Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, 27 January 2016

Kenduri Roti

Salam Khamis ....

Kak Nor, mana ada saya merajuk hihi..... Tak de apa haih nak dirajukkan.  Idea tak delah Kak Nor. Kak Nor lainlah, Master Chef, bawang goreng pun boleh jadi entri hihi.....Saya ni? Huh......

Semalam mak borong roti weyh!!!
Borong roti pun nak cerita ka? Yelah, mestilah nak cerita, kan mak tengah suram idea sekarang ni hihi..... Lepas satu entri untuk hari ni, jadilah....

Sebenarnya roti tu untuk bekal Pak Jilap pagi pagi. Dia kan sarapan dalam kereta. Sampai tempat kerja dah lambat katanya, so tak sempat nak sarapan. Memang mudahlah kerja mak. Mak cuma bancuh air jer. 

Gitulah kalau dapat bini rajin, bekfes tiap tiap hari roti hihi..... 

Pak Jilap tu, bukannya nak pun bawak mee goreng ke, nasi goreng ke, dia kata susah nak makan dalam kereta. Eh!!!  Macm tau tau je bini pemalas nak masak pagi pagi tu kan haha.......

Memang kenduri rotilah mak 2-3 hari ni nampaknya....



Thursday, 21 January 2016

Microwave dah weng

Salam Khamis.....

Rasa malas nak masak nasi dah, yelah..... asyik tak habis jer, sayang tau! Tak kan hari hari nak buat nasi goreng. Mak yang menggoreng ni pun jemu. Apa lagi yang makan! Mak lagilah memang kurang suka makan nasi pagi pagi ni. Nanti tengahari dah nak makan nasi lagi. Ohhhh tidak....

Tulah tu, masak sikit, kang tak cukup, masak banyak, tak habis pulak! 


Korang dah sarapan? 
Sat na, mak nak panaskan sayur malam tadi, mak nak makan buat sarapan. Kalau bukan mak yg makan, sampai sudah tak di sentuh sayur ni tau. Huh.....nak harapkan orang lain dalam rumah ni makan, memang tidaklah.... Sama jer dengan mak budak jiran sebelah rumah tu.... Sayur tak dipandang!


Geram betullah!...... Microwave ni dah weng ke hape??? Mak perhati jer dia ni, memang lama dah buat pasal. Button sensor START tu dah rosak kot. Kejap OK kejap tak. Kadang kadang mak tekan dengan belakang sudu tu baru boleh start.

Kalau betulkan rasanya berbaloi tak? Ke beli baru lagi berbaloi? Korang pernah kena tak?

Memanglah dah berbelas tahun Microwave ni, sama umur dengan pindah rumah ni. Tapi nak buat apa membazir beli baru, kalau betulkan lagi murahkan! 

Hish ada ada  ajelah.... 

Wednesday, 20 January 2016

Dua sampah yang renyukannya berbeza

Salam Rabu korang........

Hari ni anak anak dara dalam rumah ni ada koko. So, si TLBD yang sekolah dia sessi petang, kena pergi pagi. Yeayyyyy.....nampaknya mak tak payah le masak tengahari.  Bolehlah mak melengko lengko atas sofa sambil layan mata di  tengahari yang panas berdenting ni.....

Jangan jelessss ye ......haha....

Kejadian minggu lepas, masa mak bersarapan di Teronoh. Baguslah Stesen Petronas kat sana. Siap ada jual sarapan pagi. Macam macam menu ada. Mee kari, nasi lemak, roti telur goyang, roti kaya yang macam ala ala kopitiam tu.....

Pilihan mak ngan Pak Jilap tentulah Roti Telur Goyang aka telur separuh masak dan Nasi Lemak. Bukan main lagi kan laki bini, selera makan nafsu zirafah gitu haha...

Sebelum order tu, ada ke patut Pak Jilap nak share Roti Telur Goyang tu. Hish, mak mana puas makan cenggitu..... mak suruh jugak dia order sendiri hihi.... Ye, betul, mak memang mak nak diet, tapi bukan hari tu hokay!!!

Dua sampah yang renyukannya berbeza..... Cuba teka mana satu mak punya sampah?  


Monday, 18 January 2016

Asam Pedas banjir

Salam Isnin......

Wallah weyh.........nikmatnya dapat makan Asam Pedas banjir!

Ni kejadian minggu lepas. Mak masak Asam Pedas Ikan Pari. Separuh orang tak suka ikan pari ni ek, berbau katanya. Korang kena pandai pilihlah. Macam terer, terer..... hihi..... 2 x 5 aje sebenarnya. Mak kalau pilih ikan Pari, memang mak hidu, hancing ke idok! Kalau tak hancing baru buh plastik.

Ginilah style mak makan Asam Pedas kalau kat rumah hihi..... Banjir!!! Bukan Roti canai je yang banjir tau. Lepas tu curahlah kicap manis atas nasi tu! Memang pergh sangat lew!! Masam, masam, pedas pedas, dan manis manis gitu.... Ni confirm kena kecam dengan jiran sebelah rumah mak ni. Dia tu mana suka pedas manis katanya! Dia kata pedas tak boleh manis. Hukum sanbal katanya haha.... Haih, mak memang tak pakai hukum, main bedal je semuanya. 


Nak lagi pergh, makan dengan ikan masin weyh. Kalau nak lagi pergh dan meletop, makanlah dengan ikan masin Tenggiri Jeruk. 

Kebetulan ada pulak baki ikan masin Tenggiri Jeruk yang mak goreng hari tu. Tu pun gara gara terliur tengok entri Mak Mel.... Memang pergh sesangatlah.....

Friday, 15 January 2016

Bila Pak Jilap not around

Salam Jumaat.....
Pagi ni mak sedar sedar dah 6.14. Alarm hp tak bunyi. Pak Jilapah pulak dah 2 hari outstation. Kalau dia ada, adalah jugak orang yang nak diharap. Ini tak de, harap jam ajelahhhhhh......
Nasiblah mak dah membatik malam tadi, so pagi ni kita sarapan kek batiklah jerlah weyh..... Memang itu pun tujuan mak buat.


Ni semua pasal hanglah ni Yati weyh......gara gara baca entri kek batik hanglah ni, mak jadi teringin tau. Kak Nooriah, mohon jangan persoalkan presentation tau, memang out haha.....

Pak Jilapah tu sebenarnya tak cerewet pun pasal makanan, letak apa benda pun atas meja, dibelasahnya, kalau dia tak suka, dia makan sikit. Tapi tulah, kalau dia tak de sesekali tu, raya sakanlah jugak hihi....mak tak payahlah nak masak beriya. Kita berparti jerlah kat kedai Tomyam dik!

Macam semalam petang, tetiba tekak mak teringin nak makan daging masak merah. Takkan nak gi pasar cari daging pulakkan hihi....  

 Sorry, Maggi Celup mak dah jemu hokay!

Thursday, 14 January 2016

Gitulah kehidupan.....

Salam Khamis .....

Mak baru balik mengeteh dengan jiran ni...... Jiran mak belanja makan Tosey ! Tq jiran! Weyh bang Jilap.... ni kira mintak izinlah ek....hihi....

Semalam mak dah pun pekena Roti Canai Sardin yang katanya teringin sangat tu. Tulah......  mak paksa jugak si TLBD tu bangun, temankan mak gi kedai mamak. Bukan apa, kalau dia dah kenyang, mak jugak yang senang, tak payah masak tengahari hihi.... Enjoy the life gitu.....

 Mehlah le mak nak share whatapps yang mak dapat tadi.  Pasal kehidupan......pasal perancangan yang tak kesampaian.

That is life ...... will be ended without notice!



Wednesday, 13 January 2016

Bukan suka menjahit pun

Salam Rabu.....

Dari semalam mak teringin nak makan Roti Canai Sardin. Tak de sapa yang nak meneman huhu..... Kedai mamak depan rumah jer tu, takkan nak makan sesorang pulak kot. Haish!!  Segan ler..... nampak sangat malas nak buat sarapan haha....


Beberapa hari sudah, mak menjahit seluar sukan Si TLBD. Labuh..... Maklumlah anak anak mak ni, meningginya tak seberapa, melebarnya yang lebih hihi......

Mak ni tak de le suka menjahit sangat, tapi sejak kecik memang dah biasa dengan mesin jahit. Haha.... Paham ke idok?

Taklah jugak bermakna bonda mak tu, Tukang Jahit ye. Tapi biasalah orang dulu dulu, semua baju pun buat sendirikan. Termasuklah baju sekolah mak. Mana ada baju kurung instant zaman dulu? Tak de pilihan weyh, memang kena buat sendiri, tak pun tempah! Tulah pasal dulu dulu setiap rumah wajib ada sebuah mesin jahit kot. 

Baju sekolah mak pulak, yang menjahitnya bukan bonda mak tau, tapi arwah abah. Arwah abah ni pulak faveret dia suka buat baju besar besar. Huhu.... Tak suka tauuuu!!!  Jenuhlah mak merepair kasi fit. Katanya anak dara kannnn ...... manalah suka pakai baju besar besar ni.

Tu yang mak belajar buat baju sendiri tu, puas hati, ikut body hihi.....Memang puas hatilah, potong sendiri, jahit sendiri....

Mak ni kata aje ada mesin jahit,  tapi bukan suka menjahit pun.

Setakat jahit seluar labuh, jahit seluar koyak, jahit baju kelawar koyak. Bolehlah hihi.....


Tuesday, 12 January 2016

Awww.....

Salam Selasa....

Semalam masa memunggah munggah buku dalam kotak terjumpa Tesis Pak Jilapah. 

Hihi.....sungguh tak proper kan mak ni, simpan tesis dalam kotak. Yelah, rumah mak ni manalah ada perabot buku bagai. Rak buku biasa tu adalah, itupun dah penuh dengan buku sekolah budak budak ni campur fail fail hutang Pak Jilap. Fail rumah, fail kereta, fail income tax.....

Jangan suruh mak cerita apa isi kandungan dalam tu. Tak kuasa mak nak baca weyh..... Tajuk tak mengghairahkan langsung! 

Surat khabar pun selalunya mak baca tajuk je, kalau tajuk hot, baru baca isi dia separuh, lepas tu mak buat kesimpulan sendiri haha...... Lagi mau suruh mak baca buku ilmu cenggini. Huh.... 

Tapikan, tapikan, dulu dululah....... zaman mak anak dara dulu, mak suka sangat baca tang penghargaan tu tau. Terasa teristimewalah sangat you! Awww.....


Monday, 11 January 2016

Bagan Lalang

Salam Isnin.....

Selamat menjalankan tugas korang.....  Cukup cukuplah tu! Semalam dah puas berseronok kannnn ...... Hari ni marilah kita bersemangat waja!!

Hari Sabtu baru ni, Pak Jilap bawak mak ke Bagan Lalang. Kisahnya, jiran melahai mak, baru baru ni pergi makan seafood kat sini, tu yang mak pun teruja nak try tu hihi.... 

Kalau dari rumah mak ambik masa 1 jam setengah jugaklah nak sampai ke Bagan Lalang ni. Pergi pun dah petang, sampai sana memang betul betul tengah maghrib. Kalaulah boleh nampak, harus banyak syaitan syaitan tengah shopping agaknya waktu ni...

Lepas solat kat Petronas Sg Pelek, terus mak gerak ke sana. Jauh ke dalam jugak tempatnya. Biasalah bila pertama kali pergi, memang terasa jauhlah kan. Redah ajelah, janji dapat makan! Bukan mak drive pun. Hihi....

Kalau daripada pembacaan Pak Jilap dan jiran mak cakap,  kedai makan Senandung Malam paling meletop kat sini. Mak tengok kedai dia, memang ramai pun orang beratur nak pilih ikan. Sama ramai ler dengan orang menunggu tepi meja. 

Hish..... kalau cenggitu keadaannya, memang tidaklah kuasa Pak Jilap nak menunggu tu. Kalau mak, ok jer, nak nak orang kata, murah dan sedap....


Sudahnya, Pak Jilap ajak pergi kedai yang tak ramai orang. Memang tak ramai sungguh kedai ni. Masa mak datang tu cuma 3-4 family jer yang makan. Kosong...... Dalam hati mak, ni mesti masakan dia tak berapa nak sedap ni, tak pun mahal, sebab tulah tak ramai orang datang. Tapi sepatah kata uwan den, belum cubo ekau mana tahu hihi....

Pepahat goreng bercili

Masakan dia not bad! OK lah.... Harga pun berpatutan kot, dah katanya makan seafoodkan.....

Tapi kalau mak diberi pilihan, antara Bagan Lalang dengan Umbai,  mak akan pilih Umbai. Rasanya sana lebih murahlah!!

Sudah kenyang, sebelum balik, marilah kita pusing pusing tengok apa yang ada kat sini walaupun tak nampak satu hape pun sebab gelap haha....

Friday, 8 January 2016

Endut Onyeng

Salam Jumaat...

Lama tak cerita pasal anak tiri mak, Onyeng ek. Meh lah mak cerita, walaupun anak tiri katanya, tapi bila dah duduk serumah, lama lama jadi sayanglah jugak hihi..... 

Nak nak lagi bila dia tak pernah miss menunggu kitaorang depan pagar rumah, walau kemana pun kitaorang pergi. Biasanya kalau balik kampung, mak memang lepas kat luar rumah jer. Buh makanan kat luar, lepas tu pandai pandailah dia cari makan sendiri kalau dah habis. Itu yang senang bela kucing kampung ni hihi..... Tak de sapa pun teringin nak kebas.

Tapi  tulah.... Onyeng dah ada endut weyh.... jangan tak tahu!


Nilah endut si Onyeng. Si TLBD namakan dia Tompok. Hari hari duk menunggu Onyeng kat luar rumah! Bising pulak tu mulut dia. Meow, meow, meow..... lepas tu sesekali mengeow gatal! Huh.......

Rasanya dah beberapa kali percubaan jugak tu, tapi tak berhasil, memanjang keguguran haha..... Mak rasa Onyeng tu sakit kot. 

Tapi mak memang dah siap siap warning kat Onyeng.... 'Mu kalau bunting Onyeng, memang mek buang!! '

Amboih !!! Kecek Kelate sokmo bila maroh hihi.....

Hihi...... mau tak geram si Tompok tu!

Thursday, 7 January 2016

Bila umur dah bukan belia lagi..

Salam Khamis....

Sejak bukak sekolah ni,  mak set alarm pukul 5.30 pagi. Tapi bangunnya pukul 5.40. Gagahkan jugaklah bangun sebab nak buat air kopi dengan roti sapu kaya untuk bekal Tuan Anas. Sapu kaya jer pun..... mengalahkan goreng mee kan haha....

Salutelah kat korang yang boleh bangun awal pagi tu!! Ada tips tak macamana nak bagi tak mengantuk dan elak rasa malas bangun pagi pagi tu. Jangan pulak suruh mak tidur pukul 8 malam ek ! Pak Jilap pun belum sampai rumah lagi weyh.

Tulah tu......sejak dah berkilau kilau ni mak memang terasa perubahan kilauannya. Korang yang masih muda belia memanglah belum terasa, tunggulah umur korang cecah umur bukan belia lagi hihi...... Baru tau korang!

Perubahan yang akan korang dapat tengok, uban akan start tumbuh, bukan kat rambut je tau, kat kening, kat misai pun ada, Pak Jilaplah tu.... Nasib kening mak masih selamat lagi hihi... 

Gigi pun dah start ngilu kalau makan benda manis dan keras. Teringat satu peristiwa yang mak mertua mak cakap gigi dia sakit bila makan benda keras.  Masa tu mil datang rumah mak rasanya, kebetulan pulak salah satu menu, mak goreng ikan bilis hitam. Masa tu umur mak masih muda belia kan, apa ada hal, mil tak makan, krup kraplah mak bedal sorang haha.... Sekarang ni barulah memahami perasaan dia masa tu weyh......

Nak baca pun kena pakai spek mata dekat. Tapi alhamdulilah, mata mak masih ok lagi. Nampak nau lah kurang membacanya hihi....

Lutut pun dah start terik weyh.... Nak solat kena berhati hati menurunkan lutut kat lantai. Agaknya lendir lutut mak dah kering kot hihi....Nak ketawakan maklah tu....

Nasib angkat kaki masih boleh lagi!  Belum cramp hokay!! haha.....



Wednesday, 6 January 2016

Kata nak kurus

Salam Rabu.....

Serious !!......Mak tak de idea sungguh hari ni!! Dari tadi ni duk menaip, pas tu delete, menaip lagi, pas tu delete lagi, sedar sedar dah pukul 10 weyh...... Terasa buang masa sungguh! ....

Meh ler tengok Stok Epal Hijau mak ni....

Katanya Epal Hijau boleh kuruskan badan yang sadooooo! Tulah mak nak try ni. Manalah tahu boleh jadi slim macam Lieya Latiff, tak pun macam Eima, tak pun macam Elly Nadyra. Hihi..... Kita tengok nanti berapa bijik lori epal mak kena makan baru boleh jadi slim macam depa kih...kih...kih....

Sebenarnya mak ni tak disiplin orangnya. Lepas tu jenis pemakan pulak tu. Pantang tengok makanan, semuanya sedap! Nak diet amenda kalau cenggitu....

Tak perlah kan, sementara ada selera makan, kita makan ajelah mana yang sedap, sambil sambil minum Jus Epal Hijo hihi....

Potong potong, blend, minum.....settle! Kurus ke tidak, belakang cerita hihi.....



Monday, 4 January 2016

Salam 2016

Salam Tahun Baru 2016 korang!!

Selamat bersembang kembali di dunia alamaya. Maklah tu! Maklumlah, lama betapa masuk gua hihi.......Lamanya tak bersembang dengan korang! Rindu sangat! Mesti banyak cerita tahun baru korang yang mak tertinggal ek! 

Mak pun macam korang jugak, bizi yang buat buat bizi di awal awal tahun ni haha......

Si TLBD dah pun masuk sekolah menengah. Sekolah dekat dengan rumah je. Diam tak diam, habis dah rupanya anak mak yang sekolah rendah. Dah remaja remaja semua, rupanya. Tambah lagilah terasa kilauannya mak ni weyh.

Angry Bird, tahun ni ambik SPM. Nampak je macam lama lagi, tapi kejam celik, kejam celik, kang dah bulan November. Tetiba je pulak keluar entri seram mak nanti haha..... Jangan leka, sudah dik! 

Si Sudden Attack pulak tengah final exam sekarang ni. Lepas ni dia akan cuti panjang 4 bulan. Katanya nak kerja. Eloklah kerja bang, daripada duk rumah menghadap komputer main game, pening ibu.

Tuan Anas biasalah, masih dengan semangat kerja yang kejap timbul, kejap tenggelam hihi.... Seram mak tau!

Mak? Ginilah seadanya.....  Semakin sado, haha.....