Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, 30 November 2016

Biar ada, daripada tak ada!

Salam Rabu....

Pemberitahuan!!!! 
Kepada korang, korang dan korang yang tertanya tanya apa jadi dengan hadiah saguhati sempena GA Anniversary hari tu, jadi ke tak jadi? Ni nak bagi tahu, Insyaallah mak akan post bendanya hari ni. Sudi sudikanlah menerima seadanya dengan penuh keikhlasan. Kata orang, biar ada daripada tak ada, itu baru syukur haha......   


So, lepas ni, cuma ada satu lagi hutang mak yang belum terlunas gara gara GA Anniversary , review blog Datin M ! Belum ada idea weyh!



Tuesday, 29 November 2016

Ramly berger

Salam Selasa....

Selamat bercuti kepada yang pergi bercuti. Yang duduk rumah macam mak ni,  selamat bercuti jugaklah..... cuti menyupir pun cuti jugaklah tu kan.....

Psssst...  korang dah plan nak bercuti ke mana ke ? Kalau tanya mak, mak memang teringin sangat nak ke Terengganu. Tapi tulah, tengah musim musim hujan gini, takut pulak nak ke Pantai Timur, takut terperangkap dalam banjir. 

Tak kisahlah ke mana pun korang pergi, yang penting jangan lupa share hokey ....
Esok, Angry Bird dah last paper. Lepas ni mak dan dia dah boleh yahoooooooo!! Tunggu jerlah result sok keluar bulan 3. Tengoklah masa tu, yahoo ke tak yahoonya hihi....

Hari Jumaat lepas, Pak Jilap tak makan rumah. Ada farewell katanya. Biasalahkan, mak ni kalau Pak Jilap tak makan rumah, menjadik jadiklah kemalasan melampau tu. Maka mak order jerlah Ramly berger.

2 berger bulat, 1 berger oblong. Oblong tu dah tentulah untuk orang yang orderkan hihi....

Alhamdulilah, Allah nasih bagi peluang merasai nikmat sedapnya makan..... Sedap weyh! Mak punya special biasa aje.

Anak dara dua orang tu special jugak tapi nak tambah cheese katanya.

Bolehlah..... walaupun tak berapa nak mewah cheese dia. Tak boleh lawan berger Ramly cheese kat Bukit Merah hari tu. Cheese dia meleleh leleh, sampai sekarang tak boleh lupa weyh......

Friday, 25 November 2016

Kacau bilau resepi orang jadinya

Salam Jumaat.....

Sejak meloya loya ni, mengidam sungguh benda yang masam masam ni..... Jangan salah faham pulak ek, ini semua bukan angkara lepas Anniversary haha.....

Kebetulan kelmarin mak tengok rancangan Datin Masak, Datuk Suka ke hape tu..... Masa tu Datin Shahida, isteri Datuk Aliff Syukri Terlajak Laris yang masak. Walaupun Datuk Syukri ni lebih pandai masak daripada isteri dia, tapi dia cakaplah yang dia paling suka kalau Datin Shahida ni masak Nasi Daging dengan air asam. Adoiiiii...... kecur air liur terus bila mak dengar air asam

Meh cuba kita tengok pulak Datuk Jilapah suka tak kalau Datin Jilapah masak air asam haha...... 
Wuhhhhh....... punyalah sedap air asam datin, sampai Datuk Jilapah jilat lima jari tau! haha.... 


Kebetulan...... tersama pulak dengan menu Yati semalam. Mentang mentanglah dia tengah cuti, bukan main lagi ek macam macam menu ditayangnya tiap tiap hari, ceh!!!

Nama aje Nasi Daging ye,tapi daging tu mak tukar kepada ayam. Yati tanya boleh ke? Apa yang tak bolehnya Yati! Kita yang buat dia kan haha.... Sebenarnya mak baru masak daging semalam semalamnya. 

Kentang tu pun mak memandai mandai masukkan dalam senarai resepi Azie Kitchen. Adoiyai...... Kacau bilau resepi orang jadinya.... 

Haih! Ni kalau Orang Utara tau ni, habislah mak kena kecam!


Thursday, 24 November 2016

Loya kenyang

Salam Khamis .....

Korang perasan tak? Bila perut kita dah kenyang, mulalah rasa loya tengok makanan lain, nak masak apa tah lagi, 5 kali loya jadinya haha.....

Tengahari semalam mak anak beranak makan kat Warong Bistro again and again. Mak ke sana pun lepas ambik si Angry Bird balik sekolah dalam pukul 1 lebih. Nampaknya, lauk yang banyak kat Warong Bistro tak mengganggu gugat nafsu mak pulak semalam. Banyak pulak lauk ikan kembung! Ikan kembung masak taucu, ikan kembung goreng, ikan kembung masak tu, ikam kembung masak ni...... Aduh!! Hari ikan kembung ke hape ni?

Dan yang menjadi pilihan mak cuma kerabu perut dengan ikan bilis goreng sambal. On the way balik rumah, singgah pulak kat satu kedai ni nak mencari Pengat Keladi. Boleh pulak diaorang tak buat hari tu. Pengat lain adalah, pengat pisang, pengat labu, bubur cha cha, bubur gandum, bubur ubi.... Yang mak nak pulak, boleh tak ada. Itulah katanya bukan rezeki kan! Nak buat sendiri, macam tak berbaloi, walaupun sebenarnya puas bolot sorang sorang haha....

Petang hari, barulah mak masuk ke dapur.......


Kita makan mee lah hari ni ye  suami dan anak anak! Mee Goreng Togel ala ala Kak Ton........Cuma letak udang. Togeh pun mak malas nak letak. Padahal ada je kat esbok tu.

Kan mak dah kata, mak loya semalam! 
Tapi, dalam pada loya loya pun,  habis jugaklah sepinggan hihi..... Entah apa jenis loyalah agaknya!

Wednesday, 23 November 2016

Akibat rajinlah sangat masak...

Salam Rabu.....

Kering idea mak hari ni tau...... Nak mengumpat Jiran Sebelah, pagar dah naik tinggi pulak. Tak bagi chance langsung jiran nak skodeng. Frust menonggeng le tu sebab tak menang GA Anniversary .....

Nasib baiklah dapat idea lepas baca blog Phong Hong yang super duper rajin masak tu. Walaupun berbangsa Cina tapi semua pun dia bedal haha.... Hantu tempeh pulak tu! Yang paling mak terkejut dia bukan setakat makan, tapi sanggup buat sendiri sambal tempoyak hokey!!! Rare ke tidak tu?

Macam Phong Hong jugak, lepas mak baca blog Kak Noor pasal kacang pool ni ( rasanya mungkin tahun lepas kot! haha....) mak terus beli benda ni. Hajat di hati memang teringin nak cuba resepi Kak Noor. Tapi apakan daya, tangan tak sampai huhu......... 


Tulah..... semalam masa tengah masak, terpandang pulak tin kacang pool yang dah lama betapa dalam kabinet tu. Tengok date kat belakang tin tu dah hampir sebulan expired pulak weyh huhu..... 

Inilah akibat rajin sangat masak namanya...... yang ada, tak dimasak, yang tak ada dibeli huhu....

Tuesday, 22 November 2016

Nostalgia Sup Cendawan

Salam Selasa......

Kepada pemenang GA Anniversary yang belum bagi detail tu, silalah email mak secepat mungkin ye! Mak nak kasi settle cepat...... Hari ni, marilah kita kembali ke dunia nyata pulak. Cukup cukup sudahlah berangan angan di awang awangan tak berkesudahan tu haha...... 

Semalam ke Tesco. Biasalah......beli barang dapur. Weekend kan bizi, maklum ajelah, dia sorang yang sambut anniversary dalam dunia. Terbeli pulak roti panjang ni. Apa ke namanya, Baguette! Dalam kepala dah terbayang bayang garlic bread sebenarnya.  

Yang jadi teringinnya, weekend hari tu mak ada makan garlic bread dengan satu sup ni. Rupa dia ala ala Sup Cendawan, tapi bukan. Warnanya kuning kuning macam masak lemak. Rasa dia macam ada rasa rasa cheese, macam ada rasa rasa bawang putih, sedaplah! Entah apalah nama sup tu. Lupa nak tengok kat menu. Itulah pasalnya, bila ternampak roti ni kat Tesco semalam, terus mak sambar....


Nak buat sup tu tak reti, kita lawankan ajelah dengan sup yang mana reti. Beginilah rupa kejadian Sup Cendawan mak pagi tadi. Boleh cuba resepi Azlita masam manis kalau nak. Mak macam biasalah, tengok bahan bahan penting aje, selebihnya belasah haha....Tu yang terpekat jadinya tu.....

Teringat masa first time makan Sup Cendawan dulu dulu. Masa tu si abang baru umur setahun kot, makan kat Pizza Hut, mak orderlah Sup Cendawan ni. Dalam kepala memang membayangkan sup air yang macam biasa kita buat kat rumah tu. Tapi, sekali datangnya sup macam ni. Aduh!!! Loya tekak mak, tapi tu dululah, tak biasa makan kan, sekarang, bagi seperiuk sup ni pun habis kot haha.... 

Monday, 21 November 2016

Pemenang GA Anniversary

Salam Isnin.....

Adey manis ada baik ka hari ni? Moga semuanya baik baik belakalah hendaknya!

Weyh, bukan senang nak buat giveaways ni rupanya ek..... Nak kena updatelah, nak kena evaluatelah, dah rupa cikgu sekolah menanda karangan pulak weyh! Yelah..... memanglah bukan mak jurinya, tapi, rupanya jadi kerani juri lagi pening kepala hokey!  Nasiblah yang join tak ramai. Ni pun dah berpeluh segala celah mak tau!

Hokey, pemenangnya mak akan umumkan kat akhir entri ni nanti ye. Sebelum tu marilah kita layan kisah Hikayat Seribu Satu Malam, warga Maghrib menyambut Anniversary ..... Anniversarylah sangat haha......

Hajat di hati teringin jugak nak celebrate kat tempat special sikit, macam Neenaanuar ni. Maklumlah dah 21 tahun katanya. Tapi bila fikir balik, macam membazir pulak. Fikir sekali lagi terus sawan kedekut sampai. Sudahnya celebrate jerlah kat rumah! Jimat duit, jimat tenaga, jimat minyak haha..... Cuma keluar modal sikitlah, beli belon haha......

Inilah sebab utamanya mak malas nak celebrate kat luar...... Belum apa apa lagi Pak Jilap dah lena haha......


Malam tu mak masak special hokey......mak buat kelongsong gandum cicah dengan sardin! Speciallah tu! Jarang tau orang buat lempeng memalam di hari Anniversary pulak tu!haha..... Beli jugak brownies faveret Pak Jilap. Buat jangan tidak ada kek kottttt. Malam tu kan, malam mak yang punya!!! Suka hati maklah nak buat apa pun......Nak posing maut sambil pegang belon ke apa. Apa mak kira Jiran Sebelah muntah kaler kaler pun! 

                 

Khas untuk tatapan  Ms Valentine dan Mak Nor Azimah yang bertanya...... Mak dapat jam tangan!. Terima kasih bang! Ingatkan pandora! Hoho...... Pak Jilap cakap Pandora tunggu Anniversary yang ke 50. Adoiiiii, masa tu kalau cham hilang, nampaknya menggeletar segala sendi Nek Jilapah meniarap sambil meraba raba mencari, nak merangkak pun dah tak larat hihi......  

                

Penghidang lempeng malam tu haha........


Oklah...... berbalik kisah GA ni, mak nak ucapkan terima kasihlah banyak banyak pada korang yang sudi join GA mak yang tak berapa nak macam GA tu haha.... Seronok sangat layan entri entri korang pasal mak, terhibur hokey!!! Ada yang berpantun, ada yang selitkan lagu KRU, ada yang menitipkan doa suami isteri, pendik kata macam macam idealah yang korang buat untuk kreatif. Susah tau mak laki bini nak pilih pemenang yang layak membawa pulang duit berupa wang tunai, sebanyak Rm50 henggit !!!! Macam banyak! haha.....

Khusyuk menjuri katanya! Kikiki......



Mak sebenarnya terharu sangat dengan Anumkhairil sebab dia orang pertama yang join GA ni. Walaupun Anum ni nampak macam pendiam, tak banyak cakap tapi dia sangat supportive. Terima kasih Anum! Nak harapkan Jiran Sebelah, huh, harapkan komen panjang, bolehlah kehkehkeh.....                                                        
Bismillahirrohmanirrohim, diumumkan......

3 orang pemenang ( Rm50 henggit )

1) Yati - cahayahidupku2569.blogspot.my
2) Rul - sweetmemories4u.blogspot.my
3) Yana Yani - iamaproudmama.blogspot.my

10 orang pemenang saguhati ( 1 keping facial mask watson )

1) Nor Azimah - srikandiofficialblog.blogspot.my
2) Kanda Zakie - zakiepurvit.blogspot.my
3) Atie - atieyusoffamily.blogspot.my
4) Ira - bdkbucuk.blogspot.my



Anugerah khas Juri sebab entri paling panjang ( review blog )


Perhatian untuk para pemenang : 

* Kepada 3 orang pemenang duit Rm50 henggit sila bagi nama, no telefon dan no akaun, sebaik baiknya Maybank.
* Kepada  10 pemenang saguhati, sila bagi nama, alamat dan no telefon
* Kepada pemenang anugerah khas, sila cari kontraktor batu bata secepat mungkin kihkihkih.... 

Email address : hainomharyani@yahoo.com

Tahniah kepada para pemenang, yang tak berjaya jangan putus asa ye.... Mak menghargai setiap usaha yang korang buat.
Sekian Terima kasih.....



Friday, 18 November 2016

You Complete Me

Salam Anniversary........

Syukur alhamdulilah, Anniversary mak kali ni jatuh pada hari Jumaat, Sayyidul Ayyam, penghulu segala hari, hari yang banyak kebaikan dan kelebihan di malam hari atau di siangnya.

Emmm....kejam celik, kejam celik, merajuk, bergaduh, baik balik, rupanya dah 21 tahun mak dah hidup bersama Pak Jilapah. Yelah, 21 tahun tu bukan satu jangka masa yang sekejap hokey!! Kalau dilihat pada fasa sesebuah peerkahwinan. Mak ni dah terlebih fasa sebenarnya weyh! Dah tak termasuk dalam fasa fasa yang ada tu tau. Yelah fasa fasa perkahwinan yang ada pun sampai 4 fasa aje ( Fasa 4 - tempoh perkahwinan antara 15 - 20 tahun). So mak ni boleh kira macam Fasa Maghriblah ek hihi..... Maghrib pun maghriblah haih.....

Walaupun ketara fizikal banyak dah berubah ( hokey! mak mengaku ni fizikal mak ), tapi mak tengok Pak Jilapah tu, tetap sama macam dulu. Perhatiannya, kasih sayangnya, cintanya...... tidak pernah berkurang, malah semakin mekar dari hari ke sehari ( macam propa je lebih ni hihi....harap jangan buat onar di belakang orang ye bang!).

Adat berumahtangga, tak semuanya sempurna, perkara yang kadang kadang kecik pun terasa besarnya, ada ketikanya kata kata biasa pun boleh membuatkan hati kita terguris jugak, layankan ajelah......Anggaplah itu simptom simptom orang hampir menapose walaupun harapnya bukan haha..... Jangan eksyen sangat, lelaki pun ada jugak tau bang, andropose namanya. So fair and square hokey!hihi....


Salam Anniversary untuk Cinta Hatiku, dunia akhirat, Yem Rambo....
Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan anugerah cinta ini kepada kami. Moga jodoh kami kekal bahagia hingga ke syurga Mu.....

 


*** Pemenang Giveaways Sempena Anniversary tu, insyaallah mak bagitahu minggu depanlah ek, lagi pun tarikh tutupnya pun hari ni. Jurinya pun tengah bekerja tu hihi..... Dia lum sompek boco lai pun....

Giveaways sempena Anniversary

Entri melekatlah sangat hihi.....

Salam Isnin......

Hari ni berapa hari bulan ? 
14 haribulan ek? Tulah tu...... sejak dah semakin dekat dengan Anniversary ni, mak dah semakin lupa hari pulak weyh hihi..... Maklumlah tengah berangan menanti hadiah daripada Pak Jilapah haha..... 

Mak ingat sempena menyambut Anniversary mak pada 18 November ni.....mak nak buat macam ala ala Giveawaylah! Korang rasa ada ke orang nak join ek?   Dahlah kalau orang buat GA, mak tak pernahnya nak join haha.... Dulu dulu masa mula mula berblogging, adalah mak join jugak. Nak mengumpul follower katanya. Tapi bila dah lama berkecimpung dalam bidang ni, mak rasa bilangan follower tu tak penting sangat pun, apa yang penting, kesudian orang orang yang macam korang ni, tak pernah jemu baca cerita merapu dan berkomen dalam blog mak ysng tidak seberapa ni.

Tak perlah...... kita serahkan ajelah pada nasib...... untung sabut timbul, untung batu tenggelam.... Kalau tak ada orang nak join, selamatlah duit Pak Jilpah haha......

Sesiapa yang sudi join tu, jangan takut weyh...... mak letak syarat mudah mudah aje. Enggak usah pusing banget mikrinnya dong....... haha.... Ha sudah! Tukar warganegara pulak dah! haha.....

Bakat yang selalu di pendam haha...... punyalah terer melukis sampai tak rupa orang yang dilukis huh.... 

Syarat-syaratnya :

1) Buat satu entry khas mengenai blog mak dan selitkan ucapan Wedding Anniversary mak yang 21.

2) Dah buat tu kenalah inform mak kat entri ni ye. Kalau tidak, takut mak tak perasan pulak entri korang tu.

3) 3 entri yang kreatif dan berjaya menambat hati Pak Jilapah akan dijulang sebagai pemenang!!!! Huiiiii kalah Gegar Vaganza ni hihi..... Yang pasti hadiah bukan Mujur ada Pamoga ye haha..... 

Korang nak hadiah apa ek agak agaknya? Hadiah mahal mahal mak tak mampu weyh.... Mak bagi duit ajelah ek, RM50.00 setiap pemenang. 

4) Tarikh tutup penyertaan 18 November 2016. Insyallah, pemenang akan diberitahu dalam entri Anniversary mak nanti

Mereka yang join :

1) Anum - anumkhairil.blogspot.my
2) Sue Bee - resepimasakanmudah.blogspot.my
3) Haslinyda - haslynda-umairah.blogspot.my
4) Shahida - kasihkuamani.blogspot.my
5) Nazliana - adna2029.blogspot.my
6) JM - belogsjm.blogspot.my
7) Ms Valentine - msvelentine.blogspot.my
8) eydacalyx90.blogspot.my ( Sorry eyda, hakak tak boleh masuk blog eyda )
9) Atie - atieyusoffamily.blogspot.my
10) Yati - cahayahidupku2569.blogspot.my
11) Unnianje - unnianje.blogspot.my
12) Ira - bdkbucuk.blogspot.my
13) Mak Ton - mummydearie.blogspot.my
14) Rul - sweetmemories4u.blogspot.my
15) Cik Nor - norminieza.blogspot.my
16) Azra - aryanazra.blogspot.my
17) Yana Yani - iamaproudmama.blogspot.my
18) Nor Azimah - srikandiofficialblog.blogspot.my
19) Kanda Zakie - zakiepurvit.blogspot.my
20) Rietta - hati-dan-bicaranya.blogspot.my
21) Rozita - ceritaita.com
22) Noe Suhaimi - alyadina.blogspot.my

Thursday, 17 November 2016

Jemput Jemput ikan bilis air mendidih

Salam Khamis....

Sekejap lagi berakhirlah keseraman hang ye Ti.....  Cuti sekolah ni dah bolehlah pergi Legoland. Kalau tak confident nak ke sana bolehlah tanya Eima , Legoland tu dah macam tempat hi tea dia je tu......

Ni ha nak cerita, antara makanan faveret mak. Jemput jemput ikan bilis! Ni pun spesis KFC jugak ni, kalau dah lama tak makan, mesti teringin ingin kat tekak. Ni kalau letak udang lagi sedapkan. Seketul seketul udang lalu kat tekak. Tapi selalunya mak letak ikan bilis je. Yang penting bubuh bawang dengan ikan bilis banyak banyak! Buh kiub Knor ikan bilis seketul! Sudah, boleh bancuh. Memang perghlah! Nikmat seyh.... Makan sorang sorang haha......

Jemput jemput ni nampak je simple, tapi kalau tak kena gaya, hasilnya boleh jadi keras tau!   


Kali ni mak guna air mendidih betul betul baru masak hokey! Yelah dah orang tak habis habis cakap kalau guna air mendidih, hasilnya akan lembut di dalam, rangup di luar makanya mak nak cuba jugak sekali lagi. Sebenarnya dulu mak dah pernah test, tapi tak menjadi. Jadi hancur macam dalam entri ni

So seperti dalam gambarlah hasilnya. Memang lembut sampai esok pagi kot haha.....Tapi kena pastikan adunan tu dah sejuk betul baru goreng ek.  





Wednesday, 16 November 2016

Perempuan ini

Salam Rabu

Korang setuju tak? Perempuan ini sangat halus jiwanya. Lemah lembut tingkah lakunya. Penyayang. Perasaannya berubah mengikut emosi, boleh jadi sensitif, boleh jadi kelakar. Boleh juga mendamaikan dan boleh juga mencelarukan pasangan.

Lelaki yang dapat memiliki perempuan yang bijak, lemah lembut lagi solehah mungkinlah satu bonus kot. Kesian laki mak dapat bini kasar huhu...... Tapi, disebalik kekasaran mak, ada kelembutannya hokey! haha..... Perempuan ni sangat suka kalau dihargai dan sangat suka juga menghargai pasangan! Eewahhhh ..... Hokey! Abaikan..... mak memang suka berangan sejak sejak dah dekat nak anniversary ni, maklumlah berangan rangan dapat hadiah daripada Pak Jilap....... kehkehkeh!

Sebenarnya nak cerita benda ni, tak sangka pulak dekat entri Giveaways Sempena Anniversary, kat sebelah bawah tu ada entri lepas lepas pasal Anniversary jugak......Diam tak diam dah 5 tahun jugak mak beranniversary disaksikan blog picisan rupanya. Seronoknya jadi Pak Jilapah, boleh baca ucapan tahun tahun lepas bini secara on line lagi. Tak payah dah nak geledah laci atau pun almari macam mak, itu pun kalau jumpa hoho....

2012 - Happy Aanniversary bang
2013 - Salam Anniversary bang
2014 - Salam Anniversary Paknya
2015 - Happy 20th Anniversary Darling

Sorrylah ye kalau ada yang menyampah, terutama Jiran Sebelah mak,  yelah tak habis habis cerita pasal Anniversary, macamlah dia sorang yang sambut Anniversary 18 haribulan ni hihi.... 

Tuesday, 15 November 2016

Lepas makan, terasa nak makan lagi dan lagi.....

Salam Selasa.....

Hari tu ke Alamanda Putrajaya. Biasalah...... di hari hari minggu yang damai cenggitu, kalau tak berjalan ke mana mana, memang terasa gatal kaki mak laki bini weyh haha.....  kita kasi chancelah calon SPM dan mak ayahnya release tension sekejap.  Ingat mak ayah dia tak stress ke???? Stress woooo.....

Korang pernah tak rasa macam mak rasa tak? Dah makan tapi lapar lagi? Nak cakap mak tak baca bismillah lew tu....

Tulah tu nak ceritanya......
Sebelum ke Putrajaya, sebenarnya mak dah makan spaghetti kat kafe kawasan rumah.Tapi spaghetti harga Rm6 henggit kan..... mana kenyang!!!hihi......Budak kecik makan kenyanglah kot! Dasar usus panjang sungguh ni haha....

Kafe ni baru bukak, kafe melayu. Tu yang nak try tu. Kawasan rumah mak ni memang susah nak jumpa kedai makan melayu. Mak ajak ke Warong Bistro, tapi Pak Jilap malas..... Ceh!!! punahlah harapan...... orang dah terbayang bayang kerabu perut dia dengan ayam goreng berempah dia sebenarnya!

Lepas Zohor tu Pak Jilap ajak ke Alamanda. Adalah benda yang dia nak cari tu.... Nak cari hadiah orang ek? haha....

Perut mak pulak masa tu memang tak berapa nak puas makan kan..... Tu yang try Roti John Putrajaya ni. Kalau tak silap pernah pernah viral dulu dulu kan? Tapi yang pasti mak baru first time makan....




Order terus Roti John yang besar lagi special haha..... RM10 henggit kalau tak silap mak.....


Habis Roti John, beli pulak waffle ni........ kan mak dah kata perut mak tak kenyang kenyang hari tu hish korang ni!!!!!....

*Fakta yang perlu korang tahu 
Semua makanan dibahagi 4 hokey bukan mak makan sorang!!! Haha....


Thursday, 10 November 2016

Lari daripada tajuk

Salam Khamis....

Musim Konvo dah habis ek sekarang ni? Dah tak sebok macam hari tu kan! Awal bulan hari tu mana mana mak pergi mesti jumpa adik adik tengah berphotoshoot dengan jubah konvo. Bukan main lagi ko, siap lompat lompat sambil campak topi lagi! Wuiii...... mak yang tengok ni pun seronok!

Tulah tu nak ceritanya ni, masa U si abang konvo hari tu, dia pun ambik bahagian jugak. Dapatlah duduk dalam dewan. Nak dapatkan semangat katanya. Huh yelah tu......... sama je dengan si bongsu tu, kalau bab bab lari daripada tajuk ni memang suka sangatlah dia join ....

Mainnya marwas je, tapi persalinannya dah macam pengantin ko hihi.....


Tak pernah tau pun ada alat muzik nama marwas, bukan mawas ye haha..... Macam rupa bentuk kompang je mak tengok .....

Image result for marwas
Ardi Inanda

Dapatlah jugak mak tengok suasana dalam dewan semasa berlangsungnya konvokesyen hari tu. Semoga dalam masa 2 setengah tahun lagi mak jugak berpeluang melihat abang mengambil ijazah. Insyaallah!!!Bolehlah mak menyambil meraung raung kegembiraan dalam dewan ni haha....    


                             

Anak anak sapalah semuanya ni.....

Lari jauh betul dengan bunyi gamelan ye....

Wednesday, 9 November 2016

BBQ sos

Salam Rabu.....

Sos BBQ ni memang jarang sangat dalam list groceries mak. Kalau cili sos, sos tiram, sos plum, kicap, tu memang selalulah dalam list.  Tapi oleh kerana terliur dengan hidangan BBQ Sauce Fried Chicken Cik Phong Hong, maka laju laju mak beli semalam kat AEON.

Selain daripada ditambah dalam masakan dan perapan, sos ni sedap untuk apa yeh?   

Ya.... Phong Hong? Nape? Tak percaya mak ada kawan baru? Haha.... Rasanya Cik Phong Hong ni rajin masak tau. Sebab sepanjang mak terjah blog dia dua tiga hari ni, entri dia asyik cerita pasal makanan aje. Nampaknya boleh duduk satu kapal dengan Kak Noor ni hihi....... 

Terima kasih sudi singgah blog I Phong Hong. Tapi sorry banyak banyak ye, blog I tak banyak resepi, banyak cerita merapu aje hihi.... 


Jangan tanya mak bila nak masaknya pulak ye ! hihi.... Yang penting sosnya dah ready in da house. 

Tuesday, 8 November 2016

Fefeeling Shell Out

Salam Selasa.....

Semoga hari ini lebih baik dari semalam hendaknya. 

Ni semua Yati punya pasallah ni...... mak pun dah teringin nak berShell Out jugak tau.

Shell Outlah sangat
Orang lain dah lama berShell Out tapi mak baru minggu lepas fefeeling Shell Out weyh. Dahlah dalam bekas, kat rumah pulak tu haha..... Kiranya Shell Out jugaklah tu kan.... 

No kupang, no kerang, no pepahat bagai tu, jagung pun mak no kan hahaha...... salad sudahlah! Sebabnya tak ada stok. 

Mak rujuk resepi Puan Azlita Masam Manis. Tapi ada jugak bahan yang mak tak letak, sebab tak ada hihi..... Cara Puan Azlita memasaknya pun berbeza. Penuh tata tertib gitu. Dapat kat mak, yang rasa leceh, ku mudah ajelah hihi.... Macam sotong dengan udang tu, mak tak rebus dulu pun. Terus je lebur dalam kuali hihihi..... Cuma ketam tu mak goreng dulu sebabnya ketam tu dah agak berbau. Ceh!!....terkena mak kali ni! 

Yang pasti..... mak malas nak berlama lamaan di dapur! Allergik hokey! Janji sedap hihi....

Bahan bahannya :
1) Ketam ekor, sotong, udang
2) Kentang potong 4 - goreng
3) Bawang putih - ketuk 
4) Bawang putih, bawang merah blend
5) Halia
6) Serai - potong nipis
7) Cili kering blend
8) Serbuk kari ikan
9) Sos Tiram
10) Sos Ikan
11) Sos cili Thai
12) Belacan

* Sukatan bahan agak agaklah ye....

Caranya :

Tumiskan belacan, bawang putih ketuk, bawang blend, halia, serai sehingga naik bau. Masukkan cili blend, tumis sampai cili masak. Masukkan serbuk kari. Masukkan sos sos yang ada tu. Kalau pekat boleh letak air sedikit. Lepas tu leburkan ajelah makanan laut yang ada tu......

Siap..... 


Saturday, 5 November 2016

Good Luck adik

Salam Isnin... 

Akhirnya....... sampai jugak masa yang ditunggu tunggu oleh calon SPM 2016. Ni bukan calon aje yang seram, dengan mak mak calon pun seram hokey!.....


Bekfes simple untuk calon SPM! Walaupun cuma roti beli dengan air milo tapi kelebihannya, air tu dibacakan doa oleh ibu dengan penuh kasih sayang tau!......
Jauh berbeza dengan air ni! haha...... 


Good luck adik, ibu sentiasa doakan yang terbaik buat adik. Good luck jugak untuk anak anak geng blogger yang lain, Aby, Kanda Zakie, Mak Chaq, Umialya. Siapa lagi? Moga anak anak kita dapat menjawab pereksa sehabis baik 

Dah mak nak betapa sekejap. Babai!!....



Friday, 4 November 2016

Ikan Stim Sos Plum

Salam Jumaat....

Dua hari sudah gambar ni sebenarnya. Masak benda simple simple jer. Yang mudah dan cepat. Macam tak biasa.......  mak kan alergik kalau berlama lamaan di dapur hahaha.....

Mak postlah gambar ni kat WA. Boleh pulak orang tu berkenan dengan masakan ikan yang kat hujung tu. Yang kelam jugak hang minat ye CH haha..... 

Mak masak tumis kobis, telur dadar, ikan bilis goreng dengan cili dan bawang potong ( ni mak yang teringin hokey) dengan ikan masak stim. Nama jer stim, tapi stim kat kuali aje haha.... 

Jadi 4 lauk ni bukan apa, sebab ikan tu seekor aje, macam sikit pulak. Tu yang tambah telur dadar dengan ikan bilis tu. Sudahnya pagi esok, mak jugak yang tukang melicinkan telur dadar dengan sayur tu. Hish.... sekarang ni DBKL dah tak beroperasi waktu malam, DBKL diet haha......

Tu dia....... Ikan Stim Sos Plum mak! Masa ni mak masak cincai aje weyh. Tak kuasa nak keluarkan pengukus, tak kuasa nak menggoreng bawang hiris asing. Mak tumiskan bawang blend yang dah siap dalam esbok tu aje haha..... Daun ketumbar pun yilek. Mak gantikan aje dengan daun bawang. 

Mak kalau masak pesen ni, memang akan bubuh Sos Plum. Dah kebetulan CH pun tanya.....inilah ghoper Sos Plumnya. Brand Life pun ada jugak. Nama pun plum kan rasanya dah tentulah masam masam dan agak manis sikit.


Dah terlanjur ni mehlah mak tulis resepinya sekali. Walaupun CH tak tanya haha...... Tulis syok sendiri, sudahlah......

Ikan Stim Sos Plum 

Bahan bahan 

1) 1 ekor ikan bawal emas / siakap
2) 2 biji bawang putih - ketuk 
3)  Halia 
4) 2 batang serai potong nipis
5) Cili padi ikut suka
6) Sos Plum
7) Sos Tiram
8) Sedikit minyak untuk menumis

Hiasan:

1) 1 labu bawang merah besar dan 3 biji bawang putih hiris dan goreng garing asing
2)  Daun ketumbar

* Sukatan bahan cuma anggaran, kena sesuaikan dengan kuantiti dan saiz ikan jugak

Caranya :

Tumiskan bawang putih, halia, sampai naik bau. Masukkan cili padi, serai. Buh sedikit sos tiram dan sos plum. Masukkan air. Perasakan dengan garam. Masukkan ikan. Tutup dan tunggu sampai masak. Dah siap!!!Nak masukkan tomato atau sayur sayuran pun boleh. Ikut suka tukang masaklah kan haha..... 

Masa nak hidang tu taburkanlah bawang goreng dan daun ketumbar.....



Thursday, 3 November 2016

Asyik memberi dan menerima aje kerjanya

Salam Khamis.....

Pagi ni jiran setaman mak bagi keropok leko dengan sebungkus keropok keping. Adiknya baru balik dari Kuantan katanya. Alhamdulilah..... Rezeki di pagi hari namanya. Bolehlah bersarapan dengan keropok leko kejap lagi.

Jiran mak yang sorang ni, memang rajin memberi. Hari tu dia bagi karipap sardin, padahal bukan dia buat pun, dia beli kat tempat kerja dia. Hari ni dia bagi keropok leko pulak. Asal mak memberi je, nanti nanti, adalah tu. Dia mesti memberi balik. Adoiyaiiiii....... tak sudah sudah macam ni jadinya. Mak dengan dia asyik kerja memberi, menerima, memberi, menerima pulak hahaha....  

Pssst..... bukan apa, sejak dah tua tua ni, kita memberi, lebih kerana Allah bukan mengharapkan balasan pun. Tapi namanya pun manusiakan, kalau asyik memberi aje, tak dapat balasan terdetik jugak dalam hati haha...... Dasar sungguh!!


Tak sabar weyh!!! Terus mak rebus sekejap bagi defrost. Kenapa tak campak aje dalam microwave yek? Entahlah, tetiba guna kaedah conventional pulak!. Nama pun kilauan kan haha.....

2 - 3 hari ni asyik baca entri pasal keropok leko je tau.... Pergi ke blog Ann Ishak , dia tengah syok makan seafood goreng tepung dengan keropok leko kat Pantai Kelulut, pergi blog Reen Johari, dia pun tengah melayan keropok leko sambil minum Cocunut Shake di Klebang. Naik teringin pulak jadinya weyh....

Ni yang lagi tak sabar nak ke Terengganu ni......
Jemput makan.....

Wednesday, 2 November 2016

Rabu yang sendu

Salam Rabu......

Emmmm........ kecoh dekat Whatapps harga minyak masak naik semalam. Betul ke? Ada sesiapa yang dah beli minyak masak? Mak belum lagi sebab stok minyak masak mak masih banyak lagi. Kalaulah betul kenaikan harga minyak masak tu hampir mencecah Rm5 henggit. Memang kesianlah nasib kita sebagai rakyat marhaen ni. Tua menghadap kenaikan harga barang seumur hiduplah nampaknya kita weyh!

Nak tak nak terpaksa menghadap. Marilah kita pandang kenaikan harga minyak dari sudut yang sangat positif huahahaha....... Mulai dengan penukaran gaya makan anda dengan menikmati masakan yang berasaskan sup sup aje,  



Bila minyak masak di dapur sudah hampir habis, kita rebuskan ajelah apa yang ada, tak pun kita makan mentah mentah ajelah, lagi senang. Cepat sikit kurus!
    

* Mohon doa dari sahabat sahabat blogger untuk kesembuhan suami blog Coretan Hidup kak Saniah Ibrahim yang sekarang berada di CCU HSA, JB akibat serangan jantung 2 hari lepas. Patutlah blog kak Saniah Ibrahim sunyi sepi aje. 

Saya tumpang simpati kak. Isteri mana yang tidak risau dan takut menghadapi keadaan macam ni. Suamikan tempat berteduh, tempat menumpang kasih dan tempat bergantung seluruh keluarga. Moga Allah mendengar doa doa akak ye.....