Selamat Pengantin Madu!

Salam Jumaat.....

Eh? Dah hari Jumaat? Ingatkan baru hari Selasa hehe.......
Minggu depan, minggu exam yo. Dengan PT3nya, UPKK dan Akhir Tahunnya!
Ohhhh...... memang masak lew mak nampaknya, tak dapat nak mengukur jalan huhu.....

Dapat bersembang dengan sahabat baik satu sekolah setelah sekian lama tak berjumpa, memang sangat sangat menyeronokkan. Sembang alam maya jer pun. Bertanya khabar, bertukar tukar cerita dengan perkembangan memasing. Mak Jilap memang dah kembanglah, tak payah nak cerita lagi hihi....

Yang sedihnya, dia meluahkan perasaan yang dia baru saja dimadu! Baru sangat.....
Madunya tu jauh lebih muda daripada dia, baru 20an..... ! Ohhhhh..... sedihnya mak dengar! Perempuan manalah yang mahu di madu?? Cer tanya perempuan dalam dunia ni, rasanya kalau ada pun, mungkin cuma 10 orang dalam sejuta! Perempuankan tamak kasih sayang. Mak taulah...... mak kan perempuan jugak !!

Perkenalkan...... ini madu mak, beli kat Pasar Tani. Dah lama dah buat hiasan kat rumah ni,  makan sebulan sekali pun belum tentu!.....



Walaupun hakikatnya madu itu manis tapi madu nan satu tu, lebih pahit daripada hempedu! Boleh kurus weyh badan jadinya, makan hati punya pasal.    

Tak guna memujuk lelaki yang tengah kemaruk nak berkahwin lagi. Memang buang karen! Tak jalan der...... So, berilah peluang dia terjun dengan labu labunya. Bagilah dia peluang membesarkan bayi yang bakal lahir nanti, berilah dia peluang bangun malam buat susu anak nanti. Dia teringin sangat berbaby gamaknya tu...... Sedih, memanglah sedih, sakit hati, habis tu nak buat macamana? Kita ada pilihan lain ke? Bertabahlah wahai sahabatku!

Lelaki ni kalau dah banyak duit cenggitulahkan..... nak tambah cawangan saje! Tak ingat dah saat susah payah naik motor sama sama angkut rak pinggan mula mula kawen dulu. Itu mak ye..... hehe.... Pak Jilap sila ingat balik kisah ini kalau ada hajat nak tutttttt.......
Yelah, budak budak lagi dah gatai nak kawen...... motor kapcai ajelah yang ada masa tu! haha.....
Ohhhh..... indahnya mengenang kisah lama!  

Nasihat ku .....

Bersabarlah dengan dugaan Allah wahai sahabatku. Redholah...... insyaallah hati kita akan lebih tenang. Rebutlah peluang untuk perbaiki diri sendiri disamping tingkatkan layanan kita kepada Kingggg of the house yang satu tu ha, eh?......
Sesungguhnya setiap masa yang terluang tanpa suami disisi itu, sebenarnya Allah mahu kita lebih dekat kepadaNya. Semoga Allah sentiasa merahmatimu wahai sahabatku....

Selamat Pengantin Madu ........



Comments

  1. alahai simpati saya mendengarnya
    betullah, lelaki kalau dia nak kata nak buka cawangan
    tak guna dihalang, dia tetap akan berkeras
    yang makan hati adalah yang dimadukan
    saya tak dapat bayangkan cuma berharap dia tabah

    adalah sebab kenapa kehidupan dia ditakdirkan begini
    cuma yakinlah bahawa ALLAH tahu apa yang terbaik buat kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yelah kan YY.....dia ingat senanglah tu agaknya nak menanggung dosa 2 isteri.....suka hatilah ....

      Delete
  2. Kesian pada kawan Okje ni.. moga orangnya tabah dan positif menghadapi apa yang bakal berlaku pada masa akan datang. Dah dimadukan tu satu hal, hidup selepas ni tu yang berjuta hal lagi nak kena hadapi. Kata orang untung sabut timbul, untung batu tenggelam.. moga dirahmati Allah selalu..kita pun juga sama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah katanya cikgu BM......komen pun berperibahasa yek cikgu hihi....

      Delete
  3. simpati sangat mendengarnya..mungkin saya tergolong dalam 10 orang tu OKje..hehehe..
    apa pun doakan yang terbaik kepada kawan Okje..kalau madu itu madu..in sha Allah dia tak akan makan hati..apa yg penting buangkan perasaan iri hati..jalinkan ukhwah sebaiknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhhhh.....tahniah Mar, setiap org berbeza ....penerimaan org jugak berbeza, tak salah bermadu kalau adil seadilnya kan....

      Delete
  4. daripada madu jadi hempedulah jadinya

    ReplyDelete
  5. Salam Jumaat Kak..
    saya terus terang bukan tergolong dalam yg 10 org tu kak.. huhu..berat lah hati, takut sy tak redha dan ikhlas..nti buat tambah dosa kt sya pulak.. banyak sgt dugaan bermadu ni bkn senang tambahan plak bila dah ada anak.. aduh! tak sanggup nak fikir... moga2 cinta kepada suami kita hingga ke Jannah lah... takmo kongsi dgn wanita lain ( kecuali ibunya, adik beradik2nya..hahaha..jahatkan sy kak).... :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak jahatlah.....sama jer perasaan pompuan ni Atie kecuali bersebab yg tk boleh dielakkan....moga ikatan perkahwinan kita kekal selamanya tanpa org ketigakan Atie.....Insyaallah

      Delete
  6. sy xthu ape yg kwn sis tu rasai.tp yg pasti memang sukar utk diterima..Semoga kwn sis tabah dan lebih dekatkan diri dgn Allah ble ditimpa musibah.InsyaAllah..

    ReplyDelete
  7. ciannye...kwn sy pon hr tu hmpir di madu.kurus & bserabut dok mikiokn hal tu tp Alhamdulillah lps dia ubah dressing..pkai lelawa...rjin memasak...rjin kuar kekonon cbuk pstu anta hadiah beli sndiri kt umah pd diri sndiri suami cemburu & patah blk kt dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh ......mengena umpan dia tu ye Zai...Apa yg lelaki nak sebenarnya agaknya kan....

      Delete
  8. mentang2 harini Jumaat.. kemain panjang entry ni..
    jenuh nak baca sampai bawah.. hahaha
    ehhh nasib baik madu botol.. jangan ada madu yang umur dekat sebaya anak teruna.. mintak simpang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yelah weyh....seram mak, ko....mintak simpanglah cik Jah oiii

      Delete
  9. setiap manusia Allah datangkan dugaan yang berbeza-beza kan

    ReplyDelete
  10. sian kwn akak tuh, sbb tu pernah ada ungkapan, isteri di duga kesetiaan bila suami takde duit tp suami di duga kesetiaan bila ada pangkat dan duit...

    btl kak, jarang nk ada kisah bermadu mcm kt drama selamat pengantin madu tuh, suami lebihkn yg pertama n berlaku adil, selalunya yg tua tu yg di pinggirkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yelahkan Dana yg tua bisanya dipinggirkan...dah sakit sok baru balik rumah bini tua, suh bini tua jaga.....huhu...
      Apa pun doakan yg baik baik utk kawan okje ye Dana

      Delete
  11. sape pun xmau dimadukan
    itu dah hak kita..hak kita xboleh nak share2
    tp lau itu dah ketentuan..kita xleh nak elak huhuhu
    semoga beliau tabah dan redha insyallah semua ok w/pun pedih perit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu bukan hak kita El.....semuanya hak Allah.....Allah pinjamkan sekejap utk kita...tp biasalah dah namanya pompuan jan El...

      Delete
  12. Takde perempuan yg suka di madu..tapi kalau itu lah takdirnya..kenala redho.
    Laki ni bila dh bnyk duit lain macam perangainya. Kaedahnya..pandai2lah kawal poketnya..Boleh ke gitu..hehe

    ReplyDelete
  13. Walaupun madu itu dibenarkan tetapi jujur sejujurnya saya tidak rela tau okje ......
    Tak mo kongsi2 tau ... huhu

    ReplyDelete
  14. Alahai kesiannya kwn ok je tu. Tp apa boleh buat. Terpaksa redho je la.

    ReplyDelete
  15. Kita yang mendengar pun dah tak sanggup inikan pulak yang terpaksa melaluinya. Kalau dah begitu keinginannya apalah yang mampu kita sebagai isteri ni buat. Kalau taknak, memang bercerai-berailah nampaknya. Lelaki itulah satu, Memang nak kena kerat 18 gamaknya. Asal kaya sikit je nak buka cawangan. Cubalah asal kaya sikit tu belikan kita rumah barang 2,3 buah. Ada juga baiknyakan!

    Isu sensitif pasal madu ni mana-mana perempuan pun seriau nak merelakannya. Tapi kalau dah terpaksa macamana nak buat. Nak dapat payung emas, kenalah berkorban hati. Lelaki masa nak tambah cawangan memang senang cakapnya. Lepas tambah cawangan tu je terus jadi tak senang duduk. Ada je masalah timbul. Isteri pertama juga yang kena berkorban dan redha serba-serbi. Ish, tak leh bayang lebih-lebih! Minta dijauhkan. Tak dapat payung emas di sana, dapat payung free Petronas di dunia ni pun jadilah!

    ReplyDelete
  16. apa lagi yang mampu selain nasihat kan okjee..
    kita sendiri kalau kena pun tak tau jadi macamana

    ReplyDelete
  17. huhuhuhu.. dugaan berat buat isteri.
    bertabahlah kawan.. semoga Allah membalas semua kesabaran anda.

    Zura setuju dgn ayat OKjer.. kalo dah kemaruk nak kawen.. memang dia tak akan dgr ape nasihat dah. huhuhuhu.
    Semoga kawan OKjer tabah hadapi ujian Allah ini.

    ReplyDelete
  18. org yg tengah kemaruk nak kawen tu, kalo kita cakap apa pun tak didengarnya. time nni la ramai pakar motivasi suruh mainkan kebijaksanaan. Dia nak kawen, bagi dia kawen. Tapi sebelum kita keluarkan perangai raksaksa, kita tahan dulu kemarahan tu, buat manja2 dan minta tukar nama harta2 yang suami ada. Mintak tukar nama rumah, kereta, aset dia ke nama kita. Kata pakar, time ni dia akan turutkan aje sebab dia tengah kemaruk nak kawen. Haaa. lepas tu bila dah dpt hak kita, baru le kita mengamuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah suka idea ni.. eh minta jauh, tapi betui tu. dah nak kawen sgt ka, dah hati pun berubah kan.... nah ambik. tapi bak mai reta2 tu dulu.

      Delete
  19. kan?dengar berita orang lain bermadu pun kita dah sedih.jadi kat kita,meraung sorang2 la...lelaki kalau dia kata nak kawen tu maknanya dia cuma bagitau je.bukan mintak kebenaran kita pun.cer halang..mula la nak kata kita ni isteri kurang ajar..errrhh..geram pulak nih!!

    ReplyDelete
  20. perkara ni susah sebenarnya nak cakap sebab ianya urusan Allah . Ada isteri x kisah di madu tapi si suami lak tak mahu . Ada lak isteri menentang sungguh bermadu , tapi allah bagi dia madu ... teringat pesan orang2 tua ; ' jangan mengata org, nanti kena kat batang hidung sendiri ( engko dibalek kae nang awakmu dawae, kata org jawa ) ... jgn benci sgt , nanti allah beri ' ... seeloknya beri perangsang dan semangat kpd kawan tu bhw dia bermadu itu adalah atas ketetapan allah n off koz ujian dr Allah . Tentu ada sbb kenapa allah beri dia ujian sebegitu ... perlu diingat bhw perjalanan hidup serta ujian setiap manusia itu berbeza . itu ujian dia . suami ni hanya pinjaman allah pada kita . yg ptg jadilah isteri yg mencari syurga ... mmg bercakap itu lbh mudah berbanding yg melaluinya . tapi berlapang dada menerima ujian allah itu lbh baik dari meratapi ...

    ReplyDelete
  21. Berat tanggungjawab lelaki yg berpoligami ni, kalau penuh ilmu agama di dada haruslah berani nak kahwin lagi satu. Tapi kalau yg 5 waktu sehari tu pun gagal nak buat, janganlah cari bala nak pasang ramai. Kadang2 kurang asas dlm agama itulah yg menyumbang kpd kegagalan utk berlaku adil dlm rumah tangga.

    ReplyDelete
  22. teringat kat sorang kawan......abah dia pernah ada pompuan lain.....selalu bg money kat janda tu...nak tolong katanya....bila mak dia tau.....mak dia selalu cakap cam ni.....sebelum abah kau kasi habis money dia tuk org lain....jom kita habiskan dulu mlney dia....hihi

    ReplyDelete
  23. orang tengah gila bayang, memang tak boleh ditegur..

    urmmmmmm ntah le, tak berani nak komen lebih2, kang terkena batang hidung sendiri walaupun tau si dia memang tak mampu untuk berpoligami..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah geng ..... nak nasihat lebih pun takut....takut kena batang hidung sendiri

      Delete
  24. Salam hujung minggu Okje..sedih dan simpati..moga yang empunya diri banyak bersabarkan...nway kita suka tengok selamat pengantin madu tu..he..he

    ReplyDelete
  25. bila rasa sayang dan cinta dah beralih arah...mmg susah...biarkan jer...kalau ditentang habis habisan..buat sakit jiwa..sakit hati...dekat lah diri padaNYA...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yelah kan Noe...insyaallah adalah jalannya tu

      Delete
  26. huhu...igt mcm fasha sadha..suspen tol tajuknya..hihi

    ReplyDelete
  27. Kita suka tengok cerita ni wok, kelakar, sinis dan penuh ilmu mendidik
    pasangan yang bermadu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts