Sepatah kata Kak Ton dan Mia Kassim beriya buat pasport ni, tau tau nanti keluar entri Mak selpie anak beranak kat Krabilah, Bandunglah, Melbournelah, Londonlah haha.... Jangankan London, Singapura pun belum tentu lagi weyh haha.... Yang pasti, memang tak plan nak ke mana mana pun lagi buat masa ni.
Apa-apa pun OK jerrr............ Menulis sekadar suka-suka, hanya perkongsian perjalanan kehidupan dengan sahabat alamaya.............
Monday, 31 October 2016
Yang awak tu sebok jugak, apa hal?
Sepatah kata Kak Ton dan Mia Kassim beriya buat pasport ni, tau tau nanti keluar entri Mak selpie anak beranak kat Krabilah, Bandunglah, Melbournelah, Londonlah haha.... Jangankan London, Singapura pun belum tentu lagi weyh haha.... Yang pasti, memang tak plan nak ke mana mana pun lagi buat masa ni.
Thursday, 27 October 2016
Lenganku Sado
Wednesday, 26 October 2016
Diet separuh jalan
Remaja Purba kata, antara tipsnya, minum air masak 3 - 4 liter sehari dan jangan makan apa apa selepas pukul 7 petang. Itu yang basicnya lah. Kurangkan sukatan nasi, jangan makan benda bergoreng, jangan makan benda berlemak, jangan makan makanan segera, puasa sunat Isnin Khamis, dia tak cerita lagilah. Tapi mak percaya itulah yang dia amalkan setahun yang lepas, sehingga dia berjaya kurus macam sekarang . Betul tak?
Tak perlah, mak ambik yang basic tips ajelah dulu hihi....... Bab makan tu, mak bedal je semua dulu. Rugi weyh, nak diet diet sangat, sepatah kata Kak Noor sementara ada selera ! Haha.......
So, semalam, dan dan tu jugak mak terus isi air dalam bekas tau! Punyalah semangat haha...... Siksa jugak rupanya nak minum air bila kita tak haus ni tau! Minum baru separuh liter, perut dah rasa kembung, nak muntah pun ada weyh!

Tuesday, 25 October 2016
Kam dan sepupunya yang baik

Terharu sangat dengan layanan sepupu Kam ni. Peramah orangnya. Buat kita tak rasa kekok, rasa macam dah kenal lama. Bukan cuma air yang dihidangkan, mak siap makan tengahari hokey!!!.... Kalau mak pun belum tentu dapat melayan tetamu macam tu. Lagi lagi bab kena masak tu haha.....
Satu fakta yang mak akui, kalau makan kat rumah orang ni, memang mak selera dan sedap sokmo weyh. Tapi makan mesti tak kenyang, sebab malu haha...... Korang rasa macam tu tak?
' Sahabat itu seperti bintang. Tak selalu nampak tapi selalu ada di hati '

Monday, 24 October 2016
Sabtu yang saling memenuhi kehendak
Friday, 21 October 2016
Perempuan, Perempuan jugaklah
Macam manalah entri ni boleh terdelete pun tak taulah. Memanglah mak ada mendelete draf dekat apps blog tu, tapi tak sangkalah entri published pulak yang terdelete. Nasiblah komen komen korang tak terdelete sekali. Adoyai..... terpaksalah mengarang entri ni balik sebab nak buat kenangan punya pasal.
Untung jadi budak budak sekarang ni. Habis sekolah je mesti ada Majlis Graduasi. Tak payah dah nak tunggu masuk U. Samalah kisahnya dengan si anak dara mak, Angry Bird baru baru ni.
Nak konvo habis Form 5 je pun tapi persediaannya mengalahkan nak konvo Doktor Falsafah je tau! Sebulan sebelum konvo dah berkira kira nak beli baju baru. Tu belum kisah tudung baru lagi tu. Padahal berlambak je tudung dalam bilik tu. Eh tak, nak tudung baru jugak....
Gud luck untuk SPM dan semoga korang berjaya menjejakkan kaki ke menara gading nanti ye
Wednesday, 19 October 2016
Minyak naik
Friday, 14 October 2016
Bubur Merah Bubur Putih with LOVE

Thursday, 13 October 2016
Diet mayet
Wednesday, 12 October 2016
Entah bila nak khatam.....
Tuesday, 11 October 2016
Berkat Kenduri Kahwin
Monday, 10 October 2016
Warong Bistro
Friday, 7 October 2016
Mencari maid
Salam Jumaat.....
Tulah tu, setelah di timbang tara, mengambil kira tahap kesihatan mami yang semakin uzur, maka mami anak beranak sepakat nak ambik maid. Bolehlah maid tu tumpukan sepenuh masa dengan mami.
Nampaknya terpaksa jugaklah mami menggunakan khdmat maid. Memanglah sebelum ni abah yang jaga. Tapi yelah..... nak harapkan abah sepenuh masa, tak larat jugak orang tua tu. Nak harapkan menantu yang sorang ni, huh...... lagilah tak boleh di harap hihi....
Sebelum ni mami pernah jugaklah ambik maid. Ambik bini orang Indon yang kerja buat rumah. Bukanlah melalui agensi. Gaji boleh tahan mahal jugak. Dia mintak Rm1,200.00, balik hari lagi, Sabtu kerja separuh hari, Ahad cuti. Nak buat macam mana, terpaksa setuju ajelah dengan gaji tu. Yelah..... bukan apa, sekurang kurangnya kalau ada maid, abah dapatlah jugak rehat. Tapi tulah.....tak tahan lama. Dapat bertahan beberapa bulan aje. Tak taulah apa sebab dia nak berhentinya. Tak tahan jaga mami atau sebab lain......
Faham faham ajelah keadaan orang yang sakit Parkinson ni macamana. Mami ni memang tak mampu nak uruskan diri sendiri.
Korang ada kaki yang boleh dipercayai untuk dapatkan khidmat maid tak? Kalau ada tolong bagi no hp. Mak nak contact yek.
Hari tu pakcik Pak Jilap ada recommend satu agensi ni. Mak callah agensi ni nak mintak quotation. Terkejut bosar mak ko!!! Bayangkan ajelah fees dia mencecah 17k untuk seorang maid. Termasuk deposit gaji maid 2 bulan. Taulah yang recommend tu bini Tan Sri hihi..... Masalahnya, orang yang telefon ni ala ala bibik kottt haha.....
Emmmm...... apa yang sampai mahal sangat entahlah.... Kalau memang dah terjamin kerja tip top tak per jugak ek!....