Jemput makan Tuan Anas Jilapah
Salam Jumaat yang barokah.....
Dah habis pun cerita Tuan Anas Mikael malam tadi huhu......Satu satunya cerita berepisod yang mak sanggup layan tiap tiap malam tau. Dengan Pak Jilapah, Pak Jilapah sekali mak ajak join hihi.... Mak suka sangat tengok gandingan hero dan heroinnya. Aaron Aziz dan Zara Zya. Suwit sangat weyh. Tetiba pulak macam terasa rasa ada aura Tuan Anas dalam rumah ni, Tuan Anas Jilapah hikhikhik....
Si Angry Bird dah start tuition malam tadi setelah off sebulan. Tution pun ada cuti jugak weyh, ingat tak de! Yelahhh cikgu pun nak berjalan jugak, ye dak? Takkan nak asyik mengajo anak orang hihi..... Dia request nak bawak something kat Cik Ujie aka cikgu Tuition. So mak buatkanlah kek coklat petang semalam. Katanya pakar sangat kannnnn....... haha....
Budak perempuan ni lain sikit daripada budak lelaki. Kalau budak lelaki tak maunya dia bawak bawak cenggini. Si SA dulu, duk sekolah Teknik, tak maunya dia bawak apa apa pun, malu katanya. Tak mau sudah, ibu pun malas nak buat huh......
Udah gasak ko, apam tergolek golek dalam pinggan haha.....
Ni pun hasil keras tangan mak semalam. Kuih Apam gula melaka. Kuih faveret mak dan seluruh family ni. Satu lagi kuih faveret, terutamanya Tuan Anas Jilapah, kuih Kasuwi! Haih!!! Ingat Cik Ayu Maisara jer ke yang pandai jaga selera Tuan Anas ?? Ni ha, Cik tak berapa nak Ayu pun rajin jugak tau jaga selera Tuan Anas Jilapah haha.....
Kalau banding dua kuih tu, mak lebih suka kuih Apam, tulah pasal mak buat kuih Apam semalam hihi..... Yelah, selera tukang masak wajib didahulukan katanya, barulah tukang masak boleh buat dengan penuh kasih sayang haha...
Tapi tulah, simple jer resepi Apam Gula Melaka ni sebenarnya, yang lecehnya nak kena tunggu dia naik tu lama sikit, baru boleh dikukus. Jenuhlah weyh ...... Dahlah mak ni memang bukan penyabar sangat orangnya hihi..... Tak payah nak kena tunggu tunggu ni boleh tak?
Jemput makan Tuan Anas Jilapah......sambil senyum dan kelip kelip mata gedik, twing! twing!
Siapalah Anas tu pulak dinda ni kan.
ReplyDeleteKanda ni memanglah selalu tertinggal bab drama-drama ni. Tanya anak-anak tahulah mereka. Adik dah tusyen ye. Anak dara kanda masih melayan tv dan novel lagi sepanjang masa.
hehehee..drama mak ni mengundang senyuman di pagi hari la mak! ;)
ReplyDeleteAlla..kita tak sempat lagi nak tgk drama tu.
ReplyDeleteSedap sungguh kuih2 tu..
Anak2 kakak yg duk asrama masa sekolah dulu samalah cam SA tak mahu dia bawak mknn...lagi senang kan kakak pun malas nk masak bagai....
ReplyDeleteHainom ni sama dengan selera suami dgn anak2 kakak ni suka sangat apam....nak2 Iman .,apam biasa pun jadi..
Kakak kaswi sukalah .
Rajin anak hainom tuition cuti2 sekolah ni ya.Anak kakak masih duk relax lagi ..buku2 teks yg dibekalkan jengah sesekali je...
Anak2 kakak yg duk asrama masa sekolah dulu samalah cam SA tak mahu dia bawak mknn...lagi senang kan kakak pun malas nk masak bagai....
ReplyDeleteHainom ni sama dengan selera suami dgn anak2 kakak ni suka sangat apam....nak2 Iman .,apam biasa pun jadi..
Kakak kaswi sukalah .
Rajin anak hainom tuition cuti2 sekolah ni ya.Anak kakak masih duk relax lagi ..buku2 teks yg dibekalkan jengah sesekali je...
Pandai ko Nom..
ReplyDeleteMengambil hati Tuan Anas Jilapah ko tu Nom.. :D
Buat juga kuih kegemarannya kaswi tu..
CH skrg dah terlebih huruf M tu..
Tak rajin sgt nak buat kuih huhuhu..
Nasiblah ye anak2..
Tunggu lah dtg si R tu..
Haha.. time ni semua nk pakai nama tuan anas ye.. tapi syok sangatla bila tuan anas jilapah sama2 nak menengok tuan anas mikail tu.. walaupun saya tengok cerita tu 2 episod je, tapi kalau suami tgk sama2 tu pasti ceritanya best ..
ReplyDeleteSedap nampaknya menu Okje tuk tuan anas jilapah tu.. ai.. rajin sangat nampaknya sekarang ni..
Ohh kita tk lyn citer..pelakon lelaki kayu, mcmmna bleh menang..??
ReplyDeleteWah rajin mak org ni...msk utk family. ?.baguih dah tu...bab tk penyabar..tu jer..klu bermain dgn yis..mmg gitu...hihi
Ala...tak dapat tengok cite Tuan Anas tu..
ReplyDeleteUittttttt..terliur tengok kek coklat.
hehehhehe edy pun layan cite tuan anas tuh kak... dana tak tgk mlm td kepala tak berapa sihat tdo awal... kene tgk ulangan dia lah apa lg kan....
ReplyDeleterajin akka siap bt kek coklat... pastu bt apam lak...
Sedap plak tgk kek tu.
ReplyDeleteTak tgk pon citer TAM tu. Nan hado astro kat umah.
Sedap keknya. Pandai akak buat kek tu. Nampak sedap. Anak lelaki memang macam tu akak. Nak bawa apa-apa bila balik kampung memang tak nak. Teringat masa sekolah di asrama dulu-dulu.
ReplyDeleteSedap nampak kek Coklat tu. Kalau saya nak buat selalu. tak perlu beli kedai.
ReplyDeletekahkahkah melayan tuan anas gak
ReplyDeletebest kan cite tu
sweet ngan zara zya ngan aaron aziz
suka tgk memek muka derang tu
amboi apam tu nampak sedap bebeno
dimakan ngan kelapa ada rasa masin2 sket
wah tuan anas kat umah tu sure selera kemain
sebab cik ayu dia rajin masak!
Kak Zai pun sejak penghuni rumah dah berkurangan penyakit M dah melanda. Ada masa banyak makan diluar. Nak buat kuih jauh sekali. Kak Zai pun layan Tuan Anas Mikael hihi....
ReplyDeletehahaha gelak je lorh den baca tajuk entry ni XD
ReplyDeletedua2 sedap sangat mak...dua2 kite suka...minat gak dengan abang haron tu tapi siri yg ni kite tak ikut pulak...ingat nanti kalau ada rezeki nak jugak pecah tabung ayam buat beli novel siri tu....kuikuikui...baca novel lagi feling mak...ekekekek
ReplyDeleteTuan Anas Jilapah.... errmmm.... kurang komersiallah, Mak. Apakata letak Tuan Yem Rambo ke, tak pun kalau nak sangat nama Jilapah tu melekat, Tuan Rambo Jilapah ke.. . tapi itulah kena jadi bad guy pulak nanti takleh jadi hero. Kah3x...
ReplyDeleteBukan main pandai menambat perut PakJilap ek, Mak! Maklumlah...ni mesti ada apa-apa ni ^_^ Esok nak ajak PakJilap pergi manalah tu agaknya, bukan main lagi berjaga makan minum @_@
wak tenok apam mak tu pon dh sedapp., ;p
ReplyDeleteSedih-sedih ni...tak adapat tengok cerita akhir Tuan Anas
ReplyDeleteuntung tuan anas jilapah.. mak jilap pandai ambil hati
ReplyDeleteWaaa, sejak dua tige menjak ni kite perasan rajin betul mak menayang resepi yek, jelez plak dibuatnya, tapi kite ni tak reti sgt masak, takat buat alas perut je.
ReplyDeletemacam tingin je nk mkn kek dan apam tu Nom!!
ReplyDeletewalaupun tk kena jemput bagai nk jugak rasa apam tergolek2 tu ..
Tau drama tuan anas ni tp x pernah tengok.
ReplyDeleteKuih kasuwi tu mmg sedap .. mkn waktu petang sambil minum kopi ... perggghh
Untung Cikgu Ujie. dapat makan kek coklat meleleh2.
ReplyDeleteterliur Cikgu Zura tengok. hahahahahaha
Bila nak pos kuih apam ke shah alam sikit?
klu nak cepat naik senang je hainom . tutup pastu letak le kat bawah terik matahari . pastu tinggal sat pi cuci pinggan ke , layan tv ke ... dalam 15 minit / 30 minit jenguk le . tgk dah naik ke belum ... heh heh heh .
ReplyDeletekebetulan anak ky nama anas..bolehlah panggil dia tuan anas lepas ni..hihi
ReplyDeletemudahan jadi tuan besar..macam tuan anas mikael atU jadi mcm tuan anas jilapah..hihi
sangat sedap kelihatannya
ReplyDeleteglamer betul nama tuan anas skrg yer.... maklum lah rumah kami x de astro sebab tu sedikit ketinggalan
ReplyDeleteX tgk pun citer tuan anas ni. Cam poyo je. Tu malas nak tgk.
ReplyDeletesama lah..citer tuan anak ni tengok dr mula sampai abis..best ceritanya
ReplyDeleteSy kadang tengok kadang tak cerita Tuan Anas tu kak.. tido awal... hihi
ReplyDeletekuih apam tu nampak tradisional skit.. suka jgk makan sesekali...
tetiba rasa nak berjiran dengan kak nom, kot petang2 balik kerja letih2 lapar tu ada pulak yang menghantar kuih haaaa. alangkah bahagianyaaa rasa hihi
ReplyDeletelayan separuh je citer tu.
ReplyDeleteakhir akhir dah x layan sbb blk kg.mls nk berebut channel dgn isi rumah.
dua dua menu tu saya suka. nak nak kek coklat tu..