Kota Kinabalu - Perjalanan ke Kundasang
Salam Selasa.....
Mehlah mak sambung cerita Kundasang sebelum basi weyh!
Sebenarnya tak delah tragis sangat cerita kereta tu hihihi......Saja je buat gempak! Biasalah, nama pun kereta sewakan. Kalau bernasib baik, dapatlah kereta tip top, kalau tidak, dapatlah kereta Persona yang mati mati engin macam mak ni.
Mula mula tu engin mati kat traffic light, masa tu tak sampai lagi pun simpang ke Kundasang. Pak Jilap dah perasan jugak macam tuning dia rendah, tapi ingatkan mungkin kita belum biasa dengan kereta tu lagi, so kasi redah ajelah...... Dah tak sabar weyh nak sampai atas cepat!
Tapi bila dah start jalan berbukit bukit, berselekoh pulak tu, tambah pulak bila ada lori kat depan, semakin menjadi jadi pulak sawan mati engin dia. Nak potong, takut tak cukup pick up, tak potong, engin macam nak mati sebab jalan perlahan. Haih.... seram weyh. Takut kereta belakang tak perasan je. Kang, tak pasal pasal mak anak beranak bercuti kat Hospital Queen Elizabeth pulak jadinya haha......
Tak boleh jadi kalau cenggini, so, Pak Jilap decide tukar kereta lain. Nak tak nak terpaksalah menunggu diaorang hantar kereta lain. Alhamdulilah, dalam pada banyak gereja sepanjang jalan ke Kundasang tu ( rasanya lebih daripada 10 biji ) terselit jugak Surau Kg Bonggol, betul betul sebelum simpang ke Kuala Belud. Kebetulan memasing pun belum solat, teruslah solat jamak kat situ.
Dekat 2 jam jugaklah menunggu diaorang hantar kereta. Apa lagi! Kita angkat kakilah haha....
Gunung Kinabalu kah itu??? Entah.......
Dapat kereta dalam pukul 3 lebih tu, mak teruskan perjalanan. Misi utama tentulah kena isi perut dulu. Lapar weyh! Pilih aje kedai makan yang ada sepanjang deretan kedai di Pekan Nabalu tu. Jangan pulak expect kedai makan best best kat sini!
Suasana dalam kedai .....
Pemandangan luar tingkap kedai.
Nasi dan Ayam Goreng Berempah Nabalu, nama diberi. Sedap weyh! Sambal tu nampak aje macam tu, tapi sedap. Jangan di pandang pada kedainya tapi pandanglah pada sedapnya makanan tu hihi......
Baru advanture pendakian ke gunung tu nom hahahha..
ReplyDeleteKalau tak .. tak merasa solat di Surau Kg Bonggol tu hihihi..
Kedai tepi jalan biasa2 lah tu..
Tapi tengok ayam nya menarik tu nom..
Dah lapor bedal ajer lah hahhaha..
nasib baik kereta kena sawan mati enjin, kalau tak mak tak dapat pula angkat kaki gitu kan hehehe
ReplyDeleteye lah mak jangan ditengok pada rupanya tapi pada rasanya kan, kenyang perut senang hati, barulah seronok nak berjalan-jalankan..
bestnyaaaaaaaaaaaa
ReplyDeleteGambar yang angkat kaki tu paling win..Haha. Salam kenal awak. Jemput ke blog saya http://cararesepi.blogspot.my/. Macam-macam jenis resepi saya kongsi. Kalau tak kisah, masukkanlah blog saya dalam senarai bloglist awak. Terima kasih
ReplyDeletecantik plk tmpat kereta tu mati..mcm thu2 akak nak possing..hihi
ReplyDeletehai seronoknya Mak jalan-jalan Sabah...
ReplyDeletenasi, ayam dan sambal tu dah kenal, yg dalam bekas hijau tu apa, sup dia ke?
sekali pandang macam air milo, hehehe...
Samballah mak....sambal belacan. Yelah dua kali tengok mcm Milolah Rul
Deletewah Mak..diam-diam ke Kundasang ye.aduhai, kesian pulak bermasalah keter tu, tapi masing2 tetap nampak ceria bila bergambar.
ReplyDeletenaseb baek dpt tukar kereta yea mak.....
ReplyDeleteBanyak gereja ya nom?... bagus juga dapat solat di tempat yang asing ,pengalaman tu.Bab kereta tu boleh jadi kenangan percutian .
ReplyDeleteYe kak....sepanjang nak ke Kundasang tu boleh kata setiap simpang tu ada signboard gereja.
DeleteHuhuhu..takut gak dengar kereta rosak tuh. Nasib dapat tukar kan. Cantiknya kak pemandangan tuh. Anyways, kadang kan kalau nak pilih tempat makan nany selalu tengok luaran kedai tuh cane. And selalu jer rasa makanan tuh biasa2 ajer. Tapi sebaliknya macam situasi akak tuh ler. Meletop yer sambal nya. Huhuhu..teringin pulak nak rasa. HAHAH! ikat tepi lah yer...
ReplyDeletepenuh liku2 ni... ok kena sambung lg kesah pi sabah ni hehehe..
ReplyDeletedl gi langkawi ada gak kes mcm ni.. sbb keta mmg depa buat sewa ja x reti servis.
2 jam angkat kaki sebelah.
