Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, 30 September 2015

Jangan lupa bersyukur, nak.....

Salam Rabu.....

Untung budak budak sekarang kan korang!! Jauh beza dengan zaman kita, ( maklahhhh.....) korang lainnnn.....

Jangan lupa bersyukur, nak.........
Masih ramai lagi kawan kawan abang yang terpaksa bersusah payah naik bas turun bas, tarik hangkut beg demi tuntutan ilmu. Awak? Celik celik mata, dah sampai depan hostel. 

Zaman mak dulu, celik celik mata je ( maklum le tidur dalam bas hihi....), turun bas, hangkut beg, naik bas balik baru sampai hostel huhu......




Udah...... mereka dah panggil mak mintak tolong padam api tu.......


Moh lah kita...... ekekeke.....


Tuesday, 29 September 2015

Duta DBKL?

Salam Selasa.....

Semalam mak buat projek membongkar harta karun bilik bawah. Sakit mata tengoknya. Barang bawah katil pun udah mak tarik keluar. Sebenarnya tak suka ada barang bawah katil. Tapi apakan daya, rumah tak de stor. So, bawah katillah port paling 'baek'.

Banyaknya baju lelama yang dah jarang pakai. Bila nak bagi orang je, tetiba pulang sawan kedekut datang haha......  dan dan tu jugak nak pakai baju lama.....

Korang pernah dapat surat saman tak?
Tulah tu.....sejak akhir akhir ni, mak banyak betul dapat surat saman DBKLlah. Yang geramnya kesalahan kesalahan ni berlaku pada tahun 2010 pulak tu. Geram ke tak geram tu? Dah 5 tahun, baru depa nak hantar surat. Sakit hati mak tau!!! Hantarlah surat 5 tahun lepas!!! Ni mak dah jadi penganggur baru nak mintak duit! Tak suka tauuuuu..... susahkan laki ai cenggini!

Seingat mak tahun 2010, memang DBKL baru mula pacakkan meter parking kat kawasan tempat kerja mak tu. Memang ramailah yang kantoi.    

Semalam dapat lagi dua saman. Cepat cepat mak sorokkan ko. Sebab surat saman tu atas nama Pak Jilap hoho...... Hari tu, dahlah baru bayar 2 saman. Ni datang pulak dua saman! Esok lusa lagi...... Ohhh....... seram mak kalau cenggini!

DBKL ni tak boleh ke sekalikan saman dalam satu surat???

Lecehlah duk ulang alik kaunter je. Ingat mak ni duta DBKL ke hape? 

Monday, 28 September 2015

Handbag hampir sepikul

Salam Isnin......

Selamat menyambung cuti kepada kengkawan mak yang jadi cikgu tu yer. Udah..... pi tarik balik selimut tu.....sambung mimpi!

Tersenyum mak tau, bila orang post gambar bawah ni. Macam terkena batang hidung sendiri pulak.......


Yelah...  memang pun bukan 100% barang yang ditulis dalam gambar tu ada dalam handbag mak ni.

Terutamanya tang tampon tu!  Memang tak pernah pakai pun haih!!!..... Ingatnya ahli sukan ke hape? Takat gusti lengan tu, takkan nak pakai tampon kot haha...... 

Dah namanya pun pompuan kan, memang memacamlah nak disumbat dalam handbag. Harus hampir sepikul beratnya. Hihi..... Bahu sasa mak pun boleh rebeh kalau cenggini punya gaya weyh. Nasiblah tak de anak kecik, kalau tak, mau diapers, botol susu pun ada dalam handbag.

Paling sadis kalau nak membayar, 5 kali seluk baru jumpa purse hihi..... 

Friday, 25 September 2015

Baldu Merah di Raya Haji

Salam Jumaat yang barokah buat sahabat sahabat jannah mak....
Mak bersiaran diperkarangan masjid Bidor ni weyh.... Tengah dengar khutbah. Si SA dah nak start semester 2. Sepatutnya naik Isnin hari tu, tapi tetiba Pak Jilap jadi Dekan Fakulti hihi......kasi sambung cuti sampai lepas Raya.

So macamana Raya korang semalam? Kenyang ke tidak makan daging lembu? Daddy Ziyyad dah selamat sebatang gear box buat sup. Hihi..... 

