Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, 29 December 2015

Mak tengah sawan Mee Celup

Salam Selasa weyh.....

Nak berkongsi makanan yang mak tengah sawan kalau pergi kedai ni. 

Maggi Celup!


Kedai Tom Yam area rumah je pun. Sampai naik seganlah mak kekadang hihi..... Kalau balik dari kampung ke, balik dari mengukur jalan ke, kalau belum makan, memang kedai nilah yang mak tuju. Nampak sangat malas masak ek hihi..... 

Rasa dia macam ada rasa masam masam sikit, macam Sup Siam tu, tapi ada jugak rasa pecal pecal sikit. Dapat tak bayangkan macamana mabelesnya rasa dia tu?

Sayur dalam kuah dia tu pulak, ada kangkung dengan taugeh lepas tu ada hirisan daging dan ayam.

 Pergh!! Memang sedap wey! Macam malas pulak nak masak petang ni hihi....

Agak agaknya rasa Mee Celup korang sama tak dengan Mee Celup mak ni?

Monday, 28 December 2015

Port Dickson pun jadiklah....

Salam Isnin sahabat sahabat alamaya yang dikasihi....

Hari ni Tuan Anas dah masuk kerja balik setelah 10 hari bercuti sejak minggu lepas. Mak, macam biasalah..... kalau Pak Jilap cuti, mak pun bercuti blog jugaklah, mana boleh bermaharajalela layan blog sesuka hati, kang ada yang kena kecam kang haha.....

Bercuti bukan main panjang lagi, tapi tak ke mana pun. Teringin sangat nak ke Terengganu sebenarnya. Teringin nak makan kopok Leko, makan Sata panas panas tepi pantai. Teringin jugak nak makan sotong celup tepung!! Pergh!! Tetiba kemecer weyh!

Tulah..... kekononnya takut banjir tengah jalan. Nampaknya, sampai sudah, steady jer Pantai Timur ek...... Tak perlah bukan rezeki mak nak ke sana tahun ni. 

Layan Pantai Port Dickson pun jadiklah......


First time mak stay kat Avillion Admiral Cove ni. Nasiblah masih ada bilik kosong. Maklumlah suka booking last minit kan. Padanlah muka! 

Riki jugak Hotel Lexis, Grand Lexis, Lexis Hisbiscus, tapi bukan nak bookinglah, nak ambik aura jer hihi..... Kalau stay kat situ, mau mak tak keluar bilik weyh hihi.....

Bilik besar, katil besar. Muatlah kami 4 orang Jilapahs ni hihi.... 

Kalau tak silap, rasanya jiran sebelah rumah mak, selalu stay kat sini. Tak nampak pulak kelibatnya hari tu. Kalaulah terserempak, memang nak kena peluk minah sorang tu hihi....

Entah kenapa kapel tu.....yang pompuan duduk menyenget lain macam jer nengoknya ! Hihi....

Tuesday, 22 December 2015

Mereka, akan jadi milik orang

Salam Selasa .....

Mak belum jahit lencana ni weyh! 

Camne nak menjahit kalau asyik duk tengah jalan raya jer hihi...... Baru baru ni melawat anakanda SA. Sebulan lebih jugaklah tak berjumpa. Dia tengah bizi dengan projek dan final exam sekarang ni, tapi apa mak kira, dah rindu katanya hihi..... 

Sebenarnya nak bagi mereka campur adik beradik selain bawak makan dan bergader gader satu family.  


Dah besar rupanya anak anak mak huhu....
Ni yang nak sedih ni.....

Akan sampai satu masa nanti, mereka bukan lagi menjadi milik kita sepenuhnya, mereka akan menjadi milik orang .....

 

Thursday, 17 December 2015

Rasanya kurus 2 kilolah semalam

Salam Khamis korang.....

Malam tadi Tuan Anas ada dinner,  dinner dengan Perodua Vendors.  Mak memang suka kalau Tuan Anas ada dinner ni sebabnya tak payah nak masak sangat hihi.....

