Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, 27 January 2017

Izinkan aku pergi

Salam Jumaat...

Kawan mak Whatsapp hari Isnin lagi ajak pergi farewell lunch x-officemate. Haruslah teruja. Lama dah tinggalkan office sejak 2012 lagi katanya kan.

Gader gadernya hari Rabu ( semalam ). Jenuhlah kepala hotak memikir macamanalah nak mintak izin dengan Pak Jilap ni. Dahlah Pak Jilap demam masa tu. Kalau mintak izin dan dan tu jugak nampak gayanya memang mak sengaja nak cari pasallah hihi..... Orang tengah demam sebok nak mintak izin berjimba pulak. 

~ We are family. Thanks daddy boss belanja farewell lunch hari ni. Makanan di Chili Manggo Nexus South Bangsar memang mabeles ~



Isnin berganti Selasa, Selasa berganti Rabu. Hari Selasa tu mak pulak dah start batuk batuk. Macam yang mak cakap dalam entri sebelum ini, nak kata demam tak demam, cuma bila batuk tu terasa otak bergegar.  Tapi dari segi selera, dan berjalan jalan ni, bisa di atur dong !!! Haha....

Pak Jilap ni pulak sejenis orangnya. Walau tak berapa nak sihat lagi, nak jugak pergi kerja. Tak mau pulak ambik MC tambahan hari Selasa tu! Geram mak tau! Hari Selasa tu, balik kerja dia mengadu kalau tak baik jugak demam abang esok ( Rabu ) dia nak pergi hospital check darah. 

Dalam hati mak, ah!! sudah....memang tak boleh pergi bergader gaderlah nampaknya mak ni...

Macam tak sakit je orang tepi sekali tu!

Alhamdulilah, demam Pak Jilap kebah jugak akhirnya di pagi Rabu. Sebelum Pak Jilap pergi kerja pagi tu, dengan lafaz bismilah, slow slow mak mintak izin kooo..... 

'Terpulanglah.... kata tak sihat?' Adoiii ..... suka tau cakap macam tu, cakap macam tarik tali, bagi tak bagi, bagi , tak bagi...... Hish !! Abang ni..... Macam tak biasa, kalau nak berjumpa kawan, demam pun orang sanggup gagahkan jugak tau ! 

 ~ Moga penghijrahan Kak Ju menjadi penghijrahan yang diberkati. Bak kata pepatah, benih yang baik kalau jatuh je laut pasti akan membentuk pulau gitu! Lepas ni dah tak delah otai otai yang tinggal ~


Dapat greenlight je, mak laju laju terus telan panadol 2 biji. Laju laju masak untuk anak yang ditinggalkan. Dah! Mak laju laju nak bergader gader pulak ni! Haha.....



Wednesday, 25 January 2017

Kek Durian

Salam Rabu....

Dari malam tadi mak tak berapa sihat korang. Mata panas, bila batuk otak bergegar, badan sakit sakit. Nak kata demam tak panas pulak. Tapi tak larat sangat weyh. 

Pagi tadi lepas telan panadol 2 biji baru rasa okey sikit. Badan dah tak sakit. Dah boleh masak sambal telur dengan udang goreng kunyit untuk anak anak, tu kira dah sihatlah kan.....

Yang tak tahannya, dalam pada otak bergegar tu, selera pun bergegar sekali hihi.... Boleh pulak terbayang Kek Durian Resepi Rahsia......

Sedapnya weyh....


Tuesday, 24 January 2017

Paling mahal nampak beb.....

Salam Selasa ......

Cikgu cikgu sure tak sabar nak cuti kan! Phong Hong lagilah tak sabar. Yahooo Raya katanya!!! Hihi ...... Apa lagi korang!!! Kita serbu rumah PH hujung minggu ni! PH dah seram tu hihihi.....

Macam biasalah.....
Mem punya selera di hujung minggu. Nasi Kerabu dengan gulai ikan tongkol seketul! Lantaklah...... Pak Jilap nak cakap mak makan banyak ke hape, yang penting, selera mak kena diutamakan dipagi hari di hujung hujung minggu begini haha.... 

Mintak maaflah ye Warong Bistro, duta cuti hari ni, duta teringin nak make makane Kelate pulop! hihihi....

Pak Jilap punya pinggan....  memang jauh beza betul dengan selera bini dia hihi......

Apa kira mak..... pagi ni mak lapo hokey!! Paling mahal nampak beb!! hihi.....


Monday, 23 January 2017

Hanya Jauhari Mengenal Manikam

Salam Isnin.....

Bang Jilap tak sihat you. Batuk seleseme. Pagi ini mendemam pulak. Malam tadi katanya tak boleh tidur sekejap batuk, sekejap batuk. Eh!!! Kenapa orang macam tak dengar apa apa pun bang!! Hihi.... 

Biasalah kan orang lelaki kalau sakit.... mengalahkan budak kecik.

Malam tadi bawaklah Pak Jilap ke klinik. Ternampaklah tulisan Khat ni. Rasanya dah lama melekat kat dinding tu. Tapi baru malam tadi perasan hihi....

Cantik tu memanglah cantik tapi berpeluh jugaklah orang macam mak nak membacanya.

Heiii.....helloooo, ai boleh baca jawi hokey!! Bukanlah nak kerek, tapi majoriti bangsa Johor mesti tau baca jawi walaupun merangkak rangkak, sebabnya sejak zaman dulu lagi orang Johor memang ada sekolah agama petang. So, apalah sangat setakat baca surat khabar Jawi tu hihi.....

Ok, cukup puji diri sendiri untuk hari ni, nanti Mak G menyampah! Hihi.......

Nasiblah ada tulis nama surah kat bawah tu. Kalau tidak memang tak boleh cam surah apa you!

Surah Al Ikhlas ni bolehlah jugak mak mengagak agak ayat pertama, ayat kedua.... Sampai ayat ke tiga, terus out hihi....


Itulah tu.... hanya Jauhari mengenal Manikam. Hanya orang yang mahir Khat aje yang boleh membacanya.... 

Saturday, 21 January 2017

Seniman Menangis

Salam Ahad....

Hai korang!! 
Hari hari cuti macam ni kita layan entry santai sudahlah......

Pernah dengar lagu Jamal Abdillah Seniman Menangis? Tak pernahkan! Yang selalu kita dengar lagu lagu femes dia aje kan .......Mak pun tak pernah! Tapi bila pertama kali dengar lagu ni yang didendangkan oleh mamat ni dengan petikan gitar yang ohsem tu, mak terus jatuh cinta hokey!!!!..... (sila baca sambil kelip kelip mata gedik! haha......)

Amaran!!! Layan sampai habis noh lagu ni , bukan setakat Seniman aje yang nak menangis, gerenti korang pun ikut nak menangis sekali dengar suara dia !! hoho....


Friday, 20 January 2017

Lauk semalam

Salam Jumaat....

Lauk mak, semalam.....

Ikan siakap masam manis, seekor, dengan telur masak kicap 6 biji. Udah! 
Budak budak bukan makan sayur pun. Kalau mak nak makan sayur, makan ajelah tomato tu...... Itulah lauk tengahari, itulah jugak lauk malam. Cukup cukupkanlah ek anak anak! 

Tak kuasa haih nak masak malam pulak, lagi lagi sejak Pak Jilap kata nak kurangkan makan ni! 
Nak masuk blog punya pasal, mak terpaksa rajin potong daun bawang kasi tabur oiii!hihi 

Alhamdulilah...... ngam ngam jugak akhirnya! Kalau ikutlan tak berapa nak cukup tu tau. Maklumlah kat rumah ni bab bab nasi dengan lauk yang diaorang minat laju je lakunya. Cuba letak kacang, letak pengat, kek, letak karipap sardin, huh! memang mak lah yang terpaksa melahap sorang sorang.

Itu pun tengahari semalam mak dengan Angry Bird tak makan kat rumah, mak makan berdua kat Resepi Rahsia, Set Lunch free air gitu hihi..... Syhhh .....tak de siapa yang tahu rahsia ni tau, kalau tahu Si Tahi Lalat Bawah Dagu, mau dia tak puas hati tu.

Thursday, 19 January 2017

Mabuk

Salam Khamis.....

Baru lepas menyembang dalam Whatsapp dengan kakak Saniah Ibrahim. Seorang isteri, ibu dan wanita solehah berjiwa kental gitu. Kagum dengan ketabahannya menjaga mertua. Moga aura yang baik lagi positif jugak yang menjangkit mak pepagi ni. Sembang mak mak katanya, nak sembang apa.... kalau bukan pasal sarapan apa pagi ni, tengahari nanti nak masak apa. Itu ajelah modalnya hihihi....

Lepas tu menyembang pulak dengan Kak Ton sekejap, agak agak dah cukup vitamin sembang, barulah stop haha.... Aduhhh ....... mabuk menyembanglah pulak isteri Tuan Ihsan pagi pagi ni. 

Walaupun nampak macam tak berkembang aje otak dengan sembangan kosong macam tu, tapi cukup membangkitkan aura mak sepanjang hari hokey!!!!hahaha...

Nak menyembang dengan Aweks Blogger,  pagi pagi macam ni diaorang bizi, maklumlah orang bekerjaya katanya. Semuanya bos bos besar. Kalau kira duit tu, bukan main sikit sikit punya duit. Kalau report tu, bukan main report dengan bos bos biasa ni tau, direct report terus ke Tan Sri. Nampak tak haibat tak haibatnya mereka! Hang ada ka? Tak da kan, kami adaaaa hihi....

Yang masalahnya, bukan setakat mabuk sembang aje tau, tapi mak tengah mabuk makan kacang ni jugak hokey!!



Sedap weyh..... lemak lemak manis madu gitu. Madu lebah ye bukan madu lain! haha..... Tau ajelah kan, macamana lemaknya buah gajus dengan kacang Macadamia tu. Tak percaya pergi beli sekarang!


Harapkan paket je besar, isi cuma separuh plastik je. Kena berjimat ni nampaknya. Makan 2 biji kacang sepanjang hari, cukup! Nasiblah anak anak tak suka kacang! 

Wednesday, 18 January 2017

Buah Sukun

Salam Rabu.....

Siapa suka makan buah Sukun?
Mak ni nak kata suka, taklah suka sangat. Tapi kalau terjumpa benda benda nostalgia macam ni, memang betul betul mengimbau kenangan lama hokey!! Kenangan zaman kecik kecik. Namanya pun orang kampungkan, benda benda ginilah antara sarapan mak dulu dulu.

Jumpa buah Sukun ni masa mak jalan jalan Pasar Tani selepas bersarapan kat Warong Bistro Ahad lepas....


Pertama kali beli buah Sukun katanya kan, jenuhlah jugak mak pikir dah boleh goreng ke buah Sukun ni?? Kawan mak cakap rupanya, bila getah getah hitam dah merebak macam tu, maksudnya dah sesuai sangatlah untuk di goreng. Kawan mak cakaplah.....

Rupanya kulit buah Sukun ni nipis aje ek. Mak kopek guna pisau kopek buah tu aje. Mohon jangan pertikaikan cara potongan buah Sukun tu ye, mak main belasah aje hihi...

Tak kuasa hokey mak nak buat kerepek Sukun macam Kerepek buah Ngaku! Nak menggoreng Sukun ni pun dah macam terpaksa aje kekdahnya hihi.... Dahlah mak sorang sorang yang syok sendiri makan.... 


Nama pun Bangsa Johorkan, makan apa pun mesti dengan Sambal Kicap yo......


Tuesday, 17 January 2017

Air dicincang tak pernah akan putus

Salam Selasa....

Kategori manakah hubungan korang sesama adik beradik? Baik? Rapat? Biasa biasa aje? Macam orang asing? 

Biasanya orang perempuan, boleh aje bergurau dengan adik beradik, tak kiralah perempuan ke lelaki. Tapi yang jadi masalahnya bila lelaki berjumpa sesama adik beradik lelaki. Tambah lagi bila memasing dah ada keluarga sendiri. Terasa semakin menjauh pulak hubungan sepusat sepusing tu. 

Setuju ke Warisan Petani ? Kenapa ye kebanyakan lelaki macam tu?

Seronok jugak bila sesekali dikunjungi kakak dan abang dari kampung beberapa minggu sudah. Jadiklah......dapat menjamu mereka dengan makan tengahari walau bukan dari air tangan sendiri hihih...

Yang ada cuma 3 orang daripada 7 adik beradik

Padahalnya masa kecik selalu aje tidur sebantal, makan sepinggan, mandi bersama tapi bila dah semakin dewasa lain pulak jadinya. Semakin menjauh dan terus menjauh. Nak bersembang pun susah, apa tah lagi bergurau, memang jauh sekalilah.

Walaupun usia, jarak, situasi telah memisahkan kita tapi air dicincang tak pernah akan putus!


Monday, 16 January 2017

Seharian di Selayang Mall

Salam Isnin....

Hujan lebat sungguh pagi ni. Kalau ikutkan hati, nak aje sambung tarik selimut sampai pukul 7. Haish,  kalau ikutkan nafsu malas ni, memang hancurlah jadinya......

Hari ni pagi pagi lagi mak dah masak hokey. Rendang ayam dengan sayur siap! Siapa kata mak malas masak? Eleh!!!!....

Mak kan cakap Sabtu hari tu mak ikut Pak Jilap pergi Selayang Mall sebab Pak Jilap lawan bowling dengan office mate dia. Mula mula tu mak bayangkan Selayang Mall tu, Selayang Capitol yang mak pernah pergi masa sepupu mak kahwin hari tu. Rupanya bukan..... Marah orang Selayang! haha ..... Best jugak Selayang Mall ni rupanya weyh. Tak rugilah megikut Pak Jilap ke sini.

Pak Jilap sebok berlawan bowling, mak anak beranak sebok tawaf turun naik mall ni. Bukannya nak support laki haha ....


Sempat lagi weyh.....buat photoshoot kat Romantika haha .....

Beg kotak kayu zaman dulu.... Cantik! 
Pendik kata sesiapa punya rumah yang berkonsep vintage dan hipster memang boleh cari perhiasan kat sini.....
Sudah boring..... macam macam gaya yang keluar.

You are always in my heart, Tuan Ihsan..... ececeh.....

Siapa lagi nak menghargai diri kita, kalau bukan diri kita sendiri..... 


Ok bye....

Friday, 13 January 2017

Nasi Campur murah


Salam Sabtu korang.....

Apa aktiviti korang hari ini? Hari ni mak nak ikut Pak Jilap pergi main bowling dengan geng ofis dia kat Selayang Mall. Cumaaaaa......yang tak bestnya kenapalah buat kat Selayang Mall ??? Kan best kalau buat kat tempat lain. Buat kat IOI Putrajaya ke, kat Alamanda ke.... Senang sikit mak nak ronda ronda cuci mata hikhikhik.....

Ha...... ini memang jarang berlaku! Tak pernah pernah hokey mak publish entri hari Sabtu!! Sawan apakah yang menyerang?  Sah memang sawan Warong Bistro ni hihi....

Khas buat korang yang malas masak macam mak haha..... meh le kita mintak tolong Warong Bistro masakkan. Warong Bistro ada menawarkan Nasi Campur Rakyat yang cuma berharga RM4 henggit sahaja.... Mana nak dapat harga macam tu, di zaman yang serba mahal sekarang ni kan?

OKlah tu......walau cuma RM4 henggit tapi macam macam ada. Alhamdulilah.....

Sebenarnya mak geram dengan Ayam Goreng tu, nampak megujakan sangat weyh! Taugeh tu pun nampak segar. Mak dah rasa macam nak jilat skrin sekarang jugak ni hihi...


Sesiapa yang teringin jemputlah ye ke 
Warong Bistro. Tak mau makan kat sana kita pakat pakat take away pun boleh....


Google ajelah ikut alamat kat bawah ni. Boleh datang seawal 10.30 pagi sehingga pukul 3.30 petang. Jangan datang maghrib sudah....  takut orang lain pulak yang tunggu hihi....



Thursday, 12 January 2017

Kak Ton's story

Salam Khamis.....

Ni bukan cerita kartun 'Toy Story' tu  hokey, ni kisah jiran mak yang bernama Kak Ton. Perasanlah tu dia ingat dia tokey Beauty Humaira ke hape!!!  

Mula mula sekali mak nak ucap Happy Anniversary pada Kak Ton dan Bang Ton. Yang ke berapa? Silalah tanya Kak Ton. Mak mana tau. Dia tu kan suka berahsia je kerjanya. 

Tak kiralah Anniversary ke berapa pun, bila Anniversarynya pun, hari tu kata hari ni, tadi, dia kata esok..... suka hati Kak Tonlah nak bila pun! Maafkan ajelah.... maklumlah sejak banyak megeram ni hormon dia memang tak stabil haha.....Yang penting mak dah ucap. Jangan pulak kata mak tak payung kawan hokey! Mak doakan moga jodoh Kak Ton kekal bahagia hingga ke syurga. Bahagia tu kena tebal sikit idhgomnya..... Yelah, kalau jodoh aje yang kekal tapi tak bahagia tak guna jugakkan....

Lagi pun mak kan dah janji nak buat entri khas untuk Kak Ton sempena kemenangan Kak Ton merangkul Anugerah Khas Juri masa Giveaways Gegar Vaganza Anniversary mak hari tu. So dah langsailah ye hutang mak. cuma kesianlah kat Unni Anje yang bagi feedback katanya masih belum terima hadiah saguhati tu. Mungkin jugak Sue Bee dengan Atie Yusof pun tak terima jugakkan. Meh le bagi account no korang, mak transfer duit dan korang beli sendiri kat sana huhu....

Marilah kita pergi pada soalan yang pertama. Mak tanya mak jawab ajelah sendiri haha... 

1) Siapakah Kak Ton?

Kepada yang belum mengenali Kak Ton, meh mak nak habaq, Kak Ton ni adalah pemilik blog My Little Amazing World ye korang. Mama kepada hero hero yang comel, Bubbly Abang dan Adik Cute dan dah tentulah isteri mithali lagi taat setia yang tak berbelah bagi kepada Yang Amat Mulia Abang Ton Sado. Tak dilupakan jugak, Kak Ton merupakan anak bongsu perempuan kepada mak dan ayahnya yang berketurunan Jawa Batu Pahat ye. Dan pastinya menantu kesayangan orang Uzbek. Kalau dah jodoh katanya, tak mustahil tau Jawa dan Uzbek  bertemu di kuali haha.... 

Huiii.... mintak maaf yo, tak mahu kalah do dia ni, seleronya bukan dengan lelaki Melesia! Harap maklum yo! Haha....



2) Macamana mak boleh kenal Kak Ton?

Alah biasalah dah namanya sesama blogger newbie masa tu. Haruslah memasing sawan blogwalking, apa lagi! Agaknya masa blogwalking tulah mak kenal Kak Ton. Kalau tak, kat mana lagi? Takkan kat Studio Jalam Ampas kot, takkanlah purba sangat kot haha..... Kalau ye tak ye..... memang berpeluhlah nak membaca entri Kak Ton ni ko. Yelah.....orang suka meroyan tak tentu hala katakan, semua parit dia nak cerita sebelum cerita pasal anak kesayangan ! Redho ajelah mak.... nak buat macam mana, dah namanya orang Batu Pahatkan. Batu Pahat kan banyak parit haha..... Blog dia cerita lain tak de, tak cerita pasal anak anak, mesti cerita pasal makan, kalau cerita pasal masak, harapkan lauk kentang ajelah. Mohon hadam ajelah korang hihi......

Meh kita tengok entri pertama Kak Ton. Ececeh..... tajuk tak mau kalah nak bahasa omputih saje!
 
Ada hati jugak nak review blog orang tu hihi..... 




3) Apa yang lainnya Kak Ton di mata mak.....

Lainnya Kak Ton di mata mak dah tentulah komennya. Banyak betul idea dia ni tau. Pantang sentuh, keyboard, laju je merapunya. Mak rasa sepanjang mak berblogging ni tak pernah mak jumpa rakan blogger yang komen panjang macam ni kecuali komen daripada Kak Ton. Dahlah komen panjang berjela tak menghingat, 95 peratus kerjanya asyik nak mengenakan mak aje. Memang mintak dihempuk ke hape Kak Ton ni!! 

Tapi I know you fren...... you pun know me kan, walaupun kita sesama standby plastik sampah, anggap ajelah semuanya sekadar hiburan, jangan di simpan di dalam hati yo! Maklumlah sebangsa, kecik kecik dulu selalu makan mee siput dengan sambal kicap hihi.... Apa barang serious je weyh! Tak gitu fren?




4) Peristiwa antara mak dan Kak Ton yang tak dapat dilupakan 

Bila dapat bertentang mata dengan Kak Ton di suatu hari di bulan Ramadhan! Suka tengok muka blur Kak Ton masa tu haha......Tulah nak rahsia sangat!!! Kan Allah dah makbulkan doa mak..... Nak tau muka Kak Ton macam mana? Pakaikan ajelah Bubbly Abang tudung, nescaya seiras....  

            

Untuk menjaga hati Kak Ton yang sangat penyayang dan adil saksama dengan 2 buah hati pengarang jantung katanya, kenalah jugak copy paste gambar Adik Cute.  Katanya entri khas untuk dia kan.... Kasi chancelah entri ni penuh dengan gambar yang berkaitan dengan dia!   


                     

Semoga persahabatan kita akan kekal bahagia hingga ke syurga jugak ye Kak Ton. Seronok dapat mengenali Kak Ton walaupun perahsia orangnya. Esok kalau kawenkan Bubbly Abang jangan pulak buat buat lupa jemput kengkawan ek!  

Ha .... satu lagi pesanan mak, dah dapat entri ni jangan pulak asyik nak mengeram aje kerjanya. Rajin rajinkan buat exercise jari tu. Nanti mak rindu macamana? 

Wednesday, 11 January 2017

Mackerel Fillet

Salam Rabu....

Yeah!!!! I am on diet bebeh......

Hokey...... mak tipu ! haha ....... 

Salad malam tadi sebenarnya. Lebihnya, jadi sarapan mak pagi ni!!! Mana mungkin makan sayur kosong macam tu walaupun spesis zirafah katanya haha..... Wajiblah ditokok tambah dengan haiwan haiwan yang sesuai seperti Ikan Mackerel! Lebih malam tadi jugak. Sebulan makan Mackerel dengan salad macam ni, mau ai turun 10 kg ni weyh. 

Bukan diet haih!!! 
Kejap lagi kang mak bancuh airlah pulak, cicah dengan roti ka, dengan biskut ka..... barulah hidup penuh bermakna sepanjang hari haha...... Mana cukup makan sayur jer! Korang pun tahu kan, dari tahun lepas mak cakap nak diet, nak diet, tapi sampai sudah diet mak ke laut. Sudahnya, sekarang ni mak dah seram tengok timbang!!! Padanlah muka! Apa taknya, asal timbang jer, kilo pun naik.... Ini semua salah Pak Jilaplahlah ni, ajak orang makan malam malam pulak.....

Habislah makkkk.....lepas ni mesti Raihanah suruh cuba makan produk Shaklee untuk turunkan berat badan haha.....

Sedap rupanya Ikan Mackeral fresh ni ek. Lemak! 

Memanglah seram sikit tengok corak kulit dia tu tapi mak pasti, korang penggemar ikan mesti akan puas hati dengan rasanya. Asyik makan Mackerel dalam tin aje, sesekali meh le kita cuba makan Mackerel panggang sendiri pulak!


Beli jer Mackerel yang frozen dan dah difilletkan. Senang kerja kita di dapur weyh hihi.....

Tuesday, 10 January 2017

Siapa yang beli, dialah yang kena habiskan....

Salam Selasa....

Apa khabar korang?.... 
Terasa lama betul ai tak bersiaran you!! Macam dah hilang skill menulis pulak rasanya. 

Sebenarnya tak tau dah nak merapu apa. Try jugak tekan tekan keypad semalam, tapi setakat 'Salam Isnin' je, lepas tu terstop sudah. Adoyaiilah idea........  

Hari tu jiran ada bagi Karipap Sardin. Dia beli kat tempat kerja dia. Katanya sedap. Banyak jugaklah dia bagi. Kira kenyanglah perut tu, kalau lapar. Benda memang faveret kita, orang bagi pulak tu, tak payah dah nak buat sendiri, memang layanlah! Seketul seketul mak bedal, tak sedar dah habis haha.... 

Mengenangkan anak anak dan bapak Jilap belum rasa, esoknya mak kirim dengan jiran mak tu RM15 henggit terus. Hambik!! Satu plastik penuh haha....

Tapi, macam biasalah orang dalam rumah ni, entah spesis apa agaknya. Nak beli sikit takut kurang, beli banyak, memasing pulak tak hairan! Nyampah tau! 

Hayukkkkkk !!! Siapa yang beli, dialah yang kena habiskan. Sarapan karipaplah hari hari nampaknya mak bulan ni weyh....

Tuesday, 3 January 2017

Diet hancur di Tahun Baru

Salam Selasa....

Salam Tahun Baru 2017 korang!  
Semoga Allah memberikan kita semua segala kebaikan dan keberkatanNya, Insya allah.....

Walaupun azam mak tetiap tahun nak kurus tapi kalau dah ada makanan sedap depan mata macam ni, siapa yang mampu menolak weyh!!

Pan Cake Pisang Coklat dan Pan Cake Cheese menu Sista Cafe Seri Iskandar. Sedap !! Ala ala roti canai pisang tapi rangup rangup gitu! Harga cuma RM4. Kalah Chocolate Crepe Dip n Dip tau! 



Ini pulak Gorpis Cheese. Ingatkan apalah Gorpis..... rupanya Pisang Goreng! 

Semua ni mak hadap masa mengambil anakanda SA hari Sabtu baru ni. Memalam hari pulak tu.... Adoiyai!!! Belum belum lagi, diet mak dah hancur di Tahun Baru!!! Aduhhhh,,,,,,