ReplyDeleteKalaulah 4 jam..terbang lah mak..haha. 😄
Mak, jap agi aku dtg balik ek, nak sambung keje ni.
ReplyDeleteNA sesat ke weyhhhh, jak siang td kata nak dtg balik tp tak balik2.. ~_^
DeleteNA sesat ke weyhhhh, jak siang td kata nak dtg balik tp tak balik2.. ~_^
DeleteHihi....sawan dia tu geng
Deletekalau nak dekat simpang ke KB tu, memang dah nampak gunung kinabalu 😉
ReplyDeleteammvoiii tinginye mkcik angkat kaki tuuuh., hehe2
ReplyDeleteI say, Hainom, posing sampai kaki terangkat hee..hee..hee... Nasib baik Pak Jilap tukar kereta. Biar lambat asal selamat.
ReplyDeleteKih3x, jap teman tu mmg takleh percaya, de most bizi ticer at semenyih le katakan.
ReplyDeleteTapi kan, aku sedih dengo bila kata dlm byk2 gereja tu cuma terselit satu je surau, surau jr, masjid mana? Nampak sgt lemahnya islam di situ, tu pun surau tu agak2 tak dimakmurkan pun...sedih.
Tapi view kt situ mmg ohsem la mak, sampai terangkat kaki ek.
Tak delah satu tu je mak, aku rasa ada lagi kot, cuma mungkin satu ni yg aku perasan. Aku perasan yg gereja tu sebab ada signboard besar setiap kali jumpa simpang.
DeleteMasjid besar ada je kat pekan Kundasang tu. Seronok bila dapat dengar azan subuh dari hotel yg aku duduk tu. Yg dengarnya Pak Jilap, aku tak dengar langsung hihi....sebab aku tgh cuti mmg sedaplah tido hihi....
ada ja masjid di pekan tu :) sebab sana kawasan majo non muslim, tu yg nampak bnyk gereja :D
DeleteKlu x biasa dgn jln ke Kundasang ni okje mmg susah sikit nak naik. 😊
ReplyDeleteTentang gereja tu, mmg kat Sabah ni byk sebab tapi seimbang dengan masjid dan surau. Kena tengok tempat dan kawasannya, kalau kawasan tu perkampungan majoritinya beragama kristian mmg byklah gerejanya seperti yg okje nampak tu, dan sebaliknya jika area itu majoriti didiami oleh orang muslim.
Agak terkilan dgn komen rakan diatas, membuat kesimpulan berdasarkan apa yg okje ceritakan. Tapi tak pa lah mungkin itu pandangan dia.
Walaupun kat Sabah ni byk gereja didirikan tetapi in sha Allah yg muslim masih tetap berpegang erat pada Islam. Hormat pada agama anutan masing2, itu yg dipegang oleh kami di Sabah yg membuatkan kami boleh hidup harmoni wlu berlainan agama.
Harap ini menjelaskan tentang gereja2 tu ye okje.😊
nsb lah boleh tukar kete ye kak nom kalu tak... nngis lah
ReplyDeleteamboi2 bukan main tinggi kaki time posing ber2 tu yek... hahhaha
dh lapor semua rasa sedap kak nom
kundasang one of location saya nak gi. tepi memang belum plan apa2 lagi. memang mendamaikanla
ReplyDeletewahhhh ....dah ke kundasang ....
ReplyDeletekita bulan 3 ni tak de pi mana2 pun ... kapal terbang tak mo bagi kita naik dah ...syoknye dapat jejalan
Part mati2 enjin masa naik bukit tu yang scary tu.. Mujur dpt tukar kete lain kan..
ReplyDeleteAmboi.. Posing angkat kaki tu.. 😘😘
Terliur pulak tgk nasi dgn ayam goreng berempah tu.. Isk..isk..
Comellah gambar Mak yang angkat kaki tu. Hihi <3
ReplyDeleteAmboiii...tak menahan tengok gambo posing
ReplyDeletePerjalanan berliku ditambah pula dgn kereta yg tak berapa sihat..
ReplyDeleteNasib baik bolehh tukar kereta lain..
Mak, saya suka sgt posing angkat kaki tu.. Boleh geng dgn Aisyah ni.. hihihi
wah... terangkat kaki uolls :) ha ha...
ReplyDeleteOhhh...sebab kereta mati enjin tu yang boleh main angkat-angkat kaki sebelah yerk. Okaylah juga tu alasan. Lagi pun lamakan tunggu kereta ganti sampai. Dek kerana rimas, tu yang main angkat-angkat kaki. Oh, faham! Hahaha!
ReplyDeleteKat Sabah ni ada tak Mak nampak orang India? Dulu-dulu macam jarang jumpa tapi sekarang ni tak tahulah. Dulu punya cerita pun dah masuk buku Sejarah. Katanya Sabah dah banyak kemajuan sekarang nih.
Ha tau pun lama!....Jadinya apa lagi nak diangkat kalau bukan kaki? Nak tengok mak buat gymnastik ke? Kang mak bergymnastik kang Kak Ton terkujat sawan baru tahu!
DeleteBila kak ton ckp pasal org India, betullah mcm tak de. Tp masa gi rumah terbalik tu ada jumpa le org India, pelancong kotnya dari Semenanjung hihi...
Hamboi kak.. sakan bergambar ye.. hehehe..
ReplyDeleteayam tu mengancam..
Mujurlah tak jadi apa-apa kan.. Pengalaman ye kak..