Mak dan SPM
Salam Jumaat.....
Keputusan SPM 2016 dah pun keluar semalam. Berakhir sudahlah keseraman calon calon ye. Haih..... bukan calon calon je yang seram tau menunggu result, mak pak calon pun ikut seram jugak! Semakin dekat pukul 11, macam macam organ pulak yang rasa tak selesa. Aduhhhh..... Taulah esok korang, kalau anak korang ambik SPM!.....
Tahniah jugak buat semua anak anak sahabat blogger yang berjaya dalam SPM semalam, Mak G , Geng Lipis, Kanda Zakie...
Mak dengan Pak Jilapah semalam, sama sama memberikan sokongan moral sampai ke dewan sekolah hokey! Manalah tau kena interview wartawan ke haha..... Macam tak biasa, mak memang kuat perasan macam Jiran Sebelah haha.....
Tak taulah prinsip korang macam mana, tapi prinsip mak selagi result belum keluar, selagi tulah mak memang mendoakan result yang terbaik untuk anak anak. Tak kiralah usaha dan keputusan dia sebelum ini macam mana sekali pun. Nampak macam gila kuasa ke ai ni? Haha..... Biasalah pompuan, kadang kadang kan hover tanpa sedar hihi.....
Alhamdulillah dengan keputusan yang anakanda Angry Bird dapat ( nampaknya Abang Iman masuh mengekalkan takhta ek! ). Tapi tetap menggembirakan ibu ayah. Terima kasih adik. Banyak A ke, sikit A ke, tak de A langsung ke, mereka tetap hebat di hati kita. Betul tak?
Marilah kita pau Pak Jilap makan set lunch dekat Resepi Rahsia .....Lapar weyh menahan seram!
Mak perasan, sejak dah semakin tua ni, emosi pun dah berubah menjadi semakin cool. Kalau dulu, masa muda, masa bekerja, mak ( mak rasa kebanyakan mak mak ) memang pentingkan result anak anak, lepas tu bandingkan dengan anak kawan, macamlah SPM dia tu power ranger genius kababoom dulu dulu haha..... Tapi alhamdulilah, sejak dah hampir nak menapose ni rasanya emosi dah semakin under control kot haha...
Agaknya itulah hikmah perkahwinan, dijadikan berpasang pasangan untuk saling lengkap melengkapi. Dalam hal pelajaran anak anak ni, Pak Jilap memang lebih redho dan pasrah gitu. Dia banyaklah mengawal emosi mak yang kurang stabil kadang tu. Setiap anak itu kan ada keistimewaanya tersendiri. Kecenderungannya juga berbeza.
Si bongsu mak cakap, kecenderungan dia muzik kot. Adoiyailah anak.....
Anak-anak kakcik semuanya tidak cemerlang waktu di sekolah (Allah nak ajar kakcik supaya tak jadi riak kalau anak pandai...hehehe).
ReplyDeleteSelepas SPM dengan keputusan yang sama sekali tiada 'apa hendak dibanggakan dengan A's, kami suami isteri merancang perjalanan mereka yang seterusnya mengikut kecenderungan mereka. Maka jadilah :
Along - imam / guru agama(dihantar belajar ke Kolej Agama)
Angah - sekarang bekerja sama syarikat dengan ayahnya (belajar IT dan mendapat diploma dengan CGPA lebih 3)
Bangcik - sekarang masih belajar kulinari di MSU (ada dua semester lagi dan CGPA setakat ini 3.45)
Adik - masih di Tingkatan 4 dan makayah masih memikirkan hala tujunya selepas SPM. Kesukaaannya bola sepak!
Alhamdulillah, walaupun tidak cemerlang yang penting setakat ini mereka tidak 'tersalah arah' dengan keadaan persekitaran yang sangat membimbangkan sekarang.
Setelah apa yang kita bagi, hanya doa kepada Ilahi yang dapat mengiringi...
tahniah siap dah selebrate ek mak. apa pun keputusan anak, masa depan masih jauh kan mak.
ReplyDeleteheheheh kak nom mak2 mmg gitu semua, doa tak henti2 tak putus dr mlt mereka, mendoakan yg terbaik bt anak2nya
ReplyDeletebt si angry bird kak nom tahniah, apa pun keputusannya itu lah usaha kita, takpe spm bkn segala2nya... msh jauh la perjalanan nk di tempuh
takpelah Mak, result biasa-biasa ke,power rangers ke,perjalanan hidup dia jauh lagi.all the best.
ReplyDeletep/s: Mak tak cakap awal-awal sekolah mana, kalau x saya dah tanya kot ada reporter nak cover.haha
Alhamdulillah dah selesai SPM... tahniah... maka bermulalah kehidupan yang sebenar... sbnrnya di sekolah semuanya dipukul rata... sedangkan setiap anak-anak tu ada kelebihan dan kecenderungan masing-masing. Bila dah masuk kolej, mereka boleh pilih apa yang mereka suka. So, sebenarnya di situlah bermula journey pendidikan mereka... apa pun tahniah... 🤗🤗🤗
ReplyDeleteAlhamdulillah atas apa pun keputusan. Tahniah jugak dari saya.
