Avillion Port Dickson

Salam Jumaat.....

Macamana persediaan sekolah anak anak korang? Dah settle ke? Mana yang tak settle lagi, silalah soping hujung minggu ni ye. Masih ada masa lagi, jangan risau.....

Tiga minggu lepas mak ke Port Dickson. Si TLBD lah yang mengajaknya. Mak on aje, daripada duduk rumah kan, baik berjalan, Port Dickson pun Port Dicksonlah haha.... Kalau cakap pasal pantai, memang pantai Port Dicksonlah yang mak biasa pergi. Lagi pun dekat. Dekat tak dekat dalam sejam jugaklah kot dari rumah. Kalau ikutkan, pantai Morib tu pun dekat jugakkan...... tapi serious weyh mak jarang ke sana, boleh mandi ke pantai Morib tu yeh?

Dah katanya pergi bercutikan haruslah tido hotel. Itu syarat wajib bercuti namanya haha... . Banyak jugaklah hotel yang mak dah test kat Port Dickson tu. Hotel Langit Langi (tak de pantai), Bayu Beach Resort ( pantai belakang hotel), Corus Paradise (pantai belakang hotel), Avillion Admiral Cove (pantai jauh), Glory Beach Resort (tak ingat), PD apartment (tak ada pantai) pun pernah hokey!

Kalau bercuti kat pantai ni, dapat pantai belakang hotel baru best. Lenjun lenjun mandi pantai boleh terus masuk hotel hihi ..... tak payah nak salin bagai.


Kali ni Pak Jilap booking hotel Avillion sebab ada promosi katanya, lagi pun masa tu, hari bekerja, so rate dia memang jauh lebih murahlah berbanding rate hujung minggu.

Water Chalet

Hajat di hati teringin nak merasa tidur di Water Chalet, tapi apa kan daya, Pak Jilapah belum bertukar menjadi Tuan Ihsan..... So ambik ajelah yang bilik yang paling murah, Beach Room haha.... Hambik!!! Sepanjang malam anak beranak Jilapah tidur berhimpit.

Beach Room

Swimming pool dia ada 2 tempat,  redup pulak tu. Orang pun tak ramai. Best! 24 jam boleh berdugong kalau mampu...   





Besar dan cantik rupanya Avillion ni. Selama ni mampu tengok dari jalan raya je...... tak tau pun yang kawasan dalamnya secantik ini. 


Hijau sepanjang laluan ke bilik hotel.....


Ciri ciri tradisi kemelayuan jugak tidak dilupakan....



Dan yang paling best tentulah dapat sarapan Croissant dan Roti Danish yang sedap ni ! Macam tak pernah jumpa roti je mak Jilap ni kan!!

Dah itu aje...... pergi sambung buat kerja! Nek Seroja dan Tok Ihsan nak sambung berhoneymoon hihi......


Comments

  1. kelas mak jilap ngan tuan ihsan..pas ni nak mintak review hotel kat P.D tanya u olls je

    ReplyDelete
  2. Pasni aku nak bilang berapa ko pya nama, dan nama laki ko pya nama juga, konpius gak mana satu aku nak panggil nih.
    Tidur berimpit pun no hal, janji tido hotel, sekali lagi, tido mane? Tido hotel..kelas ko mak.

    ReplyDelete
  3. e'in baru nak booked tmpt nie or lexis hibiscus utk raya cina nanti.. tp dh full sume.. huwaaaaaaaaa kuciwa.. tmpt lain yg best kat pd ape lg kak?

    ReplyDelete
  4. PD satu tempat yg selalu dikunjungi ramai
    Tapi kanda dah berbelas tahun tak singgah pantai PD
    Pergi dulu masa anak-anak belum baligh sampai semua dah baligh tak pergi lagi.

    ReplyDelete
  5. Seronok jalan-jalan PD. Bercuti-cuti rehatkan minda.

    ReplyDelete
  6. Cantik kawasan dia. Bercuti dengan keluarga memang best walaupun berhimpit.

    ReplyDelete
  7. Bila jadi Tuan Ihsan .. Yem Rambo tu..
    Semua hotel kat PD tu ..
    Kepunyaan ko Datin J hahahha..

    Banyak tempat hotel juga ko dah tido ye Nom..
    Den satu hotel jer tido itu hari..
    Grand Lexis..
    Nak mencuba juga yang ini :)

    Pantai Morib tak boleh mandi Nom..
    Berlumpur dan bau busuk..
    Anak2 den itu hari..
    Main-main kat tepi pantai tu pun dah gatal2 kaki tu..

    ReplyDelete
  8. Alahai comelnya Nek Seroja & Tok Ihsan tu..hahahahah

    ReplyDelete
  9. Amboi nom,semua hotel dah di test ya...Kalau camni boleh lah tanya hainom kalau nak booking hotel kat PD.
    Sweet nya tengok pasangan jilapah ni berselfie....

    ReplyDelete
  10. Wah.. Bnyk hotel kat PD akak da try ye..
    Menarik gak avillion ni.. Hihi..

    ReplyDelete
  11. rasa last gi PD masa kecik sekolah rendah kot. sekarang anak paling besar pun dah nak masuk tadika! 😂

    ReplyDelete
  12. selalu je penuh klu weekend ... tapi rate dia boleh tahan la .... phewww

    ReplyDelete
  13. cantik tempat ni. belum ada kesempatan nak pegi.

    ReplyDelete
  14. Wah...siap posing Mr & Mrs Jilapah :) Seronok lah Hainom dapat duduk kat Hotel di PD. The last time I was in PD masa kecik. After that tak pernah balik ke PD for a long long time sampai sekarang.

    ReplyDelete
  15. Macam best aja dtg cini...cantikkk
    Sweet aja pasangan 2 sejoli ni...suka2

    ReplyDelete
  16. Kak.. Sempat snap gambar deco bilik? Kalau sempat boleh share dalam blog.. Buat review. Boleh reen tumpang tengok mueheee :p

    ReplyDelete
  17. Glory beach resort tu yg de tmn tema tu kn... bkn dh tuka nama ke,

    ReplyDelete
  18. Leleh air liur tgk roti Danish tu malam2 ni hehe. Salam perkenalan :) -- RosIbrahim.com

    ReplyDelete
  19. selamat tahun baru kakak..
    alhamdulillah..belah pntai timur dh start sekolah arini...
    brg sek pon awl2 dh settle..

    waa..bestnya..mmg cantik sgt...teringin jgk mginap chalet ats air tu..

    ReplyDelete
  20. Suka kak Zai tgk gambar yg kat bawah sekali.. Romantis gitu.

    P/s...mula kak Zai ada masaalah kaki lps blk Turkey lps tu BP melambung naik. Admitted 8 hari.

    ReplyDelete
  21. cantik nampak kawasannya...noe selalu g PD tapi jarang sangat tidur hotel kat sana...bkn main lagi nek seroja dan tok ihsan berhoneymoon yer...

    ReplyDelete
  22. Cantiklah tempatnya okje... hahahha nanti pak jilap dah jadi tuan ihsan boleh try grand lexis private pool... boleh berendam sampai kecut.. hehehe

    ReplyDelete
  23. pantai morib boleh mandi kak. tapi takde la meriah mcm pantai pd hihihi. pernah jugak ke pd ni haaa. tapi masa Fateh Uwais setahun lebih dulu huuuu

    ReplyDelete
  24. chewah... pic last tu ohsem ! ha ha...
    aida x pernah gi avilion. mahal la Nom.
    takde duit !!!

    ReplyDelete
  25. Sejak bila pulak ni jadi Nek Seroja? Nama baru di tahun baru ke apa nih? Tapi baguslah juga dia dah tahu pangkat sebenarnya. Bukan adik-adik lagi tapi nenek terus ^_^

    Mak, Avillion ni ada parking kat hotel tak? Ke kena parking di seberang jalan? Kak Ton belum pernah sampai sebab Kak Ton takut kalau kena parking kereta di seberang jalan, nanti kena menyeberangi jalan. Kak Ton ni kan penakut orangnya!

    Eleh, yang ditunjuk bekpes croissant konon! Yang lain-lain dia wallop, tak pulak tunjuk gambar. Kalau tak pepagi tu mengwallop segala bekpes, tak akan ada tenaga nak buat adegan ala-ala honeymoon dengan PakJilap dan anak-anak!

    ReplyDelete
  26. Best juga ye hotel nie.. kalau cuti sekolah mesti full kan kak..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts