Kentang Goreng Kari

Salam Isnin.....

Kemana korang cuti sekolah ni? Yati, Cahaya Hidupku hari Sabtu tu jugak dia dah merangkak ke Johor Bahru hihi.... Sebab apa merangkak? Sebab jem katanya sepanjang perjalanan. Pertama kali dalam sejarah Malaysia, dari KL -  JB ambik masa sampai 8 jam tau. Tak perlah Ti, yang penting anak anak happy. Merasa jugak mereka ke Legoland tu. Mak ni nama je Bangsa Johor, jangankan Legoland, Forest City pun belum sampai lagi weyh haha....

Tak per....... korang pergilah perhabiskan duit cuti cuti sekolah ni. Biarlah mak sorang je yang simpan duit sambil mereput kat rumah buat Kentang Goreng Kari haha.....

Kentang Goreng Kari
Senang aje weyh nak masaknya. Tumiskan bawang putih bawang merah blend, serbuk kari dan sebuk ikan bilis, bubuh sedikit air kalau perlu. Perasakan garam dah gula, masukkan kentang yang dah digoreng. Siap!

Korang tau tak sekarang ni tengah viral menu Kentang Goreng Kari ni?  Serious weyh!!! Tapi viral kat group Whatapps Aweks Blogger mak jer lah hihi.... 

Ini semua gara gara Mak Tonlah ni. Dahlah masak Kentang Goreng Kari, lepas tu post kat Whatapps? Kan mak dah teringin dah! Taulah dia tu Ghost Kentang. Sekarang ni apa sudah jadi? Dengan mak mak sekali dah kena rasuk tau!...... 

Serious! Mak memang tak pernah masak Kentang Goreng Kari macam tu. Selalunya mak buat Kentang berlada tak pun, Kentang Kicap je.  

Untuk pengetahuan korang sekarang ni mak tengah kemaruk beli kentang jenis ni. Sebabnya malas nak kopek kulit hihi.... Mak cuma perlu basuh, potong, terus campak dalam kuali. Settle hihi.....    

Malas nak goreng, humban ajelah dalam oven suhu 200C, 45minit. Biar dia masak sendiri haha.... Kalau malas jugak, haih! Tak dapek den nak nolong!

Cubaan kali pertama Kentang Goreng Kari mak. Mak masukkan ikan goreng lebih semalam sekali hihi..... Yang atas tu cubaan kali ke dua. Dua dua pun sedap.

Hari ni macam nak masak Kentang Goreng Kari lagilah..... 


Comments

  1. Senangnya Mak beli kentang tak payah kupas kulit. Hihi. Siqah jarang makan kentang, so beli yang kupas pun takpelah. Masak pun tak selalu. Hihi.

    Menarik juga resepi Mak ni. Kentang + kari :)

    ReplyDelete
  2. mak ton jiran sebelah tak update blog ke??

    ReplyDelete
  3. wah2 kak nom resepi baru ye... kene try nih....

    kentang pth mulus tu mahal tu... i ni berjimat sanggup lg buang kulit

    ReplyDelete
  4. wooo nampak sedap.. anak2 imm ghost kentang jugak..masak sup ayam kena letak kentang banyak2.. dah jadi sup kentang berayam😂

    ReplyDelete
  5. Oh mannn!! sonang yo lah kan kalau kentang yang tak perlu nak dikupas bagai. Lagi2 humban semua dalam oven. HAHAHAH! First time ni dengar kentang masak kari. Kalau sedap boleh cuba ni. Cuti sekolah ni kami kelik kapung husband di kelate. Jap lagi flight kol 140pm. Sempat lagi blogwalking sebelum balik. Hehehe...

    ReplyDelete
  6. boleh try ... selalunye buat sambal ni lain sikit buat kari kering ... menarik

    ReplyDelete
  7. Tengok gambo pun tahu sedap. :)

    Kakcik dah sampai ke Hutan Bandar kat JB tu tapi JPO belum pernah masuk sebab tahu tak mampu nak membeli-belah... :)

    ReplyDelete
  8. tgh hr cmni, tgk lauk mak...sedapnyee....

    ReplyDelete
  9. Hihii...Nom dah kena rasuk kentang kan kita ni .Tapi akak takde lah nak makan kari kentang hari2.... menangis nak perabis kan sesorang.Nak tunggu resepi kentang selanjutnya dari MD .

    ReplyDelete
  10. Nampak best. Nampak sedap. Kak Ton Mummy Diarie mesti suka sangat ni. dia kan suka kentang hihihi. betul ke kak kentang tu tak payah buang kulit? nak mencari jugak la nanti

    ReplyDelete
  11. Tak jemu ke makan kentang tiap2 hari, Hainom? PH pun suka kentang tau. Tapi dah kurangkan sebab hee..hee..cepat gemok. Lepas ni nak try lah kentang goreng kari. Mcam sedap sangat nih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Karbo tinggi yeh LL.... nampaknya hari ni last makan kentanglah hihi

      Delete
  12. kita juga sampai kini x smpat nak cuba resepi md..

    ReplyDelete
  13. Meh kasi SB sikit kentang yg blom masak.

    ReplyDelete
  14. Kalau nak diet tak boleh makan kentang banyak2.

    ReplyDelete
  15. jaga2 mak, kentang ni karbo tinggi. hahah

    ReplyDelete
  16. selalu buat cheesy wedges. tak pernha try plak kentang goreng kari

    ReplyDelete
  17. salam hainom ..
    weteng ngeleh kok weroh masakan kok ngono
    yor ngences.
    nyong wes reply psl keputusan anak ku

    ReplyDelete
  18. biar betul kentang kari goreng ek... pelik ni

    ReplyDelete
  19. Sedapnya kak! saya tengok je dah tahu dah ni macam sedap! boleh makan dengan cheese lagi tu fuhhh.

    ReplyDelete
  20. Aduh makkkk oiiii terliur nyerrr!!

    ReplyDelete
  21. Den jugak tak buat2 lagi nom..
    Wlpn dah viral kat wasap aweks blogger 😂😃

    Mujur balik dari JB tak merangkak lagi nom 😆

    Cuma nak layan kain baju pulak huhuhu 😢

    ReplyDelete
  22. sep sikit saya pun suka kentang nampaknya kena cubalah kentang goreng kari ni

    ReplyDelete
  23. yummy.
    kentang goreng sedap.
    kari sedap.
    combine dedua konfem la sedap kan?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts