Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, 30 October 2015

Please LIKE #promotinghseutp

Salam Jumaat sohabat......

Hari hari Jumaat cenggini eloklah sangat kalau korang banyakkan bersedekah. Bersedekah tak semestinya duit,  ye dak? Adalah tu....adalah tu nak mintak tolong tu! Memang pun. Mak nak mintak tolong korang  #LIKE poster anak mak ni.


Caranya senang jer, korang masuk link #promotinghseutp . Ramai jugaklah yang respond kata tak boleh LIKE. Mak pun dah mati akal. Nak kata post tu tak di'public'kan, mak dah suruh anak mak 'public' kan. Tak taulah apa yang silapnya. Kalau tak keberatan korang request jer Friend dengan anak mak. Lepas tu LIKE dekat poster atas tu macam biasa. Kalau korang nak SHARE aje pun boleh jugak..... 

Buat AtieDana dan Ibu Lala yang dah LIKE in advanced dalam wall Fb mak, terima kasih mak ucapkan cuma nampaknya korang kena LIKE sekali lagilah dalam link atas tu. 

Emmm.... advance sungguh assignnent kat U sekarang ni yek. Mengikut trending terkini katanya. Nak kena like like pulak. Nak kena dapat 1500 LIKE pulak baru dapat A! 

Mak tengok kengkawan dia ada yang dah dapat ratusan LIKE korang.... Sian pulak nengok LIKE anak mak baru 60 ketul huhu......Tetiba kan, tetiba kan,  dan dan ni jugak mak nak jumpa anak jantan mak! Pak Jilap...... moh le kita gi Tronoh esok!

Abang......
Cuma ini yang mampu ibu tolong. Panjangkan poster abang untuk kengkawan alamaya ibu LIKE. Selebihnya semuanya pertolongan dari Allah kerana hanya Dia yang memegang setiap hati hamba hambaNya. Yakinlah, tiada yang mustahil kecuali dengan izinNya. Gud luck bang!!

Semester lepas punya gambo.......

Thursday, 29 October 2015

Sabak Bernam jer

Salam Khamis.....

Anakanda TLBD pergi lawatan sekolah hari ni. Hari tu ada ura ura nak ke Legoland, tak jadi, lepas tu nak ke Langkawi, pun tak jadi jugak, sudahnya ke Sabak Bernam je hehe.... Entah apa yang nak ditengoknya kat Sabak Bernam tu agaknya.....  Salah satu tempat katanya, nak melawat kilang Nata de Coco. Balik mesti bawah setin, sure punyalah...... Tapi mak dah cakap awal awal, tak payah beli. Beli kerepek bawang jer kalau ada. Budak budak dalam rumah ni memang suka kerepek bawang. Termasuklah mak budak yang sorang tu. 

Dah kenapa? Pergi kilang Nata de Coco, disuruhnya beli kerepek bawang haha... Yelah..... manalah tau ada jual kerepek longgok kat gerai tepi jalan tu ha hihi.....

Pak Jilapah bagi Rm20 henggit jer. Cukup ke? OKje tambah Rm20 henggit lagi. Katanya nak beli kerepek bawangkan...... Takkan beli satu plastik jer kot, mana cukup! Mak sorang sorang pun dah hadap satu plastik kehkehkeh.....

Cakap pasal Sabak Bernam, teringat Mentarang. Korang tau tak Mentarang tu apa? Adik beradik kupang dengan kerang. Mak agaklah! Sebab bentuknya macam kupang tapi kulitnya macam kerang. Dulu, masa kakak Pak Jilap duduk sini, mak pernah makanlah........ dan dan tu terus jatuh cinta ko!

rizalarbain.com
Nak tau isi dia macamana?
Macam ni ha!!

wahidayatulaswa.blogspot.my
Korang boleh pi tak dengan ghupernya? Mak pi ajeeee hihi..... Jiran mak mesti tak boleh pi ni.... Dia tu sawan sikit, ganjil sikit dah loya tekak, tak mahu mencuba ! Huh.....

Dikkkkk! Beli mentarang..... ( melampau sungguh mak dia ni tau!! Hihi....)

Wednesday, 28 October 2015

Penceroboh

Salam Rabu......

Hasil tangkapan hari ni hihi.... 

Semalam mak pancing dengan roti gardenia je. Lepas tu letak perangkap ni dekat dengan laluan dia. Suka betul buat onar kat belakang kotak sebelah almari kasut tau dia ni! 

Geram......grrr...... Busuk pulak tu najis dia.....

Korang rasa apa hukuman yang kita nak kenakan kepada penceroboh ni? 

Mak memang seriau kalau bab bab Jenayah ni. Bab ni elok benolah kita serah kan je pada yang pakar, Pak Jilapah hihi.....

Bab Muamalat, bab jual boli,  biar omak kau yang settle...... 

Monday, 26 October 2015

Macam kenyang, tapi....

Salam Isnin fren....

Sedih kan,  bila dengar berita kengkawan sebaya kita tengah diuji dengan kesakitan huhu..... Tetiba terasa insaf mak, nyah! 

Tapi, insaf, insaf jugak ler..... makan mau jugak haha..... Balik dari rumah mami semalam, perut macam kenyang. Maklumlah, macam macam disumbatnya kat sana hihi....... Biras mak bawak laksa penang masak sendiri. Satu pinggan mak bedal. Mak ? Bawak goreng pisang dan kuih muih, kedai bikin hihi..... Pemalas punya menantu!

Dalam kepala ni dah terfikir nak makan ringan ringan jer. Kenyang katanyakan..... 
Sampai kedai makan, sekali mak hoder benda ni, jangan terkejut pulak yek hihi.....
Kira ringanlah tu weyh! hihi..... Lama mak teringin Berger Bakar ni tau!!! Ni baru kali kedua mak makan Berger Bakar sejak orang kecoh kecoh dulu tu tau.

Berger Daging + Cheese  = RM 7 henggit tapi memang puas hati, sedap!



Friday, 23 October 2015

MSS, VSS dan rezeki

Salam Jumaat yang penuh barokah.....

Semalam masa meronda kat Aeon Big, terserempak dengan sorang officemate ni dengan wife dan anak bongsu dia. Kalau diikutkan dari segi tempoh service, dia ni kira junior mak ler. Tapi kalau dari segi pangkat dan gaji, of course le dia super duper senior hihi...

Rupanya dia dah ambik MSS. Memang pun mak tau ofis lama mak tengah offer MSS sekarang ni. Biasalah .....dengan keadaan ekonomi sekarang ni, mana mana company pun tengah musim MSS kan. Untuk yang belum tahu, MSS ni adalah Mutual Separation Scheme. Adik beradik dengan VSS ( Voluntary Separation Scheme ). Sepupu kepada Pencen Awal berbonus gitu. Formula bonus bergantung kepada company itu sendiri. Kalau 1.25 x gaji x tahun service, tak ke lompat bintang kita tu! Kaya sekelip mata weyh! Bestnyaaa lahai...

Tapi banyak benda yang perlu kita fikirkan sebelum kita memohon MSS ni, walaupun belum tentu diluluskan lagi. Terutamanya kalau lelakilah....

Tak kisahlah apa pun, tapi yang pasti sebahagian officemate mak sekarang ni, tengah menghitung hari nak menerima bonus extravaganza. Pergh!....

Yang mak nak cakapnya ni bukan pasal MSS, tapi pasal rezeki. Kalau ikutkan hati yang tamak haloba ni, terasa jugaklah jelesnya tu. Alangkah bagusnya kalau mak dulu, tunggu sampai tahun 2015, baru berhenti! Hoho....

Tapi itulah yang dinamakan REZEKI. Kalau Allah dah kata itu bukan rezeki kita, maka bukanlah...... Tak payahlah nak cemburu ke apa.

Tetiba teringat satu artikel yang pernah mak baca pasal rezeki ni.

Katanya.....
Kalau kita cemburu dengan rezeki yang Allah telah tetapkan kepadanya, maka kita harus cemburu jugak dengan ketetapan ajal mautnya. Ada beran? Ha....tau seram....

So, bersyukurlah dengan rezeki melimpah ruah yang Allah dah tetapkan buat setiap hambanya ni. Walaupun mungkin bukan dalam bentuk duit.

Tak gitu korang?

Thursday, 22 October 2015

First time masak Tauchu

Salam Khamis pren.....

Ye......air tangan ibu adalah makanan terbaik yang patut dihadap oleh seluruh keluarga.

Setuju atau tidak?

Memang le setuju bebeno, tapi ada masa sawan malas mak datang, dah nak buat macamana? Hoho....


Ni kejadian 2 hari sudah. First time mak masak Tauchu weyh! Bukan first time mak makan Tauchu ye. Anak anak mungkin first time makan kot! Sebabnya sebelum ni mak memang tak pernah cuba masak Tauchu ni kat rumah. 

Kebetulan ada sebalang Tauchu yang dah lama nak beli dalam esbok tu. Beli Tauchu pun sebab ada satu resepi tu kena guna Tauchu sikit kot. Resepi apa? Jangan ditanya, mak udah lupa! Tulah..... nak gunanya sikit jer, tapi kena beli sebalang, tak ke jadi tukun dalam esbok akhirnya hihi....

So bila member WA cakap depa masak Tauchu hari tu, tetiba mak teringin pulak nak makan. Petang tu jugak mak masak hokey! Tak kira dah ......manusia dalam rumah ni makan ke tidak, janji tekak mak puas hati, sudah! haha...... Nasiblah manusia dalam rumah mak ni toat toat belaka!  Mereka hadap jer apa yang terhidang!

Lepas ni memang menauchu lagilah mak gamaknya. Sempoi banget weyh masaknya!

Wednesday, 21 October 2015

payWave

Salam Rabu bebeh.....

Hari ni mak nak pulun blogwalking. Semalam mak dan anak anak meronda ronda membelah jerebu yang semakin menebal nampaknya dah sekarang ni. Tak jauh mana pun, dekat AEON jer hihi....

Semalam tak masak hokey!! Makan pizza sudah. Cari combo yang paling murah, maklumlah banker kerja hihi..... Duit yang ada kena catu betul betul kang ada pulak orang yang kena basuh pinggan kat Pizza Hut kang hihi.....

Mak punya perangai ni, kalau ada duit, mulalah nafsu membuak buak nak membeli. Nampak baju semuanya cantik cantik belaka weyh! Lebih lebih lagi kalau Pak Jilap tak de, tambah senang hati le mak nak soping.Tak de orang larang! Hoho....

Satu untuk TLBD, 3 untuk mak hihi,,,,, Dah,,,,, 2 tahun lagi baru boleh soping balik!
Kalau bonda mak kat kampung tengok ni, sure dia marah.....  Tak de warna lain ke nak beli, semua baju hitam ......  Cover lemak namanya tu mak hihi.....

Yelah.....dah lepas pilih pilih baju tu, haruslah kena bayar ye dak. Lainlah kedai baju apak sendiri !! hihi....

So meh le kita cuba Debit kad mak yang baru dapat ni. 
Ceritanya kad Maybank mak hilang hari tu, tah mana perginya. Memang le tak de   duit dalam tu, tapi takkan tak mau berkad pulak ye dak? Haruslah buat kad baru.

Dulu kad ni buat isi gaji, la ni buat isi angin haha......Mak memang dah lama sangat tak guna Debit Kad Maybank ni sebenarnya. Sampai kekadang lupa pin no lah!

Terkejut mak semalam! Rupanya kad yang ada tulis 'pay Wave' ni, cashier tak payah dah susah susah nak swipe, cuma dia perlu touch je !..... Kita pun tak payah dah nak tekan pin no kat kaunter tu lagi. Nampak sangat mak ketinggalan zaman sangat tau! 

Kalau kita spend bawah Rm200.00 tak payah dah nak sign pun kat bill tu, melainkan sebaliknya. 

Tapi masalahnya, kalau kad tu hilang, tak ke orang boleh guna sesuka hati? Kat mana jaminan keselamatannya di situ? Tang sign? Sign, sekejapan jer orang boleh tiru? 

Korang rasa macamana?



Tuesday, 20 October 2015

Jadi hantu maghrib semalam

Salam Selasa.......

Untuk pengetahuan korang, mak tengah baking kek coklat lagi hokey!! So, jangan jeleslah, kalau sat lagi mak makan kek coklat sambil landing atas sofa !! Nyum nyum.....Haha.....

Ha ....Kak Nooriah kata nak buat kek coklat hari tu, dah buat ke belum? Alah....apa ada halnya kan Kak Nor , setakat Kek Coklat, Kak Nor buat sambil tidur pun jadi hihi....

Meh nak cerita kisah maghrib semalam. Huh......korang tak yahlah nak seram sangat, bukan cite hantu pun, tapi cite mak yang jadi hantu haha.....

Masa tu mak dalam kereta, tengah panaskan enjin.  Tetiba lalu 2 orang hamba Allah remaja cha ya nun alif. Sorang berjalan, sorang naik basikal. Bersiar siar gamaknya depa maghrib maghrib tu kot. Tetiba diaorang berhenti depan rumah mak. Bukanlah depan rumah betul, depan tempat sampah yang kat pagar tu, tapi kawasan rumah maklah kan. Mak perhatikan jer dulu. Dalam pada yang sama dah standby dah nak menyaund kalau diaorang buat onar hihi.....

Rupanya dia bagi makan anjing kat situ.
Apa lagi..... mak pun hon ler. Dah macam orang tak betul pulak maghrib maghrib tu hihi.....Sakit hati mak tau! Tak kiralah mak,  anjing dia, ke anjing gelandangan ke. Mak pun apa lagi, laju lajulah keluar dari kereta teruskan niat menyaund tadi.

Weyh adik......you ar....mau kasi makan you punya anjing janganlah depan rumah I, kasi tepi jalan sana la, depan rumah you ka. Sekarang, kasi angkat you punya polistrene.