Setakat tekak tekak kami ni apalah sangatkan. Curah apapun, jalan hihi...... Tapi tekak si TLBD tu lain sikit, makan nak ikut time sesaja! Huh...... 

So, semalam mak memang masak sup Shark Fin jer, faveret dia katanya kan. Sampai ke malam dia duk ulang hirup sup jer mak perhatikan hihi..... Pas tu makan roti sapu Nutella. Yang sorang lagi, makan roti dengan telur.  Senang sungguhlah kerja mak semalam! Mak apa lagi! Terbongkang atas sofa sambil pegang remote TV lah hihi....

Tapi sebelum tidur malam tadi, terasa pedih jugak perut mak ni weyh! Lambat betul nak menunggu pagi..... Maklumlah sehari tak tengok nasik kannnnnn hihi....Rasanya dah kurus 2 kilolah semalam! Keh...keh....keh....

Tapikan....tapikan.... mak nak makan Nasi Kerabu kejap lagi ni. Dari malam tadi dah terbayang Nasi Kerabu dengan solok lada, daging bakar, telur masin...... nyum ...nyum.... telan air liur mak weyh!

Berbalik kisah dinner Tuan Anas tu, kami yang kat rumah ni beriyalah menunggu penuh harapan, kotnya Tuan Anas dapat Lucky Draw 1st prize, dapatlah jugak bercuti ke mana mana ..... 

Sampai sampai rumah jer, Pak Jilap hulur kotak kecik ni jer weyh.... hampa sungguh!



Huh....yang beli sendiri pun ada lagi kat atas almari tak berusik. Tapi tak perlah, lepas ni sorang satulah mak laki bini menebuk dinding haha...... 

Nak ambik tender Drill dinding ar .....hihi

Wednesday, 16 December 2015

Serunding Ikan

Salam Rabu .....

Rezeki datang lagiiiii.....
Terima kasih mak sebab sudi mengirimkan Serunding Ikan kepada ambe. Semoga Allah memberikan rezeki dan kesihatan yang baik kepada ko sekeluarga mak. Kalau nak tau kenapa mak dapat serunding ikan ni, silalah baca entri ni yek. Dah rezeki mak katanya hihi ..... Jangan jelessss

Dapatnya petang semalam, malam tu jugak mak bedal dengan bubur hihi..... Dasar gelojoh!! Nak buat macamana hihi.... 

Chef yang buat cakap, Serunding Ikan dia ni terlebih masin..... Tapi mak rasa OK jer, sedap jer! Eh! Takkan lah pulak lidah mak dah menopouse kot haha......Hish korang ni! Agak agaklah nak mengumpat mak pun! ..... 

Dah dah..... mak nak bersiram dulu, barulah boleh blogwalking dengan tenangnya. Siapa siapa yang berhajat nak order Serunding Ikan, pergi cepat blog Chef Nor Azimah, sebelum dia tukar fikiran. Sambil sambil tu bolehlah jugak layan tazkirah, kan mak!!!....  

Asam Garam Kehidupan


Friday, 11 December 2015

Dan air mata kami pun gugur

Salam Jumaat.....

Mak selamat sampai KL semula hampir pukul 12 tengah malam korang. Hari ni mak nak balik kampung pulak. Macamanalah Tuan Anas ai tak tua tengah jalan kalau cenggitu hihi....


Alhamdulilah..... Pak Jilap dapat menunaikan hajat mami melawat adiknya walaupun mami sendiri pun bukannya sihat sangat. Jalan bertolak, makan pun bersuap. Agaknya, demi adik yang conditionnya sangat kritikal, mami pun jadi kuat kot. 

Mak singgah jugak makan tengahari kat Restoren Singgah Selalu sebelum bergerak melawat makcik kat KPJ tu. Abah siap tinggalkan tongkat kat situ lagi hihi... 


Lama jugak mak tak ke JB. Macam macam benda yang dah bertambah. Lalu kawasan istana, terasa jugak mak sayunya.


Buat makcik yang baik hati, yang menjadi tempat Pak Jilap meminta pertolongan masa dia belajar satu ketika dulu, saya doakan semoga makcik akan cepat sembuh ye. Tiada yang mustahil dalam dunia ini dengan izinNya makcik. Yakinlah..... dan kuatkanlah semangat, ye makcik! 

Dan air mata kami pun gugur..... ( Yang ini serious, mak tak berlakon! Huhu.....)

Thursday, 10 December 2015

Udah, mak nak sambung berlakon!

Salam Khamis.....

Hari ni mak bermusafir ye korang..... Bukan bercuti, tapi melawat makcik Tuan Anas yang sakit di Johor Bahru.....

Psst.... mami ngan daddy ada sekali ni, anak anak dara tinggal! Maklumlah kereta tak berapa mengizinkan nak bawak reramai.

So, mak kena berkelakuan baik sepanjang hari ini ye. Sekian terima kasih hihi....

Weyh.....akhirnya mak dapat dah merasa Sate Williy yang ramai orang sebut sebut tu. Makannya sebelum nak masuk I-City hari tu. Kat luar luar tu kan banyak kedai makan. Kebetulan pulak nampak Sate Willy Shah Alam. Apa lagi, teruslah terjah.....


Ok .....setuju, setuju.... memang lebih terasa rempahnya kalau nak dibandingkan dengan sate lain. Kalau kuahnya, Tuan Anas lebih suka kuah sate yang satu lagi tu. Yang mana satu? Yang tuuuu, yang femes kat Kajang tu hihi.... Kepada yang belum tahu, yang tu dah ada delivery tau. Ha! Ganas tak ganas ? Sate pun dah ada delivery. Sama standard dengan Pizza ko....


Setakat makan sate, mana kenyang mak weyh,...... macam tak biasa dengan selera Jilapah mak ni hihi.... Ni ha mak makan Nasi Kak Wok katanya. Rm6 henggit sekali dengan air. Ada sambal belacan, ayam goreng kunyit, timun dengan kuah gulai. Alhamdulilah.....


Udah..... mak nak sambung berlakon......

Wednesday, 9 December 2015

Ni bag ke emas ni?

Salam Rabu.....

Ni cerita minggu baru ni jugak, Sabtu tu, mak pergi I-City, Ahad tu mak gi Midvalley pulak hihi....... Memang dasar pengukur jalan sungguh kan, manalah tak sakit kaki!!! Hihi....

Mak kalau gi Midvalley biasanya cuma jalan jalan jer. Cuci cuci mata katanya. Jemu weyh asyik duk ulang alik AEON depan rumah jer. Nak jugak pergi shopping mall jauh dari rumah, walaupun bukan menyoping pun. Kalau The Garden, sebelah Midvalley tu lagilah, semuanya butik butik mahal, sama standard dengan KLCC, Pavilion. Mak, paling kuat pun masuk AEON jerlah, tu pun beli yang Flat Price, tak pun yang discount 70% hihi....harga mampu milik katanya....

Tapi, tak semua jugak yang mampu milik kat AEON tu weyh, macam bag ni.....

Mak aiiii....!!! Ni bag ke emas ni? Konpius mak tau! 

Ni standard beg anak Tuan Anas Mikael ni, Tuan Anas Jilapah? Beg yang biasa biasa sudahlah dik oiiii..... Mau setahun puasa kalau pakai bag ni haha.....

Tuesday, 8 December 2015

Kaki macam nak patah!

Salam Selasa yaaaa sahabattt....

Kalau ada yang nak mencari mak, tak payahlah cari mak kat rumah hujung minggu yek. Memang tak akan berjumpa! Silap silap jumpa kat shopping mall hikhikhik.....

Minggu baru ni, si TLBD mengajak ke I-City. Memang dah lama pun tak ke sini. Last pergi entah tahun bila. 

Tapi dia nak pergi waktu malam. Mak aiiii......camne tu? Masa keluar rumah tu baru pukul 10 pagi! Banyak tempat tu kita boleh pusing pusing dulu bang! Kebetulan pulak Pak Jilap lalu highway apa ke nama tah terus sampai ke Teluk Panglima Garang. Memang cantek sangatlah.....

Haih......alang alang dah sampai Klang, marilah kita singgah AEON Bukit Tinggi dan GM Klang tuan! Hihi...

Barulah mak tau ...... Cenggitu rupanya GM Klang, selalu dengar cerita orang jer. Manusia, tak payah cakaplah, masyaallah......memang ramai! Kalau ada barang yang nak di cari, mungkin bestlah kot, tapi mak ni kan, tak de tujuan, so kurenggg sikitlah. Nak beli brooch, dah banyak brooch, nak beli seluar, baru beli seluar kat AEON Bukit Tinggi sebelum ke sini tadi.Teringin jugak nak beli carpet yang lembut tu, tapi kalau rasa teringin nak kena marah dengan Tuan Anas, silalah beli ! Hihi.... Si TLBDlah yang untung. Dia dapat beli LEGO kecik kecik cenggini.

Sampai petang jugaklah mak kat area Klang ni, baru bertolak ke I-City.  Kaki jangan cakaplah...... macam nak patah! Sakit sampai sekarang weyh! Bayangkan ajelah dari pagi sampai ke malam berjalan ditale dengan budak budak ni! Aduhhhh......

Lepas maghrib baru masuk I-City. Mak tak main apa pun, cuma naik Ferris Wheel. Jadilah buat patut patut main sebab dah sampai katanya hihi....

Nak masuk Red Carpet macam mahal je. Sawan kedekut mak ni, bagus tau, pandai dia sampai tepat pada masa yang sesuai hihi.....Alah..... setakat nak bergambo dengan Queen Elizabeth, tak perlah Queen, lain kali ajelah hihi...... 

Kita tengok dari luar, sudah!!! Hihi....

Saturday, 5 December 2015

Jiran jiran solehahku

Salam Isnin...
Blues ke hari ni? Dah... dah..... tak payah ngengada nak layan blues sangat! Cuti sudah, shoping sudah, apa lagi mau? Pergilah buat kerja......
Ni kisah hari Sabtu baru baru ni, dalam pada mak tengah leka basuh pinggan kat dapur tu, tetiba macam ternampak kelibat orang kat tingkap dapur. Macam dengar suara orang! Berdebar jugak mak tau, kotnya penyamun ker.... 
Laaaa...... rupanya jiran mak hantar roti. Ni bukan jiran sebelah rumah tau, tapi jiran belakang rumah selang sebaris. Ha.... dapat agak tak korang, kedudukan geografi rumah dia kat mana tu?


Masyaallah..... rezeki di pagi hari! Dahlah memang belum buat sarapan pun. Apa lagi..... mak terus belasah le 2 ketul! Terus tak payah buat sarapan! Harap harap Tuan Anas dah kenyanglah sarapan kat surau hihi..... 

Pergh!!! Memang sedap Normi, lembut, sebijik macam roti bakery La Bahome Aeon weyh! Tak sia sialah hang pi belajar buat roti hari tu!

Dua ketul nilah yang mak belasah. Faveret mak tuuuuu, Read Bean....


Nilah dia Tuan Rotinya.... yang sorang lagi tukang perabih haha.....


Petangnya pulak sorang lagi jiran mak yang balik dari umrah bagi kurma, kismis, peach, coklat dengan air zam zam....


Alahaiiii .... seronoknya dapat tengok gambar dia kat sana. Bilalah agaknya mak nak sampai sana......


Bersyukur sangat dikelilingi jiran jiran yang baik macam korang! Terima kasih jiran jiran solehahku. Moga korang sentiasa dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik!

Friday, 4 December 2015

Jemput makan Tuan Anas Jilapah

Salam Jumaat yang barokah.....

Dah habis pun cerita Tuan Anas Mikael malam tadi huhu......Satu satunya cerita berepisod yang mak sanggup layan tiap tiap malam tau. Dengan Pak Jilapah, Pak Jilapah sekali mak ajak join hihi.... Mak suka sangat tengok gandingan hero dan heroinnya. Aaron Aziz dan Zara Zya. Suwit sangat weyh. Tetiba pulak macam terasa rasa ada aura Tuan Anas dalam rumah ni, Tuan Anas Jilapah hikhikhik....

Si Angry Bird dah start tuition malam tadi setelah off sebulan. Tution pun ada cuti jugak weyh, ingat tak de! Yelahhh cikgu pun nak berjalan jugak, ye dak? Takkan nak asyik mengajo anak orang hihi..... Dia request nak bawak something kat Cik Ujie aka cikgu Tuition. So mak buatkanlah kek coklat petang semalam. Katanya pakar sangat kannnnn....... haha....


Budak perempuan ni lain sikit daripada budak lelaki. Kalau budak lelaki tak maunya dia bawak bawak cenggini. Si SA dulu, duk sekolah Teknik, tak maunya dia bawak apa apa pun, malu katanya. Tak mau sudah, ibu pun malas nak buat huh......


Udah gasak ko, apam tergolek golek dalam pinggan haha.....
Ni pun hasil keras tangan mak semalam. Kuih Apam gula melaka. Kuih faveret mak dan seluruh family ni. Satu lagi kuih faveret, terutamanya Tuan Anas Jilapah, kuih Kasuwi! Haih!!! Ingat Cik Ayu Maisara jer ke yang pandai jaga selera Tuan Anas ?? Ni ha, Cik tak berapa nak Ayu pun rajin jugak tau jaga selera Tuan Anas Jilapah haha.....

 Kalau banding dua kuih tu, mak lebih suka kuih Apam, tulah pasal mak buat kuih Apam semalam hihi..... Yelah, selera tukang masak wajib didahulukan katanya, barulah tukang masak boleh buat dengan penuh kasih sayang haha... 

Tapi tulah, simple jer resepi Apam Gula Melaka ni sebenarnya, yang lecehnya nak kena tunggu dia naik tu lama sikit, baru boleh dikukus. Jenuhlah weyh ...... Dahlah mak ni memang bukan penyabar sangat orangnya hihi..... Tak payah nak kena tunggu tunggu ni boleh tak?

Jemput makan Tuan Anas Jilapah......sambil senyum dan kelip kelip mata gedik, twing! twing!

Thursday, 3 December 2015

Kalau ibu malas masak, order Pizza jer

Salam Khamis korang.......

Dah 4 hari mak patah kaki ni..... Bukanlah kaki mak patah, na'uzubillah weyh......tapi kuda besiku masuk workshop! Kemek!


Kemeknya, tak delah teruk sangat, tapi dah jiran sebelah yang terrrrr......langgar, so dia dengan rela hati nak betulkan kat workshop anak dia katanya. Mak OK jer, tapi tulah...... tak boleh kemanalah mak ni.

Tengahari semalam memang dah planned tak nak masak, sebabnya, bubur lambuk dengan sup ayam petang semalam masih ada lagi. Cukuplah kalau setakat untuk tekak si anak dara berdua tu. Tekak mak, belasah apa yang ada pun bolehhhhh hihi....Tapi si TLBD pulak tak mau katanya. Nak makan lain! Huh! geram betul mak! Kalau ibu malas masak, order pizza jer bu! Cheh!!! Senang betul hidup budak budak sekarang ni kan....

Katanya anak bongsu kan, meh le kita ikut kata dia kali ni haha......Apa lagi!!! Mengorder Pizzalah mak! Rupanya si Angry Bird puasa ganti, so mak kenduri berdualah dengan TLBD....

t

Order online jer weyh, tak call pun! Senang betul hidup zaman sekarang ni kan. Emmmm....

 Roti pintal cinnamon tu sedap weyh, lembut. Tak sempat nak cicah dengan mushroom sup. Makan begitu saje. Kalau walk in, selalunya mak makan pizza ajelah, jarang ambik additional meal ni. Mini drumstick tu pun mabeles weyh. Ehhhh ...... semua sedaplah, senang cerita!! Hihi...... Perut tengah lapar kan!!


Wednesday, 2 December 2015

Dah sampai masanya.....

Salam Rabu.....

Ginilah rutin mak 2 - 3 hari sekali..... panaskan engin kuda hitam yang hampir jadi tukun kat depan rumah ni.... Maklumlah kuda tua, uzur pulak tu kenalah buat fisioterapi selalu hihi....


