Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, 30 November 2015

Lalalalala....

Salam Isnin .....

Selamat bercuti kepada yang bercuti. Ke mana agaknya destinasi korang ek ? Nak ikuttttt.....
Mak tak de plan ke mana pun, duk rumah ajelah gamaknya.

Minggu baru ni mak tido rumah PIL. Kalau ikut giliran, sepatutnya minggu depan. Eh? Bukan Chik punya giliran ke bang? Berani nak banyak soal????? Berani jerrrr hihi ...... Cuma malas jer nak besarkan hal yang kecik. Dah laki ajak, mak ikut ajelah, walaupun dalam hati merukut rukut tu, sebab bukan giliran hihi...... 

Bukan mudah nak buat pahala sebenarnya weyh. Sebab tulah Syurga tu mahal harganya. Tak gitu?

Contoh paling dekat, macam mak nilah, bukannya susah mana pun, apalah sangat, setakat nak meneman tido PIL, insan yang melahirkan dan membesarkan Pak Jilapah. Satu hari jer pun, bukan tidur sebulan pun, tapi syaitan ni memang jahat betul weyh, kuat betul menghasutnya, hihi ......

Mak ni bukan apa, kalau tidur beralih rumah, mulalah mata susah nak lelap. Tapi kalau tidur hotel, taklah pulak..... Dasar mata menantu hantu sungguh ! hihi.....

Tapi kalau time balik, bukan main happy lagi ko makcik yang pakai tudung pepel tu hihi......Tak sabar nak balik Rumahku Syurgku. 

Lega rasa bila satu tanggungjawab dah tertunai. 


Friday, 27 November 2015

Nikmat weyh, ai tell you!

Salam Jumaat.....

Tak sangka mak, rupanya Eelobor perasan entri mak semalam 'Sambaran di IKEA' hilang. Ye Eelobor, entri tu telah selamat terdelete!!! Kalau dah terdelete namanya, mana mungkin bisa di lihat kembali dong!!!! Huhu..... Adalah tu, insan insan marhaen dalam rumah ni yang dah tersilap delete. Benda dah jadi, nak buat macamana? Sabar dan redho ajelah.

Kita cuba ajelah mencari hikmah disebalik kejadian, tak gitu Daddy Ziyyad??? Dah jumpa ke belum hikmah disebalik kata kata golongan bangsawan tu? Haha...

Malam tadi punya cerita! Pak Jilapah nak kopi pulak malam ni......


Apa lagi!!! Kenalah guna hasil sambaran mak kat IKEA hari tu! Medang Kopi 434 mbengi mbengi. Pergh!!!.....Nikmat weyh, ai tell you minum kopi sambil cicah biskut kraker gula! 

Tau ke meadang tu apa? Meadang tu dalam kamus bahasa Jaws moden adalah minum minum ye korang. Mbengi mbengi itu pulak adalah malam malam hihi..... Hep!!! Jangan sesekali gelakkan bahasa ibunda mak!!! Hukum pancung kang!!!

Dah katanya Jaws kan, sesekali tersyasyul weyh! Hihi....

Benda baru beli, kena guna cepat cepat, sebelum tukang bayo bertanya. Nanti kalau mak tak dapat soping, korang suka ke? Tak kannnn...... hihi....

Psst..... harap harap Pak Jilapah tak ingatlah pasal Mangkuk Salad  mak yang cantik tu weyh! hikhikhik.......

Wednesday, 25 November 2015

Maklumlah rakyat marhaen

Salam Rabu......

Semalam si TLBD nak buat projek Biskut Nutella. Siap dia tunjuk Youtube, cara nak buatnya.
Mak tak bagilah, sebabnya membazir Nutella je!!!

Bila mak tak bagi buat, dia mulalah komplen........ Kata ibu, adik asyik tengok iPad je, suruh adik buat aktivitilah, tapi bila adik nak buat biskut Nutella, tak bagi pulak!!!

Yelah ......kalau nak buat biskut pun, paling kurang sebotol Nutella kang guna. Nutella tu pulak bukannya murah, mahal tuuuuuuuu...... sebotol hampir Rm10 henggit! Mahallah kiranya kalau banding dengan jem atau pun kaya Gardenia. Baiklah buat makan dengan roti dik, tahan lama sikit.

Kadang tu bukan tak mau menyokong hobi anak, tapi agak agaklah anak oiii.... kang Nutella satu hal, jadinya belum tentu, satu hal. Maklumlah first try katanya. Bukan senang nak buat biskut dik oiiii, silap silap keras kebatun tak boleh makan! Dah membazir!

Lainlah buat pizza mabeles yang dah tentu jadinya keh keh keh......Walaupun mahal costnya, tapi berbaloi. Eh? Terpuji diri sendiri pulak!! Projek semalam ye korang....  Mak lunch Pizza je 3 beranak!


Yang ni pulak projek anakanda Angry Bird. Kira macam macam projeklah semalam mak anak beranak buat hihi......Aiskrim ni pun satu hal jugak, boleh tahan mahal jugak harga buah kiwi ni. Rm12 henggit untuk 6 biji. 


Hajat di hati mereka nak letak buah Peach segar, sekali timbang, tengok harga Rm12 henggit untuk 2 biji, terus letak balik haha.... Kita ambik buah Peach tin ajelah. Huh......serba serbi mahallah dunia sekarang ni!!! Eloknya buat aiskrim air masak jer dik hihi.....murah!

Sebenarnya kalau di timbang tara balik, mungkin lebih kurang sama harga jer. Antara jem, kaya dengan Nutella, ataupun antara Peach segar dengan Peach tin. 

Tapi biasalah rakyat marhaen yang serba kekurangan macam mak ni, seboleh mungkin nak berjimat waktu membayar katanya!

Tuesday, 24 November 2015

Selar Kuning masak Sos Kicap

Salam Selasa......

Ini bukan lauk semalam ye, bukan jugak lauk kelmarin. Lauk minggu lepas kot haha.....

Korang tau tak ikan apa ni? Meh mak nak bagi tau, nama dia ikan Selar Kuning. Kecik kecik, comel comel je ghupernya. Ada line kuning kat badan dia. Tulah pasal panggil Selar Kuning kot. Baru perasan rupanya ada taik lalat seketul kat sebelah kepala dia. Emmmm.....

Sebelum sebelum ni, mak memang tak pernah beli ikan ni.  Yang biasa mak beli, kalau ikan kecik ni, ikan kembung Pelaling tu, tak pun, ikan bawal putih yang kecik kecik tu. Itu pun sebab anak anak suka. Mak kurang suka anak anak ikan ni. Mak suka yang bapak bapak ikan jer haha..... 

Bukan apa, ikan kecik ni tak puas makanlah weyh! Sekali masuk mulut, dah hilang.... Haih!.... macam tak biasa, selera Jilapah mak ni hihi...

Tapi hari tu entah mimpi apa, tetiba terbeli ikan ni. Berminggu jugaklah peram dalam freezer tu sebab pening tak tau nak masak apa. Takkan nak masak Asam Pedas! Macam tak sesuai jer. Sampailah satu hari tu, Kak Tab, Herba Tihara kata, dia masak Ikan Sos Kicap untuk menu tengahari.

Masak Sos Kicap? Camne tu?  Masak sambal, masak kicap, sweet sour, kari tu biasalah! Emmm....menarik jugak tu! Macam senang dan cepat jer masaknya. Petang tu jugak mak try masak!! Memang tidak mengecewakan weyh!! Terus jatuh cinta!  Bukan dengan menu dia aje, dengan ikan Selar Kuning sekali.... 

Sedap rupanya ikan Selar Kuning ni, goreng garing garing, tumis bawang merah, bawang putih, halia, cili padi, masuk sos cili ye AN, bukan sos tiram hihi....... pastu masuk kicap manis, last sekali barulah masuk ikan. 

Pergh!!!  Licin! Tak de sisa langsung ikan dalam pinggan, dengan kepala kepala ikan mak belasah!!! Krup krap, krup krap macam meow ! Haha....

Monday, 23 November 2015

Mee Tarik Warisan Asli

Salam Isnin.....

Salam cuti sekolah weyh....... Kuranglah jammed hari ni kan....
Sabtu hari tu mak makan Mee Tarik Warisan Asli  kat Bangi. Akhirnya tercapai jugak le hajat Pak Jilapah nak makan. Sebelum ni, pernah beberapa kali jugaklah, lalu depan kedai Mee Tarik ni tapi tak pernah tersinggah. Banyak betul halangannya, ramai oranglah, tak de parkinglah, sudahnya makan tempat lain.

Dah katanya makan dekat kedai mee, wajiblah kena ambik mee, ye dak? Mentang mentanglah Pak Jilapah, yang bayar,  dia ambik dua hidangan ko. Satu Mee Sup, satu lagi nasi apa ke namanya, lupa! Macam paprik kacang panjang daginglah lebih kurang ghupernya. Rasa je lain. 

Ini Angry Bird punya . Mee Basah Xianjing. Satu pinggan mee satu pinggan lauk. Sayur punyalah banyak especially kacang panjang! Rasa ada masam sikit. Penggemar sayur mesti suka ni! Betul kata blogger yang pernah review, katanya kebanyakan menu kat sini memang menggunakan daging sebagai perencah utama! Mak rasa kena tambah satu lagi perencahlah, kacang panjang!Hihi....

Ini mak punya, Mee basah Mushroom and Beef. Rasa dia? Bolehlah.....

Hajat di hati nak jugak rasa sate daging, tapi bila tengok harga, terus tak sampai hati nak order. Tak delah mahal sangat sebenarnya Rm 26 henggit jer. Tapi takut nanti ada orang bising, makan ikut nafsu katanya. Huh....  

Selera orang, lain lain kan , tak gitu? 
Mee dia memang lain daripada mee yang biasa kita makan tu. Dari segi harga mee, memang standardlah harga zaman sekarang ni, Rm 8 - 12 henggit, cuma daging dia kat setiap hidangan tu kurang mewah! Tak puas makan daging weyh! ( nak makan daging lebih, sembelih le sendiri hihi.. ) Maklumlah selera Jilapah katanya, hihi....

Teh Ba Bao / teh herba

Friday, 20 November 2015

Namanya pun, ibu

Salam Jumaat ......

Mengekek mak semalam tau! Entahlah gara gara tengok blog sapa gamaknya. Senang aje, guna tepung kek Vanilla siap yang beli kat Bagus hari tu. Cuma tambah minyak dengan telur aje. Kerja senang, bertambahlah senangnya! 


Si TLBDlah  yang memilih tepung ni, dia tak berapa suka kek coklat katanya, dia nak kek Vanilla. Penggemar kek coklat dalam rumah ni, Angry Bird dengan Pak Jilapah. Si SA tu pemilih sikit, tapi muffin keras kebatun yang mak buat hari tu, macam suka pulak. Katanya sedap. Hish .....aneh sungguhlah manusia dalam rumah ni. Mak pulak? Semua kek, mak belasah! Lagi aneh! Haha......

Namanya pun ibu ek, selagi mampu, selagi reti, selagi ada bahan selagi tak bersawan 'M' boleh je mak tunaikan permintaan mereka. 

Habis tu ? Permintaan mak ni, sapa nak tunaikan??? Kedaiiiii ek?....

Thursday, 19 November 2015

J7 vs Sandal

Salam Khamis ......

Aminnnn, aminnnn ......moga makbullah doa doa korang semalam. Moga kita semua jugak akan kekal bahagia bersama pasangan memasing hingga ke Jannah, insyaallah.....

Maaflah, mak belum sempat sangat nak blogwalking. Bizi weyh..... maklumlah pengantin katanya, haha......

Mak tak masak special pun semalam, masak biasa biasa jer. Kek pun nan hado!! Nak membaking, macam malas pulak! Sawan M kalau dah mai, cenggitulah jadinya haha.....


Buat apalah susah susah bang, hp lama kan boleh pakai lagi ( konon konon baik jer ni, hihi....). Tapi, kalau dah orang nak bagi kannn, terima ajelah dengan hati yang redhoooo gitu. Hihi..... 

Janganlah tanya mak bab bab hp ni, memang failed sungguh!! Dari dulu sampai la, mak memang tak pernah beli hp, semuanya hasil ehsan Pak Jilapah. Pak Jilapah pun macam bini dia jugak, bersawan haha.....Tapi sawan Hp! Terima kasih baby, uwekkkk uwekkk.....kehkehkeh.....

Mak cuma dapat bagi sandal je. Itu ajelah yang termampu.  Mak siap siap buh atas katil ko! Pak Jilapah masuk bilik, balik kerja, SURPRISEEEEE!!!!!....... Ada kotak atas katil. Kotak kasut! Haha.... Kasi chancelah couple kilauan bersuprise di hari Anniversary katanya kehkehkeh....

Rugi sungguh kalau bini cuma surirumah aje ni yek! Dapat hadiah seadanya aje. Redho ajelah bang! Hihi....


Wednesday, 18 November 2015

Happy 20th Anniversary, darling

Salam Rabu.....

Tak jadiklah mak nak betapa sampai tahun depan weyh...... Kang tak pasal pasal mak tua dalam gua pulak hihi......

Mak punya seram dah habis semalam hokay! Malam tadi lena sungguh mak tido korang. Maklumlah penat berjalan petang semalam. Lepas ambik result, terus ronda IOI City Mall, Putrajaya. Celebrate katanya ...... Tak kiralah kan, walaupun keputusan anakanda TLBD  biasa biasa aje hihi.....  Allah kata, itulah yang terbaik untuk dia buat masa ini, so alhamdulilah, syukur.....Tak gitu korang?

Pssst korang..... 
Nak kepohchi ni...... hari ni, Anniversary mak yang ke 20! Alhamdulilah, tak sangka mak, dalam pada ketawa, suka, bergaduh, merajuk, masam muka tu, dah 20 tahun jugak mak hidup bersama dengan Pak Jilapah.....

Pak Jilapah pun dah penuh uban ko. Tapi I loike hokay !! Seksi yo!!! Haha .......Tapikan bang, orang tengok abang, sama jer dari dulu sampai sekarang. Yelah.... dah katanya itu jer hari hari yang di hadap! haha....

Silalah muntah!!!!

Happy 20th Anniversary Darling.....
Semoga ikatan suci kita ini akan terus berkekalan hingga ke Jannah.

Terima kasih kerana menerimaku seadanya,
Terima kasih kerana menyintaiku sepenuh hatimu,
Terima kasih kerana kasih sayangmu membuatku sangat dihargai,
Terima kasih kerana membahagiakanku walaupun mungkin kau sendiri pun tak bahagia,
Terima kasih kerana menjadi pelindungku sepanjang hidupmu
Terima kasih suamiku, khalifahku, kekasihku atas segala galanya.....
I love you.....

Pergh!!!!! Meleleh..... anak dara yang tengah bercinta baca ucapan mak ni hihi......

Gitulah korang, tiada manusia yang sempurna. Kita dijodohkan berpasangan ini adalah untuk saling melengkapi. Tak de rumahtangga yang tidak dilanda badai.Tapi itulah, kekadang kelebihan yang sedikit pasangan kita itu, ada kalanya cukup untuk menutup kecacatan yang banyak...... 

Pak Jilapah cakap semalam, nanti hujung minggu kita makan berdua ek!!! 
Kat mana? Kat Kedai Mamak. Huh!!! 

Psst....Happy Anniversary yang ke 8 jugak buat Qasehnya Rania, moga kekal bahagia hingga ke Jannah jugak ye!


Tuesday, 17 November 2015

Jangan cari mak

Salam Selasa....

Dah, mak tengah seram ni...... Shoh....shoh.....pergi balik!

Mak nak off hp dan tutup blog sampai tahun depan sat lagi. Jangan cari mak!

Babaiiii.....


Monday, 16 November 2015

Aku dan mangkuk cendol....

Salam Isnin.........

