Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, 31 August 2016

Abuk Abuk Merdeka

Salam Rabu .......

Salam Merdeka korang....... Ada yang pergi ke Dataran Merdeka ke? Mak tidaklah kuasa weyh..... Duk depan TV tengok perbarisan lagi best. Tak panas, tak bersesak sesak dengan orang ramai. Tapi yelah..... mungkin semangat patriotik tu lainlah kot bila ada kat Dataran Merdeka beramai ramai tu kan....

Sempena Merdeka katanya mak mengabuk ngabuk you semalam hihi...... Biasalah tekak kilauan kan, keinginan semuanya kuih kuih tradisonal aje hihi.....

Ginilah rupa kuih Abuk Abuk kalau yang buatnya pemalas hihi........Buat dalam loyang, sudah! Sedap jugak......

Sesiapa yang tak pernah tahu rupa sebenar kuih Abuk Abuk tu macamana. Inilah dia. Pinjam gambar ye Norkhamsiah....

Image result for kuih abuk abuk

Tuesday, 30 August 2016

Kapel tua

Salam Selasa......

Hujan lebat pagi ni. Jalan sure jem ek. Bertabah ajelah korang....... Jangan stress stress sangat. Gajikan dah masuk! 

Mehlah mak sambung cerita hari Sabtu mak hari tu. Lepas kenyang makan buffet tengahari Rm8 henggit tu mak pun sambunglah perjalanan. Pak Jilap katanya nak tengok laut. Nak release tension. Nak tengok laut kat KL ni manalah lagi kalau tak ke Port Dickson kan. Lama jugak tak berdugong kat Port Dickson ni. Rasanya last, tahun lepas kot.  

Tak tido pun...... jalan jalan je. Yang paling penting, dapat mencecahkan kaki baby tua mak kat tepi pantai tu hihi......

Nama pun kapel tua kannnnn, pegang tangan pun hujung hujung aje weyh haha......

 Dah bayangkan ajelah duk atas kapal Titanic hehehehe.....

Monday, 29 August 2016

Buffet tengahari Rm8 henggit

Salam Isnin .....

Macam biasalah kan...... mak kalau hujung minggu memang jarang ke dapur. Pakej terus cuti masak 2 hari satu malam haha....

Biasanya hujung hujung minggu gini Pak Jilapah sarapan kat surau. Maklah jugak yang besarkan bantal. Melingkau lingkau atas katil macam ular sawa hihi....Entah apa lah nak jadi!..... 

So, kalau  Pak Jilapah dah kenyang, mak pun senang hati sebenarnya,  tak payah dah nak buat sarapan, setakat perut mak dengan anak anak ni, apalah sangat..... makan ajelah apa yang ada kat rumah, tak pun, makan ajelah apa apa yang ada kat kedai tu hihi....

Dan selalunya tengahari tu memang misi mencari makan bermulalah. Macam minggu baru ni, jalan punya jalan tersampai pulak ke Senawang. Masa pusing pusing tu ternampak pulak kedai ni.


Sebelum orang tu naik hantu sebab lapar mak cadangkan cepat cepatlah kita singgah, kang tak berjumpa kedai makan, mak jugaklah yang susah. Lagi pun, nampak macam menarik jugak kedainya. Kedai pun luas. Orang pun tak ramai.

                 

Rupanya kedai ni style buffet. Boleh makan sampai lebam tapi tak masuk minumanlah. Lauk pun boleh tahan banyak. 

Macamanalah boleh tak pernah perasan kedai ni. Padahal selalu jer lalu Senawang kalau nak balik kampung tu.

Dua dua tu mak punya pinggan hokey! Yang kedua tu mak menambah lauk. Alang alang boleh tambah katanyakan hihi..... Pak Jilapah pulak menambah ikan caru sambal.

Bagi mak memang ok sangatlah. Sekarang ni mana nak dapat Rm 8 henggit kalau lauk macam macam??

Budak budak ni bukan main lagi, order Fresh Orange memasing. RM5 henggit segelas you. 
Sesiapa yang teringin nak makan buffet tengahari RM8 henggit bolehlah cuba!


Friday, 26 August 2016

Kelongsong Gandum

Salam Jumaat....

Sapa pernah buat lempeng lepas tu gulung cenggini? Tak pernah kannnnn......Mak pun baru first time ko. Selalunya mak biokan gitu je. Nak makan, tarik, koyak, cicah haha.... Bila tengok kawan tu post lempeng gulung cenggini kat whatsapp, udah, makcik pun jadi teringin jugak. Susah betullah jadi makcik makcik ni, manjang teringin hihi.....

Semalam petang jugak mak buat lempeng dan gigih ku gulungkan macam tu. Cicah dengan sambal sardin. Memang pergh weyh! Nak makan pun senang, ngap sebatang sebatang, cicah haha.....Dan dan namanya pun bertukar! Bukan lempeng lagi tau tapi dah jadi kelongsong gandum kohkohkoh....

Tengahari ni mak tak masak, dak TLBD nak makan KFC gara gara jeles tengok gambar ni. Petang ni pun macam malas je nak masak.....Aduhhhh, kesiannya Pak Jilapah dapat bini cenggini!!


Selamat berhujung minggu korang!

Thursday, 25 August 2016

Adoiyai Proton Iriz

Salam Khamis......

Mak baru balik dari Pusat Servis EON ni...... Boleh gitu? Katanya keta Lamborghini servis kat EON? Itu barulah muhibbah namanya haha.....

Idak le......ada ke bonet keta Iriz mak ni tak boleh bukak??? Mengarut ke tidak tu? Dah kena dua kali dah sebenarnya. Sekali tu masa ke Tesco beli barang dapur. Dah bonet tak boleh bukak, terpaksalah Pak Jilap bukak seat belakang tu, masuk barang dari dalam. Lepas tu esoknya boleh pulak bukak. Semalam, lepas ambik anak tuisyen Pak Jilap trylah bukak bonet, saja nak ngetest katanya. Udah tak boleh bukak lagi. Tak ke naya gitu. Kejap boleh kejap tak boleh.

Tak pasal pasal tauuuu.....pagi ni mak pulak yang kena hantar ke EON. Ni yang mak nyampah ni....
Mula mula tu macam nyampah, lepas tu, macam best pulak weyh.... boleh ngeteh sekali dengan geng yang duduk area situ sementara menunggu tu hihi.....


Rasanya sejak kebelakangan ni ramai orang tak puas hati dengan kereta Proton.  Macam Proton Iriz ni, ada yang cakap radio dia kejap kejap stop, macam search gitu, dashboard dia berbunyilah, enjin dia kasarlah, macam macamlah.

So far, dalam beberapa bulan mak pakai, memang betul pun radio dia cenggitu, kejap kejap search, kadang tu naik geram jugaklah. Yelah tengah syok syok dengar lagu, tetiba terstop pulak.....Terus terbrek mak punya berangan tau! Enjin dia pulak memang kasar bunyinya. Lain tu tak pulak, cuma getah panjang kat kanan kiri bumbung kereta tu kurang lekat. Sebelah, dah selamat pun terbang kat highway hari tu. So mak dah komplen tadi, nampaknya kena tunggu stok sampailah.
Adoiyai Proton Iriz!!!!

Nak kereta baik, bajet pun kenalah baik? Mampu ke? Tak mampukan..... So apa yang ada ni, alhamdulilah sangatlah. Hadiah dari suami lagikan.....

Wednesday, 24 August 2016

Semangat Cik Jun Kitchen

Salam Rabu.....

Hari ni mak nak cerita pasal Cik Jun Kitchen. Baca betul betul ye korang, bukan pasal Cik Nom Kitchen ye hihi.....

Korang pernah terjah blog Rider Sejati? Mak selalulah jugak masa dia aktif berblog dulu. Sekarang ni, walaupun dia dah tak aktif diblog, tapi sebenarnya dia masih aktif di FB. Tambahan lagi sejak dia dah VSS dah berjinak jinak dalam perniagaan makan makan ni. Hari hari upload lauk yang boleh mengundang mak ngences hokey! 


                                    

Nak cerita sebenarnya, mak kagum dengan semangat yang ada pada dia. Hilang pendapatan. Pernah hilang kasih suami. Walaupun sekarang telah ada suami tempat bergantung, tapi dia masih punya anak anak dan ibu untuk ditanggung. Betullah......semangat wanita ni boleh jadi lebih hebat, bila keadaan yang memaksa .  

                               

Teringin mak nak merasa hasil tangan kawan blogger ni. Aduhhhhh Jeli Kelapanya tuuuuuuu. Tempat jualannya pun macam mampu mak terjah.  Berhadapan dengan Pusat Servis Proton, Kajang Utama.  Cik Jun Kitchen pun bersedia menerima tempahan jugak katanya.

Saya doakan awak terus maju Aina!

                                 

Mak ni,  nak masak untuk makan sendiri pun bercinta, inikan pulak nak masak untuk tempahan. Harus kacau bilau jadinya dunia mak.

Lontong yang mak masak semalam. Saya makan lontong tu dengan Sambal Kacang dan Ayam Kicap jer kak Saniah Ibrahim, tak denya merendang bagai. Dah katanya pemalaskan, masak yang mana cepat siap jerlah haha.....                     


Tuesday, 23 August 2016

Pertama kali seumur hidup

Salam Selasa.....

Korang selalu beli kepala ikan tak?
Memanglah selalu ye dak? hihi..... Yelah kalau beli ikan kembung ke, ikan cencaru ke, sure dengan kepala sekali takkanlah beli badan aje hihi..... Maksud mak, kepala ikan besarlah ye.....
Mak ni nama je penggemar kepala ikan, tapi jarang sangat beli kepala tau!  Tahun ni rasanya baru sekali. Geram pulak lelama tengok daging ikan salamon yang oren tu. Terus terbeli. 
Selalunya kepala ikan ni, orang masak kari, kan! Tapi hari tu, mak masak asam pedas jer. Gasaklah tekau.... sesuai ke tidak! Pertama kali seumur hidup hokey masak asam pedas ikan salmon ni !


Kuss semangat minyak dia!! Tulah tu, nama je dah purba, tapi kalau bab masak, tak pas pas sampai sekarang gayanya. Susah nak dapat yang perfect macam tangan Kak NorKak Nor, mohon jangan kembang!

Dan part yang paling mak suka tentulah part ni!Haha.......Ada yang geli ke? 


Sedap weyh! 
Nasiblah depa depa yang ada kat rumah ni tak makan, jadinya mak boleh makan dengan tenangnya.....

Dah...... mak nak mintak diri dulu, nak masak!  Hari ni teringin pulak nak makan lontong!

Thursday, 18 August 2016

Mee Goreng

Salam Isnin...
Hari ni, trial SPM. Sedih pulak masa menghantar Angry Bird ke sekolah tadi. Tak termampu nak melontarkan pesanan, harus jatuh air mata mak nanti. Eh!!!.... kenapa pulak yeh? Entahlah ......sebaklah weyh.....
Dah tak payah nak berdrama sangatlah mak!
Nah.....mee goreng khas untuk tatapan ko Tie... Kata hari tu nak tengok sangat kan....


Meenya sebungkus je, tapi bila dah goreng, hasilnya macam nak kenduri pulak jadinya. Mee mak ni nak kata basah, taklah basah sangat, nak kata kering, taklah jugak kering sangat. Kang kalau mak buat basah, Pak Jilap sampai rumah, bukan mee je yang kembang, tekak Pak Jilap pun kembang sekali hihi.......


Macamana korang buat mee Goreng? Ini mak punya Mee Goreng.

Bahan bahan :

1) Mee sebungkus
2) Udang, daging, fishball atau apa aje yang ada
3) Sawi dan taugeh
4) Bawang merah, bawang putih blend
5) Cili kisar
5) Kiub ayam sebungkus
6) Sos Tiram
7) Sos cili
8) Sedikit Sos Ikan 
9) Kicap manis
10) Telur

 Setiap orang berbeza caranya. Yang penting sedap di tekak keluarga sendiri. Ye dak?



Pagi ni

Salam Khamis.....

Baru balik daripada soping..... Soping apa pagi pagi macam ni kalau bukan soping bekfes kan hihi....

Gaya macam nak buat mee goreng je petang nanti tu maknya.... Betullah tu, macam teringin pulak nak makan mee goreng.

Hari Ahad baru ni makan Nasi Kerabu kat satu kedai Kelantan ni. Dengan sapa lagi kalau bukan dengan my lovely dovey Pak Jilapah kan.... Sedap weyh! Tu yang ulang beli hari ni tu. Macam tak biasakan...... Semalam, mak pergi jugak,tapi tutup. Nasiblah hari ni bukak.

Singgah pulak kat kedai runcit, beli fishball dengan taugeh. Terjumpa benda ni. Lama dah mencari sebenarnya sejak baca blog Mak Garam. Jauh jauh mencari sampai kat kampung mak, rupanya melambak dekat  kedai runcit Aceh ni! Ceh! Tak sabo nak rebus dan nak minum air dia! Cuma nak tanya bijik Manjakani ni sekali guna je ke? Ke boleh ulang rebus?

Biji Manjakani

Dah.....mak nak menyantap dulu.....
Malaslah nak kurus, ko kuruslah sorang sorang Mel hihi.... 

Nasi Kerabu

Wednesday, 17 August 2016

Bakal Mimpi Indah

Salam Rabu.....

Bab bab cari makan hujung minggu ni selalunya mak pergi tempat yang biasa je. Selain dah biasa dengan makanannya, mak nak mengelakkan orang naik darah pagi pagi hihi....... Orang lapar katanya, haruslah cepat marah ye dak......

Kadang kadang tu teringin jugak nak cuba tempat lain. Yelah.....kalau duk ulang makan kat situ jer minggu minggu. Jemu jugakkan.... Macam Kak Ton tu. Kan best cenggitu.  Duduk KL, sarapan kat Umai Putrajaya. Disamping perut kenyang boleh cuci mata sekali. Mak jugak yang sampai sudah tak sampai lagi kat Umai Cafe ni Kak Ton weyh. Pergi dalam mimpi ajelah gamaknya. Nak buat macamana...... dah laki ai tak adventures katanya..... Hadap ajelah ko.

Hari minggu baru ni ada hal kat Kuchai Lama. Dah terlanjur ke arah sana tu, mak cadangkan kita bersarapan ajelah tempat lain dari biasa. Bab bab mencari tempat makan ni mak serahkan ajelah pada Pak Jilap sebab dia rajin menggoogle. Mak ingat dia dah jumpalah tempat makannya, sebab dia ada cakap sarapan kat Bandar Permaisuri. Dalam perjalanan tu lalulah jugak simpang simpang kedai yang biasa mak makan. Mak cakaplah kita makan ajelah kat kedai yang biasa tu sebab mak tahu kalau tak jumpa kedai makan ada orang yang bising kang ...... Malas nak layan! ......

Betul bagai di kata, memang tak jumpa kedai makan yang berkenan dihati. Nak kata kedai tak banyak, memanglah banyak. Kedai tepi jalan pun ada, rumah kedai pun ada. Kata orang, alang alang dah pergi lain tempat tu kan, carilah kedai yang best sikit. Puaslah pusing Bandar Tun Razak, Bandar Permaisuri tu. Mak cadangkan ke Restoren Sang Dewi ajelah. Asyik baca review Kak Ton je, perginya tak pernah pun. Manalah tahu terjumpa Datok Siti ke, bolehlah selpie sampai fengsan hihi....
Dah terlepas jauh katanya. Padahal masa tu baru je nak masuk simpang Bandar Tun Razak, Boleh je kalau nak U turn. 

Lastnya makanlah kat satu kedai ni. Kat kawasan mana mak tak ingat. Tapi barisan kedai besi tepi jalan. Bolehlah..... pilihan pun banyak, macam macam ada. Pak Jilap dengan anak beranak dia ambik nasi lemak, mak ambik nasi himpit kuah kacang dengan rendang daging. 

Ada jual jugak pulut dengan kuah durian.
Wahhh.... makan ni bakal mimpi indah ni kak!! Orang yang jaga pinggan tu cakap. Orang tu lelaki Indonesia. Mak dengan TLBD gelihati pulak dalam hati! Maksud dia sedap sangatlah kot ek....


Walaupun nampak macam tak selera, tapi sedap oiii...... Pulut tu diaorang kukus kot tu yang jadi sedap, keras tapi masak. Malam tu, tak sabar nak tidur, kotnya Mimpi Indah hihi......



Tuesday, 16 August 2016

Zahir dan hatinya saling bersatu

Salam Selasa......

Ada ke patut Pak Jilap suruh mak pakai beg kat pinggang cenggini sambil geleng geleng kepala. Nyampah tau! Merajuk kang baru tau!
kedaionlinemy
Menyesal cerita insiden semalam tau huhu........  Tak pe, lupakan ajelah kisah tu, biar dia bersemadi dalam kotak memori mak sorang sorang untuk mak jadikan sempadan di masa akan datang. (Eh! Nyampahlah pulak....apasal bahasa buku sangat ni? hihi ......)