Kalau ikutkan sejarah pembelian, sebenarnya kereta ni si TLBD yang suruh beli masa dia kecik dulu. Sebok suruh beli kereta beso, kereta beso. Bila dah anak bongsu cakap bestnya ada kereta beso, maka maknya  pun apa lagi, ambik peluanglah haha.....Teringin jugak mak nak naik kereta beso sebenarnya haha..... Yang jadi mangsa tentulah Pak Jilapah, kena bayo hutang! 

Nak beli Estima ke Alphard ke, tak mampu........ so apa yang mampu jerlah kita rembat hoho...

Masa tu memang kena cari kereta beso pun, masa tu anak anak pun masih kecik, mak pun ada maid, kalau ada kereta beso, nak balik kampung, nak bawak mak bapak agak selesalah ....

Mak beli kereta ni bukan baru ye korang, second hand jer. Faham fahamlah kalau beli second hand, banyak jugak yang nak kena betulkan masa awal awal dulu. Yang paling menyeramkan bila engin kereta masuk air.... Teh Tarik orang panggil! Pergh!! Berpeluh mokcik tau masa tu!!! Bukan sikit punya duit nak keluar! Tu belum lagi kisah rosak yang lain. Pendik kata memang kuat makan duitlah kuda hitam ni! Tapi, dah alang alang menyeluk pekasam katanya huhu.....

Tapi tulah......kalau dari segi keluasan, memang superb! Masing masing boleh terbongkang dalam kereta termasuk mem kilauan hihi....

Dan......dan.... setelah bersamanya 7 tahun,  mak dan Pak Jilap rasa dah sampai masanya nak melepaskan dia pergi. 

Korang rasa macamana???? Jangan pulak suruh mak beli kereta beso lain ye.... memang tak de bajet weyh!!!

Yelah, kalau mak simpan pun, banyak yang nak kena betulkan jugak tu. Mau makan duit lagi tu!! Baiklah mak guna duit tu untuk pergi umrah. Cukup cukuplah dengan kereta yang ada, kuda besiku.....ohhh.....

Dah kebetulan abang mak tak habis habis mengecek nak beli, eloklah mak bagi huhu...... Harga jangan cakaplah! Memang jual kati jerlah hoho..... Kedai pun belum tentu nak pandang yek ....

Tuesday, 1 December 2015

Telur Separuh Masak

Salam Selasa.....

Mak ingat nak buat Roti Jalalah kejap lagi...... teringin pulak weyh! Kari ikan lebih semalam, ada lagi tu! Pergh!!! Bendanya belum ada, tapi mabelesnya mak dah dapat rasa ni... Mak memang jarang buat roti jala ni. Rasanya dah berbelas tahun jugaklah tak menjala. Selalunya buat lempeng jer. Senang ! Hihi.... 

Balik dari rumah PIL hari tu, Pak Jilapah terus masuk lencongan ke IOI Mall. Yeayy......dapat jalan jalan! 

Perut mak pulak bila masuk mall, macam tau tau jer, automatik terus pedih hihi..... Padahal baru jer makan nasi. Dasar selera Jilapah sungguh! Hihi..... 

Mak order 3 set Tradisional Bread ( roti margerin kaya + telur separuh masak + teh tarik ) cukuplah untuk mak anak beranak.

Sebenarnya kalau bab Telur Separuh Masak ni mak lebih suka yang telur kuning dia kental sikit. Memang susah nak jumpa kat kedai! Pendik kata kena masak sendiri kat rumahlah. Kalau mamak punya telur separuh masak lagilah.....

Meh mak masak sekejap, nak tunjuk kat korang....... Haaaaa cengginilah yang mak suka, boleh potong potong dengan sudu gitu hihi.....Nyum nyum.... sedap weyh!


Sebenarnya sekarang ni mak tengah menjala. So okaylah..... mak nak menyambung menjala. Redho ajelah walaupun kejadiannnya  macam lempeng gulung jer mak tengok hihi.....