Diet separuh jalan
Salam Selasa.....
Semalam mak terinspirasi dengan status dan gambar blogger Remaja Purba aka Aizamia Mmi dalam FBnya. Gambar dia berkebaya. Baju kebaya zaman anak daralah kot. Dah boleh pakai balik katanya. Jangan tanya mana kebaya mak pulak ye! Mak dari dulu memang tak pernah berkebaya, sebab mak tak de pinggang haha......
Remaja Purba kata, antara tipsnya, minum air masak 3 - 4 liter sehari dan jangan makan apa apa selepas pukul 7 petang. Itu yang basicnya lah. Kurangkan sukatan nasi, jangan makan benda bergoreng, jangan makan benda berlemak, jangan makan makanan segera, puasa sunat Isnin Khamis, dia tak cerita lagilah. Tapi mak percaya itulah yang dia amalkan setahun yang lepas, sehingga dia berjaya kurus macam sekarang . Betul tak?
Tak perlah, mak ambik yang basic tips ajelah dulu hihi....... Bab makan tu, mak bedal je semua dulu. Rugi weyh, nak diet diet sangat, sepatah kata Kak Noor sementara ada selera ! Haha.......
So, semalam, dan dan tu jugak mak terus isi air dalam bekas tau! Punyalah semangat haha...... Siksa jugak rupanya nak minum air bila kita tak haus ni tau! Minum baru separuh liter, perut dah rasa kembung, nak muntah pun ada weyh!
Remaja Purba kata, antara tipsnya, minum air masak 3 - 4 liter sehari dan jangan makan apa apa selepas pukul 7 petang. Itu yang basicnya lah. Kurangkan sukatan nasi, jangan makan benda bergoreng, jangan makan benda berlemak, jangan makan makanan segera, puasa sunat Isnin Khamis, dia tak cerita lagilah. Tapi mak percaya itulah yang dia amalkan setahun yang lepas, sehingga dia berjaya kurus macam sekarang . Betul tak?
Tak perlah, mak ambik yang basic tips ajelah dulu hihi....... Bab makan tu, mak bedal je semua dulu. Rugi weyh, nak diet diet sangat, sepatah kata Kak Noor sementara ada selera ! Haha.......
So, semalam, dan dan tu jugak mak terus isi air dalam bekas tau! Punyalah semangat haha...... Siksa jugak rupanya nak minum air bila kita tak haus ni tau! Minum baru separuh liter, perut dah rasa kembung, nak muntah pun ada weyh!
Tapi berjaya jugaklah menghabiskan 2 botol air masak ni sampai ke malam. Asyik bangun kencing jelah mak malam tadi. Hari ni nak cuba habiskan 3 botol pulak. Kalau dah keperluan air menjangkau 3 liter + ++ , sendiri agaklah kat mana tahap berat mak hihi....
Tulah tu....... asal baca kisah diet je, mesti terinspirasi! Tapi malangnya selalu separuh jalan haha....... Siapalah tak teringin kurus weyh, cantik dan sihat. Tapi apakan daya, semangatku tak selalu kuat! Huhu......
Entah tahun bilalah mak boleh pakai baju saiz S agaknya.......
Pelan2 kayuh kak..lama2 menjadik diet akak tu.. haha.. mula2 banyakkan minum air masak dulu..pastu kurangkan portion makan nasi..malam mkn awal..kurangkan yg manis2..gula pun menyumbang pada kegemukan....hihi.. manatau nti boleh pkai saiz S ... good luck yo..:)
ReplyDeleteyang paling asas sekali, minum air masak sebanyak yang mampu...jangan minum air manis pulok :p
ReplyDeletePelan-pelan kayuh ya....
ReplyDeletetake care.. :)
Hihihi in sya Allah.. Boleh kurus. Cuma kena kawan nafsu makan.. :p
ReplyDeleteItu yang susahkan kak.. Lebih2 orang yang kuat makan macam Reen. :D
Reen suka sangat minum ais dan air manis. Selalunya setiap hari wajib milo o ais. Itu yg uncitttttttt.
Tengah slow2 kurangkan.. Nak kasi perut slim macam mat saleh tu. Haaaa. Baru confident nak pakai bikini depan suami hahahahahaa
Alamak. Typo. Hihihi malunya.
DeleteKena kawal**
Nak cantik kna gitu...sabar ajalah
ReplyDeleteTp baik utk kesihatan juga..
Berat Mak berapa sebenarnya, yang Mak eksaited sangat nak berdiet ni? Saya tengok ok jer badan Mak, takdelah gemuk sangat. Kalau berat dan tinggi dah capai BMI yang sesuai, oklah Mak.
ReplyDeleteSaya ni lagi sedih tau Mak, berat saya takde tersenarai pun dalam jadual kat atas tu, tp BMI ok, kira oklah tu. Siksa tau Mak tahan2 makan. Saya pantang tengok ajer mesti nak bedal! Bab minum air masak tu mmg saya amalkan dari dulu lagi...
Selamat minum air masak byk2 ^_^. Lepas ni update berat berapa....
Berat kome mesti bawah 45kan Rul....Cis!!! ni yg malas nak kawan ni. Nyampah tau kawan dengan spesis kurus ni. Untung kome Rul, dah lah dapat bedal semua benda, tak payah nak susah susah pulak berdiet..... Nikmat duniaaaa
DeleteSenang jer Nom nak minum air banyak2..
ReplyDeleteHang salur jer batang paip kat mulut...
Banyak lah air masuk tu..
Nak ok lagi..
Buat kat bilik air..
Sambil duduk kat toilet bowl tu..
Terus keluar..
Tak payah keluar masuk bilik air hahahhahha :P
Lepas ni sure hang pakai baju size XXS hihihi..
Larikkkkkkkkk...
Ini kalau nak mendengki no. satu Yati ni haha...
Deleteahahahhahhaa... amboiii Kak yati sakan mengenakan ye... :P
DeleteWahhhh.....tu detox klorin namanya Ti haha....
DeleteConfirm cepat hilang lemak Ti seba live from toilet. Pakej terus buang....Ko mmg kan Ti! Nyampah!
Memang saja suka mengusik Hainom ni Kakzakie..
DeleteBukan mendengki hahahha
Hahaha bila lagi nak menyakat kan Atie..
DeleteNom tu kira pakej..
DeletePayah nak dapat tau..
Hihihi..
Janganlah nyampahhhh..
Sayang hang ketat2 nom :D
Kanda pun samalah dinda bab nak mencuba ikut org macam sungguh-sungguh aje tapi at the end back to square. Susah betul nak diet. Macam lapar aje apa lagi dah tentu-tentu kita yg jadi tukang masak kat rumah kan..:)
ReplyDeletee'in mmg susah minum air masak kak.. kalau air tu sejuk, laju jelaa.. haha
ReplyDeleteAkak kalau ada anak2 cuti memang tak boleh nak diet2 .Anak makan akak makan.Kalau sorang2 boleh je tahan makan tapi tak juga kurus2,apatak nya asik melingkau je takde kerja....
ReplyDeleteBetullah nom,kalau dah telan air banyak2 ,tido pun tak lena ...asik lah ke toilet.Ke nak idea yatie je...hahaha!
bagus kak kalo kite dpt semangat mcm nie...tapi jgn hangat2 taik ayam kak..caiyok2...teruskan usaha mu kak heheheeheh....lieya jek tade hati nak diet lagi..tak sedar baju semua dah sempit ni hahahaahah...
ReplyDeleteKo jangan nak diet sangatlah Lieya.... badan dah slim cantik dah tu
DeleteKakcik dah malas nak berdiet-diet lagi dah. Sebab kakcik kelihatan rak cantik bila muka cengkung (nanti kakcik kongsikan gambarnya)... hahaha... perasan la pulak... :)
ReplyDeleteOooo..SB terlebih minum air rupanya lama ni. 2 liter cukup sehari..ok, nice info oKje.
ReplyDeletekihkih..susah nak diet ni kak..
ReplyDeleteazam kena setinggi gunung..
awal-awal memang susah, nanti kalo dah biasa memang kejap je boleh habiskan 3l air masak. keep it up!
ReplyDeletewahhh semangat.... dana pun selalu niat nk diet kak tp semangatnya tak sekuat keazamannya kih3
ReplyDeletenasib cik nor 2 liter jer..hihi
ReplyDeletechaiyok mak ;) semoga Berjaya
ReplyDeletejgn la byk sgt minum air kena seimbang dengan makan juga ... boleh rosak buah pinggang .... kesian buah pinggang nak kena kerja keras....apa2 pun seimbang kak tp klu 3 liter ok la normal... jgn lebih sgt air ye
ReplyDeleteXpayah diet bebagai.
ReplyDeleteYang pentingnya macam mana kita boleh bakar kalori yang kita ambil.
yg part air tu practice make perfect mak...stat slow2..
ReplyDeleteHsna pun konsisten puasa sunat Isnin Khamis demi kesihatan..better jaga dari awal
part makan Hsna takde masalah..alhamdulillah
this entry paling best mak...Hsna suka tips2 yang diberi..nanti kita sama2 practice..benda baik harusla pakat ramai2 buat...◕‿◕
Haha, habis hari ni ko minum lagi tak air kosongnya? Ke dah stop, isk, isk..
ReplyDeleteMemangla siksa nk minum air kosong kalo tak dahaga, sebab tu lah aku tak suka dok umh, sebab tak dahaga, aku gi ngajo kat tadika tu, hari2 byk bercakap ngn bebudak tu, kejap je haus. Ko kena cari jalan supaya ada rasa dahaga mak, ko gilah jogging ke, takpun naik turun tangga seploh round ke, mesti ada kesan kan.
Tak pun ko puasa isnin kamis, aku puasa gak sbb aku nk minta Allah sembuhkan penyakit aku, ko puasa niat utk kurus, haha..dapat pahala, dpt kurus, in shaa Allah.
Tulah mak.... aku sekarang ni malas betul nak puasa. Puasa ganti aku pun belum habis tau. Asal niat puasa aje tetiba teringat lauk semalam tak habis.... sapa lagi kalau bukan aku yg tukang bedalnya aduhhh...
DeleteMemang susah nak kecik molek macam zaman kita muda2 duku Anom, diet macamana pun rasa nya agak lambat, ni bukan nk mematahkan semangat Anom, tapi hormon kita yg dah tk muda ni mmg tk sama dgn hormon org muda yg cepat je turun kalau berdiet hehe, terimalah seadanya body tu Anom rasa nya Anom tk gemuk lah jgn lah perasan sngt kata gemuk ya, makan lah sementra ada selera ye dak, nnt dah tkde selera air kosong pun dh tk mampu nk telan hehee
ReplyDeleteBody saya ni nampak kat gambar aje tak berapa gemuk KN, Tapi sebenarnya berlapis lapis ni ha. Naik rimas saya tengok. Pak Jilap lagilah agaknya haha....
Deletesalam...salam.singgah sini...hehe kelakar jugak story ni..sy pu selalu.cuba minum.air banyak2..tp selalu tak berjaya
ReplyDeleteAlorrrrrrrrrr geng, xyah le nak diet2, kita baru jer dlm misi nak naikkan berat badan, meh le join sekaki.. ahakkkkkkkk
ReplyDeletekikiki.. diet ni hanya akan menjadi bila kita dah sakit... dulu masa saya pregnant ada GDM, bukan main lagi dietnya, tp bila dah takde GDM ni... camno sekalipun nk diet, tak menjadi gak huhuhu
ReplyDeletebetul tu makk jenuh jugak nak minum air masa kita tak haus. kalau haus satu botol pun blh teguk. hihih.. tp kan mak spesies suka makan mcm iols ni jenuh la nak diet. minum air 3 liter tp makanan penuh meja gone ni mak.? huhuhu
ReplyDeleteKipidap! Dongibab, Mak!
ReplyDeleteJangan mudah putus asa. Jangan berdiet separuh jalan. Ni Kak Ton bagi Mak semangat sepenuh jiwa raga untuk terus berdiet katanya. Tak jadilah Kak Ton nak buat majlis melantak ramai-ramai aweks blogger katanya dah Mak decided nak diet pulak ^_^
Nak cantik bukan mudah. Nak maintain cantik pun susah juga tau, Mak. Kalau semangat panjang sejengkal aje, memang payahlah. Kena ignore segala hasutan. Chewah! Macamlah Kak Ton kuat semangat.
Tapi Mak, Kak Ton biasalah berkebaya masa zaman anak dara 20-an dulu. Tapi pakaian tu semua dah takdalah kot. Semua beri kat anak-anak saudara. La ni kalau Kak Ton simpan pun, bukan boleh muat lagi! Buat sakit hati aje.
Mak, laki kita nak jadi vegetarian mulai hari ni! Macamana nih... takutlah kalau dia kurus macam tiang lampu nanti!
Weyh Kak Ton...kalau Kak Ton ada plan nak buat acara melantak lantak tu, mak sanggup tak diet hari tu ye. Alah Kak Ton pun tau kan diet mak ni macam mana. Flexible hihi.....
DeleteLagi pun mana bisa dong lepaskan peluang keemasan macam tu. Bukan senang Kak Ton nak buat acara melantak sampai fengsan macam tu, maklumlah ada sawan menyorok bawah meja. Jadinya time sawan mereng Kak Ton sampai je Kak Ton akan buat acara gitu. Sebab masa tu kan Kak Ton dibawah sedar. Haha....
Senanglah Kak Ton..... boleh talekan salad je hari hari haha....
Lantak dialah Kak Ton, rugi weyh tak dapat makan udang dengan Olio Aglio...
ciktom pernah konsisten diet amalkan pemakan sihat dan bersenam..mmg berjaya turun dr 64.7kg ke 49kg selama setahun..secara perlahan2..tapi lepas kawin ni..byk msk ikut selera suami dan malas nak bersenam..makin gemuk..huhu..
ReplyDeleteTakpe slow-slow, nanti drastik sangat buat perubahan badan kita takleh terima, kita pun tak kuasa nak konsisten dah. Hehe. Semoga berjaya! :)
ReplyDeleteTakpe slow-slow, nanti drastik sangat buat perubahan badan kita takleh terima, kita pun tak kuasa nak konsisten dah. Hehe. Semoga berjaya! :)
ReplyDeleteAlahaiii kite ni pon nak kena diet gakkk...dah makin comel pulak rasanya...
ReplyDeletehahaha.. sehari mampu minum 5 gelas je akak
ReplyDeletextahan nk ke toilet tu, boleh kira 10x juga la nk sihat punya pasal