Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, 31 May 2016

Beef Noodle Soup

Salam Selasa.....

Minggu lepas makan kat Resepi Rahsia dengan anakanda Angry Bird. Katanya bezday dia kan. Ha'a berdua aje, sebab Pak Jilap kerja dan TLBD sekolah. Nak tunggu hujung minggu macam lama sangat pulak. Lagi pun mak dah teringin sangat nak makan kek hihi..... Ni bezday sapa sebenarnya ni? Kenapa orang lain pulak yang over kikikiki...... Biasalah sawan sudah mai haha.....

Mak ambik Beef Noodle Soup. Dalam hati berbelah bagi, nak ambik sup ke nak ambik Thai Seafood Spaghetti! Adoiiii......dua dua pun teringin.....


Sudahnya ini yang ku pilih. Ceh!!!..... Mak dah beberapa kali jugaklah makan. Mak sukalah....... Macam si TLBD, pernah sekali dia order sup ni, tapi tak habis lagi makan, dia dah pening kepala hihi..... Maklah yang untung! Tukang perabis. Separuh orang memang tak boleh pergi kot dengan sup ni . Mungkin sebab bau daging dia yang agak kuat jugaklah.  Mungkin jugak sebab ada perut lembu dalam tu kot. Ha'a perut lembu yang macam towel tu haha.....mesti korang nak muntahkan?

Suka hati koranglah, nak muntah ke hape, janji mak OK jer, macam towel ke, macam getah ke apa mak kira! Sedaplah weyh haha...... 

Tak jadi weyh mak nak makan kek,  mak tukar desert eskrim dengan roti ni, macam lazat jer mak tengok!! Hihi......  janji boleh tulis Hepy Bezday tu kat pinggan, sudah!


Bezday girl pulak makan ni..

Monday, 30 May 2016

Sofa idaman hati

Salam Isnin.....

Selamat bercuti kepada cikgu cikgu sekolah. Amboiii !! Bukan main seronok lagilah kan korang, dah lah dapat cuti, dapat pulak sambut awal Ramadhan kat rumah. Rezeki jadi cikguuuu.....gitulah hihi....

Mak ni memang dah lama berhajat nak cari sofa baru. Kebetulan pulak dah nak Raya kan, so boleh jugaklah kalau korang nak cakap ala ala Sofa Raya hihi..... Tapi serious weyh, dah lama sebenarnya nak tukar sofa ni. Sofa lama mak memang dah teruk sangat. Kusyen dah penyek, spring dah rasa,  kaki dia pun dah patah sebelah, sekarang ni harapkan tin cat jerlah untuk menyangga hihi..... Gelakkan maklah tu!!!


Alkisahnya pagi Sabtu baru ni, lepas service keta tu, mak laki bini pun meroundlah kedai perabot. Kedai perabot biasa biasa aje, tepi jalan jer tu ha. 

Style mak kalau pergi kedai perabot ni suka survey survey dulu sebenarnya, tengok tengok design. Pas tu pergilah kedai perabot lain pulak. Tengok tengok lagi. Sampailah kena marah dengan Pak Jilap, mak merajuk, barulah berhenti sawan tengok haha......Sudahnya balik rumah, tak beli hape!

Bukan cerewet tau, tapi jadi orang pompuan ni banyak yang nak kena fikir. Nak kena pilih warna sofa lagi. Yelah.....nak matchkan dengan dinding yang dah sedia ada kat rumah tu. Biar pun dah bercapuk capuk dinding kat rumah mak tu ha hihi.....

Buktinya...... 
Sebab apa ek cat boleh jadi gitu? Cat murah kot ek!! Emmmm.....

Abaikan ajelah gambo potong kek yang macam nak membunuh kek aje tu kekdahnya ye.....hihi


Tak cukup bukti ? Kasi lagi bukti haha...... sebok pulak nak interframe kilauan 2 orang tu.....


Itulah kan.... pilihan ada banyak di depan mata, tapi nak memilih yang berkenan di hati punyalah payah!!!.... Lagi lagi ada pulak kriteria yang dah disetkan, Pak Jilap nak sofa yang boleh menampung kepala katanya. Nak menyandar le tu.....

Kalau koranglah kan, sofa macamana yang korang pilih ek? 

Friday, 27 May 2016

Serunding Daging

Salam Jumaat....

Hari ni mak malas nak tulis banyak banyak, cuma nak tanya korang satu jer, dah beli Serunding ke belum? Tak kisahlah Serunding Daging ke Serunding Ayam ke Serunding Ikan pun. Pokoknya Serunding. Kalau tanya mak, mak lebih suka Serunding Daging. Lebih sikit kolestrolnya hahaha...... 

Puasa dah dekat dah ni, kang tak sempat masak sahur, tale ajelah Serunding . Kalau dah terpaksa, makan Serunding dengan nasi pun sodap sangat weyh!

Serunding Daging

Mak dah beli, beli dengan jiran. Setengah kilo. harga Rm45 henggit you. Daging fresh katanya. Mahal ke murah ? Mak pun tak tahu. Cuba tanya mek Kelate, Cik Nor, tak pun tanya mek Ganung, Yaya AzuraBijen tak payahlah tanya sebab dia tengah dalam pantang. Nak tengok kopok leko pun susah haha.......

Yelah kan, mana tak mahalnya Serunding ni, ingat senang ke nak buat Serunding? Berpeluh seluruh badan 5 hari baru siap jadi Serunding tau haha..... Tak caya tanya Tokey Serunding Ikan Nor Azimah

Tanya mak apa yang mak tahu? Selpie bolehlah hihi......




Thursday, 26 May 2016

Tolong jaga dia untuk ku

Salam Khamis.......

Dah sarapan ke korang? Mak belum lagi.... mak nak makan epal aje pagi ni. Mak pun teringin pakai kebaya Raya tanpa korset macam Lieya Latif hihi.... Tapi bukan Raya tahun nilah, mungkin Raya 10 tahun lagi. Maklumlah nak menghapuskan lemak degil bukannya mudah kikiki.....

Masa menggeledah album lama semalam, terjumpa pulak gambar ni..... Tetiba mak jadi sayu hokey!! Macam tak biasa dengan mak kan, mak kan Neng Yatimah....      

Dah besar dah anak sulung ibu, dah masuk universiti rupanya abang sekarang ni.
Terasa baru semalam abang duduk dalam dakapan ibu, tapi hari ini abang dah terbang jauh. Kenapalah bukan terbang ke Nottingham, kalau abang ke sana, kan ibu boleh selfie dengan bunga bungaan hihihi..... 

Masih ingat lagi tak abang saat ini? Saat abang dan ayah bergurau senda, berposing sama sama. Terima kasih abang kerana buat ibu ayah gembira dengan kehadiran abang. Masa ni misai ayah lebat macam Dato' K! Memang kena sangatlah dengan tajuk entri ibu hari ni. Lagu CT hihi.....

Ayah jadi kuda, abang tunggang ayah. Tengok tu.....betapa sayangnya ayah pada abang. Untung abang ada ayah yang penyayang macam ni, cukup makan, cukup pakai. Ingat tu abang! Jangan sekali kali lupa untuk gembirakan ayah.....

Ya Allah, tolong jaga dia untuk ku!.....

Wednesday, 25 May 2016

To the Sweetest Daughter.....

Salam Rabu

Inilah dia Birthday Girlnya, Angry Bird. Dilahirkan 17 tahun yang lalu dengan berat 2.21kg aje. Paling kecik antara adik beradiknya. Anak anak mak memang kecik kecik weyh, paling besar pun TLBD, itu pun 2.51 kg. Nak buat macamana, zat galian semuanya gi salah channel hihi...... Terbalik, omaknya yang terlebih godang! haha.... Itulah.... kecik kecik pun perut mak kena belah jugak weyh!

Sayangnya, tak banyak gambar Angry Bird masa baby sebab masa tu kamera rosak. Zaman tu nak beli kamera sebijik pun rasa siksanya bukan main tau! Handphone apa tah lagi, memang tak termampulah  kami, pasangan Jilapah yang serba doif masa tu.....   


Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan dia buat kami...... keletahnya, gelagatnya cukup membuat kami gembira.    

Walaupun ada kalanya adik menangis dan merajuk, tapi ibu ayah tetap sabar melayan kerenah adik tau.  

Ingat lagi tak masa kita baru pindah rumah kita sekarang ni, ibu tak de pilihan lain kecuali ibu terpaksa masukkan adik ke Tadika Si Manis sebab tadika ini jelah yang paling dekat dengan rumah. Tiap tiap hari adik tak nak pergi sekolah sebab adik kata adik tak de kawan. Ibu tahu adik takut sebenarnya sebab kawan kawan adik semuanya cina. Tengok tu, bergambar pun muka ketat..... 


Terima kasih adik kerana menjadi anak yang baik, menyejukkan mata ibu ayah, menenangkan di saat kami resah, menggembirakan disaat kami berduka. Hepy Bezday adik! Doa ibu ayah semoga adik berjaya dunia dan akhirat, menjadi anak solehah. Menjadi pendorong kepada abang Iman dan pembimbing kepada adik TLBD. Walaupun adik dah besar, adik tetap baby di mata ibu dan ayah. I love you adik!


Selamat Hari Lahir jugak untuk Yati, Cahaya Hidupku yang berkongsi tarikh lahir, moga diberikan kesihatan yang baik dan umur yang berkat dalam limpahan rahmat Allah. Terima kasih kerana sudi bersahabat dan berkongsi ilmu dengan kita ye Yati !!. 

Tuesday, 24 May 2016

Ikan Satay lu punya

Salam Selasa.....

Dulu dulu mak tak suka makan benda ni sebab bau dia bukan main bacin lagi tau! Yang ikan ni bolehlah tahan lagi bau dia. Korang pernah makan sotong kering yang ada gula tu? Yang tu, memang pergh sangatlah bacinnya! Tutup hidung beb sambil makan haha...... Tapi sejak dah kilauan ni, bacin, bacin pun mak bedal aje.

Eh! Tapi korang tau tak makna bacin tu apa? Tak tau, pergi tanya Saniah Ibrahim, orang Johor mesti tau punya.

Ni Pak Jilap beli kat Agro Bazar, RnR masa balik dari Ipoh hari tu. Ikan Satay ni pilihan Pak Jilapah. Anak anak tak payah tanyalah, diaorang bukan makan sangat pun. Dalam hal ni, tekak mak pak wajib didahulukan haha....

Ikan Satay
Masa tengah pilih pilih tu, mak ambik keropok ikan yang macam gambar bawah tu ha, harga sama tapi kuantiti dia nampak sikit kalau dibandingkan dengan Ikan Satay yang Pak Jilap pilih tu. Pak Jilap cakap, ambiklah yang macam dia pilih ni, sebab banyak. Lagi pun rasa lebih kurang je. Haih!.... tak nak mak, yang Pak Jilap suka tu tak rangup macam keropok yang mak suka! Dan dan pulak mai sawan degil hihi......memang tak boleh cakap apalah......

Dah namanya pun Ikan Satay, bentuk pun macam ikan hihi..... Sampai sekarang duk atas meja tak habis lagi.... Sendiri punya suka kaluuuu kasi habis ha.....

Ikan Satay
Nilah keropok ikan faveret mak. Rangup! Bacin, tetaplah bacin kan dah namanya pun ikan...... Dah selamat pun mak kejakan sorang sorang hoho... 



Monday, 23 May 2016

Tokey Biskut Raya

Salam Isnin.....

So ke mana kita hujung minggu baru ni? Berjalan? Soping? Jalan jalan cari makan? Ke lepak kat rumah aje? Tak kisahlah, walau apa pun yang korang buat, yang pasti korang enjoyyyyyyy dengan family ek !!..

Mak ke rumah anak sedara mak kat Rawang. Anak sedara mak ni, anak kedua daripada kakak mak yang sulung. Yang sulung dah meninggal dah. Kiranya dia anak sedara mak yang paling tualah sekarang ni. Umur pun dah 50an. Biasalah orang dulu dulukan, anak bersalin, mak pun nak ikut bersalin jugak hihi.....  Ceritanya dia ni nak pergi umrah hujung bulan ni. Kebetulan pulak kakak sulung mak, aka mak dia datang KL. Tu yang mak nak jumpa kakak mak tu. Tapi nampaknya bukan rezeki nak dapat bersembang dengan sepusat sepusing mak tu, sebab mak sampai jer rumah dia, kakak sulung mak dah masuk dalam kereta, nak balik. So dapat salam ajelah kiranya.....

Anak sedara mak ni sebenarnya Tokey Biskut Raya. Hampir 10 tahun jugaklah dia meniaga biskut Raya ni. Boleh katakan dah ada pelanggan sendirilah. Kiranya setiap kali datangnya Raya, dia boleh tersenyum sampai ke kening, hampir membuat satu bulatan di muka hokey hihi..... bukan setakat sampai ke telinga je tau! Tak caya, tanya Tokey Rempeyek, betul tak Knor?  

Masuk aje rumah dia hari tu, memang wangi semerbak dengan bau butterlah weyh! 

Ini baru betul Tokey Biskut Raya ni, tengoklah oven dia sekali bako pun boleh terus dapat 2 balang ! Kalaulah mak meniaga guna oven mak yang sedia ada tu, jenuh le nak kumpul satu balang. Sehari semalam pun belum tentu penuh agaknya, tu belum cite lagi biskut raya yang rentung haha..... 

