Renungan Masa Tua

Salam Rabu.....

Hari ni Mak Jilap tak ada modal dah nak merapu hehe......
Dapat Whatapps ni daripada group kengkawan. Memang sesuai sangatlah untuk Mak Jilap renung renungkan. Maklumlah dah berkilau kilau emasnya huhu.....

Tak tahulah siapa yang mengarang pesanan ni, tapi apa yang dikarang tu memang sesungguhnya benar belaka. ( ada sikit sikit Mak Jilap tambah yer! hehe....). Paksa-paksakanlah diri untuk berubah sementara masih punya waktu.....

Renungan Masa Tua

1. Sisa hidup semakin pendik.....
Yang boleh kita makan, makanlah....... Yang boleh kita pakai, pakailah....... Yang ingin kita beli, belilah.....
Kalau masih mampu berbagi, bagilah.......

Kerana semua yang ada tidak boleh kita bawa ke kubur, jangan khuatir dengan ahli waris, Allah yang akan mengatur rezeki selagi mereka berusaha. Nikmatilah hidup ini dengan pasangan kita selagi masih ada.

2. Sehari berlalu, umur berkurang sehari.
Bila kita lewati hari ini dengan bahagia, kita sangat beruntung, berbuat baiklah dan selalulah mengucap syukur kerana kita tidak tahu bila kita akan dipanggil 'pergi'.

3. Waktu cepat berlalu, hidup ini sangat singkat. 
Dalam masa yang singkat kita telah memasuki masa tua. itu Pasti!

4. Bersyukur dengan apa yang ada.
Bila membandingkan ke atas, kita akan selalu merasa kurang....... membandingkan ke bawah pulak, kita akan merasa lebih...... bila kita mampu mensyukuri apa yang kita ada, kita pasti bahagia. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Manfaatkan ia sebaiknya.

5. Apa yang kita ada semuanya hanya sementara.
Harta kekayaan, pangkat, kedudukan, kehormatan..... semua itu hanyalah sementara, hanya pinjaman....

6. Belajar untuk tidak mengharapkan balasan.
Tanamkanlah dalam jiwa kita bahawa membesarkan anak adalah satu tanggungjawab ibubapa, bukan mengharapkan balasan mereka. Supaya dihujung usia kita tidak akan kecewa jika anak anak tidak berbakti kepada kita seperti apa yang kita harapkan.

Kasih ibubapa kepada anak anak tidak ada batasnya! Kasih anak anak terhadap ibubapa jelas batasnya!
Tatkala anak sakit, hati ibubapa bagai terhiris, tapi tatkala ibubapa sakit, anak anak hanya mampu menengok dan bertanya khabar ala kadar. Anak anak memakai wang orang tua sudah seperti keharusan, tetapi orang tua memakai wang anak semacam pasti tidak berlaku.

Rumah ibubapa adalah rumah anak, tetapi rumah anak belum tentu jadi rumah ibubapa. Ibubapa selalu memberikan anak anak tanpa batas, tetapi tidak semua anak akan berbakti kepada ibubapa mereka.

Oleh itu cukupkanlah untuk diri sendiri dahulu dan berikan pada anak sebijaksana mungkin!

Semoga kita berbahagia di masa tua!  


Comments

  1. Sedih dan terharu saya baca ni Okje.. sangat memanfaatkan kata kata Okje dalam entry ni. Apa pun semoga Allah merahmati kita semua ya.. biar kesudahan kita yang baik2 je dan sentiasa kita mendapat hidayahNya..

    Saya selalu juga berfikir pasal berikan kepada anak sebijaksana mungkin. Rasa diri ni banyak kekurangan dari segi mendidik dan mengasuh anak.. faktor persekitaran banyak jadi kekangan..

    ReplyDelete
  2. terasa diri ni dgn kata2 renungan yang mak jilap share..
    InshaAllah kita sentiasa akan berubah.. berubah ke arah kebaikan..

    ReplyDelete
  3. sebuah pesanan yg terkesan dihati bila membacanya apatah lagi dlm meniti hari2 tua dan anak2 yang semakin dewasa ....

    ReplyDelete
  4. ..Rumah ibubapa adalah rumah anak, tetapi rumah anak belum tentu jadi rumah ibubapa..
    macam sedih pulak bila membacanya..

    ReplyDelete
  5. TERKESAN KE DLM HATI...MAKASEH SHARE !!!

    ReplyDelete
  6. Merenung dlm diri kanda juga bila membaca N3 ini..
    Terasa banyaknya kurang dlm diri yg semakin meniti usia dari hari ke hari..

    ReplyDelete
  7. Usia tidak boleh diundur... Masa terus berlalu. Beruntunglah mereka yang menggunakan sebaiknya untuk kebahagiaan didunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah masih pnjang usia smpi masa ini...masih diberi kesempatan baca apa yg okje kongsikan...sama2 la kita berubah kan...kadang mmg niat tu ada...tp tu lah...penyakit hati ni...ssh nk dikawal...

    ReplyDelete
  9. waktu memang cepat sangat berlalu
    nak kejar dengan perkara-perkara yang bermanfaat
    insha Allah
    thanks sharing diknom :)

    ReplyDelete
  10. Nice sharing kak..sebiji2 atie baca.. tersentuh rasa hati... ntah macam mana lah bila tua nti... berusaha utk memperbaiki diri ini...

    ReplyDelete
  11. Terasa bila baca entri ni .
    Sama2 kita perbaiki diri :)

    ReplyDelete
  12. Sama2 kita perbaiki apa yang kurang.. Moga urusan dipermudahkanNYA

    ReplyDelete
  13. Muhasabah diri sendiri juga ni Hainom..

    ReplyDelete
  14. terbaiklah OKjer..
    muhasabah diri sendiri nie..huhu

    ReplyDelete
  15. Sangat setuju. Memang betul dari sehari ke sehari, umur kita bukan makin bertambah tetapi semakin berkurangan sebenarnya. Saya kalau bab ni selalu memikirkan tentang anak-anak. Risau tentang mereka walaupun tahu Allah sudah tetapkan rezeki dan hala tuju hidup mereka. Hati seorang ibu, memang memikirkan hal anak-anak sehingga tutup mata, kan...

    Sedih pulak membacanya. Betul ya, rumah ibubapalah tempat lindungan anak yang paling selamat tapi rumah anak-anak belum tentu akan jadi tempat lindungan kita di hari tua.

    Bila melihat reaksi anak-anak ketika mendapat sesuatu, pernah juga terdetik, akan beginikan reaksi gembira mereka bila tiba giliran kita meminta sesuatu dari mereka di hari tua nanti? Sungguhpun begitu, hati makpak memang tak pernah berbelah bahagi mengharapkan balasan apa yang telah diberi kepada anak-anak tersayang.

    ReplyDelete
  16. pesanan yang baik..i olls yang muda (perasan) ni pun boleh amalkan

    ReplyDelete
  17. Sayu plak perasaan ni.. uhuksss

    ReplyDelete
  18. touching sungguh baca entry ni okje
    itu sememangnya hakikat yang tak boleh kita lupakan

    ReplyDelete
  19. sebak je dada baca coretan ni..terasa singkatnye hidup..menunggu waktu dipanggil kembali..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts