Suatu hari di Hari Jadi
Salam Selasa.....
Yuhuuuuuu...... seharian mak bizi semalam hokey! Maklumlah bezday gurl ehem....ehem.......
Eh..... ingat apa? Ingatnya dah nak menapouse, tak boleh nak celebrate bezday ke? Pleaseee hokey!!! I is nak jugak makan kek tau! Eleh....hahaha
Terima kasihlah yang wish dan mendoakan mak semalam, tak kiralah kat Facebook, kat Whatapss group, kat blog jugak. Orang sebelah mak tu wish salah tempat, Boleh pulak dia wish kat entri Bye bye Sabah. Mana aci!! Tak kira! Wish balik kat entri ni ye abang !!!
Seronok rupanya tau jadi bezday gegurl ni. Dahlah dapat cuti masak, dapat makan kek lagi, tak gitu Kak Saniah Ibrahim hihi.... Walaupun hari biasa pun kadang makan kek, tapi makan kek di hari lahir, rasa lain rupanya weyh! Tak caya, cubalah! Haha ......
Malam, mak makan dengan anak anak kat Resepi Rahsia je semalam. Grab Monday Promotion for Dinner. Makan atau minum 1 , dapat FREE 1 ( menu diaorang dah ditetapkan ). Takkan nak lepaskan peluang kan....
Kebetulan Pak Jilap ambik cuti sempena bezday bini semalam ewahhhh!!...... ( Padahalnya penat, sebab jem lew tu!. Betul korang, sekarang ni asal hari Ahad, mak balik kampung je sepanjang Alor Gajah ke Seremban tu mesti jem. Banyak kalilah mak dah terkena. Sampai rumah dah tengah malam. Esok bezday bini lagi, haruslah pakcik Jilap ambik cuti haha.
Pagi tu pulak beli lauk basah kat Tesco. Penat tau bezday gegurl!!! Gediks haha.....
Baru perasan lesen mati. Tarikh mati lesen kenderaan kan ikut tarih lahir kita. Baik korang check korang punya lesen! Mak ni, nasiblah ada menantu kepala sekolah, Khairul Bariah ingatkan dalam Whatapss. Kalau tak, harus jugak mak bawak kereta tak de lesen hari ni haha.... Terima kasih Rul....
Kebetulan ada Pejabat Pos kat Tesco, terus ambik no. Tunggu punya tunggu ( 1 jam jugaklah ), sampai giliran mak tetiba kaunter tu cakap sistem tak boleh baca IC, tak de rekod katanya, Aduhhhhh...... duh....duh... Dia suruh pergi JPJ register. Dahlah makcik nak berdating dating, makan suap suap lepas ni, dia suruh pergi JPJ pulak! Kak Ton sila jeles bab berdating dan bersuap tu ye! haha..... ( Uiks..... diam diam, orang tu dah tukar header dengan kulit bloglah)
Sudahnya lepas hantar si TLBD sekolah terpaksa jugak cari JPJ. Daripada pergi JPJ Bangi baiklah pergi JPJ Putrajaya, dekat sikit dengan IOI haha..... Nasiblah tak ambik masa lama nak renew lesen. Dalam 1 jam dah siap. Orang pun tak berapa ramai, Cuma yang tak berapa bagusnya, kat sini tak boleh buat lesen baru!
Kes mak ni, sebabnya mak masih guna no IC lama masa renew lesen 3 tahun lepas. Sebab tulah Pejabat Pos tak de rekod, Lepas ni tidak lagi.....Yahooo dah dapat lesen keras!
Sudah settle semuanya, jom Bang Jilap kita dating........hikhikhik.....
Memang pun kan. Kalau hari lahir tu setiap minggu lagi best.. haha
ReplyDeleteSannah Helwah mak... moga sentiasa dalam jagaan Allah.. dipermudahkan rezeki ( umur, rezeki, anak2 yang soleh/soleha, da kehiudpan y bahagai ).. moga dipermudkan sgala urusan dunia dan akhirat.
ReplyDeleteOh macam tu pulak ye Nom..
ReplyDeleteKalau guna ic lama tak boleh renew lesen yg keras tu..
Alhamdulillah CH dah tukar masa buat IC Nabilah 3 tahun lepas..
Patutlah renew lesen tahun sudah dapat lesen yg keras tu..
CH renew 2 tahun sekali..
Happy belated birthday kakak comei...
ReplyDeleteHepi Belated besday Hainom...moga Allah merahmati awak sekeluarga..amin :-)
ReplyDeleteAmboiiiiii bday gegirl, kemain lg dia minta pak jilap wish bday kt sini lg, udah2 le geng, sekali cukuplah, ahakkkkkk...
ReplyDeletehepi bestday kak.. moga sihat sokmo dan bahagia till jannah..aamiin
ReplyDeleteSeronoknya bila diri diraikan walaupun bukan dibawa ke tempat mewah... Hanya Allah yang tahu perasaan itu... :)
ReplyDeletehappy besday to u...
ReplyDeletehappy besday to u...
happy besday to hainom yg cantik jelitaaaaaa.
happy besday to u :)
moga kekal jelita yer.
Ya! Ya! Ya! Kak Ton dah datang dah ni! Tak tahanlah kena seru suruh tinggalkan hentaman kat sini. I is teruja nak menghentam, maklumlah lama dah menyepi diri dari dunia hiburan katanya...
ReplyDeleteApa? Yem Rambo salah parking komen? Apalah Abe Yem ni... spoil hari kejadian besday gurl jerk!
Mana acara tiup lilin sambil angkat kaki sebelah (sebab sebelah lagi tak leh angkat dek sakit sendi ^_^), sambil hembus manja, sambil posing gediks tu Mak?
Kak Ton teruja sangat ni menanti. Rasa macam dah setahun tak tengok posing gediks manja macam tu tau. Eh, memanglah sambut besday setahun sekalikan? Huhuhu....
Belum terlambat kan.. Happy belated birthday buat gegirl. Dah ada lesen baru blhlah jenjalan jauh sikit.
ReplyDeleteP/s: kak Zai ada sihat...cuma malas nak update. Minggu lps baru aje blk Krabi hihi...
Hari besday yang sibuk seharian ya nom...buat spoil pulak bab lesen mati di hari berbahagia .Masa akak baca kat wasap group terus peringatkan anak pasal lesen yang mati harini..mujor dia kata dah siap awal
ReplyDelete.Apa pun dapat juga celebrate anak beranak tu yang best,makan2 kat luar.
Happy Belated Birthday Kak HainamOKje ;)
ReplyDeleteHappy birthday kaknom yg gojes!
ReplyDeleteMoga sihat, bahagia & kaya raya sokmo :p
Lepas ni buat entry pasal hadiah pulak ye mak :)
hamboih... penuh jadual bday girl nih...
ReplyDeletedari pagi sampai ke ptg
untungla siap pak jilap cuti lagi sempena melayan bday girl
Happy Birthday Mak..
ReplyDeleteMoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu...aamiin
penuh jadual bezday gurl haa...takpe yang penting lepas tu boleh datingkan.
ReplyDeletehehehe...ceria baca entry akak ni. Happy birthday kak!!!! semoga terus diberi kesihatan yang baik setiap waktu agar dapat beribadah kepada NYA. Sedap kek tuh..lama dah tak makan kat sercet recipe.
ReplyDeletekita wish sekali lagi.. heppy birthday mak! hahaha.. nasib ingat.. kalau macam saya dah terlewat sebulan lebih baru ingat.. haru betul.. itu pun sebab kena bawak kereta semula..
ReplyDeletesaya punya lesen yg jenis lama lagi... Yg tahun lepas pun main renew online jer.. mmg tak dapat lah lesen yang keras... tgk lah, lagi lima tahun rajin ke tak nak pergi JPJ... kalau tak, pakai lesen legend tu lagi laaa... haahahaha
ReplyDeleteMak, tak posing angkat kaki ke lepas makan kek?
Buat isteri ku yang dihormati..
ReplyDeleteSelamat hari ulangtahun kelahiran mu.
Semoga setiap detik usia yang ALLAH pinjamkan dapat dimanafaat kan ke arah kebaikan.
Semoga ALLAH membantu dalam setiap saat kembara mu di dunia yang fana ini.
Berterima kasih kepada ibu yang belongs kontang rahim nya untuk mu serta setiap detik mendoakan mu.
Semoga ALLAH memurahkan rezeki, umur yang barkah serta bahagia bersama keluarga serta sahabat tercinta.
Alhamdulillah tahun, ALLAH rezeki kan anak2 bercuti dan dapat berkumpul bersama.
Kehadiran keluarga adalah suatu hadiah yang lebih bernilai untuk dihargai.
Semoga kegembiraan ini dapat dikecapi dimasa hadapan. Insya ALLAH
'berkongsi kontang rahim nya'
ReplyDeleteKantunglah bukan kontanglah bang....kata BM A1 dulu haha...
DeletePhewwit! Mithali sungguh PakJilap ni. Dengar kata bini rupanya! Sanggup tu datang kembali mengomen di entri yang betul. Ni barulah suami mithali, romantik, kau memang daboom ^_^
DeleteMak, semalam PakJilap kena tidur kat porch eh? Apsal dia datang balik mengomen? Mak majuks tak mahu masak ek semalam? Hahaha!
Uikss mcm skodeng dari tingkap bilik air je haha....
DeleteTak mau dengar kata bini nak dengar kata sapa lagi weyh.... Apa? Kata kata bini ni kadang kadang banyak baik dari buruk tau..... Nak tuduh pak Jilap kena Queen Controllah tu.....
Nyampah!
Tuan ibrahim,
DeleteSelagi ada bini elok jaga. Walau pun dia dah kontang, dia masih bini. Saya dah tak ada bini. Bila bini dah tak ada baru tau yg bini ni berguna. Kontang pun kontanglah, janji boleh kayuh.
Belated Happy Birthday, Hainom! Meriah sambutan. Makan best2. I say, Pak Jilap punya komen tu romantik habis. Tapi konpius lak kontang and kantung. Habis kena sound dek isteri wahahaha!!
ReplyDeleteHa.ha..sorry lah tersalah letak kantung.
ReplyDeleteKe terfikir....Kering Kontang Kantung. Lain makna tu. 🤗
happy belated birthday akak gojes!! semoga sihat selalu, murah rejeki dan awet muda. maap last dtg sini bln 1 busy fly, kerja.
ReplyDeletekerlass makan kek di SR, mahal tp sedap sekali sekala apa salahnya.. nsib skrg time birthday, time tulah kena renew lesen apa2 lg. hee
wow..kek tu memamg menyelerakan..
ReplyDeletetima makan pun sangat happening..
Happy belated birthday sis! Semoga panjang umur , sihat selalu dan berjaya dunia akhirat. Btw thanks info tu. Lesen saya pun mati dah ni. Nak kena renew JPJ gak. Tak memasal kena saman kat Langkawi ritu. huhue. Esok boleh singgah putrajaya kejap :)
ReplyDeleteselamat harijadi hainom !! hee~ lama tak singgah sini.. nak hadam satu satu entri jap.. izin ya..
ReplyDeleteHepi Besday mak...
ReplyDeleteSanah belated helwah.
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan semuanya.
Happy belated Birthday <3 sodalah makanan tu :D
ReplyDeleteWeyh, weyh! Sudah-sudahlah tu. Ngata orang bukan main. Berapa banyak lagi komen yang ditunggu ni untuk birthday wish? Penat dah ni refresh, masih entri yang ini juga!
ReplyDeleteCukup-cukuplah tidur atas sofa bermimpi indah tu. Bangun cepat buat entri baru! Orang dah keluar gua, dia pulak nak masuk bawah meja ^_^
happy belated birthday mak. saya wish dah kat wall fb kan. kalau boleh celebrate setiap minggu dah tak special la mak
ReplyDeleteKontang rahim?? Haha...puas den memikio pekebendanya yg nak dimaksudkan oleh ci abe sayangmu itu.
ReplyDeleteHepi besday dari teman juga. Tapi teman punya besday semalam 4/4, takdelah sambut apa pun, ater bio jelah..udah nak senja malas dah rasanya nak ingat2 besday ni.
"Ingatnya dah nak menapouse, tak boleh nak celebrate bezday ke?"
ReplyDeleteSaya tak paham ayat kat atas. Pencerahan please. Kah kah kah.
Adoiii. susahlah cerita dengan kanak kanak Ribena ni hihi
DeleteAmboi, meriahnya menu2 tuh.. sanah helwahh
ReplyDeleteHappy belated birthday HOK semoga awet muda selalu
ReplyDeleteSelamat hari lahir okje ... moga sentiasa awet muda 😁
ReplyDeleteHappy belated birthday kak...
ReplyDeleteStay cool sokmo dehhh.. hehe
Btl lah tu, kek birthday tu mmg lain macam skit kan walaupom kek sama je mcm hari2 biasa..
Happy belated bithday kak.. Semoga sentiasa dalam rahmat Allah..
ReplyDelete