Dah katanya Tokey Biskut Rayakan, dapur dia tak payah tanyalah, memang sana sini penuh dengan bahan kuihlah. Butter, tepung, gula, kacang, main gantang punya kira ko, bukan main paket macam kita dah hihi..... Nasiblah rumah besar, kalau rumah macam mak, haruslah mak tidur atas loyang gamaknya  haha......  
  
Tulah..... bila tengok orang meniaga, teringin jugak nak meniaga tapi bila mengenangkan penatnya, terus cancel hihi....Dasar femalas!

Balik tu dapatlah jugak 2 bekas Biskut Raya yang reject. Hangus katanya.... Mak belek apa yang hangus entah!...... Walaupun rupanya kurang menarik tapi serious sedap weyh! Terima kasih anak sedara! 



Friday, 20 May 2016

Terakhir, Sufian Suhaimi

Salam Jumaat.....

Walaupun dah kilauan tapi sekali sekala melayan lagu Terakhir, nyanyian  Sufian Suhaimi ni best jugak tau. Lagi lagi kalau tengah merajuk hihi...... Nak harap dipujuk, memang taklah kan..... so dengar lagu ajelah, pujuk diri sendiri huhu.....

Cubalah dengar!! Best weyh...... mak suka!




Thursday, 19 May 2016

Simplysiti

Salam Khamis ......

Namanya pun pompuan kan..... 
Kalau bab bab melawa ni memang No 1, tak kiralah tahap kilauan pun hihi... Jiran sebelah rumah mak nampaknya tak sabo nak mengumpatlah tu!!! Tak de dah orang lain dah, memang dialah suspek utama mak weyh....

Korang pakai bedak muka apa ek? 
Mak ni nak kata memilih sangat bab bedak, taklah jugak, yang penting sesuai dengan muka kita dan harganya berpatutan dengan status mak yang menganggur ni. Separuh orang tak kisah, bedak powder baby Johnson pun ok jer. 

Semuanya terpulang kepada diri memasing. Muka kita, kita punya sukalah nak tempek apa pun kan! Lagi mahal bedak, lagi baguslah kot hasilnya. Tunggulah Pak Jilapah jadi jutawan boleh mak pakai bedak mahal hihi.....Sekarang ni mak pakai bedak 2 way cake D'Or, Simplysiti. Bagi mak, tu dah kira mahal sangat dah tu weyh. Mak suka jenis 2 way cake ni bukan apa, sebab kalau tak pakai foundation pun, kulit muka kita akan nampak sedikit lembab dan halus, dapat cover sikit jeragat yang ada, cukuplah!

Ginilah, umur kalau dah kilauan, kulit mudah nampak kering dan kusam. 

Tak caya tunggulah umur korang macam mak ni..... Jeragat pun senang nak tumbuh tau, kecualilah mereka memang rajin jaga muka macam Nurul Izwa yang pakai Ephyra Serum. Tak payah pakai bedak pun, kulit dah nampak mulus. Mak ni, jaga tu jaga jugaklah, ambik yang basic sudah! Hihi.....   


Tulah nak ceritanya, baru baru ni kebetulan bedak mak tu dah habis, so pergi carilah kat Watson. Ada pulak contest sempena Hari Ibu. Dengan setiap pembelian Rm80 henggit ke atas dah layak untuk join contest ni. Jenuhlah cari satu lagi produk Simplysiti, nak cukupkan Rm80 henggit punya pasal. Sudahnya ambik minyak wangi tu. Padahal minyak wangi yang Kak Ton bagi pun masih banyak lagi !

Untuk join contest, syaratnya kena selfie dengan ibu sambil pegang produk Simplysiti. Tu yang berphotoshoot sakan tu haha.......  

So lepas balik pusing pusing Ipoh malam tu, mak anak beranak yang gegurl ni startlah projek photoshootnya. Pak Jilap dengan anak bujang tak payah tanyalah, memang tak campur langsung. Tapi faham ajelah kalau dah penat berjalan, memasing tak bagi kerjasama langsung, senyum pun kena paksa, nampak sangat maknya yang over sorang sorang. Nyampah betul tau ! 

Wednesday, 18 May 2016

Selera kita tak sama

Salam Rabu....

Sebelum Ramadhan menjelma meh le mak tempek koleksi gambar makanan yang mak baru makan minggu lepas. Nanti kalau dah bulan puasa, tengok roti bakar sempoi cenggitu pun nikmat sedapnya lain macam kan......

Ni masa on the way balik KL lepas hantar abang hari tu, singgah RnR Tanjung Malim kalau tak silap mak. Dah sampai RnR tu, kalau tak pekena Roti Bakar Pak Tam yang super duper mabeles ni memang tak sahlah! Minum pulak cappucccino. Memang perghlah korang.... Tapi mak kuranglah kalau kopi kopi ni kecuali buat sendiri, sebab kalau beli ni rasa dia keras sangat, pekat, pening kepala mak weyh! 

Tapi serious sedap Roti Bakar Pak Tam ni...... 

Mak order Rojak Paru jugak..... Mak memang mengidam nak makan Rojak lagi sejak makan Rojak Ayam Pak Tam kat Hospital Kuala Lumpur masa hantar mami check up hari tu. Teringat ingat dan terbayang bayang kesedapan kuah rojak dia ko. So memang tak lepaskan peluanglah kali ni. Tapi malangnya nikmat sedap dia tak sama macam hari tu. Mak suspek sebab mami tak de kot, tu yang jadi tak nikmat tu hihihi..... 

Yang ni pulak masa mengeteh dengan anakanda Angry Bird masa AEON Member Card minggu lepas. Tak soping pun..... tengok tengok jer. Pak Jilapah tak de, kerja! TLBD pun tak de, sekolah......Abang? tak payah tanyalah dia main game kat rumah lagi best daripada mengikut kitaorang! So apa lagi!!! Mak order sesuka hati maklah hihi..... Lama dah mak tenang Karipap Gergasi ni kalau lalu Resepi Rahsia. Baca pulak entri Gergasi yang Lazat Kanda Zakie. Tambahlah mengidamnya. Sementara Pak Jilap tak de ni, marilah kita mengorder, kalau dia ada, mak malu malu kucing you, cover le sikit pelahap tu...... hihi....

Bukan main lagi kan anak beranak berdua ni.......
Sorang satu kek ko. Tea Time katanya....... Beli kek dapat free air! 
Mak terjatuh cinta pulak dengan kek ni sejak kawan mak belanja masa hari jadi mak hari tu.... Sedap weyh.....Bila makan tu ada rasa macam crunchy crunchy gitu. Pergh..... kesedapannya terasa sampai sekarang . Jangan tanya nama kek ni sebab mak tak ingat!

Tuesday, 17 May 2016

Gulai Kikil

Salam Selasa kengkawan.....

Mak tengah mendobi tak sudah ni sejak petang  semalam weyh! Tulah tu, asal balik jalan jer, cengginilah keadaan mak, jadi Tokey Dobi haha .....
.
Menjawab pertanyaan Oh Panduan kat mana mak duduk kat Ipoh hari tu. Kat sinilah OPHotel Tower Regency. Pak Jilap ambik apartment 2 bilik termasuk sarapan pagi untuk 4 orang. 

Separuh orang, bila pergi sesuatu tempat tu mereka suka cari tempat makan yang best best dan femes. Tapi lain pulak pesennya dengan Pak Jilapah, dia lagi suka cari yang dekat dan cepat, janji kenyang, lebih lebih lagi dah malam, badan pun dah penat! Tapi mak googlelah jugak tempat makan best kat Ipoh ni, buat jangan tidak kata orang hihi..... Pusing punya pusing, terjumpalah restoren Simpang Tiga ni. Restoren makanan Padang katanya. Ni makanan mak berdua dengan Pak Jilap malam tu. 

Gulai Kikil. Tak ingat pulak mak dah pernah makan ke belum. Tapi gulai nilah yang buat mak terliur malam tu weyh! Kikil ni kalau ikut kamus Indonesia, satu bahagian pada kaki lembu, kalau kamus kita, Urat Keting kot! Mak selalu jugak nampak kedai Sup Urat Keting kat Bangi tu. Tapi tak pernah singgah pun. Dah tau, lepas ni bolehlah try nampaknya.....

Buat mereka yang teringin nak try makan tapi seram tu, tak payahlah nak seram sangat, rasa dia plain aje, tawar, bau lembu pun tidak, lemak pun tidak, kenyal kenyal gitu! Mak sukalah..... Satu mangkuk cenggini ni Rm9.00. Boleh tahan jugak harganya. Yelah...... ingat senang ke nak mengikis kulit kaki lembu, nak korek kikil ni? hihi......

Gulai Kikil
Budak budak pulak makan western malam tu. 



Monday, 16 May 2016

Catatan dari bilik hotel

Salam Isnin ......

Hari ni mak terkandas di Seri Iskandar korangggg! So entri ni ala ala catatan dari bilik hotellah.... Anak anak dara tu terpaksalah mak rehatkan hari ini. Kemain lagi suka diaorang dapat ponteng hihi.... 

Cuti 4 bulan anak teruna mak, kan dah habis. Tu yang ke sini tu. Perginya hari Sabtu. Macam macam nak diuruskan. Nak ambik motorlah, register biliklah, kemas bilklah, beli baldilah...... Ha! Jangan tak tau kita orang memang sawan beli baldi hihi.....Sebabnya, asal masuk semester baru je mesti beli baldi baru. Dah menimbun dah baldi kat rumah mak tu tau! Nak bawak dari rumah faham faham ajelah...... Tunggulah Pak Jilapah beli lori hihi....Barang anak teruna dah tentulah banyak, campur pulak baju kami kami pengiring ni, dah 3 beg hihi......Sudahnya penuh satu bonet. Nak selit baldi tang mana pun tak tau!

Satu lagi sawan kami ni kalau menghantar abang, mesti nak kena tidur! Ambik peluang nak tidur hotel sangat kan haha... Kalau ikutkan, boleh jer balik hari. Tapi tulah .....dah katanya sawan. Memang susah betul nak hilang weyh! Rasa mak, ginilah jugak gayanya kami, sampailah abang grad nanti haha....
Ikut plan asal memang mak nak balik petang semalam, tapi hujan sangatlah lebat. Jarak penglihatan mak andaikan tak sampai pun 2 meter tau. Ni dah bukan mendung berarak, langit kelabu lagi dah ni......  memang hujan lebat macam tak akan berhenti hujan sampai ke malam dah nampak gayanya! Punyalah lebat. Nak balik pulak hala ke malam. Sudahnya terus decide check in hotel lagi. Nasiblah ada kosong semalam.


Sabtu hari tu check in hotel kat Ipoh, sebab hotel kat Seri Iskandar ni penuh.  Booking pun last minitkan....padanlah muka mak! Hihi..... Tapi best jugak, dapat round Ipoh malam malam. Sunyi rupanya Ipoh...

Oklah, mak nak bersiram dulu. Kejap lagi nak balik KL dah ni. Babai!

Friday, 13 May 2016

Every Love Story is beautiful

Salam Jumaat.....

Salam sayang, salam rindu, salam penuh keberkatan, moga hari ini, hari yang  indah dan ceria buat semua! Eh dah kenapa ni? Sawan salam ke hape mak hari ni? Haha...... Gitulah kalau dah semakin kilauan emas permata, macam macam sawan hinggap pagi pagi ni!

Biasanya blog mak hari ni tak akan meriah macam hari hari biasa. Kalau hari hari biasa, selalunya komen sampai 20 lebih, tapi hari Jumaat, biasanya nak sampai 10 komen pun susah. Maklumlah blog cukup cukup makan, gitulah gayanya hihi...

Boring jugakkan balik balik cerita makan, makan dan makan. Macamlah dia sorang yang cukup makan haha....

Meh le hari ni kita cerita pasal kahwin pulak. Dah kenapa hari ni sawan kahwin pulak ni? Tak boleh ke???? Walaupun mak ni bukan Doktor Cinta tapi topik kahwin ni best tau! Mak suka jugaklah baca kisah Asam Garam Rumahtangga orang dalam suratkhabar tu, tak pun dalam FB.  Tidak terniat pun nak bertepuk tangan melihat kehancuran rumahtangga orang lain, cuma untuk dijadikan panduan dan teladan! Aina BlossomSal,  Cik Nor, ko jangan banyak cakap, ko hadam aje apa yang mak nak tulis ni, ko apa tau, ko anak dara! kehkehkeh......

Semua orang pun mengimpikan untuk berkahwinkan, Terutama anak dara kat atas tu hihi.... Yang dah kawen pulak, mengimpikan rumahtangga yang bahagia hingga akhir hayat. Mempunyai anak anak yang comel dan sempurna. Tapi tidak semua orang dapat apa yang diimpikan. Ada yang kecundang di tengah jalan, ada yang dah beranak pinak, bahagia pada mulanya, tapi kecundang pulak di hari tua. Siapalah kita nak menidakkan takdir Allah kan?

Tiada pasangan yang mengharapkan kehancuran dalam sesebuah perkahwinan! Orang gila, mungkinlah kot... Penat weyh menyulam cinta bertahun tahun! Penat mengandung lagi, penat lelah besarkan anak anak sama sama lagi, penat kumpul duit sama sama lagi, penat melayan rajuk lagi, tetiba hanya kerana perkara yang kecil, perkahwinan itu hancur sekelip mata! 

Tapi siapalah kita nak mengadili rumahtangga orangkan. Dapat mengekalkan kebahagiaan rumahtangga sendiri dengan baik pun dah cukup bersyukur. Orang cakap memang mudah, dalam berumahtangga ni, kena banyak bersabar, kena banyak mengalah, kena banyak bertolak ansur, tapi sebenarnya hanya orang yang melaluinya saja yang tahu betapa hebatnya dugaan berumahtangga ni. Jangan takut pulak korang nak berkahwin tau wahai anak dara!Hihi.... Best weyh!hahaha..... 

Meh le kita mintak resepi kebahagiaan rumahtangga kepada mereka yang lebih berpengalaman macam Kak Cik Seroja yang sentiasa romantik dengan abang Sadonya, Kak Noor yang tak pernah jemu melayan perut Abang Hajinya, Kak Zai yang sentiasa dimanjakan oleh suaminya dan Kak Yon yang tak habis habis berjalan melancong ke sana ke sini dengan Encik Papanya..... Kagum mak tau!!! 

Tapi mak percaya semua orang pun nak bahtera yang dibina bersama orang tersayang akan kekal bahagia hingga ke syurga......

Termasuklah mak weyh.... Mencari yang sempurna memang tidak akan berjumpa. Tapi ketidak sempurnaan itulah yang membuatkan kita saling melengkapi...... gitu ko.....

Every Love Story is beautiful but Ours is my Favourite, I love you bang...... Wahhhhh......macamlah dia sorang ada laki  hahaha......

Thursday, 12 May 2016

Faveret dia....

Salam Khamis....

Makcik Nasi Lemak bawah pokok tu meniaga nampaknya hari ni. Jari gosok dagu sat......Nak beli ke tak? Nak beli ke tak? Kalau beli, settle dah lunch hari ni. 

Paru Sambal dia sedap weyh!! 
Paru sambal tu dah tentulah faveret mak. Budak budak belikan nasi lemak ayam, sudah! hihi......

Ni faveret  anak bujang mak. Nasi Goreng Kampung. Kalau ada depan mata, memang tak banyak soal, terus ngap!

Mak gantikan ikan bilis dengan ikan goreng lebih semalam. Emmm.... buh ikan lebih terasa kesedapannyalah ......

Satu lagi faveret dia.... Puding Karemel. Kalau buat ni, memanglah cepat habis! Buat Kuih Bako kaluuuu. mak sorang yang makan huh!....Mohon jangan kecam gambar puding karemel mak yang comot, tak senonoh tu ek!  Live telecast dari loyang katanya hihi.....

Ni pulak faveret bapaknya..... Faveret maknya? Kita mintak tolong kedai masakkan ajelah, senang....hihi...... 

Wednesday, 11 May 2016

Sembang mak mak....

Salam Rabu.....

Hari ni mak tak payah nak kelam kelibut sangat masuk dapur awal. Anakanda TLBD puasa ganti. Budak baru first time mengganti puasa katanya..... Nak jugak bersahur. Maklah jadi mangsa meneman bangun. Nasiblah makan cereal dengan susu je..... Senang kerja mak!
  
Si kakaknya pulak ada tuisyen sampai petang. Yang sorang lagi tu tak payahlah mak nak risau sangat, sebab dia makan game pun dah kenyang. So maknya apa lagi!!!! Landing berirama atas sofalah sambil layan HBO hihi....

Selalunya mak masuk dapur paling cepat pukul 10. Tu mak dah ambik kira tau berangan depan sinki, berangan depan esbok sambil tengok ikan, pikir pikir nak masak apa! Ha.....ingat sekejap ke!haha..... Paling lambat mak kena masuk dapur pukul 11 pagi. Kalau lambat daripada tu memang kena membelilah jawabnya. Alasan sangatkan haha..... 

Kalau pukul 11 tu, dengan kudrat kilauan ni sempatlah masak nasi dengan masak satu lauk sambil clear dapur. Nak berangan memang tak sempatlah weyh! Nasiblah dak TLBD ni senang aje, satu lauk pun dah cukup. Ayam Kicap ke, Sup Ayam ke, Ayam Kari ke..... janji bukan sambal. Kadang kadang dia mintak sup ala ala Shark Fin tu aje. Sejak menjak dah pandai nak kurus ni hihi.... Kalau dulu jangan, nak nasi saje....

Mee ni mak goreng petang semalam. Pagi ni dah panaskan jadilah ghuper tu hihi....Semua dah layu . Sesekali goreng mee sedap jugakkan. Mee ni kira macam tambah tambahlah. 
 

Nasi pun masak jugak. Mak bakar ikan caru buat Sambal Kicap. Sup Ayam dah masak tengahari sebab si TLBD teringin nak makan sup sup katanya.....Nampak tak!!! Permintaan dia, mentang mentang maknya seorang surirumah..... 

Berbalik pada kisah mee tadi, walaupun tak delah faveret mana mak anak beranak dengan mee ni tapi semua orang boleh aje makan, kecuali abang, anak yang sulung tu, Hero Hindustan sepatah kata Cahaya Hidupku ngan Kak Noor hihi.... Dia tu kurang suka mee. Tapi semalam dia kena makan jugak mee goreng tu, sebab lauk mak semalam pun bukan faveret dia. Ceh!....boleh makan pun...
   
Kalau Kak Ton cakap Bubby Abang tu memilih makan, rumah mak pun ada sorang wakil jugak tau, yang memilih makan ni! Huh.....


Tuesday, 10 May 2016

Nafsu nak beraya....

Salam Selasa......

Serious ..... tak de modal nak merapu hari ni weyh! Dari tadi mak duk merenung laptop ni. Sudahnya dah pukul 10. Ni sebenarnya dah time mak masak ni tau. Macam tak sempat jer nak masakkkkk, marilah kita membeli hihi.....

Korang dah siap soping baju Raya ke? Yelah..... mak tanya ni bukan apa, Lieya Latiff dah siap soping dah, baju Melayu, baju Kurung pun dah siap tempah, tunggu nak ambik je lagi, Mak Garam pulak dah survey survey bekas kuih Raya, dah tak sabo nak mendeko le tu....

Mak jugak yang pegun kejung gini gamaknya! Hihi....

Serious weyh..... sejak dah menjangkau kilauan emas permata ni, nafsu mak nak beraya dah kurang dah weyh. Pening nak beraya lagi ada hihi...... Nak masak, nak buat kuih Raya, ohhhh banyaknya benda nak kena buat.....

Agaknya sebab mereka semua ni dah besar panjang kot......


Kurang dah nafsu nak bersoping macam dulu dulu. Zaman masa anak anak kecik. Tapi nafsu mengukur jalan dengan nafsu makan hujung minggu tetap win haha.... Kalau dulu gigih siapkan baju Kurung, baju Melayu untuk anak anak dan bapak anak khas untuk Raya pertama, baju Raya kedua,   lain, baju untuk jalan jalan, lain. Pendik kata meriahlah dengan baju baru budak budak ni kalau nak Raya tu........


Tapi semuanya dah berlalu...... Dulu lain sekarang lain.
Yang kecik dah semakin besar, yang muda dah hampir tua..... Nafsu pun tak seganas dulu, maksud mak nafsu menyopinglah ye hihi....... Gitulah pusingan hidup kan......


Yang bongsu pun dah pandai nak melawa sekarang  ni, dah boleh terima kenyataan perubahan yang dia semakin remaja....

Moga sampailah umur ibu dan ayah untuk melihat korang berkeluarga.....

Monday, 9 May 2016

Ikan Ayam

Salam Isnin......

Selamat Hari Ibu korang!! 

Sempena Hari Ibu katanya, marilah kita beli Ikan Ayam..... Relevan tak agaknya? Haha.....
Korang pernah ke beli Ikan Ayam ni? Mak baru first time beli. Selalu jugak nampak Ikan Ayam ni tapi takut nak beli sebab kepala dia macam ganjil weyh....

Ha tau pun korang...... seram jugak kan?....

Kepala Ikan Ayam

Sebenarnya ikan ni ada kulit yang keras kat luarnya tau, warna kelabu kelabu cerah gitu. So bila dah di buang kulitnya tu , jadilah rupa ni. Putih..... agaknya sebab warna putih dia ni lah, diaorang panggil Ikan Ayam kot. Harga sekilo boleh tahan jugak mahalnya Rm19.99 kat Tesco. Kalah harga ayam ko.....

Asalnya sembang dengan jiran dalam WA pasal ikan ni. Lama lama udah teringin pulak mak nak mencuba makan hihi.....

Ikan Ayam
Rupa bentuk kepala jer yang menyeramkan, tapi bahagian lain sama jer macam ikan biasa.
Semalam belinya, semalam jugak cuba masaknya, tak tertahan dah nak merasa ni. Nampak sangat gelojoh kan haha.... 

Orang cakap, kalau Masak Kari sedap ikan ni, tapi mak cuba Masak Lemak Cili Api, 2 ketul. Degil pulak tu! hihi.....OK jugaklah isi dia, lebih kurang macam isi ikan tenggiri je kot. Janganlah gelakkan Masak Cili Api mak tu..... mak tak terer masak weyh!