Macam macam PROJEK

Salam 24 Ramadhan.....

Dah 3 hari tak memblog rasa rindu pulak dengar cerita kengkawan......
Tapi tulah masalahnya, kalau dah menghadap blog kang...... boleh terbengkalai kerja rumah yang dah sedia terbengkalai tu hehe....

Nak ucap terima kasih pada Vee Sandy yang sudi hantar kad Raya pada OKje..... Nampaknya tak dapatlah nak balas Vee, sebab dah nak Raya hehe.....


Minggu baru ni memang macam macam PROJEK yang di buat.

Projek meronda Plaza Peransang Shah Alam. biasalahkan selagi tak Raya. Tujuan utama datang sini memanglah nak tengok tengok baju. Pilihan memanglah banyak kalau nak banding dengan Plaza Kajang tu hehe..... Kuss semangat punyalah ramai umat manusia. Dah sampai sana dengan cenggitu punya keadaan, wajib rembat jugak sehelai dua, kalau tidak, pasti kena sepatah dua dengan Pak Jilap..... Ingat nak mencari baju kurung tambahan untuk anak dara 2 orang tu sudahnya mak dara pulak yang terlebih rembat sampai dua pasang, masa bila nak pakai pun tak tau, mengalahkan cikgu!....

Balik tu singgah Alamanda sebelum menyinggah Bazar Ramadhan Putrajaya, cadangnya nak terus berbuka dengan FIL sekali lagi. Takkan nak datang rumah biras lenggang kangkung kot! Ada yang kena hempuk dengan biras kang hehe.....

Bendera separuh tiang tanda berkabung di Putrajaya.....


Laki sapa lahai yang macam penat sangat melayan bini shopping tu  hehe.....


Hari ni separuh hari habis kat projek MENYIPUT. 1 kg tepung cuma dapat sebalang bekas tu aje. Penat mak menggentel hehe...... Rasa jangan ditanya. Tunggu ajelah malam nanti baru boleh komen! Kalau tak sedap nampaknya Mak Jilaplah yang kena habiskan sebalang tu!





Comments

  1. rajinnya mak jilap menyiput tu....bes la dapat kad raya :)

    ReplyDelete
  2. kuih siput tu my favouriteeeeee!!! tak menyiput lagi ni OKje ooiiii...tunggu Sabtu baru sibuk nak menyiputnya...ihikss...

    ReplyDelete
  3. Sedapnya kuih tu kak. Bestnya dapat kad raya.

    ReplyDelete
  4. Kalau pergi raya.. kuih siput lah yg dicari.. sekarang payah nak jumpa kan Hainom..
    Nak datang raya rumah Hainom tahun ni boleh ehe :)

    ReplyDelete
  5. rajin menyiput..mesti sedap kan.kalau tak habis meh pos ke sini

    ReplyDelete
  6. nampak sedap jer kuih siput tu..sura jer yg tak pernah buat..masa kecik2 dulu jer rajin rolong mak.:)

    ReplyDelete
  7. patut lamer tak nampak
    habis dah shopping? saya belum habis lagi...hehe
    nampak cantik aje ciput
    mesti sedaplah

    ReplyDelete
  8. Gaya cam boring jer, hai laki siapa le tu??

    ReplyDelete
  9. Selamat mkn siput mlm ni..kompom sdp tu..

    laki org nmpknya..

    ReplyDelete
  10. rajin hainom mengentel kuih siput ye...kakak dah 2 tahun tak buat walaupun ada permintaan ....kalau akak buat skg ni dh rupa ulat sagu agaknya...besar2 gitu...hihiii

    ReplyDelete
  11. Salam hainom,
    Okeh ke mborong baju royo ...
    Pilih seng apik2 yor , angger d enggo weroh ayu.
    Sahor opo iki dino.
    Aku sahor dewey. Saiki outstation

    ReplyDelete
  12. amboi okje sakan merembat baju raya..sy ni dahulukan anak2 je..budget pun ciput,nk baju yg grand2 sudahnya takde baju raya.hahaha...

    rajin jugak menyiput..byk ke buat kuih raya?

    ReplyDelete
  13. Amboi, dah tiga pasang baju raya untuk mak dara. Mengalahkan anak dara nak beraya. La, sibuk menggentel, satu balang je dapat. Macamana nak share ngan mak sendiri nih? Mak mentua memang tak dapat merasalah nih!

    So tinggal 2,3 hari lagi ni, apalagi projek yang tinggal OKje? Bila balik ke rumah mentua?

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah dah sampai . saya x kisah ... heh heh . kat sini baru plan nak buat kuih , my kakak dah bersalin lah pulak ... persiapan raya mmg x buat lagi nih ... adeh .

    ReplyDelete
  15. Sedapnya kuih siput ni tapi nak buat tu leceh....hehe

    ReplyDelete
  16. Lama tak makan kuih siput ni kak..sini susah sikit nak jumpa..jarang..
    seronok nya dpt kad raya... hehe

    ReplyDelete
  17. syabas kerana berjaya menggentel kuih siput tu...kagum2.the effort that counts.heheh

    ReplyDelete
  18. ala, thn ni tak menggentel pon ciks siput.
    mmg pon nk dpt sekilo punyalah nyeksa menggentel kan..
    ckup rasa lettew.nengok pon tahu.
    bak mai sikit okje :)

    ReplyDelete
  19. sakan mencari baju raya.. hahaha kesian tgk pak jilap tu.. sporting jugak eh bleh bertahan dgn kerenah mak jilap hahha
    OKje..nanti kalau Okje jemput cik jah dtg beraya kat rumah awak, awak tinggalkan sikit siput tu.. teringin nak rasa :D

    ReplyDelete
  20. okje.. tima kasih tau :)
    hahahhaa.. biarlah rahasia gituu. i malew la nk kongsi dgn ahkak..
    alhamdulillah, mmg buat sujud syukur tu saat 1st time nampak double line tu.
    cikgu yg incharge saya msa kt tadika pon pesan bnda yg sama. alhamdulillah. tima kasih okje sbb sntiasa ada walaupon tak pernah ketemu 4 mata. rakan2 blog walaupon berbeza umur semuanya mendoakan utk saya. saya bahagia bila dpat sokongan yg tak berbelah bahagi di alam maya. berbanding alam nyata. yg byk menyinggung hati dan perasaan.. hanya Allah Yang Maha Mengetahui

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts