Bukit Merah Water Park
Salam Isnin korang.....
Yuhuuuuu......mak muncul kembali selepas bercuti panjang ya amat! Hihi...... Weyh Tie, merendang apanya, daging korban mak masih beku dalam freezer tu, belum terusik ko. Mak balik KL hari Selasa, esoknya dah bermusafir pulak ke Bukit Merah. Nak menjengah blog pun tak sempat weyh.
Kalau ikutkan cuti si abang, kelas dia dah start sehari lepas Raya Aidiadha hari tu, tapi tetiba dia jadi dekan. Tambahkan cuti seminggu lagi untuk diri sendiri. Hurmmm...... gasaklah ko nak! Lagi pun mak pun teringin nak jalan jugak ni. Dah kebetulan Cuti Sekolah dan Pak Jilap dapat cuti panjang kan hihi....
Kalau ikutkan hati mak ni, teringinnnnnn sangat nak ke Pulau. Pulau yang belum pernah sampai le. Macam Pulau Redang ke, Pulau Tioman ke, Pulau Perhentian ke, Pulau Rawa ke...... mesti cantikkan pantai dia. Pepasir memutih, lautan membiru, Ikanan berenang renangan riang. Huh!!!!! Rosak bahasa jadinya. Tapi tulah, Pak Jilap pulak tak nak. Dia kata anak dia nak SPM tahun ni so jalan dekat dekat, cukup! Tengok laut Port Dickson sudah katanya! Hek eleh......baik tak payah jalan cenggitu bang. Dekat benau tu namanya! Hoho.....
Sebelum Pak Jilap booking hotel PD senyap senyap, baiklah mak siap siap booking hotel Bukit Merah dulu hihi..... Jauh sikit. Lagi pun mak belum pernah sampai ke sini lagi. So, balik dari sini bolehlah terus hantar abang. Kenapa tak booking kat Lost World of Tambun? Entah ek....... padahal mak pun belum pernah sampai jugak tu. Ingatnya Bukit Merah lagi best! Huh.....
Ya a auww.......hihihi......
OKlah jugak bilik kat Bukit Merah Laketown Resort ni. Luas dan selesa. Mak booking 2 bilik untuk 2 malam. Satu lagi katil tu momok yang tido hihi.....
Harga bekfes RM27 henggit sekepala. Rasa macam mahal jugak tu sebab bekfes dia tak banyak pilihan pun . Tapi puas hati jugaklah, sebab makanan dia 'berasa'...
Kalau baca kat website dia, memang nampak macam teruja nak pergi. Selain daripada Water Park, ada banyak aktiviti lain jugak yang boleh kita buat. Sambil sambil tu, bolehlah kalau korang nak suruh mak melawat sekali sedara mara korang kat Pulau Orang Utan tu hihi....... Tapi sayangnya banyak tempat kat sini yang dah tutup.
Tengoklah tempat skycycle ni, dah tinggal kenangan pun......
Tapi tak dinafikan, kawasan persekitaran hotel masih lagi terpelihara kehijauannya. Sejuk mata memandang.
Aktiviti mak baru sampai petang tu. Berposing posing atas jeti. Kat hujung jeti nilah bot akan bawak korang ke Pulau Orang Utan. Tiket masa tu promotion katanya Rm20 henggit sekepala. Mak tak pergi pun, sebab tetiba sawan kedekut sampai hihi.....
Esoknya baru mak anak beranak berdugong. Kalau warga Utagha, dapat Rm20 henggit satu kepala. Jimat bak hang! hihi.... Bagi mak kurang umphlah Bukit Merah Water Park ni. Nak kata kolam tak banyak, banyaklah jugak.... tapi kalau korang suruh mak pergi lagi, mungkin tak kot kecuali free hihi....
Hari kedua, usai berdugong dan balik dari Kuala Gula. Berposing pulak berlatar belakangkan Kampung Air ( Water Chalet ). Cantik memang cantiklah, tapi mahei ratenya semalam......
Wah baru balik dari bercuti lah ni ya...tentunya penat masih terasa lagi kan.
ReplyDeletePulau orang utan tu anak sulong akak pernah pratikal kat sana nom.Ada lah juga gambar dengan 'kawan dia' kat sana tu.
Wah baru balik dari bercuti lah ni ya...tentunya penat masih terasa lagi kan.
ReplyDeletePulau orang utan tu anak sulong akak pernah pratikal kat sana nom.Ada lah juga gambar dengan 'kawan dia' kat sana tu.
Wah syoknya cuti2..saya pun tak pernah pergi bukit merah tu, ada la pergi tp tido apartment je, tak pergi waterpark pun
ReplyDeleteWah gi berjimba kat Bukit Merah Water Park rupanya mak hainom ye..
ReplyDeleteCH ingat sibuk merendang atau sedang kekenyangan dengan sup gear box raya korban tu hari..
Kita pun sebelum balik ke kampung raya tu gi berjimba2 juga lah..
nanti lah update entri..
CH pergi Bukit Merah dah lama kot ada lah tahun 2009 dan 2012 ..
Lepas tu tak pergi dah sebab kata banyak yg tutup..
tempat skycyle tu merasa lah naik 2 kali hihihi..
pastu tempat mini zoo tu pun masih dibuka masa tu..
Tu lah hang nom..
Sebelum nak booking tu patut roger org yg dah pernah pergi..
CH pun macam nak pergi Tambun tu..
Dorang kata best..
Tapi kira ok lah tu..
Kalau tidak pak jilap bawa pi PD jer hahahhaa..
Wkmsalam.
ReplyDeleteSelamat bercuti.
tahu juga pasal diskaun tu.. tp tu lah tak de pulakk nk nyinggah bukit merah ari tu..
ReplyDeletepadahal dah lallu tu..
dr perak ke kedah
kedah ke kl
tak terasa nk singgah
mcm x meriah je kan kalau byk tmpt yg dh ttp
seronok le bercuti-cuti malaysia.. e'in belum sampai sini lg..
ReplyDeleteeh eh mak bercuti ke Perak!
ReplyDeletesaya ni org Perak, tahu juga pasal promosi rm20 tu tapi kan mak, belum lagi sampai teruja nak ke sana, maka jalan2 yg dekat2 saja lah cuti ni. lagipun, keluarga kami ada spesis org kerja tak sama org lain so kita duk diam2 aje hihi.
xpernah sampai lagi bukit merah..huhu
ReplyDeletemacam sedap je makanan tu.. hehe...
ReplyDeletejom jenguk sini pulak.. hehe...
macam sedap je makanan tu.. hehe...
ReplyDeletejom jenguk sini pulak.. hehe...
Bukit merah..... makchaq lalu ja.. x pernah singgah.. dekat konon dengan kampung..bila nak pi kesti pilir.. ala.. dekat ja... nanti2 la pi... last2 x pi..
ReplyDeleteLama dah x bercuti ke hotel2 ni...
kami dok homestay ja selalu bila pi cuti...lepas tu pi market..balik lentang lentung memasak... macam kat rumah pulak.. siap basuh baju bagai...
Pi bercuti macam dok rumah... ha ha...
oooo sbb tu lama tak update blog..pergi bercuti rupanya..
ReplyDeleteDemi Mak, Kak Ton datang memalam hari sekadar nak tengok gambar gedik Mak lakibini. Aduhai, nasib baiklah dah malam sangat. Malas ler nak muntah kaler-kaler. Lain kali Kak Ton nak datang blog Mak ni masa bekerjalah. Jimat sikit tenaga nak sawan gelak kat Mak lakibini!
ReplyDeleteOh alahai, tak best rupanya Mak! Kak Ton belum pernah mai sini sebab dari dulu sampai la ni pun Kak Ton rasa tempat ni macam tak best. Boleh gitu ^_^
Singgah mlm lah mak, tapi sebenarnya siang tadi aku dah singgah cuma tak sempat nk nyakat ko jr. Tapi dah mlm camni ngantukla plak, idea nyakat pun tak mai, so..adios la dulu, nk titun lak, sok kono bgn awai pagi nk poi kojo
ReplyDeleteSinggah mlm lah mak, tapi sebenarnya siang tadi aku dah singgah cuma tak sempat nk nyakat ko jr. Tapi dah mlm camni ngantukla plak, idea nyakat pun tak mai, so..adios la dulu, nk titun lak, sok kono bgn awai pagi nk poi kojo
ReplyDeletetak pernah sampai ke sini.
ReplyDeletetapi tengok gaya macam tak best je.. huhu..
Seronoknya cuti2 malaysia ni...entah bila la Nur sampai sini
ReplyDeletetak sah kalau dtg sini tak tgk org utan kan...itu pun yg menarik rasanya...yg penting dpt jenjalan kan
Biasalah dinda kalau baca website mestilah dia akan tunjukkan yg terbaik. Bila dah sampai tahu realitinya. Sebab itu kadang rasa tertipu. Lebih baik baca dari pengalaman mereka yg dah pergi macam dinda ni. Berkata jujur jadi org lain dpt the right info.
ReplyDeleteTapi yg penting bonding with family itu aje. Sebab bukan senang nak kumpulkan semua sampai abg sambung cuti ye. Pengelat betul bujang ni hihi...
ada terfikir nak ke bukit merah ni... tapi bila baca review orang mcm dah tak best... cancel je laaa
ReplyDeletelaaa dah tutup ke skycycle tu? kira pun last pergi masa 2009 kot gamaknya. sebelum merantau ke alor setar ni. kalau ikut mmg lost world lagi syok walau mahal sikit. tapi kata org lagi berbaloi. kira sendiri pun blm merasa lagi pegi lost world hihihihi
ReplyDeletePenuh cuti seminggu dengan aktiviti jenjalan carik pulau dan carik makan, OKje..bestnya kalau SB dapat gi sana
ReplyDeleteala, mana gambar berdugong..hehe
ReplyDeletebestnya,,,
ReplyDeletenmpk tmpat pom tenang n damai..
klo lya pom nk bercuti, suka pilih tmpat2 camni...
back to nature gittew
Sekarang tgh diskaun tiket RM 29 memang ramai org pergi..Bukit Merah ni dekat la jugak kan dengan tempat sy..dh byk kali jugak pergi..tp yg byk kali tu sekadar masuk waterpark je..ni dh lama tak pi..tak sgka dh byk tmptnya ditutup ye..katanya waterpark tu pun dah tak berapa bersih tempatnya betul ke
ReplyDeleteRm20 aishh typo sesaja.huhu
DeleteBagi mak ok jerlah air tu PK hihi....tak delah kotor pun. Samalah kita, mak pun tak masuk ecopark tu....mls pulak nak tengok binatang.
DeleteI definitely enjoying every little bit of it. It is a great website and nice share. I want to thank you. Good job! You guys do a great blog, and have some great contents. Keep up the good work Bukit Panjang MRT
ReplyDelete