Sesekali melayan tekak
Salam Rabu......
Mak selalu nampak restoren Chef Zubir ni kalau nak ke rumah PIL. Selalu jugak berjanji dengan anak anak dara ni, kalau abang Iman balik nanti, bolehlah kita test makan steak kat sini. Sure lain rasanya, maklumlah Chef Celebrity katanya. Huh.....harganya kot yang mungkin lain hihi....
Minggu lepas balik dari rumah PIL, maka ke sinilah mak tuju anak beranak. Tapi, tak de rezeki, penuh weyh! Kalau sanggup nak menunggu, silalah tulis nama ye kat pintu masuk tu. Tak kuasa, haih....
Sudahnya ke restoren sebelah jerlah. Rezeki Al Diafah rupanya malam tu.
Kalau dah masuk kedai Arab katanya, nak makan apa lagi kalau bukan Nasi Arabkan!
Mula mula mak tengok masa dia hantar tu, nampak macam sikit weyh..... tapi alhamdulilah, memang cukup untuk mak lima beranak yang berselera Jilapah ni. Hihi...
Menyesal pulak ambik Ayam panggang, kalau ambik Ayam Mandy kan best! Lembut sikit kot. Harga Rm75. Dan dan teringat pulak Kedai Arab Barada kat BTHO tu, baru RM45 henggit hoho....
Memang agak mahal. Tapi sesuailah kot harga dia dengan restoren yang cantik dan nampak ekslusif tu.
Dah tau harga seram, ngengada pulak tekak mak nak try kebab ni hihi..... Eleh, bukan selalu pun bang, ni kira upah gosok baju orang ar....
RM 30 henggit ko. Lepas makan, menyesal pulak! Mak selalu cenggitu tau! Masa mengorder tak mengingat!
Pak Jilap lagi ngengada, Kopi Turkish di trynya. Dahlah cawan kecik, sikit, mahal pulak tu huh..... Suka hati tekaulah, duit sendiri kan hihi.....Habiskan bang!
Hihihi..
ReplyDeleteKalau macam rupanya Nom..
Kena booking awallah nak makan kat Restoran Chef Zubir tu kan Nom..
Kalau sampai baru nak tulis nama menunggu..
Mahu mencakor dinding di buatnya..
CH pulak memang suka Ayam atau Lamb Mandy Nom..
Sebab lembut jer dagingnya..
hisss macam nak mencari jugak ni Nom..
Dah terliur pulak cerita ni :D
kopi turkish tu pekat sangat kan..cawan kecil je..ada tengok dalam tv
ReplyDeleteFuh Fuh.. mengancam la kak nasi arab tuu.
ReplyDeletekopi pulak pekat bak ang klau aina minum, mau tak tdo 2 hari. haha
laman grill chef zubir ni yg kt wangsa melawati tuh ke kak? ke tempat lain?
ReplyDeleteagak mahal kedai arab tuh nye kebab kak... dekat2 opis dana... kebeb gitu 2 cucuk gitu baru rm20 kot... pastu dpt roti arab banyak sgt... mmg sedap berbaloi2...
tp kan kak sesekali suami belanja, apa salahnya kite oder mcm2 heheheh
saya kalau ke kedai arab mkn kebab jek..lain tak bleh nak in >_<
ReplyDeleteAyiyooo kita lprrrr ni tau tak awakkkk...mkn kukis jer ni..sampai htiii....dhlh dpur tk berasap 2/3 hari ni.......
ReplyDeletekalau dah restoren chef pupuler camtu mesti gayat menegok harganye...tapi kalau dah tekak teringin tak salah hang nak makan situ...bukan makan hari2 pon kan mak kan...tapi restoren arab tu tengok dari jauh pon dah cantik memang sesuai la kalau harga makanan pon cecantik gak di tekan nye...awat pekat berabuk je kopi yg tuan anas order tu mak...mesti pahit atau pon manis berdentum...kekadang orang2 arab ni selera manis diorang melampau tahap potong kaki...
ReplyDeletelama dah tak pekena nasi arab ni. sedap pulak nampak tu. kena pergilah lagu ni
ReplyDeletesedapnya
ReplyDeleteDah tau restoran chef popular, kenalah datang awal! Barulah dapat merasa macam pelanggan yang dihargai gitu. Maklumlah, harga pun dah tentu mahal. Walaupun bukan chef masak personally, sebab restoran chefkan, haruslah mahal rasanya!
ReplyDeleteEh, dah lama tak makan nasi Arab. Ni yang rasa nak melenjan ke Cyberjaya aje ni!
amboi terliur haaaihh... tap reganye boleh tahan la ... pitam nk bayar ...
ReplyDeletejarang2 melayan boleh la.. selalu rabakk poket.. heee
ReplyDeletejarang2 melayan boleh la.. selalu rabakk poket.. heee
ReplyDeletekan kak. kita selalu nak makan mcm2 bila dah makan dah kenyang baru timbul kesedaran. masa oder tak sedar diri huuuu
ReplyDeleteNi kat taman putra kajang ker kak? Pernah makan sekali kat laman grill nih. Orang memang ramai. Al-diafah tak pernah try lagi.
ReplyDeleteohh restoren zubir..harga mesti tarag selebriti ye..takpelah belum rezeki..nti cuba lg..dh kena kebab RM 30 dah pun kan kira oklah.hehe
ReplyDeleteOh dah naik papantanda yang ada gambar Chef ya.. Dulu-dulu takde rasanya. Memang tak pernah masuk situ, malas menunggu hu hu.
ReplyDeleteSesekali melayan tekak takdo salahnya weyh, asal mampu, harap ada la terselit sikit ingatan pd yg tak mampu ni, hu hu
ReplyDeleteKalau nak merasa mahal pun tak apalah bukan selalu pun. Yang malas tu bab menunggu.
ReplyDeleteKak Zai pun baru aje makan nasi Arab
pernah cuba sekali je kat restoran chef zubir, itu pun masa besday wife. dating waktu lunch hari kerja, anak2 kat rumah pengasuh. hahaha, nak repeat bawa anak2 rasa cam tak mampu pulak tengok harganya
ReplyDeletefuhh seremm regenya, tapi kalau sedap berbaloilah kan..
ReplyDeleteLapo pulak tengok nasik malam2...huhu
ReplyDeletemahainya okje!!! sebab tu saya paling la takut nak masuk kedai arab... huhuhuh kopi pak jilap tu.... kemain pekat okje... rasanya sedap tak?
ReplyDeleteaida pernah gi dah laman grill tu.
ReplyDeletebesday abah.
ok la. sedap. bergaya sgt plating nyer.
takut nak makan ha ha ha...
harga standard la harga retis :)