Seronok pulak baca blog Nur Qaifa pasal surprise bezday untuk mak mertua dia tu. Terbayang bayang pulak kalau mak yang kena surprise macam tu. Mesti mak terharu sambil meraung hoho!!!! Nampak sangat korang rapat tau Nur, bersatu hati, tolong menolong sesama adik beradik. Sama jugak ceritanya macam Khairul Bariah dengan keluarga Puan Ibuknya. Berkumpul ipar duai, sama sama ke pasar, sama sama buat lemang dan rendang, sama sama makan durian di dangau katanya. Apa ada hal Puan Ibuk suruh parut kelapa pun janji puas dapat membalun durian hihi.......

Rasanya tak de emak bapak dalam dunia ini yang tak suka tengok semua anak anaknya berkumpul macam tu. Bergurau senda tiada sengketa ( eewahhhh, dah kenapa.... ). Kalau ada yang buat onar pun, tak lain tak bukan itu  mungkin menantu hantu yang kurang waras hahaha......Jangan salahkan menantu aje, anak anak sendiri pun boleh jadi hantu jugak tau kekadang hihi.....  

Pada mak hubungan rapat antara adik beradik tu satu bentuk rezeki! Nak kumpulkan adik beradik tu mungkin senanglah, tapi nak menyatukan adik beradik tu bukan senang tau. Tapi mak percaya, walau zahirnya mereka nampak renggang tapi jauh di sudut hati memasing ada secebis kasih sayang antara mereka.   Beruntunglah korang yang mempunyai keluarga yang zahir dan hatinya saling bersatu......Pergh!!! 

Tak payah pergi jauh, tengok ajelah keluarga mak, seumur hidup, baru Raya tahun nilah dapat gadernya. Tu pun tempah katering je, kalau memasing kena gotong royong harus cancel kot gadering hari tu haha.......

Selalunya, adik beradik lelakilah yang jadi puncanya. Jangankan bersembang, kalau dah boleh duduk sama sama tu pun dah kira bagus sangatlah. Mereka dah lupa kot kawan yang tidur sebantal, kawan yang makan sepinggan, kawan bergaduh masa kecik dulu dulu. Perempuan jugak yang win kan, sampai ke tua boleh aje masuk dengan adik beradik lelaki atau perempuan.

Kadang kadang tu ada jugak mak teringin nak buat gader gader gitu dengan adik beradik ipar,  tapi tulah masalahnya, kalau dah kita yang beriya, kita jugaklah yang syok sendiri, jadinya macamana tu? Jawapannya baik tak payahlah hihi....

Pesan Ibu, satu hari nanti, kalau anak anak ibu dah berkeluarga sendiri, sepakatlah, saling sayang menyayangi antara korang.

Yang paling penting kena buat Surprise Bezday untuk ibu hahaha..... .




Monday, 15 August 2016

Sujud Syukur

Salam Isnin.....

Huh....... Alhamdulilah, baru boleh tarik nafas lega. Baru lepas buat Sujud Syukur ni.... Meh nak cerita.....

Mak sebenarnya baru balik beli lauk kat CS. Lepas tu kelam kabut masak tomyam, masak nasi nak mengejarkan si TLBD nak pergi sekolah pukul 12.30 ni.

Semalam Pak Jilap ajak ke Tesco beli barang basah, tak nak pulak...... Ngengada. Padanlah muka soping sorang sorang hari ni. CS ni lebih kurang macam Econsavelah. Ruang antara lorong barang tu agak sempit tak macam Tesco, luas dan selesa. Orang ramai cakap harga dia lebih murah. Entahlah....mak jarang ke sini sebab Pak Jilap tak suka, setakat beli 2 kilo ikan berapa sen sangat bezanya, lagi pun susah nak parking katanya..... Huh....suka hatilah, malas mak nak bergaduh, duit tekau pun hihi....

Balik CS terus singgah AEON pulak. Cari Ayam. Katanya pompuan kan, nak cari ayam, tetiba ternampak pulak cheesedale, nak masak apa belum terfikir lagi, tak pe kita beli dulu..... ternampak  pulak kepala ikan salamon, ternampak pulak udang yang dah di pack packkan, separuh harga, harus semalam punya tapi masih cantik. Laju jer buh dalam troli. Gitu gini begitu begini melayanglah jugak RM80 henggit. Kat rumah baru terpikir apa yang aku beli ni haha.....

Lepas tu mak cepat cepatlah balik sebab nak masakkan. Sampai depan rumah, matikan enjin, nak cari hp dalam handbag. Mana handbag ni???????  Sudah!!! Mak dah nerbes dah weyhhhh.... Turun bukak bonet, pun tak de Ha sudah!!!! Confirmed tertinggal kat troli. Tadi memang pun mak buh handbag dekat tempat duduk budak dalam troli tu.

Mak apa lagi terus pecutlah pergi balik ke AEON...... Hanya Allah jerlah yang tahu macamana perasaan mak masa tu. Drive pun dah macam hape entah.....

Nasiblah troli mak tadi tak beralih. Handbag pun masih ada lagi. Alhamdulilahhhhh..... dah kata Allah handbag dan segala isinya masih rezeki mak lagi. Dapatlah balik. 2 kali dah terjadi macam ni weyh! Kat AEON yang sama. Macam ginilah jugak duk atas troli tadi, zip tak tertutup hihi.... Memang kelam kabut betul hidup



Banyak tak banyak adalah Rm200 henggit dalam handbag tu, hp lagi..... ic, lesen, credit card, debit card maybank, nak pulak dah boleh guna PayWave la ni... Aduiyaiiii.....

Memang syukur sangat!!!



Friday, 12 August 2016

Tabung Subuh

Salam Jumaat....

Moga Allah sentiasa limpahkan rahmat ke atas kita semua. Insyaallah...... 

Haih..... hari Jumaatkan, entry tu pun biarlah nampak macam hari Jumaat jugak hihi...... Baru hari ni tersedar rupanya! Patutlah kan kehkehkeh....... 

Sebenarnya dah banyak kali terbaca, terdengar, pasal Tabung Subuh ni. 2 - 3 tahun lepas jugaklah kot..... Korang pun for sure pernah baca dan dengar jugakkan. Tapi biasalah manusia namanya........ Benda benda baik cenggini memang banyak Syaiton yang halang. Jadinya baru baru ni jugaklah kewujudan Tabung Subuh atas rak buku mak tu. 


Tak kisahlah apa pun hikmah dan keajaiban disebaliknya, itu semua rahsia Allah, yang penting niat kita tu kan....... kerana Allah sudah!.

Thursday, 11 August 2016

Domino's Pizza

Salam Khamis.....

Bangun pagi ni macam berpusing pulak kepala. Bukanlah kepala mak yang berpusing. Keadaan sekeliling tu macam berpusing bila kita pejamkan mata. Korang pernah rasa macam tu tak? Mak pernah jugaklah beberapa kali. Dah tak payah nak suruh mak pergi klinik pulak. Kang disuruhnya mak pergi hospital, harus tak lalu makan mak sebulan kang....  Mak sanggup lagi telan peria katak 5 biji hokey....

Takkanlah sebab makan Domino's Pizza semalam kotttt.....


Kisahnya semalam si TLBD nak makan pizza Domino. Mak pun suruh dia message ayah dia. Cakap 'adik yang teringin makan pizza tau bukan ibu yang malas masak!!!'..... Pencerahan tu biar jelas hokey supaya ayahnya senang nak paham hihi.... Pak Jilap tak kisah pun sebenarnya cuma mak pulak terasa sendiri hihi..... Minggu ni 2 kali dah ngelat masak tengahari weyh.....

Maka mak pun orderlah Domino's Pizza semalam. Kami anak beranak memang jarang sangat makan Domino ni. Selalunya kalau teringin makan Pizza, cari Pizza Hut ajelah. Sebab rasanya jarang jugaklah nampak restoren Domino kat mall ni. So untuk tahun ni pun baru dua kali mak buat delivery order Domino termasuk semalam tu. Sekali tu masa kawan TLBD datang beraya hari tu. Si TLBD tak puas makan kot tu yang dia terasa nak makan lagi. Mak lagilah.... cuma dapat rasa seketul je.....tu yang nak rasa lagi jugak tu hahaha....   

So mak pilih yang Rm30 henggit dapat 2 pizza regular, satu Aloha Chicken satu lagi BBQ Chicken. Add on Cheezzy Mozarella Stick 4 batang, 8 henggit 9 posen.

Crust dia mak pilih yang sedang sedang, New York Crust katanya, tak tebal tak nipis sangat. No extra cheese, no extra flavours, ambik basic sudah!!!! Kang macam macam pulak dichargenya kang hihi...... 

Masyaallah......sedapnya cheqqqq Cheezy Mozaarella Stick tu rupanya!Wallah weyh ........ enak banget!


Kejap kejap.....ni siapa yang teringin sebenarnya ni???? Haih!.....Mak takut ada yang ke Domino pulak tengahari nanti ni....hihi....

Wednesday, 10 August 2016

Siapalah agaknya tuan empunya barang ni?

Salam Rabu....

Kejadian beberapa minggu sudah di IOI Putrajaya. 
Macam tak tau, mak kan jadi part time 'Jaga' kat sana hihihi...... Mak tunggu orang semua dah balik baru mak balik. 

Siapalah agaknya tuan empunya barang ni..... 


Kesian........ tak dapat nak pakai beg baru gamaknya. Apakan daya dah Allah kata bukan rezeki awak......

Korang rasakan, apa yang patut kita buat kalau nampak barang tertinggal macam ni? 

Mak hari tu biar kan ajelah. Nak hantar kat information center, malas pulak nak berjalan, jauh weyh hihi....

Tuesday, 9 August 2016

Tips nak mengetuk Mapley

Salam Selasa.....

Baru lepas sarapan ubi godok dengan sambal tumis cili api ni! Mak kalau ubi rebus, memang suka cicah dengan sambal tumis cili padi cenggini. Cara pembuatannya sama macam sambal tumis cili kering tu cuma kita gantikan cili kering dengan cili padi campur sikit cili basah. Lepas tu, rasa dia tu biarlah ada manis manis sikit. Wallah, enak banget lo!

Ubi Rebus dan Sambal Tumis Cili Padi
Antara wajib makan dan singgah kalau balik kampung. Asam Pedas kat Tanjung Mas. Selalunya tahan nafsu, ambik isi ikan je, tapi kali ini nafsu mak tak tertahan lagi dah..... Nak jugak kepala ikan Mayong, abang nak ikan sembilang, abang ambiklah...... Mak dah terbayang bayang dah tang isi yang lembik lembik dengan otak dia tu..... Pergh!!

Asam Pedas Kepala Ikan Mayong
Selalunya kalau teringin makan durian, beli kat Aeon jer sebungkus dua. Isi memang kuning dan tebal. Tapi nak beli kena tunggu pukul 9 malam ke atas sebab dapat separuh harga hihi..... Balik kampung hari tu bila nampak jiran sekampung jual durian depan rumah, dan dan teringin pulak nak makan. Nak harap durian sendiri, tak de rezeki pulak kali ni. Rembatlah jugak 4 biji, Rm70 henggit. Puaslah makan 4 beranak.


Akhirnya....... 
Walaupun viral Soft Shell Crab dah lama berlalu..... baru malam Ahad hari tu mak dapat merasa! Soft Shell Crab Telur Masin. Lama tak lamalah mak mendidik nafsu katanya tu hihi.....

Soft Crab Shell Telur Masin
Akhir kata, tips nak megetuk mapley, ketuklah di awal bulan hihi..... 
Terima kasih Abg Aji......

Monday, 8 August 2016

Jiran punya celita

Salam Isnin.....

Masa menjemur baju baru sat ni, tetiba jiran sebelah mak yang Cina tu cakap....

"Semalam sudah jatuh, habis semua"

Adoiiiii ....apalah pulak yang jatuh ni. Jenuh le otak mak memproses maklumat nak tangkap apa dia cakap. Dalam hati mak " semalam ribut ke sampai barang barang dia semua jatuh ...." Semalamkan, mak balik kampung, manalah tau kotnya ribut ke semalam kat sini!

Jiran mak ni memang rajin jugaklah berbual. Kadang cerita pasal anak dia.  Kadang cerita pasal kawan bisnes dia yang tak jujur. Cuma mak je yang tak berapa nak paham sangat apa dia cakap. Jadinya kadang kadang tu mak hanggukkan ajelah hihi...

Kadang kadang best jugak berjiran dengan dua dua belah jiran yang macam tak wujud ni. Bukan apa nak memekik melolong pun tak de orang dengar weyh! Maklumlah kadang kadang sawan tak waras mak tu datang jugak tanpa sedar hihi....

Jiran sebelah kiri rumah mak ni Cina,  duda pulak tu, jadi bini memang tak delah. Batang hidung anak dia pun mak tak pernah nampak lagi sejak dah besar panjang ni. Takut jugak mak, kang sedar sedar dah mereput sorang sorang pulak jiran cina mak tu.....

Yang sebelah pulak, Melayu, janda, anak pun dah besar besar jugak. Sayangnya rumah dia macam tak terbela je gamaknya. Rumput dah panjang. Apa taknya tuan rumahnya pun datang sesekali aje.....

Jadinya memang sunyilah rumah mak ni. Tapi mak sukalah suasana cenggini..... tenang jiwa mak weyh! Hihi....

Berbalik pada cerita Jiran Cina mak yang katanya " sudah jatuh tu" ,  rupanya wallet dia yang hilang. Ho alah....

Buat jiran alamaya mak Dana yang sweet miwit tu,  mak nak mintak maaf tau, tak dapat nak menyahut cabaran ko dalam 'Love Spouse Challange' kat FB tu. Bukan apa, malu mak weyh. Kat FB tu frennya ramai kaum kerabat mak.  Kang ipar duai mak tengok  gambo mak laki bini mentik mentik dalam tu, takut diaorang menyampah pulak. Dahlah mak jarang post apa apa kat FB tu.....skodeng orang banyaklah hihi... Lainlah kat blog, memang nak suruh korang menyampah pun kehkehkeh .....

Thursday, 4 August 2016

Colek Keropok

Salam Khamis.....

Minggu ni mak nak balik kampung ye korang. Sesapa yang nak datang rumah mak tu, silalah datang minggu ni hihi.... Bolehlah bersembang dengan Onyeng hihi...... Udah udahlah tu mak, kang kena sound dengan TLBD kang..... " Ibu ni orang tengah serious, dia suka buat lawak pulak" hahaha.......

Korang sarapan apa hari ni? Mak sarapan keropok jer.... 



Mak memang suka makan keropok ye korang. Tapi tengok keropok jugaklah. Memilih oiiiii hihi.... Yelah, keropok ni ada jugak yang tak sedap, Harap tepung aje banyak! Sejak dah tahu yang jiran rumah mak ( harap jangan salah sangka, ini bukan Kak Ton ) kawan dia, ada membekalkan keropok ikan Terengganu maka laju lajulah mak order hihi....Walaupun mak ni bukan orang Terengganu macam Nur Bijen tu, tapi, kalau bab makan keropok ni entah siapalah yang di turun agaknya. 

Kalau mak, nak tengok keropok tu sedap ke tidak, tengok garis garis hitam kat keropok tu. Kalau banyak benda tu, gerenti sedaplah jawabnya! Kalau ikutkan, kurang banyak jugak garisan hitam tu kat keropok ni, tapi apakan daya, nak tunggu anak belajar kat Terengganu macam Kanda Zakie, bilalah pulak huhuhu....... so ini kira bolehlah, daripada tak de kan!


Makan keropok, walaupun bukan keropok Lekor, kena cicah Colek baru terangkat. Kalau cicah sos biasa, bukan tak sedap tapi kurang ummphlah. Oleh kerana Colek dah habis stok, dan sawan rajin mak menjelma semalam, maka gigihlah mak menggoogle resepi Colek you! 

Ada yang kata buh lengkuas, ada yang buh belacan, ada yang buh bawang...... Last sekali mak ikut resepi mak sendiri ajelah, senang hihi..... Sukatan semuanya agak agak kikiki....

Bahan bahannya:

*  Nisan/ Gula Melaka
*  Cili kering blend
* 2 cawan air 
* 1 sudu gula pasir 
* Sedikit garam
* Minyak Ikan
* Asam Jawa

Semua ku campurkan sekali dan masak atas api sampailah pekat. Settle.....
Marilah kita mencolek weyh......

Wednesday, 3 August 2016

Tapak Dara

Salam Rabu.....

Ni baru betul ulat dah naik ke daun........  hihi.....

Habis botak seluruh daun dia kerjakan. Mak perasan campur ni, dah 2 kali pokok bunga ni botak akibat amukan ulat and the gang!  Apa ke nama ulat ni? Entah!


Mungkin sedap kot daun bunga Tapak Dara ni.......Kalau Tapak Kilauan tak hingin dia nak test agaknya hihi.... 


Baru mak tau nama pokok bunga yang tumbuh sendiri kat tepi pagar rumah ni Tapak Dara namanya weyh! Banyak khasiat rupanya. Bukan hanya bermanfaat pada manusia, jadi makanan buat makhluk lain jugak.... Allahu Akbar!