Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, 28 August 2015

Belangkas, macam dappp jer

Salam Jumaat geng! Ada baik hari ini?.....

Lambat pulak mak masuk hari yek. Ada tanggungjawab sosial yang perlu mak selesaikan hihi..... Ni haaa...... jiran sederet mak ni kontraktor, dia buat kerja ubahsuai sebelah rumah mak ni ha. Ater...... dah bini kontraktor katanya, laki dia tak de, bini le wakil tengok tengokkan projek, tak gitu? Mak pun apa lagi, tumpang sebok ler sembang ngan dia..... Tu yang jadi lambat tu.

Hari ni bezday Ibu Mertua ku......
Macam tahun tahun sudah jugak, memang selalu telefon bagi ucapan pun. Ucapan ajelah, hadiah tak de hihi.....Ohhhh...... terasa sebak pulak mak pagi tadi. Sampai tak terucap huhu...... Nampak sangat banyak buat onar menantu dia ni yek haha.......

Ni ha....... ada geng WA hantar gambar Belangkas ni. Korang pernah makan?



Mak memanglah tak pernah makan. Tengok pun macam pertama kali je ni. Tapi nama 'Belangkas' tu memang sangat familiar.

Kan ada peribahasa 'Rapat macam Belangkas'

Kenapa dikaitkan rapat dengan Belangkas ni pun mak tak tau. Maklum le mak ni bukan pengkaji hidupan laut hihi.....

Rasanya Belangkas ni spesis ketam kot cuma dia berekor, Panjang pulak tu, ekor dia.  Seram mak.

Sedap ke weyh?
Rasa dia macamana?  Sapa yang dah rasa, meh ler kongsi rasa dia macamana?



Macam dapppp jer.....

Thursday, 27 August 2015

2 J ..... Jug dan Jiran

Salam Khamis korang......

Sejak menjak mak keluar dari pertapaan ni, terasa cepat betul jarum jam hala ke pukul 11 ...... rasanya baru je duduk kat depan lappy ni. Kalau tidak, maunya terasa lambat masa bergerak, siap kemas, siap jemur baju pun, baru pukul 9..... emmm..... nampak tak penangan berblog tu macamana!!!....

Dalam Entri Starter  hari tu, kan mak ada cakap yang mak dapat sesuatu daripada Geng Lipis mak nan sorang, blogger Umialya. So meh le mak nak tempek apa yang mak dapat hari tu......

Cantik tak? Cantik tak? Mak suka sangat hokey!!! Terima kasih Geng!


Seriously mak memang tengah berfikir fikir nak beli Jug untuk air panas sebenarnya. Kat rumah ni memang dah ada seketul, tapi yang itu kecik, tak besar macam ni. Kebetulan pulak time tu kan musim Raya. Faham cukuplah, kawasan taman kejiranan mak yang over sporting ni hihi...... Berebut rebut kami nak dapat pahala, mengeratkan silaturrahim katanya hihi.....Padahal nak ambik peluang bersembang, maklum ajelah nama jer setaman, tapi kalau jumpa pun mampu angkat tangan dan angkat kening jer !

Macam tahun tahun sudah jugak, kaum mommieslah yang jadi ketua susun jadual Marhaban Raya. Nama jer marhaban, tapi marhabannya tak de pun hihi..... Lebih kepada makan dan sembang hihi.....So memang cantik sangatlah Jug Thermos ni sampai tepat pada masanya!!!  Untuk pengetahuan korang, jug ni boleh memerangkap haba panas dengan lebih lama tau. Dah namanya pun Jug Thermos ek hihi.... So kalau dah penat sembang tu, tuang ayaq kopi, memang terasa panasnya lagi.

Adoiiiiiii!!!  Ni yang mak malas ni....... pantang mak kalau dah cakap pasal Marhaban Raya ni, tak de bukti bergambar ! Kehkehkeh....... Wajiblah tempek muka jiran jiran mak yang over sporting ni untuk pengesahan. Tak kiralah dah nak masuk bulan Zulhijjah pun.....

 


Last but not least haruslah kena tempek muka tuan blog ekekeke.....


Ba bye.....



Wednesday, 26 August 2015

Apa kes ni?

Salam Rabu.....

Ni yang mak malas ni.... bila mak dah naik seh blogwalking, susah nak berhenti weyh, kang ada pulak baju kering dalam bakul ni hihi....

Syok wooo baca cerita korang .......

Mai nak cerita, kisah hari minggu hari tu, masa pergi Tesco. Biasalah hujung minggu, pergi Tesco surelah beli barangkan. Bila barang dah separuh troli ( mak okje, kalau penuh troli, takut Pak Jilap jer yang seram hihi....  ) haruslah bayar ye dak! So, mak ngan Angry Bird pun queue le kat satu kaunter tu. Depan mak tu ada sorang Auntie tengah bayar, memang penuh satu troli le barang dia. Pak Jilap pulak queue kat kaunter sebelah sambil tolak troli. Tamak haloba katanya sampai berebut 2 kaunter hihi.....

Bila tengok mak dah dekat dengan kaunter, Pak Jilap pun pas ler troli tu kat mak. Tetiba ada satu tangan sentuh bahu mak. Perempuan lebih kurang umur 30 an....

Eh? Apa kes ni! Dalam hatilah hihi....

Dia cakap..... saya belakang Auntie tu tadi.
Eh apa pulak, saya memang dari tadi queue belakang Auntie tu. Tapi tak perlah kalau awak nak bayar dulu, pergilah...... ( macam tak ikhlas jer bunyinya hihi....)

Entah macamanalah muka mak waktu tu, tak taulah.... sure kerek agaknya hoho.....
Menggigil jugaklah suara hakak masa tu, maklumlah dalam situasi tegang cenggitu kan....

Dia tak cakap banyak, terus beralih ke kaunter sebelah. Muka macam tak puas hati jugaklah kot.

Yang nak cakapnya memang pun mak kat lane tu sebelum dia datang, mungkin dia tak perasan sebab mula mula tu memang tak de troli pun.

Tulah tu......bila fikir balik terasa teruknya mak ni, Benda kecik macam tu pun tak mau mengalah.
Tingginya ego dalam diri. Kadang kadang bila kita nasihatkan orang, memang senang tapi bila dah berlaku dengan diri sendiri, itulah yang berlaku.... Harap harap orang tu bukanlah korang yer hihi....Kalau korang sure mak kena chop kekwat seumur hidup hihi....

Kalau korang, macamana ek agaknya..... 

Tuesday, 25 August 2015

Fefeeling Ustazah

Salam Selasa .......

Inilah yang mak malas ni..... bila jer feel nak menulis entri tu sampai, tetiba pulak idea tak mai....
Tup tup dah dekat pukul 11. Membazir masa sungguhlah .....
Guano ning weyh????

Semalam pun sama, entri setakat 'Salam Isnin', lepas tu udah tak de idea hihi.....Susah susah sangat kang mak letak gambar mak tengah selfie melfie dengan Pak Jilap kang, ha baru tau korang!! Muntah tak cukup tempat hihi.....

Ater.......mehlah kita sama sama renungkan kata kata hikmah Ibnu Mussal ni.......
 

Tapi dah namanya pun manusia, ada kalanya kita tersasar dari landasan yang 'baik baik' tu. Moga kita sentiasa diberi peluang untuk memperbaiki diri. Insyaallah ...... 

Nape lak muka konfius tu weyh??????  
Betullah...... ni blog mak ......... Tak caya? Nah bukti........ gambo pasport mak! Tak nampak tu muka mak serious......


Image result for zirafah senyum
Cisdel
 Elehhhh korang ni........sesekali mak nak fefeeling Ustazah pun tak boleh...hikhikhik.... 




Friday, 21 August 2015

Entri Starter....

Salam Jumaat geng......

Rasa kekok pulak bila lama tak menulis ni. Last entri mak rasanya Syawal ke 7 hari tu. Sekarang ni udah masuk bulan  Zulhijjah gamaknya....
Kalau pergi Haji mau dah on the way balik Malaysia mak ni hihi....

Mak tak ke mana pun selama menghilang, ada jer kat rumah. Lipat baju, basuh baju, gosok baju, masak, itu jerlah kerjanya, kalau dah nama Penganggur Terhormat. Tak denya pergi Umrah ke hape, berjalan ke Paris jauh sekalilah kan hihi....

Kalau ikutkan, banyak kisah pertapaan yang boleh diblogkan sebenarnya, tapi dah katanya mood mak ke lautan Hindi, faham sendiri cukuplah hihi.......Terima kasih kepada blogger Yana Yani dan Vee Sandi yang sudi mengirimkan Kad Raya. Blogger Umialya geng Lipis yang sudi bagi hadiah sempena menjadi Pengomen Ngetop dalam blognya. La ni dah corot kot haha..... Hadiah apa yang mak dapat, nantilah mak cerita ek.

Terima kasih jugak kepada blogger Mummydearie lah sangat merangkap jiran sebelah aka geng tarik rambut dan gusti lengan mak, kikiki......( Eleh..... rindulah tu! ), blogger Adey Manis yang sudi bertanya khabar melalui Whatapps. Tak lupa juga geng Whatapps Saing Ambe, Izan Mama Mia, Herba Tihara, Eita dan Laila.

Eh??? Konfius sekejap.....Mak ni menang Anugerah Blogger ke hape ???? Hahaha......

Udah.... meh nak tempek gambar mak dan jiran jiran mak yang sporting dengan tema Mata Lalat masa Marhaban Raya Taman. Gambar wajiblah dicrop bahagian leher ke atas sahaja memandangkan bahagian leher ke bawah udah tembun weyh.... sejak lepas raya ni hihi....

Sehingga ketemu lagi yek korang......