MSS, VSS dan rezeki
Salam Jumaat yang penuh barokah.....
Semalam masa meronda kat Aeon Big, terserempak dengan sorang officemate ni dengan wife dan anak bongsu dia. Kalau diikutkan dari segi tempoh service, dia ni kira junior mak ler. Tapi kalau dari segi pangkat dan gaji, of course le dia super duper senior hihi...
Rupanya dia dah ambik MSS. Memang pun mak tau ofis lama mak tengah offer MSS sekarang ni. Biasalah .....dengan keadaan ekonomi sekarang ni, mana mana company pun tengah musim MSS kan. Untuk yang belum tahu, MSS ni adalah Mutual Separation Scheme. Adik beradik dengan VSS ( Voluntary Separation Scheme ). Sepupu kepada Pencen Awal berbonus gitu. Formula bonus bergantung kepada company itu sendiri. Kalau 1.25 x gaji x tahun service, tak ke lompat bintang kita tu! Kaya sekelip mata weyh! Bestnyaaa lahai...
Tapi banyak benda yang perlu kita fikirkan sebelum kita memohon MSS ni, walaupun belum tentu diluluskan lagi. Terutamanya kalau lelakilah....
Tak kisahlah apa pun, tapi yang pasti sebahagian officemate mak sekarang ni, tengah menghitung hari nak menerima bonus extravaganza. Pergh!....
Yang mak nak cakapnya ni bukan pasal MSS, tapi pasal rezeki. Kalau ikutkan hati yang tamak haloba ni, terasa jugaklah jelesnya tu. Alangkah bagusnya kalau mak dulu, tunggu sampai tahun 2015, baru berhenti! Hoho....
Tapi itulah yang dinamakan REZEKI. Kalau Allah dah kata itu bukan rezeki kita, maka bukanlah...... Tak payahlah nak cemburu ke apa.
Tetiba teringat satu artikel yang pernah mak baca pasal rezeki ni.
Katanya.....
Kalau kita cemburu dengan rezeki yang Allah telah tetapkan kepadanya, maka kita harus cemburu jugak dengan ketetapan ajal mautnya. Ada beran? Ha....tau seram....
So, bersyukurlah dengan rezeki melimpah ruah yang Allah dah tetapkan buat setiap hambanya ni. Walaupun mungkin bukan dalam bentuk duit.
Tak gitu korang?
Syukur lah atas setiap nikmat yg dikurniakan ye hainom..
ReplyDeleteKat ofis CH ada juga ofer macam tu..
Jadi kalau ada rezeki CH.. adalah nanti..
SYUKUR2
ReplyDeleteSyukur seadanya... Rezeki Allah ni dalam pelbagai bentuk dan juga pelbagai cara...
ReplyDeleteMak, kita datang ni! Kalau hari ni kita tak datang, mesti Mak rindukan, kan, kan ~_^
ReplyDeleteBersyukur apa yang adalah, Mak. Allah selalu membantu kita tapi kita selalu tak sedar sebab itulah asyik aje mengeluh. Betul kata Mak. Kalau bukan rezeki kita, kejar macamana sekali pun tetap tak dapat. Kalau orang dapat rezeki lebih kita tumpang gembira. Mungkin rezeki dia banyak, rezeki kita sikit tapi siapa tahu mungkin kita lebih bahagia dengan rezeki yang seciput Allah beri ni berbanding orang yang dapat banyak rezeki!
Masa kakak tak de anak dulu hidup kami susah sangat tapi bila mula mengandung ank pertama rezeki tak pernah putus wlpun tak kaya.Semakin anak besar semakin banyak wang diperlukan tapi ada saja dari rezeki yg tak di duga yang Allah berikan
ReplyDeleteRezeki Allah sape yg tahu kan mungkin nanti kak okje dpt rezeki yg lg maha besar ......
ReplyDeleteterus bersyukur.. hahahahaha
ReplyDeletetapi jeles jugak lah dgr org dpt bonus berlipat ganda nih.
bila lah zura nak dpt bonus ganda2 jugak.. tapi x mo berenti keje lagi. hahahaha
Macam VVS ni ada baik buruknya juga. Bagi yang kerja dah lama banyaklah dapat. tapi bila berhenti nak pergi tempat baru belum tentu lagi dapat banyak. Takut gaji dah besar susah sikit orang nak ambil. Bergantung kepada rezeki. Allah ada.
ReplyDeleteSorry VSS. salah taip vvs..
DeleteRezeki dari Allah. Boleh cuba selagi terdaya bekerja.
ReplyDeleteJika dapat VSS banyak. Boleh buka bisnes sendiri.
ReplyDeleteYe betul tu...syukurlah dengaan apa yang kita ada kan..duit banyak boleh habis dengan sekelip mata je..
ReplyDeleteyelah hainom bersyukurlah rezeki yg Allah berikan pd kita sbb setiap org tk sama bentuk rezeki nya, ada yg Allah bg rezeki dlm bentuk wang ringgit dan harta benda, ada jugak Allah bg pd anak2 yg pintar, ada jugak dlm bentuk kesihatan yg berpanjangan jd bersyukur lah apa yg dh dikurniakan hehe
ReplyDeleteAlhamdulillah Setiap orang akan ada rezeki yang telah Allah tetapkan. Macam yang noor Kata ada rezeki wang ringgit, harta benda, anak2 dan kesihatan.
ReplyDeleteAssalam ukhuwah...
ReplyDeleteOK jer kalau berhenti nak buat apa lagi... Xkan nak dok dalam zoo jer... hehe
Betul tu kena syukur..bab rezeki ni luas..takda istilah nak jeles sebab rezeki yg Allah bagi kan..Allah dh atur rezeki kita masing2
ReplyDeletesalam hainom,
ReplyDeletemampir setu isuk ..
tk semestinya RM tu rezeki ..
anak2, suami dan kesihatan itu dah lebih kira rezeki lebih ..
insyaalah bila bersyukur dgn apa yg ada akan digandakan lg pemberiannya ..
MSS angger nyong maksud kuwi,
Malaysia Super Series ..
syukur je kann ;p
ReplyDeleteMarilah sentiasa bersyukur..aman kehidupan
ReplyDeleteterima aja takdirnya :)
ReplyDelete(pernah dgr tak ayat ni.hikhiks)
dialaog cerita apa ntah.lupa dah.
ppsstt:hari tu okje ada tnya saya kan. kena kukus epal sbb nak bg lembut + mudah utk dikisar.
skrg pon bg buah pear n epal saya kukus sekejap. kalau tidak rania just hisap, pastu buang.. agak keras.. gigi bru 4 batang. 2 atas 2 bwh ..
betullah hainom . yg ptg kita selesa dan cukup keperluan . ada org tu rezeki melimpah tapi masih x cukup2 lagi kan ...
ReplyDeleteTakpa la mak dah bukan rezeki mungkin lepas ni Allah kasik lagi banyak mana nak tau kan....kite ni sejak kawen terus dah tak keje sedeh je tengok duit kwsp kite tau...tapi bila cik boss ckp kwsp dia kite punye gak terus kite bertukar jadi gembira balik....eh!!! Apahal tetiba tukar topik ni??? Hahaha
ReplyDeleteSalam kak.. selalu nya dengar ttg VSS je ..yg MSS tu jarang dengar.. baru lah den tau..huhu.
ReplyDeletebetul lah kak... setiap dari kita telah di tentukan rezeki, ajal maut masing2... sentiasa percaya pada ketetapannya.. syukur dengan apa yg kita ada hari ini kan.... :)
company saya pun buat MSS tahun lepas...tapi biasanya staf yang dah berumur n gaji besar je dapat.zaman sekarang susah dapat kerja..bekerjalah dengan ikhlas, Insha Allah rezeki berkat, rasa cukup je
ReplyDeletekalau dah rezeki kita tak kemana kak..InsyaAllah
ReplyDeleteTakpe Okje.. walaupun officemate Okje jd kaya sekelip mata dgn hasil MSS tu, dan masa Okje belum ada lgi skim ni, insyaAllah, hikmahnya ada dan lebih baik bagi pihak Okje.. kita memang tahu gak macam tu, tp ada masa tu memang hati ni nak juga bandingkan antara apa kita dah dapat dengan apa yang orang lain dapat kan.. moga takat situ jelah, ada masanya kita fahamla apa yg tersurat ugk kita ialah yg terbaik bg kita ni.. haha.. mood sedih lak bila komen ni.. memang saya pun alami perasaan dalam beberapa hari lepas.. diam2 fikir dan insaf diri, dapatla pujuk diri ni..
ReplyDeleteRezeki kita, Allah yang tentukan. Di datangkan juga dalam pelbagai bentuk.
ReplyDeleteMoga diberikan kecukupan dalam segala hal...
memula baca, tak ku paham langsung apa yang cuba disampaikan
ReplyDeletenasib dok explain maksud dia =)
apapun saya setuju bab rezeki tu
usah dengki dengan rezeki orang sebab kita tak tahu bebanan yang dia pikul =)
Nampaknya sekarang mmg musim vss .. company tpt mia kerja ni pun sama .. tapi rezeki mia masih di company ni .. masih sibuk kerja .. :D
ReplyDeleteBersyukur dgn apa yg ada..
ReplyDelete