Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, 29 February 2016

Red Wok

Salam Isnin...

Lambat pulak bersiaran hari ni. Geng ofis mak telefon. Lama tak berjumpa katanya, yelah sejak berhenti 4 tahun lepas, dia pun dah berhenti kerja sekarang ni, macam macamlah yang disembangkan. Habis sembang dah pukul 10.30. Sambung pulak ke dapur, memasak, jemur baju, hantar si TLBD ke sekolah. Baru nilah dapat tengok telefon weyh.

Sabtu baru baru ni, senyap senyap Pak Jilapah bawak kitaorang makan kat Red Wok Restoren Bangi. Restoren ni rasanya pernah masuk Jalan Jalan Cari Makan beberapa tahun lepas. Ya, beberapa tahun lepas......tapi dapat perginya baru Sabtu lepas hihi.... Nampak tak betapa lamanya tekak mak memendam perasaan haha.....

Pak Jilapah ni kan satu tau, nak pergi sini bukannya nak cakap! Kalau cakap tu sekurang kurangnya mak bolehlah puasa nasi tengahari tu. Dahlah mak makan sampai senak perut tengahari tu penangan ikan talapia cili hijau, petang tu dibawaknya pulak makan buffet steamboat. Mak bukanlah tak suka, sukanya....... tapi masalahnya tulah, perut tak berapa nak kosong. Rugi tau.... 

Nak ambik gambo, macam malulah pulak, sudahnya ambik gambo apa yang ada depan mata jerlah hihi... 


Makanan mentah kat sini memang banyak pilihan. Udang dengan ketam dia pun besar besar. Fishball, fishcake, dimsum semuanya standby jer nak kena rebus weyh hihi....Cuma yang tak bestnya kat sini, daging dengan ayam tak diperap macam kat Seoul Garden. So jenuhlah mak mengunyah daging malam tu. Belum lembut dah ku telanlah gamaknya.

Tak sangka pulak boleh pulak terjumpa kawan satu sekolah kat sini. 

Friday, 26 February 2016

Kafe Beriani Gam

Salam Jumaat... 

Ada yang mengidam Nasi Beriani ke hari ni?  Pak Jilap sukalah Nasi Beriani ni. Beriani Kambing ! Mak, walaupun cuma tolak batu dengan kayu, tapi kalau diberi pilihan antara Nasi Arab dengan Nasi Beriani, mak akan pilih Nasi Arablah. Terbayang sudah kelazatan Nasi Arab weyh!!

Korang pernah gi Beriani Gam Putrajaya tak ? 

Seingat mak, kafe ni dah lama wujud. Rasanya dari zaman anak sulung mak kecik lagilah. Kalau anak sulung mak pun dah 20 tahun, agak agak sendirilah dah berapa lama wujud kafe ni. 

Mak tau tempat ni pun sebab boss yang belanja mula mula tu. Lepas tu barulah mak ajak Pak Jilapah dan anak anak try. Zaman mak muda dulu dulu, susah weyh nak cari Nasi Beriani. Kalau rasa rasa teringin nak makan, cari jerlah Nasi Beriani mamak, tak pun, paksa jerlah kengkawan cepat kawen haha..... So bila dah tau ada port Nasi Beriani Gam, memang ulang sampai jemulah jawabnya hihi.....

Tapi yang syahdunya, kafe ni tetap tak berubah sejak dulu. Pegun gitu jerlah hihi....Tak de perubahan. Salah siapakah ini? Salah Pengurusan? Salah Pelanggan? 

Nak masuk ke kafe, terpaksa melalui pemandangan kereta kereta rosak cenggini. Bila difikirkan, macam seram jugaklah. Kang tetiba ada makhluk keluar daripada celah kereta tu kang ... acane? Hihi.....


Kafe Beriani Gam kat sebelah bengkel kereta ni jer. 

Macam macam jenis beriani ada ye. Pilih ajelah yang mana suka. Harga macam biasalah, atas Rm10 henggit. Mana nak dapat harga murah sekarang ni. Kalau nak murah, makan nasi dia ajelah, lauk bawak dari rumah hihi.....

Thursday, 25 February 2016

Tak kira, anak mami kena buat buat suka jugak!

Salam Khamis .....

Dak TLBD ada koko hari ni dengan semalam, so kena pergi sekolah awal daripada biasalah. Mak pulak kenalah masak awal sikit gamaknya. Semalam dah beli Nasi Lemak, takkanlah hari ni nak beli Nasi Kerabu pulak kot haha.... Melampau sangat tu! 

Okay mak dah keluarkan ikan Bawal Cermin, tengah berkira kira nak masak apa..... 

Dulu dulu, sebelum kenal dengan Bawal Cermin ni, mak selalu beli bawal hitam. Dari segi harga, kalau banding dengan Bawal Putih, dia lebih murah. Tak taulah harga dia berapa RM sekilo sekarang ni, lama tak beli dah..... La ni selalu beli ikan kecik jer murah sikit hihi....

sumber:google

Tapi kalau Pak Jilap , Bawal Putih yang disebutnya. Sebab mak dia selalu beli bawal ni katanya.  Ceh! Memang pun, zaman mak mula mula kawen dulu, mami kalau beli ikan bawal, memang inilah yang dicarinya. Mak  kurang suka pulak. Kurang suka tang isinya tu.  Macam berkeping keping gitu, masa mak makan tulah. Bertentangan sokmo kan haha.....

sumber:google

Tapi bagi mak, antara ketiga tiga ikan bawal tu, Bawal Cerminlah yang menjadi pojaan hatiku. Tak kiralah mami suka ke tak suka, yang penting mak suka, dan anak mami pun kena buat buat suka jugak. Nasiblah anak mami bedal jer semua hihi....

Isi dia memang mabeles! Pergh!! Isi dia lemak, wa cakap lu.

Dahlah weyh mak nak masak ! Masak Kari ke masak Sweet Sour ek! Aduhhh......

Wednesday, 24 February 2016

Syukur, aku masih punya suami

Salam Rabu .....

Tak ingat entah bila, tapi yang pasti mak bersoping groceries tanpa suami dan anak anak. 

 
Bila bukak bonet, rasa syahdu pulak bila kena angkat barang barang ni sendiri huhu..... 2-3 kali jugaklah mak ulang alik dari bonet keta tu.

Dan dan rasa rindu dengan Pak Jilapah, kalaulah dia ada, mak cuma perlu bawak plastik sayur jer.

Cengginilah agaknya nasib si ibu tunggal, meneruskan kelangsungan hidup tanpa suami di sisi. Semuanya sendiri.

 Syukur..... aku masih punya suami ! Walaupun bertopengkan Chipmunk

Tuesday, 23 February 2016

Resepi Udang Butter Nestum

Salam Selasa.....

Kalau korang tak nak tau pun, mak nak bagi tahu jugak, perkara yang paling mak tak suka adalah menulis resepi. Lecehlah...... Nak cerita bahan bahan dia lagi, nak cerita cara nak buatnya lagi, haih.....tak kuasa tau !!! Mak memang kagumlah dengan bloggers yang rajin buat entri resepi macam Kak Nooriah tu, Yati Cahaya Kehidupan tu..... korang memang dasat ar......

Tapi hari ni, demi permintaan Kak Yon yang asyik honeymoon je kerjanya tu, Pokok Manggis Depan Rumah, Henrietta Jose, mak tuliskanlah jugak resepi Udang Butter Nestum Mabeles mak punya style ni.

Sebelum tu meh le kita tengok gambonya dulu kasi korang kecur air liur pepagi ni.....Gerenti sekejap lagi korang terus pi cari Udang dengan Nestum 3 in 1 nak masak untuk tengahari ni hihi.....

Nasihat untuk jiran sebelah rumah mak, sila pejam mata kalau gambo ni boleh membuatkan tahap kejelesan melampau ye.... Dia tu setakat masak ayam goreng, championlah kahkahkah...

Bahan bahannya :

1) Udang untuk 5 orang makan ( mau dekat sekilo kalau family mak gamaknya hihi...)

2) Butter ( suku )

3) Nestum 3 in 1, 2 paket ( menjawab pertanyaan mak Mel, boleh jer guna Nestum biasa, tapi mak rasa lagi sedaplah Mel guna Nestum 3 in 1 ni, sebab ada susu dan gula sekali dalam tu. Memang hasilnya nanti ada lemak lemak manis, masin bergabung, melotoplah weyh!!! Bak sepatah kata bini Akim, Stacy....

4) Bawang putih 4 biji ( tumbuk kasar )

5)Bawang besar 1 biji ( potong 6 )

6) Daun Kari 

7) Cili Padi ikut suka

8) Tepung jagung 

9) Garam dan Kunyit

Caranya :

1) Lumurkan udang dengan garam dan kunyit dan tepung jagung, goreng sekejap dengan api yang besar. Ketepikan

2) Caikan Butter
3) Tumiskan bawang putih, bawang besar, cili padi, daun kari sehingga naik bau.
4) Masukkan Nestum 3 in 1
5) Last sekali masukkan Udang yabg telah digoreng
6) Perasakan mengikut citarasa
6) Sedia untuk di santap seisi keluarga.

Wallah, enak lo sampek entek koyo kiye!!! hihi... Kan bahasa jaws mak dah keluo...


Monday, 22 February 2016

Saling berpimpinan tangan

Salam Isnin yang blues....

Jangan cakap korang yang bekerja jer ada Monday Blues hokay, mak ni pun sedang memblues jugak tau. Mengantuk!....

Mid Valley ni memang tak pernah sunyi kan. Ramai aje orang. Entah apa yang mereka cari agaknya, mak pun naik hairan. Tapi, tak pulak mak hairan kenapa mak datang sini hihi.... Melilau jugak mata ni, kot kot terserempak Abang Sado dengan Adik Cute. Memang dan dan tu jugaklah mak tangkap maknya ajak bergusti lengan hihi....

Mak suka tengok gambar ni. 

Agaknya inilah salah satu hikmahnya mak mengukur jalan setiap hujung minggu. Merapatkan hubungan adik beradik katanya. Terasa sejuk pulak perut mak yang melahirkan mereka bila tengok mereka saling berpimpinan tangan cenggini. Masa sekarang nilah nak bermesra dengan adik beradik pun, sok sok dah pegang tangan suami isteri memasing pulak. Ye dak.....

Hujung minggu di dalam rumah, belum tentu dapat mengumpulkan mereka sama sama. Ada tak de pun masa makan, tak pun solat berjemaah yang kadang kadang sangat tu.Tulah.... nama jer duduk sebumbung tapi yang sorang kat bilik main game, yang sorang kat bilik, tidur, yang sorang tak habis habis tengok youtube kucing, maknya tak payah tanyalah.... ambik peluang ngadap bloglah, apa lagi haha.....


Friday, 19 February 2016

Butter Nestum yang lazat

Salam Jumaat....

Baru lepas sarapan. Roti Titab dengan kuih 2 ketul. Ayaq Teh O panas. Pergh!! Kenyang dia lain macam weyh..... Senak sampai ke dada. Al maklumlah, selalunya bekfes apa yang ada kat rumah jer, so bila sesekali perut terisi dengan sempurna di waktu pagi cenggini, faham cukup camne kepuasannya......

Sebenarnya Pak Jilapah cuti hari ni. Tu yang pagi pagi dah 'pergh' tu....

Ok, mak punya cerita kat Umbai semalam  masih belum habis lagi hokay..... Selagi tak sampai ke Parameswara katanya, memang umpama main chess belum checkmatelah gamaknya. Majuk pun belum terubat weyh! Hihi.....

