Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, 27 March 2017

Kota Kinabalu - Kundasang Desa Dairy Farm

Salam Isnin......

Ni semua gara gara Aryan Azra dengan Mia Kassimlah ni..... tengok apa dah jadi?? Kan mak dah ke Kundasang? Tolong kecam  minah 2 orang tu sekarang jugak! Haha....

Bertabahlah korang ye seminggu dua ni, memang muntah kaler kalerlah korang nampaknya layan gambar mak. Sebenarnya mak frust sebab tak dapat snap angle yang cantik satu family kat sini. Entah kenapa, tetiba pulak macam kena sawan penunggu gunung memasing, sorang tak de mood, sorang merajuk, sorang tu pulak terlebih excited..... sudahnya, huh...... apa apa ajelah. 

Inilah masalahnya bila orang baju hitam tu tak boleh nak plan cuti. Semua terpaksa plan last minit. Jenuh mak mengenen Pak Jilap tau. Mak bukan apa, mak fikirkan sementara anak anak tengah berkumpul ni. Esok esok kalau Angry Bird dah sambung belajar, entah bilalah dapat berkumpulnya lagi pulak. Kalau mak tak grab yang last minit ni, nak tunggu bila lagi? Dijangkakan mereputlah mak sampai menapose tak kemana weyh hihi.....

Wajiblah buh gambar berdua acah acah honeymoon kan haha..... Nak posing acah acah angkat macam orang tu, kang patah pinggang pulak Pak Jilap kihkihkih.... 

                 

Objektif utama ke sini sebenarnya nak bawak anak anak merasa naik kapal terbang. Tak dapat pergi jauh sangat, pergi jauh sikit, jadiklah kan. Puaslah jugak duduk 2 jam 30 minit dalam perut kapal terbang tu. Tapi yang sebenarnya, bukan anak anak aje yang teruja, maknya pun terlebih teruja hihi.... tapi coverlah kan......

Mana nak dapat kat tempat lain? Makan aiskrim sambil menikmati aroma bau mooooooo haha.....


Mak ke Desa Dairy Farm ni hari ke 2 sebenarnya. Landing aje kat Kota Kinabalu pukul 10 lebih, pagi Khamis tu mak terus ke Kundasang. Dah plan nak tidur Kundasang 1 malam, tidur Kota Kinabalu 1 malam. 2 malam aje pun. Kereta dengan hotel memang dah book online. Tapi yang spoilnya, dapat kereta yang tak berapa elok. Booking Preve dapat Pesona. Buruk tu OK lagilah..... engin mati mati tu yang harunya. Dahlah mak nak naik bukit, duk belakang lori lagi, jalan selekoh selekoh lagi, engin pulak mati mati......korang rasa?

Nantilah mak cerita kat mana mak anak beranak tersadai hari pertama tu.  Sadis weyh....



Memang tak ada rezeki mak nak tengok puncak Kinabalu. Tebal awan masa ni. Terkejut kot tengok mak sampai Kundasang haha....

Bukti dah tinggal jejak kat Desa Dairy Farm. Hish....gambar ni lupa nak tahan nafas pulak ! Tolong salahkan angin! haha....

Oklah...... esok sambung lagi. Mak nak masak ni, anak mak nak sekolah. Ikutkan mood, nak aje sambung cuti masak haha...... 

Wednesday, 22 March 2017

Kenapa tak berani nak menyapa?

Salam Rabu.....

Nak ucap terima kasih pada Puan Hazel dah lama sebenarnya, tapi dah asyik bagi laluan pada entri sendiri yang syok sendiri, sudahnya baru sekarang dapat ucapnya. 

Sebagai seorang yang acah acah blogger, seronok tau bila dapat komen macam ni hihi.....

Apa lagi! Sengih sengih zirafahlah mak bila baca komen Puan Hazel ni! Atenya, ingat tak riang ria rasa di hati ke bila tahu ada orang mengaku dah lama follow blog kita? Terharu sangat tau ai..... bila tau blog Tin Kosong pun ada yang follow rupanya.

