To the Sweetest Daughter.....
Salam Rabu
Inilah dia Birthday Girlnya, Angry Bird. Dilahirkan 17 tahun yang lalu dengan berat 2.21kg aje. Paling kecik antara adik beradiknya. Anak anak mak memang kecik kecik weyh, paling besar pun TLBD, itu pun 2.51 kg. Nak buat macamana, zat galian semuanya gi salah channel hihi...... Terbalik, omaknya yang terlebih godang! haha.... Itulah.... kecik kecik pun perut mak kena belah jugak weyh!
Sayangnya, tak banyak gambar Angry Bird masa baby sebab masa tu kamera rosak. Zaman tu nak beli kamera sebijik pun rasa siksanya bukan main tau! Handphone apa tah lagi, memang tak termampulah kami, pasangan Jilapah yang serba doif masa tu.....
Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan dia buat kami...... keletahnya, gelagatnya cukup membuat kami gembira.
Walaupun ada kalanya adik menangis dan merajuk, tapi ibu ayah tetap sabar melayan kerenah adik tau.
Ingat lagi tak masa kita baru pindah rumah kita sekarang ni, ibu tak de pilihan lain kecuali ibu terpaksa masukkan adik ke Tadika Si Manis sebab tadika ini jelah yang paling dekat dengan rumah. Tiap tiap hari adik tak nak pergi sekolah sebab adik kata adik tak de kawan. Ibu tahu adik takut sebenarnya sebab kawan kawan adik semuanya cina. Tengok tu, bergambar pun muka ketat.....
Terima kasih adik kerana menjadi anak yang baik, menyejukkan mata ibu ayah, menenangkan di saat kami resah, menggembirakan disaat kami berduka. Hepy Bezday adik! Doa ibu ayah semoga adik berjaya dunia dan akhirat, menjadi anak solehah. Menjadi pendorong kepada abang Iman dan pembimbing kepada adik TLBD. Walaupun adik dah besar, adik tetap baby di mata ibu dan ayah. I love you adik!
Selamat Hari Lahir jugak untuk Yati, Cahaya Hidupku yang berkongsi tarikh lahir, moga diberikan kesihatan yang baik dan umur yang berkat dalam limpahan rahmat Allah. Terima kasih kerana sudi bersahabat dan berkongsi ilmu dengan kita ye Yati !!.
Comel rambut .. keriting .. ikut sapa lah agaknya ye 🙊
ReplyDeleteHepi birthday utk adik!
Happy Birthday Adik.. alhamdulillah dah anak dara ye kak ..17 tahun.. ayu je muka dia..moga jadi anak solehah yg berbakti pd ibu ayah..sihat & pjg umur..amin..amin...
ReplyDeletecantik nya rambut adik masa kecik.. cute je kak...
Selamat hari ulangtahun kelahiran anakanda...
ReplyDeleteMakayahnya nampak muda belia je lagi, tapi anak2 dah remaja semua... :)
Sanah Helwah sicantik manis tujuh belas..
ReplyDeleteSemoga menjadi anak yg solehah ye secantik manis..
Berkongsi tarikh lahir kita ye.. sayang..
Rambut tu sama macam auntie masa kecik ki kih kih..
Punya susah nak jaga rambut keliting ohhh..
Tanya sweet seventeen ni :D
Sob sob sob..
Sungguh terharu CH Nom..
Dengan ucapan hari lahir di entri hang ni :D
Terima kasih atas doa tu ..
Sayang selamanya... <3
hepi birthday buat adik iparku..nak hadiah apa?
ReplyDelete*komen cari pasal*
Happy Birthday, Angry Bird! Happy Sweet 17 lah ya. Semoga berterusan menjadi anak yang baik dan sentiasa ada bila ibubapa memerlukan. Usia semakin meningkat, cabaran hidup pun akan bertambah juga! Bersedialah ya :)
ReplyDeleteDah besar dah anak dara Mak ni tapi kenapa Mak tak tua-tua juga ni, Mak ...
Happy Birthday Adik. Sweet 17.
ReplyDeleteanak dah anak dara,
tapi maknya nampak sebaya.
Wah comelnya..rambut kerinting..
ReplyDeleteTup2 udah besar pnjang dh anak dara..dgr doa ibu...amin amin in shaa Allah doa ibu mujarab..
Sanah helwah sayang adik
ReplyDeleteAmin... semoga doa anom dikabulkan. Happy birthday adik semoga menjadi anak kebanggaan ibu bapa.
ReplyDeleteAlhamdulillah comel adik, makin besar makin cantik macam mama, sweet smile happy birthday sayang dari Aunty
ReplyDeleteKecil rupanya masa lahir anak2 hainom ya.Anak2 akak paling kecil pun 3.0kg.
ReplyDeleteRambut keriting tu sama lah macam Iqa masa kecil..
Dah 17 tahun dah anak dara hainom ya...kejap je anak2 membesar kan.
Hepi bezday adek,semoga kehidupan mu sentiasa di sinari kebahagiaan disamping ibu ayah yang penyayang.
Alolo...comeinya
ReplyDeleteHappy birthday Adik..Moga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu...aamiin
oloh2 comeinya adik ngn rambut kerinting masa kecik tuh
ReplyDeleteselamat hari lahir adik
moga jd anak yg solehah n berjaya
Selamat hr lahir adik...comel masa kecik la
ReplyDeletedah 17 tahun rupanya...
Semoga dipermudahkn segalanya...
Selamat hari lahir adik. Jadi anak yang solehah dan rajin yea. ;-)
ReplyDeleteSekejap aje masa berlalu. dah umur 17 adik sekarang. Selamat Hari Lahir buat adik.
ReplyDeletehappy birthday baby kak okje ....
ReplyDeletecomey dr kecik sampai besar ... iras mak die ...
tp kan anak kite yg kecik mesti kita anggap baby wlupun dah besar
rambut tu mahal....kenteng2 cantik heheheheh....
ReplyDeleteselamat hari lahir si cantik manis...
moga menjadi anak yg sihat, bijak dan solehah ...amin...
Happy Birhtday Adik ! makin cantik niiiii ;)
ReplyDeletehappy birthday adik yang mewarisi kecantikan ibunya
ReplyDeleteSanah helwah adik angry bird,ermmmm kompius jap makcik nih, omak kau panggil kau adik ke angry bird?
ReplyDeleteMoga jadi anak yg solehah ye, berakhlak, menjaga solat, dan bersedia utk pekse SPM taun ni, sama ngn anak makcik si Muhammad Danish.
salam hainom ..
ReplyDeletehepi besday adik angry bird ..
podo omor ray karo anak ku Jee ..
moga cemerlang neng SPM engko ..
Hepi bday adik..
ReplyDeleteerkkkk samalah ngn anak2 kita geng, dah besar & beradikpun, tetap panggil adik, x kira anak dara / teruna..
happy birthday utk birthday girl yg tomey tu
ReplyDeletesemoga menjadi anak solehah dunia dan akhirat amenn
Anom cyg please email kaknoor
dan bagi address ya
sebab anom dlm top pengomen tegar blog kaknoor
nooriahabdulillah@gmail.com
selamat hari lahir Adik! Semoga terus sukses dalam hidup dan menjadi anak yang menyejukkan mata ibu ayah dan keluarga :)
ReplyDeleteSelamat hari lahir adik. Cantiknya rambut adik...kerinting ☺☺
ReplyDeleteselamat hari lahir adik...comey sangat tu rambut curly2
ReplyDeletehappy belated besday adik.. comeinyaa dia..
ReplyDeleteComelnya si angry bird ni ye..sr kecik smp kebesar..ye ke mak jialaph ni besor..sy tgok kecik je..patutlah anak2 semua keluar kecik.
ReplyDeleteRambut kinting tu mahai la..cam afia pulak pesen rambutnya tu.hehe