Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, 28 February 2017

Durian ni macam KFC

Salam Selasa.....

Sekejap lagi nak buat Serawa Durian. Anak den mintak.......
Kisahnya, masa balik kampung hari tu, singgahlah beli durian dengan jiran sekampung. Teringin pulak nak makan durian. Durian ni macam KFC jugak, kalau lama tak makan, mulalah anak tekak mengidam. 

Berapa henggit ye sekilo durian kat tempat korang?


Dulu dulu, zaman mak kecik, kalau nak makan durian, pergi aje cari kat dusun durian atok. Masa tu arwah abahlah yang jadi tokey durian. Seingat mak masa tu sekilo durian cuma RM2.50 - RM3 henggit je.

Tapi sekarang ni dah terbalik, nak makan durian, dah kena beli. Durian yang ada tak berapa batang tu pun, walaupun berbuah, tapi dah selamat pun jadi rezeki monyet. Monyet pun dah up to date weyh sekarang ni....


Jiran mak jual, durian kampung RM10 henggit sekilo. Durian D13 ke D34 pulak, RM20 henggit sekilo. Kita ambik durian kampung sudahlah bang hihi..... 
Memadailah 4 biji..... 

Macam terer terer je pilih durian haha......

Monday, 27 February 2017

Makanan wajib cari kalau balik kampung

Salam Isnin.....

Hujan gerimis dari pagi kat tempat mak ni weyh. Nampak gayanya macam tak akan panas sampai ke petang je ni. Aduhhh..... kain bajuku yang banyak tu, nampaknya tak keringlah.

Mak balik kampung semalam. Biasalah kalau orang Muo balik kampung, wajiblah cari Mee Bandong. Sebabnya, tak pernah lagi jumpa Mee Bandong kat KL ni sesedap Mee Bandong kat Muo hokey! Eh!... Terpuji daerah sendiri pulak!

Dahlah kuah dia pekat, sedap pulak tu....... Sampai licin mangkuk tu ku kerjakan.

Alahhhhh....  sama je macam korang jugakkan, bila balik kampung sesekali tu. Apa yang korang wajib cari?

Nasi Kerabukah, Nasi Dagangkah, Nasi Dinginkah, Somtamkah..... padahal, berlambak je ada jual kat KL ni. Tapi kalau teringin nak makan  Keladi Telor , tak dapeklah den nak nolong, memang kena rebus sendirilah gamaknya. 

Teringin nak makan Sagu Gula Melaka boleh tolong lagi, masih boleh order hihi.....



Friday, 24 February 2017

From Suzhou with love

Salam Jumaat penuh barokah....

Hari ni Pak Jilap balik. Yahooooo....... 
Kisahnya laki mak ke Suzhou China hari Selasa baru ni. Atas urusan kerjalah. Kalau atas urusan jalan jalan dah lama mak ikut, tapi duduk kat kargolah, murah sikit kot tiket haha..... Kad Merah mak kan belum rasmi lagi.

Lepas visit supplier, barulah boleh menikmati bandar Suzhou di waktu malam. Melalui pembacaan mak yang sekerat jalan dalam Wikipedia ni, Suzhou ni rupanya bandar kedua terbesar di Wilayah Jiangsu selepas Nanjing. Boleh dikatakan Suzhou ni pusat ekonomi terbesar jugaklah. Aduh sesak nafas mak bila baca geografi ni hihi....

Entah laki sapalah yang banyak uban ni hihi.....

Pak Jilap and best friend forever.  Berdua je perginya...... Sejuk kat sana, ada masa cecah 6 degree jugaklah. 

Kena telan seafood hari hari, darurat..... Bismillah..... 
Tak tau betul ke tidak, kata Pak Jilap, tradisi orang China, bila menjamu tetamu, tetamu makan tak boleh sampai habis, kalau makanan tu habis, maksudnya tuan rumah tak layan tetamu dengan baik dan petunjuk yang makanan tak cukup. Betul ke Phong Hong?  Budaya kita pulak kalau boleh makan bagi licin haha.....Membazir tukan amalan syaitoooon....

Kalau dah hari hari pekena breakfast roti dengan telur rebus, dah tak lalu katanya.

Makan di Restoren Muslim berdekatan dengan hotel. Nak order mee ni, tak taulah tunjuk apa agaknya sebagai contoh haha.... 

From Suzhou with love katanya..... padlock lagi you,  awwww

Wednesday, 22 February 2017

My hero, my everything

Salam Rabu.....

Pantang orang tanya! haha....... Terus keluar gambar mak tengah sawan !


My hero, my everything..... Hero mana lagi kita nak cari kalau bukan suami sendiri. Betul tak? 
Haih, rindu pulak bila berjauhan ni.

Dari sepapan dah jadi sampai sepemeluk binimu ini bang...... Harap abang redho dan terima orang seadanya yeh. Nak kurus dah payah weyh bang oiii hihi..... 

Tuesday, 21 February 2017

Nyaman bahhhhh....

Salam Selasa....

Sabtu lepas pergi kenduri kawen ofismate Pak Jilap kat Kratong 2. Pertama kali tau mak melalui jalan 2 hala Kuala Pilah - Batu Kikir - Muadzam Shah ni. Kecik rupanya jalan ni ek. Bukan setakat kecik berbukit pulak tu. Seriau weyh.... bila Pak Jilap potong lori. Mak tutup muka empat jari. 

Balik tu tetiba mak tersesat ke Kuantan pulak! Aduhhhh.......



Dah sampai Kuantan ni tetiba teringat pulak kat Rozita Abdul Rahman. Nak teringat kat Lya Afrina tak pun nak teringat kat Nur Bijen jauh sangat lagilah pulak perjalanan hihi..... 

Sampai pun dah petang. Nasib baiklah bilik hotel masih ada kekosongan lagi. Dapat ronda ronda Telok Cempedak pun jadiklah.....

Pantai Telok Cempedak
Sambil layan Root Beer float A&W tepi pantai. Nyaman bahhhhhh......

Root Beer float
Malam pulak, mak layan seafood Tanjung Lumpur. Nak makan dekat Ana Ikan Bakar Petai, ramai pulak manusianya. Kita makan ajelah dekat gerai yang tak ada orang. Masakan sedap, cuma spoil tang Ikan Pari dengan Ketam. Kurang fresh pulak! Bergas sampai ke hidung. Kalah root beer hihi.... Tak perlah, dalam dunia ni mana ada yang sempurna, yang penting sama sama berbahagi rezeki...... Alhamdulillah....

Pepahat Sambal

Monday, 20 February 2017

Pulut Ikan Masin

Salam Isnin.....

Selamat pagi dan selamat bersarapan korang. 
Bila mak memilih untuk bersarapan Pulut Ikan Masin semalam. Tak ada pilihan dah! Antara nasi lemak, nasi berlauk dan ini? 

Pulut dengan Ikan Masin

Aduh tersiksa jiwa raga nak menghabiskannya...... Bukan tak boleh makan, bukan tak sedap, cuma tak berapa laju macam mak bersarapan dengan Jemput Jemput Ikan Bilis.

Lain rupanya ragam tekak orang selatan dengan tekak orang pantai timur ni ek! Mengada sungguh!

Friday, 17 February 2017

Hasil buruanku

Salam Jumaat  .......

Korang..... walaupun cerita ni dah lama basi, tapi atas permintaan Aida, mak revealkan jugaklah hasil buruan mak kat Padang Besar hari tu. Bab bab harga ni, tak tau mak nak kata, murah ke mahal. Mak main beli aje mana yang berkenan. Yang penting ada ole ole dibawa balik untuk mereka yang ditinggalkan.. 