ReplyDeleteMaknya mohon kongsi result diri jugak. heheh
Hainom,akak sebenarnya sampai skg masih galat sebab tak dapat beri sokongan moral masa iqa amik result dulu sebab ketika diumumkan di dewan kami berada di farmasi hospital...Akak anemia ketika itu.
ReplyDeleteBetul lah nom,dah tua2 ni akak pun lebih cool bila terima result anak2.Mereka dah berusaha kan ...
Apa pun tahniah AB...masa depan mu masih panjang utk menentukan arah tuju.
Akan datang jadi mak artis lah nom ya...
tu lah kak nom.. sejak anak masuk tadika ni sindrom mak2 tu otometik keluar. anak balik cakap cikgu bagi 5 bintang pun dah kembang kempis mak bangga ahaha.
ReplyDeleteapepun tahniah AB. perjalananmu baru bermula hihi.
Teringat zaman dulu2 masa LL (iks! perasan lak!) ambik SPM. Haiz...pressure lah Hainom. Bukan ape. Mak kita yang buat kita pening LOL! Kita yang exam, dia yang sibuk. Seram sejuk masa pergi sekolah nak ambik result. Takut kalau tak ada A kena marah dengan mak. Nasib baik ada jugak 5 atau 6 bijik A. Selamat....
ReplyDeleteAku pun nak tulis pasal ank spm gak lah mak, haha.
ReplyDeleteYelah, walau apa pun yg ank dpt bukan itu yg menentukan kejayaan hidup dunia lebih2 lagi akhirat dorang,Allah dah mengatur seluruh rezeki hidup matinya bermula dari nafas pertamanya lagi dah. So, kita usahakan saja.
Awal dah selebret tu ha.
Yang penting adalah perancangan dan hala tuju selepas SPM.
ReplyDeleteItu yang akan menjurus kepada masa depan mereka.
Tahniah untuk anak akak! bab emosi kita semakin cool dan tenang tuh Nany setuju sangat. Terasa sangat pemikiran kita berubah-ubah kan kak? dari remaja, masuk alam pekerjaan, berkahwin, anak sorang, anak -2 dan seterunsya. Sampai lah nak masuk ke umur 4 series, 5 series....kita akan rasa kelainan kan kat situ? personally, saya suka perubahan yang positif macam ni. Dan sokong..perkahwinan itu lengkap melengkapi :)
ReplyDeleteTahniah buat anak akak! saya doakan supaya anak akak berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Hala tuju selepas ni yang penting hehe.
ReplyDeletesalam hainom
ReplyDeleteriko lali anak ku jee pun njokok keputusan SPM jugak
tahniah utk anak mu ..
kita redho karo opo jugak keputusan seng anak kito oleh
Tahaniah anak dan ibu ayah nya..semoga berjaya menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi
ReplyDeleteBerlainan dengan saya geng, ntah le ada kasih sayang ke tak dalam diri ini? setiap kali kuar result, anak2 ambil sendiri, umminya tetap bekerja dan terus bekerja, tak sempat nak stress ke apa, ahakkkkkk.
ReplyDeleteMasa result keluar tempohari, ada gak call si bujang tu tanya tapi nak tau jawapan dia "ntah le umi, tak tau nak kata apa - TERUK" dengan nada perlahan... alaaa dia nak sangat dengar si ibu membebel tapi ntah le, sikitpun xder perasaan marah, kecewa dsb.. sepatah jer jawapan.. "Ummi redha dengan apa keputusan.." sebenarnya dah tau & masak sangat peel dia, nak surprisekan kami, paling penting suka dengar si ibu membebel..
Tengahari baru dia ke pejabat & maklumkan dia dapat naik pentas kecemerlangan bersama rakan2 yang lain...
Tahniah untuk awak juga geng dan rakan2 yang lain..
apa2 pun resultnya.. tahniah yer..:)
ReplyDeletetakpe asalkan dia mau belajar. mana tau kot minat muzik nanti jadi mcm dato' ct. dapat la mak masuk tv hihi. btw tahniah dik. moga akan dating akak lebih success :)
ReplyDeletetahniah buat anak akak 🎉 apapun keputusannya, perjalanannya masih jauh 😉
ReplyDeletetahniah buat anak2 mak
ReplyDeleteTahniah AB..
ReplyDeleteSemoga terus cemerlang..
Wah ahli MUZIK😉
Lepas ni hang boleh jadi Pengurus artis nom..😆😆
ape2 pun resultnya tahniah yek....
ReplyDeletebetul tu mak, tak kiralah apa keputusannya yang penting mereka dah usaha yang terbaik,minat muzik ke boleh ganti Tok Ram lah satu hari nanti.
ReplyDeleteWah! glamorlah nanti kalau jadi ahli muzik contoh terbaik macam Dato' Ramli MS tu kaya pun kaya.
ReplyDeleteMeletop!!!
amik result spm? hmmmm lega la ekk.
ReplyDeleteaida ni anak sulung br nak upsr :) pon da gabra separuh nyawa.
asben aida ok. pasrah. redha.
aida ni hah. exam-oriented minded! aduhai...