Kenapa tak berani nak menyapa Puan Hazel? Hakak bukannya harimau pun, hakak hanyalah seorang mak Jilapah yang acah acah cute aje haha.....

* Gambar tak ada kaitan dengan entri ek. Mak pinjam gambar kawan mak Nazi, yang tengah bercuti kat Cameron Highlands hari ini. Nyamannya menghirup udara segar...... 



   

Monday, 20 March 2017

Kentang Goreng Kari

Salam Isnin.....

Kemana korang cuti sekolah ni? Yati, Cahaya Hidupku hari Sabtu tu jugak dia dah merangkak ke Johor Bahru hihi.... Sebab apa merangkak? Sebab jem katanya sepanjang perjalanan. Pertama kali dalam sejarah Malaysia, dari KL -  JB ambik masa sampai 8 jam tau. Tak perlah Ti, yang penting anak anak happy. Merasa jugak mereka ke Legoland tu. Mak ni nama je Bangsa Johor, jangankan Legoland, Forest City pun belum sampai lagi weyh haha....

Tak per....... korang pergilah perhabiskan duit cuti cuti sekolah ni. Biarlah mak sorang je yang simpan duit sambil mereput kat rumah buat Kentang Goreng Kari haha.....

Kentang Goreng Kari
Senang aje weyh nak masaknya. Tumiskan bawang putih bawang merah blend, serbuk kari dan sebuk ikan bilis, bubuh sedikit air kalau perlu. Perasakan garam dah gula, masukkan kentang yang dah digoreng. Siap!

Korang tau tak sekarang ni tengah viral menu Kentang Goreng Kari ni?  Serious weyh!!! Tapi viral kat group Whatapps Aweks Blogger mak jer lah hihi.... 

Ini semua gara gara Mak Tonlah ni. Dahlah masak Kentang Goreng Kari, lepas tu post kat Whatapps? Kan mak dah teringin dah! Taulah dia tu Ghost Kentang. Sekarang ni apa sudah jadi? Dengan mak mak sekali dah kena rasuk tau!...... 

Serious! Mak memang tak pernah masak Kentang Goreng Kari macam tu. Selalunya mak buat Kentang berlada tak pun, Kentang Kicap je.  

Untuk pengetahuan korang sekarang ni mak tengah kemaruk beli kentang jenis ni. Sebabnya malas nak kopek kulit hihi.... Mak cuma perlu basuh, potong, terus campak dalam kuali. Settle hihi.....    

Malas nak goreng, humban ajelah dalam oven suhu 200C, 45minit. Biar dia masak sendiri haha.... Kalau malas jugak, haih! Tak dapek den nak nolong!

Cubaan kali pertama Kentang Goreng Kari mak. Mak masukkan ikan goreng lebih semalam sekali hihi..... Yang atas tu cubaan kali ke dua. Dua dua pun sedap.

Hari ni macam nak masak Kentang Goreng Kari lagilah..... 


Friday, 17 March 2017

Mak dan SPM

Salam Jumaat.....

Keputusan SPM 2016 dah pun keluar semalam. Berakhir sudahlah keseraman calon calon ye. Haih..... bukan calon calon je yang seram tau menunggu result, mak pak calon pun ikut seram jugak! Semakin dekat pukul 11, macam macam organ pulak yang rasa tak selesa. Aduhhhh..... Taulah esok korang, kalau anak korang ambik SPM!.....

Tahniah jugak buat semua anak anak sahabat blogger yang berjaya dalam SPM semalam, Mak G , Geng LipisKanda Zakie...

Mak dengan Pak Jilapah semalam, sama sama memberikan sokongan moral sampai ke dewan sekolah hokey! Manalah tau kena interview wartawan ke haha..... Macam tak biasa, mak memang kuat perasan macam Jiran Sebelah haha..... 

Tak taulah prinsip korang macam mana, tapi prinsip mak selagi result belum keluar, selagi tulah mak memang mendoakan result yang terbaik untuk anak anak. Tak kiralah usaha dan keputusan dia sebelum ini macam mana sekali pun. Nampak macam gila kuasa ke ai ni? Haha..... Biasalah pompuan, kadang kadang kan hover tanpa sedar hihi.....

Alhamdulillah dengan keputusan yang anakanda Angry Bird dapat ( nampaknya Abang Iman masuh mengekalkan takhta ek! ). Tapi tetap menggembirakan ibu ayah. Terima kasih adik. Banyak A ke, sikit A ke, tak de A langsung ke, mereka tetap hebat di hati kita. Betul tak?

Marilah kita pau Pak Jilap makan set lunch dekat Resepi Rahsia .....Lapar weyh menahan seram!


Mak perasan, sejak dah semakin tua ni, emosi pun dah berubah menjadi semakin cool. Kalau dulu, masa muda, masa bekerja, mak ( mak rasa kebanyakan mak mak ) memang pentingkan result anak anak, lepas tu bandingkan dengan anak kawan, macamlah SPM dia tu power ranger genius kababoom dulu dulu haha..... Tapi alhamdulilah, sejak dah hampir nak menapose ni rasanya emosi dah semakin under control kot haha...

Agaknya itulah hikmah perkahwinan, dijadikan berpasang pasangan untuk saling lengkap melengkapi. Dalam hal pelajaran anak anak ni, Pak Jilap memang lebih redho dan pasrah gitu. Dia banyaklah mengawal emosi mak yang kurang stabil kadang tu. Setiap anak itu kan ada keistimewaanya tersendiri. Kecenderungannya juga berbeza.

Si bongsu mak cakap, kecenderungan dia muzik kot. Adoiyailah anak.....






Wednesday, 15 March 2017

Korean Snow Ice

Salam Rabu....

Kejadian Sabtu baru ni. Pagi, Pak Jilap meeting, petang tu dah kena heret dengan anak bini ke IOI City Mall Putrajaya hihi......

Ini semua sebab demam K-pop kat rumah tak habis lagilah ni. Lepas makan Korean Fried Chicken, dah nak makan dessert Korea pulak dah!..... Tak menurut kehendak anak, nanti kata mak bapak tak sportinglah, tak mahu luangkan masa dengan anaklah, itulah, inilah..... Tau ajelah anak anak generasi Y dengan Z ni. Banyak alasannya.....Weyh, kalau korang nak tau korang tergolong dalam generasi mana, boleh tengok blog Khairul Abdullah.com ni! Mak generasi X rupanya! 

Hanbing, Hanbing dah macam bunyi Kambing ek.....


Sorang generasi Y, sorang generasi Z,


Sorang lagi yang bergenerasi Z. Sebelah tu, Generasi X memang pemalu orangnya! Kalau rindu dengan dia, tengok ajelah lengan yang sado tu haha.....


Inilah dessert Korea yang diidamkan oleh Generasi Z katanya.....Haish! Kalau cenggini punya lazat, bukan generasi Z aje yang mengidam, generasi X pun sawan weyh! Sedap banget nih!! Mana boleh tahan tengok mangga tu......

Mango Snow Ice. 

Oreo Snow Ice

Sedap weyh!!!! Ais tu bukan macam ais biasa tu. Macam ais krim susu kena parut. Ringan dan cair di mulut. Harga dalam Rm20 henggit lebih satu mangkuk. Nak rasa benda alah ni, cepat pergi IOI City Mall Putrajaya sekarang! Gerenti korang tak akan menyesal!





Tuesday, 14 March 2017

Kembong hokey makan pulut

Salam Selasa.....

Hari Sabtu baru ni, sepatutnya ada perjumpaan adik beradik mak mertua kat Senawang. Temanya portluck. So menunya Nasi Ambeng katanya. Hish! Mak tak de lah join group whatsapp makcik makcik Pak Jilap ni. Info semuanya dari Pak Jilapahlah. Itupun cuma jadi ahli pemerhati aje. Biasalah orang lelaki yang 'macholah sangat', memang cenggitu perangainya! Lain sungguh dengan bini dia, bukan setakat ahli group whatsapp, ahli sembang jugak hehehe......

Menu menu utama tu, kita serahkan ajelah pada mak mak sedara Pak Jilap yang masak, line line anak sedara, chop menu yang lite lite sudahlah hihi.... Ada ke Pak Jilap suruh mak buat botok botok. Hish, macamlah bini dia ni pakar masak, tak maulah mak..... dahlah masak pun kadang jadi kadang tak, pas tu nak suruh masak untuk santapan ramai macam tu. Kang bukan botok botok jadinya, mak yang botak seluruh badan bau rempah haha.....

So jalan mudahnya, kita order ajelahlah Serimuka Durian. Dah tentu tentu sedapkan, sebab pakar yang buat! Kat tempat korang berapa RM ye kuih talam macam ni?


Tapi malangnya, disaat akhir, terpaksa cancel pulak sebab makcik Pak Jilap yang sakit kat JB tu tak boleh bangun dah. Ingat lagi tak entri mak yang ini, 'dan air mata kami pun gugur' dan 'ke Johor Bahru' so lokasinya pun terpaksa di tukar dari Senawang ke Johor Bahru.

Kebetulanlah pulak Sabtu tu Pak Jilap ada urgent meeting dengan boss dia. Memang tak dapat pergilah sudahnya. Mak dengan Pak Jilap cuma dapat pergi esoknya, hari Ahad. Tak sedap hati pulak kalau tak tengok. 

Habis tu? Sapa yang nak habiskan Serimuka Durian setalam tu? Kalau bukan mak dan mak dan mak? Adoiyai.....Kembong hokey makan pulut haha......

Friday, 10 March 2017

Korean Fried Chicken

Salam Jumaat.....

Semalam mak puasa ye. Puasa ganti..... Malu betul makcik, Ramadhan dah dekat, puasa ganti belum habis lagi! Dasar Jilapah!!!haha....

Tapi serious ah, semalam mak memang macam kena sawan, macam macam yang diinginkan. Tengok bekal Dananasi dengan petai pun nampak lazat berganda weyh...... Akhirnya, hasil telan air liur sepanjang hari

Kentang sambal tu memang sengaja mak buat banyak, sebabnya makcik nak meratah hari ini hokey hoho....


Sebenarnya nak cerita lauk ni. Hasil tangan Angry Bird. Korean Fried Chicken katanya. Alah....remaja remaja sekarang ni kan kalau boleh semuanya nak di Korea kan. Padahal resepinya lebih kurang macam masak Sos Kicap mak aje tu.....

Korean Fried Chicken
Kalau nak banding dengan Sos Kicap mak, mungkin resepi Korean Style ni adalah jugak bezanya. Ayam goreng tu salut dengan telur putih, tepung jagung, oat, baking powder. Haish! Macam macam pulak bahannya. Mak kurang suka ni kalau bab bab leceh macam tu..... Kalau mak goreng harus togel aje ayam tu haha.....

Tang sos dia tu pulak mungkin ada tambah madu, minyak bijan. Itu ajelah kot. Masa dia masak, memang mak tak tengok pun, tak kuasa nak duduk dapur jugak weyh.... baiklah mak bersenang lenang kat depan TV sambil layan whatsapp haha.... Bukan senang nak dapat anak dara mak masak ni tau! 

Apa kata juri? 
Oleh kerana mak puasa semalam kan, masa buka tulah baru rasa. Manis sangat dan kurang pedas! Muak sikitlah kalau makan banyak!.... 

Mak ni jenis pemanis jugak orangnya. Kalau masak, memang gula tak tinggal. Tengok jugaklah masak apa. Tumis sayur tidaklah haih buh gula.... Macam masak sambal, kari, asam pedas tu memang bubuhlah.... Korang masak letak gula? 

Yang ni mungkin terlebih bubuh kuantiti sos kot. Yelah sos Thai tu dah maniskan, madu lagi, sos tiram lagi....  

So tak per, next time cuba lagi ek! Senang sikit dah lepas ni, Korean Fried Chicken satukkkk! 

Thursday, 9 March 2017

Apa nak malu, haih !

Salam Khamis...

Sebab nak jadikan modal entri, acah acahlah ( sepatah kata Seorang Syed ) macam ada orang tanya sapa yang tolong ambikkan gambar mak sekeluarga bila datang sawan tu hihi...... Tapi memang betullah, ada orang pernah tanya, Kalau tak silap mak, orang yang tanya tu Mak Sri Kandi lah sangat dengan Mak Ton lah sangat yang lama mengeram tu. Elehh..... nak cakap mak buh kamera atas tin lah tu..... 

Ingat apa? Che Ta sorang je yang ada cameraman peribadi? haha.....
Mak guna Tripod. Acah acah macam ada kamera DSLR lah sangat ajekan haha...... Harga mampu milik je, RM70 henggit kalau tak silap.



Yang jadi dalang suruh ayah dia beli benda ni, dah tentulah budak paling kecik dalam rumah ni. Siapa lagi kalau bukan budak pompuan yang pakai spek tu.  Budak tu kalau bab bab selain daripada baca buku memang laju je lah, haih.... Tak padan, cita cita tinggi melangit, kejap nak jadi Doktor Haiwan macam Dr Rozita Abd Rahman. Sebabnya dia suka kucing macam Hayati Ghazali katanya. 

Kejap kang nak jadi Fotographer pulak. Tak habis habis melobi suruh beli kamera DSLR. Ingat ayahnya cop duit ke hape ..... 

Bila Tripod dah keluar daripada sarung, apa lagi? Seluk poket....... keluarkan lah handphone hahaha......  Apa nak malu haih!






Wednesday, 8 March 2017

Kerana diri kita begitu berharga....

Salam Rabu.....

"Dan (hendaklah diingat bahawa) barangsiapa yang Kami panjangkan umurnya, Kami balikkan kembali kejadiannya (kepada keadaan serba lemah ; hakikat ini memang jelas) maka mengapa mereka tidak mahu memikirkannya?" Surah Yaasin ayat 36....

Mak bukanlah nak menghuraikan ayat di atas ye, cuma nak berkongsi kat sini aje, kebetulan keluar ayat tu dan terjemahannya di TV Al Hijrah tadi.

Tua itu pasti. Sampai masa kita pun akan tua nanti,  kudrat kita pun akan jadi semakin lemah. Itu janji Allah. Tak adanya orang akan muda sampai bila bila kecuali dalam syurga. Walaupun ada kalanya mak terbabas posing perasan muda, tapi hakikat sebenarnya ai sedar diri ai ni dah wanitalah sangat hokey!!! 

Selamat Hari Wanita korang! Hargailah diri kita semua, kerana diri kita begitu berharga gitu!!...... 


Dah jangan nak kecam mak sangat!!! haha......





Tuesday, 7 March 2017

Air Pasang Pagi Surut Pukul 5

Salam Selasa....

Betul cakap hang, Yati Cahaya Hidupku, den memang tengah kekeringan idea ni weyh.... Tu yang merapek meraban je entri den dari semalam ni. 

Mak ke Port Dickson je sebenarnya...... Kata orang, sesekali nak melepaskan lelah dari kesibukan kota metropolitanlah sangat kan haha..... Nak ke Pantai Terengganu jauh sangatlah pulak. Makanya kita pergi ajelah yang dekat dekat. Cepat sampai sana, cepat jugak baliknya.  

Ini makanan wajib beli kalau tidur hotel. Bukan untuk mak ye, untuk anak dara mak yang paling kecil tu. Suka sangat dia layan mee segera ni sambil tengok TV sebelum tidur. Mak tumpang sesudu dua aje. Kononnya nak diet tapi teringin. So macam mana tu? 

Model Lengan Sado, masih lagi mengekalkan konsep membelakangkan kamera haha..... 

Sambil sambil tu mencari kebenaran Betul ke Air Pasang Pagi Surut pukul 5? Masa ni petang, mak tengok air laut macam tengah pasang jer....

Monday, 6 March 2017

Projek Drama Queenlah sangat

Salam Isnin ....

Dah....dah.....dah....... jangan ngengada sangat nak memblues hari ni. Dah sedap sedap bermalas malasan semalam, hari ni nak sambung malas pulak! Amboiiii......banyak cantik!


Dah tau dahhhhh...... Korang dah jemu tengok muka mak kan! 

Majuk ah....ah..... kalau macam ni.....

Tak pe ar...... tak jadi majuk! Projek Drama Queenlah sangat!hihihi.....

Selamat bekerja korang! 
Moga setiap inci kebaikan yang korang laburkan untuk menggembirakan orang orang sekeliling akan dibalas ganjaran yang besar oleh Allah......


Friday, 3 March 2017

Jika suamimu meminta izin untuk berkahwin lain....

Salam Jumaat..

Marilah kita dengar tazkirah di Hari Jumaat yang mulia ini...... 

Jika suamimu meminta izin untuk berkahwin lain, ini jawapannya.....

Boleh, silakan......

Dengan syarat, hafalkan dulu Al Quran, kalau Solat belum berjuz, Sabar belum jadi agenda, Punya waktu buat anak tidak, lantas bagaimana akan bisa membimbing, akan bisa punya waktu untuk keluarga yang lain....




Sebenarnya mak nak letak satu video jawapan dari Asma Nadia, penulis Novel Syurga Yang Tak Dirindukan pasal persoalan tu. Tapi tak mau timbul pulak videonya. Jadi kejung cenggitu.... Adoiyai....Korang tau tak macamana nak buat?

Jangan suruh mak review cerita Syurga Yang Tak Dirindukan 2, mak belum tengok, mohon tanya Siqah......



Thursday, 2 March 2017

Trend mak mak zaman Insta

Salam Khamis....

Ingat Yati Cahaya Hidupku je yang baru dapat cucu? Mak pun dapat juga hokey!! hihi..... Tapi mak dapat cucu lelaki, Yati dapat cucu perempuan. 

Baby ni anak kepada anak sedara mak yang ini. Lama jugak proses bersalinnya. 2 hari 2 malam jugaklah duduk dalam wad baru mau keluar budak tu. Seriau pulak mendengarnya bagi mak yang tak pernah rasa sakit bersalin ni. Sakit sangat ek?

Muhammad Haqeem Naufal

Mohon jangan tanya mak, yang ni cucu mak yang ke berapa! Tak kuasa mak nak kira satu satu hihi...... Yang mak tahu, cucu cucu mak dah cecah angka puluhan, bukan belasan lagi.....

Adoyaiiiiii...... trend mak mak zaman Insta kot, suka main sorok sorok muka baby selagi belum lepas pantang. Terpaksalah nekmommy tempek kaler biru kat muka dia. Kenalah hormat permintaan mak baby. Dah anak dia kan.... 


Wednesday, 1 March 2017

Nasi Lemak 70 sen

Salam Rabu.....

Kalau mak balik kampung mesti pergi gerai pagi tepi jalan dekat Sungai Abong ni. Macam macamlah ada. Roti canai ada, soto ada, lontong ada, mee rebus ada, nasi ambeng ada. Satey dah tentulah ada. Mana nak dapat makan satey pagi pagi kalau bukan korang menginap di negeri Johor, negeri ku....
Paling yang ditunggu tunggu dah tentulah Nasi Lemak 70 sen ni.

Walaupun nasinya cuma beberapa suap tapi puas hati. Sambal sedap, ikan bilis pun ada. Kalau ikutkan nafsu, mana mungkin cukup cuma satu bungkus aje? 

Nafsu tu kan perlu di didik....ececeh.....

Yang sebenarnya dah makan soto satu mangkuk hihi....

Ada lagi tak Nasi Lemak 70 sen kat tempat korang?