Adik dan Muzik Keyboard

Salam Jumaat.....

Alhamdulilah...... hari ni esbok demam mak macam dah membeku je. Heran jugaklah dalam hati ni. Pulak gitu kejadiannya!!...... Melepaslah nampaknya nak dapat esbok baru haha......

Setuju tak? Semua ibu ayah dalam dunia ni mengharapkan anak anaknya cemerlang di dunia dan akhirat. Kalau boleh biarlah terbilang dan gemilang gitu. Tapi apakan daya tak semua apa yang kita harapkan, Allah akan perkenankan sekarang, mungkin Allah perkenankan esok, mungkin lusa, mungkin 10 tahun lagi dan mungkin Allah tidak akan perkenankan langsung kat dunia ni, tapi Allah akan perkenankan kat akhirat kelak. 

Siapa yang tak seronok weyh tengok kejayaan anak anak sahabat blogger macam Knor Tokey Rempeyek yang dah jadi Tokey Baju sekarang ni hihi....., macam anak anak kakak Saniah Ibrahim, anak mak Norazimah jugak, yang semuanya cemerlang cemerlang belaka, nak dapat straight A tu macam semudah kejam mata jer. 

Yang pastinya itu bahagian mereka, bahagian mak mungkin lain, kena bersyukur dengan bahagian kita. Tak gitu? Percayalah dengan setiap perancangan Allah. Setiap anak anak kita, itulah yang terbaik untuk kita sebagai ibu ayahnya. Tugas kita, membimbing dan mendoakan yang terbaik buat anak anak kita. Yang penting mereka tidak tersasar dari landasan agama. 

Pergh.....penat mak bagi ceramah hari ni hihi....

Cerita bab anak ni, ni ha nak ceritanya. Si 'adik' Kanda Zakie sebok buat kerja khusus geografi masa cuti sekolah hari tu, 'adik' mak pulak sebok beli Muzik Keyboard! Beli kat Aeon Big baru baru ini dengan harga Rm80 henggit, katanya tengah promotion. 

Adoyailah anak.....


Sanggup tu cari kat Youtube nak belajar macamana nak main lagu A Hundred Years - Christina Perri. Kan bagus kalau dalam soal pelajaran pun semangat macam ni dik oii! 

Nampak tak kesungguhan dia kat situ. Siap tag oren lagi note A,B,C bagai tu. Emmmm.... tak payah tunggu budaklah, mak budak ke bapak budak pun kalau dapat sesuatu yang baru memang tak sabarlah nak menggodek.   


                                 

Nampaknya mak kena redho ajelah minat adik ni..... 


Sayu pulak tengok gambar anak anak masa mereka kecik ni. Sudahkah aku membentuk mereka sehingga mereka mampu menjadi penyumbang saham saham akhiratku?? Huhu......


Doakan jugak untuk anak Kakcik Seroja semoga cepat sembuh daripada demam denggi. Dalam FB tadi KC cakap bacaan platlet anaknya 18. 

Comments

  1. Bugus usaha dia nak belajar tu, tak perlu cari kelas lagi :)

    ReplyDelete
  2. Rezeki masing-masing tak sama, Mak. Sama juga dengan bilangan anak. Ada orang ramai anak, ada yang satu aje. Ada orang ramai anak perempuan, ada yang ramai lelaki. Macam itulah juga dalam pelajaran anak-anak. Dapat anak yang bijak, of course kita bangga tapi kalau anak tak bijak mana, tak akanlah kita nak rasa sedih pulak. Mungkin bukan bijak dari segi pelajaran tapi bijak dalam skil lain, mana tau. Kita kenalah rajin 'cungkil bakat' katanya!

