semua ada..ada...ada..


Hasil rembatan dari Cameron Highlands, seketul seringgit, beli RM10 henggit..... Nyaris menyesal tak beli, memang manis dan sedap! Sangat berbaloi membelinya!


Weyh..... makan gitu aje pun sedap, OKje rasa masa kat pasar malam hari tu, orang yang jual tu potongkan sikit ......




Tuesday, 20 May 2014

Moh kita naik CAMERON HIGHLANDS!

Salam Selasa sahabat......
Tu ha..... baju tak berlipat selori, ada sesiapa nak tolong Mama Zir lipat baju sambil kita bergosip hehe..... Sambil sambil kita makan stroberi yang hampir benyek kat fridge tu....

Barulah ada kesinambungan, nak mengarut pasal Cameron Highlands, mukadimah dia pasal stroberi benyek.....  hehe.....

OKje memang tak pernah sampai Cameron Highlands, Papa Zir lagilah, jauh ke belakang hehe...... Banyaknya tengok gambar budak comel Alya berlatarkan Ladang Teh daripada blog Umialya, dengar cerita betapa bestnya Pasar Malam Brinchang daripada blog Cik Sue. Baca pulak percutian budget Adey manis katanya. Terliur jugaklah lelama kalau dah selalu melayur Cameron Highland kat Mama Zir ni hehe

So bila OKje berpeluang pergi kali ke dua ke Seri Iskandar baru baru ini, apa lagi....... slow talk le dengan Papa Zir kalau kalau dia teringin jugak nak pergi.
'Abang Jilap ...... abang Jilap..... moh kita naik Cameron Highlands'
Eh...... tak sangka! Abang Jilap terus nak macam kena pukau ..... hehe....
Apa lagi! lompat bintanglah mak hehe....

Oleh kerana dah masuk Highway baru buat keputusan nak pergi Cameron Highlands so OKje naik ikut Tapah. Mak ai!!..... keciknya jalannnn......banyak selekoh tajam pulak tu. Memang menyeramkan sungguh! Lori pun boleh tahan jugak, banyak!
  

Singgah minum teh dekat Bharat Tea Plantation. Nak jugak bergambar kat Ladang Teh macam Dak Alya tu.... hehe....


Puas berposing kat Ladang Teh, naik Tanah Rata cari hotel. Tidur kat Hotel Sun Birds jer. Ambik 2 bilik standard room dengan harga RM160 henggit ( sebilik RM80 henggit sebenarnya - telah dibetulkan, sebelum ni OKje tulis RM180 henggit untuk 2 bilik ) . OK jugak bilik dia, standard hotel 5 bintanglah hehe.... Hotel budget memang banyak kat sini, kalau walk in pun, tak risau penuh kot.


Petang tu jalan jalan Pasar Malam Brinchang yang lebih kurang 3 km daripada Tanah Rata. TLBD, macam biasalah........ pau ayah dia Snow Cap. Perasan macam duk kat snow jer kekdahnya! hehe... Pasar Malam ni buka hanya hari cuti aje, kecuali cuti sekolah, buka tiap tiap hari.

Biasalah namanya kat Cameron Highlands, banyaklah sayur mayur yang dijual. RM10 henggit untuk 8 barang tidak termasuk brokoli dan bunga kobis. Stroberi tak yah nak cakaplah.... memang melambak lambak. 

Lainnya dengan pasar malam sini dengan pasar malam kat Kajang yang selalu OKje pergi tu, mungkin kat sini ada jual Ketam dengan Udang Goreng Tepung kot. Memasing, sepolystrene ( dalam 3 ekor ketam) @ RM17 henggit. Udang goreng pulak sepolystrene RM10 henggit. Best jugaklah meratah udang goreng sambil tengok tengok barang hehe.....( jangan di tiru aksi tak senonoh mak ni yeh hehe....)


Apa yang bestnya Cameron Highlands ni?.....  Entah! OKje rasa biasa biasa aje..... bolehlah ...... 
Tapi yang pasti kena datang lagi bawak SA pulak. 


Dalam perjalanan balik, singgah ambik gambar jer kat Lavender garden ni..... tak masuk pun sebab tak larat nak panjat bukit dah.... tak sabar nak basuh baju yang menimbun tu pun ye jugak hehe....  


Turun, Papa Zir ikut Simpang Pulai. Jalan dia besar sikit daripada ikut Tapah. Kuranglah sikit seramnya ..... tapi banyaklah pulak kawasan tanah runtuh! huhu..... Pendik kata, tak de yang tak seramlah kalau naik Cameron Highlands ni hehe....


Monday, 19 May 2014

Cerita ceriti hari tu....

Salam Isnin ......

Terasa lama pulak Mak Jilap menghilang! Sampai ada orang yang rindulah hehe..... Nak cakap mak sesat dalam hutan lew tu.... Memang pun..... tersesat kat Cameron Highlands! hehe....

Sebelum OKje mengarut pasal Cameron Highlands, ni nak cerita ceriti hari tu, nak tempek gambar sekitar hari pendaftaran SA, buat kenangan.


Ketika korang semua diulit mimpi pada pagi subuh sapi'e 15 haribulan tu, Mak Jilap sefamily telah membelah embun tau menuju ke Bandar Seri Iskandar Teronoh tu. Nasiblah sempat bersubuh di Tapah. Kalau tidak, sure solat dalam kereta. Ada kemalangan maut selepas susur keluar ke Tapah pagi tu. Antara lori dengan kereta. Lama jugaklah OKje duk atas jalan raya. Dari pukul 6 lebih sampailah pukul 8.00 lebih ..... itu pun Papa Zir cilok emergency lane......



Sempat lagi posing sebelum mendaftar...



Lepas daftar terus masuk hostel. Sebilik dengan budak undergraduate lepasan Asasi UITM.  Bagus jugak, bolehlah roomate dia tu tunjuk ajar SA yang baru nak kenal dunia U tu. Katanya budak Ampang. Yang terkilannya, sampai balik OKje tak dapat jumpa dengan roomate SA tu.   

Macam macam jugaklah barang yang kena beli bila dah katanya duduk hostel. Dengan bantalnya, baldi, penyapu, nasiblah Tesco dan Billion dekat. Tapi dekat dekat pun kena berkereta jugaklah.... 
  
Senior tolong tolong tunjuk bilik..... 
Sebelum berpisah petang Khamis.....   
Walaupun OKje bermalam kat Seri Iskandar, tapi esoknya dah tak dapat nak jumpa, sebab mereka dah penuh dengan aktiviti huhu....  

Add caption
Nangis dulu bagi penuh satu baldi sebelum berpisah hehe...... Nak buat macamana, air mata tak mampu dibendung lagi. Ia jatuh dan terus jatuh tanpa henti! itulah hebatnya Wanita!!..... Kuat nangis ! haha....


Esoknya sebelum balik pusing pusing UTP sekali lagi, last kopek katanya sebelum tinggalkan anak bujang!... manalah tau terserempak SA hehe.... 


Sampai sekarang masih mencari cari apa keistimewaan pekan Teronoh tu. Cho Zila sure boleh share ceritakan.

Wednesday, 14 May 2014

Selamat Jalan ABANG

Salam Rabu....

Mulut, walau membisu,  tapi hati ingin bermadah.....
Cuma keadaan yang kurang mengizinkan ketika ini.........huhu... ada yang tahu kenapa tak????...

Pasal anakanda Sudden Attack tu .....nampaknya Mama dan Papa Zir dah sepakat dengan keputusan yang dibuat. Walaupun keliru pada mulanya, tapi naluri keibuan tu cukup kuat untuk anakanda berada di sana. Rasa sayang pulak nak lepaskan peluang ini. Susah payah anakanda ambik exam dan interview sebelum ni. Moga keputusan ini adalah keputusan yang terbaik antara yang terbaik.


Sedih pulak nak reject offer lain .....huhu...



Pesan ayah dan ibu.....
Jaga diri di tempat orang, solat jangan tinggal, jaga tingkah laku, jangan cepat terpengaruh.......terpengaruh benda yang baik tak pe.....DOA ibu sentiasa mengiringi anakanda walau dimana anakanda berada. Dan satu yang abang harus ingat .....jangan sesekali kecewakan harapan ayah nak tengok abang berjaya!  
               
SELAMAT JALAN abang... hua...hua....