Macam yang mak cakap, mak kan beraya kat rumah mil. Sebelum pukul 8 mak dah sampai rumah Mami tau. Bawak sekali lauk pauk Raya katanya. Separuh masak malam, separuh lagi sambung masak pukul 4 pagi. Tak caya rasanya mak boleh bangun sepagi tu hihi......

Tulah....tak sabar nak bagitahu kat korang ni, mak bawak Baldu Merah ke rumah Mami di pagi Raya hokey!! Jenuh ngacau cream cheese pepagi buta haha.....

 Tolong salahkan  Malinda! Ni semua dia punya pasallah ni. Dia duk tayang kek bezday Izara tu buat hape? Kan mak dah teringin....kan mak dah buat..... huhu....

Jangan buat buat lupa pulak Mak Jilap oiiii...ucap Terima Kasih kepada Tokey resepi Puan Azlita Masam Manis di atas resepinya. Balik rumah nanti baru boleh link kan address blog ek. Weyh.... bukan mak tak mau cuba resepi awak ye Mel, tapi tak cukup dapur nak kukus malam raya weyh!

Udah.....Pak Jilap dah habis solat, kang dia bising kalau mak asyik tengok gadget je....

Wednesday, 23 September 2015

Popcorns

Salam Rabu.....

Esok nak masak apa weyh? Untuk pengetahuan korang, mak akan beraya bersama Mami dan Dada di KL. hihi.....Mak belum beli barang barang mentah pun ni tau. Ingat nak masak spaghetti jer, tapi anak anak cakap macam tak Raya jer.....huhu.....

Semalam buat projek 'Popcorns'. Lama dah teringin nak try buat sendiri sejak tengok dalam blog Ammiza. jenuh mencari link awak tapi tak berjumpa Ammiza

Senang jer rupa buatnya........ 
Weyh ni bukan popcorn mak beli siap ha...., pas tu mak tempek kat sini.......Tolonggggg hokey!!! hehe....

Korang cuma perlu jagung keras dengan butter atau pun minyak. BUKAN jagung frozen tu tau dan BUKAN jugak jagung fresh tu. Panaskan minyak/butter pas tu masukkan jagung dalam periuk yang bertutup. Tunggu dia meletop letop sambil goyang goyangkan periuk, Siap!!! Senang bangetkan! Tu yang mak nak buat sangat tu hihi..... kalau susah kekdah pembuatannya, memang tidaklah mak weyh!

Pas tu buat jerlah sos karemel dia. Google jerlah weyh senang!  


Tapi semalam, masa makan popcorn, karemel dia tu melekat kat gigilah. Jenuh mengungkis! hihi.....

See.......see.... hebat tak hebat mak punya popcorn......sampai melekat lekat, satu bekas sekali boleh angkat haha.....
  
Well...... my trade mark!!! Rentung dengan Mak Jilap mana boleh larikan hehehe...........


Selamat Hari Raya Aidil Adha korang!!! 

Tuesday, 22 September 2015

Untuk Syurganya....

Salam Selasa......
Esok 9 Zulhijjah yer korang. Sunat berpuasa katanya.

Sejak Mami jatuh sampai lari tulang bahu beberapa minggu sudah, Pak Jilap bercita cita nak belikan mak dia Wheel Chair yang boleh baring sekali.Yang sedia ada, yang biasa biasa jer tu. Sebenarnya dah beberapa kali jugaklah Mami jatuh. Yang jadi jatuhnya tu bila kekadang langkahannya tu tetiba macam melekat, tu yang buat Mami tersungkur tu. Dan banyak kali jugak dah kitaorang cakap, suruh Mami duduk kat Wheel Chair jer, kurang sikit geraknya. Tapi biasalah, orang tua kan..... Terasa diri tu sakit nar kot kalau duduk atas Wheel Chair tu. 

Eh ....lupa lak nak bagi tahu korang..... Mami disini adalah merujuk ibu mertua mak yer korang. Tetiba pulak jadi gedik nak tukar panggilan hihi.... Ingat Jiran Sebelah jer boleh panggil mil dengan panggilan Mami? Mak pun nak jugak hokay!! Ekekeke....

Macam OKje pernah cakap sebelum ni, Mami ni adalah pengidap Parkinson. Rasanya dah hampir 20 tahun jugaklah. Yelah....sejak OKje kawen dengan Pak Jilap. Tapi masa tu, Mami taklah teruk sangat. Masa tu cuma tak boleh menulis dengan betul je. Yelah, masa tu Mami masih boleh mengajar lagi. Biasalah.....namanya pun penyakitkan....... 

Tulah.....kebetulan masa Pak Jilap berkursus Green Card kat Bangi, boleh pulak bawah pejabat tu ada jual benda benda cenggini. Tongkat dengan tempat duduk, katil hospital pun ada weyh. Bagai pucuk dicita ulam mendatanglah. Ada pulak Wheel Chair yang dicari cari. Ni dah bukan boleh bersandar lagi dah ni, baring pun boleh yer..... 


Tulah kan....... dah katanya ada niat baik untuk Syurganya, agaknya Allah mudahkan jalan dia kot....


Bagi OKje, dah perfect sangatlah Wheel Chair ni..... boleh tampung betis sekali. 
Rupanya ada orang teringin nak jadi doktor, check jantung sendiri hihihi....... Salah tempatlah bang oiii. Tu nak check jantung ke paru paru tu weyh?


Sampai sampai rumah Mami, terus kasi try Mami duduk atas wheel chair baru. Dan dan tu jugaklah Mami nak potong kuku weyh!!.... Kasi chance anak jantan yang potong kuku mak dia...... 

Menantu? Huh....harap jadi mamarazzi jerlah hihi....

Monday, 21 September 2015

Sawan Lipstik

Salam Isnin.....

Semalam mengukur jalan ke Alamanda, Pak Jilap nak pergi Celcom dengan Digi. Yang pasti bukan nak beli handphone. Adalah halnya tu. Mak malas nak ambik tau. Baik mak masuk Guardian, ada gak faedahnya.

Tempat yang dituju haruslah tempat mekap. Tengok lipstik, tengok bedak compact, tengok foundation. Tetiba terembat pulak lipstik Maybeline! Rm18.90. Tu yang mak malas tu, dalam pada tak mo, tak mo beli tu.....udah terbeli jugak. Udah namanya pompuan bersawan, nak buat macamana kannnn! 

Padahal dalam handbag tu dah berbatang batang lipstik kekdahnya. Sebut je warna apa nak? Hihi..... Nampak sangat propa! Entah warna apa lagi yang nak dicarinya, mak sendiri pun tak tau! Korang macam tu tak? Korang tak cenggitu ek! Ohhh kira mak soranglah ni yang suka membazir ni eh huhu...... Sedih, tak de kawan!

Tak denya..... sebenarnya susah weyh nak dapat warna yang betul betul kena dengan kulit bibir mak yang agak birat ni. Mak rasa kebiratan bibir mak ni akibat salah guna petua zaman remaja dulu dulu kot. Nak bibir merah bak delima, oleslah dengan colgate katanya. So apa lagi, sebelum nak tidur buh colgate banyak banyak, tak sabar nak bangun pagi esoknya. Sudahnya, pergh!!! Tebal weyh bibir hihi..... 

Zaman tu nak jumpa lipstik punyalah susah. Kalau ada pun, lipstik Mekah. Ingat lagi warna dia, luar dalam warna hijau, warna ikut darah kita katanya hihi......... 5 batu dah nampak merah.....

Tulah tu.....kekadang bila duk pilih lipstik , warna dia macam cantik, tapi bila buh kat bibir, jadi lain.... Tu yang jadi banyak lipstik tu. Memanjang warna tak kena!


Selalunya kalau warna berkenan, harga pulak tak berkenan. Tak kuasa hokay nak beli lipstik mahal mahal ni. Huh.....

Ececeh....macam nak tunjuk purse pemberian Jiran Bersawan jer. Hihi..... memang sengaja nak tunjuk punnnnn......Nak bagi tahu mak masih pakai lagi purse tu hokay!!!! Beg mekap Adey Manis pun masih ada lagi tau, beg tu mak buh dalam kereta. Kalaulah pemanggang ajaib Umialya, Jug Umialya, botol losyen Potamayoshawl Cik Norsyampu Cikgu Etuza pun boleh sumbat dalam handbag mak ni, mau jer mak sumbat tau!  Yelah .....nak menghargai pemberian kengkawan katanya....  ekekeke...

Friday, 18 September 2015

Bila sawan selpie udah mai....

Salam Jumaat yang penuh barokah.......
Bila sawan selpie udah mai, atas jambatan pun jadik ekekekeke.......
Selamat berhujung minggu korang!!

Thursday, 17 September 2015

Otai mak punya Reunion

Salam Khamis .....

Jangan ada pulak yang kata hari ni hari Isnin ek..... Kang ada pulak yang meraung kang sebab lambat lagi nak weekend, tak sabo nak mengukur jalan ler tuuu.....

Semalam ikut Pak Jilap pergi reunion. Dah katanya anak bini boleh ikut kan..... Apa lagi!! Ikut ar.......hihi....... Tak kiralah buat kat mana.....kat warung ke, kat kedai mamak ker...... Mak ok jer....janji dapat ikut.....

Pak Jilap semalam juga dah Whatsappkan gambar gambar reunion dia ngan kengkawan. Eleh.....sajalah tu .....nak suruh orang masuk dalam blog orangkan sebenarnya......

Sebenarnya company ni adalah company kedua tempat Pak Jilap cari makan selepas Matsushita. Kebetulan pulak, kilang ni letaknya depan rumah flat kitaorang kat Kuchai Lama masa zaman menyewa dulu. Kalau korang duduk Kuchai Lama memang cam sangatlah tempat ni.

Zaman mak anak dua weyh....baru nak belajo hidup katanya. 10 minit lagi nak masuk kerja, baru le Pak Jilap melompat dari katil hihi...... gitulah perumpamaannya betapa dekatnya tempat kerja Pak Jilap dengan rumah.

Masa tu mak kerja kat Taman Desa bawak kerete LE Toyota manual. Pergh.... time balik kerja mesti seram sebab nak kena lalu bukit time jem, takut ngundur jer. Ke Kuchai lama tu kan ada bukit. Dulu highway manalah ada macam sekarang ni. Nak beli kereta Nasional pun tak mampu tau masa tu.... huhu..... Sadis sungguh! Itulah pengalaman namanya kan. Tulah..... muda muda dah nak kawen....

OK berbalik pada cerita reunion ni. Lepas tu Pak Jilap bertukar pulak kerja kat satu company ni iaitu company pak Jilap sekarang. So company Pak Jilap sekarang nilah yang membeli kilang ni. Dah namanya pun kena belikan, kenalah ikut mana tokey pergi Tu yang jadinya ke Rawang tu. Gitulah lebih kurang ceritanya.

Kek khas untuk mereka yang pernah, telah dan sedang bekerja di bawah bumbung  CIM
  
Apa lagikan tujuan reunion ni kalau bukan bertemu dan bersembang setelah sekian lama tak berjumpakan.....


Otai otai yang masih berbisa katanya hihi..... Ada diantara otai otai tu dah pencen dan bertukar tempat kerja pun.


Ececeh.....Otai mak yang tak berbisa sangat tengah buat ucapan wakil kepada pekerja yang masih bekerja di company tu.

Ohhhh .....dah kalau gambo Otainya ada, haruslah ada gambo bini Otai ye dakkkk !!! kehkehkeh....

Tidoq ke mak oiiii
Hidangan yang simple tapi sedap kat tekak mak sebab dah lapo banget...... Kerang banyak weyh!!!


Lepas makan, mak anak beranak terus cabut duduk dalam kereta, kasi chance Pak Jilap sembang sembang melepas rindu. Mak nak sembang dengan siapa, satu manusia pun mak tak berapa nak kenal. Biasalah company Pak Jilap company kecik je, mana ler ada buat gather gather family pun...... Tu yang tak berapa nak kenal tu.

Sebelum balik haruslah ambik gambar semua sebagai kenangankan.... 

Dah bang....jom kita balik  .....

Tuesday, 15 September 2015

Kalaulah mak yang pergi...

Salam Selasa .....

Mesti jalan lengang hari ni kan..... maklum le cuti sekolah katanya. Tak taulah pulak mak, kalau ada yang masih hantar anak sekolah hari ni hihi....

Kalau yang dah terhantar tu......anggapkan ajelah bersiar siar di Subuh hari....kehkehkeh.....
Dah.....dah....... nak menyakat tak boleh banyak banyak kang ada pulak orang yang perasan.

Sat lagi nak gi tengok Pak Sedara Pak Jilap nak berangkat ke Mekah. Nama aje mak sedara, tapi bini dia umur lebih muda dari mak huhu..... Pak Sedara ni pergi ikut pakej, bawah kuota apa tah. Bayar ajelah lebih kot. So tak yah le tunggu giliran Tabung Haji macam mak ni. Entah bila nak perginya tah.

Rumah dia dekat jer, tu yang boleh nak jengah sekejap tu. Pak Jilap kerja. Mak babai kat rumah mereka, udah lew, tak delah hantar sampai KLIA pun. Kang ada pulak yang sesat kang, yang dihantar dah sampai Mekah,  mak tak sampai sampai rumah haha.....   

Mak nak bawak tisu hokey!.....
Kang kalau hujan lebat tetiba kang macamana?

Tak dapat nak bayangkan kalaulah mak yang pergi. Mesti sayu bila dengar adik beradik tolong Azan sebelum nak meninggalkan rumah tu. Mau meraung sedas dualah haha....
Tapi kata orang, kalau dah sampai sana tak ingat dah orang yang ditinggalkan Betul ke?

Yelah....suka tu sukalah kot sebab jadi Tetamu Allah, tapi sedih pun sedih jugak mengenangkan anak anak yang ditinggalkan. Lama tu huhu......Kalau ada umur dapatlah berjumpa lagi, kalau sebaliknya, tinggallah semua huhu... Sedihnya..... 

Itulahkan..... dah sampai Mekah pun belum tentu kita sempat buat Haji.
Macam kejadian baru baru ni, siapalah sangka. Sedih sangat tengok gambar dalam WA sorang jemaah pompuan yang terkorban. Gambar tu sebelum bertolak ke Mekah. Masa tu dia bersalaman dengan sorang budak lelaki, mungkin anak dia kot. Sapalah sangka itu adalah salaman terakhir. Uwaaaaaa.....

Tawakkal ajelah.....
    
Mak doakan moga kalian mendapat haji yang mabrur dan selamat pergi dan balik.... Insyaallah.....

Monday, 14 September 2015

Bonda

Salam Isnin ......

Selamat bertemu kembali korang..... Hari ni tak dapat nak sediakan bekal Pak Jilap macam selalu. ececeh.....Bunyi macam rajin jer bini dia ekkkk. Hihi....padahal mak bekalkan roti bako jer selalunya ekekekek......

Boleh pulak mak tertidur lepas solat Subuh pagi ni. Sedar sedar balik dah 6.45, Pak Jilap dah siap turun bawah pun. Melompat mak!! Ngantuk tak hengat..... Padahal sepanjang jalan balik KL malam tadi, mak tidur hoho....Tau tau dah depan rumah.

Mak balik kampung minggu ni. Kebetulan pulak my bonda masuk hospital sebab turun darah banyak daripada biasa. Mak OKje memang ada buasir pun. Yang taunya tu, sebab pernah buat endoskopy 5 tahun lepas. Sejak tu, boleh kata selalu jugaklah mak turun darah. Doktor kata as long as mak tak pening dan tak pucat tak payah risau sangat. Boleh ambik ubat jer.

Tangan inilah yang selalu meyuap dan membelai ku tanpa syarat huhu.....
Oleh kerana anak bongsu sedar diri tak dapat selalu ambik giliran meneman emak macam adik beradik lain, dah katanya balik kampung pun sebulan sekali kannnn, so rela hati memaltykan diri jaga emak malam tu. Walaweh lazatnya.....

Kita selpie dululah yek mak sebelum gi endoscope.... hihi

Adik beradik semua cakap mak tambah tembun balik kali ni huhu.....Yelah yelah...... muka mak pun dah penuh satu gambo tu ha.... Mak ni kannnn asal ambik gambo jer suka pejam mata tau!
Sama jer kot procedure endoscope yang lain, my mak kena habiskan 2 liter air bercampur ubat sepanjang malam tu untuk bersihkan usus. 


Tau ajelah kalau dah minum air sampai 2 kali jug tu, memang ke bilik air sajalah jawabnya. Memanglah kan, selagi kita ni masih kuat untuk bangun, rasanya tak terbuang kita dalam diapers tu. Samalah dengan emak OKje ni, nak jugak dia ke bilik air tau...... Pergh !! Memang tak tidurlah mak satu malam tu weyh. Tu yang jadi mengantuk pagi tadi ni tu..... ekekeke.....logik tak agaknya alasan mak ni? 

Tapi nasiblah OKje berdua dengan kakak menjaga emak, kalau sorang, harus kelam kabut jugaklah. Dengan nak menolak wheelchairnya, dengan nak bawak dripnya lagi. 

Sebetulnya mak okje ni masih boleh uruskan diri dia sendiri walaupun bertongkat empat. Tapi memandangkan dia dipuasakan sepanjang kat hospital, tu yang buat badan dia tak larat tu.

Alhamdulillah..... mak dah boleh balik rumah pun semalam. Pass baton kat Kak Long pulak hihi....
Untung tau Kanda kalau ada anak pompuan ramai ni.

Tidur sambil selpie.....ekekeke....

Friday, 11 September 2015

Udah Legaaaa......

Salam Jumaat korang......

Hari ni mak dah tak seram langsung hokay!!! Udah Legaaaaa. Setakat nilah.....sok bulan 10 sambung seram balik !Macam dah terlepas segala bebanan atas kepala ni ha. Rasa ringan sangat sangat.....

Tau ajelah nak memantau budak 12 tahun yang ambik pekse. Anak bongsu pulak tu. Matangnya lambat. Tengok ajelah maknya, umur dah kilauan pun tak matang matang ekekekeke......Budaknya pulak jenis 'ulat bukulah sangat'. Mak nak kena jadi hammer 24 jam. So bila dah habis pekse cenggini, barulah mak rasa lapang sangat weyh!!

Gitulah anak anak namanya, duduk dalam perut yang sama tapi ragamnya lain lain. Cukup menguji Minda. macam main Chess !

Nasib cuma ada tiga anak jer....... kalau tujuh? Mau seram terhempap mak.......

Bersyukurlah dengan setiap inci yang ada depan mata kita ini katanya.
Terimalah mereka seadanya, kerana anak anak adalah anugerah yang terindah. Kita tak tahu disebalik kekurangan mereka, ada banyak kelebihan hebat yang Allah masih rahsiakan......

Positip tak mak? Positip tak? Positip kann......

Moga berkat Hari Jumaat yang barakah ini Allah memberi rezeki anak buat sahabat sahabat alamaya mak yang masih menanti zuriat sehingga kini. Mungkin boleh tanya pengalaman Cik Sue Qasehnya Rania yang pernah lama juga menanti zuriat tu. Tapi akhirnya Allah makbulkan doanya.....

Beruntunglah mak pak yang ada anak anak yang dah sedia brilliant otak depa,  tak payah bersusah nak pantau beriya, study sikit, dah straight A resultnya. Kagum sangat dengan mommies solehah lagi anggun yang anak anaknya maintain cemerlang macam Kakak Saniah Ibrahim, Knor Tokey Rempeyek, Kanda Zakie Purvit dan mungkin ramai lagi yang mak tak tau. Amalan apalah agaknya yang korang amalkan ek.....

Ohhhhh jangan di tanya Egg Cheese Muffin yang mak kata nak buat pagi ni tu ye......... memang lum buat pun!

Hari ni mak nak celebrate kemerdekaan mak dengan makan Tosey Garing mamak bikin punya.... Lama dah mengidam weyh!


Tosey
Kuah kasi lebih macha!!!




Thursday, 10 September 2015

Kisahnya......

Salam Khamis you .....

Tak sempat buat entri malam tadi..... so pagi ni kena buat entri sesimple mungkin. Nak kejar masa katanya..... Anakku sedang berjuang disana....

Nak tunjuk benda ni kat korang..... memang niat nak menunjuk punnnnn hihi.....Yelah ...... dah tempek gambo kat sini, memanglah menunjuk pun namanya. Tak gitu?..... Betul tak Makchik? Hihi.... Alahhhhh......niat nak jadi modal sembang sembang kat sini jer pun....

Semalam, tetiba pulak tekak mak ni nak makan benda manis manis dalam bekas kecik kecik gitu.... Ngengada sungguh tekak kilauan ni kan.... Kalau dah katanya benda manis dalam bekas kecik kecik, tak ke muffin atau cup cake namanya. Ceh! Jenuh le menggoggle resepi katanya.... Yang pasti nak cari resepi yang senang buat dan cepat!

Lupa pulak nak goggle kat blog Kak Noor, tak pun blog Knor Cinnamon. Tetiba boleh lupa pulak mak kat Sue Bee. Depa depa tu semuanya Tokey Dapur...... Asal masuk dapur jer, menjadi, mak pun menjadi jugak...... menjadi rentung kihkihkih....... Amboi Jiran Sebelah..... ketawakan mak sampai tertonggeng tonggeng bawah meja nampaknya!

Sebenarnya kan....... sebenarnya kan..... mak bukan nak tunjuk sangat muffin yang tak berapa nak gebus mak tu pun.....sebenarnya nak tunjuk tray yang mak baru beli tu hikhikhik...... Tu yang tetiba tekak teringin benda manis manis dalam bekas kecik tu..... Tak sabar nak rasmi bekas baru ghupernya..... ekekeke.....

Tak....tak..... yang sebenarnya tujuan utama mak beli tray tu sebab teringin nak buat ni benda ni, apa ke namanya, Egg Cheese Muffin hasil air tangan Yan Ty. Lama dah teringin sebenarnya, tapi tak de tray kannnn !!! Esok pagi mak nak cuba buat!



Wednesday, 9 September 2015

Alang alang makan luar...

Salam Rabu korang.....

Ya betul......mak memang masih seram lagi hari ni. Entri ni buat malam tadi, sambil meneman si Tahi Lalat bawah Dagu beradu, tu yang cepat je publish tu.....

Kita sambung cite makan makan bezday hari tulah ek.....
Lepas makan Resepi Rahsia tengahari tu, petang tu mak pekena dip n dip pulak. Inilah yang dikatakan alang alang makan luar, biar sampai kenyang ke alang alang Pak Jilap nak belanja biar ketuk sampai puas ekekeke.......

Mak dah pernah makan kat dip n dip sini sekali dulu. Dak TLBD duk mengidam sangat. Masa tu si SA tak de. So kononnya sementara si SA ada ni, Pak Jilap nak bagi adil saksama le. Biar semua anak dia rasa. Mak OK jerrr hihi....

Kali ni cuba pulak Chocolate Waffle dengan apa ke nama tah....Triple Chocolate Crepe kot. Masa datang dulu menjeling jer tengok ramai orang order benda ni. Kali ni kita kasi try.

Rupanya, benda ni bawah dia lempeng, atas dia curah dengan coklat. Pas tu buat ler deko deko sikit corak daun. Dah........jual Rm 18 henggit. Emmm....

Triple Chocolate Crepe

Tekak mak lebih suka yg bawah ni...... Chocolate Waffle. Harga sama.

Chocolate Waffle
Itu jer yang mak order, air, tak payah!!! Kita cari kat luar restoren yek, murah sikit hihi.....Tetiba pulak sawan bakhil sampai weyh....

Masa mula mula duduk, Pak Jilap nampak ada beg plastik kat tepi dinding tu. Tengok dalam tu minyak wangi brand Boss rasanya. Harga dalam Rm 100 henggit lebih jugaklah.

Mungkinkah ini rezeki yang tidak disangka sangka dari Tuhan? Jangan buat pasal!!! hihi..... 

Kalau rasa rasa nak melayang harta benda 2 kali ganda daripada harga minyak wangi tu silalah cuba bawak balik plastik tu ye.... 

Sudahnya bagi kat manager dia, terpulanglah pada dia nak buat apa.

Sapalah yang tertinggal agaknya....... melepas le nak pakai minyak wang baru pagi Isnin.....



Monday, 7 September 2015

Hari Seram

Salam Selasa korang!
Hari ini, esok dan lusa adalah Hari Seram mak hokey!!!  Noktah!....


Ahad hari tu makan makan sempena bezday SA.  
Makan kat Resepi Rahsia jer.......
Tetiba pulak teringat pasal isu kebersihan Resepi Rahsia yang kecoh sekejap tu?  Masa makan tu nasib buat buat tak hengat haha.....

Itulah seketul pun keknya, itu pun sengaja pilih yang promosi, free dengan setiap pembelian Ala Carte melebihi Rm45 henggit menggunakan kad Credit Maybank.... Moh le kita kenduri reramai. Makan kalau berebutkan lazat katanya.....

Mak makan ni..... Thai Seafood Spaghetti. Lepas makan mulut bau bawang haha.... Anak anak Jilap ngan paknya punya makanan malas mak nak snap.... Mak nak fokus makan mak punya spaghetti......

Thai Seafood Spaghetti

Tahun 2015, tak de pun buat special entry untuk anak anak sempena bezday diaorang. Cuma diri sendiri punya dengan Pak Jilap punya entri aje yang ada hihi..... Dah katanya gila glemerkan

Udah.....mak nak sambung seram......

Nasi Bubur

Salam Isnin korang....

Amacam dengan hujung minggu korang? Ada happy? Kalau kurang happy kasi sambung cuti, jumpa itu kita punya kawan juga, Daddy Ziyyad hihi....

Korang pernah makan tak Nasi Bubur ? Orang Pantai Timur sure biasa dengan menu ni kan..... Betul tak Aisy Nasiha?

Macam biasalah mak ni kannnn, entah kenapa asal hujung minggu jer, mulalah sawan malas masak mak ni mai.  Kebetulan pulak Pak Jilap tak de. Dia gi melawat parentnya. Mak tak ikut sebab si TLBD tuisyen. Alasan sangat kan mak nak mengelat hik hik hik..... Alahhhh lagi pun minggu lepas mak dah jengah dah. Kasi chance le pulak depa sembang anak beranak . 

So apa lagi dikkkk...... gerai Tom Yam le kita.....

Lama dah tengok menu Nasi Bubur ni, tapi tak pernah cuba. So dah terlanjur tak berapa nak lapar petang tu katanya, kasi cubalah Nasi Bubur. Bab bab bubur nasi ni, mak memang suka hokey. Teringat masa belajar dulu, ada satu tempat kat Kota Raya JB tu, jual bubur berlauk. Pergh!!! Sedap seyh! 

So, masa order petang tu, dalam hati nak jer tambah ikan tenggiri masin, sebab terbayangkan bubur yang kat JB tu. Tapi nasib dapat kontrol napsu yang membuak buak ni walau katanya tak berapa nak lapar! Hihi.....

Nasi Bubur
Bila dah sampai, ohhhh...... gini rupanya Nasi Bubur..... Sama jer ghupernya macam yang jual kat Mydin Melaka tu. Bubur dicurah sup! Makan dengan sambal kicap. Tapi rasa sup dia tak sama dengan yang ini.

Ada ayam siat siat, ada lobak masin dan ada sup yang masam! Camne nak buat sup masam ni yek? Buh asam keping ke? Geng Lipih mak mesti terer ni..... camne nak buat Geng
Apa? Tanya Jiran Sebelah? Korang nak suruh mak tanya resepi ni kat Jiran Sebelah? Serious nih!!Huh......resepi kentang tumis bolehlah member tu........ kehkehkeh......... 

Tapi serious weyh! Sedap!!! Mak suka! Kira tak meyesallah order.......

Lepas ni boleh le order lagi. Nampak sangat haloba...... baru lepas makan, dah ada perancangan nak order lagi hihi...... Tak kira lah katanya benda senang nak buat pun. Janji mak dapat makan sambil silang kaki ekekekeke....


Friday, 4 September 2015

Petai mak dah hangus.....

Salam Jumaat korang.....

Cerita pasal petai mak ni tak habis lagi yer........ Ni gara gara semalam tengok entri si Lieya Latif lah ni. Ingatkan mak beli 7 papan petai hari tu dah boleh mandi petai sangatlah. Tu diaaaa....... Lieya Latif , 50 papan dibelinya. Nak buat Jeruk Petai katanya.....Tapi Kak Zai lagi dahsyat .....100 papan diborongnya, nak kenduri petai ke apa Kak Zai haha.....

Mohon pinjam gambar ye Lieya Latif, nak tunjuk bukti!

          

Pergi blog Nieyl pulak, dia buh petai dalam Nasi Goreng dia. Memasing ni memang hantu Petai gamaknya. Pendik kata sana sini cerita pasal petai.



Tapi yang mak nak ceritanya kat sini...... petai mak dah hangus hihi..... Tak sempat nak buat jeruk! Rajin sangat orang yang beli petai tu ha...huh.... Elehhhh....Kak Ton nak ngumpat ler tu....

Memang tong sampah ler tempatnya..... seram mak nak kopek, geli weyh
Korang yang hantu petai tu make sure nak makan petai tu belah dua ye. Sebab masa mak kopek hari tu, walaupun kulit dia masih cantik, cuma ada hitam sikit sikit, dalam tu ada penghuni yang menumpang. Sila beri perhatian, ini bukan kisah seram ye...... hijab mak masih tertutup rapat, alhamdulilah!

Kalau cenggini punya hangus, confirmed anak beranak, cucu cicit tumpang menghuni hihi.....Tak caya? Meh nak tunjuk bukti..... Ulat dah tukar jadi pink..... Hari tu ulat hijau weyh....


Masa ni OKje kopek kulit dia masih cantik lagi. Itu pun dah ada penghuni, tak sempat nak snap gambar huhu..... Tak taulah tengok petai jugak kot

Dah itu jer nak bagi tahu.....hihi.....