Offer di Hari Merdeka
Salam Khamis......
Ramai betul orang kat IOI Mall Putrajaya semalam. Beratur panjang orang menunggu nak makan. Siapalah suruh datang tengaharikan hihi.... Pak Jilapah ni bab bab kena beratur panjang sebab nak makan memanglah dia tak suka. Dia lebih rela tak makan..... Mak pulak tak kisah, lagi lagi kalau teringin sangat nak makan kat kedai tu, rela je mak tunggu tepi meja orang hihi..... Buat muka tembok! Hahaha..... apa salahnya, bukan kita nak paksa orang tu makan cepat pun, kita cuma nak cop meja je.... elehhhh!!! hihi.....
Banyak tempat makan yang buat offer Merdeka tau semalam. Macam Baskin Robins, beli sebijik kek, dapat 2 scoop ais krim free, Secret Recipe pulak, harga sepotong kek dia cuma Rm5,90. Ayamas, beli 2 ekor ayam dengan harga Rm29,90. Kira murahlah tu, mana nak dapat Rm15 henggit seekor kalau bukan hari Merdeka? Tapi apa kan daya, semua pun mak tak merasa, sebab malas nak beratur panjang! Yang Ayamas tu masa bila pulak nak makannya sebab memang dah plan nak keluar pun kan semalam.
Cuma mak tak lepaskan peluang jugaklah, makan Ayam Penyet guna kupon promotion set. Dapatlah harga Rm10,90, katanya jimat Rm6.10. Entah ye entah tidak. Tak kisahlah apa pun, yang penting alhamdulilah, rezeki Allah bagi.... Kalau tak mencari, mana mungkin rezeki melayang layang depan mata ye dak....
Muffin Merdeka! Nak kata free tak jugak free sebabnya kena LIKE FB Bandar Mahkota Cheras. Terus mak laju laju suruh anak anak mak LIKE jugak. Dapatlah 3 ketul muffin. Berbaloi baloi, tak payah beratur panjang, cuma guna tenaga hujung jari jer weyh hihi.....
Muffin Merdeka.... yang satu tu udah ku tarah bukitnya hihi...... |
wah...nasib baik ada 3 anak..kalau ramai lagi best...dok pakat like...seronok jugak kalau dia buat hari-hari ...hehe
ReplyDeleteselamat hari merdeka mak :)
ReplyDeletekite semalam gigih duk beratur depan SR dgn cik boss...siap pegi dua sesi ko...hahaha...pagi tu kebetulan cik boss ada tabik hormat medeka kat dataran pahlawan jadi pakse mamat tu singgah SR dapat la 4 kotak...dah petang2 skit terjah kat SR cheng pulak...rejiki lagi dapat 8 kotak...huhuhu...puas makan kek...gembira ria lelemak kite semalam dah lama tak dpt kenduri kek katenye...hahaha...matilanakkkkk
selamat hari merdeka
ReplyDeleteKanda pergi juga SR tapi tak beli yg kek offer tu sebab perginya berdua aje. Memang ramai sungguh umat manusia sampai Q panjang.
ReplyDeleteKanda makan spaghetti aje - anak-anak balik kg.
sana sini ada je promo time merdeka day...
ReplyDeleteBetul lah sanasini ada offer hari merdeka.Akak keluar juga teman fateha beli barang nak bawak balik u kat Tesco....rasa nak tergoda juga barangan separuh harga tapi terpaksa tahan nafsu ,kerana bukan satu keperluan pun.
ReplyDeleteBetul lah sanasini ada offer hari merdeka.Akak keluar juga teman fateha beli barang nak bawak balik u kat Tesco....rasa nak tergoda juga barangan separuh harga tapi terpaksa tahan nafsu ,kerana bukan satu keperluan pun.
ReplyDeletebetul tu kak..sana sini offer...lagi2 dah viral kat fb mmg ramai le yg beratur...secret recepi sendiri mane2 outlet beratur panjang hah.... bagus laa dieorg buat offer gini..same2 sambut hari merdeka dgn cara mereka....sanggup tak sanggup ajek laa nak q panjang tunggu turn kan kak....
ReplyDeleteOOoo..kena like fb baru dapat muffin rupanya..kalo SB like fb dia tu, agaknya boleh tak dorang kasi kirim guna flight itu muffin..hihii
ReplyDeletekita g beli kek SR.
ReplyDeletealoh sekali telan je portion kek.
semalam keluar nak jugak beli kek SR sekali tengok Q panjang..tak jadi ler..tak kuasa nak beratur..huhuu
ReplyDeleteWah mkn Ayam Penyet tu..
ReplyDeleteJalan merdeka ye Nom..
La kenapa tak suruh CH anak beranak like juga FB tu boleh dapat byk lagi hihihi..
CH anak beranak tak suka muffin lah Nom..
Kering ajer makan tu..
Selamat menyambut hari kemerdekaan! terima kasih sudi singgah ke blog saya. :)
ReplyDeleteSuka baca cerita makan ni.
ReplyDeleteSaya pergi SR. Bertur sampai ke luar kedai. Malas nak beratur pergi cari kek di kedai lain.
ReplyDeleteNak pergi BR. Jalan nak masuk ke jusco pun dah bertur panjang. Nampaknya kena beli hari biasa untuk bulan ni bagi yang mengidam nak makan BR.
ReplyDeleteuntungnya..
ReplyDeleteabis muffin tu dorg pos ke tak?
memang banyak sale kan makkk masa merdeka haritu! fuhh rezeki rezeki.. tp sekali nak beratur dkt SR & Auntie Anne kemain panjang lagi
ReplyDeleteSalam singgah bila ada kelapangan hari ini. Terima kasih masih sudi bertandang ke blog KA. Memang betul tu, waktu nak beli kek di secret recipe di alamanda, beratur mcm keretapi, sudahnya kena cari sc kat tmpat len... he3
ReplyDeletememang banyak sale lah masa merdeka tu, tapi satu pun saya tak sahut hehehe. sedap nampak muffin tu
ReplyDeleteSalam sesudah merdeka Hainom
ReplyDeleteBestkan kalau sale mcm tu, tapi tang nak beratur mmg serender lenguh kaki menunggu, nak2 pakai kasut tinggi hahaaha sabo je lah
dalam banyak2 offer tu, mak dapat muffin jer? hihi
ReplyDeleteye lah, sebab nak rebut offer kena beratur panjang tu, yang fed up kan mak.
suami saya pun sama jugak, tak gemo tunggu lelama gitu!
merdeka merdeka merdeka hehehe
ReplyDeletewah semangat kemerdekaan kak hainom dengan muffin merdeka lagi
putrajaya, satu tempat yg tak asing pada saya waktu belajar dulu. selalu pergi sana tengok wayang & jalan2. sekarang, dah tinggal sejarah. tak mungkin pijak kaki kat sana dah. bestnya dpt makan ayam penyet diskaun di hari merdeka yg mulia ni. ahaks..
ReplyDeletepe kabor kak hainom? lama tak singgah cni, harap sihat sajork ^_^
Jarang pergi putrajaya..
ReplyDeleteKak.. kat sana Reen pergi hari sabtu pun boleh tahan ramai. Ada masa nak makan kena baratur.. Ada masa line clear.
ReplyDeletesalam nom ..
ReplyDeletewah kedai makan pun buat offer juga yer,
selalunya kedai kain baju jer yg buat !!!
kewareken dak nek mangan
whoahhh salu dengar boleh tahan ramai :D
ReplyDeleteoooo banyak erk offer...xperasan lak...patut la ramai org kt mall...
ReplyDeleteByk offer tapi tak kuasa nak berbaris panjang ... 😅
ReplyDeleteTak tahulah kenapa Kak Ton tak berapa suka pergi IOI Mall Putrajaya nih. Nanti sesekali nak pergi ke IOI Mall Puchong naik trainlah. Lama dah tak pi sana!
ReplyDeleteAlah, Mak! Buat muka tembok tu okey lagi tapi yang tak okey, bila orang yang kita tunggu nak bangun tu buat tak tahu aje! Kak Ton baru aje terkena tau masa makan kat Jiran! Kita berdiri dengan anak-anak, boleh pulak lepas suami makan, pass kat isteri. Lepas tu suami bangun pergi mana, si isteri duduk aje padahal masing-masing dah selesai makan. Nasib baiklah ada tempat duduk lain yang dah kosong dulu, kita terjah pergi situ ajelah!
Alahai saya kalau tang orang berdiri sebelah meja makan... mesti saya susah hati. Nak cepat cepat makan dan beredar... tapi sebenarnya lebih pada tak selesalah okje, bila orang berdiri dekat meja kita and tengok kita makan...
ReplyDeleteBanyak rupanya promosi merdeka haritu? Nampak sangat tak keluar rumah... malas nak bersesak dengan jam bagai.. hahahah
Benda free sapa tak suka.yg berbayar pun orang berebut2 nak..siapa kata org malaysia takda duit..nahh tetiba bab politik.harharhar
ReplyDelete