Cakap kang marah, kata kita ni rasist lah apa lah, tapi depa ni memang sukalah bawak anjing depa bersiar siar lepas tu dibiarkan anjing depa melepaskan hajat kat depan rumah orang.

Geram mak nengoknya...... patutlah sebelum sebelum ni, memang mak perasan, kekadang ada bekas polistrene kosong depan tempat sampah tu. Ingatkan jiran mak yang cha ya nun alif tu punya kerja sebab dia memang tak de tempat sampah, sebab dia besarkan gate. Tak pasal pasal mak berdosa tau....berperasangka dengan jiran duda lagi suci tu hihi.....

Kalau korang, korang geram tak? Ke korang kool jer.....

Monday, 19 October 2015

Teringat zaman budak

Salam Isnin korang ......

Semalam mak balik kampung ..... Tak tanya? Tak pelah mak peramah nak bagi tahu hihi....

Rumah ku dibesarkan....
Eh ? Ku? Tetiba mak fefeeling buat rcerpen pulak ko! Hihi......
Sama jer keadaannya, rumah ke manusia ke, waima semua benda di dunia ini,  semakin lama semakin dimamah usia, uzur. Sedihkan....... Tapi masih lagi dikira beruntung, kerana masih punya rumah sendiri. Kan korang..... alhamdulilah.....

Pusing pusing kampung.  Tengok Parit Besar ni teringat zaman mak budak. Tak sangka sekarang dah kilauan hihi.... Parit nilah tempat mak berkubang dulu dulu. Tapi dulu dulu, air dia tak delah kotor dan dalam macam sekarang ni. Dulu, cetek je, jernih pulak tu.

Parit ni sebenarnya sambung ke lombong. Apa jadi lombong sekarang ni, entahlah....  Masa kecik dulu selalulah jugak pusing lombong, naik basikal. Rasa best sangatlah kalau dapat lepas sampai ke lombong tu. Sebab lombong ni duk kat hujung kampung nun. So dapatlah jauh sikit ronda ronda. Itu jer sebenarnya hihi..... ( Huh! kecik kecik dah suka mengukur jalan, patutlah ek sampai ke tua tak hilang hilang tabiat ukur jalan haha......).

Cerita pasal lombong, teringat masa zaman kecik mak, kat kampung mak ni ada kes budak kena sorok. Boleh kata selalulah jugak budak ni kena sorok, budak yang sama pulak tu. Tapi jumpa baliklah, kadang kat lombong, kadang kat celah pokok pisang, kena sorok bunian katanya. Wallahu aalam..... mak pun tak berapa nak ingat sangat, maklum le otak belum nak berhubung sangat masa tu, susu Dugro tak de masa tu hihi.....



Friday, 16 October 2015

Yang nipis datang menyelit

Salam Jumaat penuh barokah....

Memang barokah betul lew pagi ni........sebab tetiba ada rezeki datang menyelit di tengah bulan ni hihi..... 

Suka buat surprise cenggitu...... terkejut mak tau!! .... 

Yang bulat datang bergolek, 
Yang pipih datang melayang,
Yang nipis datang menyelit...

Ohhhh indahnya dunia......  
Terima kasih paknya, moga rezeki melimpah ruah buatmu.....bukan ke duitmu duitku, duitku duitku jua! hihi.....

Selamat berhujung minggu korang!

Thursday, 15 October 2015

Barang dari Nilai 3

Salam Khamis.....

Selamat bekerja kembali uolls.....
Puas dah berjalan semalam? Hari ni meh le kita buat aktiviti kita seperti biasa. Yang kerja, buatlah kerja, bawak bawaklah belek belek kerja yang masih outstanding atas tray tu, yang jadi cikgu, mengajarlah dengan penuh dedikasi, yang jadi penganggur macam mak ni pulak, pergilah jemur baju ke, sapu sapu sampah ke, sambil sambil keluarkan ikan ke, ayam ke, kang nak masak tengahari senang, udah cair aisnya.

Semalam Pak Jilap ajak gi Nilai 3. Entah apa nak dicarinya agaknya. Mak memang tak de apa nak beli pun. Nak cari tudung, melambak dah dalam bilik tu. Cuma kalau terjumpa cermin besar yang murah, nak jugak mak beli nanti. Senang jugak nak tengok diri sendiri dari kepala sampai ke kaki kekdahnya hihi......

Selama ni jenuh le tengok diri sendiri sampai pinggang jer. Nak pakai tudung pun berebut cermin 3 beranak tu! Huh.....

Sampai sampai je,  Pak Jilap parking depan kedai mainan. Dia masuk kedai mainan mak masuk kedai baju hihi....Pak.Jilap masuk kedai mainan tu, ingatkan nak layankan si TLBD yang memang suka tengok mainan walaupun dah besar panjang tu! Rupanya dia beli benda ni.....

Quadcopter
Baru ku tahu, teringin nak main Quadcopter rupanya walaupun dah purba kikiki....

Balik solat Isyak malam tadi,  ada orang tak sabar nak rasmi...... Sama jer terujanya macam budak kecik!!.... Main main jer, terus  langgar kipas hihi....Nasib tak putus dua benda tu! 

Ha bang...... orang punya cermin, jangan pulak buat buat lupa nak pasangkan eh!

Wednesday, 14 October 2015

Kek Coklat Moist

Salam Rabu, salam Maal Hijrah buat sahabat alamaya mak semua.....

Semalam Pak Jilapah cuti, hari ni pulak memanglah semua orang cuti, dah public holiday katanya. Macam biasalah, kalau hari cuti, biasanya masa mak memang habis atas jalan raya. Nama jer mengukur jalan tapi duk ulang alik highway Grand Saga dengan highway Silk jer pun hihi.....Tak jauh perginya de.....

Tapi jangan tak percaya, mak masih sempat membaking hokay!

Kek  Coklat Moist

Macam sarang tebuanlah, jangan cuba berani menjolok, kang ada yang mengamuk kang...... Cenggitulah lebih kurang pesamaannya dengan mak. Salahkan Makcik Senyum tu ..... Baik punya dia jolok mak dengan projek Kek Coklatnya, mak udah jadi geram! Takkan kita asyik nak salahkan hormon je Mel, kesian hormon Mel......hihihi

Kebetulan pulak si Angry Bird ni dah lama request nak kek Coklat. Tapi malas nak layan sebabnya malas nak beli serbuk koko. Bukan apa, takut semangat membeli jer yang lebih, semangat membuatnya tak de haha......Mak pernah beli serbuk koko ni tahun lepas tau,  tapi sampai expired kotak tak bukak hihi.... Shhhh..... jangan bagi tahu Pak Jilap! 

                        


Ada lagi bendanya tu, tak sampai hati nak buang, terasa berdosa pulak mak ko huhu.... 
Sudahnya mak beli brand Nona je weyh, murah sikit...... Sedap jer pun .....

                        

Kalau kek Coklat ni mak suka yang moist ala ala bantat macam bingka sepatah kata Makcik Senyum tu hihi....Mak tak suka pulak yang macam kek biasa tu. 

Google punya google, mak cuba resepi blog Cahaya Hidupku. Memang terbaik hasilnya weyh. Mak guna kekdah Steam Bath ye korang dengan suhu 175 darjah selama 1 jam lebih jugaklah. Kejap tutup api ataslah, kejap tutup api bawahlah. Pergh!! Macam terer je gayanya hihi.... Sudahnya rentung jugak atas tu sikit, Hihi..... Nasiblah Kek Coklat ni sama warna dengan Rentung, tak delah nampak sangat haha..... 

Knor, kita dah boleh berlagak dengan awaklah yek hihi.... 

Tuesday, 13 October 2015

Asam Pedas kurang perasaan

Salam Selasa.....

Masa tido rumah mami hari tu, Pak Jilap suruh masak Asam Pedas ikan Sembilang. Sajalah Pak Jilap tu ..... Asam Pedaskan faveret dada.

Mak boleh jer masak, tapi masalahnya ikan Sembilang tu kan ada bau sikit. Takut depa tak makan jer.  Lainlah mak, bau ke tak bau, semua bedal hihi..... Kalau ikut mak, cari ikan Tenggiri jer. Senang!  Tapi dah katanya Pak Jilapah mengidam sangat ikan Sembilangkan,  moh le kita cari ikan kat Pasar Borong tu ha. Dekat jer pun dengan rumah mami.

Soping ikan kat Pasar Borong memang ler seronok weyh. Macam macam ikan ada. Sebut jer ikan apa kita nak? Murah pun murah...... Alahai bestnya kalau rumah dekat dengan Pasar Borong ni...

Dah katanya nak masak Asam Pedas kan, haruslah kena ada cili blend. Mula tu ingat nak blend cili, tapi bila difikir fikir balik, lecehlah pulak nak beriya merebus cili kering bagai. Huh ....kita cari jerlah cili blend siap. Mak pun malaslah nak berlama lamaan kat dapur orang tu weyh, walaupun dapur adik ipar sendiri katanya.

Memang dah lama sangatlah tak pernah beli cili blend kat luar. Sebab kalau buat sambal memang tak sedap macam kita blend sendiri. Lagilah kalau nak buat Asam Pedas, confirm hancus rasa dia! Masa zaman maklah....... Zaman mak dulu cili blend ni mak panggil cili boh. Tak tau lah zaman sekarang ni korang panggil apa.

So akhirnya rembat jerlah cili blend brand tak ingat tapi start hurup 'A', Armor ke hape, baca tak fokus gitulah jadinya. Tapi nak bagi tahunya kat sini, memang sebijik macam kita blend sendiri. Memang terbaek! Boleh ler beli buat stok kat rumah lain kali !!

Berbalik cerita Asam Pedas tadi, mak ni walau dah berpengalaman selama 20 tahun memasak, tapi tetap tak pas pas masak Asam Pedas hihi..... Kejap sedap, kejap tak sedap! Hampeh sungguh!

Yelah .....sejak kawen jerlah yang mak masak secara khususnya, selebihnya mana masak, kalaulah boleh tak payah makan, memang lagi bagus,  target nak kurus. Katanya anak dara masa tu kannnn.....
Satu lagi yang mak failed sangat, dari segi rasa. Masa masak tu macam dah 'cantek' dah rasa dia, masam, manis, masin semua ada, tapi bila makan tawar pulak rasanya.... kurang perasaan gitu hihi.....

Korang pernah gitu tak?

Asam pedas yang mak masak hari tu lupa nak snap, tapi kita tempek gambar Asam Pedas Kak Tab  ( Herba Tihara ) yang katanya tak menjadi tu ek! 

Pasal gambar nilah mak ada idea nak menulis entri hari ni . Terima kasih Kak Tab....

                                  

Sunday, 11 October 2015

Sawan Pengantin Baru

Salam Isnin uolls... 

Kemana tujunya hujung minggu korang baru ni ? Sopping? Jalan jalan cari mamam? Ke, duk betapa jer dalam rumah uli tepung?

Mak malam Ahad hari tu tido rumah Mami. Ambik giliran meneman katanya. Sebelum tu, mak ke kenduri kawen officemate Pak Jilapah kat Balai Felda. Tetiba teringat kat jiran sebelah rumah mak. Kalaulah kenduri kawen  yang mak pergi ni, kenduri kawen anak sedara dia, alangkah seronoknya weyh! Dapat jugak mak melepas geram yang belum kesampaian sampai sekarang ni. Kalau mak jumpalah ...... memang wajib mak tarik ajak berselfie wefie, lepas tu mak akan tempek gambo tu jadi bahan bukti kat blog untuk tatapan korang semua. Baru puas hati mak tau!! Sapa suruh nak menyorok sangat!

Tapi malangnya......nama pengantin tak de sikit boleh di' Iwan' kan....huh.....


Namanya pun kerja kawen kan, haruslah makan nasi minyak dengan lauk lauk dia. Tapi Rendang Tok dia sedap weyh!! Hitam, legam, pekat, pergh!! Kalau makan dengan Nasi himpit kuah kacang sure sedap tu. 

Hajat di hati, nak aje mak ambik gambo jadi bahan bukti, Tapi, takkan nak over kot, dah katanya bukan majlis kawan mak kannnn.....kenalah berlaku sopan ko!


Sebelah tu boss kecik Pak Jilap. Nasiblah dia tak bawak bini, kalau tidak jenuh mak nak kena sembang pulak huhu....

Buat Pengantin Baru, mak ucapkan moga  korang berdua, kekal bahagia hingga ke jannah. Kata Pak Jilap, cuti dua minggu. Pergh!!.....Tak sabar lew tu nak pergi honeymoon.

Nampaknya bukan Kak Ton aje yang kena sawan Pengantin Baru, tapi mak pun dah berjangkit sekali dah ni.... 

Babye!

Friday, 9 October 2015

Orang dalam rumah ni memang tak de perasaan

Salam Jumaat penuh barokah kengkawan.....

Kita tunda jemur baju sat na, kasi settle entri ni dulu. 
Ohhhh..... baru teringat, hari ni jiran sebelah mak, Kak Ton cuti menceceh hihi...... Menghantar anak sedara menikah katanya. Huh ......orang lain yang nak kawen, dia pulak yang lebih...... dia pulak yang kecoh nak mandi klorok bagai kikiki..... Fefeeling Pengantin Baru lew tu!!! Opsss? Termengumpat Kak Ton pulak mak! Hihi......

Udah le, kita tinggalkan kisah Diva Over Perahsan tu hihi..... ( habislah..... memang kena hempuk le mak dengan Kak Ton, bila dia balik cuti nanti! ).

2 hari lepas, jiran budiman mak, Ina Kelate bagi Pokok Belalai Gajah ni.  Sebab jiran mak bagi ni kisahnya hari tu le, mommies duk soal jawab pasal khasiat pokok ni dalam WA Mama Vouge ( Mama Vouge ni pulak adalah merujuk kepada group WA taman mak ye korang ). Sebenarnya idaknya Vouge pungggg, kalau dah selebet macam mak ni, apa yang vougenya pun entah! hihi..... Nama group jer kasi gempak! Kikiki...... 