So masa balik KL hari tu, maka Pak Jilapah pun singgahlah sekali lagi ke Umbai, memang kedai makan Parameswara tulah yang kami tuju. Tak toleh kanan kiri dah ,walau apa pun yang terjadi katanya. Pukul 6 mak dah tercegat depan kedai tu hokay! Kali ni orang tak ramai macam hari tu. Alhamdulilah...


Akhirnya, tercapai sudahlah hajat tekak mak nak makan Ketam Goreng Berempah yang didambakan sangat tu. Tak dapat Ketam Lembut Telur Masin, dapat ketam keras pun dah mabeles sangat tau!. Mak order jugak Pari Bakar, Pepahat Goreng Bercili dan Sotong Butter Nestum ( mak tak pernah order masak ni sebelum ni ). Masak ni orang selalu buat untuk Udang, tapi mak belasahkan ajelah Sotong hihi... Ya Rabbiiiii..... sedap rupanya Sotong Butter Nestum ni. Sampai sekarang mak terbayang bayang Sotong Butter Nestum yang super duper lazat tu hokay!

Mak dah ambik keputusan, hari ni mak nak masak Butter Nestum tu. Semalam mak dah beli Nestum 3 in 1, so hari ni nak try masak!

Berbalik pada cerita tadi, bila perut pun dah kenyang, majuk pun dah over, sebelum balik, marilah kita berselpie berlatar belakangkan paya bakau Pak Jilapah weyh haha.... Kalau menyampah sila pejam mata sambil baca hokay haha....


Sedar sedar dah sampai depan rumah weyh....bayangkan ajelah camne nyenyaknya mak tidur hihi....

Thursday, 18 February 2016

Majuk

Salam Khamis....

Masa balik kampung baru baru ni, teringin nak makan makan kat Umbai.Yelah, sementara si SA cuti katanya. 

Selalunya mak kalau makan kat Umbai ni, memang kedai Parameswaralah yang mak tuju. Selain servis yang cepat, makanan pun boleh tahan, mak suka jugak tengok pemandangannya yang cantik macam dalam gambar ni. Tak cantik ek? Hihi...... bagi mak cantik hokey....

Oleh kerana masa pergi baru baru ni, cuti Raya Cina, masyaallah, yang nama manusia, punyalah ramai! Parking full hokey!! So Pak Jilap ambik keputusan pusing balik pergi ke Perkampungan Ikan Bakar Terapung. Sebelah jer pun dengan tempat ni sebenarnya. Tapi mak baru tahu. Cantik lagi tempat ni kalau dibandingkan tempat tadi sebenarnya. 

Kalau ikut hati mak, mak tak berapa nak setuju makan kat sini, nanti nanti jerlah kita makan ikan bakar ni bang weyh! Bukan apa, takut tempat ni tak memenuhi selera tekak mak! Tekak orang lain mak tak kisahhhhh hihi... Oleh kerana nampak gayanya Pak Jilap macam nak jugak makan sini, maka mak ikutkan ajelah.....

Ketam tu ingatnya mak nak Goreng Berempah macam kat Parameswara, tapi kat sini menu tu dia tak bikin katanya, dia bikin Goreng Kunyit Basah je. Huh.....Semakin bertambahlah darjah ketidak setujuan mak kat situ nampaknya. Okaylah, kunyit basah pun kunyit basahlah. Nasiblah sedap!

So tak payah nak tanya mana gambo selpie gediks mak ngan Pak Jilap kat sini! Majuk ar.... Huhu....


Wednesday, 17 February 2016

Update buku Tabung Haji

Salam Rabu.....

Hari ni bersiaran terus dari depan Tabung Haji hokay!! Lepas hantar Angry Bird sekolah terus jer ke sini. Pukul 8 pagi mak dah terpacak depan Tabung Haji ni tau. Rupanya bukak pukul 8.30. Ceh!!.....

Yang sebenarnya nak update buku anak beranak ni ha. Nak tengok berapa juta Rupiah mak dapat bonus tahun ni hahaha......

Taunya mak, sekarang ni memang boleh jer guna i- Jari atau Maybank2u nak tengok akaun Tabung Haji. Yelah kan..... la ni apa yang tak boleh? Semuanya pun boleh, jangankan tengok, nak keluar duit Tabung Haji kat ATM pun dah boleh sekarang ni tau. Tapi hari ni sengaja jer mak nak menyusahkan diri kekdahnya hihi....
Alhamdulilah, urusan mak sudah selesai.... Tak dapat berjuta Rupiah, berpuluh Rupiah pun jadilah, namanya pun rezeki. Tak gitu CH? Babye.....

Tuesday, 16 February 2016

Surpriselah sangat....

Salam Selasa.....

Sarapan apa hari ni ? Mak belum sarapan.... sat lagi nak pi bukak tudung saji, manalah tau kotnya ada surprise. Taraaaaaaa!!!!!.......... ada nasi lemak berlaukkan paru sambal dan telur goreng.

Huh..... jangan mimpi, memang tak pernah berlaku dalam sejarah hidup mak hokay!!! So jangan berangan! Hihi.....

Tulah  ....sempena bezday Pak Jilap semalam, kononnya mak anak beranak nak buat surprise le malam tadi. Pak Jilap kan selalu balik malam. So, mak duk berangan berangan, bila Pak Jilap balik kerja dan bukak pintu jer..... jeng jeng jeng..... Surpriseeeeeee!!!....

Sudahnya semalam dia balik cepat..... Nak surprise apa ke bendanya. Tapi sempat lagilah bezday boy kena buli cari hadiah malam tadi hihi....Ala ala treasure hunt gitu..... 



Tetiba fikiran mak melayang layang teringat gambo pasport mak yang terselit kat wallet Pak Jilap sampai sekarang. Ambik hati maklah tu hihi.... Gambo ni diambik pada tahun 1993 sebagai hadiah hari jadi kekdahnya. Jangan gelakkan arrr ......
Yang tak menahannya kata kata kat belakang tu, malu aiii haha....

Alhamdulilah...... impian jadi kenyataan pun, kita bukan cuma celebrate berdua jer bang, tapi berlima....

Tq Allah for the precious moments.....

Monday, 15 February 2016

Cinta Hati

Salam Isnin.....

Lama tak bersiaran, rasa kekok pulak mak nak menulis....... 

Nampaknya hari ni mak kena hadap jerlah kecaman komen korang, terutama komen jiran sebelah rumah mak, almakumlah mak muncul muncul jer terus tempek gambo selfie gedik laki bini hihi.....

Hari ni bezday laki mak hokay!!!..... Haruslah ada satu entri spesel untuk Cinta Hati gitu haha.......

Mak bagi hadiah apa? Eleh, korang nikan, sajalah tu..... buat buat tanya konon! Mak ni makan pun Pak Jilap tanggung, lagi mau tanya hadiah. Jawapannya senang jer, nan hado .....hihi.... Kek bezday? Emmm..... Entah sawan apa pulak yang menyerang mak kali ni, mak pun tak tahu. Malas sungguh nak membaking.

Sudahnya kita gantikan ajelah kek bezday dengan yang senang senang dan segera segera cengini, macam Banana Split ni ke hihi..... Tag bezday tu kita beli jerlah kat DIY. Kita cucukkan jerlah kat pisang tu ha. Nak bagi orang menyampah buhlah gambo bezday boy dengan bini dia yang over tepi Banana Split tu..... hihi..... Lepas tu ambiklah gambo. Kan nampak macam celerate bezday laki gilang gemilang gitu....kehkehkeh...


Nak menulis ucapan pun mak tak de mood weyh, agaknya dah hampir menopose kot mak ni haha......kita tempek jerlah kata kata yang dah siap daripada pakcik google ek.....

Happy Bezday Darling.....

Friday, 5 February 2016

Kursus Haji

Salam Jumaat yang barakah....

Mak baru lepas jadi kucing weyh, meratah ikan semalam hihi....Nasiblah nak masuk blog, terpaksa mak tinggalkan kepala ikan, kalau tak, habis dah, mak mamah hihi.....

Esok mak ada kursus. Kursus Haji. Yang sebenarnya mak belum dapat panggilan Haji lagi pun, ni kursus saja pergi suka suka je. Kalau ada rezeki, panjang umur, insyaallah tahun 2019. 

Rasanya yang dapat pergi Haji tahun ni sure dah dipanggil kursus haji awal awal tahun macam ni kan! 

Kalau ikutkan, dah 4 minggu dah Kursus Haji ni start. Tapi mak baru dapat pergi minggu lepas. Minggu minggu sebelumnya macam macam hal pulak. Dengan Pak Jilap baru balik outstationlah, balik kampunglah.....

So, insyaallah kalau tak de pape, dapatlah mak ngan Pak Jilap pergi lagi esok.

Seronok jugaklah, dapat refresh balik ilmu yang dah lama ditinggalkan sejak zaman sekolah tu. Nak harap ulang kaji sendiri, memang entah bilalah. Maklumlah rajin sangat membaca hihi....

Mungkin sebab kursus ni Anjuran Tabung Haji agaknya, so tak kena bayar apa pun, isi borang pendaftaran, dah boleh dengar ceramah. Kalau rasa nak beli buku panduan Haji, silalah beli dengan harga Rm25 henggit. Tak nak beli, nak download je pun boleh. Mak nak beli sebab senang nak rujuk. Tak maulah kongsi kongsi dengan Pak Jilap! Dasar kedekut! Hihi.....


Senang sikit nak conteng conteng cenggini, nampaklah sikit macam fokus gitu haha....


Lupa nak bagi tahu, Tabung Haji ada sediakan minum pagi jugak tau. Mak tengok macam ada kuih jer. Minggu lepas, mak tak delah ambik kuih, malu weyh!..... First time katanya......
Tengoklah minggu ni, harus mengganas ni! Haha....

Thursday, 4 February 2016

Di sebuah pulau yang damai

Salam Khamis......

Ada yang dah cuti ke hari ni ? Maklumlah minggu depan cuti panjang.

Kalau ikutkan musim musim cuti panjang cengginilah, masa yang tepat untuk bercuti di luar kawasan yek. Bolehlah pergi jauh sikit daripada ruang legar udara Malaysia hihi....

Maksud mak, koranglah ...... Mak, ginilah seadanya. Paling jauh pun mak pergi, ruang legar udara PD jer lah hihi..... Tapi untuk Raya Cina, hotel PD kebanyakkannya memang dah fully book ye. Minggu lepas baru Pak Jilap check. Biasalah kan..... kami ni, memang suka sangat, dah nak berak baru korek lubang.

Mula mula ingat gitulah. Nak merehatkan badan sambil honeymoon sekali lagi kat tepi pantai. Tapi nampaknya, honeymoon anganku musnah, kena balik kampung teman bonda huhu..... Ayahanda dan bonda sini pulak? Huhu...

Tulah tu, ada masa teringin jugak nak pergi bercuti jauh sikit, booking hotel siap siap. Tapi kadangkala rasa bersalah tu menebal dalam diri. Bersalah kat adik beradik lain yang bergilir gilir menjaga kedua dua mak abah kita, kita sedap sedap pulak berhoneymoon.

Memanglah mak bukan langsung tak menjenguk mereka. Mak kampung, paling lama pun, mak akan balik sebulan sekali, PIL pulak, insyaallah 2 minggu sekali.

Untuk lagi kerap menjenguk mereka, tak termampu dek badan yang dah semakin kilauan ni. Dengan anak anak yang kadangkala ada aktiviti sekolah hujung minggu, dengan Pak Jilap yang stress dengan kerjanya hari hari, mak yang duduk rumah ni pulak terasa flat hihi....

Gitulah perjalanan kehidupan menjadi anak yang ada ibu bapak yang uzur dan dah berusia ni. Banyak penjuru yang perlu difikirkan kalau nak berjimba mamba dengan family sendiri disebuah pulau yang damai.

Aduhhhh.....

Wednesday, 3 February 2016

Sesekali melayan tekak

Salam Rabu......

Mak selalu nampak restoren Chef Zubir ni kalau nak ke rumah PIL. Selalu jugak berjanji dengan anak anak dara ni,  kalau abang Iman balik nanti, bolehlah kita test makan steak kat sini. Sure lain rasanya, maklumlah Chef Celebrity katanya. Huh.....harganya kot yang mungkin lain hihi....

Minggu lepas balik dari rumah PIL, maka ke sinilah mak tuju anak beranak. Tapi, tak de rezeki, penuh weyh! Kalau sanggup nak menunggu, silalah tulis nama ye kat pintu masuk tu. Tak kuasa, haih....

Sudahnya ke restoren sebelah jerlah. Rezeki Al Diafah rupanya malam tu. 

Kalau dah masuk kedai Arab katanya, nak makan apa lagi kalau bukan Nasi Arabkan! 
Mula mula mak tengok masa dia hantar tu, nampak macam sikit weyh..... tapi alhamdulilah, memang cukup untuk mak lima beranak yang berselera Jilapah ni. Hihi...

Menyesal pulak ambik Ayam panggang, kalau ambik Ayam Mandy kan best! Lembut sikit kot. Harga Rm75. Dan dan teringat pulak Kedai Arab Barada kat BTHO tu, baru RM45 henggit hoho....

Memang agak mahal. Tapi sesuailah kot harga dia dengan restoren yang cantik dan nampak ekslusif tu.

Dah tau harga seram, ngengada pulak tekak mak nak try kebab ni hihi..... Eleh, bukan selalu pun bang, ni kira upah gosok baju orang ar....
RM 30 henggit ko. Lepas makan, menyesal pulak! Mak selalu cenggitu tau! Masa mengorder tak mengingat!


Pak Jilap lagi ngengada, Kopi Turkish di trynya. Dahlah cawan kecik, sikit, mahal pulak tu huh..... Suka hati tekaulah, duit sendiri kan hihi.....Habiskan bang!




Tuesday, 2 February 2016

Ber Akupuntur

Salam Selasa.....

Terima kasih weyh bagi petua semalam. Nantilah mak cuba. Bab sabun mandi tu, memang mak tau terbukti berkesan untuk hilangkan kesan darah lama yang melekat kat kain. Biasalah kan..... orang perempuan.

Knor, awak macam tau tau jer kan, kekadang mak masukkan kain baju terlebih muatan haha.... Satu lagi, sebenarnya kain penapis tu dah lama koyak, bendanya dah lama tertanggal pun. Mak pasang, asyik tercabut je, pas tu bising pulak tu dalam mesin basuh, sudahnya mak cabut terus hihi.....

Semalam mak dak korek pun habuk yang macam tanah liat kat lubang tu Knor. Terima kasih Knor, kalau Knor tak cakap, tahun depan belum tentu lagi mak sedar wujudnya tanah liat kat situ hehe.....

Korang pernah cuba Akupuntur tak?
Ni cerita minggu sudah, masa melawat PIL. PIL ceritalah pengalaman mereka buat Akupuntur. Pak Jilap pun terus nak test jugak. Nak merangsang saraf katanya! Kebetulan tangan dia pun ada kebas kebas kalau lama drive. 

Guna 10 batang jarum jugaklah sepanjang lengan tu. Ingatkan tak sakit, rupanya berasa jugaklah. Kata Pak Jilapahlah....... mak mana tau, mak tak rasa hihi.....

Tapi nampak macam dalam jugaklah jarum tu terbenam dalam daging. Mak rasa ada dalam 10mm jugaklah kot. Kata orang tu, kedalaman nak mencucuk tu bergantung pada tempat. Kalau kat bahagian perut mau guna jarum panjang batang kait tu kot hihi.....

Satu batang dekat kepala!
Setakat buat sekali, manalah nak nampak  kesannya lagi kan......