Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, 31 March 2016

Beli untuk di buang

Salam Khamis......


Beli untuk di buang!
Keluar masuk keluar masuk esbok, sudahnya dah tengik! Bakul Sampahlah jawabnya..... 

Bukan ku tak sayang..... tapi nak buat macamanaaaa! 

Pasal tulah mak jarang guna santan cenggini selalunya guna santan kotak jer. Sedap ke tidak, belakang kira janji mak senang hihi..... 


Wednesday, 30 March 2016

Jangan tanya bila nak buatnya

Salam Rabu korang.....

Ini semua gara gara entri Kak Yon, gara gara entri Kak Nooriah dan gara gara entri Yatilah ni buat mak pun jadi terjebak nak buat bubur sum sum jugak!! Bubur ni buat mak mengimbau kenangan zaman kanak kanak mak dulu dulu tau. Antara bubur lain yang bonda duk ulang buat terutamanya kalau bulan puasa, bubur candel ( tepung pulut yang digentel bulat bulat dengan macam macam warna), bubur merah bubur putih, bubur kacang, bubur jemput jemput tepung ( tepung gandum yang dijemput jemputkan )....... Ohhhh itu semua bubur bubur yang penuh nostalgia beb. Budak budak sekarang belum tentu kenal bubur bubur tu semua.

Berbalik pada bubur Sum Sum tadi, pertama kali dalam sejarah hidup mak tau, beli sirap Gula Melaka ni...... Tolong salah kan Kak Yon sebab dia yang mengajar mak guna Gula Melaka yang dah siap ni keluaran Dapur Desa. Tak payah dah nak menenggekkan gula melaka atas dapur lagi weyh! Sonang kerja den hihi..... Kebetulan pulak stok Gula Melaka mak pun dah habis kat rumah ni. Nampaknya, balik Muar nanti kena singgah negeri Wanita Garam dan Gula ( garam dan gulalah sangat tu hihi.....) cari stok Gula Melaka ketul. 

Rupanya ada jual kat AEON weyh......


Gula Melaka siap, tepung beras siap, santan siap...... jangan tanya mak bila nak buatnya hihi.......
Yang penting barang barang semua dah stanby!
OK byeeeee......

Tuesday, 29 March 2016

Pencarian Karipap Segera sedap

Salam Selasa......

Korang bekfes apa hari ni? Berat ke ringan?
Separuh orang kena bekfes berat, baru bertenaga sepanjang hari, separuh orang cukup sekadar kuih 2-3 ketul. Tapi, tu orang lainlah...... Kalau mak, mau sepuluh ketul baru kenyang haha....

Nilah bekfes mak hari ni, Karipap! Salah satu kuih faveret mak ni tau!....  
Jangan gelakkan mak!..... Mak taulah, mak goreng karipap pun tak pas haha......Habis naik jerawat ! 


Kata je faveret, tapi malas nak buatnya. Pernah try buat sekali dulu, tapi macam leceh jer buatnya. Sudahnya, beli jerlah senang hihi....

Tapi tulah.....kalau beli, nak jumpa inti yang sedap, memang susahlah kan. Lainlah si Dana tu, dia rajin buat karipap. Hari hari dia buat karipap hihi....

Korang kalau beli Karipap Segera beli brand apa yek?

Mak baru baru ni kirim dengan jiran. Dia kata dia selalu beli brand Nur Hakim. Katanya faveret kan.....  naklah jugak cuba. Terus order 2 plastik ko haha...... Kira murahlah tu, Rm10 henggit satu plastik, ada 25 ketul.


Mak rasa trend inti Nur Hakim ni memang masam sikit kot. Nak bagi tahan lama agaknya. Kalau tanya mak, mak lagi suka kalau inti dia tak masam. Tapi dah terlanjur beli kan, masam masam pun, dah habis jugaklah mak goreng hihi....

Nampaknya pencarian Karipap Segera sedap terpaksa diteruskanlah .....

Monday, 28 March 2016

Life is better at the Beach

Salam Isnin......

Memandangkan ilham mak yang seakan akan ke laut hari ni, sajak sangatlah dengan kata kata kat frame ni 'Life is Better at The Beach' katanya. Barulah ilham mencurah curah haha....


Mak cakap, boringlah asyik pergi mall area rumah jer, jom ler kita mengukur jalan tempat lain! Sudahnya, dibawaknya mak ke Plaza Alam Sentral. Ingatkan bawak ke KLCC ke, Pavilion ke Times Square ke......

Apalah ada kat Plaza Alam Sentral ni? Tak de apa yang mengghairahkan mak pun kat sini weyh! Kedai komputer, kedai handphone, baju kurung banyaklah..... Pak Jilap sukalah, sebab dia memang nak survey laptop pun, nak standby untuk Angry Bird katanya. Elok jugaklah tu, mak pun dah lama tak menulis entry dan berblogwalking guna laptop hehe..... Naik juling biji mata orang dah ni bang tengok blog pakai hp....


Sementara Pak Jilap survey laptop,  baiklah mak survey kedai ni lagi best.....

Friday, 25 March 2016

Entri Bajet Bagus je

Salam Jumaat.....

Semalam mak bizi sikit. Bizilah daripada biasa..... Kalau selalunya petang petang mak banyak landing atas sofa buruk sambil blogwalking ataupun layan HBO movie, tapi semalam mak banyak atas jalan raya weyh.... Dah, dah ..... tak payah nak jeles sangat, korang masyuk ribu riban, mak apa ada? Masuk pun tak tentu tau ! hihi....

Anak sedara mak dari Batu Pahat mintak tolong hantar dia ke UKM.  Nak menghantar sel kulit katanya. Jangan pulak tanya mak lebih lebih, mana mak tau. Tu semua pasal projek master dialah tu agaknya. Sapa lagilah nak diharap kat KL ni kalau bukan mak usu dia kan...

Jenuhlah nak mintak izin Pak Jilap ni, tambah lagi waktu budak sekolahkan. Pak Jilapah ni satu spesis jugak weyh, dia ni susah sikit nak melepaskan mak keluar jauh jauh, kecuali kalau dengan anak anak. Jeles lew tu mak dah tak stress keje! Lagi lagi kalau mak nak berjimba mamba dengan kengkawan. Tambahlah banyak soal jawabnya! 

So malam semalam, perlahan lahan mak cakap  dengan dia akan hasrat murni mak nak menolong anak sedara mak. Tapi, make sure anak anak dia settle dulu katanya, baru mak boleh menyettlekan orang lain. Baik Tuan Anas!! Lepas hantar TLBD sekolah barulah mak bertolak ke TBS. Kebetulan pulak Angry Bird pun balik pukul 5 semalam so memang cantik sangatlah perancangan Allah tu....

Rumah >>> TBS >>> UKM >>> TBS>>> Rumah gitu kekdahnya perjalanan mak semalam. Nasiblah ada waze sekarang ni ek, memang membantu sangatlah untuk orang orang yang buta jalan macam mak ni.


Lepas settle semua, mak ajak dia makan kat Muhammad Chan, Bangi. Sebenarnya tekak mak yang lebih teringin Dim Sumnya hihi. 

Rasa puas, bila dapat tolong memudahkan urusan anak sedara mak semalam. Apalah sangat bantuan mak tu, mak dia aka kakak dan abang ipar pun banyak sangat  membantu mak selama ini. 

Eh......ni bukan entri angkat bakul tau korang, ni entri bajet bagus je haha.....

Thursday, 24 March 2016

Snooze Too Hotel Cameron Highland

Salam Khamis .....
Separuh orang tak kisah bila pergi bercuti duduk berhimpit himpit dalam satu bilik. Bagi separuh orang, mereka kisah. Macam mak dengan Pak Jilapah, kisah jugaklah dalam bab ni. 
Kalau boleh mak nak tidur selesa satu katil laki bini gitu..... Dasar sangatkan !!! Hihi.... Tu yang jadi malas nak bercuti tu. Sebab kena booking 2 bilik. Kos pun jadi meningkat. Sebab tulah dalam pemilihan hotel ni mak selalu pilih hotel yang biasa biasa je janji mak dapat tidur selesa.
Snooze Too Hotel
Hotel baru di kawasan baru. Parking masih banyak sebab banyak kedai masih kosong tak berpenghuni. Keliling hotel, agak semak jugaklah mata memandang sebab banyak bangunan yang dalam pembinaan. Yang penting boleh jalan kaki ke Pasar Malam Brinchang, boleh beli cucur keledek hihi....

Tapi mak suka bilik dia.....simple tapi cantik. Ala ala Hipster gitu. Katil King size. Muatlah untuk anak remaja mak tu. Biar dia rasa tidur bersesak sikit 3 beradik hihi.....Mak confirm le tidur berdua hihi.....  Tidur boleh berdepang tangan lagi  haha.... 

Depan bilik macam ada pangkin boleh lepak lepak. Tapi tak sempat nak lepak pun. 

Harga booking online guna Agoda untuk satu bilik dapat Rm160 tak termasuk GST. 

Boleh sangatlah bagi yang bajet sederhana macam mak ni.....

Wednesday, 23 March 2016

Green Tea Milk, wangi weyh

Salam Rabu korang.....

Memang le dah lama viral pasal Green Tea Milk ni tapi mak baru jer dapat merasa weyh....

Itupun Angry Bird yang order, ramai kawan dia kata sedap!! Kalau dah namanya pompuan ek, bab makan ni memang cepat betul terpengaruh! 

Selalunya, kalau makan luar, bab air, mak memang mengalah dengan anak anak. Yelah.... memasing bukan main lagi mengorder, Tiga Layerlah, Teh O Laicilah, ABClah....... So mak order air suam jerlah. Disamping nak menjaga kesihatan katanya, nak bajet pun ye jugak hihi..... 


Memang cenggitu ek rasa dia ? Wangi weyh.....

Benda benda wangi  gini kita serahkan jerlah pada Pak Jilapah kasi settle. Dia suka Green Tea wangi ni. 

Mak kalau Green Tea lebih suka yang kosong, tak de gula dan tak wangi. 

Tuesday, 22 March 2016

25 Things Make Me Happy

Salam Selasa korang....

Oleh kerana ilham mak yang sentiasa ke laut sejak kebelakangan ni, mehlah mak merapu pasal 25 perkara yang buat mak happy. Sebenarnya  mak di tag oleh Kak Nooriah, Chef yang melotop lotop dengan resepinya yang mabeles dari Brunei tu dan Kak Saniah Ibrahim, isteri yang sangat disayangi oleh abang Burhan katanya ko..... Mau tak sayang kan, isteri baik lagi solehah cenggitu! 

OKlah.....yang pertama tamanya sekali...... Kalau zaman mak sekolah rendah dulu, mak happy sangat kalau dapat datang KL. Kalau cuti sekolah mesti pergi KL rumah kakak. Padahal masa tu kakak duduk rumah setinggan jer kat Keramat tu ha. Kalau tak silap, masa tu cuma Ampang Park jerlah mall yang paling gah kat KL ni. Masa tu kalau abang ipar belanja naik kereta bergoyang yang masuk token tu pun dah best sangat tau.
2) Dapat makan berger. Kat kampung, mak abah manalah pernah beli benda benda aneh cenggitu. So bila sesekali pergi KL dapat makan berger, abang ipar belanja memang best sangat rasanya! 
3) Bila dah anak dara pulak, perkara yang buat mak happy mestilah dapat kawen dengan Pak Jilapah, dasar gatal sangatkan hihi.....Umur 20an katanya masa tu, memanglah tengah mengenyam gitu. Mau tak happy kannnn!
4) Pertama kali mengandung, pertama kali scan baby dan pertama kali dapat tengok jantung baby berdegup. Masyaallah, happy sangat.
5) Setiap kali baby bergerak gerak dalam perut dan dapat rasa siku dan lutut dia terbonjol.
6) Mempunyai 3 orang anak yang dah besar panjang cenggini dalam usia mak yang sekarang ni . Alhamdulilah atas nikmat zuriat Ya Allah...

7) Setiap kali Hari Jadi mak. Bukan hari jadi orang ye hihi ..... Sebab ramai orang wish dan mendoakan. Kemuncaknya of course le sebab dapat hadiah daripada Pak Jilapah heeeee....

8) Dapat keizinan suami berhenti kerja pada tahun 2011.... Terasa lega, hilang segala stress mak selama ni weyh! Terima kasih paknya.....

9) Dapat cuti masak setiap hujung minggu

10) Bila dah cuti masak tu, wajiblah dapat makan luar kan.  Best woooo.... makan order! Balik rumah terus terbongkang hihi......

11) First time Pak Jilapah bagi allowance bulanan. Rasa happy sangat campur terharu ko. Menitis air mata mak weyh. Yeayyyyyy boleh enjoy!!! Haha....

12) Dapat tambah koleksi blouse kalau ada yang berkenan.

13) Berjalan jalan atau bercuti cutian sambil tido hotel gitu. 

14) Bila anak sulung dapat masuk universiti. 

15) First time blogger komen dalam entri yang kita tulis. Seronokkkkk sangat. 

16) Dapat ramai kawan kawan yang ohsem macam korang daripada berblogging.

17) Dapat cendera hati dari geng bloggers macam Kak Ton, Aisy Nasiha, Kak Yon, Cik Nor, Nor Azimah, Dedeq d Wishes, Cik Azliejah, Izan Mama Mia, Cikgu Etuza, dan paling best dapat Pemanggang Ajaib daripada Umialya. Terima kasih semua. Budi baik korang hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.

18) Bila sesuatu tu 'menjadik' buat pertama kalinya. Macam buat pavlova ke, buat kek ke, buat pizza ke, buat roti ke.... Bangga mak dengan diri sendiri weyh, tak sangka pulakak boleh! hihi.....

19) Bila sesekali dapat berjimba mamba dengan jiran tetangga dan rakan taulan

20) Dapat mengubah suai susunan perabot dalam rumah mengikut citarasa mak hihi.... Nasiblah Pak Jilapah tak masuk campur pun dalam hal urusan rumah ni.

21) Bila anak anak baca Al Quran. Tetiba terasa sejuk perut mak yang ada bekas operate ni tau !

22) Dapat buat sesuatu yang tak dapat buat masa bekerja dulu. Harapnya dapat terus istiqomah. Syukur sangat. 

23) Dapat berkhidmat untuk bonda dan mertua. Moga Allah memandang walaupun khidmatnya tak besar mana pun. Tak de pulak gambo mak dengan mami aka mak mertua....hihi....


24) Dapat berselpie dengan pakwe berdua duaan cenggini. Tapi masih tak boleh lawan aksi romantik Kakcik Seroja dengan abang sadonya hihi...


25) Dapat drive Ferari baru! opsss.....

Udah selesai!.....Semput mak nak menghabiskan tau!!! Mak tag korang, korang, dan semua yang membaca entri ni yeh!

Thursday, 17 March 2016

Angin Sepoi Sejuk Cameron Highland

Salam Isnin ......

Alahai..... bila berhari hari dah tak berentri, nak menulis balik, macam kena sawanlah pulak. Mak bizi weyh minggu lepas..... Banyak nau urusan dunia yang perlu diselesaikan. Tambah lagi Pak Jilapah cuti, faham cukuplah kannnn.....

So macamana cuti korang? Seronok? Tak seronok?  

Mak tak kemana pun. Adalah pergi Cameron Highland semalam. Buat jangan tidak, bercuti bawak budak budak kata orang hihi.....Tu pun sebab dah terlanjur pergi ke Tronoh sebab ada hal. 

Masa naik Cameron Highland hari tu, alhamdulilah tak jammed. Mungkin sebab hari bekerja kot. Alah,  tak kemana pun kat atas tu. Lavender Farm pun tidak, Strawbery Farm pun tidak, Ladang Teh Sungai Palas apa tah lagi. 

Cuma pergi Pasar Malam jerlah. Memborong ketam dengan udang goreng tepung! Jarang jumpa weyh benda ni kat Pasar Malam KL ni! 

Tapi mak sikit pun tak makan. Rasa loya pulak malam tu tengok benda tu semua. Agaknya dah banyak sangat membelasah sorang sorang cendawan shitake goreng kot hihi.... Perut dah penuh minyak katanya.

Satu lagi yang mak suka kat Pasar Malam Cameron Highland ni, tang jemput jemput Ä·eledek dia, walaupun benda tu senang nak buat, tapi kalau beli tetap mabeles haha......  Cuma yang tak bestnya, susah betul nak tengok orang Melayu kita menjual benda ni ek.

Pak Jilapah dapat beli madu. Bukan mak yang dapat madu yer hihi.....Tak cukup madu, dengan sarang sarang lebah dibelinya hihi.... Madu sebotol besar jem tu harga dia Rm25 henggit. Asli ke tidak, entah!


Mak dapat apa? Mak dapat selpie kat depan bilik hotel bajet jadiklah hihi....Best jugak hotel ni weyh. Snooze Too Hotel. Hotel baru. Jalan kaki jer nak ke Pasar Malam


Nak mengharapkan sejuk menggigil, jauh sekalilah kat Cameron Highland ni. Tapi bolehlah ....... dapat jugaklah rasa angin sepoi sepoi sejuk Cemeron Highland waktu pagi tu.

Monday, 14 March 2016

Love this moment

Salam Isnin korang.....

Selamat bercuti kepada sahabat sahabat  yang bercuti panjang. Manfaatkanlah masa bersama anak anak dan orang orang tersayang tu dengan sebaiknya gitu. Contohnya macam berselfie bersama big boss ke, booking rumah banglow kat Forest City ke...... Meh le kita reramai berjiran dengan Daddy Ziyyad.... senang sikit nak pekse doktor! Free weyh.... hihihi....

Makkan balik kampung semalam . Jiran depan rumah bonda tu bagi labu. Katanya boss dia bagi. Dia pulak tak suka makan labu. So rezeki maklah dapat labu. Eh! Macam pantun pulak....hujung semua 'u' hihi....

Labu ni, mak memanglah suka. Tapi tang nak mengopek kulit tu, mak memang malas sikit. Kulit labu tu kan keras. Pas tu, kang tangan melekat dengan getah labu tu pulak. Dahlah tu, boleh naik lenguh jugak tau tangan mak yang sado ni kalau kopek labu sebijik haha.... Banyaklah alasannya......

Love this moment......( tercakap omputih pulak ko hihi....)

Memang love sangatlah bila tengok anak anak duduk semeja kat dapur cenggini, tolong mak dia. Terima kasih anak anak ibu! 

Huh....of course le memasing kena kerah dengan mak, kalau dengan rela hati memasing, memang tak ler gamaknya.... Tulah sapa suruh maknya tak minat masak? Padanlah muka maknya! Hihi....

Untunglah ada anak anak yang rajin ke dapur macam Lieya Latif, macam ko Yati......

Inilah hasilnya...... pengat labu penuh dengan love, love, loveeeeeee.....

Friday, 11 March 2016

Lasagna Roti Simple

Salam Jumaat ......

Nah...... mak bagi idea kotnya korang nak buat sarapan untuk esok! Ramai dah orang try buat sebenarnya. Tapi mak baru nak cuba hihi....Boring jugak kan kalau asyik asyik makan mee hoon goreng, asyik asyik makan nasi lemak jer, asyik asyik makan roti canai. 

Lasagna Roti Simple

1) Oleskan butter dalam Pemanggang Ajaib Umialya ( rindu kat hang geng! )

2) Susunkan 4 keping roti yang telah dicelup ke dalam 2 biji telur dan susu. Boleh jugak letak  lada putih kalau suka. Mak guna roti yang dah nak expire hihi...... 

3) Buh inti ( tumiskan bawang merah + ayam kisar + sos spaghetti )

4) Lapiskan dengan keju Cheesedale


5) Tutup dengan 4 keping roti yang telah dicelup telur dan susu


6) Taburkan Mozarella atas roti
7) Bakar atas dapur sampai kekuningan


8) Sedia untuk sarapan


Selamat bercuti yer..... kemana korang cuti sekolah ni? 



Thursday, 10 March 2016

Next Target

Salam Khamis.....

Ni faveret mak kalau makan kat kedai Cina Muslim. Masyaallah......nikmatnya tak terungkap oleh kata kata gitu!! Entah celah mana yang sedap agaknya tekak mak ni, tapi mak memang sukalah!

Dim Sum
Benda ni sampingan jer. Jadilah weyh.....dapat merasa sorang sikit. Ikut hati nak jer mak order lebih.  Tapi memandangkan bukan mak yang bayar, kena kawal sikit nafsu serakah tu hihi....


Next target kalau datang sini lagi, nak test Ketam Lembut masak Telur Masin pulak. Tekak mak masih belum mendapat lagi ni sejak baca entri Zee Suhaini pasal Ketam Kulit Lembut ni. Kalau korang nak tau macamana ketam boleh berkulit lembut boleh baca kat sini. Mak pun baru tau you! Zaman sekarang ni, bukan ayam jer yang kena injek tau, ketam pun dah kena kurantin weyh.

Hish korang ni...... kalau ye pun nak suruh mak cuba masak sendiri Ketam Kulit Lembut ni, agak agaklah weyh, kenalah tukang masaknya merasa orang lain masak dulu! 


Tuesday, 8 March 2016

Gerhana Matahari

Salam Rabu....

Semalam Pak Jilapah cuti. Hantar Ferari mak tukar cermin. Harapkan mak hantar? Huh.....hari pun malam.

Nasib baiklah paknya cuti, kalau tidak susah jugak nak hantar ambik si anak dara dua orang tu, sebab sampai ke tengahari jugaklah siapnya. Ambik masa 2-3 jam gitu. Tu tak masuk lagi tukang buat datang lambat! Terbang le Rm350. Al maklumlah Ferari jenis lamaaaa hihi.....

Hari ni terus gerhana....

Weyh, mak tak jumpa pun suspek. Gegar jer lebih hihi.... Malaslah pulak nak menyinsing lengan dengan jiran. Sebab tak nampak dengan mata kepala sendiri, walaupun katanya guard nampak. Kang kalau bukan salah dia, tak ke bopeng jer muka mak ni!

Bebel bebel jugak ye, mehlah mak nak tempek cara Solat Gerhana buat panduan di masa akan datang.


Mengikut kata Ustaz Hariyanto ( sekarang kat TV Al Hijrah ) mengikut Mazhab Syafie, solat gerhana ni afdholnya berjemaah dan surah surah yang sunat dibaca tu kena surah yang panjang panjang ye, macam surah Al Imran dan satu lagi surah, tak ingat ustaz ada sebut tadi. Sekurang kurangnya 80 ayat katanya. Tapi kalau tak mampu, buatlah semampu kita, jangan ditinggal terus, banyakkan berzikir dan bersedekah juga.

Pergh!! ....nampaknya berat nanang jugak ni kalau kena baca surah panjang,  surah Al Alaq yang tak berapa nak panjang tu pun tak berapa nak pas pas lagi haha..... 

Gambar gambar ihsan daripada geng geng WA.....

Monday, 7 March 2016

Suspek

Salam Isnin.....
Masa nak hantar Angry Bird ke sekolah tadi, terkejut mak tau tengok cermin keta Ferari mak pecah.

Mak agak mesti ada nyonya ke aso yang ambik buah mangga semasa ketiadaan mak semalam ni!!! Bila buah mangga tu jatuh atas cermin Ferari mak, dia pun blah, buat tak tau! 

( Dah tanya dengan guard, memang betul pun ada aso mengait buah semalam! ) 

Depan rumah mak ni memang ada sebatang  pokok mangga epal. Bukan Pokok Manggis Depan Rumah ye hihi..... Memanglah buah dia kus semangattttt, masam bukan main. Sampai mengenyit ngenyitlah mata. Bila dah tau masam, tobat Pak Jilap tak mengait dah hihi.....

Sebelum ni memang mak perasan ada orang yang suka ambik mangga ni. Kadang kadang kalau mak ada kat rumah pun, selamba badak jer dia mengait. Guna galah sendiri yang direka khas lagi ko. Ada tin kat hujung galah tu!.....

 Mak tak delah kisah sangat. Lagi pun pokok tu bukan mak yang tanam. Tambah lagi kat tempat awam pun. Tapi kalau ye pun, hormatlah sikit kat tuan rumah depan pokok mangga tu. Kalau nampak ada Ferari bawah pokok toksahlah mengait dulu. Ini tidak, main suka hati dia nak mengait bila  jer. Ceh!!!






Dah...... mak nak jumpa suspek ni!! Babai....


Friday, 4 March 2016

Selagi hidup, di situ masih ada harapan

Salam Jumaat......

Wahhhhhh!!! Hang dah legalah ek Mel......... Kak Long pun dah dapat result bagus. Lepas ni nampaknya hang dah boleh tidur lenalah....
Tahniah sekali lagi buat Kak Long. 

Tahniah juga buat anak anak sahabat alamaya mak yang dapat result SPM semalam. Kalau cemerlang, satu bonus, kalau tidak, terimalah dengan syukur. Peluang belajar masih terbuka luas buat mereka. Yang penting, semangat dan usaha kena ada untuk berjaya. Sepatah kata Prof Stephen Hawking dalam cerita The Theory of Everything 'Selagi hidup, disitu masih ada harapan' gitu ko katanya! Hihi....




Udah, meh le kita makan Paru lembu sambal sebagai meraikan kejayaan anak anak sahabat alamaya kita dalam SPM katanya hihihi......

Paru Sambal
Sedap woooo.....
Benda benda gini  kat rumah ni, kalau teringin kena beli je. Yelah...... yang makannya mak laki bini. Tak kuasa weyh nak merebus, nak menghiris, nak menggoreng, nak menyambal! Tengok!!! Berapa banyak tenaga mak habis??? Hihi.....

Mak beli Rm5 henggit, terus masuk mulut.


Thursday, 3 March 2016

5 Things I Hate Most

Salam Khamis......


Jenuhlah memikir dari semalam, apalah aku nak tulis dalam entri  5 Things I Hate Most ni. Namanya pun manusia kan, haruslah ada benda yang kita tak suka, menyampah, benci. Tapi benci benci pun, kita tetap kena hadap jugak.....lumrahlah kan!

Mak di tag oleh si Dana, mama Ayyan yang pandai menjahit manik dan rajin memasak. Hari hari dia duk post menu dekat Fb you...... Menu simple tapi yang penting rajin masak! I loike! mak je yang malas hihi......

Sorang lagi yang ngetag mak, si Kak Ton, Mummydearie yang sampai sekarang menyorokkan diri macam Puteri Gunung Ledanglah sangat. Jangan perasan ek! Puteri Gunung Ledang kalau menyamar jadi hape? Malaslah nak cakap..... Nyampah tau kita!!

Meh le mak nak share 5 perkara yang mak benci sampai sawan kekadang tu tau haha..  

1) Masak
Walaupun benci, tapi benda nilah yang mak kena hadap hari hari. Nak buat macamana? Dah tanggungjawab sebagai mak katanya. Kalau dah malas masak sangat, kita beli ajelah. Kita tolong orang melayu memajukan bisnesnya. Kalau bukan kita sapa lagi kan? Hihi.... Pak Jilapah silalah sediakan duitnya ye hihi......

2) Jaga budak
Ohhhhh.......janganlah nak suruh mak jadi babysitter. Kang ada yang kena dera kang. Tak pasal pasal mak masuk surat kabo weyh! Haha ....... Mak memang malas kalau bab jaga menjaga ni. Jaga Pak Jilapah je I on hihi.... Agaknya mak ni bukan jenis yang penyabar kot.  Layan layan gitu bolehlah. Nak kena mengasuh sepanjang  hari, memang sorry sangat!

3) Orang bawak kereta slow
Dah katanya mak bukan penyabarkan.....mestilah tak suka orang terkial kial bawak kereta atas jalan raya. Dahlah lambat, bawak lane kanan pulak tu! Pergh!!! Sakit hati weyh....Jangan terkejut pulak tetiba Ferari mak potong kiri hihi....

4) Tak suka berhutang dan tak suka memberi hutang
Berhutang kat sini maksudnya dengan individulah ye, bukan dengan bank. Kalau tak berhutang dengan bank macamanalah kita nak berumah dan nak berkereta. Ye dak?
Konsep mak senang, kalau tak mampu buat cara tak mampu.  Pakai seadanya. Nak buat apa menyusahkan orang lain. Hidup bergaya tapi hutang tak bayar. Sia sialah hidup kena sumpah dengan orang  huhu...

5) Suka marah tak tentu pasal.
Tetiba nak marah. Marah disini bukanlah marah menjerit jerit tu, tapi lebih kepada muka serious, cakap walaupun perlahan, tapi marah tu sampai terus ke hati. Alah ....marah laki kat binilah senang cerita hihi...... Hish....walau pun marah marah sayang gitu, tapi mak tetap nyampah tau !! Taulah mungkin dia tengah stress ke, ada problem kat ofis ke, tapi janganlah nak marah orang tetiba. Majuk sebulan kang baru tau hihi.....

Dahlah weyh.......
Sebab 5 perkara nilah mak dah kesiangan memublish entri hari ni tau! Kalau 10 perkara harus esok malam baru mak dapat publishnya tau. Huh....

Nak tag orang pun tak sempat tau. Mak tag semualah ek.....

Wednesday, 2 March 2016

Resepi Shark Fin Sup

Salam Rabu.....

Meh nak share Resepi ala ala Shark Fin sup yang mak buat semalam atas permintaan TLBD. Mak pun suka jugak sebenarnya hihi....

Yang dua orang lagi, lelaki tu, tak payahlah nak hiraukan sangat selera depa. Benda benda gini bukan mereka heran sangat, nasi jugak yang dicarinya. Baiklah mak layankan selera tekak mak dan anak anak dara hihi.....

Slurp....slurp......Pergh!! Sedap weyh pekena panas panas.....


Bahan bahannya

1) Minyak masak - 2 sudu
2) Bawang Putih - 4 biji  ( ketuk hancur)
3) Halia - potong halus memanjang
4) Lada hitam dan lada putih
5) Kiub ayam - seketul
6) Sos Tiram - 1 sudu
7) Air dalam 2 L

8) Dada Ayam  - 3 ketul potong halus dan memanjang 
9) Ketam stick - 8 batang, potong memanjang halus
10) Cendawan Shitake - 6 kuntum potong halus dan memanjang 

11) Minyak bijan - 2 sudu
12) Kicap manis - 2 sudu
13) Garam secukup rasa

14) Telur - sebiji (kacau)
14) Tepun Jagung - 3 sudu ( bancuh dengan air)


Caranya:

1) Tumiskan bawang putih, halia, lada hitam dan lada putih sehingga naik bau, masukkan sos tiram
2) Masukkan air, masukkam kiub ayam biarkan sekejap
3) Masukkan ayam, tunggu sehingga masak
4) Masukkan cendawan shitake, masukkan filamen ketam 
5) Biarkan seketika setelah mendidih
6) Masukkan kicap manis
7) Masukkan tepung jagung, kacau. 
8) Masukan pulak telur yang telah di pukul tadi, kacau
9) Masukkan minyak bijan 
10 ) Perasakan dengan garam mengikut cita rasa.
11) Siap!!!!

Nama aje Shark Fin sup tapi sehelai urat shark Fin pun tak de hihi....Kalau korang nak letak boleh aje, ada jual kat Tesco dekat bahagian Frozen Seafood. Tambah isi ketam pun sedap weyh Shark Fin sup ni.


Tuesday, 1 March 2016

Semua ni salah siapa?

Salam Selasa.....

Macamana nak mengekalkan berat badan ? 

Haih!!! Macam pelik weyh bila Nor Azimah tanya mak cenggitu!!! Manalah mak tau! Badan mak sendiri pun tak terbela ni hihi....

Ko ni salah tanya oranglah  mak!!!! Cer tanya blogger yang kurus kurus tu....macam Izwa ke, Lieya Latif Latif ke, Yati, Cahaya hidupku ke, Baby-pose ke Malinda, wanita garam dan gula katanya ke.......barulah betul channelnya!

Hakikatnya mak ni kategori obes weyh. BMI pun lebih limit. 

Macam yang korang kenal, mak ni bukan jenis orang yang jaga makan ye. Mak ni, semua yang lalu depan mata memang habis kena belasah hihi.... Kekadang tu propa je lebih nak diet bagai, tak mau makan nasilah, nak minum apple hijaulah, air lemonlah, tapi kalau bab makan tak dijaga, exercise pun malas, bilalah nak kurusnya? 

Mak, masa anak dara pun bukanlah jenis yang badan kerempeng korang. Memang jenis berisi katanya. Kakak kakak mak pulak semuanya memang jenis yang badan gemuk, mana mungkin mak jadi kurus pulak! hihi..... Tapi arwah abah memang kurus dan kecik orangnya.  Entah, kenapa tak pulak mak menurun baka abah, baka mak jugak yang diikutnya hihi....

Senang cakap, mak ni memang dari baka gemuk gemuk. So, potensi untuk menjadi lebih gemuk di masa hadapan memang terbuka luas gitu hihi....
Sebab tulah mak suka selfie weyh hihi..... 

Korang tengoklah tu, badan mak pun dah lebih daripada size Pak Jilapah, pipi pun dah sentol. 
Semua ni salah siapa?.... Salah Pak Jilapahlah ni, sapa suruh dia kecik? Kan mak dah nampak besar! Haha....
Terpaksa orang kena cover tau bang!!! Terpaksa abang kena belikan orang baju hitam banyak banyak!