Pokok Belalai Gajah
Banyak khasiat Daun Belalai Gajah ni tau korang, antaranya baik dalam perawatan kanser katanya lah. Daun yang di makan ye korang jangan pulak batang yang korang bedal hihi..... Well......mak kalau bab pucuk, memang tak de sapa boleh lawan lew. Pucuk kan makanan ruji mak hihi.....Mak Jilap kannnnn hihi .....  Kalau nak tau lebih lanjut khasiat pokok ni, boleh rujuk kat sini,  Khasiat Daun Belalai Gajah.

Pokok Belalai Gajah
Tak terbalas tau mak, budi baik jiran mak ni. Betul...... bukannya susah pun nak menyemai pokok ni kat pasu, cantas dan tanam je tapi kalau tak de sikap ihsan dalam diri tu, ingatnya senang ke nak buat? Tak terbuat kita ni weyh.

Kuih Akok
Bukan pokok saja diberinya, kuih Akok ni sekali. Pergh!....pergh!.....pergh!.....memang mabeles nyah! Sedap sampai nak menangis!

Na, demo macam tau tau jer, 'rentung dan maktak boleh dipisahkan! Hihi....

Nak bagi tahu korang ni......korang tak rasa hairan ke? Ada ke patut, satu bekas tu mak sorang yang habiskan!!! Orang dalam rumah ni memang tak de perasaan betul tau! Benda sedap pun tak mau makan. Nyampah mak!!!.......

Thursday, 8 October 2015

Pilihan mak kau, Cendol VIP

Salam Khamis korang.....

Oleh sebab ilham mak nan hado katanya, moh le kita cerita pasal Cendol yang mak cakap semalam. Tak sangka pulak on the way ke A Famosa tu  ( keluar Tol Simpang Ampat ) ada satu gerai Cendol kat tepi jalan. Cendol Bakar namo eh!. Femes pulak nama Bakar sekarang sejak ada Cendol ni hihi... Besar kawasan dia, kira memang senanglah nak parking. Ada drive thru jugak ko......dah standard Mc Donald tuuuu!

Cendol VIP, VIP lah sangat hihi.....
Ni pilihan mak kau! Hihi.......Cendol VIP katanya, Cendol + Nata de coco+ Selasih+ Jagung + Kacang Merah = Rm2.50

Mak kurang suka Cendol Pulut, kalau Pulut Durian sukalah hihi.......


Ada jugak jual mee hoon, pisang cheese, keropok leko, boleh tahan macam macam pilihan jugaklah, kiranya macam hi tea lew....

Kreatif jugak gerai yang depa buat ni. Pakai atap daun Nipah. Jarang sangat tengok gerai cenggini.

Orang yang teringin sangat nak Coconut Shake, dah dapat Cendol VVIP pun nak Cococnut Shake lagi!

Coconut Shake

Wednesday, 7 October 2015

Belacan

Salam Rabu kengkawan......

Balik daripada A Famosa semalam, dalam perjalanan nak keluar highway tu mak singgah minum Cendol Bakar. Nampaknya melepas le mak nak melahap seafood kat Umbai kali ni hihi....

Tapi, hari ni mak malas nak cerita pasal cendol, mak nak tunjuk gambar ni....

Minggu lepas, Mami telefon nak kirim belacan, kalau kalau mak balik kampung katanya. Dah terlanjur pergi Melaka semalam, beli jerlah. Takkan nak buat buat lupa pulak kan hihi...... Dua ketul belacan untuk mami, dua ketul untuk mak ye korang!! Padahal ada jer lagi belacan dalam esbok tu. Mak nak buat stok. Mak nak buat sambal tumislah! Hihi.....

Sekian......

Tuesday, 6 October 2015

An Evening in A Famosa

Salam Selasa sahabat.....

Tak menahan kan tajuk mak!!! Jap..... mak nak gelak kehkehkeh....Hari ni mak ikut Pak Jilap pergi A Famosa sebenarnya. 

Mak bukan nak berjimba ria main air ye korang. Pak Jilap ada kerja kekdahnya, so mak ngan anak anak Jilap lebih kepada meneman jerlah. Dapat gak cuci mata kat Mydin Ayer Keroh tu. Disamping memantau kawasan jerebu katanya.  Masih teruk jugaklah jerebu kat highway tadi. Harus esok sambung cuti lagi ni. Kalau sambung cuti nampaknya bukan budak budak jer yang lompat bintang, mahu cikgu cikgi, mak bapak tak terkecuali tau.

Haruslah ada bukti jejak katanya kalau dah kata sampai tu...


Jangan dipandang pada bulatnya rupa mak tu ye....Memang nafsu makan mak melampau lampau sejak kebelakangan. Mak rasa ini semua salah hormon tau! Kan Mel.....haha....

