Cinta Kolestrol
Salam Khamis....
Mak sebenarnya kalau bab bab jumpa doktor, check tekanan darah, ambik darah, memang takut ye. Bukan takut dengan doktornya tapi sebenarnya takut tang nak dengar resultnya tu. Tapi yelah..... nak tau kita ni sihat ke tak sihat, kenalah check! Kalau tidak macam mana nak tau?
Masa bersembang dengan kakak kat kampung, dia katalah kolestrol dia tinggi, kencing manis ada, darah tinggi pun ada tapi terkawallah sebab dia makan ubat. Sebok dia suruh mak check darah jugak. Hish! Dia tak tahu ke adik di ni pengecut orangnya! Seram hokey nak check! Kang tetiba kolestrol 10, kencing manis 13, ha macamana??? Kang mak tak enjoy makan pulak kang! Baik tak payah tau, tak susah hati huhu....
Dia cakaplah sekarang ni dia makan Oat Grain 35. Yelah, oatkan memang terbukti bagus untuk kolestrol. Mak sebenarnya kadang kadang makan jugak oat, tapi Oat 3 in 1lah hihi.....Oat yang bancuh sendiri, macam tak boleh masuk pulak tekak ni. Berlendir weyh....
Dalam diam diam sebenarnya mak termakan jugaklah nasihat kakak. Takut jugak sebenarnya. Maklumlah umur umur hampir maghrib macam mak ni kan. So, lepas hantar si TLBD ke sekolah semalam, mak terus kona ke AEON. Cari Farmasi. Mak sebenarnya kalau bab nak check darah ni lebih suka pergi sorang sorang. Tenang jiwa tak de sapa yang tahu keputusan darah mak haha.....Pergi sorang pun jantung dah laju, tambah lagi kalau Pak Jilap teman, harus tercabut keluar kang nanti hihi.....
Nasiblah keputusannya ok, maksudnya masih di bawah 'par' cuma kolestrol ada sedikit terbabas daripada landasan. Nak cari oat yang macam kakak makan tu tak ada pulak . So cuba beli Toco Oats ni.
Bioley, ambik saya jadi duta pleasee hihi....
Macam kanak kanak yang dapat mainan baru, mak pun tak sabar sabar nak cuba minum hihi....
Isi dia cuma separuh tin rupanya.
Huiii siap sukat betul betul lagi haha.......maklumlah benda baru kan! Dia cakap 2 scope untuk 180 ml air. Penuh cawan ni je rupanya. Rasa dia? Kalau nak banding dengan Oat 3 in 1 memanglah tak terbanding haha.... Tapi OK lah, boleh diterima tekak.... tak ada rasa apa apa pun.
Starting from now, mohon makan kenyang kenyang kat ofis, ye abang Jilap, dinner mak hidang ayor ni aje haha.......
good job kak..mencegah lbh baik dr merawat kak..:)
ReplyDeletegood job mak, all the best
ReplyDeletegood job kak... dana kalau overnite oat tu blh la telan, air gini tak penah try lg tp kene try jgk telan hari2 utk jaga kesihatan kan....
ReplyDeletetp sian pak jilap kalau kene telan air tu je kak.. dia udahla penat keje
Kalau ana oat tu gagah lagi kalau air ni tak tahu lah. Payah nk diterima tekak. Sanggup makan oat byk2 pun takpe. Hehe.
ReplyDeleteBab nk jumpa doc tahu result tu samalah. Berdebar dia mcm apa je. Kalau boleh scan jantung tu punya degupan confirm nampak macam tgh masuk amazing race.
Saya tak boleh kak makan oat. Tekak tak boleh terima. kalau biskut oat boleh la saya makan haha. mula2 baca tajuk entry ni teringat cerita cinta kolestrol tahun berapa entah dulu.
ReplyDeleteoat mmg bagus utk cholestrol
ReplyDeleteSaya dah berapa kali tertangguh nak buat check up kesihatan....
ReplyDeleteKebetulan tempat kerja saya pun ada offer utk buat free full check up...
Lain kali kalau ada lagi offer, kena segera pergi ni...
Si kolesterol ni mmg jahat..
Ramai sgt dah yg meninggal tiba2 sebab kolesterol..
Hujung minggu lepas baru beli oat, tapi sampai ke hari ni belum sentuh oun lagi..
Ok, balik keje ni nak cari semula mana letak oat tu...huhuhu
Kena check selalu nom terutama darah tinggi,sebab skg kat tpt akak ni muda2 dah kena strok.
ReplyDeleteOat ni sebenarnya memang tak sedap tapi kena telan juga....akak lah tu ,nak sehat kan.
Nom,pak jilap pun terjebak juga ke misi turun kan kolestrol.?
Saya pernah beli yang macam gambar no 1 tu...tapi tak habis pun sebab tak biasa makan serbuk..
ReplyDeleteSelalu makan nasi :D
Makchaq pun kolestrol tinggi jugak... tapi nak makan oat ni macam tak berapa nak pi la... sekali dua gagah jugak telan... tapi berkali2 macam tak mau nak masuk... dok ada la tu oat yang beli lama dulu... entah2 dah expired...
ReplyDeleteSemalam pakchaq pulak beli oat pasai dia pun nak turunkan kolestrol.. harap2 dia lagi istiqomah la minum oat...
Awat la bukan makan bubuq nasi boleh turun kolestrol... kalau bunuq nasi laju la sikit nak makan...
teruskan Nom dengan oats tu
ReplyDeleteakak pun sama ada jugak si koles tu
tapi buat dekkk je hehee
Kat rumah kakcik, bekalan oat sentiasa ada. Sebab apa senrtiasa ada? Sebab beli tapi tak makan....hahaha...
ReplyDeleteSypn kolesterol tinggi, xmo turun2, ishhhhhhhhh nasihatkn org pandai, opsssss. ~_^
ReplyDeleteCinta kolestrol..wow..
ReplyDeletesaya tak nak kolestrol..
Den semuo boleh, oat boleh, nestum boleh, sayur boleh, tapi rasanya ada gak si koles ni, hentah apala puncanya, sbb suka mkn goreng2 kot, sesekali singgang ikan bolela jalan, kalo berkali2 harus ada yg berbunyi nnt.
ReplyDeleteKalo ko samggup, bangun tido tkyah gosok gigi, minum dulu air kosong 1 liter, haa..ada bran.
Nnt aku pos video kt grup ye.
singgang? urmmmmmmmmmmmmm samalah kita, kat umah ni saya sorg jer makan singgang, jika anak dara balik dr asrama, bolehlah wat kawan, orang lain pandang jer..
Deletekena ambik darah utk cek kolesterol dan gula.
ReplyDeleteCek urine utk tengok asid urik,
cek jantung,
cek tekanan darah.
Bersedia awal sebelum terlambat.
Bagus jaga sebelum apa-apa kan akak. Kena beringat selalu bab kesihatan ini.
ReplyDeleteBoleh nak cuba juga. Berapa harga dia satu ni akak?
ReplyDeleteBiskut oat bolehlah makan 😂 kalau oat yang bancuh air tu, memang tak la
ReplyDeletemak...klu xboleh makan yang berlendir tu, mak ari roll oats.... yang itu xbelendir...
ReplyDeleteMacam mana nak ajar tekak telan oat ha kak..adeh laaa...
ReplyDeleteoats memang bagus kak.. teruskan taw!
ReplyDeleteoat saya campur dgn esp atau cinch, sedap juga
ReplyDeleteApalagi nak tunggu tu, OKje. SB udah cek gula dan cinta kolestrol hari tu..hihihiii...result yang sungguh OK. Sb pon dah mula nelan quaker oat sebulan ni.
ReplyDeleteoat tekak eija tak mau terima juga.. kalu nestum okey hihi.. cinta kolestrol ni tak kira tua ke muda.. jum la kita jaga2 hihi
ReplyDeleteHainom.. KN makan oat yang 3 in 1 tu jer buat masa ni.. nak jugak nnt try yang tu.. Jenis serbuk ekk..
ReplyDeleteIra buat med checkup hr tu pun kolestrol tinggi jgk doc kata. Tinggi sikit je katanya.. Huhu..
ReplyDeleteRisau juga kan kak, skg ni mcm2 penyakit. Ira boleh je makan oat tu tapi nk bancuh oat tu yg malas tu.. Hehe..
PH dah lama tak check. Takut pulak rasanya. Bab makan oat ni, PH suka overnight oats. Hainom, cubalah. Lebih sedap dari minum oats yang bancuh cara biasa.
ReplyDeleteSaya sejak tak ada bini ni, sarapan pagi memang dgn oat. Tapi bukan oat yg ini. Oat biasa yg jual merata2. Sebab senang , rengkas. Murah. Kenyang.
ReplyDeleteSekarang stiap kali bila makan oat saya teringat entry ni. Terbayangkan Hainum menghirup Toco 0ats bercawan-cawan yg bolehlah diterima tekak.
Jangan lupa beli lagi bila dah habis tu.
As salam kak... sori bru smpat ke sini.. x sihat.. aka dh komen, cuma lya x oublish lg..biasa bila lya publish komen+bw.
ReplyDeleteBtl la.. bab nk tgu result tu paling sadis n mdebarkan.. tp utk kbaikan..kna hdp juga kan..
Oat mmg bgs utk kolestrol ni., slain tu akak blh try bijirn Dasto Granola y doc aisyah tu.. lya amal y tu stiap pg,, rsa pom sdp...
Lama dah tak singgah ke sini. Rindu awak la....
ReplyDeletecer try rolled oat, biasanya tak berlendir sangat. Boleh buat overnight oat, just tuang fresh milk n masukkan buah2 kering diwaktu malam,letak dalam peti ais, pagi2 boleh terus makan. PAgi2 tuh nak isi fresh fruit mcm pisang pun ok jer
ReplyDeletemak pi mana ni, tak update blog. salam isnin mak
ReplyDeletemak pi mana ni, tak update blog. salam isnin mak
ReplyDeletesaya ni benda2 macam gini susah sikit nak telan, tapi yelah tak pergi check lagi, entah2 kalau check ni tak tahu lah apa yg jadi, samalah kita bukan takut jumpa dokte tapi takut nak tahu resultnya tu..
ReplyDeletemoga2 kita jauh dari penyakit yang merbahaya...inshaAllah
HO cari Beta Oat ke? yang itu kat farmasi Alpro ada.
ReplyDeleteMrs. A kalau oat 3 in 1 memang tiap hari makan tapi yang Beta Oat tu Mr. A yang makan itu pun payah nak ditelannya. Itulah ubat mana ada sedapnya.
Hari tu hubby Mia pun kena suggest mkn ni. Tapi x bestlah pula mkn benda ni ja kan .. hehe
ReplyDeleteOkje try lah diet hubby mia. Dia mkn cam biasa cuma nasi langsung x ambil. In sya Allah .. kolesterol, darah tinggi semua tak ada.
Kemain Okje menyukat air tu.. hehehehe.... Saya baru ni bawa kakak saya pergi hospital... buat medical check up... kolestrol tinggi, darah pun tinggi... Doktor kata kencing manis is coming... Saya rasa nak potam dengar.. huhuhu sekarang kakak saya makan ubat darah tinggi.
ReplyDeleteSiap sukat air tu yang tak tahan ^_^ Yalah, Mak. Baguslah ni kalau nak mencegah daripada merawat. Tengok aje teman. Hari tu terkena, sampailah ni tak turun-turun tau. Kalau turun pun masih di paras ala-ala gitu aje. Penatlah makan apple hijau. Nak makan seleri, cuak serius pulak rasanya ^_^
ReplyDeleteSamalah dgn CH ni nom..
ReplyDeleteKolestrol kemain tinggi..
Lebih tinggi dari CH😂
Hendak jugak mencari oat mcm hang tu nom..
Skrg ni CH minum jus Lega..
Legalah sikit bila cek itu hari dah turun...
Hurm.. oat pun tak lalu kak.. inikan pula yg gini.. lagi kembang rasanya tekak.. huhuhu
ReplyDeletebagus kak, ada kesedaran sebelum kena. penyakit sekarang dah tak kira usia. budak sekolah pun dah ada yg kena kencing manis cucuk insulin. kesian tengok. huhu...
ReplyDeletebab kolesterol tinggi tu, kat Malaysia yg cintakan minyak2 ni memang berapa ketul ja kolesterol normal huhu. sad truth tapi itulah hakikatnya.
kak mkn sayur banyak2 pun boleh turunkn kolesterol. :)