Orang lain punya beg tarik dah pesen baru, yang boleh tarik mengereng tu, mak punya masih pesen tarik belakang haha.... Gasaklah ko, janji boleh tarik sudah!

Memang pun Kak Cik Nur Seroja, anak beg dah lebih besar daripada mak beg haha... 


Anak beg tu Rm12. Letak barang ringan ringan bolehlah. Lepaslah letak kerepek keladi, kerepek pisang, kerepek seaweed, bubur cha cha, dodol, pulut hitam. Borong kerepek je dah macam nak berjual haha...... Macamlah kat KL ni tak de kerepek. Nak buat macam mana....... dah namanya perempuan! Dalam kepala dah ligat berkira kira nak bagi mak kampung sikit, mak mertua sikit, jiran sikit..... Aduhhh masalah sungguhlah kan! Rm100 henggit jugaklah habis bab makanan ni. 

Beg sandang yang putih ni, anak dara mak kirim. Satu RM25 henggit, dah anak dara 2 orangkan, belilah 2 ketul. Beg sempoi gambar burung hantu tu tak ingatlah berapa. Rasanya RM 30 henggit kot.

Baju tidur anak dara gambar monyet macam ni harga dia RM25 henggit. Mak beli 2 pasang jugak. Baju hero hero sado mak, mak beli 5 helai. 2 helai untuk abang, 3 helai untuk Pak Jilapah. Baju diaorang habis Rm200.00,

Ni ha baju anak bujang mak.  Jersey macam ni harga RM28 henggit kat sana. Murah ke mahal? Ke biasa biasa je harganya? Entahlah....

Celagi katanya, sampai sudah tak bersentuh..... Tau tau ajelah manusia dalam rumah ni, bukan suka sangat kudap kudapan macam ni...


Kalau dah katanya berjalan, sikit sikit pun habis beratus jugaklah duit tu...... 

Wednesday, 15 February 2017

Februari datang lagi

Salam Rabu....

Februari datang lagi ..... 
Emmmm dah kenapa ko mak, dah separuh bulan baru ko sedar?  Mestilah weyh...... sebab hari ni kan birthday my Cinta Hati katanya.   

Ini ajelah  tempat paling win dalam rumah ni. Haruslah jadikan photobooth haha.....

Memadai hanya sepotong kek!
Happy Bezday abang, moga Allah memberkati usia abang, diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa hidup dalam limpahan rahmat Allah bersama kami..... 

Mohon tahan muntah! Kami perasan remaja hihi.....

Anak anak pun sama memeriahkan......

Tidak ketinggalan haiwan belaan turut meraikan bezday Pak Jilap, Onyeng dan Luna

Juga rakan rakan sekerja Pak Jilap. Thank you gais!...... Aci tak? Bini pulak yang lebih..... haha

Tuesday, 14 February 2017

Pengalaman naik ETS

Salam Selasa.....

Untuk pengetahuan korang, seumur hidup mak,  mak sebenarnya tak pernah naik kenderaan yang bergerabak bergerabak ni kecuali LRT. Kesianlah jugak mengenangkan nasib hihi...... Tapi nak buat macam mana, dah nasib badan .....

Kiranya pengalaman ke Padang Besar naik ETS ( Electric Train Services) itulah pengalaman pertama mak. Terima kasihlah kepada geng makcik hampir menapouse yang mak sayangi, sebab membuka jalan untuk mak merasai pengalaman ini. Paling win dah tentulah keizinan daripada Bang Jilap, kalau tidak dengan izinnya, mau mak melopong ajelah dengar cerita depa berjimba mamba kat sana.... 

Mak ni bukanlah orang yang jenis cerewet sangat kalau bab kenderaan, janji ada tempat duduk, aircond sejuk, ada toilet sudahlah.....

Bagi mak keadaan dalam koch memang dah sangat sangat selesa. Aircond pun sejuk, cuma masa balik hari tu aircond macam kurang gas aje! KTM kena take note ni! Penat tau bawak sweater anak, tapi tak berguna haha...... 

Mak sukalah naik ETS ni sebab tak terasa langsung perjalanan yang jauh tu, rasa macam nak naik lagi aje hihi...... Kelajuan ETS dan petunjuk destinasi pun ada dipaparkan kat TV depan tu ha. Satu lagi dekat montitor yang melakat kat bahagian bumbung koch. Maksudnya, kita dapat taulah kat mana kita berada dari semasa ke semasa. Berapa stesyen lagi kita akan sampai ......



Yang penting ada bilik solat. Ada telekung, ada kompas jugak. Bilik ni cuma mampu menampung 2 orang sekali solat, memanglah agak kecik, tapi tak kisahlah, sekurang kurangnya ada, alhamdulilah. Cuma nak kena berhati hatilah ye masa bersolat tu. Kena pandai seimbangkan badan. Kalau ye tak ye boleh tersungkur weyh.      


Tempat wudhuk pun ada sekali disediakan. Tak payah nak ambik wudhuk kat toilet. Cuma masa perjalanan balik ke KL hari tu,air tak de. KTM lupa top up air ke hape entahlah..... Jenuhlah ambik wudhuk pakai saki baki yang keluar tu weyh! Merasa jugaklah pengalaman ambik wudhuk guna kekdah meratakan air ke anggota wudhuk. Aduhhhh.....



Setakat korang nak melepaskan dahaga, bolehlah ke kafe ETS. Kopi panas cawan kecik berharga RM2.70. Ada jugak set combo, Popia 6 biji dengan air mineral berharga RM 8 henggit. Meehoon pun ada. Bolehlah...... buat alas perut. Cuma tempat duduk tak banyak. Kalau nak makan, tapau ajelah kat tempat duduk korang.


Aktiviti wajib kat mana mana ..... wefie haha...... 


Monday, 13 February 2017

Marilah kita cari jalan pulang

Salam Isnin ...

Kemana korang semalam? Mereput kat rumah ke mereput kat mall? Hihi.....

Kita sambunglah kisah Padang Besar tu ek. Selagi tak habis, selagi tulah mak rasa macam sendawa tak lepas tau. Terasa rasa sesak dada nak keluarkan angin. Gitulah kekdahnya.

Malam yang hanya semalam kat homestay Felda Ayaq Mata tu mak makan kat Kuala Perlis. Jauh jugaklah. Kurang lebih 45 minit perjalanan. Felda Ayaq Mata ni sumber utamanya getah. Abang Van tu cakap sekarang ni getah tengah tanam semula. Makanya sekarang ni depa tak banyak aktiviti tapi elaun masyuk. Seronoklah cenggitu noh!  

Cantik Felda ni tau. Kemas dan tersusun..... Rumah pun banglo banglo belaka. Besaq bak hang!



Berbalik kisah makan malam mak kat Kuala Perlis tu, makanan memang mabeles. Senang cakap jilat lima jarilah. Ikan jenahak bakar, tomyam, udang, sotong goreng tepung, baby kailan ikan masin. Sekelip mata hangus Rm420 henggit malam tu. Sama sama sedap, sama sama kenyang, duit pun dah tentulah sama sama bagi jugak ye dak!!!  


Tapi lain pulak dengan Kerabu Belangkas ni, walaupun sama sama merasa tapi sorang aje yang belanja haha......Terima kasih Nazi. Nazi yang kanan sekali tu. Moga murah rezeki ko mak! Seekor RM 30 henggit, dia ambik 2 ekor. 

Belangkas ni rupanya beracun ye. Mak baru tau. Tukang masak taulah mana bahagian yang beracun mana yang tidak. Tapi sebahagian besar yang kita makan adalah telur dia sebenarnya. Isi dia tak banyak pun. Adalah sikit kat bahagian kepala kot. Kalau tanya mak apa rasa dia? Telur dia tu rasa macam telur ikan je. Rasa isi dia tu pulak macam ikan pari. 


Kerabu Telur Belangkas
Balik dari Kuala Perlis malam tu kami bersembang sampai pagi pulak kat homestay sambil makan Mieng Kham. Wawa beli. Dah macam bidan kampung menyentel sireh pulak makcik makcik malam tu haha..... Seronok sangat bila sesekali dapat peluang bersembang dengan kengkawan. Terimbau pulak zaman kat hostel dulu dulu weyh. 


Kalau sekali lalu tengok Mieng Kham ni memang korang tak akan teringin. Tapi bila korang dah cuba makan, korang akan suka punyalah. Sedap ko! Kata nak awet muda sangatkan. Ha cepat makan Mieng Kham! haha..... 

Tak susah pun nak buat Mieng Kham ni. Punjutkan daun kaduk macam dalam gambar tu, letak sedikit halia, bawang, cili padi, kelapa yang disangai, limau purut dan sos Mieng Kham. Lipat dan masuk mulut.   


Sarapan mak kat sana Pulut Ayam dan Peknga! Aduhhhh...... susah jugak nak tune lidah orang selatan makan pulut pepagi ni. Selalunya mak makan pulut dengan kari, tak pun makan dengan rendang tapi kat Perlis ni rupanya femes makan pulut dengan ayam goreng noh! 

Peknga
Tengahari tu, Sher dengan Wawa belanja Kerabu Maggi makan reramai dekat homestay. Sedap weyh Kerabu Maggi dia! Mungkinkah memang sedap Kerabu maggi tu atau sebab makan berebut atau mungkin sebab orang belanja tak taulah, tapi memang sedap. Maggi dia tak kembang...... 

Kerabu Maggi

Perut sudah kenyang, beg pun dah beranak, marilah kita cari jalan pulang. Suami dan anak anak dah menunggu tu! Jom balik KL beb....


Terima kasih sahabat sahabatku sekalian. Walaupun mungkin kita tak selalu bersama tapi korang tetap dihatiku. Kenangan bersama korang tak mungkin akan kulupakan sampai bila bila.


Friday, 10 February 2017

Mid Valley pulak

Salam Jumaat.....

Kita stop dululah cerita pasal makcik makcik hampir nak menapose tu ye.... takut korang bosan pulak. Kalau tanya mak, dah tentulah mak suka, mana boleh lupa weyh momen berjimba mamba dengan geng sekolah. Momen terindah tuuuu. Terasa rasa macam masih Sweet 17 lagi you haha....

Semalam, orang India sebok pergi Batu Caves, mak pun sebok jugak nak berpeleseran di Mid Valley weyh! Hihi......Pelik jugaklah sebab Mid Valley tak jem semalam walaupun mak datang dah tengahari. Selalunya kalau hari hari cuti cenggitu dah bersusun kereta. Silap hari bulan, boleh patah baliklah, tak jadi pergi. Kak Ton tak ajak kaum kerabat pusing Mid Valley ke?

Ha korang nak tau sangatkan hasil buruan mak kat Padang Besar apa. Inilah salah satunya. Baju yang di pakai oleh hero hero sado ku. Itu anak kan, suruh potong rambut tak mahu. Bapaknya pulak yang sudah terlebih potong! Mak tak suka betul kalau Pak Jilap buat pesen rambut botak macam tu tau...

Ada rupa anak beranak ke?

Lunch mak semalam, Asam Laksa Mid Valley aje. Geng kita tau awak memang terliur!

Asam Laksa Mid Valley

Anak dara pulak beli Mochi Mochi..... Diaorang ni kalau bab makanan tak payah ajar, tau aje. Mak ingat apalah Mochi Mochi ni. Rupanya, macam kuih tepung gomak tu, cuma intinya je yang berbeza, yang anak dara mak ambik ni inti kacang merah.

Mochi Mochi