Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, 29 August 2014

Rambang mata mak

Salam Jumaat.....

Sebagai seorang surirumah yang memang hari hari duduk rumah, pening mak tau hari hari fikir menu! Bangun tidur je terus fikir nak buat bekfes apa, lepas tu nak fikir masak untuk tengahari pulak. Nasiblah lauk malam dah tak payah fikir lagi sebab lauk tengahari terus bawak ke malam. Tak kuasa mak kerja nak masuk dapur aje.

Jemu weyh...... hari hari makan air tangan sendiri. Tak masak kicap, kari, tak kari, sambal, tak sambal masak merah. Hari hari duk ulang lauk tu....... Kang Mak Jilap masak tempoyak, baru depa tau........

So, semalam tengahari OKje dua beranak makan luar, dua anak dara tu OKje bungkuskan. Nasi Putih dengan Ayam Goreng berempah. Budak budak ni kalau diberi pilihan antara ayam dengan ikan, kan depa lagi suka ayam. Bungkus lagi gulai daging kawah RM5 henggit. Petang baru masak.

Banyak betul pilihan. Rambang mata mak! Apa taknya, selalu nampak dua tiga lauk aje atas meja, itu pun yang dua lauk, perangat semalam punya haha........ Dapat peluang tengok lauk banyak macam ni, mana boleh lepaskan, ha kau....... Ikan Jenahak Tempoyak banjir dengan ulam ulaman. Buh sikit batang keladi. Pergh!!! Nikmat sungguh mak makan semalam..........

Hajat dihati nak ambik lauk lain lagi, tapi nasib baik mak cepat cepat sedar diri hehe.... Mak Jilap punya RM6 henggit . SA punya RM4 henggit, itupun cuma nasi, kuah dan ayam goreng aje. Semua sekali RM25 henggit. Kalau hari hari cenggini mau bankrup Pak Jilap hehe.....

Ingat lagi masa zaman OKje baru baru kerja dalam tahun 90an, nasi bungkus harga RM3 henggit tu boleh dapat 3 lauk. Kalau harga RM6 henggit rasanya boleh dapat Nasi Briyani kot...... Lagilah kalau tahun 80an harus dapat Nasi Arab sedulang  hehe....

Rendahnya nilai duit kita sekarang ni kan......

Thursday, 28 August 2014

Sekian, Ikhlas dari menantumu

Salam Khamis yang mendung.....

Sejuk jer pagi ni yek. Sesejuk air mata ibu. Eh? Tetiba pulak merapik hehe.......
Psst........ hari ni bezday ibu mertuaku. Baru sat ni telefon ucap selamat. Tetiba pulak bergenang air mata mak koooo hehe..... fefeeling suci pulak hehe......


Pergh!!! Nampak tak betapa sehati sejiwanya mak Jilap dengan MIL, sedondon di pagi Raya....... Ko hado? haha.....


Terima kasih mak, kerana merestukan anak mak menikahi orang disaat anak mak baru je habis belajar. Disaat mak sepatutnya boleh menuai hasilnya. Sebagai seorang ibu, orang tahu bukan mudah.
Mintak maaf mak kerana orang tak mampu menjaga mak sebagaimana mak menjaga anak mak suatu masa dulu. Semoga orang terus diberikan akal yang waras untuk memastikan anak mak tidak akan lupa tanggungjawabnya dengan mak.  


Selamat Hari Ulang Tahun yang ke 69 Mak.
Tiada hadiah yang dapat orang berikan melainkan orang panjatkan doa semoga mak sihat dan sentiasa dalam rahmat Allah.

Sekian,
Ikhlas dari menantumu hehe.....

Wednesday, 27 August 2014

KIKARIlah yek

Salam Rabu......

Masa beraya rumah salah sorang jiran taman ni Mak Jilap sudah jatuh cinta dengan satu menu yang dihidangkan. Bukan Daging Masak Kicap tapi macam Masak Kicap! hehe..... Apa lagi terus korek rahsia. Dia sendiri tak tahu apa nama masakan tu, tapi dia kata dia belajar dari Mak Mertua dia. Mak Mertua dia ni adalah sama keturunan dengan mak ye korang..... Jaws hehe.... Alamak? Nape mak tak tau pun..... yang mak tau Masak Kicap ajos!

Macam biasalah Mak Jilap, kalau dah tersuka tu, memang masak sampai jemulah jadinya hehe...... Kiranya dah 2 hari berturut turutlah mak dan keluarga mak makan menu yang sama. Semalamnya OKje buat versi ayam.

Yang ni semalam punya......  versi organ dalaman. Hari ni? Takkan nak masak menu yang sama kot. Udah udahlah tu Mak Jilap oii..... hehe


Bahan utama selain daripada bawang dan halia adalah Kari Daging, Sos Tomato dan Kicap. Bahan bahan lain nak bubuh belasah ajelah ikut suka hati. Oleh kerana tak de nama, dengan rasminya Mak Jilap namakan masakan ni Kikari lah yek.....

Hish korang ni, ngengada pulak nak resepi......yang mak dah tulis tu, tak boleh kira resepi ka?  Nilah benda paling malas dalam hidup Mak Jilap, nak naip resepi ..... menci! Okaylah...... okaylah.....

Menu : KIKARI

Bahan bahannya:

1) 1/2 kilo ( daging, limpa, paru dan hati lembu ) dipotong nipis kalau perlu rebus, rebus dulu lagi senang, tapi semalam Mak Jilap lebur sekali harung haha....... senang!
2) Sebiji bawang besar merah dan 3 biji bawang putih diblend
3) 1/2 inci halia ditumbuk
4) 2 batang serai diketuk
5) 3 sudu besar cili blend
5) 1 packet serbuk kari daging
6) 4 sudu besar sos tomato
7) Kicap sebotol.....haha...... acah aje agak agak hitam legam le....

** Sukatan bahan tu OKje anggarkan aje tau...... boleh aje ditambah atau dikurangkan ikut keadaan

Caranya:
Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
Masukkan serai kemudian masukkan cili blend sehingga garing. Tambahkan air jika perlu.
Masukkan serbuk kari, biarkan sehingga terbit minyak.
Masukkan sos tomato.
Masukkan daging, limpa, paru dan hati lembu dan tunggu sehingga masak.
Last sekali curahlah kicap
Seimbangkan rasa.....
Udah, boleh mamam!

Lawankan pulak dengan Kuah Lodeh, Sambal Kacang dan Sambal Sotong Getah tu.... Pergh!!! Memang mengelip ngelip mata mak tak boleh katup tau! haha.......


Picto penutup 'Opss Terjah Syawal' malam tadi...... Tak mau dah posing tengok cicak nak posing buh jari kat pipi pulak hehe......


Psst..... Cahaya Hidupku.... setiap kali Mak Jilap pandang jiran mak yang pakai tudung merah berdiri tu, kita teringat awak tau...... Muka dia ada iras awaklah!

Tuesday, 26 August 2014

Pergh! Sedap Jiddan

Salam Selasa......

Mana pigi Minah Kentang jiran sebelah mak tah....... Lama dia tak pot pet pot pet kat sini. Bila pergi blog dia, last entri dia pun Rabu minggu lepas. Mana pergi yeh??? Harap harap lepas kena seru ni, bawak bawaklah muncul yer .......

Ingat lagi tak Sambal Kacang yang Adey Manis bagi masa bulan Ramadhan hari tu. Kan hari tu Mak Jilap cakap nak berkongsi rasa dengan PIL bagaikan..... tapi semuanya dusta weyh hehe......sudahnya semalam baru Mak Jilap masak, sebab baru semalam tetiba tekak mak teringin nak makan ketupat dengan kuah kacang....




Pergh!!! Memang sedap jiddan!! Secukup rasa! Pandai pak mertua Adey Manis buat yek!

Budak budak kat rumah ni, macam biasalah..... yang makannya Angry Bird sorang yang lain tak mahu mencuba langsung, geram betul mak tau!!..... Ketupat segera ada lagi tu, hari ni teringin pulak nak buat kuah lodeh. Sebut pasal kuah lodeh mak udah teringat pulak dengan Umialya. Faveret dia tu.

Sejak dah habis Syawal ni, mengada ngada pulak tekak mak ni nak makan menu Raya!  