Mak balik Muo sebenarnya minggu ni.....
Turun je jambatan Muo, terus hala ke Tanjung Mas, cari cendol bawah pokok. Padahal baru je lepas makan nasi, huh! .... Kita salahkan ajelah hormon budak ni, sebab ini permintaan dia! Hihi...... Mak memanglah dah kenyang mula mula tu, tapi yang peliknya, sampai je gerai cendol tu, automatik tak kenyang pulak dah haha.... memang dasar sungguhlah hormon mak ni ek!!  

Kata je entri cendol, tapi sebijik cendol pun tak nampak haha.... Mangkuk cendol, pun jadiklah ek.... 

Sabda Nabi...... '9/10 rezeki adalah datangnya daripada perniagaan'. Tak payah nak tanya bila mak nak meniaga hokay!! Buang karen....

Maafkan ajelah, sebab mak tengah sawan selpie tengok bawah hihi.....Haih!! Pening pulak lelama mak nengoknya



Friday, 13 November 2015

Mengepai kita.....

Salam Jumaat penuh barokah korang.....

Weyh.... mak nak bagi tahu ni, semalam mak dah rasmikan Tart Pan yang baru beli tu. Eleh.....tak percayalah tu! Makcik jangan berani berani nak mendown gradekan keupayaan mak hokey!!  Eleh..... cakap ajelah makcik jeles sebenarnya kannnn!!! Hihi.....

Beef Pie
Bukti buat sendiri!!! Sebab tulah selekeh!! Haha..... Al maklumlah mak ni cincai bocai orangnya. Nasib baiklah Pak Jilap nak dengan mak haha........

Beef Pie
Mesti kena gelak dengan Kak Nooriah Abdullah ni .... Ada hati jugak orang tu nak buat pattern tiko kat atas tu Kak Noor hihi......Tak payahlah nak selet telur kuning bagai, sebab telur mak dah habis stok!

Beef Pie
Beef Pie
Udah siap.... meh le  kita kenduri anak beranak! Haha.....
Eh, jap......jap.......


v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Selamat berhujung minggu korang.... kikiki.....

Thursday, 12 November 2015

Cik Hayati Ghazali

Salam Khamis korang.......

Cukup cukup sudahlah bersuap suapan dikhalayak ramai. Kang korang, korang dan korang menyampah pulak. Jiran sebelah rumah tak usah cakaplah, double triple dengkinya dia tu hihi.....Tambah lagi bila baca komen Cik Anonymous,  Hayati Ghazali tu..... tambahlah korang muntah muntah, fengsan bagai, risau pulak mak tak de pengomen nanti ! Hihi....

Terima kasih yer Cik Hayati Ghazali atas komen yang buat mak over perahsantan dari semalam sampai hari ni. Psstt..... awak tak ada blog ek?

Janganlah terpedaya sangat dengan gambar yang ada tu Cik Hayati oiii, semuanya menipu. Dalam gambar, memang le tak nampak kedutan yang ada, cuba tengok dari dekat !!  Barulah percaya agaknya mak ni dah warga kilauan hihi..... Udah, jangan puji lebih lebih ye Cik Hayati! Kang perahsantan mak ni sambung esok pulak hihi.....

Ni ha mak nak tunjuk apa yang mak beli kat BAGUS hari tu. Bukan main lagi kan .... Tart Pan ko!!!.... Teringin nak mencuba Chicken Pie macam Kak Nooriah Abdullah tu sebenarnya. 

Maklumlah..... semangat membaking betul betul membuak, sejak dua menjak dah pandai buat pizza sendiri ni......hihi


Wednesday, 11 November 2015

Pre Anniversary katanya

Salam Rabu korang......

Semalam Pak Jilap ajak makan sate Hj Samuri sebelah stadium Kajang tu. Gara gara tengok sate kat mana tah Pak Jilap tu...... Laki bini sama jer, pantang tengok makanan, udah ngences hihi.....
Penuh orang jugak semalam. Orang ramai cakap Sate Willy lagi sedap daripada sate Hj Samuri, tapi sampai sudah mak belum pernah rasa Sate Willy tu. 

Lepas makan pusing pusing Metro Point. Metro Point tu manalah ada apa apa. Nak cuci mata pun tak puas weyh! Tapi dah orang bawak kan, ikut ajelah. Boleh singgah BAGUS sekali. Elaun pun dah masuk hihi...... ( Lambat betul elaun masuk bulan ni, macam buat buat lupa jer hihi.....) 

Lepas tu singgah Resepi Rahsia. 
Kata Pak Jilapah, ni pre Anniversary ....... Pre Anniversary tak boleh makan banyak, 2 potong kongsi 4 orang, sudah! Nanti gaun pengantin tak muat! hihi..... 


Hish.....ngengada sungguhlah couple kilauan ni, nak main suap suap pulak ek.........


Tuesday, 10 November 2015

Kambing Panggang Lada Hitam

Salam Selasa.....

Amboi koranggggg..... bukan main lagi ye mengata mak semalam. Katanya mak bizi mengemas sempena Deepavali. Sebenarnya mak tak perasan esoknya tu Deepavali pun kikiki..... Kebetulan pulak ek!! Yang pasti bukan tukar sofa baru ye Ibu Lala, sofa lama, cuma ubah kedudukan aje.

Korang ingat mak ni kerja chop duit ke apa???? Agak agaklah nak tukar pun, tunggulah Hari Raya tahun depan ke, barulah meriah, semua serba baru gitu......

Sempena Deepavali ni marilah mak tempek Kambing Panggang Lada Hitam yang mabeles. Kambingnya mak beli dengan jiran mak. Siap perap. Nak tunggu beli kambing perap sendiri, entah bilalah pulak. Padahalnya bukan susah pun kan....

Mak cuma campak dalam Pemanggang Ajaib Umialya jer.

Tulah tu...... pompuan kilauan yang satu ni, tulah dia masalahnya, cepat betul terpengaruh!  Dasar sangat kan!!! Yelah, dah kawan tu duk post kambing panggang tiap tiap hari, lelama mak jadi teringin lah pulak weyh.....

Tapi, bab bab kambing ni, Pak Jilapah pun suka sebenarnya, so oklah ..... Taklah mak ni terasa 'dasar' sangat hihi....

Korang ni kan...... melampaulah kalau coleslow pun mak nak order. Mak buat hokay!! Sanggup pergi AEON sekali lagi demi nak membeli bahan coleslow tu tau.


Zaman sekarang ginilah, RM50 henggit sekali hadap jer....

Monday, 9 November 2015

Bila mak jumpa spesis

Salam Isnin.......

Bila Mak Jilapah jumpa spesis, sawan pun mai hihi....


Dah..... Mak sado nak ubah sofa, jangan kacau!!! Sakit pulaklah mata tengok kedudukan sofa buruk mak dah lama duk statik tak berubah..... 

Friday, 6 November 2015

Jangan lupa aku Hanisah

Salam Jumaat yang barakah....

Mak baru lepas pekena Nasi Kerabu dengan anak dara dua orang tu. Mewah mak hambik lauk hari ni ko, Nasi Kerabu telur masin dengan gulai ikan Tongkol sebab Pak Jilapah tak de hihi.....  

Anak dara tu sejak habis pereksa ni, on off sesaja sekolahnya. Huh....
Pas tu sebok mengajak mak pergi rumah kawan dia nak hantar something. Tulah ....monteng lagi!

Kisahnya, hari ni, kawan si TLBD nak pindah ke Indonesia. Mereka berkawan sejak dari darjah 1 lagi. Mula mula sekelas lepas tu berpisah kelas. Yang maintain kelasnya, budak tu. TLBD ? Semakin menjauh hehe....

Inilah Hanisah..... kawan baik dia yang akan berpindah tu. TLBD selalu cakap Hanisah ni baik orangnya, pemurah dan sangat memahami. kesian anak mak, sorang sorang geng baik dia pindah huhu...... 

Gitulah dik,  kawan yang baik, akan sentiasa di sanjung dan diingati.



Mak pulak yang emosional baca kata kata kawan dia tu huhu......Sedihnya...

Ni pulak geng HAE dia. Gandingan nama dia bertiga katanya ..... lebih kurang macam Athirah Zain yang ada geng PERKATEK dialah ni hihi.... macam macam budak budak sekarang ni kan....

Thursday, 5 November 2015

Umialya dan salam alamaya

Salam Khamis .....

Entah bilalah nak merealisasikan impian mak nak buat Egg Cheese Muffin agaknya..... Bukan apa, maleh tau nak kena bangun pepagi subuh Sapie tu. Kita buat benda yang senang, udahlah weyh......... 
French Toastlah sangat katanya ....

Nak lagi cepat, kita campakkan aje dalam Pemanggang Ajaib Umialya ni. Alahai.....mak tengok Pemanggang Ajaib ni, dan dan tu mak terus rindu dengan orang yang bagi tau. Rindu dengan cerita cerita Cameron Highlandnya, rindu dengan keletah budak kecik Alya yang comey ni. 

Umialya ni kiranya antara sahabat alamaya yang terawal mak kenal. Yang jadi rajin ke blog dia ni pada mulanya sebab nak kumpul banyak komen, nak dapatkan cenderahati hihi......Sebab Umialya ni pemurah orangnya tau! Yelah.....korang sanggup ke nak bagi mak Pemanggang Ajaib!!!! Sure tak sanggup kan hoho....

Mula mula berblogging dulu, tujuan utama pun tak matang, nak banyakkan follower blog, sekarang ni tak delah matang sangat pun, entah bila mak nak matang pun tak tahu hihi..... Setuju tak dengan mak, sebetulnya follower tak delah penting sangat, yang lebih penting, adalah pageview dan heret orang datang komen blog kita. Alah bialasah newbieeee kan masa tu, sawan jakun tu memang tinggi hihi.....

Tulah tu...... seiring dengan masa, kengkawan alamaya yang dulunya aktif, sorang demi sorang dah semakin menjauh dari kita. Adalah halnya tu kot. Apa pun, walau dimana korang berada, korang tetap sahabat yang pernah hadir dalam alamaya mak.....

Sebelum terlupa nak menyampaikan salam 'Assalamualaikum' daripada blogger Herba Tihara dan Izan Mama Mia, kepada Kanda Zakie Purvit, Kak Ton dan blogger Tata. Kalau ada yang rindu dengan mereka berdua, meh nak bagi tahu, depa tu bukan sahaja sihat sihat, segar bugar, malah cantek dan comey semuanya macam kucing Parsi hihi......Maklumlah tak payah dah nak mengarang entri lagi hihi....


Wednesday, 4 November 2015

Windmill - Sempat lalu kat usus je

Salam Rabu .....

Ni ha mak nak sambung cerita pasal makan kat Windmill yang mak kata sempat lalu kat usus je tu.....

Tulah ......niat asal nya memang nak makan Tomyam je. Dalam kepala mak dah terbayang Ikan Siakap 3 Rasa, Sotong Goreng Tepung dengan Kailan Ikan Masin. Makanlah kat mana mana gerai tomyam tepi jalan tu ha. Tapi tulah, memandangkan perjalanan yang ambik masa 'lamalah sangat dan sunyi' sepatah kata Pak Jilap tu, maka kitaorang decide makan dalam AEON Klebang jer. Banyak pilihan restoren je dalam AEON ni, tapi tulah macam tak biasa, tetiba datang sawan bingung pulak nak pilih yang mana satu hihi.....

Sudahnya kitaorang masuk Windmill jerlah. Sebab tak pernah try restoren ni, Lagipun, nampak macam menarik jer promosi banner kat depan restoren tu. Dapat free, ice lemon tea, aiskrim dan sup cendawan untuk setiap hidangan promosi.

Dalam duk belek belek menu tu, hajat nak makan steak, tapi seram pulak tengok harga yang mencecah  hampir separuh seratus tu. So batalkan ajelah niat murni tu ye mak.

Pilihan anakanda SA..... 