Nak tau apa yang mak dapat kat Melaka ni ?? Ni diaaaa.... Rm24 henggit ko, 20 batang....

Keropok Lekor
Tak payah dah nak pergi Terengganu nak makan keropok kering dan keropok leko yang sedap, kat Melaka pun hado!. Sedap weyh! Dah beberapa kali jugak mak ulang beli kat sini. 

Si anak dara 2 orang tu pulak dapat jajan tudung Bawal Crepe, 3 helai Rm10 henggit. Beli 4 helai je, takkan nak beli 6 helai pulak.... nak makan tudung ke hape? Hihi....

Tudung bawal Crepe
Apa bang??? Nak makan Umbai??? Hish.....orang tak kisahhhh, orang OK jer hihi.....

Friday, 2 October 2015

Tetiba terasa sayu

Salam Jumaat penuh barakah korang.....

2,3 hari lepas mak lipat baju kurung lama lama yang tergantung kat almari atas dalam bilik mak tu. Pas tu ikat kemas kemas, masuk dalam almari tu balik. Bukan apa, nak luaskan ruang gantungan dalam almari tu. Dah ketat beno. Namanya pun orang pompuan kan, walaupun baju dah banyak tapi masih lagi nak beli yang lain. Tapi itu cerita zaman mak kerjalah. La ni, pandai pulak sedar diri hihi.......

Penganggur sepenuh masa macam mak ni, masa bilalah nak pakai baju kurungnya??? Takkan nak masak pun pakai baju kurung kot? Panas haih!........  

Dalam pada mengemas tu, tetiba terasa sayu pulak mak ni weyh, kemas kemas baju cenggini adakah mak akan........  huaaaa huaaaa huaaaa.....

Moga Allah masih memberi peluang untuk terus beramal soleh lagi hendaknya.... 
Selamat berhujung minggu korang....

Thursday, 1 October 2015

Bubur Permata Zamrud

Salam Khamis......

Salam sayang penuh rindu buat rakan alamaya yang diingati selalu.... Eh? Udah kenapa tetiba sawan berkasih sayang menjelma pulak pepagi ni hihi.....

Korang pernah makan Bubur Permata Zamrud????

Budak budak zaman sekarang, sure tak pernah makan ek. Jangankan makan, tengok pun belum tentu pernah! Sama je macam anak anak mak ni. Kesiannnnn......

Zaman mak kecik dulu dulu...... bubur nilah bubur terfemes tau. Asal buat bubur je, mesti bubur ni. Tak de dah bubur lain. Kekadang mak masukkan bancuhan tepung dalam bubur ni. Dah itu je yang ada depan mata katanya masa tu, makan ajelah, tak banyak soal. Nak lagi kick, patahkan biskut tawar masuk dalam bubur. Pergh!!!......

Persoalannya..... korang tau ke Bubur Permata Zamrud tu apa? Kahkahkah..... 

Meh nak cerita .......Masa Raya Haji hari tu makkan terlebih rajin katanya, selain mak masak Set Lontong dan Baldu Merah, mak bawak jugak ekstra menu ko ke rumah PIL. Ambik hati katanya kikiki..... Ceritanya gini,  2, 3 minggu sebelum Raya hari tu, mak ada bawak bubur Kelongsong Sutera untuk mereka. Ni mak cerita, masa time time rajinlah yek...... time time malas, lenggang kangkung aje mak datang haha..... Beli je, senang!! 

Tetiba abah mertua mak cakap cenggini:

"Baru semalam abah teringin nak makan bubur Permata Zamrud ( Nama asal telah mak tukarkan supaya lebih komersial ye hihi...) tapi mak ko cakap dah tak elok bendanya. Macam tau tau aje abah teringin....."

Perghh? Kalau koranglah kannnn........ sebagai spesis menantu hantu apa tindakan yang korang akan ambik? 
A] Buat tak tau  B] Buat, tapi tahun depan C] Buat tapi masa Raya  D] Abaikan.....

Makkan spesis hantu Raya haha...... so mak pilih C le..... buat, tapi masa Raya hahaha...... Nasib permintaan senang, kalau susah, harus pilih D tu....

Emmm..... sadis sungguh kalau dapat spesis menantu hantu cenggini ni ek!!! 

Itulah tu .....masa Raya hari tu, tak mau pulak mak makan banyak.Tetiba.... semalam pulak mak teringin. Tu yang petang semalam mak buat tu. Biasalah orang dalam rumah ni mana suka! Pak Jilap cakap dia dah jemu makan bubur ni. Masa sekolah dulu, tetiap malam lepas prep dewan makan mesti bagi bubur ni. Cair pulak tu.

Eleh..... macamlah sekolah tu lain lain!!!

Bubur Permata Zamrud aka Bubur Kacang