Monday, 25 August 2014

Kuih RANGIN

Salam Isnin sahabat yang dirindui.....

Syukur kita dapat dipertemukan lagi hari ini walaupun dialamaya cuma. Satu kepuasan rasanya semalam bila dapat menunaikan tanggungjawab anak. Lepas ziarah PIL terus membelah highway balik Muar. Jatuh air mata mak kampung bila tengok kami muncul depan mata menjelang maghrib Sabtu baru ni. Surprise katanya...... Gitulah namanya orang tua.

Kebetulan sepupu Mak Jilap sebelah abah, datang semalam. Nak ziarah mak sedaralah atenya. Kira ni last kopek punya tetamu le. Togel pulak meja tu yek..... mana tah pergi alasnya. Masa raya hari tu ada lagi, OKje balik kampung kali ni dah togel pulak. Belasah ajelah hehe....


Mereka bawak kuih ni  


Dengan Kuih Bakar, beli kat Pasar Tani Bukit Gambir katanya..... OKje panggil KUIH RANGIN. Nama dalam versi Jaws kot tu hehe.... Rasa dia bukan macam angin ye.....hehe..... Rasa dia macam kuih SAGUN.... Ke tak tau jugak kuih Sagun gimana? ..... Hish korang ni.....

Ini contoh Sagun moden...... zaman OKje kecik kecik dulu, kalau nak Raya, Atok selalu buat kuih Sagun ni tapi bukan versi hancur cenggini. Memang jauh beza rupa Sagun Moden dengan Sagun Tradisi, rasa mungkin samalah kot.

cucurmeniram

Berbalik pada kuih RANGIN tu, korang panggil apa yek ? Ke tak pernah nampak? Mak Jilap pun dah lama sangat tak makan kuih ni. Rasanya kuih ni kategori hampir pupus kot! haha.....  Sedap pulak weyh!! Terus Mak Jilap seludup bawah balik KL buat sarapan mak pagi ni.


Saturday, 23 August 2014

Bila mommies TENGOK CICAK

Salam Sabtu......

Sowi sangat......mak belum dapat blogwalking sampai lebam.... Nanti nantilah yeh......bizilah weyhhhh......

Pagi ni nak ziarah PIL sekejap......lama dah tak ziarah sejak Raya. Lepas tu nak balik kampung tengok mak jatuh katanya....

Ohhhh fengsan atas highway nampaknya Mak ngan Pak Jilap ni.....

Ni gambar malam tadi...... Mak Jilap beraya lagi .......jangan jeles noooo!

Meh tengok bagaimana khusyuknya mommies tengok cicak..... Yang tak menahannya nak gelak, dak Umar tu pun beriya nengoknya keh keh keh......

Eh? Tak kelako yeh......






Friday, 22 August 2014

Hari Tafakur Negara

Salam Jumaat .......

Hari ni pepagi mak dah marah tau.......
Hancur lebur terus aura positif mak pagi ni hehe..... Biasalah, pasal anak anak.
Jangan disangka muka disebalik bajet keibuan dan kelembutan ni ( perasan pulok dah ) tak terer nak marah? Anak anak jer yang tahu betapa buruknya muka Mak Jilap kalau time marah tau hehe.......

Nasiblah Adey Manis pepagi dah hantar message motivasi, terus mak tukar jadi kool, kalau tidak, mau tukar terus jadi jilapah hehe....

Semalam masa pergi Aeon, terjumpa dengan isteri penyanyi Saleem kumpulan Iklim. Yang sebenarnya dak TLBD tu sebok nak mencari bendera, tu yang menyinggah Aeon tu. Nak berkibar gamaknya hari ni.
Sebenarnya dah beberapa kali jugak terserempak dengan Saleem dan isterinya makan roti canai kat area taman ni. Tu yang OKje cam isteri dia tu. Eh...... ai ni kan peminat lagu lagu Saleem. Tangkap leleh weyh lagu lagu dia..... al maklum le makkan pernah melalui hidup zaman rock kapak ni hehe....

Dah katanya Aeon area OKje ni kan senyap sunyi, tak de orang. Kebetulan pulak masa tu isteri dia ni tengah memilih baju. Tetiba pulak mak jadi peramah hehe.... siap tanya mana perginya Saleem, lama tak nampak. Nasiblah isteri dia tu pun peramah jugak. Peramah jumpa peramah, habislah hehe.... Isteri dia siap suruh panggil Kak Ju lagi. Rupanya dia nak cari baju hitam, nak meneman suaminyalah kot, ada programme TV untuk hari ni. Hish korang ni, surelah Saleem nyanyi lagu nasyid, takkan nak nyanyi lagu jiwang pulak  ......

Okaylah weyh.... cerita cerita jugak, sempena Hari Tafakur Negara, marilah kita bertafakur sekejap bagi menghormati mereka yang telah pergi dalam tragedi MH17. Jangan lupa sambil sambil tu muhasabahlah diri sendiri jugak bagaimanakah akhirnya kita nanti. Apakah perginya kita ini dalam redho Allah atau pun tidak.

Macam yang ustaz di Radio Ikim cakap pagi tadi, mereka yang telah ditakdirkan pergi dalam Tragedi MH17 ini, sekurang kurangnya seluruh dunia mendoakan kesejahteraan roh mereka tapi ..... Nasib kita ?


Wednesday, 20 August 2014

L'AROME terlajak slim... Ye ke?

Salam Rabu....

Nampaknya walaupun Syawal dah sampai ke penghujungnya, tapi jiran setaman mak ni masih gila lagi nak beraya hehe..... Malam tadi dapat Whatapps daripada jiran, malam Khamis ni mula balik 'Opss Terjah Syawal'. Kalau tanya Mak Jilap, mak OK jer.......  sebab rumah mak kan dah lepas hehe.....

Hari tu masa pergi GIANT terjumpalah kawan lama ni, bukan seoffice tapi sebangunan masa kerja dulu. Mestilah excitedkan jumpa kawan lama. Macam biasalah, kalau tak hilang ingatan, jumpa kawan kena berselfie dulu, dah katanya gila selfie hehe....

Lepas tu dia pun tunjuk skill menjual...... Ah sudah! tapi mak Jilap layankan aje. Kengkawan nak meniaga katanya. Kenalah support kengkawan, sapa lagi nak support kengkawan kalau bukan kengkawan! Tak beli, tak mengapa, dengar pun jadiklah ye dak.....

Korang pernah tau produk ni, L'AROME....



Rasanya produk ni lebih kepada 'pelangsingan' kot. Hish....mentang mentanglah perut mak tebal macam bantal hehe.... Taulah hasrat mak nak pakai saiz bebudak belum tercapai lagi ni hehe.....
.

Kalau tak silap dia kata 1 botol RM180, 2 botol RM300, kalau 4 botol RM350 dengan keahlian. Kalau tak silaplah yeh. Korang pernah cuba ke? Atau korang pernah tengok keberkesanan produk L'AROME kepada orang yang telah cuba? Mailah share...

Biasalah Pak Jilap tu, dah namanya tukang sponsor, mestilah cerewet dan teliti, nyampah mak tau...... dia suka nudoh mak senang nak percaya dengan jurujual katanya hehe..... Mana ada Mak Jilap percaya! Entahlah...... rasanya kalau kekdah sapu menyapu ni, lambat kot nak surut lemak tepu yang dah lama bertapak tu .... makan tahun mau tu hehe....

Sebenarnya nak slim ni, senang jer...... rajin puasa, kurangkan makan berminyak dan berlemak, exercise, kuruslah badan tukan....... Tapi tulah SEMANGAT mak belum mai mai lagi ni hehe.....


Tuesday, 19 August 2014

Bizi sepagi

Salam Selasa kengkawan.....

Semalam tak dapat menyembang..... bizi sepagi!
Aternya pergi berziarah keluarga sahabat lama yang telah pergi 8 Ogos baru ni. Yang ada cuma anak ke dua arwah aje, Tingkatan 2. Masa jumpa awal 2013 tu pun memang arwah dah sakit. Terasa menyesal pulak tak dapat melawat dia selepas tu. Itulah kan namanya sebuah penghidupan. Sekelip mata pun Al-Khaliq boleh menjemput kita kalau Dia mahu....