    ReplyDelete
  3. Saya sedang mencari benda ni kak..huhuuu..dalam pada ajar mereka ilmu agama saya nak seiring dgn dunia biar tak ketinggalan zaman

    ReplyDelete
  4. Setiap anak ada kemahiran masing2 nom...tak semestinya pelajaran je boleh berjaya dalam kehidupan.Mungkin adek ada bakat menjadi pemuzik ...mana tau kan,kita tak tahu masa depan dia kan...
    Pasal anak akak tu tak lah semudah pejam mata nom...terpaksa berusaha separuh nyawa juga .Kami orang susah nom ,jika nak berubah kenalah bersungguh.

    ReplyDelete
  5. Dah minat main keyboard anak okje ye ... silap2 jd komposer lagu ni.

    Hubby pandai main benda ni tp anak2 belum ada yg menunjukkan minat .. kuah tak tumpah ke nasi agaknya 😊

    ReplyDelete
  6. alahai terharu baca ceramah Mak di pagi Jumaat ni. Rezeki anak-anak ni masing-masing berbeza Mak. kalau semua dah bijak pandai, macam manalah dunia ni agaknya ya. Tak pandai tak mengapa, janji mereka cerdik mengharungi kehidupan dunia dan akhirat. itu jer lah.

    Adik saya taukeh ayam tu kan Mak, tahu membaca waktu umur 13 tahun tp sekarang tgklah sapa yg paling berjaya dalam adik-beradik. Dia tau, Mak!

    ReplyDelete
  7. nak wat cmane kak nom tiap anak lain2 keinginannya...

    pasni dh teror msti kak nom bangga...

    ReplyDelete
  8. huhu..mmg sgt sronok kalau tgk anak2 berjaya ni..dan kalau anak ada minat nak buat apa2..bagi semangat..

    ReplyDelete
  9. Setiap anak ada keistimewaan masing2.

    ReplyDelete
  10. Dh minat kenalah mak2 mcm kita beri galakkan...belajar jgn lupa huhu
    Mak pun blh belajar..dah siap tanda note2 tu
    Tak la sunyi rumah...

    ReplyDelete
  11. skil macam ni (kalau dididik betul) boleh jadi nilai tambah dalam hidup adik tau. tak rugi pon belajar. at least bila isi spa, boleh penuhkan ruang bakat yg kosong.
    ke situ pulak saya.. hehe.. ^_^

    ReplyDelete
  12. ok tu mak..ada bakat bermain muzik tu..

    terkesan saya dengan ceramah mak tu...itulah harapan saya semoga anak2 kita mampu berdiri teguh diatas landasan agama yang betul

    ReplyDelete
  13. Selamat petang Nom
    Betul Nom tak sama setiap anak2 kita punya kebolehan, zaman skrg ni dah berubah banyak, tk semestinya kejayaan dlm pelajaran je menjadi penentu kecemerlangan hidup seseorang itu, skrg ni banyak cabang seni pun dh boleh hidup mewah tau hehe

    ReplyDelete
  14. Terima kelebihan dan kekurangan anak masing2 kan kak.. Allah dah ada perancangannya tersendiri.. insyaAllah akan baik2 ja.. takpelah kak, layan kan je minat adik tu.. klu sy pun, suka nak main keyboard ni... hehe

    ReplyDelete
  15. Nom klau anak minat seni klau kat Selangor masukkan kelab tunas budaya Selangor. Dulu sibongsu kak zai pakngah (dato Suhaimi mohd Zain) yg train menari tp kak zai hantar juga class piano kakaknya pulak class biola.

    ReplyDelete
  16. belajar sendiri ke mak? hebatnya. mak la yang hebat sebab ajar sendiri. ku tak reti

    ReplyDelete
  17. rajin dia belajar....dah minat kan....

    ReplyDelete
  18. Sekadar nak asah bakat berhibur aje adik ni. Tak apa. Semoga adik jadi anak yang baik di dunia dan di akhirat.

    ReplyDelete
  19. Insyallah nanti adik rajin belajar macam ni juga untuk pelajaran sekolah.

    ReplyDelete
  20. Rajin adik belajar. Guna youtube ok juga.

    ReplyDelete
  21. Bolh ganti ajai nati..

    Semoga cepat sembuh...

    ReplyDelete
  22. Bolh ganti ajai nati..

    Semoga cepat sembuh...

    ReplyDelete
  23. Setiap anak2 ada kelebihan tersendiri Nom..
    Kita sbgi ibubapa yg jadi pembimbingnya..
    Untuk berjaya adalah rajin..

    Rajin amal ibadah berjaya lah diakhirat..
    Rajin membaca buku berjayalah dlm pelajaran..
    Rajin memasak berjayalah buat badan jadi sado hahaha..

    Ohhhh lepas ni anak hang jadi ahli muzik lah nom...
    Skrg kaya ahli muzik nom..
    Anak hang jadi komposer..
    Hang jadi penulis lirik nom..
    Macam habsah hassan hihiji..

    ReplyDelete
  24. Hai, Mak! Mana pigi ni sudah beberapa hari tak 'online'? Sibuk memasak ke apa ni? Ke sibuk main muzik?

    Hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sibuk baca note tu kak ton..
      Mak baca ..
      Anak dok main..
      Tak pun..
      Mak nya tengah menyanyi..
      Hahahaha 😂😂😁😁

      Delete
    2. Hahaha! Saya pun syak benda yang samalah, CH. Maklumlah kalau dah kertu ni, baca note pun jadi susah tau ~_^ Itu yang lama benor nak habiskan baca satu note!

      Delete
  25. Salam ... sokong ajelah. Anak2 ni memang nyer berbeza2 walau satu mak satu bapak. Bukan semua nya akn cemerlang dlm bidang akademik, ada yg berjaya dalm bidang yg len kan. Yg penting doa kita ibu bapa kena terus jgn putus. Mana lah ada mak bapak yang tak nak anak2 yang cemerlang terbilang dan gemilang khens... he3

    ReplyDelete
  26. lama pulak mak tak online ni. busy apa tu?

    ReplyDelete
  27. La hai ada mngumpat knor ke kat sini...idok le pandai bebennorr.biasa jer,sama mcm anak2 lain org juga..
    Setuju klu tak hri ni,esok lusa,kita nimsbgi mak bapak diorg jgn putuih asa berdoa..tak gitu..😄

    Nak citer pasal keyboard ni adibah dulu pun ambik kls piano yamaha,dptlh sijil semua tahap e level..msa tu agak jahil sikit kmi ni,kekonon nak mntapkn mate dia..bljar muzik pandai mate katanya..tapi dlm dok hntar dibah tu,rupanya dia tak minat dgn muzik,kls dia bijak,nmpklah mcm tak berminat..jadi kmi ni,suruh berenti stlh belj slma dua thun..
    La dok fikir buat apa hntr anak kt kls muzik,hntr kls hafai alquran kan ke baguihh..kmi pikiaq lagu tuhlah..kesedearn dah mai..hihi.tobat.

    ReplyDelete
  28. takpelah kak, dari dia merayap tak tentu arah. Dia nak penyanyi tak? kalau nak boleh contact I..haha

    ReplyDelete
  29. urmmmmmmmmmm samalah dengan anak bujang kita no.2 kat umah ni geng, belajar main gitar & setiap petang ke gym, smlm katanya dpt no 2 acara bina badan, boleh le sikit habuannya..

    "lantak le dik, janji final nanti bawa balik 9A jadilah...", harapan tinggi menggunung si ibu biarpun.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkkkkkkkkkkkk baru perasan, kat sana di panggil adik, kt sinipun adik gak biarpun dah besar panjang, tinggi lampai mengalah si ibu..

      Delete
  30. mana tau nanti sampai antarabangsa pulak. betul setiap bahagian kita lain2. moga2 anak2 jadi saham akhirat kita la nanti aminnn huuuu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts