Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, 30 September 2016

Adik dan Muzik Keyboard

Salam Jumaat.....

Alhamdulilah...... hari ni esbok demam mak macam dah membeku je. Heran jugaklah dalam hati ni. Pulak gitu kejadiannya!!...... Melepaslah nampaknya nak dapat esbok baru haha......

Setuju tak? Semua ibu ayah dalam dunia ni mengharapkan anak anaknya cemerlang di dunia dan akhirat. Kalau boleh biarlah terbilang dan gemilang gitu. Tapi apakan daya tak semua apa yang kita harapkan, Allah akan perkenankan sekarang, mungkin Allah perkenankan esok, mungkin lusa, mungkin 10 tahun lagi dan mungkin Allah tidak akan perkenankan langsung kat dunia ni, tapi Allah akan perkenankan kat akhirat kelak. 

Siapa yang tak seronok weyh tengok kejayaan anak anak sahabat blogger macam Knor Tokey Rempeyek yang dah jadi Tokey Baju sekarang ni hihi....., macam anak anak kakak Saniah Ibrahim, anak mak Norazimah jugak, yang semuanya cemerlang cemerlang belaka, nak dapat straight A tu macam semudah kejam mata jer. 

Yang pastinya itu bahagian mereka, bahagian mak mungkin lain, kena bersyukur dengan bahagian kita. Tak gitu? Percayalah dengan setiap perancangan Allah. Setiap anak anak kita, itulah yang terbaik untuk kita sebagai ibu ayahnya. Tugas kita, membimbing dan mendoakan yang terbaik buat anak anak kita. Yang penting mereka tidak tersasar dari landasan agama. 

Pergh.....penat mak bagi ceramah hari ni hihi....

Cerita bab anak ni, ni ha nak ceritanya. Si 'adik' Kanda Zakie sebok buat kerja khusus geografi masa cuti sekolah hari tu, 'adik' mak pulak sebok beli Muzik Keyboard! Beli kat Aeon Big baru baru ini dengan harga Rm80 henggit, katanya tengah promotion. 

Adoyailah anak.....


Sanggup tu cari kat Youtube nak belajar macamana nak main lagu A Hundred Years - Christina Perri. Kan bagus kalau dalam soal pelajaran pun semangat macam ni dik oii! 

Nampak tak kesungguhan dia kat situ. Siap tag oren lagi note A,B,C bagai tu. Emmmm.... tak payah tunggu budaklah, mak budak ke bapak budak pun kalau dapat sesuatu yang baru memang tak sabarlah nak menggodek.   


                                 

Nampaknya mak kena redho ajelah minat adik ni..... 


Sayu pulak tengok gambar anak anak masa mereka kecik ni. Sudahkah aku membentuk mereka sehingga mereka mampu menjadi penyumbang saham saham akhiratku?? Huhu......


Doakan jugak untuk anak Kakcik Seroja semoga cepat sembuh daripada demam denggi. Dalam FB tadi KC cakap bacaan platlet anaknya 18. 

Thursday, 29 September 2016

Esbok Demam

Salam Khamis......

Esbok mak macam dah nak habis riwayat jer...... 
Dah seminggu jugaklah apa yang beku dalam freezer tu mencair. Pulak tu banyak lagi stok ikan dan daging korban dalam tu weyh! Habislah ......

Nak kata tak sejuk, sejuklah jugak, cuma tak membeku. Ais jadi cair. Malam tadi Chief Engineer dah turun site check apa yang patut. Butang suhu pun dah dipusingkan ke tahap maksimum. Tengok esok pagi macamana katanya..... I, I Chief! Itu jerlah yang boleh dibuatnya pun hihi..... Malangnya tak de perubahan apa apa pun pagi ni Chief!...... Tetap cayor. Memang sah ada problem esbok mak ni.

Korang pernah tak? Kalau betulkan masih berbaloi tak?

Sepanjang minggu ni mak berjuang menahan nafsu membeli hokey! Jenuhlah kerahkan tenaga sendiri menjayakan projek melicinkan stok ni tau! Semalam mak dah mengarabkan daging korban yang ada tu. Tak kira spesis, kambing ke lembu ke. mak rebus je sekali. Nak guna periuk Noxxa macam Yati entah bilalah boleh dapatnya. Bajet tak approve approve!

Gambar pagi ni langsung dari dalam esbok yang demam huh.....
Nasi Harab lebih semalam....


Dapatlah sorang geng mak merasa Nasi Harab air tangan mak. Inilah hikmah esbok demam agaknya! Nak bagi geng sorang lagi.....daging pulak macam tak cukup, nasi macam lebih...

Katanya sedap. Hokey!!! Mak tak makan puji! Eleh.....ye ye je tu. Benda makan ni, kalau orang bagi memang sedap sokmo! Nak nak lagi kalau bendanya sikit, memang sedap tak terkiralah. Ohhhh ....... maafkan mak korang, mak kena letak bukti. Kalau tidak, Kak Ton menjuih juih jer bibir dia kat mak tu.....hahaha .......


Goyang goyang kening sikit Mak Garam kasi Kak Ton berasap asap ...... kehkehkeh......

Seketul tulang kambing ni mak tinggalkan dalam kuah Nasi Harab. Hadap ajelah bibir penuh dengan lemak lepas makan. Terpaksa gosok dengan lemon pulak hihi..... Ni pun langsung dari esbok demam jugak. Nak ambik gambo punya pasal. 

Silalah kecam!...... Dengan mangkuk periuk sekali mak humban dalam esbok malam tadi haha....

Misi melicinkan stok bersambung pulak pagi ni dengan projek memberger. Sudah selamat pun sampai ke destinasinya hihi....... 

Tengahari ni apalah pulak agaknya.....

Wednesday, 28 September 2016

Penangan Ikan Masin

Salam Rabu......

Baru balik dari membeli kuih. Kuih faveret ni! Sardin Gulung dengan Kuih Lempang. Kuih Lempang tu ramai orang panggil Kuih Getas kot. Kuih Lempang ni dulu dulu masa mak sekolah rendah agaknya memang faveret mak cik kantin kot, yelah kalau dah tiap tiap hari makcik tu jual kuih ni. Sampai mak pun lama lama berjangkit jadi suka haha...... 

Sejak dah tau port kuih faveret yang sedap kat mana, memang mak tuju situ ajelah. Kuih lempang di pagi hari gitu. Bukan nak kena pelempang ye hihi..... 


Yang ni pulak bukan kuih ye. Yang ni  IkanMasin hihi...... Manalah tau ada yang tak kenal. 

Mak goreng Ikan Masin ni sebab nak makan dengan ubi rebus. Sampai sudahlah belum habis lagi. Bukan tak suka tapi takut nak makan banyak. Kang naik dare mak kang, terus pencen berblog, takut korang rindu je hihi......

Ada ke yang tak suka ikan masin? Mak memang penggemar ikan masin. Nak nak ikan masin tenggiri jeruk cenggini.......Pergh!! Tak payah tunggu nasi panas weyh, nasi sejuk pun jalan tau!.....


Korang rasalah kan........ apa agaknya keistimewaan Ikan Masin ni sampai jadi pembuka selera? Nak kata rupa dia, memang taklah, dahlah coklat macam kayu! Rasa pulak masin berdesing! 

Tapi kenapa eh, dia tetap menjadi pembuka selera? Hebatnya penangan Ikan Masin ni kan....

Monday, 26 September 2016

Korang pernah menghadap orang yang nazak?

Salam Isnin.

Korang pernah mengadap orang yang nazak
Mak tak pernah. Dan mak tak dapat nak bayangkan macam mana emosi kita waktu tu. Sedih, bingung, takut! Masyaallah...... mesti perasaan bercampur baur kan! 

Jumaat lepas ayah kawan mak meninggal. Dialah yang menghadap ayahnya disaat saat akhir. Beruntungnya dia kan korang. Mak dia meninggal dulu pun, dia yang mengadap jugak.  

Kalau ikutkan sejarah perubatan, ayah kawan mak ni memang tak adalah apa apa sejarah sakit sakit yang kronik walaupun pernah mengadu sakit sakit dada. Orang tua, biasalah sesekali sembelit dengan pedih hulu hati tu. Telan Gaviscon, redalah katanya. Malam Jumaat hari tu balik daripada surau katanya arwah mengadu sakit perut, buang buang air. Bila abang dia telefon bagi tahu keadaan ayahnya, kawan mak pun teruslah pergi tengok. Bila sampai rumah ayah dia, ayah dia masih kat dalam toilet sambil tak berhenti henti mengadoi ngadoi sakit perut. Kalau orang tua mengadoi ngadoi sakit tak berhenti, tu memang betul betul sakitlah agaknya kan. Berpoluh poluh orang tua tu kata kawan mak. Kawan mak ni baka campuran, Nesilan dengan Johor. Dia sempat lagilah nasihatkan bapak dia janganlah mengadoi ngadoi sangat bah oi, sobut Allah, Dia yang bagi sakit .....

Kawan mak ni tak delah menyangka yang sakit perut ayahnya tu terus membawak sampai meninggalnya. Ingat sakit biasa biasa ajelah ...... 

Lepas keluar dari tandas tu kawan mak suruhlah ayah dia baring dekat sofa luar. Sambil tu, disapukan minyak angin kat perut dan dada ayahnya tu. Masih tak menyangka yang ayah dia nak meninggal lagi. Tapi bila dia nampak ayah dia menarik nafas dalam dalam sekali, barulah dia dapat mengagak yang ayah dia tengah nazak. Berkeruh beberapa kali dan terus pergi....Allahu Akbar......... Beruntung arwah ayahnya sebab dapat mengucapkan kalimat Allah disaat akhirnya.

Macamanalah pengakhiran kita nanti........ Bila dikenang kenang, takutlah pulak rasanya weyh.   

Gitulah kisah sebuah kehidupan. Sampai masa kita juga akan pergi meninggalkan dunia yang mewahnya hanya sementara. Di sana jua tempat kekal yang abadi.....

Al fatihah buat almarhum ayahanda Suratman bin Idris yang telah pergi menghadap Al Khaliq sejak tahun 1999.  



Friday, 23 September 2016

Pengalaman buat Pasport Antarabangsa

Salam Jumaat ....

Hari ni meneman Pak Jilap pergi check kereta. Katanya malam tadi brek kereta tak berapa nak makan. Kena pam banyak kali baru berfungsi. Bab bab brek ni kena terus pergi check, tak boleh buat main main, bahaya! 

Mak suruh Pak Jilap cuti jer terus hari ni, tapi biasalah orang yang kena sawan kerja ni, mana boleh tegah tegah, kang ada pulak yang bergusti laki bini dalam kereta kang hihi.....

Sebelum cuti Raya Aidiladha hari tu mak pergi buat Pasport Antarabangsa. Tidaknya nak bercuti kemana mana pun. Saja suka suka. Kalau dah ada pasport kan senang. Manalah tau dapat Percutian Free, Hadiah Bonanza apa apa peraduan ke haha..... Kan senang memasing dah ada pasport. Kebetulan abang pun cuti. Yang penting buat pasport abang tu. Sebab dia jauh. 2 anak dara tu buat bila bila pun boleh. 

Risau jugaklah sebelum nak buat tu. Tambah lagi baca kisah Kak Zai yang siksa sangat  nak renew pasport tu.

Mak pergi Jabatan Imigresen Kajang kat Jalan Reko tu aje. Pakai Google Maplah, apa lagi.... Kalau tak, confirm sesatlah mak. Mak kan buta jalan. Pak Jilap kerja masa tu.

Sepatutnya kena pergi pagilah, jadi tak delah lama menunggu. Tapi faham ajelah kalau pergi dengan baby bujang, emmm..... nak mengejutkan dia pepagi memang jadi hal mak maklah.....


Sampai sana dalam pukul 9 lebih, terus ambik no giliran. Hambik!!! Sabar ajelah menunggu 60 orang lagi! Tapi kaunter banyak bukak so tak delah lambat sangat kot. Mak menunggu sejam lebih jugaklah, baru no giliran di panggil untuk buat bayaran. Sempatlah bersarapan dekat kedai makan depan Imigresen tu.  Kat Imigresen Kajang ni rupanya ambik no giliran sebelah pagi je tau. Kalau datang sebelah petang harus korang kena datang esok pagi!

Bayaran Rm200.00 untuk tempoh 5 tahun

Lepas bayar, menunggu lagi untuk bergambar.  Mak dah siap siap pakai tudung biru gelap ye sebab tak mau kena pakai tudung Imigresen katanya hihi..... Tak payah isi borang bagai pun sekarang ni. Semuanya kat hujung jari staff Imigresen tu. Cuma kena bagi IC dengan standby ibu jari kita je weyh!

Lepas tu tunggulah lagi dalam setengah jam kot nak ambik pasport.

Dalam pukul 12 dah pun siap!!!! 12.30 mak dah sampai rumah. Si abang pun sempat lagi pergi Solat Jumaat. Kalau tau cepat, bawak sekali si TLBD.


Huh....... terserlahlah keboolatan wajahku......

Thursday, 22 September 2016

Mintak nasihat Pakar Kek

Salam Khamis....

Semalam buat kek. Pakai tepung kek segera jer. Segera segera pun, kena jugak buh telur, minyak bagai tu. Leceh jugak tu tau hihi.......Ni semua gara gara tengok entri Kek Marble gebu gebas Puan Kutu dengan Raisin Carrot Kek Sue Beelah ni. Mak pun jadi terliur tau sudahnya. 


Yang sebetulnya, tepung kek tu dah nak expired hihi... Tu yang baru terkocoh kocoh nak buat. Beli nya sekali dengan bahan buat biskut sebelum Raya hari tu. Gasaklah ko..... katanya muffin jadi kek hihi.... 


Sukatan pakai gram gram ni yang tak suka ni. Nak tak nak kena jugak keluarkan timbang. Sudahnya sukatan telur 175g, mak anggapkan ajelah telur gred A, 3 biji. Tapi bukan main hantam keromo tau. Mak timbang dengan cengkerang dia sekali haha.....

Cuma nak mintak nasihat pakar kek. Kenapa eh tengah tu boleh jadi runtuh ? Jadi lembik macam tak masak gitu?  Bahagian tepi dengan atas dah cantik dah kejadiannya.



Wednesday, 21 September 2016

Super duper senior tua TIKL

Salam Rabu....

Hish....mana boleh jadi, balik balik Kak Ton jer cerita pasal anak bujang tersado, balik balik mak baca kisah Amir, anak bujang Rul yang rajin tolong atok kat dangau. Mak pun ada jugak cerita pasal Bujang Sado mak hokey! Hoho.....

Ha.... bercakap pasal Bujang Sado ni, mak nak ucap Tahniah kat sahabat blogger Aisy Nasiha yang selamat melahirkan anak ke 3 baru baru ini. Wahhhhh..... dah 3 bujanglah ye sekarang ni. Patutlah lama tak bersiaran rupanya buat kerja senyap senyap sepatah kata Kak Tonlah haha.......

Sebelum tunjuk mak punya Bujang Sado marilah tengok Mak Sado dulu hihi..... Eewahhhhh.....posing tak menghengat!!!  


Hanak Hikan dengan Mak Hikan haha.......Sebenarnya meneman si abang ambik Sijil SPM dia. Nasib baik Sijil masih belum dilupuskan lagi.... 

Kawan satu sekolah mak masa Tingkatan 1-3. Sekarang jadi cikgu dan warden kat TIKL. Ni yang mak malas ni bergambar dengan orang kecik kecik. Terserlah sangatlah kesadoan mak! Nyampah tau.....
          

Bergambar kenangan dengan cikgu kelas abang. Cikgu ni ingat mak ni....... huh malaslah nak cakap nanti Kak Ton kata mak perasan pulak kohkohkoh......


Lencana gergasi tu projek khas Kelas Mekanikal batch mak dan Pak Jilap. Ya betul, memang mak dan Pak Jilap satu sekolah dulu. (Tutup muka).  Tahun bila? Biarlah rahsia, kang umur mak terbongkar pulak hihi.......

Kalau korang nak tau bila batch mak, mak masuk tahun yang sama dengan kes buli yang pernah menggemparkan suatu masa dulu tu. Masa tu budak budak asrama kan terkenal dengan Registered Namenya. Ni kes nak turun turun namalah ni. Asalnya main tumbuk tumbuk....... sudahnya terus inalillah....... Mak pun tak tau sangat cerita sebenarnya sebab mak kan frehie masa tuuu..... 

Dah...dah....... kasi chance super duper senior tua nak selpie dulu ......
.

Tuesday, 20 September 2016

Ketam Kulit Lembut Kuala Gula

Salam Selasa........

Cerita mak masih lagi di Bukit Merah ye. Katanya dua malam kat sini kan. Haruslah jalan jalan cari makan tempat best kat kawasan sekitarnya. 

Bila mak tanya staff hotel makanan apa yang femes kat Bukit Merah ni. Dia kata Mee Ketam Kulit Lembut. Perghhhh dak eh...... tetiba terus mengidam Ketam Kulit Lembut ko. Sejak viral Ketam Kulit Lembut tak lama dulu, rasanya baru sekali jer mak dapat merasa. Makan dekat Homst. Ketam Kulit Lembut Telur Masin. Staff hotel tu cadangkan mak ke Kuala Gula. Terus teringat entri Zee Suhaini yang pernah ke sini makan Ketam Kulit Lembut

Dari Bukit Merah kiranya ambik masa setengah jam jugaklah nak sampai ke Kuala Gula. Jangan pulak membayangkan banyak kedai makan kat sini ye sebab yang mak nampak hari tu cuma inilah satu satunya kedai makan kat sini. Tak ada pilihan lain. Mak perhatikan kedai makan dia pun agak usang. Berlantaikan papan lama. Kerusi meja pun stok lama, senang cakap serba serbi usanglah weyh..... Tapi mak OK jer...... no hallah tu semua, janji dapat makan Ketam Kulit Lembut hihi..... 

Jalan masuk nak menuju ke Restoren Terapung katanya......Masa mak sampai tak ramai orang sebab mak sampai cepat dalam pukul 5 petang gitu. Sampai sampai terus order, lapar weyh, tak makan tengahari ni! Kiranya ni merangkap makan malam sekalilah ...... 


Restoren Terapung yang berpagar tu. 
Namanya pun kampung Nelayankan...... Pemandangan masuk ke restoren ni, kanan kiri memang bot nelayan sesajelah......


Makanan yang mak order hari tu. Siakap 3 Rasa, Ketam Lembut 5 ekor, sorang satu hihi..... Sotong Goreng Tepung untuk 2 orang makan, Sup Cendawan dan Kailan Ikan Masin. Licin sekali hadap! Maksudnya apa tu?

Sedapkah atau laparkah? Haha...... Kalau ikut tekak mak, bolehlah......sedap jugaklah...... Kalau kita yang masak pun belum tentu sedapkan hihihi....

Ketam Lembut yang diidam-idamkan sangat ....... Rm7 henggit seekor. Bagi yang belum pernah merasa, Ketam Lembut ni rasa dia biasa biasa aje. Macam Ketam cuma kulit lembut....

Ketam Kult Lembut Goreng Tepung
Betul betul sebelah Restoren Terapung ni korang boleh tengok tempat belaan Ketam Kulit Lembut. Mak rasalah, sebab mak tengok banyak ketam kat dalam bekas bekas tu. Mestilah Ketam Kulit Lembut kot.... Memang agak menyeramkan tempatnya! Tutup mata sudah! Haha......

Berita baik untuk kaki kaki pancing! Ada chalet jugak kat sini yang boleh korang sewa tau! 

Monday, 19 September 2016

Bukit Merah Water Park

Salam Isnin korang.....

Yuhuuuuu......mak muncul kembali selepas bercuti panjang ya amat! Hihi...... Weyh Tie, merendang apanya, daging korban mak masih beku dalam freezer tu, belum terusik ko. Mak balik KL hari Selasa, esoknya dah bermusafir pulak ke Bukit Merah. Nak menjengah blog pun tak sempat weyh.

Kalau ikutkan cuti si abang, kelas dia dah start sehari lepas Raya Aidiadha hari tu, tapi tetiba dia jadi dekan. Tambahkan cuti seminggu lagi untuk diri sendiri. Hurmmm...... gasaklah ko nak! Lagi pun mak pun teringin nak jalan jugak ni. Dah kebetulan Cuti Sekolah dan Pak Jilap dapat cuti panjang kan hihi....

Kalau ikutkan hati mak ni, teringinnnnnn sangat nak ke Pulau. Pulau yang belum pernah sampai le. Macam Pulau Redang ke, Pulau Tioman ke, Pulau Perhentian ke, Pulau Rawa ke...... mesti cantikkan pantai dia. Pepasir memutih, lautan membiru, Ikanan berenang renangan riang. Huh!!!!! Rosak bahasa jadinya. Tapi tulah, Pak Jilap pulak tak nak. Dia kata anak dia nak SPM tahun ni so jalan dekat dekat, cukup! Tengok laut Port Dickson sudah katanya! Hek eleh......baik tak payah jalan cenggitu bang. Dekat benau tu namanya! Hoho.....

Sebelum Pak Jilap booking hotel PD senyap senyap, baiklah mak siap siap booking hotel Bukit Merah dulu hihi..... Jauh sikit. Lagi pun mak belum pernah sampai ke sini lagi. So, balik dari sini bolehlah terus hantar abang. Kenapa tak booking kat Lost World of Tambun? Entah ek....... padahal mak pun belum pernah sampai jugak tu. Ingatnya Bukit Merah lagi best! Huh.....

Ya a auww.......hihihi......

OKlah jugak bilik kat Bukit Merah Laketown Resort ni.  Luas dan selesa. Mak booking 2 bilik untuk 2 malam. Satu lagi katil tu momok yang tido hihi..... 

Harga bekfes RM27 henggit sekepala. Rasa macam mahal jugak tu sebab bekfes dia tak banyak pilihan pun . Tapi puas hati jugaklah, sebab makanan dia 'berasa'...

Kalau baca kat website dia, memang nampak macam teruja nak pergi. Selain daripada Water Park, ada banyak aktiviti lain jugak yang boleh kita buat. Sambil sambil tu, bolehlah kalau korang nak suruh mak melawat sekali sedara mara korang kat  Pulau Orang Utan tu hihi....... Tapi sayangnya banyak tempat kat sini yang dah tutup.

Tengoklah tempat skycycle ni, dah tinggal kenangan pun......

Tapi tak dinafikan, kawasan persekitaran hotel masih lagi terpelihara kehijauannya. Sejuk mata memandang.  

Aktiviti mak baru sampai petang tu. Berposing posing atas jeti. Kat hujung jeti nilah bot akan bawak korang ke Pulau Orang Utan. Tiket masa tu promotion katanya Rm20 henggit sekepala. Mak tak pergi pun, sebab tetiba sawan kedekut sampai hihi..... 


Esoknya baru mak anak beranak berdugong. Kalau warga Utagha, dapat Rm20 henggit satu kepala. Jimat bak hang! hihi.... Bagi mak kurang umphlah Bukit Merah Water Park ni. Nak kata kolam tak banyak, banyaklah jugak.... tapi kalau korang suruh mak pergi lagi, mungkin tak kot kecuali free hihi....

Hari kedua, usai berdugong dan balik dari Kuala Gula. Berposing pulak berlatar belakangkan Kampung Air ( Water Chalet ). Cantik memang cantiklah, tapi mahei ratenya semalam......   


Friday, 9 September 2016

Lipan

Salam Jumaat...

Mak bersiaran dari Jabatan Imigresen ye korang. Malam tadi kena serbu, permit kerja tak de ! Haha......

Rumah korang ada lipan tak?

Nilah mak nak ceritanya ni, sejak dua menjak ni bilik air rumah mak rajin muncul anak lipan. Tak delah seriau sangat tapi seramlah jugak, kumpulan haiwan berbisakan tuuuu....

Kang bengkak jempol kaki mak kang, ha ...... Macamana?

Lama tak dengar cerita orang kena gigit lipan dah zaman ni. Kalau zaman mak kecik dulu, selalu tau. Mungkin sebab duduk kampung kot. Lipan pulak besar besar satu jari kita ni. Kalau jari mak dah tentulah gemuk lipannya hihi.... Zaman dulu kalau kena gigit lipan silap silap masuk ICU tau! 


Baru baru ni emak lipan sesat dalam sinki. Terkejut weyh. Tengah syok main air tetiba ada haiwan berbisa! Mau tak seram? Nasib mak perasan tau! Cepat cepat ambik spray lipas. Lipan ni setakat spray guna klorok memang tak jalan.

Thursday, 8 September 2016

Berangankan tak kena bayar

Salam Khamis.....

Korang Raya Haji balik mana? Mak balik kampung. Yahooooo..... Acah acah happylah sebab kononnya balik kampung sendiri kan hihihi....... Sebenarnya, Raya kat sini ke, Raya kat kampung ke, sama je, kena masak jugak.  

Kejadian petang semalam. Oleh kerana dah makan sedap semalam semalamnya, marilah kita masak Maggi Goreng pulak. Takkan nak hari hari makan sedap kat luar aje hihi..... Tokey balak pun bankrup kalau cenggitu. 

Eh...... mak masak ni pun sedap jugak apa! Maggi Goreng mamak style kau! Kering kering gitu....... Ni gara gara tengok entri Nieyllah ni. 

Maggi Goreng
Mak guna Maggi perasa Kari 4 paket. Perasa dia mak guna 3 aje. Takut termasin pulak kalau guna semua. Gorengkan bawang putih bawang merah, cili blend, buh sos tiram, buh perasa kari maggi, pecahkan telur, letak kobis, letak sotong dengan udang yang tinggal tak berapa ekor dalam esbok tu. Siap!  

Korang tau tak weyh, mak dah tak tau nak masak apa dah. Jemulah ..... hari hari kena masak!

Kan best kalau jadi orang kaya, semua orang sediakan, tak payah buat apa apa, melingkau lingkau anak beranak aje kerjanya hihi...... 

Berangankan tak kena bayar!

Wednesday, 7 September 2016

Bezday abang Iman

Salam Rabu......

Semalam bezday si abang. Macam biasalah makan kek beli jerlah modal mak hihi....


Nak buat kek sendiri, kang keluar Kek Sabun pulak hikhikhik...... Tengoklah SA tu, serabai je mak tengok. Suruh potong rambut tak nak! Ternanti, nanti...... geram nengoknya.

Diaorang ni kalau makan kek Resepi Rahsia, kek Indulgence jerlah pilihannya. Jangankan makan, mandang pun mak dah jemu tau! Huh......


Mentang mentanglah bezday boy, diordernya air Oreo. Pergh!!! Mahal seyhhhhh..... Rm10 henggit segelas! Terpercik peluh mak, menggigil tangan nak bayo hihi.....


Sebelum balik tapau Red Valvert untuk Si TLBD. Kalau tidak, ada yang tak puas hati kang. American Brownies pulak untuk Pak Jilap. Dari hari tu Pak Jilap duk menyebut teringin, teringin. Suruh beli tak nak, nak kena mak jugak yang belikan.... Eleh eleh nak manjalah tu kan.....

Eh! Ni cite pasal anak ke, cite pasal bapaknya ni? Haha....

Tuesday, 6 September 2016

Traffic Light tergantung

Salam Selasa......

Dah 2 hari kat KL tapi minda mak masih kat Seri Iskandar yer. Nak buat macamana, gambar tak habis lagi. Itu ajelah modal yang ada nak buat entri hihi.....

Traffic light kat Seri Iskandar..... Bukanlah kat bandar dia, hala hala ke Parit kot. Tak ingat dah. Jarang kita dapat tengok traffic light macam ni kan sekarang ni. Cantik pulak tergantung gantung macam belon.

Ini kalau lampu merah tak berhenti jugak tak taulah hihi......

Monday, 5 September 2016

2 hari 1 malam di Seri Iskandar

Salam Isnin.....

Kelemauan melanda mak hari ni nampaknya. 
Malas, lesu dan tak bermaya.... rasa macam nak tido je weyh. 

Buat anak anak geng bloggers yang ambik UPSR hari ni Gud Lucklah ye. Alahhhh....... tak payahlan nak seram sangat mak maknya tu, relax ar!!! Baru UPSR!

Hari Sabtu hari tu mak ke Seri Iskandar ambik anak. Cuti seminggu habis semester.  Padahalnya dia dah beli tiket keretapi pun, tapi ayahnya ngengada nak pergi ambik. Mak, suka aje...... cuti masak sambil tidor hotel, sapa tak suka kan...... Sebenarnya boleh aje balik hari, tapi entahlah, kitaorang ni kalau ke sana mesti nak bermalam. Macam kena sawan tido pulak tau.....

Entah apa yang bestnya kat Seri Iskandar tu agaknya, mak pun konpius ....

Mak kalau kat Seri Iskandar ni, mak suka bekfes kat dalam Kedai Petronas! Bagi mak yang bestnya kat sini ada Roti Titab. Alahhhhh roti bakar yang atasnya ada telur separuh masak tu. Tapi untuk bekfes semalam mak tak orderlah. Sebabnya dah ambik Nasi Lemakkan. Kalau ikutlan nafsu pelahap ni, nak aje hihi..... Kontrol weyh depan Pak Jilap! 

Pak Jilapah pulak kalau ke Seri Iskandar ni, mesti tak lepaskan peluang minum cendol kat Mr Cendol dalam Billion tu. Billion ni kiranya mall paling besarlah kat sini. Orang orang Seri Iskandar kalau dapat soping kat kat sini sure macam dah best sangatlah haha.....Hish!!! dapat tau orang Seri Iskandar, harus mak kena kecam ni hihi..... Yang bestnya minum cendol kat sini, kita boleh kontrol nak manis mana. Sebab gula merah dia, dia letak sebotol sebotol atas meja koooo. Suka hati tekaulah nak buh banyak mana pun!

Mak anak beranak suka jugak layan tengok wayang kat Seri Iskandar ni. Wayang ni kat dalam Billion jugaklah. Kan mak dah kata Billion Seri Iskandar ni setaraf dengan IOI Putrajaya. Macam macam ada! Hihi...... Macam baru baru ni mak anak beranak terpaksa berpecah kepada 2 grup. Si TLBD nak sangat tengok cerita kartun Pete's Dragon. Jadi kita serahkan ajelah pada Pak Jilap meneman si TLBD. Apa barang mak nak tengok cerita kartun macam tu hihi...... Kalau suruh mak yang teman TLBD, confirm tido dalam panggung hihi......Tau tau dah tamat!  Mak dengan yang lainnya tengok cerita Don't Breathe. Best weyh!!! Suspen cerita dia.....

Balik semalam on the way keluar Toll Plaza Gopeng singgah makan tengahari kat sini. Restoren Adily. Pertama kali sampai dan tak sia sia singgah. Sebabnya lauk banyak sangat sampai bingung mak nak buat pilihan. Semua pun nampak sedap. So dengan ini mak dah jumpa port makan tengahari yang sedap. Lepas ni nampaknya bolehlah singgah lagi .

Itu ajelah aktiviti mak kat Seri Iskandar 2 hari satu malam baru baru ini.