Chicken Grill
Sizzling Thai Fish
Beef Stroganoff
Beef Stroganoff tu mak dengan anakanda AB punya.... 
Sekali pandang macam daging masak lemak, tapi bila rasa sos dia tu, rasa macam kuah spaghetti. Bolognese makan dengan nasi mentega gitu.... Ada bran? hihi.... Sebenarnya rasa dia not bad cuma kuantiti dia tu macam tak berbaloi dengan harga, RM21 henggit. Maklumlah perut mak ni spesis ikan paus hihi......

Aiskrimnya pun sama, taulah benda free. Sekali Mak Jilapah jilat, terus licin ... hehe.....

Itu ajelah kisah 'sempat lalu kat usus' mak.
Kalau cenggini, nak jadi lemak pun tak sempat sepatah kata bezday girl, Mia Kassim.... hihi.....


Tuesday, 3 November 2015

Jalan AEON Klebang

Salam Selasa sahabat ......

Bila makan sedap kat sini, teringat anak bujang kat sana yang hari hari makan nasi lauk ayam goreng, tak ayam goreng, telur dadar. Dua tulah yang dipostnya hari hari. Nak tambah lauk lain, mahal katanya. Baguslah bang, bawak bawaklah berjimat hihi.....    

Tulah tu, nak kata adun, bukan, tapi bizinya kalah menteri. Hujung minggu memang penuh aktiviti! Minggu ni dah giliran tidur rumah mami, dua minggu sudah, dah balik kampung, so cuma seminggu ajelah dapat bersantai santai buat aktiviti sendiri. Mak OK jer, tapi kesianlah Pak Jilap tu, tua atas jalan rayalah nampak gayanya hihi....

Alang alang dah dekat Ipoh, kita buat lawatan mesra ke AEON Klebang yang baru bukak tu le. Gigih Pak Jilap google map, nak pergi punya pasal katanya, sebab yang lebih nak ke sininya bukan mak hokey!!! Mak OK je, pergi boleh, tak pergi pun boleh, lepak kat Sri Iskandar aje pun boleh, tapi bila dah pergi nanti jangan sesekali nak menyekat keghairahan mak cuci mata tau! .....

Besar jugak AEON Klebang ni tau. Tempat selfie pun banyak. Mak bukan boleh nampak tempat selfie ni, tetiba sawan selfie mak mai tak boleh di kawal hoho....

Ko hado selfie dengan dolphin? haha......


Syukur, alhamdulilah dengan nikmat Mu, Ya Allah yang masih memberi peluang kepadaku untuk menikmati hidup berkeluarga begini.....
  
First time masuk Windmill..... tapi yang tak bestnya, bendanya sikit, macam lalu kat usus jer huhu.....



Monday, 2 November 2015

Selamat Jalan sahabatku

Salam Isnin.....

Runtunnya jiwa bila diberitahu jiran mak, telah pulang ke rahmatullah malam tadi...

Kata jiran sebelah rumahnya, anaknya bagitahu, malam tadi kat hospital, arwah sesak nafas, setengah jam lepas tu arwah meninggal. Arwah memang ada sakit kanser payudara. Baru je operation untuk kali kedua, 3 minggu sudah. Teringat lagi riak muka ceria dia masa menyambut mak kat hospital hari tu.  

Ko okay Na?
Okay mak......Ni ha selagi air ni tak kurang 30ml aku tak boleh keluarlah mak.... Aku dah boring dah duk sepital ning. Nanti kalau aku dah balik rumah, aku nak suruh mak aku buat Nasi Dagang kita makan makan ye mak...... 

Masih tergiang giang kata kata dia yang slang Ganu kat telinga mak ni. 

Walaupun baru setahun mak dan jiran jiran mengenali arwah, tapi keramahannya membuatkan macam dah lama kami kenal dia. Arwah memang sangat positif orangnya. Baik hati, rajin masak dan rajin bagi mak kuih. Puaslah mak makan kuih hasil air tangan dia masa bulan puasa hari tu.

Tema Hitam Putih . Beriya arwah nak tema ni masa Marhaban Raya hari tu
( Arwah no 4 dari depan )
Selamat jalan sahabatku ......kembalilah kau menghadap Penciptamu dengan jiwa yang tenang lagi diredhoi....  Alfatihah buat mu sahabat!