Selepas tu...... Mak Jilap melawat kawasanlah haha......
Alang alang dah dapat lesen besar keluar dating dengan kengkawan, mak apa lagi ......terus pergi menerjah rumah kawan ......

Bersarapan kat rumah Janna dengan Pizza segeranya. Rasa macam nak bedal jer kasi habis, tapi tetiba teringat yang Mak Jilap ni insan kamil hehe........


Biasalah....... dah katanya gila selfie.
Memanglah wajib ambik gambar, nak jadi bahan bukti tunjuk pada Pak Jilap. Mak Jilap macam biasalahkan, kekadangkan lupa daratan keh keh keh..... berposing itu kemestian, tapi style kilauan emas le hehe....
Yang ni ofkoz le yang bagi mak Pizza tu tuan rumahnya hehe.... 
Tengah yang comel tu Tuan Rumah, Sher
Yang ni pulak cerita Sabtu hari tu, Open House geng x-TIKL. Yang ni mak kena pose sopan santun sikit sebab Pak Jilap ada kat luar tengah makan Nasi Briyani hehe..... 
Mak sebenarnya malas nak buh gambar banyak banyak ni tau, bukan apa, mak takut korang menyampah tengok muka mak. Balik balik muka mak, asyik asyik muka Mak Jilap, tapi mak mintak maaf nak....mak terpaksa.......Mak terpaksa jaga hati kengkawan mak katanya, mak tak mau nanti mereka unfriend mak kalau mak biars nak! keh keh keh........... Percayolah sangat !....

Baju biru tudung coklat kanan sekali tu adalah empunya mahligainya, Wawa


Yang ni pulak x geng seoffice 

Duduk  bawah tengah baju merah tulah Tuan Rumahnya, Kak Ju
Udahlah weyh.......  mak nak jemur baju, lepas tu nak masak, lepas tu nak lipat kain..... Pergh!! banyaknya kerja tertunggak!

Friday, 15 August 2014

GEGETAN CINTA, Insan Kamil

Salam Jumaat.....

Malam tadi jenuh Mak Jilap menerima GEGETAN CINTA tanpa redho......
Amboi memasing !! Bukan main lagi, baca je gegetan cinta terus cepat cepat nak klik entri mak yeh hehe.....


Jangan le beryellow brain ye.....

Semalam sampai ke 11.30 malam Mak Jilap bertarung dengan nyamuk tau!  Bercandle light dinner lagi.....tapi malangnya boypren mak tak de. Boypren balik pukul 9.30.

Ha...nak bagi tau ni, semalam nikmat sungguh OKje makan malam. Lauk sardin jer...... buh pulak dengan belimbing buluh, petik jiran sebelah punya pokok. Tapi nikmat lain macam weyh!! Kalah le makan kat hotel! Lama tak makan sardin kot!....

Mak Jilap pun pelik dengan diri mak sendiri kenapa Mak Jilap tak merendek je kat AEON tu bila dah blackout gini..... Kenapalah Mak Jilap tetiba jadi INSAN KAMIL pulak, sanggup duduk bergelap sesorang diri kat rumah (anak anak tuition semalam)..... Ohhhh.... tak sangka sucinya mak......hikhikhik....



Thursday, 14 August 2014

PETRONAS, mana PAYUNG edisi terhadnya?

Salam Khamis ......

Semalam baru cerita pasal Renungan Masa Tua, hari ni dah lupa daratan pulak Mak Jilap nak mengumpat Petronas haha...... begitulah namanya manusia, mudah lupa! huhu......

Gini ceritanya, OKje sebenarnya malas nak ngumpat ni, sesiapa yang tak mau bersekongkol kejam mata sekarang! hehe....... Tapi tulah, sebenarnya OKje kesian sungguh dengan Pak Jilap. Gigih dia join Promosi Petronas ni semata mata nak dapat percuma PAYUNG EDISI TERHAD. Memang le payung aje pun hadiahnya, tapi mak suka kumpul PAYUNG nak..... Benda berguna tu, lebih lebih lagi musim hujan macam sekarang ni.



Sesiapa yang belum tahu, promosi dia, setiap RM20 yang dibelanja menggunakan Kad Petronas MESRA dalam satu resit melayakkan anda menerima 1 cop. Penuh 10 cop kita akan dapat 1 PAYUNG. Pak Jilap la ni dah ada 3 kad yang penuh cop untuk melayakkan dapat 3 payung Petronas!

Dah katanya orang Malaysiakan, kenalah sokong barangan keluaran Malaysia! ye dak..... Tapi yang TAK BESTnya sejak Raya hari tu lagi sampai la ni nak ambik PAYUNG FREE, memanjang stok tak de! Sama jer kat Muar ke, kat KL ke.......Nak kena gi Tronoh gamaknya baru stok ada! By the time habis promosi bulan September nanti takut seketul PAYUNG pun OKje tak dapat! Tau le barang FREE! Tau le EDISI TERHAD tapi takkan terhad beno kot Petronas!.....


Cuma OKje nak Petronas lebih perihatin, jangan gegarkan satu Malaysia dengan promosi tapi habuk pun tak de!  Kalau cengginilah gaya promosi depa baik TAK PAYAH buat promosi. Orang pun tak sakit hati!
 
Sudahlah tu...... meh le cerita pasal malam tadi lagi best hehe....
Ada jemputan makan makan lagi dari jiran setaman, kali ni dapat kumpulkan lebih ramai jiran. Tak pasal pasal pulak mak kena jadi admin, create Whatapps untuk Jiran setaman. huhu....  


Tuan rumah, sebelah kanan sekali sebelah Mak Jilap tu

Wednesday, 13 August 2014

Renungan Masa Tua

Salam Rabu.....

Hari ni Mak Jilap tak ada modal dah nak merapu hehe......
Dapat Whatapps ni daripada group kengkawan. Memang sesuai sangatlah untuk Mak Jilap renung renungkan. Maklumlah dah berkilau kilau emasnya huhu.....

Tak tahulah siapa yang mengarang pesanan ni, tapi apa yang dikarang tu memang sesungguhnya benar belaka. ( ada sikit sikit Mak Jilap tambah yer! hehe....). Paksa-paksakanlah diri untuk berubah sementara masih punya waktu.....

Renungan Masa Tua

1. Sisa hidup semakin pendik.....
Yang boleh kita makan, makanlah....... Yang boleh kita pakai, pakailah....... Yang ingin kita beli, belilah.....
Kalau masih mampu berbagi, bagilah.......

Kerana semua yang ada tidak boleh kita bawa ke kubur, jangan khuatir dengan ahli waris, Allah yang akan mengatur rezeki selagi mereka berusaha. Nikmatilah hidup ini dengan pasangan kita selagi masih ada.

2. Sehari berlalu, umur berkurang sehari.
Bila kita lewati hari ini dengan bahagia, kita sangat beruntung, berbuat baiklah dan selalulah mengucap syukur kerana kita tidak tahu bila kita akan dipanggil 'pergi'.

3. Waktu cepat berlalu, hidup ini sangat singkat. 
Dalam masa yang singkat kita telah memasuki masa tua. itu Pasti!

4. Bersyukur dengan apa yang ada.
Bila membandingkan ke atas, kita akan selalu merasa kurang....... membandingkan ke bawah pulak, kita akan merasa lebih...... bila kita mampu mensyukuri apa yang kita ada, kita pasti bahagia. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Manfaatkan ia sebaiknya.

5. Apa yang kita ada semuanya hanya sementara.
Harta kekayaan, pangkat, kedudukan, kehormatan..... semua itu hanyalah sementara, hanya pinjaman....

6. Belajar untuk tidak mengharapkan balasan.
Tanamkanlah dalam jiwa kita bahawa membesarkan anak adalah satu tanggungjawab ibubapa, bukan mengharapkan balasan mereka. Supaya dihujung usia kita tidak akan kecewa jika anak anak tidak berbakti kepada kita seperti apa yang kita harapkan.

Kasih ibubapa kepada anak anak tidak ada batasnya! Kasih anak anak terhadap ibubapa jelas batasnya!
Tatkala anak sakit, hati ibubapa bagai terhiris, tapi tatkala ibubapa sakit, anak anak hanya mampu menengok dan bertanya khabar ala kadar. Anak anak memakai wang orang tua sudah seperti keharusan, tetapi orang tua memakai wang anak semacam pasti tidak berlaku.

