Cari mood RAYA
Salam 26 Ramadhan....
Akhirnya.....
Ramadhan telah sampai ke penghujungnya, dan Syawal pulak yang akan menjengah...........
Apalah agaknya pengisian kita dibulan yang penuh berkat ni agaknya kan? Jahit langsir? Buat coklat chip? Huh.... tu mcm pengisian mak aje..... Semuanya pengisian duniawi nampaknya tu huhu..... Sedih!..... Kepada yang hampir khatam, tahniahlah ye! Korang memang haibat!
Walau apa pun pengisian kita, moga Allah mengampunkan dosa dosa kita hendaknya. Moga Allah menerima ibadah kita yang tidak seberapa ini.
Mana mana yang balik kampung, mak doakan moga korang selamat sampai ke kampung masing masing. Mana mana yang memgeram kat KL, moh le kita ronda ronda KL last kopek hihi....
Dah fikir nak masak apa ke Raya ni? Mak dah ambik kata sepakat, tapi kata sepakat dengan diri sendiri ajelah hihi......Mak nak bawak Nasi Lemak jer ke rumah PIL. Buat Sambal Udang, Ayam Goreng berempah, untuk kelainan, katanya Nasi Lemak Raya kan, kita gunalah Beras Basmathi. Barulah namanya Nasi Lemak di Pagi Raya haha....
Kalau nak jugak makan Nasi Himpit nanti mak masaklah jugak sikit buat jangan tidak. Masaklah sikit Sambal Kacang campur Daging. Pergh!! Mak dah bayangkan kemabelesannya tu. Nak makan lodeh, kita tumpang ajelah lodeh biras mak hihi.....Dia pun masak jugakkan. Dah bertahun tahun masak benda sama di Hari Raya, sampai berlebihan tak termakan, biarlah tahun ni mak buat kelainan sikit. Kalau tak de sapa nak makan Nasi Lemak mak, mak kerahkan ajelah Pak Jilapah dan anak anak Jilapah makan hihi....habis cerita!
Di kesempatan ini, mak pun nak mintak maaf jugak ye korang, manalah tahu terkasar bahasa tanpa sedar masa mengomen tu, tahu ajelah bila mak dah kena sawan tu kan hihihi.....
Selamat Hari Raya dan Maaf Zair Batin korang!
Udah, marilah kita ambik mood nak Raya, tengok gambo gambo Raya tahun lepas mak, berlatar belakangkan kelapa sawit maklumlah rumah mak jauh di pedalaman. Disamping bagi korang loya di pagi Jumaat ni haha.....
ehhh mood raya ka dah posing raya ni....
ReplyDeletehai kak hainom sekeluarga...aRz juga mohon maaf banyak-banayak sekiranya sepanjang pengenalan ada terkasar bahasa...atau terlupa blogwalking dan sebagainya hehehe
ala... first time "ai" rasa sebak baca entri okje... (part yang awal tu je la...) tah macam manalah penerimaan Allah pada amalan-amalan saya bulan Ramadan ni. Sedih pula bila fikir.. entah-entah tak capai piawaian... (T_T)
ReplyDeleteAwalnya mak bagi ucapan raya... janganlah... awal lagi ni... huhuhuh
Manalah tahu ada yg kanda buat terasa dan terkesan dihati dinda walau sekadar di alam maya mohon dimaafkan ye dinda.
ReplyDeleteSelamat Hari Raya maaf zahir batin dari kanda.
suka tgk gambar yg bj purple tu nampak romantik sgt kak nom ngan pak jilapah ... comeyssss
ReplyDeletedana pun sama kak,
ReplyDeletemohon maaf zahir dan batin... almaklum suke ngaco akak kt blog nih, maafkan andai ada komen2 yg menyinggung perasaan kak nom
tak blh betul dana tgk gambo raya kak nom sefamily... nampak mcm pak jilapah ada 3 anak dara... sama lbh kurang je muke 3 beranak yg perempuan tuh
Amboi ko dah ambil mood raya sungguh tu nom..
ReplyDeleteHabis semua gambar selfie tahun2 lepas punya raya keluar...
Mahu jiran ko meroyan nanti Nom..
Nasi lemak raya ye Nom..
Nanti CH singgah raya ye..
Cer share location kih kihkih..
Salam lembaran syawal Hainom..
Mohon kemaafan jika ada salah dan silap sewaktu meninggalkan komen.
Tahulah kan CH suka menyakat ko kan nom :)
Selamat hari raya maaf zahir dan batin.
inshaAllah...moga amalan kita diterima oleh Allah. Amboi..dah amik mood raya tu, seronok tengok gambar anak-beranak ni ceria je dah macam kengkawan bergambar je.
ReplyDeleteDikesempatan ni saya nak mohon maaf andai ada tersalah kata semasa komen2 diblog ni ye
Saya pun sama lah kak nom, nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri. Maaf ye kalau ada ayat saya yang tersalah taip menyinggung kalbu.
ReplyDeletebalik kampung nanti hati-hati di jalan raya tau, biar semua selamat tiba termasuk nasi lemak raya tu. Biar semua merasa...
muka akak ni takde rupa mak-maklah. dah rupa adik-beradik saja. di mana kata dah tua sangat tu?
Wow maaak photo shoot eh! Hehehe..Insyaallah mak. Semoga semua amal kebaikan kita di terima Allah. Selamat hari raya maaf zahir batin ye mak. =) #teambalikkampunghusband. Hahaha..=P
ReplyDeleteSelamat Hari Raya kak dari orang yang memang mengeram di KL sentiasa..kekeke..
ReplyDeleteSuka tgok gambar raya korang ni.sempoi je..
ReplyDeleteSedapnya kuih kacang daging..sabaq je la mak kits ji berpantang.huhu
Selamat hari raya maaf zshir batin juga ye.maaf dipinta andai ada terkasar bahasa tersalah mengomen sepanjang perkenalan
Akukan mak, sbb mak aku dh tkde, mood beraya dh lama hilang, sekadar raikan anak2 je, ko tya toklaki aku dah brpa thn aku tk beli baju raya, tp taun lps ada aku beli, tapi aku pakai taun ni plak.
ReplyDeleteKo bagi aku idea nk masak pagi raya tu, rasanya aku nk masak nasi lemak jugakla, bole? Tak bole, ada aku kisah, hahah, ko jgn marah mak ek.
Sempena raya bakal tiba, aku mintak mahap bebanyak mak yo, mana tau aku ngutuk terlebih ke buat ko terasa, harap ko mahapkan ek.
Eid mubarak in advance
anak lelaki seondon dgn ayahnya , anak perempuan lak sedondon dgn ibunya . teringat lak kat my kakak g pi cari baju raya minggu lepas . dia dan anak daranya sedondon merah . bila nak beli utk abahnya , dia tanya , nak ke abah pakai warna merah ? sudahnya si abah dan anak lelakinya caler biru jer ... heheheee
ReplyDeleteKeluarga bahagia.
ReplyDeleteMacam adik beradik semuanya.
Mak , mak mana satu sebenarnya ... Mak dengan anak - anak macam sama je . Mak forever young . =) ... Ok mak , Nia pun nak ucapkan Selamat Hari Raya . Mintak maaf jika ada terkasar bahasa . =)
ReplyDeleteSalam aidilfitri dari kaknoor yg jauh ni hainom ya,kita manusia biasa mesti ada salah dan silap semasa dialam maya ni jdi maafkan kaknoor ya 0-0 ok
ReplyDeleteSkrg baru ada mood raya..mcm2 terfikir nak buat itu..ini
ReplyDeleteCeria beraya walau pic tahun lepas, cantik apa permandangan tu
Apa apapun nak wish selamat hari raya, maaf zahir batin...mohon kemaafan jika ada terguris semasa berbicara
salam hainom .
ReplyDeletesatu keluarga bahagia tu ..
kira last entri seblm nyambut raya ke ..
wes njalok ngapuro !!!
opopun .. nyong jalok ngapuro jugak ..
lopot ku seng okeh2 di ngapuro yor ..
selamet lungo, balik kampong ..
ojoh mangan okeh2 egek ziarah royo engko !!!
Misi kutip duit raya ke tu? kikiki
ReplyDeleteMak tahun ni beraya kat mana? bakal menantu nak datang ni..hehe
ReplyDeleteselamat hari raya aidilfitri
ReplyDeletemaaf zahir & batin
Love,
Lya Afrina ;-)
suka tengok gambar, ceria je.
ReplyDeleteanak dengan mak macam sebaya..tips forever young plss
selamat hari raya..
Salam mak.. Tersengih lady baca coretan mak.. Nasi lemak pun boleh mak.. Keluarga jilapah kan ader..
ReplyDeleteMak, cantik2 gambar raya rahun lepas.. Ceria jer semuanya..
Mak, ladypun nk ucapkan selamat hari raya Aidilfitri untuk mak sekeluarga..
Wahh mak, nasi lemak nak dibawa di pagi raya. Menarik tu. Mesti sedap mak masak nie. Hehe.
ReplyDeleteSelamat hari raya mak dan keluarga. Mohon maaf ye jika ada terkasar bahasa komen kat blog mak.
Semoga berbahagia di hari raya.. Raya ni seronok tengok budak2 yang excited lebih. Hehe :)
Selamat Hari Raya. Maaf zahir dan batin.~~
ReplyDeleteMenarik semua.😄😄
Sedap gak mak pepagi raya mkn nasi lemak...sebulan oiii tak jumpe nasi lemak...hahaha...haah ek kalau hang masak rendang lodeh bagai dah le sama le pulak dgn biras...bagos perancangan hang tu...kite kasi 4 bintang setengah...hahaha...selamat hari raya mak...mohon ampun dari jauh jika ada kesilapan kala mencoret yg membuatkan hang kecik hati yek.. T__T
ReplyDeleteKite keje lg ni. Hu hu hu. Sedih sedih
ReplyDeleteNasi lemak di pagi raya....
ReplyDeleteSama dgn mak mertua teman....raya ke 4 buatnya....
Selamat Hari Raya OKje..
ReplyDeleteselamat hari raya mak, maaf zahir dan batin
ReplyDeleteTok tok tok..
ReplyDeleteRaya lagi ke mak..
Atau tak habis lagi cuci pinggan mangkuk..
Selamat hari raya Hainom..
Walaupun 1 syawal dah seminggu berlalu, mood raya masih maintain...
ReplyDeleteRaya sebulan katanya...
selamat hari raya kak..:)
ReplyDeletenom... selamat hari raya.
ReplyDeletejemput dtg umah.
kat melaka :)
Buat Mak yang kuat selpie,
ReplyDeleteSelamat Hari Raya ya, Mak!
Walaupun hari ni dah masuk 22 Syawal, kira tak terlambat lagilah Kak Ton nak buat ucapan. Ini pun dah kira baik tau, kalau ikutkan mood Kak Ton dekat-dekat nak raya tu, lepas habis Syawal baru nak wish Mak, sekali harung dengan ucapan raya hajilah senang cerita!