Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, 26 November 2014

Hadiah Kawen

Salam Rabu.....

Meh nak tunjuk Kuali dan Penyudip mak yang banyak jasanya!......



Untuk pengetahuan korang, kuali ni adalah kuali paling besar dalam rumah mak Jilap ni tau..... Mesti kena gelak dengan otai otai ni! Rumah Kak YonAcik ErnaKak Nora aka BundaKak Saniah mesti berderet kuali pelbagai saiz kan.... Rasanya bukan kuali jer, mesti dalam stor bersusun periuk sampai bumbung hehe.....

Sebenarnya, kuali tu hadiah kawen mak Jilap19 tahun yang lepas! Hadiah ni memang atas permintaan pengantin ye! ( Masa tu pengantinlah kan, sambil kedip kedip mata banyak kali!!! hehe ). Mintak kuali sebab senang nak masakkan laki katanya, maklumlah orang baru dapat laki hihi....  

Barang zaman dulu ni mungkin lebih berkualiti agaknya kan! Tempat pemegang penyudip dia ni pun tahan sampai la ni. Penyudip zaman sekarang, tempat pemegang dia tu cepat betul tanggal huh....Taulah mak beli penyudip murah!

Inilah orangnya yang bagi hadiah tu..... Suriati namanya. Manalah agaknya mu gi la ni mek!


Tuesday, 25 November 2014

Bila ANGIN MONSUN sudah mari!

Salam Selasa geng......

Bila angin monsun sudah mari, mulalah mak Jilap teringin nak mengubah kedudukan perabot. Untuk pengetahuan korang, perabot dalam entri ni bermaksud kerusi meja jer ye!  Kalau nak cari perabot pinggan ke, perabot hiasan ke dalam rumah mak ni, memanglah korang tak akan jumpa hihi...

Sebab tulah selalunya memang OKje ubah sendiri jer tanpa bantuan pak Jilap. Pak Jilap balik kerja jer, taraaaaaa surpriseeee paknya!!! Hehe....

Nak tunggu pak Jilap tolong, huh..... hari pun malam hihi...... Alah bukan susah pun, tolak ngan hujung jari jer. Nampak tak betapa perabot mak semuanya plastik haha.....

Kalau ikutkan, memang tak berubah banyak mana pun, kalau dulu sofa kat sudut tu, rak buku kat sudut tepi, sekarang ni duduknya dah kat sudut lain. Itu aje. Yelahkan......dah ruang tamunya pun itu ajos. Haha...

Tapi satu kepuasanlah bagi OKje yang tengok rumah ni sepanjang hari bila kedudukannya berubah. Rumahku kan syurgaku....tak gitu mak? 

I like this part, macam cantik pulak.......this part ajelah, jangan  dilanjurkan ke kiri ke kanan lagi, kang menonjol pulak semak samun,  buku tunggang terbalik kat sebelah tu hihi ....  
Eh? Sapa lagi nak puji, deko sendiri, pujilah sendiri... penat tau mak tolak sofa sensorang semalam! Haha..... 
Ohhhh ni semua menjangkit dengan jiran sebelah lah ni huh!

Monday, 24 November 2014

Lempeng Pisang kita pagi ni!

Salam Isnin korang.....

Lempeng pisang kita pagi ni!!!!  Amacam?????? haha.......

Orang Johorkan........ semuanya nak dicicah ngan sambal!




Semalam petang punya cerita ni sebenarnya. 
Kalau tak ada tetamu OKje memang jarang buat minum petang. Selain malas, hihi.... nak control air manis katanya! Boleh gitu? Semalam walaupun tak de tatamu, tetiba terajin pulak hihi....

Masa OKje melenyek pisang semalam, si TLBD sebok suruh buat jejemput pisang. Bendanya bukannya banyak pun, pas tu nak kena bahagi dua adunan pulak, lecehlah dik..... Makan ajelah lempeng!
  
Ni salah satu makanan kegemaran Pak Jilap ni, tapi OKje jarang buat, sebab pertamanya, kalau bukan tekak mak yang teringin, maka masuk dalam waiting list ler jawabnya ....... kejamkan hihi....! Yang keduanya, tak suka tauuuuu, sebab selalu je melekat kat kuali, kena letak banyak banyak minyak pulak, lempeng pisang ni kan cepat hangus, sudahnya selalu jadi lempeng rentung! Tu yang tambah malas tu.

