Sawan Pengantin Baru
Salam Isnin uolls...
Kemana tujunya hujung minggu korang baru ni ? Sopping? Jalan jalan cari mamam? Ke, duk betapa jer dalam rumah uli tepung?
Mak malam Ahad hari tu tido rumah Mami. Ambik giliran meneman katanya. Sebelum tu, mak ke kenduri kawen officemate Pak Jilapah kat Balai Felda. Tetiba teringat kat jiran sebelah rumah mak. Kalaulah kenduri kawen yang mak pergi ni, kenduri kawen anak sedara dia, alangkah seronoknya weyh! Dapat jugak mak melepas geram yang belum kesampaian sampai sekarang ni. Kalau mak jumpalah ...... memang wajib mak tarik ajak berselfie wefie, lepas tu mak akan tempek gambo tu jadi bahan bukti kat blog untuk tatapan korang semua. Baru puas hati mak tau!! Sapa suruh nak menyorok sangat!
Tapi malangnya......nama pengantin tak de sikit boleh di' Iwan' kan....huh.....
Namanya pun kerja kawen kan, haruslah makan nasi minyak dengan lauk lauk dia. Tapi Rendang Tok dia sedap weyh!! Hitam, legam, pekat, pergh!! Kalau makan dengan Nasi himpit kuah kacang sure sedap tu.
Hajat di hati, nak aje mak ambik gambo jadi bahan bukti, Tapi, takkan nak over kot, dah katanya bukan majlis kawan mak kannnn.....kenalah berlaku sopan ko!
Sebelah tu boss kecik Pak Jilap. Nasiblah dia tak bawak bini, kalau tidak jenuh mak nak kena sembang pulak huhu....
Buat Pengantin Baru, mak ucapkan moga korang berdua, kekal bahagia hingga ke jannah. Kata Pak Jilap, cuti dua minggu. Pergh!!.....Tak sabar lew tu nak pergi honeymoon.
Nampaknya bukan Kak Ton aje yang kena sawan Pengantin Baru, tapi mak pun dah berjangkit sekali dah ni....
Babye!
wahhhh makan nasi minyak!
ReplyDeletehari minggu kami pegi sambut besday si kakak ;)
wah bestnyaaaaaaaaaaaaaa
ReplyDeletesy berjln dgn adik je kak.. tumpis tinggal rumah.. hihihi..sawan pengantin...tahniah pada kedua mempelai...
ReplyDeletealahai.. klu kak terjumpa MD kompom selfie sakan...hahaha..
hari sabtu kami sekolah, ari ahad lak g jumpa hippo.. haha, tapi dia kemain lagi gi kenduri makan sedap2 ya...ramai yang kahwin sabtu lalu sebab tarikh lawa agaknya ya, senang nak ingat nanti... haha, mujur bos kecil tak bawa bini sama ya, kalau tak jenuh kena "ni haw ma".. haha, ala, speaking BI jela.. dia mesti suka nak sembang lama2 dengan Okje nanti, tak kering gusi..
ReplyDeleteai, sopan je gamba Mak kat situ.. haha, malu nak selfie depan bos la tu....
Moga pasangan baru ni diberikan jodoh yang panjang dan keberkatan dalam rumah tangga diorang..
Sana-sini org buat majlis kahwin. Cuma kita pergi majlis bukan keluarga boleh bersenang-lenang makan tak sama kalau majlis keluarga macam MD tak banyak sikit mesti dia kena sinseng lengan baju dia yg mengerlap-ngerlap tu dinda..
ReplyDeleteKita tunggu dia buat N3:)
Hahaha sekarang tak payah tggu cuti sekolah weekend je dh byk knduri kawen kan..tak macam dulu2..mak jangkit sawan kakton..eloklah tu dh namanya berjiran.hihi
ReplyDeletesamalah kita Mak..hari Sabtu KJ suruh bersukan, tapi kita gi makan berganti-ganti...haha
ReplyDeleteSyokkk ooo makan nasi minyak, perghhh lawa pengantin
ReplyDeleteMesti akak terkenang-kenang masa akak jadi pentantin dulu kan..jangan nak tipu!!!! Hehehehe
ReplyDeleteBagaimana lah agaknya jika dah terserempak dgn jiran sebelah tu ya...mesti riuh punya!
ReplyDeleteTiap2 minggulh makan nasi minyak nasi bryani lah ya skg ni
Kita byk mcm sama sawan...tang nk sembang dgn bini kwan suami tu...pun samalh..setakat slm oklh...
ReplyDeleteSelamat berpengantin barulh..
Adoii mmg dah lama tak datang sini.. Sawan pengantin baru tu mcm mana ek??
ReplyDeleteApa2 pun Cik Jah ttp kena baca tigapat kali juga untuk paham bijik butir apa yang Cik Bedah nak sampaikan dlm setiap entry yang Cik Bedah keluarkan.. ayat2 cik bedah tu urban sangat ke atau cik jah ni buta tuli tak paham??!! hahaha!!
smlm pun kami pi kenduri ....lama tak pi kenduri .... hehehe
ReplyDeletehehehe. sawan pengantin baru pun ada ye...
ReplyDeletehaah kan tak sabo nak tunggu jiran mak up gambo kat blog...jangan dia over dari pengantin dah le....kahkahkah....kite tak jalan mana lagi pon badan tak sehat sangat demam selesema bagai...cuma yg best bila cik boss bawak tengok wayang...lama gile dah tak tengok wayang tau :p
ReplyDeletekak Zai pun pergi kenduri kahwin anak sahabat tapi tak bergambar.
ReplyDeleteBuat kedua mempelai selamat pengantin baru semoga kekal selamanya.
Amboi, amboi! Bukan main tersawan pulak dia! Ni kita suspect masa bersiap nak ke majlis tu mahu dia tempek bedak tebal 8 inci kat muka sebab takut terserempak dengan mak saudara pengantin lelaki. Rupa-rupanya salah...Huhuhu... Kalau tidak, habislah kita popular minggu ni, mengalahkan semua pengantin yang bersanding hujung minggu lepas. Kah3x...
ReplyDeleteMak, sebenarnya masa masuk dewan Sabtu lepas, kita dah tak pandang lagi dah siapa tetamu pihak pengantin perempuan. Yalah, kita tak kenalkan...Lagi pun bila orang ramai memandang, kita cuaklah walaupun kita bukan pengantin. Hahaha!
Nasiblah kalau ada yang terperasan kita disebabkan superheroes berdua tu ^_^
yummy...dah lamer xmakan nasi kenduri...hehehe...
ReplyDeleteWahhhhh..tu majlis kahwin golongan bangsawan tu....hihihi
ReplyDeleteSyoknya g kenduri kawen. LM ada baby ni mkn kunyah lbh kurang je terus nk balik. Mmg takda mood nk bersantai sgt sbb sian baby tgu lama
ReplyDeletepergi kenduri lah paling best ..hehehe..leh tengok pengantin..ada acara makan2...leh ambik gambor banyak2....
ReplyDeleteamboi kemain sawan pengantin yea.... heheheh macam2 la okje ni... tersengih2 saya baca... hahaha
ReplyDeleteahahaha....pegi jer ambik gambar duk atas pelamin gitew... hahahahaha
ReplyDeletemusim org kawen..cik nor jgk tak kawen2 lagi..haha
ReplyDeletelorrrrrrrrrrrrrrrr naper tak tumpang dok atas pelamin pengantin, tunjuklah kat kami di alamaya, pasti meletoppppppp, bak kata nabil
ReplyDeleteutgnya dapat cuti 2 minggu . tapi bkn lama pun klu nak campur cuti majlis tempat lelaki dgn tpt perempuan . baki cuma berap hari je utk honeymoon ...ntah bila saya nak kena sawan pengantin baru agaknya ... my anak buah lelaki yg baru 22 thn pun dah bertunang ... huhuhuuu
ReplyDeleteTeringinnya nak makan nasi kenduri kawen..
ReplyDeleteBaru tau ada sawan jenis ni ... hehe
ReplyDelete