Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, 30 January 2015

Cik Puan Tunku Buku Lima

Salam Jumaat.....

Hari ni hari Jumaat hokay! Jumaat!! Bukan Khamis! Bukan apa, Jiran Sebelah mak tu selalu sangat konfiusnya, hari Khamis dikatanya Jumaat! Huh..... dasar jiran penternak sawan!!!! haha.....

Opsss....

Terima kasih kepada Arzmoha, walaupun konfius, tapi masih memberikan idea untuk mak merapu hari ni ye. Adoiyaiiii.......memang sedih bila mengenangkan jiran jiran mak yang sejak kebelakangan ni konfius memanjang. Bukan konfius apa pun. Konfius nak panggil mak apa haha.....
Pandai buat lawak awak yer Arzmoha!

Tak payah nak konfius konfius sangatlah Arzmoha, panggil jerlah apa apa pun yang awak suka. OKje boleh, kak OKje boleh, kak Hainom boleh, mak, makcik, mak tok pun boleh. Kang suruh panggil adik kang tak sanggup pulak awak nak panggil kan hihi.....

Kalau blogger Mia Liana ( dulu dululah ni ) dia kata dia lebih suka panggil Hainom sebab dia kata nama ni lebih sedap daripada nama OKje. Cikgu Etuza pulak panggil mak, dengan nama Nom ...... Panggilan Nom ni memang mengingatkan mak kat ex boss mak dulu dulu tau, dia pun suka panggil nama yang sama. Jiran Sebelah? Huh .... dah katanya bersawan kan, dia panggil sesuka hati jer..... Ada ke patut dia panggil mak Cik Puan Tunku Buku Lima? Boleh blah ke tidak tu? Memang nak kena dush...dush tau jiran mak ni!

Gambar selingan sempena hari Jumaat yek...
Kalau berkomen di blog Titisan Nurani pulak, kami membahasakan bahasa istana tau Arzmoha hihi..... Kalau dengan teman sekilauan pulak, lagi dahsyat tak panggil nama langsung, panggil geng aje haha....Memang gengster sungguh weyh!

Ya..... kebanyakan sahabat alamaya, memang panggil dengan nama OKje jer pun. OKje pun bahasakan diri sendiri dengan nama tu. Alah..... sajalah, kononnya nak jugak sembunyikan identiti sebenar, nama jer yang nak disembunyikan, tapi muka bersepah dalam blog hihi....

So Arzmoha dah ada idea ke nak panggil tuan blog ni siapa lepas ni????


Thursday, 29 January 2015

Ceh ! Saja nak lekakan oranglah tu

Salam Khamis......

Sementara menunggu idea mak sampai, mailah kita tengok bukit dulu. Cantik yek!!!! Subhanallah, Masyaallah.......indahnya ciptaan Allah!



Kalau dapat kat Arzmoha, tak pun dapat kat Shenta hati si Mia Kassim ni, harus lompat guardrail tepi tu ha sambil pegang DSLR hihi......

Gambar ni mak ambik masa on the way ke Tronoh bulan lepas.
Sebok jer pak Jilap tau, suruh mak ambik gambar nilah, gambar tulah sepanjang jalan tu. Nikmatilah alam semula jadi katanya. Ceh! Saja nak lekakan orang bukak bloglah tu.

Kalau menghala ke Utara, bila dekat dengan kawasan Tapah tu, perasan tak ada satu Air Terjun yang korang boleh nampak sayup sayup daripada Highway? Yang tu pun pak Jilap sebok suruh mak tangkap gambar. Manalah boleh nampak bang!! Jauhhhhh....... Apa barang guna hp Samseng mak ni sepatah kat Puan Kutu. OKje agak Samseng tu, Samsung kot..... Macam macamlah Puan Kutu ni hihi.....


Weyh...... sampai sudah idea tak mai......... Layan ajelah gambar yang ada tu yek! hihi.....
Terasa rasa macam nak pergi PDlah pulak cuti panjang ni, nak skodeng orang!!! kehkehkeh.....


Wednesday, 28 January 2015

Hanya kerana ABC!

Salam Rabu......

Sejak kebelakangan ini, mak mudah sangat menangis. Takkan dah nak menopouse kot haha.....
Betul ni, bukan pasal sedih, bukan jugak pasal merajuk, tapi cepat jerlah air mata jatuh. Kadang tu terasa macam tak logik pulak tangisan mak ni tau hihi..........

Nasihat anak pun kekadang boleh menangis. Lebih lebih lagi mengenangkan anak yang macam tak de semangat jer nak belajar. Macam putus harapan jer mak rasanya tau.

Macam balik kampung baru ni, mak OKje adalah cakap dia teringin nak minum air sejuk sejuk, macam ABC ke, macam cendol ke. Mak OKje tu pulak beritahunya selepas OKje balik dari sarapan luar, masa kat luar tadi taklah pulak mak pesan suruh belikan so bila dah sampai rumah ni ada jugak malasnya nak keluar balik. Lagi pun abang dan kakak OKjekan memang semuanya duduk dekat dekat jer so esok esok bolehlah mintak diaorang carikan.
ABC, satu untuk mak, satu untuk anak mak hihi.....
Petang tu masa nak balik KL, keluar sikit daripada kampung, ternampaklah air jambu batu tepi jalan. Cakaplah dengan Pak Jilap, tadi mak teringin nak minum ABC. Pak Jilap terus pusing balik cari. Kebetulan ada pulak gerai jual ABC depan simpang masuk kampung sebelah Petronas tu. Memang Allah mudahkan ajelah bila nak sampaikan hajat orang tua ni, cuma biasalah...... anak anak pun manusia biasa jugakkan......

Terima kasih paknya......

Kena dera dengan anak bongsu, disuruhnya ayahnya pakai shawl hehe....
Pusing semula, bagi mak ABC, apa lagi......hujan pun turun dengan lebatnyalah huhu..... Percaya tak? Hanya kerana ABC mampu menumpahkan air mata? 

Nak kata jenis manja dengan mak, tidaklah jugak...... mak Jilap kan ala ala ganas gitu haha.....Tapi hati tetap ada taman weyh!    



Tuesday, 27 January 2015

Murtabak Singapura dan Mee Bandung

Salam Selasa......

Minggu baru ni kan mak balik Muo.......
Sampai Muo terus cari Murtabak Singapura. Bulan lepas singgah, tak dapat makan sebab ramai orang. Susah weyh...... nak dapat makan Murtabak Singapura ni kat KL. Pak Jilap dengan TLBD makan jugak nasi dengan Asam Pedas, mak, diet nasi hokay!!! hehe.....

Agenda tersembunyi, sebenarnya mak nak makan murtabak tu sekeping sorang haha.....  
Murtabak Singapura


















Makan pulak dengan sos bawah ni, pergh!!! Memang nikmat dunia sungguhlah. Jangan lupa kasi banjir yeh!



Biasalah kalau dah balik kampung ni, sampai ke esok paginya, makan luar jer kerjanya hihi...... Mana nak dapat sarapan sate pagi pagi kat KL ni???  Malam tu OKje dengan pak Jilap pekena Mee Bandung pulak. Nasiblah kawen dengan orang orang sedaerah, tak payah nak gaduh bab makan!
Kalau korang datang Muar jangan lupa cuba Mee Bandung yek. Kalau tak cuba, memang korang akan menyesal seumur hidup tau! Ha, jangan salah cari kat Batu Pahat pulak....hehe.....  Batu Pahat mana ada apa apa hahaha....

Mee Bandung

Monday, 26 January 2015

Periukku RENTUNG!

Salam Isnin.......

Hari ni mak nak taip laju laju hokay. Banyak kerja yang menanti. Sambil tu, rebus daging. Teringin pulak nak buat kari daging hari ni......

Mak, ni qarin nak ingatkan mak ni....... kali ni jangan sampai terlupa pulak tengok daging tu, kang jadi rentung macam hari tu barulah padan muka!
Periukku rentung! Nampak tak su'un dengan kentang mak sudah jadi arang huhu.....
 
Alkisahnya hari tu, OKje panaskan lebihan sup sayur semalam punya. Niat di hati nak makan le sambil berblogging. (Memang buruk perangai sungguh mak yang sorang ni).  Tapi macam biasalah, bila dah syok ngadap lappy, sudah lupa itu periuk atas api hihi.....

Masa tu OKje perasan ada bau asap. Tapi, dalam hati, ingatkan jiran bakar sampah. Okaylah..... sambung lagi layan lappy. Bila dah semakin banyak asap, barulah tergerak hati pulak nak tengok luar, ( see....see.... masih lagi tak sedar kesilapan diri sendiri ) nak jugak tuduh jiran bakar sampah, bukan tergerak nak tengok dapur dulu hihi......Eh? Kenapa pulak kat luar macam clear jer. Cepat cepat OKje letak Onyeng kat depan pintu kasi dia bernafas. .... Barulah tengok dapur!

Astaghfirullahalazim...... periuk ku rentung rupanya!!!!
Cepat cepat bukak tingkap besar besar, bukak kipas laju laju. Patutlah orang yang terperangkap dalam asap tu boleh mati yek. Memang rasa sesak dada masa tu. Tapi, alhamdulilah mak selamat ko..... mungkin doa suami, ibu bapak, anak anak dan mungkin jugak doa korang yang Allah makbulkan........

Ingat nak sorok dengan pak Jilap, tapi bila dia balik kerja, masuk rumah jer dia tanya apa bau asap ni??? Haha...... terpaksa mak cerita kisah sebenar. Eleh, nak cakap orang leka berbloglah tu.....

Kalau cenggini punya rentung, ni dah bukan trademark lagi dah ni huhu.....
Tulah mak .......cakap lagi rentung, rentung, rentung...... kan periuk dah rentung! Nasib bukan orang yang rentung! Na uzubillah..........



Friday, 23 January 2015

Jatuh Cinta Pandang Pertama

Salam Jumaat.....

Yeay esok cuti!!! Esok cuti!....... Mak tolong sorak bagi kengkawan jerlah haha.....
Macam biasalah, mak esok pagi pergi berzumba, tapi sampai sudah tak slim slim, gituuuu je nengoknya hoho.....

Korang pernah perasan tak satu perasaan itu? Satu perasaan dikala kita pertama kali menerjah blog seseorang?

Pernah tak weyh???? Adoiiiii.......
Bila first time kita terjah blog dia je, kita terus Jatuh Cinta Pandang Pertama! Aww .......
Mungkin kita suka pada dekorasi blog dia, mungkin juga kita suka pada cara penulisan dia.

Tapi ada jugak yang blogwalking tanpa perasaan yek haha......Dah terlanjur blogwalking katanya, terklik blog dia, baca ajelah cerita dia walau boring. Itu jatuh cinta terpaksa namanya.

Ada jugak yang jatuh cinta bukan kerana blog atau gaya penulisan, tapi oleh kerana dia rajin datang menyembang, kita jadi jatuh cinta pulak, jadi suka skodeng blog dia pulak.
Harap harap jiran sebelah mak yang satu ni tak  perahsantan yang mak jatuh cinta ni blog dia hokay! Ohhhh.... tolong dakuuuu dalam doamu!!

Tadi...... buat pertama kalinya pergi blog Diarymissnick ni. Entah....... tetiba pulak hari ni terajin jeling kat kotak followers blog sendiri tu. Terus jer OKje klik random. Tetiba pulak tersuka dengan deko ringkas blog dan cerita entri dia. Cerita dia biasa biasa aje tapi tulah yang mak cakap tadi, satu perasaan yang hanya diri sendiri je yang tahu kenapa. Manusia kan tak sama, walau rambut sama hitam, ye dak!!!

Blog ni pun sama blog Tokey Rempeyek haha...... ceritanya selalu ringkas, cerita pasal dia suka Teh Tarik, cerita pasal Anak Hilang Buku, tapi pengisiannya ada, penuh makna. Tak caya cuba masuk tengok!

Blog ni pun mak suka jugak, blog Tokey Review, Diana Rashid haha....... jangan marah ye DR. Suka dengan entri dia yang macam rojak, pasal artis, pasal viral terkini. Namanya pun Tokey Reviewkan, haruslah ada produk review.  Tapi kalau tiba bab produk ni, mak baca sambil kejam mata ajelah haha.....

Blog ni pun mak suka, blog Our Simple Garden, dah lama OKje tak terjah blog dia dan dia pun sama, tak terjah balik blog mak, kira sama sama balas dendamlah ni haha....... Suka dengan gaya penulisan tentang anak anak, tentang kehidupan dia di bumi orang. Ringkas tapi best.... Baru sat ni skodeng, dia dah balik sini rupanya. OK, boleh jugak jengah dia lepas ni.....

Yang ni pun best jugak....... blog Mak Si Luth ( ohhhh.... takutnya ada orang perasan sekali lagi ni hihi... sebab anak dia pun nama Luth....). Gaya penulisan dia sangat bersahaja. Nampak ikhlas dan suci gitu. Mak Luth pun dah jarang datang sini. huhu..... tak pe, bizi kot sejak tukar kerja baru ni......

Blog Haslizalizz pun tak terkecuali, blog dia cantik dan entrinya pun kisah biasa biasa je, kisah anak anak dia. Blog ni pun nampaknya bersekutu dengan blog Mak Si Luth ni, lama jugak dia tak datang blog merapu mak, boikot mak ke apa ni weyh.........

Well....... dalam banyak banyak blog tu haruslah blog ni paling mantop di hati mak.........walaupun header hancuq berderai, isi hanyut ke laut...... tapi liplap liplap tau hati mak macam Kak Ramlah Ram kehkehkeh...



Kalau ikutkan, banyak lagi yang mak suka tapi tak tersebut. Tak dan weyh........ mak nak masak ni dah pukui 11! Kira tu sebahagian blog blog yang terpilih untuk hari nilah yek!

Esok mana tau blog tuan hamba pulak  .......


Thursday, 22 January 2015

Awak kat mana? Awak kat mana?

Salam Khamis sahabat alam maya mak semua......
Malam ni malam Jumaat, jangan lupa baca yaasin yer hihi.....

Senyum jilapah tau mak pepagi ni, bila baca komen Cikgu Etuza pasal entri semalam...... Sebelum tu, nak bagitahu OKje dah dapat hadiah cikgu tu ye....


















Mula mula OKje baca, OKje ingat Cikgu Etuza tanya pasal suami kat mana! Rupanya awak kat mana? Awak kat mana? Baru faham bila baca komen Jari Manis. Dan komen dari Geng Lipis pulak, macam biasalah..... suka sangat buat mak kembang macam belon tau!! Terasa macam mak nak lempang diri sendiri jer, kasi sedar.....haha.

Mak seram betul ni, takut Jiran sebelah mak kena sawan pulak bila baca komen diaorang ni! Jiran sebelah mak ni, kalau dah kena sawan, memang all out, fengsan tak sedar diri terus. Kang sapa nak usung dia masuk dalam rumah??? Fork lift tak de weyh..... kehkehkeh....

Oh tidakkkkkk!

Ok....ok...... serious sikit weyh......
Menjawab komen Jari Manis, sebenarnya kalau korang tengok realitinya mak Jilap tak delah awet mana pun, kira seiring dengan usialah kot. Adanya jeragat ni ha, kulit pun dah tak anjal lagi, kendur adalah hihi...... Itulah untungnya badan belon belon sikit tau! Betul ni....... tak caya, tanyalah pak Jilap. Kat gambar tu, adalah sikit fotogenik kot, tempek bedak sekati, pose muka mengiring sikit, bolehlah jual hihi ....... Kalau pose muka pandangan depan, out terus.....

Mak ni kan kawen sebaya, so sebenarnya risau jugak tau....... Maklumlah pompuan ni, semakin berumur, semakinlah nampak tuanya, lelaki pulak lain kekdahnya. Betul tak Cikgu Etuza ? Yelah kotnya korang tengok pak Jilap nampak lagi muda dari mak ke? Haih..... tak payahlah nak jaga hati mak sangat...... cakap ajelah weyh....

Udahlah....... mak nak sambung makan ubi rebus cicah sambal hijo, kepingin dah lama ni tau, semalam baru dapat! Tau ajelah nak cari ubi yang tak masuk angin bukannya senang kat sini!



Wednesday, 21 January 2015

Sawan Collage

Salam Rabu......

Hari ni malas nak cakap banyak sebab bakal dapat duit RM100 pukul 11 nanti! haha......
Weyh..... walau hanya RM100, besar tau nilainya bagi penganggur macam mak ni! Korang lainlah, orang kaya semuanya huhu.......Semalam lagi TLBD dah pesan, ibu datang pukul 11 tepat tau, jangan lambat! Nanti adik boleh balik cepat sikit. Lepas tu kita makan Subway nak bu? Ohhhhhh, ibu memang boleh sangat tu dik hihi......

Kalau duit tu ada lebih lagi, adik nak beli bla....bla.....bla..... Pergh!! mentang mentanglah duit bantuan untuk dia, gunakan sepenuhnya nampakkkk!!

Sekarang ni mak memang tengah sawan collage hokay! So, bawak bawaklah mengecam mak! Mak OK jer, haha.....


Biasalah....... benda benda gini, kalau bukan TLBD yang memandai mandai tolong installkan apps dia, sampai sudahlah mak tak tahu hihi....

Tuesday, 20 January 2015

2 Insan Bercinta

Salam Selasa.....

Yelah....yelah...... mak taulah mak hutang blogwalking dengan kamu, kamu, kamu dan kamu......
Relax ar weyh, takkan nak boikot mak kot? haha......

Tetiba pulak mak teringat zaman zaman baru nak ada anak dulu dulu. Jangan nak suruh mak buat ujian UPT sudah!!. Haih, sudah lama tutup kilang weyh.....

Ingat tak masa awal awal kawen dulu, mesti korang ada berbincang dengan your Cinta Hati, kalau ada anak nanti, nak berapa orang, lepas tu korang nak suruh anak panggil apa?
Tapi Si Cinta Hati kebiasannya mengikut aje kalau bab remeh ni ye dak? Jangan panggil 'Paknya' sudah! hihi....

Eleh, tak yah nak soroklah weyh, semua sama jer, kalau dah namanya '2 Insan bercinta'..... Tetiba nak menyanyi lagu Ella and The Boys pulak.... haha.... Mak peminat Ella hokay!

So tak terkecualilah mak Jilap, entah apa alasan agaknya nak si SA ( dah tentu dia sulungkan) panggil dengan panggilan 'Ibu dan Ayah'. Fefeeling macam mak sangat sangat keibuan gitu! Hoho.... Kononnya nak lari dari kebiasaan panggil 'Mak dan Abah'lah ......Nak suruh SA panggil Umi dan Abi lagilah macam tak kena haha..... Juzuk Amma pun mak tak hafal semua hihi...

Zaman tu ada jugak orang gelarkan 'Mama dan Papa', Mama dan Ayah' tapi masa tu, entahlah mak rasa geli geleman pulak, macam rasa tak sesuai dengan diri sendiri kalau panggil mama. Macam panggilan tu hanya sesuai untuk anak anak orang kaya gitu....

Tapi zaman dah berubahkan.....
La ni dah macam macam gelaran yang kita jumpa. Umi dan Walid, Umi dan Abi, Mama dan Papa. Tapi yang pasti mak tetap rasa, gelaran Mommy dan Daddy, dari dulu sampai sekarang memang sajak sangat untuk anak anak orang kaya haha..... Eh? Statement ni tak berkenaan kepada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia ye.... Jangan sawan perah santan pulak hihi....

Buat Cikgu Etuza....... OKje dah terima cenderahati dari cikgu semalam tengahari. Deep Cleansing Shampoo, Elysyle Tricho Care keluaran ELKEN Sdn Bhd. Ohhhh..... nampaknya hari harilah mak syampo rambut kalau cenggini hihi... Terima kasih banyak banyak cikgu!. Tak terbalas rasanya budi baik cikgu tu, semoga Allah kirimkan rezeki yang lebih kepada cikgu dan family ye.


Nampak..... tulis entri pun ambik masa 2 jam, sidai baju pun belum ni! Macamanalah mak nak blogwakling kalau cenggini punya lembab??? Huh....

Monday, 19 January 2015

Hujung minggu yang biasa biasa aje....

Salam Isnin ......

Weyh...... korang ni pun, kok ye pun percayakan mak, logiklah sikit weyh...., takkan mak makan Apam Bakar sampai 15 keping!!!!! Hihi...... Ingat mak ni bela hantu Raya ke hape haha.....

Hujung minggu mak biasa biasa aje...... Sabtu tu, pergi taklimat UPSR TLBD, lepas tu melawat PIL, lepas tu buat aktiviti biasa, mengukur jalan hihi.....

Dah katanya taklimat UPSRkan, memang macam macam pesananlah yang mak terima daripada Guru Besar. Yang sedihnya, tahun lepas cuma 3 orang je yang dapat 5A berbanding tahun sebelumnya iaitu 48 orang. Bukan kata cikgu cikgu yang mengajar je seram, mak pun seram weyh kalau cenggini punya rekod.......


Habis taklimat, ambik gambar dengan Cikgu Faezah buat kenang kenangan, cikgu Bahasa Inggeris Angry Bird dulu. Angry Bird cakap, cikgu ni mengajar best! Daripada dia zero sampai dia fahamlah katanya. Macam best jer pulak jadi cikgu, bila anak murid puji gitu yek! Menyesal pulak tak mintak jadi cikgu dulu dulu hihi.....Kebetulan, dia mengajar TLBD pulak tahun ni. Memang cantek sangatlah tu....... Bergenang air mata mak bila mak mintak tolong tengok tengokkan TLBD hari tu huuaaaaawawa.... 

Cikgu Aisy Nasiha, awak mesti cikgu yang disayangi anak anak muridkan !

Terima kasih cikgu kerana mengajar anak saya.....
Jasa cikgu hanya Allah saja yang dapat membalasnya 
Lepas mak Jilap puas kena sekolahkan dengan Guru Besar, mohlah kita balik...... Jangan lupa posing dulu bawah pokok tepi pagar sekolah kasi jiran menyampah hahaha........  Sure tambah menyampah bila baca caption kat gambo tu kannnnn kehkehkeh.....


Sebelum terlupa..... nak highlight sikit kat Ujie, OKje tak boleh terjah blog Ujie.....Gini jadinya. Korang tau tak kenapa ?    



Friday, 16 January 2015

Apam Bakar pengalas perut

Salam Jumaat......

Semalam perut mak tak berapa nak best, nak kata sakit, tak.......... tapi krukk....krukk..... bunyi dah macam orang kena ceri beri tu. Ya...... memang ala ala ceri beri tu, tapi taklah kerap membuangnya. Tuan Doktor dan Puan Doktor, agak agaknya kalau cenggini punya perut, ubat dia kena makan Caribbean Style Fish Fillet Resepi Rahsia ka???? haha......

Serious weyh, semalam memang mak tak de selera nak makan nasi hokay!!!! Tengok lauk air tangan sendiri pun rasa loya. Masak satu lauk je, udang goreng kunyit basah jer untuk budak budak ni. Sambal tumis semalam ada lagi so bolehlah untuk pedas pedas. Patutlah tak selera, kalau lauk kering kontang cenggitu.......  korang pun harus tak selera jugak yek hihi.......

Jarang sangat tau mak tak selera nak makan cenggini huhu...... Ginilah kalau nikmat makan Allah tarik sekejap ! Insaf.....

Bila perut tak selesa cenggini, teringin pulak nak makan benda yang kurang minyak, macam Apam Bakar. Jadilah untuk pengalas perut. Penangan tengok blog Cahaya Hidupkulah ni yang mengapam pagi pagi untuk sarapan anak anaknya. Tapi mak mengapam petang petang haha......

Ohhhhhh........ confirm confirmlah bakar pakai Pemanggang Ajaib Umialya. Itulah satu satunya pemanggang yang mak ada pun. Terharu sangat tau sebab ada insan kamil yang sangat pemurah macam Geng Lipis mak ni. Terima kasih geng!......

Apam Bakar

Apam Bakar
Habislah 5 keping mak ngap sambil membakar Apam tu. Lepas habis membakar, 5 keping lagi..... semuanya 15 keping mak ngap!  Maklumlah tak de selera......haha......

Nah....... ni gambar Apam Bakar  versi kipas pulak..... Pergh!! Jenuh tau mak menyusun bentuk kipas semata mata nak masuk blog buat tatapan korang..... hihi

Amaran!!!! Ini bukan hangus yer.......ini adalah trade mark mak!


Thursday, 15 January 2015

CAFE LAB, makcik bagi 4 bintang!

Salam Khamis yaaaa sahabat!!!

Cerita ni dah lama sebenarnya, masa SA cuti hari tu. Lama dah si Angry Bird teringin sangat nak pergi Cafe Lab ni. Pak Jilap gitulah, kalau anak teringin, dan rasa termampu nak tunaikan, seboleh mungkin dia akan sampaikan jugak hajat anak tu. Mak, ikut jer hihi....


















So lepas balik tengok PIL petang tu, terus dinner kat sini. Jenuh jugaklah mengembara menjelang senja tu. Dari Equine terus ke Shah Alam, I-City tu ha. Nasib sempat solat maghrib kat masjid baru area situ.

Dah namanya Cafe Labkan, air pun pakai bikarlah hihi.....

Menu si TLBD, Spaghetti Carbonara...... memang sedap weyh!
Air Passion Fruit tu pun superb!
Ohhhhh..... rupanya, Cafe Lab ni jual makanan ala ala Itali. Special of the day malam tu semuanya menu Spaghetti ko. Terus terbantut selera mak tau huhu..... Baru nak try Magnesium Bromida haha.....Harga dia pun boleh tahan jugak, sepinggan cecah belas ringgit jugaklah. Sekali lagi selera mak terbantut, walaupun bukan mak yang bayar haha...... Terasa nak makan kat restoren sebelah jer tau, sebab sebelah tu pun restoren jugak, masakan ala ala thai dengan western....

Spaghetti Bolognise pilihan anak bujang, Pak Jilap pilih Olio Aglio Spaghetti.....
Entah sedap ke tidak, tak tau sebab tak rasa.... nak rasa tak sampai hati, takut depa tak kenyang pulak hihi...
Kek, puff pun ada jugak, yelah ......dah namanya pun cafe yek....

Hambik....... air minum semua dalam bekas alatan lab! Yang dalam tutup merah tu air C12 H22 O11 ye....., jangan sangka CH3 COOH pulak, haha...... Mak baru tulis bahasa Kimia sikit korang dah menggagau! Tak rock arrr cenggini hehe.... Cikgu Sweetamieda, mai sini tolong explain kat depa ni!! Pergh! berlagak seyh ....


Decoration cafe dia memang cantik. Makcik bagi 4 bintang haha...... Persoalannya laku ke makcik punya bintang ni? Makanan lain tak tau nak komen, sebab tak rasa tapi Spaghetti Carbonara tu memang sedap beb, tetiba teringat jiran sebelah rumah mak tau!.....






Wednesday, 14 January 2015

Izinkan mak nak MEMBANGAU sekejap!

Salam Rabu .......

Macam biasalah awal awal buka sekolah ni, jammed tak hengat! Kalau ambik si TLBD balik sekolah lagilah, penuh kereta kat kawasan sekolah. Emak bapak menghantar anak Tahun 1 gamaknya! Tak pe...  mak kasi chance sampai habis minggu ni! hihi..... yang cakap ni gitu jugak dulu dulu, asal hari pertama sekolah mesti datang sekolah bayar yuran. Sekarang ni bagi duit kat anak ajelah.
  
Masa on the way balik rumah tadi, dengar motivator pagi tu cakap pasal pekataan 'membangau'. Jenuh fikir kenapa 'bangau' dijadikan perumpamaan untuk benda benda negatif pulak yek! Bangau rajin apa...... rajin tangkap ikan! haha......
bekamsteriljakarta
Jenuh fikir ni....... korang tau ke kenapa ???
Fikir punya fikir ......... mungkin sebab bangau ni suka duduk statik yek. Suka berhalusinasi kot......

Dah macam Onyeng dah. Onyeng pun sekarang suka berhalusinasi, makan tak mau, air liur meleleh, bila panggil pun tak mengeow, mak tiri nak bagi makan pil pun tak sampai hati, sebab perut dia kosong.

Moga Onyeng dapat bertahan yer...... huaaaa.... Mak sedih hokay, walaupun cuma anak tiri aje! Tulah pasal...... malas ar nak bela meow lagi lepas ni.

Adakah angkara pil kucing Onyeng jadi macam niI???? Oh tidakkkkkk..........
Untuk tatapan Zura, Lia Ummiirfan, Kakcik Nur, Eima dan Zarul Farhana, nah gambar Onyeng makan pil,  masa ni walaupun dia sakit, tapi dia masih sihat lagi......huhu.....

Cubit segenggam belakang leher, pegang kaki depan.


 Kalau tak mau nganga, cari orang ke dua tolong bukakkan mulut dia.....
  

Lepas tu, masukkan pil dalam mulut. Pastikan betul betul di bahagian dalam tekak. Tutupkan mulut kucing dan usap bahagian bawah leher. Settle!....

Mohon abaikan background, bakul baju yang tunggang terbalik tu haha....
Masalahnya...... si Onyeng ni tak macam kucing dalam YouTube ni, telan je bila tuan dia bagi ubat.


Okaylah izinkan mak nak membangau sekejap! hihi.......