Semalam baru terfikir nak guna Pemanggang Ajaib pemberian Umialya
Pergh!!! Memang ajaib weyh..... lekat memang tidaklah, tapi tambah ajaib, sebab tak hangus! 

Jangan di lihat pada rupa bentuk lempeng yer mommies.....hihi
Huh ....tak payah dah buat jejemput pisang lagi, lempeng pun SODAP!


Friday, 21 November 2014

Denggi

Salam Jumaat yang barakah....

2 hari lepas melawat anak kawan kat KPMC sebab demam Denggi. Umur budak ni rasanya dalam 6 tahun kot. Masa pergi hari tu bacaan platlet darah anak dia tu dalam 132.  Jangan tanya Unit darah dengan mak yeh, mak tak belajar Biologi hokay!Nak google malas!...... So kalau nak tau pergi tanya Daddy Ziyyad a.k.a Chef Sayur terhandal tapi takut minyak hihi......., tak pun tanya Doktor jadi jadian, pakar penyakit Merengtus Optimus 4.....

Semalam OKje text mak dia, mak dia cakap bacaan darah anak dia turun lagi, 83 katanya. Tapi, alhamdulillah pagi ni dah naik dah, 96. Moga anak ko cepat sembuh yer Na!

Anak kawan blogger kita, Ibu Lala pun dengarnya kat wad jugak! Harapnya majikan memasing dapat memahami situasi ibu yang bekerja dan terpaksa jaga anak sakit ni. OKje dah pernah mengalaminya dulu!....

Ibu manalah tak susah hati kalau tengok anak sakit. Lebih lebih lagi tengok bacaan darah anak yang turun mendadak gitu. Macam macam dah disuap budak tu, sup ketam sudah, biji mutiara beli kat sinseh pun sudah, air zam zam sudah, 100 Plus pun sudah.  Jus Pucuk Betik jer belum !  Walaupun anak dia ni kategori mesra ubat, tapi tak mungkin budak kecik ni nak makan jus Pucuk Betik! Sure pahit tu.....

Dapat anak yang mesra ubat ni, lega sikit, kuranglah sikit stress mak ayah dia, sekurang kurangnya bab ubat dah settle. Cuba kena budak yang susah makan ubat, darah tinggi dibuatnya tau!.......

Sekarang ni memang tengah  musim Denggi yeh. Hari tu kat taman OKje pun ada fogging dari Kementerian Kesihatan.Depa datang sebab ada keslah tu....... Memang ada pun, jiran jimba mak yang kena. Lemah seluruh sendi kawan mak cakap kalau kena demam denggi ni, nak bangun pun tak larat.

Korang pernah ada pengalaman kena Denggi ke?

Dahlah weyh mak nak bagi Racun Aedes kat kolam lumut mak tu........ Rasa macam nak tuang klorok jer nengoknya , tapi memikirkan anak tiri mak selalu minum air kat sini, terus cancel, kang tergolek tepi kolam ni sapa nak jawab ???






Thursday, 20 November 2014

Terima kasih Paknya

Salam Khamis.....

Memang dah jadi rutin pun, setiap kali pak Jilap balik kerja, memasing akan tunggu depan pintu, menyambut ketibaan Arjuna katanya sambil salam, tapi tak delah mak ambik briefcase Pak Jilap macam kat drama drama tu haha....... Briefcase pun nan hado, beg sandang laptop aje yang hado, itupun dia hangkut sendiri letak tepi meja.

Si TLBD ni pulak, semenjak Anniversary mak nikan, setiap kali ayah dia balik kerja , suka betul menyakat OKje..... dia kata ayah balik bawah hadiah bu! Lepas tu siap nyanyi lagu Raja Ema....

'Angan.....Angan......' dia kata OKje tengah berangan angan tunggu hadiah!...... Mana ada! Geram mak tau!

Bukan itu aje Jiran sebelah pun sebok masuk ikut pintu belakang, punyalah nak stalk hadiah apa pak Jilap bagi. Yang Geng Lipih pulak kata tunggu posmen,  tak pun tunggu pak Jilap balik kerja. Whateverrrrr!!!!!

Sejujurnya, pinjam kejap kata kata faveret Wartawan Utusan hihi...... mak tak berangan pun nakkan hadiah, seriously!.... Sebabnya, sebagai pemerhati kewangan dalam rumah ni, bukan tukang pegang duit yer, kita taulah kan, keadaan kewangan paknya stabil ke tidak, tau ajelah, dengan insurance dan road tax kuda-kuda yang baru mati, dengan yuran si SAnya, dengan company pak Jilap yang no bonus untuk tahun ni, so faham cukupppp.....

Sebagai isteri yang tak berapa nak mithali ni, sesungguhnya amat memahami keadaan Arjunanya kata ko haha......

Tapi dah paknya nak bagi kan...... Arjuni terpaksa menerimanya hokay, dengan senyum lebar sambil lompat bintang hihi.....


Pak Jilap ni kan, kalau bab gadget gadget ke, jam tangan ke,  memang suka betul dia survey. Apa yang dia belek, entah!..... OKje kalau suruh tengok baju ke, beg tangan ke, tudung ke, sukalah hihi......

Kalau ikutkan OKje,tak payah dah beli lagi hp ni, sebab yang lama masih boleh pakai lagi, alah hang sikit sikit tu biasalah kan....... Pagi ni laju weyh mak balas komen korang, sap.... sap....sap....settle..... Pergh bang, berdezup bang!

Apa pun terima kasih paknya.....
Beg tangan orang pun macam dah buruk je, tak mau belikan ke? Hehe.....


Wednesday, 19 November 2014

Pak Tam vs Pak Teh

Salam Rabu......

Hari ni nak belanja mata koranglah sempena Anniversary  mak semalam.....
Mak tahu, semalamkan korang dah banyak kali muntah hihi.... sure masuk angin perut tu! Meh...meh...meh.... tengok roti bakar Pak Tam!

























Cappuccino tu bukan mak punya yer, Paknya punya, maknya minum Teh O jer, murah sikit!
Sejak selalu guna highway ke Utara ni memang selalulah jumpa Pak Tam. Tak pernah tau pulak menghala ke Selatan ni Pak Tam konker jugak ke tidak!
Mungkin bisnes untuk Pak Tehlah pulak ye...... Takkanlah Pak Tam nak bolot semua!

Tetiba teringin pulak nak tengok muka Pak Tam macamana agaknya orangnya....... haha.....


Tuesday, 18 November 2014

Salam Anniversary Paknya

Salam Selasa.....

Hehe..... dulu dulu bukan main lagi ye, Romantis de Amor ko, dengan Arjunanyalah, Papa Zirlah, anak Pak Rahmanlah, Pak Jilaplah........ la ni dah tinggal Paknya aje hehe ........


Sekejap je yek, pejam celik pejam celik, diam tak diam, dah jumpa balik tarikh 18 November. Masa cepat betul berlalu. Bermakna, termasuk entri ini, dah ada 3 entrilah berkenaan Anniversary dalam blog mak ni. Entri Anniversary 2012 dan entri Anniversary 2013. Rasa seronok pulak bila boleh baca balik hasil tulisan kita sambil tersenyum simpul sorang sorang depan lappy macam anak dara sunti tunggu pinangan hihi.....

Rupanya dah 19 tahun kita hidup bersama yek bang......
19 tahun jugaklah kita hampir buat segala galanya bersama, makan bersama, tidur bersama, ketawa bersama, bergaduh bersama, pendik kata di mana ada Arjuna, disitulah ada Arjuani hihi.....
Abang harus tahu bahawa dari dulu sampailah sekarang, cinta dalam hati ini, tak pernah berubah, kasih sayang dan setia ini tetap kepada abang seorang......  ( Pergh!! Sila loya haha...... )


19 tahun bukan satu masa yang singkatkan...... Hidup berumahtangga ni bukan satu perjalanan yang lurus, banyak simpang dan halangan yang perlu kita lalui. Ya......mungkin sebahagiannya telah berjaya kita tempuhi tapi masih ada sebahagian lagi di hadapan sana yang masih menunggu.  Tanpa tolak ansur, tanpa rasa cinta, tanpa kasih sayang, tanpa kesabaran, dan yang pasti tanpa izin dariNya, tak mungkin kita mampu melaluinya dengan tabah.

Alhamdulillah, syukur Ya Allah kerana kau mengurniakan dia untuk ku. Mengurniakan dia untuk menjadi imam dan khalifah ku, mengurniakan dia untuk menjadi ayah kepada anak anak ku, mengurniakan dia untuk menjadi pembimbing dan pelindung ku.

Masyaallah besarnya nikmat yang Kau pinjamkan kepada ku, Ya Allah......
Moga kau kekalkan kebahagiaan kami, kasih sayang kami, kecintaan kami berdua hingga ke Jannah hendaknya...

Pergh!!! Ni yang mak malas ni, kalau mak dah menulis, mak tau korang semua mesti nak muntahkan huh....

Sudahlah weyh......maknya nak masak ni dah pukul 12, anak mak balik sekolah nak makan ......

Korang ni kan, nak tau apa dia lagi?.......
Nak taulah tu mak dapat hadiah ke tidak???? Eleh taunya mak, kalau dah namanya pompuan hihi....Tak denya weyh, tak de benda bergantungan kat pintu pun pagi ni..... so tak yah ngengada nak hadiah, duk diam diam aje bawah katil sudah haha......

Salam Anniversary Paknya.


Monday, 17 November 2014

Sabtu yang busy!

Salam Isnin.....
Selamat sampai Rumahku Syurgaku pukul 9 malam tadi. Alhamdulilah......

Macam yang OKje cakap dalam entri Tropi Untuk Blogger 2014 oleh Etuza, OKje kan mengiring anak sedara, aka anak kakak sulung, menikah kat Melaka hari Sabtu baru ni. Lepas tu terus balik kampung tengok mak. Saja nak bagi tauuuuu, walau korang tak tanya haha......
So, Sabtu ni memang Sabtu yang bizi sungguhlah kononnya....

Nah Sirih Junjung sebagai bukti! ......



Tanya mak, of course le excited sebab dapat jumpa kaum kerabat sendiri sambil berselfie haha...... Masa ni tak ingat dah BFF mak kat mana hokay...... harap pandai pandai le abang bawak diri yeh....

Anak sedaras

My kakaks.......
Dari kanan, kakak sulung sebaya dengan my mil, umur 68 tahun, kakak no 4,
kakak no 2 dan yang bongsu of course le sweet kilauan haha..... ! 
no
Kasi chance Kakak Ipars glemer dalam blog mak hihi....
Object captured!!! hoho.......
Ohhhhh ....... kat belakang pengantin rupanya BFF mak ni, hihi....... Sajalah tukan duk belakang pengantin, dengan harapan dapat masuk gambar banyak! Elok sangatlah tu, dengar khutbah sekali yer bang, kasi refresh! 



Meh buh pulak gambar Raja Seharinya, asyik tempek muka Tuan Blog jer...... Tuan Blog syok sendiri ke apa ni hihi.....


Selamat Pengantin Baru buat ND dan pasangan, moga bahagia hingga ke Jannah!

Weyh, tak de rendang kerbaulah....... tapi lauk dia memang mantop jiddan!! Nampak tak betapa halobanya mak..... Semua lauk mak ambik hokay. Tak mau lepaskan peluang langsung!!! Nak menangis rasa masa makan tempoyak daun campur petai tu! Sedap sangattttt!!




Saturday, 15 November 2014

PENCARIAN ANUGERAH TROPI UNTUK BLOGGER 2014 OLEH ETUZA

Salam Sabtu korang, korang dan korang yang  mak sayangi.....
( Ni memang betul betul OKje nak jack korang ni tau haha......... sebab nak suruh korang join segmen ni, boleh gitu?  )



Hari ni mak balik kampung yeh, anak sedara mak kawen. So tengahari ni nampaknya mak makan Nasi Minyak berlaukkan Rendang Kerbau ye. Eh? Tapi ye ke orang Melaka kenduri kawen masak Rendang Kerbau? OKje main teka jer sebenarnya haha.....

OK, berbalik pada cerita kita pasal segmen ni, kalau ikutkan OKje pun dah pencen jugak bab join menjoin segmen ni, maklumlah dah kilauankan, tapi oleh kerana Geng Lipih mak dah tag terpaksalah ikhlaskan hati kerana Allah, untuk menjoinkan diri hihi.....

Budak hensem pegang tropi dalam banner tu sebenarnya Pemenang Anugerah memacam peringkat negeri Sabah tau. Kalau korang nak tau dia pemenang anugerah apa sampai Cikgu Etuza pilih dia jadi Duta Segmen kenalah pergi jengah blog Tokey Elken ni yeh.

So pemenang Segmen ni tentunya akan dapat Tropi Khas dari Etuza, so tunggu apa lagi, moh le kome join!!!..... 

Tarikh tutup segmen ni adalah 17 November 2014

Friday, 14 November 2014

Best Friend Forever

Salam Jumaat....

Semalam OKje didatangi Tetamu Cilik dari Terengganu.....  Kawan si TLBD.
Asalnya mereka ni satu sekolah, tapi dah pindah Terengganu sejak awal tahun ni. Best Friend Forever lah sangat kononnya ni hihi......



Amboiiii ......bukan main suka lagi ye dapat jumpa kawan dia!....... 
OKje pernah jugak cerita pasal mereka ni kat Sakan Ko yeh Dik masa depa gi rombongan sekolah ke Kidzania dulu.

Kasi chance mereka happy happy berselfie depan kamera Jepun hihi..... Yang sorang jadi kucing, yang sorang jadi arnab, bagus sangatlah tu......  Untung jadi bebudak zaman sekarang ni kan....

  
Tapi yang pasti, Best Friend Forever mak adalah orang tu hihi..... ( Nak jugak buh best BFF diaaaaa........ keh keh keh jangan ada yang muntah kaler kaler sudah! )



Tuesday, 11 November 2014

Kisah Jilapahs

Salam Selasa.......

Masih kisah Jilapahs di Teronoh.....

Bila bapak ngan anak jantan tengah bersembang dalam bilik homestay hari tu, si emak duk kat depan pintu bilik sambil jari jemari bukan main laju lagi ko menekan keyboard hp. Hp tengah charge. Tengah khusyuk blogwaling lew tu! ( Ambik peluang sebab pak Jilap tak nampak haha....)

Emak seorang blogger katakan hihi......

Si emak cuma dengar sayup sayup jer bapak ngan anak nyembang. Apa yang disembangkan, entah....

Gitulah.......semakin anak besar, terasa semakin jauh pulak jarak antara anak dan ibu bapa. So bagi kami, inilah salah satu caranya. Melawat si bujang dan bergather gather bila ada kesempatan. Kan geng !

Sementara belum kawen lagi weyh .... Sok kalau dia dah kawen, tak dapek mak dohhhhh........ asyik mengulik bini jer, baik mak himpit sekarang hoho.......    

Dalam sejarah Jilapah rasanya, Jilapahs tengok wayang 2 malam berturut turut hihi.... Cerita OUIJA dan INTERSTELLAR..... OUIJA tu tak seram mana pun. Bolehlah....... kalau terasa teringin nak feel terkejut kejut bolehlah tengok hihi..... INTERSTELLER tu pulak walaupun hidup hidup kena tipu Mat Salleh tapi best lah jugak layan.

                                           

                                       
Interstellar (2014) Poster

Masa mencari kedai makan kat Teluk Batik hari tu, tetiba teringat kedai makan Silaturrahim, yang Cik Jah promote katanya murah tu. Kebetulan kedai tu memang betul betul kat simpang sebelum masuk Teluk Batik. So apa lagi, teringinlah mak nak mencubanya.


























Memang banyak pilihan lauk pauk dia, macam nak ambik semua jer. Tau ajelah perut tengah laparkan! hihi...... Tak mo ar letak gambo nasi mak, nanti korang komen lauk ajos, tak aci!!.....
Nak kata murah, entahlah.....mungkin murahlah kot daripada harga KL. RM40 henggit untuk 5 orang. Murah ke mahal tu? Kalau makan reramai mungkin terasalah murah dia kot....






Monday, 10 November 2014

Ibu ayah datang pun dah HAPPY dah....

Salam Isnin.....

Alhamdulillah...... mak selamat sampai rumah petang semalam daripada Suatu Tempat Itu lah sangat katanya haha..... Tak de maknanya mak ke Krabi wahai cik Aisy Nasiha....... mak ke Teronoh jer ..... Melawat anak bujang.

Hajat dihati pak Jilap nak bawak anak bujang bersnorkling kat Lumut. Hari tukan kami dah ke Port Dickson tanpa dia. So kali ni kononnya nak bawak dia berjalan pulaklah.

Mengikut hasil 'google an' pak Jilap, ada satu tempat snorkling kat Teluk Batik tu. tak jauh daripada Marina Theme Park. So, bukan main gigih lagilah pak Jilap berlatih pernafasan malam tu sebab nak bersnorkling esok pagi katanya. Siap tutup hidung, belajar ambik nafas ikut mulut lagi. Punyalah semangatnya.

OKje bertolak ke Lumut pagi Sabtu tu, so, malam tu macam biasalah, tidur kat homestay yang mak dah anggap macam rumah sendiri tu. Pagi tu sepanjang perjalanan hujan weyh!. Tapi tu semua tetap tak mematahkan semangat pak Jilap nak bersnorkling tau. Pusing punya pusing cari tempat snorkling tu, tetiba tempat ini yang kami jumpa! Konfius sekejap...... tempat ni masih beroperasi lagi ke dah lama tutup ni sebenarnya??? Cer cite sikit Tuan Tanah !......

*Sori gambar sudah terdelete!

Sudahnya mak selfie kat Pantai Teluk Batik ajelah........ Nak mandi, memanglah tak sesuai langsung, dengan hujannya, dengan angin kuatnya, ombak jangan cakaplah...... kang tak pasal pasal mak masuk Harian Metro, korang jugak yang sedih huhu....



Ohhhhh....... sowi korang, mak sedang di lamun cinta.......... kehkehkeh....... Sila tahan muntah yer Jiran!..... 


Ni namanya mak Jilap tengah gelak beso haha....... Entah apa yang digelakkan mak Jilap agaknya. Terasa hilang sudah kesucian mak masa ni tau. Ketawa macam nak terkeluar semua gigi hoho....


Udah,....... jom balik! Okay, bye!!!

    
* Terharu pulak bila anak bujang cakap..... 'Ibu ayah datang pun dah happy dah'...... macam nak meraung sambil guling guling jer rasanya hua....hua.....*


Thursday, 6 November 2014

Gegurlz Outing Day

Salam Khamis bebeh......

Esok katanya pak Jilap nak cuti. Tapi semalam dia whatapp mak, cakap hari ni dan esok boss dia outstation, so Jumaat kena standby. Huh..... tak taulah macamana jadinya tu. Doa tak putus weyh mak, moga dia dapat cuti esok huhu.....

So hari ni kena cepat cepat settlekan rumah, tapi tulah........ bila dah kena sawan blogging, kerja apa pun tak siap, tambah pulak pak Jilap tak de depan mata, lagi lajulah layan blognya, kalau dia ada hehe...... mak berlakon rajin le kannnnn haha.....

Semalam Gegurlz Outing Day katanya........

Bukan anak anak aje berdating, mak mak sekali pun ikut berdating sama haha...... Tapi malangnya mak Jilap terpaksa berdating dengan suratkhabar dulu dambil makan Takoyaki sesorang. Cik Tom lambat sikit, sebab tetiba laki cik Tom balik rumah pulak dah. So layan suami itu wajibkan..... maka dahulukanlah yang wajib cik Tom oiiii....


Dah puas berjimba mamba dengan kengkawan memasing, jangan lupa time balik kita berkumpul depan eskalator Aeon, tingkat 2, senang cik Gayah nak pungut korang semua bawak balik haha...... Bayangkan ajelah mereka semua ni mak Jilap sumbat dalam Kuda Besi! Dah macam sardin jadinya.



Makcik dan gegurlz
Kakak dia berdating, dia pun sebok nak berdating jugak. Mak jugak yang kena pungut kawan dia tau..... Elok jugaklah tu, bebas sikit mak nak bersembang dengan cik Tom nanti hihi.....


Last sekali tentulah tempek gambo cik Gayah ngan bestie, cik Tom yer dakkkk.......
 


Wednesday, 5 November 2014

Yong Tau Foo RM26 henggit

Salam Rabu weyh....

2-3 hari jugaklah hidung mak Jilap ni tersroot sroot, achooum tak berhenti, nasiblah tak mendemam. Kalau mendemam, memang kena ambik MC ni tau pak Jilap. Satu kerja hape pun mak Jilap tak mau buat, mak cuma nak baring jew ......... nyampah yek, dah berkilau pun masih ada hati nak menggedix! haha.....

Tak de idealah weyh sebenarnya.....

Layan ajelah Yong Tau Foo RM26 henggit mak hujung minggu lepas kat Alamanda. Pergh!!...... memang kalahlah harga Caribbean Fish Fillet kat Resepi Rahsia tu ha hihi......

jiayingpenang
Malangnya gambar sebenar tuan blog teleh terdelete. Tapi yang pasti Yong Tau Foo RM26 henggit bukan banyak ni huhu.....Pinjam gambar ye Jiayingpenang!

Sebenarnya RM26 henggit ni bagi dua dengan TLBD. Mak satu mangkuk, dia satu mangkuk. Tak sangka pulak lepas gunting, Yong Tau Foo tu jadi satu besen ! Tulah, tamak haloba sangat masa memilih..... Padanlah muka!

Penuh macam macam ball tau perut mak malam tu!