Rumah ibubapa adalah rumah anak, tetapi rumah anak belum tentu jadi rumah ibubapa. Ibubapa selalu memberikan anak anak tanpa batas, tetapi tidak semua anak akan berbakti kepada ibubapa mereka.

Oleh itu cukupkanlah untuk diri sendiri dahulu dan berikan pada anak sebijaksana mungkin!

Semoga kita berbahagia di masa tua!  


Tuesday, 12 August 2014

Reunion RAYA

Salam Selasa......

Gud luck buat anakanda Angry Bird dan semua anakanda anakanda yang mengambil Ujian Lisan PT3 hari ni. Moga Allah permudahkan jalannya. Insyaallah.... doa dan restu bonda sentiasa bersama anakanda! Aminnn....

Weyh..... walaupun Syawal dah melepasi setengah bulan tapi Mak Jilap tetap tak hengat dunia....... hehe....
Tak kira ........ mak nak letak jugak gambar reunion RAYA mak! Sapa yang malas nak tengok..... kejam mata yek!

Hujung minggu baru ni pergi Open House geng sekolah masa Tingkatan 1 - 3. Memang lamalah tak pernah jumpanya. Walaupun kami tak pernah sekelas tapi bila diketemukan dalam Whatapps, boleh jadi rapatlah pulak. Ada yang dah bergelar datin pun. Mak Jilap? Bukan datin lagi dah, tapi datunn hehe......  

Yang kiri sekali tulah datinnya, yang baju hitam tu pun dengarnya bakal datin jugak .....
Baju hijau tu tuan rumah.....
Malu jugak sebenarnya nak berjumpa kawan lama ni. Maklumlah memasing dah berjaya dengan kerjaya memasing. Rumah pun bukan main besar lagi. Mak Jilap aje yang jadi penanam anggur tak ada hasilnya huhu.... Terasa kecik macam semutlah pulak mak ni tau! Tapi demi sebuah persahabatan, mak buat muka tembok ajelah. hoho....


Tak ramai yang dapat datang. Sorang tulah lelaki tunggal, wakil geng lelaki .....
Masa ni Pak Jilap duduk luar. Dia bagi chance habis habisan kat bini dia bersosial dengan kengkawan sekolah agaknya. Pandai pandailah abang bawak diri yek Pak Jilap hehe.....

Sabtu ni ada lagi ni, geng TIKL pulak.... huhu
Asyik geng Mak Jilap aje yek! Tulah pasal, Pak Jilap memang tak berkawan gamaknya hehe ...........
Nampaknya kena belai lebih Pak Jilap sepanjang minggu ni !

Monday, 11 August 2014

Cerita hari Jumaat malam Sabtu

Salam 15 Syawal

Entri lepas kan Mak Jilap dalam dilema nak buat makan makan dengan Jiran Setaman Jumaat malam Sabtu tu ke tidak ( kena alert ni antara perkataan 'dilema' dengan 'delima' ...... nanti kantoi pulak dengan Cikgu BM  hehe.....)

Jenuh jugaklah buat timbang tara hehe..... akhirnya menjadilah jugak seperti apa yang dirancangkan. Betul jugak kata Mama si 2A, kalau dah buat, senang, tak payah nak memikir lagi. Mak masak Spaghetti ajos...... Sonang!


Dah katanya westernkan....... mestilah ada Salad weyh! Salad simple jer pun..... Memalam tak payah makan berat berat sangat. Tak elok untuk kesihatan hehe.....


Sumi yang terbiar kat dapur tu terus teringat nak buat agar agar ikut resepi  Cik Sue. Sementara ada ramai orang datang, kalau tidak, memang tak termakan le jawabnya Sumi tu.    
 


Omak eh sebok ajak jiran, si TLBD pun sebok jugak nak ajak kawan dia, menyelit sekali.....


Huh...... pukul 1 pagi baru siap mak telungkupkan bekas tu tau.......
Apa pun seronok dapat jumpa dan sembang dengan mereka, yelah....... dapat sembang pun setahun sekali walaupun setaman.