Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, 29 July 2016

Puree Mamak

Salam Jumaat....

Indahnya makan Puree Mamak di pagi hari bersama jiran. Jemput makan korang.....


First time makan puree sebenarnya. Satu set cenggini harga dia 3 henggit. Nampak aje kembung tapi isi dalam kosong je tuuu...

Sesiapa yang tak pernah makan Puree, bolehlah cuba, kalau nakkan kelainan. Masa nak balik, ternampak pulak ayam goreng mamak ni.....Mak aiiii!!! Bukan main lagi mamak ni, tak main dah daun daun kari, Pokok Kari terus buh atas ayam hihi........ Menggiurkan sungguh weyh!

Thursday, 28 July 2016

Kegembiraan seorang ibu

Salam Khamis.....

Hari ni mak nak tumpang gembira dengan kejayaan cucu mak hokey! ( Ohhhhh.......pleaseee, ni yang mak malas ni, tak pasal pasal mak dah jadi double kilauan pulak hohoho.....)


Yang menerima anugerah tu cucu ke 3 kakak sulung mak. Kalau dah namanya cucu kakak sulung, maka secara tak langsung dah jadi cucu mak jugaklah. Tak gitu? Abang dia yang sulung dah nak kawen pun tahun depan. ( Huh....bakal jadi Oyang aka Buyut nampaknya mak tahun depan! Nak buat macamana, sudah suratan takdirku huhu....). Berbalik pada gambar tu, mak tak berapa pasti dia ni dapat anugerah apa, rasanya Anugerah Canselorlah kot. Bukan main tinggi piala tu nampaknya. Hollywood Award pun kalah weyh! 

Yang pompuan tu anak sedara mak, Tokey Biskut Raya yang mak cerita tu. Hokey kaum kerabat mak memang sado sado semuanya! Harap maklum hihi....

Yang nak ceritanya. bila mak tengok gambar ni, mak seolah olah dapat merasakan perasaan anak sedara mak ketika ini. Betapa bangga dan gembiranya hati seorang ibu bila melihat anaknya berjaya. ( Mak dah siap siap bayangkan ko, kegembiraan mak disaat si SA konvo esok. Moga Allah panjangkan umur, confirmed mak meraung tuh! Hihi.....) Mungkin kepada geng blogger yang dah biasa, melihat kejayaan anak anak, terasa alah bisa tegal biasa, tapi bagi yang tak biasa, ia akan menjadi sesuatu yang luar biasa.

Benarlah janji Allah itu, sesungguhnya tiap tiap kesukaran, disertai kemudahan.

Agaknya inilah penawar yang Allah berikan kepada anak sedara mak setelah dia diuji dengan pelbagai ujian dan kesedihan hidup sebelum ini. 

Tahniah Shahmir......


Wednesday, 27 July 2016

Akibat banyak kali tengok Roti Jala

Salam Rabu......

Akibat banyak kali tengok gambar Roti Jala kat blog kengkawan dan akibat tak dapat makan Roti Jala masa jiran tetangga mak datang rumah hari tu, kan mak dah menjala petang semalam. 

Apa? Ingat Yati sorang yang rajin menjala? Mak pun rajin jugak tau! Tak kiralah bentuk kejadian akhirnya tu macam lempeng ke hape...... yang penting dia bergulung hihi....

Kebetulan pulak masa pergi DIY semalam nampak benda ni. Tambah bersemangatlah lagi hasrat nak menjala petang semalam. Mak guna resepi Roti Jala Yati. Memang sedaplah ko punya Roti Jala tu Tie. Lembutnya sampai pagi ni weyh!

Bahan :

* 3 cawan tepung gandum
* 3 cawan santan/susu cair + air
* 1 biji telur
* 2 1/2 sudu besar minyak
* 1 sudu kecil garam
*  sedikit pewarna 

                                    

Senang rupanya guna tube atas tu daripada guna benda kuning bawah ni. Tepung pun tak bereceh receh weyh....



Ini ajelah yang tinggal pagi ni selepas mak makan 3 ketul tadi. Memasing tak mau makan, baiklah mak yang habiskan daripada membazir. Ye dak....


Tuesday, 26 July 2016

Pertemuan tak disangka di bulan Ramadhan

Salam Selasa korang.....

Dah Syawal ke berapa hari ini ek? Rasa macam lama beno pulak Syawalnya kali ni, agaknya sebab Open House tak habis habis lagi kot....

Ha, korang bila pulak nak buat Open House ajak mak ? 

Apa? Nak suruh mak buat Open House ajak korang ? Hish....orang suruh  dia, dia pulak yang suruh orang balik! Lupakan ajelah hasrat murni tu. Kita ber Open House di alamaya sudahlah yek. Malu you..... nak jumpa face to face dengan korang. Kelu pulak lidah nak berbicara. Elok elok asalnya mak peramah, kang tetiba pulak mak jadi pendiam pulak. Hihi....

Nilah nak ceritanya ni, sejak mak menjadi menjadi blogger ( bloggerlah sangat!!! blogger merapu yang lebihnya) 3 tahun lepas, rasanya baru tahun inilah mak  berpeluang terserempak dengan 2 orang Geng Blogger yang rajin berkomen kat blog mak dan sorang Silent Reader Puan Aisyah yang katanya pernah terserempak mak.  

Blogger pertama yang pernah mak jumpa adalah Ibu Lala. Ibu Lala yang pakai tudung pink cair tu. 


Mak terjumpa dia kat Midvalley, dalam Aeon. Masa tu cuti sekolah tapi tak ingat dah puasa ke belum. Masa tu kami memasing tengah duk belek belek baju. Belek ajelah yang lebihnya, belinya tidak! Hihi.... Masa tu kami terpandang antara satu sama lain. Dalam hati mak berteka teki tau. Macam ku kenallah orang ini. Betul ke dia ni Ibu Lala ek? Macam ye. Hajat di hati nak menegur tapi macam malu gitu. Kalau salah orang, tak ke bopeng mak weyh!! Hihi... Sampailah Ibu Lala pergi tempat lain. Dalam hati dah berniat dah, lepas ni kalau terserempak sekali lagi,  tak kira walau apa pun keadaannya, memang mak akan tegur jugak. Tapi sampai sudah, tak berjumpa lagi. Confirmnya bila Ibu Lala hantar message kat FB. Nampaknya memang tak berezeki kita nak bersembanglah ye Ibu Lala. Tak apalah, mungkin next time kalau Allah mengizinkan......

Sorang lagi blogger dah tentulah Jiran Sebelah Rumah yang kuat menyakat lagi mengumpat mak. Yang asyik nak mengajak bergusti je kerjanya!  Sapa lagi kalau bukan Kak Ton over perahsantan tu. Yang ni memang mak sangat sangat bersyukur dapat berjumpa. Lepas ni dia dah tak de chance lagilah nak menyorok!! Mak dah kenal hokey huahahaha.... Ingatnya dia boleh mengelak agaknya, dia tak tahu, walaupun muka dia langsung mak tak pernah tengok, tapi muka Bubbly Abang ngan Adik Cute memang mak dah siap siap saved dalam kepala tau!

                        

Kejadian ni berlaku masa mak berbuka puasa kat Bangi Golf Resort. Memang terima kasih sangat sangatlah mak kat TLBD yang beriya mengajak makan buffet hari tu sampai terjumpa Kak Ton

Mula mula tu mak ternampak anak sedara Kak Ton yang baru kawen hari tu. Jangan tak tau, otak mak ni memang cepat absorb merakam sesuatu ye, tambah lagi muka orang hihi.... Dalam hati terdetik jugaklah, jangan jangan Kak Ton pun ada sekali ni. Yelah, Kak Ton kan rajin makan berjemaah dengan kaum kerabat dia katanya.
\
Jantung mak ni dah mula berdegup degup dah ni. Mata dah melilau sana sini cari budak yang sama muka dengan Bubbly Abang tak pun muka Adik Cute. Tetiba..... dengan izin Allah boleh pulak ternampak Bubbly Abang dengan daddynya yang tengah queue nak ambik satey. Kalau dah muka bukan orang Malaysia sebelah Bubbly Abang tu, sapa lagilah kan kalau bukan Hubbydearie, Tengku Mahkota kesayangan  Mummydearie.... ( pleaseeee...... nyampah hokey nak sebut ni, hihi!!! ). 
Jadinya, memang tak salah lagilah tekaan mak yang Jiran Sebelah Rumah mak memang ada kat sini. Pergh!! Semakin bertambah kencanglah degupan jantung mak masa tu ko. Kalah nak jumpa boipren hokey!!

Bila sekali lagi mak terjumpa Bubbly Abang, memang mak tak lepaskan peluanglah. Mak tak nak pisang berbuah dua kali macam masa terserempak Ibu Lala dulu, apa lagi, mak teruslah tangkap tangan Bubbly Abang. Tanya mommy mana? 

Rupanya Kak Ton ada tak jauh daripada Bubbly Abang. Takut Kak Ton lari nyorok bawah meja, cepat cepat mak terus pikul Kak Ton tau,  makkan sado! Haha..... Memang nampak sangatlah muka Kak Ton tergamam masa tu. Macam kenal, macam tak kenal rupanya saraf otak dia lambat memperoses haha....

Tak sempat pun nak berselpie bagai, cuma sempat sembang, itu pun sekejap, maklumlah masa tu dah masuk waktu berbuka, perut pun memasing dah lapar nak melahap katanya. 

Begitulah cantiknya perancangan Allah..... dunia yang luas ini kalau Allah takdirkan untuk bertemu, tak mustahil kita akan bertemu jugak.

Macam baru baru nilah, boleh pulak mak terjumpa dengan ex-officemate kat KLCC. (Rasanya pertama kali ke KLCC untuk tahun ni walaupun katanya duduk kat  KL). Dia ni dah berhenti dan berhijrah ke Jeddah ikut suaminya yang menjadi lecturer kat sana. Sekarang ni mereka tengah bercuti. Kebetulan memang teringat ingat sangat dengan dia ni 2-3 minggu sudah. Alhamdulilah..... Allah perkenankan rupanya........... 

Abaikan lengan mak yang sado tu akibat memikul Kak Ton hari tu haha....

Friday, 22 July 2016

Kisah kebizian mak

Assalammualaikum korang....

Ha gitu......panjang salam mak di hari Jumaat yang mulia ini kan. Maklumlah lama tak bersiaran hihi..... Haruslah rindu dengan korang? Apa ? Korang tak rindu?.....Tak perlah, biar mak sorang  yang syok sendiri merindu!

Mak ada jer kat rumah ....... Tapi mood jer yang tak de. Pssst......mak sawan ngeri sebenarnya weyh! Apa taknya, Geng Taman nak beraya. Mau tak ngeri! Mengalahkan nak buat kenduri kawen hokey!!! Selagi tak selesai selagi tulah kepala duk memikir. 

Sebenarnya memang setiap kali Raya, kitaorang akan buat cenggini. Seronok ! Terasalah sikit suasana kerayaan disitu. Dah kilauan kilauan emas ni, eloklah bercampur gaul sikit sekurang kurangnya, sakit pening kita ada jiran yang ambik tahu. 


Menu mak malam tu, mee hoon sup chicken ball, nasi himpit kuah kacang daging dengan roti jala. Roti Jala tu mak order. Tak kuasa mak nak menjala! Gambar menu pun tak sempat ambik tau. Punyalah bizi. 

Terima kasih kepada Geng Lipis, blogger Umialya yang bagi Jug Besar sebelah bunga nun..... Tahun lepas lagi dia bagi sebenarnya. Kita isi air kopi Muo tau geng!


Nak dijadikan cerita hari Rabu tu, dari tengahari sampai ke malam hujan pulak weyh. Jadinya jiran jiran mak semuanya berkumpul dalam rumah mak yang sekangkang kera tu. Bayangkan ajelah, macamana padatnya !! Nak sewa kanopy kang macam Open House sangat lah pulak, padahal kecil kecilan aje. 

Kalau dah sewa kanopy, terpaksa pulak jemput geng bloggers haha.....

Tak disangka sangka pulak kakak dari kampung datang malam tu. Dia tak delah dari kampung, dia datang dari rumah anak dia kat Putrajaya. Dah sampai depan rumah mak, tengok ramai manusia, terpaksalah masuk jugak hihi....Cuma mak tak dapat nak layan....
 

Itu ajelah kisah kebizian mak minggu ni.... 

Teringin jugak nak jumpa korang. Bilalah dapat jumpa korang ek agaknya? Ha.... bercerita pasal jumpa geng blogger ni mak ada terjumpa 2 orang geng blogger masa bulan puasa hari tu. 

Siapa? Tungguuuuu.......

Friday, 15 July 2016

Seyuman Orang Kaya

Salam Jumaat.....

Hari Raya ke tiga hari tu mak pergi beraya rumah kawan sepermainan mak masa kecik. Kami sebaya, sekolah pun sama, main pondok pondok pun sama. Rumah mak bapaknya pulak depan rumah mak aje tambahlah rapat jadinya.

Tapi biasalah, bila memasing dah berkahwin, memasing dah ada haluan memasing, sedikit sebanyak persahabatan tu dah jadi jauh. Nasiblah sekarang ni dah ada FB, senanglah nak berhubung. Kawan kat ceruk mana pun boleh cari.


Bila dengar dia pindah rumah baru Raya ni maka mak taklah melepaskan peluang hihi.... Nak tengok rumah dia weyh! Pompuan kan bizi body..... macam tak biasa! Hihi...

Tulah kan, tuah manusia siapa yang tahu, Allah telah menetapkan rezekinya duduk rumah banglow besar, kereta mewah berbiji biji, lori berketul ketul pada sekian sekian tahun, siapa yang boleh halang?

Untung ko weyh dapat laki kaya. Dapat tumpang senang dah kira rezeki tu. Sebagai kawan, aku tumpang bangga, jadiklah hihi....

Mintak maaflah gambo mak banyak. Pulak tu baju Raya mak macam tak tuko pulak eh hihi.... Baju Raya pertama ku ulang tayang weyh...... Ginilah kalau nama rakyat marhein hihi..... Baju Raya 2 helai lepas tu ulang tayang sampai habis Raya hihi....

Ha..... kalau korang nak muntah sediakan ajelah plastik tepi tu sambil komen ek hihi...

Senyuman orang kaya..... 
Mak cakap senyuman orang yang pakai tudung pink pekat tulah..... bukan yang pakai tudung pink belacan tu. Yang tu, kaya selpie sudahlah hihi....



Mak bangga ada kawan kawan yang kaya ni, sekurang kurangnya ada wakil orang Islam yang berharta. Sedikit sebanyak dapat jugak membela nasib orang Islam dan agama  dengan hartanya. Kan.....



Terima kasih weyh mee hoon Raya ko tu. Moga Allah murahkan lagi rezeki ko ek.


Thursday, 14 July 2016

Syawal di kampung

Salam Khamis ....

Maaf le weyh...... mak belum dapat ziarah Raya semua kengkawan alamaya. Insyaallah nanti pelan pelan mak sampai ek. Meh le kita sambung cerita Raya lagi..... sementara mood Raya mak tengah mengganas ni kan....

Selalunya mak kalau kat rumah mertua, Raya ke dua mak dah balik kampung dah. Tapi kalau sebaliknya pulak, cuti Raya nak habis, baru mak balik KL. Memang ginilah gamaknya ghuper menantu hantu hihi...... Nak mengata maklah tu! 

Kalau Raya pertama mak kat KL, rumah pertama yang di tuju haruslah rumah orang kaya kaya haha.... Eh, mak gurau aje, bukanlah sebab orang kaya kita tuju dulu. Ni sebenarnya rumah adik mak mertua. Dia kena stroke sejak tahun lepas. Tapi kelebihan dia, walaupun sakit, hidupnya senang. Biasalah kan dalam reramai adik beradik tu, adalah seorang dua yang kaya raya. Jadinya, kita tumpang makan sedap, pun jadiklah hihi.... 

Kemain lagi kan Pak Jilapah anak beranak tu, mentang mentanglah duduk kat sofa orang kaya, terus terlena tak hengat dunia...


Tahun ni pulak buat julung julung kalinya, keluarga mak buat gadering Hari Raya. Bergader gader dengan adik beradik dan anak menantu aje pun. Makanan semua tempah. Memasing cuma kena sediakan duit aje. Kang kalau masak bergotong royong, ada pulak yang bermasam muka, yang tu tak tolong, yang ni tak kemas so baiklah kita tempah aje! Marilah kita senangkan hidup kita di Hari Raya yang mulia ini haha.....Terima kasih kat anak sedara, Alyn dan Sapura yang bertungkus lumus menjayakan majlis ni dari awal sampai akhir.  Terima kasih jugak buat abangku sudi sponsor rumah. dan khemah.  


Menu hari tu, Nasi Lemak, Sate, Laksa Johor , Bubur Cha Cha dan kuih muih. Alhamdulilah memang puas hati, makanan pun sedap! 


Time oranglah pulak senyum sampai telinga ye bang hihi.....


Dan saat yang paling mak suka tentulah dapat bergambar dengan adik beradik sepusat sepusing cenggini. Cuma yang tak bestnya 3 orang abang ipar tak de kat sini. Sorang dah meninggal dan dua orang lagi tak boleh nak join. Cepat teka mana satu adik beradik mak!

Kalau bukan Raya memang jangan haraplah nak bergambar cenggini. Maklum ajelah memasing umur pun dah hampir Maghrib, memasing lebih suka ikut kepala sendirilah hihi.....

Gitulah pusingan kehidupan manusia, perumpamaan umur yang dulunya Subuh dah jadi Zohor. Tengok ajelah adik bongsu diaorang ni,  umur pun dah masuk Asar  huhu....

Wednesday, 13 July 2016

Syawal yang dinanti

Salam Syawal weyh....

Mak udah keluar ni Yati.... rindu tak tertahan ke? Hihi....
Macamana Raya korang? Best ke idok? Raya mak, biasa biasa aje. Nama pun kilauan beraya kannn..... Gitulah seadanya weyh! Hihi.....

Nah, gambar Raya mak, tema Royal Bluelah sangat! Hihi.... Yang penting dinding belakang tu dah tak bercapuk hokey!! Sebelah bawah jangan tengok hihi.....Puas mak menyental guna mop basah tau! Bayangkan ajelah hihi....Tak denya sponge sponge basah de Knor hihi.... Terima kasih tau Knor atas tips yang sangat membantu tu.....

Standard...... posing pagi Raya, tegak macam kayu tengok kamera. Memang sengaja tak nak duduk kang nampak kondo bertingkek tingkek pulak hihi..... Masa ni nak ke rumah mertua, solat Raya kat sana. Tengok Pak Jilapah punya senyum pun dah tau kan, nak ke rumah mak dia! Hehe.....Macam yang dirancang, mak masak Nasi Lemak, Sambal Udang ngan Ayam Goreng jer pagi Raya tu. Alhamdulilah, boleh diterima so jadinya pelbagailah menu pagi Raya tu. 

Onyeng pun tidak dilupakan. 

Bila dah ramai ramai cenggini nak mengumpulkan diaorang untuk bergambar memang susah! Gigihlah Mak Ngah dia paksa posing. Sampai lupa mak tengah berlakon! haha.......

Tak sia sialah jugak mak terlebih hormon pagi Raya hari tu hihi....... Sekurang kurangnya adalah jugak gambar Raya diaorang dengan sepupu sepapat sebagai kenang kenangan bila dah besar nanti, ye dak! Kalau bukan Raya, bila lagi kan?  



.... 

Friday, 1 July 2016

Cari mood RAYA

Salam 26 Ramadhan....

Akhirnya..... 
Ramadhan telah sampai ke penghujungnya, dan Syawal pulak yang akan menjengah...........

Apalah agaknya pengisian kita dibulan yang penuh berkat ni agaknya kan? Jahit langsir? Buat coklat chip? Huh.... tu mcm pengisian mak aje..... Semuanya pengisian duniawi nampaknya tu huhu..... Sedih!..... Kepada yang hampir khatam, tahniahlah ye! Korang memang haibat!

Walau apa pun pengisian kita, moga Allah mengampunkan dosa dosa kita hendaknya. Moga Allah menerima ibadah kita yang tidak seberapa ini.

Mana mana yang balik kampung, mak doakan moga korang selamat sampai ke kampung masing masing. Mana mana yang memgeram kat KL, moh le kita ronda ronda KL last kopek hihi....

Dah fikir nak masak apa ke Raya ni? Mak dah ambik kata sepakat, tapi kata sepakat dengan diri sendiri ajelah hihi......Mak nak bawak Nasi Lemak jer ke rumah PIL. Buat Sambal Udang, Ayam Goreng berempah, untuk kelainan, katanya Nasi Lemak Raya kan, kita gunalah Beras Basmathi. Barulah namanya Nasi Lemak di Pagi Raya haha....

Kalau nak jugak makan Nasi Himpit nanti mak masaklah jugak sikit buat jangan tidak. Masaklah sikit Sambal Kacang campur Daging. Pergh!! Mak dah bayangkan kemabelesannya tu.  Nak makan lodeh, kita tumpang ajelah lodeh biras mak hihi.....Dia pun masak jugakkan. Dah bertahun tahun masak benda sama di Hari Raya, sampai berlebihan tak termakan, biarlah tahun ni mak buat kelainan sikit. Kalau tak de sapa nak makan Nasi Lemak mak, mak kerahkan ajelah Pak Jilapah dan anak anak Jilapah makan hihi....habis cerita!

Di kesempatan ini, mak pun nak mintak maaf jugak ye korang, manalah tahu terkasar bahasa tanpa sedar masa mengomen tu, tahu ajelah bila mak dah kena sawan tu kan hihihi..... 

Selamat Hari Raya dan Maaf Zair Batin korang!

Udah, marilah kita ambik mood nak Raya, tengok gambo gambo Raya tahun lepas mak, berlatar belakangkan kelapa sawit maklumlah rumah mak jauh di pedalaman. Disamping bagi korang loya di pagi Jumaat ni haha.....